Monday, May 28, 2012

Rahsia Terdedah: Kenapa Karpal Mengatakan PM Selepas Ini Bukannya Anwar Ibrahim Tetapi Lim Guan Eng


Karpal Tersasul?

Bakal PM dalam perjuangan Karpal

Karpal sudah tahu apa yang bakal berlaku nanti dan telah lama melakar peluang. Dia sudah bersedia  untuk menggerakkan satu komplot terhebat dalam sejarah politik Malaysia. Dia tahu dan sememangnya dia mahu Anwar jatuh sebaik sahaja melaksanakan tugasnya membantu mereka (DAP) menguasai politik negara. Dalam Pakatan Rakyat sekarang, DAP cukup mantap dan bakal mendominasi pakatan politik ini. Suara majoriti menentukan siapa yang akan menguasai pemerintahan. Hasrat DAP ini tidak boleh dipandang remeh.

Musuh Islam ini diangkat sebagai Imam?

Dilema Melayu kembali lagi. Kali ini kita terpaksa menonton sesuatu yang mungkin aneh jika dilihat pada kaca mata senerio semasa. PAS akan menjadi penentu sama ada akan terus bertuankan Lim Guang Eng (seperti kata Karpal Singh) atau beralih arah menyambut salam kaum Melayu dalam UMNO yang sangat dibenci oleh mereka.

Mereka kan lakukan apa yang mereka kehendaki


Semakin kuat desas desus kemungkinan terjadi nanti, Anwar bakal diketepikan oleh Pakatan Rakyat walaupun memenangi PRU nanti (?) Kita akan lihat nasibnya ditentukan oleh musuh Islam, DAP. Beliau masih bernasib baik jika dilantik untuk sementara waktu sehingga DAP mendapat lampu hijau dari PAP Singapura.

Tersasul atau Gila? Seorang peguam boleh tersasul?

Sebagai anggota rangkaian "DEMOKRASI" ciptaan Yahudi ini, Najib juga mungkin akan tewas dalam PRU nanti. Ini tak mustahil apabila sebahagian besar pengundi baru adalah anak muda yang cetek ilmu politik. Anak muda biasanya mempunyai darah panas dan suka memberontak, jadi mereka seringkali menuntut perubahan walaupun ianya tidak munasabah. Mereka hanya "suka" yang baru walaupun tidak faham apa akan berlaku jika tersalah pilih. Lazimnya mereka tidak mampu untuk berfikir jauh ke hadapan. Anwar telah berjaya mengeksploitasi kelebihan ini.

Sebab itu Islam menetapkan bahawa umur paling awal sesaorang berwatak matang ialah ketika mencapai umur 25 tahun (Nabi dilantik pada umur 25 tahun). Padanan ini amat munasabah. Sewajarnya hanya mereka yang berumur 25 tahun ke atas sahaja diberi keizinan untuk memilih. Demokrasi Dajjal telah mengubah fitrah manusia menyebabkan huru hara baik dalam pemikiran ataupun dalam kewarasan.

Sesuatu perkara pelik bakal tercipta. Bangsa Melayu yang terpecah kini berperanan menjadi penentu kejayaan Bukan Melayu menguasai negara. Walaupun telah berkurun menjadi milik mutlak mereka. Lebih mengaibkan, Bukan Islam dilantik menjadi pemerintah negara Islam. Tentu aneh bukan? 

Tidak terdapat tanda-tanda Umat Melayu (semestinya Islam, walaupun pernah difatwakan "kafir" oleh sebahagian dari mereka) akan kembali bersatu setelah wujud kebencian yang melebihi batas antara dua kelompok terbesar bangsa ini, iaitu PAS dan UMNO. Islam itu bersaudara, tetapi dalam politik ia diizinkan untuk bermusuh. Pelik bunyinya bukan? Tetapi itulah sebenarnya yang terjadi. Cuba renungi semula secara jujur, antara PAS dan UMNO ini siapa yang lebih membenci siapa?

Bertambah sukar difahami apabila para ulama yang diketahui lebih memahami Sunnah dan alQuran dengan rela mengizinkan berlakunya perseteruan yang tidak masuk akal ini.

Kemelut Anwar sebagai ketua pembangkang tentu akan semakin terhakis jika PKR alami kemerosotan pengaruh dalam PRU nanti. PKR dilihat semakin lemah akibat beberapa keadaan "luar biasa" yang melanda parti mereka. Isu LGBT dan Islam Liberal sangat menggusarkan orang Melayu yang tidak berparti politik. Perkara "luar biasa" dan kejadian amalan seks bebas amat tidak disukai oleh orang Melayu.

Layakkah Anwar menjadi Perdana Menteri sandai parti yang diketuainya hanya mampu menang beberapa kerusi sahaja? Jika dia tidak layak, siapakah yang lebih layak?

Ada lagi faktor lain yang wajar kita beri perhatian. Walaupun BERSIH 3.0 dianggap berjaya dan kerap dihebahkan oleh PKR bahawa ia disertai ratusan ribu penunjuk perasaan, namun perangkaan yang dilapor oleh BBC hanya cuma sekitar 25 ribu orang sahaja. Anwar dikatakan terpaksa menipu demi untuk menggambarkan kejayaan bantahan awam tersebut. Di sebalik itu, ramai diantara pendemo melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Anwar secara tiba-tiba mengambil alih (merampas) BERSIH 3.0 ini selepas Ambiga mengarahkan perhimpunan bersurai secara aman.

Siapa sebenarnya ketua BERSIH 3.0? Anwar atau Ambiga?


Fasa Kedua Kejatuhan Anwar selepas kegagalan 16 September:
- bila penyokong dan si cilik bersuara.

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimak, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba memenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh ‘big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.


Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010 


Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?"

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan Peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarian diri?"

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?"

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

Terima kasih kerana menulis tentang article saya dalam post ini. Saya rasa terkejut dan gembira melihat gambar saya. Ya, dulu saya memang suka Anwar Ibrahim. Saya rasa sangat gembira dan merasa seperti bermimpi bila dapat berjumpa dan ambil gambar dengan Anwar Ibrahim. Sebab itu saya sangat marah dan kecewa bila Anwar berubah. Saya juda marah, sedih dan kecewa bila tonton video Anwar signal untuk rempuh Dataran Merdeka sebab perbuatan itu melanggar undang-undang. Pemimpin yang baik tidak melanggar undang-undang. Anwar juga tidak betanggung jawab sebab dia lari setelah melihat orang merempuh Dataran Merdeka. Dia idak melindungi dan menolong orang ramai di situ. Anwar juga tidak hormat polis dan kerajaan. Parti pembangkang mesti adil dan menghormati kerajaan, polis dan undang-undang walaupun mereka tak suka kepada kerajaan. (komen adik Ahmad Ali dalam AIDC)


BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,”kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar



Lim Chee Wei “Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” 
kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.


Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhira kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.


Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek





Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin





Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar



Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka


Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin


Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya


Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..


Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi


Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka


sumber AIDC

Anwar Tidak Relevan?

Karpal sudah melihat Anwar tidak lagi relevan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri jika PR berjaya kelak. Beliau terus mengalih arah dan perjuangkan agar Lim anak Kit Siang menjadi PM pertama keristian di Malaysia. Kita tidak tahu apa reaksi Anwar dan juga pegawai-pegawai PKR terhadap kata-kata Karpal ini. Lebih malang nama Hj Hadi selaku Presiden PAS tidak disentuh langsung. Ini membanyangkan hasrat yang terpendam dihatinya selama ini. Seolah-olah PAS langsung tidak dihormati oleh rakan sepakatannya. PAS hanya seperti melukut di tepi gantang.

Karpal sememangnya tidak pernah berhasrat mengangkat Anwar sebagai PM walaupun itu yang nyata dipermukaan. Anwar hanya dipergunakan untuk dapatkan sokongan undi dari penyokong PAS disamping PKR sendiri bagi membantu DAP menjadi juara. Karpal memang mengenali siapa sebenarnya Anwar, malah pernah membuat kenyataan bahawa Anwar sememangnya adalah seorang yang tidak bermoral dan pengamal seks songsang.

Itulah manusia Karpal yang tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa belas dan kasihan kepada kaum Melayu dan masih tegas dan konsisten menentang Islam dalam apa jua bentuk. Bagaimamana PAS menilai perkara ini, terus menjadi tanda tanya.

Pastinya perubahan akan berlaku nanti bila DAP menuntut jawatan Perdana Menteri setelah mendomonasi kerusi dalam PR selepas PRU13. DAP pasti telah menduga PAS akan membelot jika bukan Islam dari DAP menjadi Perdana Menteri kelak.

Namun kita tidak tahu sejauh mana perancangan yang mereka sediakan bagi menghalang penyatuan  semula kaum Melayu (Islam) bila jawatan Perdana Menteri dirampas oleh kaum pendatang bukan Islam yang sisokong oleh Singapura.


Penglibatan Langsung Anwar dalam BERSIH 3.0

Kelihatan jelas Anwar terdesak setelah dipersoalkan bertubi-tubi mengenai peristiwa rempuhan Dataran Merdeka. Jawapan yang diberikannya ..........

Anwar dilihat gagal memberi jawapan memuaskan


7 comments:

Tok Awang said...

"Najib juga mungkin akan tewas dalam PRU nanti. Ini tak mustahil apabila sebahagian besar pengundi baru adalah anak muda yang cetek ilmu politik. Anak muda biasanya mempunyai darah panas dan suka memberontak, jadi mereka seringkali menuntut perubahan walaupun ianya tidak munasabah. Mereka hanya "suka" yang baru walaupun tidak faham apa akan berlaku jika tersalah pilih. Lazimnya mereka tidak mampu untuk berfikir jauh ke hadapan. Anwar telah berjaya mengeksploitasi kelebihan ini."

Hhhmmm... nampak seperti "benar" kenyataan tersebut. Sokong DAP?

. said...

Demi masa...yang penuh rahsia dan hikmahnya.
Giliran yang terakhir..itulah kita..
Saudara seislam kita yang lain telah lama dan
sudah puas merasa..bahagia dalam derita..telah bertemu apa yang dicari..apa yang dijanji.
Terakhir... yang akan membuka cerita besar lagi terulung.

Just pull the trigger and try again .. try to wake the sleeping dragon .. again .. and again...
just wait,your last day with the feeling restless and anxious...
a horrible day will come...
wish peace to your heart..........

Anonymous said...

hanya jauhari mengenal maknikam. kalau dah intan, walau bagaimana comot pun ia tetap intan sebaliknya batu dan kaca walau molek ia tetap bukan intan. otak dah mereng, jual bangsa jual agama. disangka intan rupanya kaca.

disangka islam akan dimartabatkan, sebaliknya dihancurkan oleh Islam Liberal yang sesat.

Anonymous said...

Faktor penentu ialah pada orang Melayu Islam sendiri bukan pada bangsa lain. Umno parti orang Melayu. PAS parti orang Melayu. Faktor pemecah ialah asas perjuangan. Orang Melayu wajib bersatu berjuang atas yang benar. Selagi ada orang Melayu yang berjuang selain dari ketinggian agama Islam, Allah tidak akan bantu perjuangan itu. Mari kita doa semuga semua orang Melayu sedar akan hala tuju sebenarnya perjuangan hidup ini. Amin.

Anonymous said...

ini hanya cerita2 yg aku dengar di kedai kopi ehehe 1)cara politik umno skrng bukan mcm dulu,bersih dan tulus perjuang hak2 melayu.skrng umno,taktik kotor dan lebih kpd kepentingan peribadi dan kroni2
2)org selalu nampak Dtk anwar ni solat juga,tpi pemimpin2 umno termasuk bos2 umno ni jarang org nmpk solat,jdi mana org kg lebih percaya
3)klu btul lah Dtk anwar ni jahat sangat kenapa banyak ulama2 defend dia ni,why?
4)klu pun pakatan menang pru13 tak logik klu org cina ke atau org india jadi pm,sbb pas dan pkr klu brgabung kerusi majoriti punya
5)salah ke kita bagi peluang pakatan ni menang tgok cara diorg memerintah pula mcmna,klu tak ok pru14 mesti kalah punya

kesimpulan, pendapat saya yg cetek ilmu politik ni,kita bersangka baik saja,tak payah gaduh2,tak payah kecoh2,org kg kata duk huha huha pun,mcm tajuk drama pi mai pi mai tang tu juga ehehehe..yg penting kita menunaikan kewajipan sebagai pengundi.kita undi pemimpin dan pemimpin biarlah dia jalankn kewajipan pula,klu tak kita lingkup dia balik ehehe..sekian

Anonymous said...

sambungan cerita kedai kopi di atas,ini pendpt bukan melayu pulak,1)haiyo aku lebih suka ini pas sbb dia olang tatak lasuah punya,takut itu dosa maa 2)mana itu parti kasi duit itu lah aku undi 3)mana yg banyak tolong kita orang itulah kmi undi 4)yg pakai serban2 ini minta maaflah 5)aku tidak kisah siapa siapa pun menang sama saja

suara2 seperti ini banyak kat kedai kopi ehehe..sekian

Farid said...

assalamualaikum admin.. adakah nabi dilantik pada umur 25 tahun?

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan