SISTEM DAJJAL


THURSDAY, FEBRUARY 18, 2010


SISTEM DAJJAL: Kompilasi Terpilih



Siar semula dari Arkib Konspirasi Sepanjang Zaman

Ditulis oleh: Konspirasi Teoris
Disiar semula oleh: The ASSOCIATE


Pendahuluan
Sejak peristiwa Hijrah, Islam mula berkembang dengan jaya walaupun berhadapan pelbagai ancaman di saat zaman awal perkembangannya. Ia adalah hasil gigih umat Islam terawal dalam menjamin kelangsungan manusia supaya mengenal Allah, ia adalah agama yang membawa manusia kepada kebenaran dan kejayaan. Maka, kita juga perlu berhijrah dari segi kekuatan iman dan mempersiapkan diri dalam menghadapi fitnah terbesar yang dibawa Dajjal.
    Agenda Dajjal digerakkan melalui satu operasi sulit yang mengambil masa sangat panjang sejak zaman berzaman, rancangan sulit yang digerakkan oleh golongan penyembahnya yang dijanjikan kekuasaan dan kekayaan di dunia, ia adalah rancangan untuk kemunculan semula ketika dunia sedang dalam keadaan huru-hara di mana manusia hidup dalam keadaan ketakutan, ia adalah rancangan untuk mencetuskan perang akhir, ia adalah zaman perang besar yang memperlihatkan pertembungan antara Islam dengan Yakjuj Makjuj (kumpulan manusia yang sering disalah ertikan dengan Dajjal), ia adalah zaman Perang Dunia Ketiga yang memperlihatkan kehancuran besar-besaran terhadap sebahagian besar benua dunia, ia adalah perang nuklear. Perang terakhir dalam sejarah manusia sejak terciptanya Adam. Ia sebenarnya adalah perang akidah yang menumpahkan darah.
    Ketika saat manusia diselubungi ketakutan dan kelemahan iman, pada masa itulah Dajjal dari Bani Israel akan muncul sebagai penyelamat. Dia muncul tanpa kita sedari, dia muncul ketika manusia sudah lupa mengenai kisahnya, muncul ketika manusia sudah lupa tentang peringatan Muhammad kepada umatnya mengenai Dajjal, muncul ketika manusia sudah tidak mengenal Allah, muncul ketika manusia tidak ada sebarang persediaan untuk menghadapinya, muncul ketika saat manusia sangat memerlukan jaminan keselamatan semasa perang, muncul ketika saat anak-anak dan isteri kita berhadapan ancaman perang, muncul seperti janjinya dalam epik sejarah bahawa kemunculan terakhirnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia. Ia adalah kemunculan fitnah terbesar, mengaku bahawa dirinya Tuhan dengan memperdaya manusia melalui sihir-sihir (terutama terhadap umat Islam), ia adalah dusta yang paling derhaka terhadap Allah.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka.” (Quran, al-Baqarah: 120)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya (dengan sesuatu yang lain) dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada kesalahan itu (syirik) bagi sesiapa yang dikehendakinya,” (Quran, an-Nisa: 48

Dajjal dan pengikutnya sudah bersedia. Bersedialah, kerana tanda-tanda Perang Dunia Ketiga begitu hampir apabila Amerika dan sekutunya kini kerap mencari alasan untuk mencetuskan perang terakhir itu dengan menjadikan program uranium Iran sebagai alasan, alasan untuk menggempur dunia Islam seiring dengan tuduhan pengganas terhadap umat Islam. Jika tidak tercetus semasa hayat kita, maka peringatkanlah anak-anak kita supaya mereka bersedia untuk menghadapi ancaman fitnah terbesar dalam sejarah manusia. Sesungguhnya kita sudah dilemahkan melalui Sistem Dajjal sejak sekian lama sehingga kita lupa terhadap tujuan kita dilahirkan pada akhir zaman.
   Tanda-tanda mistik melalui kejadian paranormal juga semakin kerap terpampang di akhbar sejak akhir-akhir ini, ia adalah tanda-tanda yang mempunyai pertalian maksud terhadap kod kemunculan semula Dajjal. Fenomena UFO juga termaktub dalam sebahagian agenda kemunculan semula manusia misteri ini, momokan bahawa dunia akan diserang makhluk asing juga adalah sebahagian daripada agenda kotor, momokan bahawa dunia akan kiamat pada 2012 seperti dalam ramalan tamadun Mayan juga adalah sebahagian daripada agenda berkait ini. Penulis bermohon kepada Allah Yang Maha Bijaksana supaya mengizinkan penulis untuk cuba menjadikan benang-benang halus lagi tersembunyi ini bertaut sehingga jelas kelihatan. Sedarlah saudara-saudara seagama, janganlah kita menjadi golongan yang mengalu-alukan kehadiran Dajjal tanpa kita sedari. Janganlah kita menjadi hamba kepada Sistem Dajjal.
1. Doktrin Syaitan: Ibu segala agama selain Tauhid
Perjalanan Dajjal dalam pentas sejarah meninggalkan doktrin kekufuran di setiap lokasi yang disinggahnya. Manusia kufur yang dianugerahkan kepanjangan usia ini tidak pernah berhenti daripada terus berusaha untuk membuatkan manusia biasa percaya bahawa dialah tuhan yang akan muncul ketika saat dunia sudah kesuntukan masa. Sedangkan kita pada masa yang sama jarang sekali berusaha untuk meningkatkan iman, nikmat terbesar yang menjadikan seseorang manusia itu sebagai manusia.

“What can save us in the end? There is nothing but the light (iman) which make human become human. My brothers and sisters, please try to gain the strength of iman with full of effort, dawn by dawn. Insya-Allah, our Lord, The Most Gracious and The Most Merciful, The Only One God, Allah will always guide us till the end of time,” – Yusuf Islam, ucapan pada majlis Night of Remembrance 2006, Children Islamic School.

Allah mencipta setiap hambanya menjadi makhluk yang taat, begitu juga syaitan. Pada asalnya, syaitan juga beriman kepada Allah. Namun, makhluk yang diciptakan daripada api ini ingkar kerana enggan sujud kepada manusia pertama bernama Adam. Lalu, syaitan disingkir dari syurga dengan kehendak Allah. Umat Islam tahu kisah yang diceritakan dalam al-Quran ini yang membawa kepada penyingkiran Adam dan Hawa akibat diperdaya syaitan, malah turut diceritakan dalam Bible bab  Genesis.
    Kita tidak boleh terus kata Dajjal itu diciptakan sebagai makhluk kufur sejak dari permulaan dia dilahirkan. Allah tidak mencipta makhluk yang dianugerahkan akal untuk diazab, azab itu hanya diturunkan selepas sesuatu makhluk itu ingkar setelah disampaikan petunjuk dan hidayah. Allah Maha Adil, Dia tidak sekali-kali akan menghukum sesuatu makhluk tanpa kesalahan.
    Jadi, apa kesalahan Dajjal yang membuatkan dia kufur, lalu Allah jadikan dia sebagai janji terhadap ancaman paling besar kepada umat manusia di akhir waktu? Amat penting untuk merungkai persoalan ini dengan cuba mengesan Dajjal dengan menjadikan calon-calon manusia kufur yang direkodkan dalam sejarah sebagai petunjuk kepada jawapan. (Allah lebih mengetahui segala rahsia, penulis hanya menyampaikan pendapat peribadi).
    Namun malangnya dalam tajuk ini, kami tidak dapat mengesan siapakah orang yang menyebarkan doktrin agama sesat sejak dari permulaan sejarah sehingga melahirkan agama pagan yang terus wujud sehingga hari ini. Orang itu begitu licik dalam menjalankan kerjanya. Kami hanya menemui kesan iaitu agama pagan yang ditinggalkannya sahaja. Lalu, kami hanya mampu membuat loncatan   ‘jump to conclusion’ iaitu orang itu adalah Dajjal. Tetapi, kami tidak tahu dengan nama apakah Dajjal beroperasi ketika menyemai agama pagan di dunia pada ribuan tahun dahulu.
    Jika ketika operasi meninggalkan kod-kod kehadirannya di seluruh dunia, Dajjal memperkenalkan dirinya sebagai Horus, Merlin dan sebagainya melalui mitos-mitos dan kisah-kisah lagenda. Namun, apakah nama yang digunakan manusia aneh ini ketika menyebarkan agama pagan? Tinggalkan persoalan ini sehingga bab-bab akan datang.
    Kita semua sudah tahu tamadun Babilon mewariskan agama pagan kepada dunia, kesesatan yang menjadi ibu kepada kekufuran lagi syirik terhadap Tuhan Yang Satu. Babilon adalah kuasa besar dalam tamadun kuno, tamadun ini juga mewariskan ramai keturunan dari darah pemerintahnya yang menjadi pemimpin dunia hari ini. Keturunan Babilon ini terus hidup dengan semangat   survival yang tinggi, menyelinap masuk ke dalam kaum-kaum nabi terdahulu berbekalkan sifat munafik dan fasiq, mereka sanggup berbuat apa saja untuk terus hidup dengan melahirkan generasi-generasi baru sehingga akhir zaman. Kuasa-kuasa besar dunia hari ini adalah New Babylon, Kingdom of Pagan yang sentiasa memerangi negara-negara Islam, Kingdom of Light.
    Bangunlah, kita cipta sejarah baru, kita cipta sejarah baru mengenai umat yang gemilang, terbilang, bermaruah dan tidak menunduk segan di hadapan orang pagan. Jangan hanya duduk diam dan hanya mampu berbangga dengan sejarah kegemilangan generasi Islam terdahulu yang sudah menjadi bahan sejarah. Buatlah sesuatu, jika kita mampu buat sesuatu secara   ‘think global’ , maka buatlah dengan berbekalkan segala sumber yang ada. Tetapi jika kita hanya mampu ‘think local’ , maka buatlah. Jangan berasa kecil dan membandingkan diri dengan ulama besar jika kita hanya mampu mengajak seorang sahaja jiran pergi ke surau setiap hari kerana kita hanya ‘think local’. Tetapi yakinlah, jika semua orang hanya mampu buat ‘think local’ secara serentak, maka ia juga akan menjadi ‘think global’.

– Admin.
--- 
1.1: Agama menyesatkan







Kita masuk sebentar kepada bab agama sesat. Kita tidak akan menyentuh mengenai agama Baha’i atau pecahan-pecahan agama Islam yang sudah menjadi sesat dan bergerak secara global, kita tidak akan menyentuh ajaran sesat yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dalam bab ini. Untuk maklumat mengenai Baha’i dan sebagainya, anda boleh rujuk melalui buku-buku dan sumber-sumber internet. Untuk memahami perkara fardhu dan ibadah Islam sebenar, rujuklah guru yang bertauliah dan diiktiraf badan-badan agama Islam, bukan berguru dengan Qadiani, bukan Hasan Anak Rimau, bukan Ayah Pin atau seangkatan dengannya.
     Kami bukanlah ahli bijak pandai dalam menjawab persoalan fardhu atau ilmu tasawuf atau ilmu usuluddin, tetapi berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan semua yang kami tahu kepada semua kerana kami akan terus berasa terbeban selagi semua yang kami tahu ini tidak disampaikan kepada semua saudara seagama. Semoga usaha ini dinilai sebagai amal soleh oleh Allah. Elakkan diri daripada terjerumus ke kancah ajaran sesat. Mereka itu sesat, lagi menyesatkan.
     Kita akan menyentuh hal berkaitan pagan. Kenali pagan supaya tidak terus hidup dalam amalan pagan tanpa sedar. Bab ini hanya sebagai untuk menyampaikan info, kita hanya akan menyelongkar agenda rahsia agama ini dalam bab khas nanti hasil pengalaman seorang rakan di 
London, bab Tenaga Ritual. Ini kerana, pergerakan dan kefahaman terhadap pagan masih belum jelas disebabkan agama ini tidak ada manuskrip dalam memperjelaskan konsep kepercayaannya kepada umum.

Nota dari AdminDITEGASKAN di sini bahawa maklumat bagi subjek agama pagan Wicca ini hanya diperoleh secara lisan dari sumber rakan sekerja di London, kerana tiada maklumat dalam bentuk teks keagamaan atau manuskrip mengenai Wicca. (mungkin kami gagal menemui sekiranya memang ada maklumat teks keagamaan mengenai Wicca)(berhubung Kabbalah, terdapat banyak sumber teks dan manuskrip keagamaan yang boleh dijumpai dengan membeli buku/kitab secara online atau download dalam format pdf sebagai rujukan saudara/saudari semua)
-------
1.2: New Pagan







Wicca ialah agama New Pagan terbesar di dunia hari ini. Ajarannya pula hanya disampaikan secara lisan, melalui lisan, melalui lagu-lagu dan puisi-puisi purba. Penganutnya dipanggil WiccanCovensGroves (Bohemian Groves) dan sebagainya. Penganut agama ini (Wiccan) percaya bahawa wakil tuhan mereka adalah manifestasi manusia berkepala kambing, bertanduk dan mempunyai dwi-jantina (mempunyai payudara wanita). Wakil tuhan mereka adalah imej syaitan yang selalu digunakan pengikut muzik black metal dan pentagram (termasuk yang diterbalikkan) juga adalah simbol agama ini yang menjadi medium mistik yang digunakan dalam menjana tenaga ritual. Namun…siapa sebenarnya tuhan mereka? Kami ada teorinya dalam bab akan datang.


    Malah, mereka ( Wiccan) mengiktiraf pengikut dan penggiat muzik black metal sebagai penganut (penganut pasif) agama mereka, inilah yang ramai tidak tahu. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan lambang agama (pentagram, termasuk yang diterbalikkan) lazim digunakan oleh pengikut aliran muzik bingit ini. Kepada pengikut black metal, sedarlah bahawa anda adalah penganut pasif agama Wicca dalam anda tidak sedar walaupun anda tidak pernah melakukan ritual. Kami ada penjelasannya dalam bab akan datang. Kami seru anda mulakan langkah pertama untuk meninggalkan black metal. Jika memakai salib yang menjadi simbol agama Kristian sudah boleh menyebabkan kita murtad, samalah juga jika memakai simbol pentagram kerana ia adalah simbol agama Wicca.

    Menurut maklumat lisan daripada sumber rakan sekerja kami di London, kemunculan agama ini bermula daripada amalan sihir sejak Zaman Babilon dan terus berkembang di Eropah yang dibawa oleh pecahan murid-murid rahsia (murid-murid Merlin) hingga Zaman Gelap di Eropah, dan terus berkembang ke seluruh dunia hingga hari ini. Malah, ia menjadi pegangan Illuminati, menjadi agama misteri dan ‘enggan’ mengiktiraf diri sebagai satu agama bagi menutup kerahsiaannya. 


    Wicca ialah agama yang diasaskan oleh sekumpulan ahli sihir di sekitar Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages) dan bergerak secara rahsia. Walaupun bergerak dalam jejak rahsia, wakil Wicca tetap ada dalam barisan pembesar istana di kerajaan-kerajan pagan (Eropah). Sehingga dekad 1940-an, sebuah pertubuhan Wicca bernamaGardnerian Withes atau Gardnerian Witchcraft ditubuhkan di United Kingdom oleh kumpulan para pengamal sihir dalam agama Wicca ini yang dipanggil Witch (witches), Druid (druids) dan sebagainya yang wujud sejak zaman Celt purba. Masih ingat salah satu gelaran yang diberikan kepada Merlin dalam artikel Jejak-jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah? Merlin juga digelar ‘The Last Druid of Celt’ atau ‘Druid Celt Terakhir’.

    Manakala agama  Asatru yang turut berkembang seiring dengan Wicca juga adalah pecahan daripada komponen sumber doktrin yang sama. Gerakan Asatru dalam era moden direkodkan pada tahun 1970-an iaitu selepas para penganutnya (penganut Asatru dipanggil Astoruar,Astor Bloodline? atau juga dipanggil Astruar) melancarkan usaha mengembalikan agama Alemanic Pagan (Pagan Jerman) melalui Asatru Free Assembly yang diadakan di Amerika sebanyak beberapa kali sepanjang dekad 1970-an iaitu ketika masyarakat dunia tenggelam dengan trend hiburan melampau melalui budaya hippiesAstruar menyembah Odin The One-Eyed God of War, Thor (God of Thunder), Loki (God of Chaos) dan Freyja (Goddess of Sex). Asatru ada One-Eyed God…kebetulan?

    Kebanyakan ritual dua agama ini pula mempunyai persamaan dengan komponen upacara Masonic dan Kabbalah yang mempunyai sejarah permulaan sejak zaman Babilon. Dalam kes ini,   Wicca adalah agama yang mempunyai akar tunjang daripada sebuah agama dari Babilon yang terus berkembang sejak tiga millennium lalu di gugusan kepulauan Inggeris oleh orang Celt. 

Wicca ialah agama New Pagan terbesar di dunia hari ini. Ajarannya pula hanya disampaikan secara lisan, melalui lisan, melalui lagu-lagu dan puisi-puisi purba. Penganutnya dipanggil Wiccan, Covens, Groves (Bohemian Groves) dan sebagainya. Penganut agama ini (Wiccan) percaya bahawa wakil tuhan mereka adalah manifestasi manusia berkepala kambing, bertanduk dan mempunyai dwi-jantina (mempunyai payudara wanita). Wakil tuhan mereka adalah imej syaitan yang selalu digunakan pengikut muzik black metal dan pentagram (termasuk yang diterbalikkan) juga adalah simbol agama ini yang menjadi medium mistik yang digunakan dalam menjana tenaga ritual. Namun…siapa sebenarnya tuhan mereka? Kami ada teorinya dalam bab akan datang.
     Malah, mereka ( Wiccan) mengiktiraf pengikut dan penggiat muzik black metal sebagai penganut (penganut pasif) agama mereka, inilah yang ramai tidak tahu. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan lambang agama (pentagram, termasuk yang diterbalikkan) lazim digunakan oleh pengikut aliran muzik bingit ini. Kepada pengikut black metal, sedarlah bahawa anda adalah penganut pasif agama Wicca dalam anda tidak sedar walaupun anda tidak pernah melakukan ritual. Kami ada penjelasannya dalam bab akan datang. Kami seru anda mulakan langkah pertama untuk meninggalkan black metal. Jika memakai salib yang menjadi simbol agama Kristian sudah boleh menyebabkan kita murtad, samalah juga jika memakai simbol pentagram kerana ia adalah simbol agama Wicca.
     Menurut maklumat lisan daripada sumber rakan sekerja kami di London, kemunculan agama ini bermula daripada amalan sihir sejak Zaman Babilon dan terus berkembang di Eropah yang dibawa oleh pecahan murid-murid rahsia (murid-murid Merlin) hingga Zaman Gelap di Eropah, dan terus berkembang ke seluruh dunia hingga hari ini. Malah, ia menjadi pegangan Illuminati, menjadi agama misteri dan ‘enggan’ mengiktiraf diri sebagai satu agama bagi menutup kerahsiaannya. 
     Wicca ialah agama yang diasaskan oleh sekumpulan ahli sihir di sekitar Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages) dan bergerak secara rahsia. Walaupun bergerak dalam jejak rahsia, wakil Wicca tetap ada dalam barisan pembesar istana di kerajaan-kerajan pagan (Eropah). Sehingga dekad 1940-an, sebuah pertubuhan Wicca bernamaGardnerian Withes atau Gardnerian Witchcraft ditubuhkan di United Kingdom oleh kumpulan para pengamal sihir dalam agama Wicca ini yang dipanggil Witch (witches), Druid (druids) dan sebagainya yang wujud sejak zaman Celt purba. Masih ingat salah satu gelaran yang diberikan kepada Merlin dalam artikel Jejak-jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah? Merlin juga digelar ‘The Last Druid of Celt’ atau ‘Druid Celt Terakhir’.
     Manakala agama  Asatru yang turut berkembang seiring dengan Wicca juga adalah pecahan daripada komponen sumber doktrin yang sama. Gerakan Asatru dalam era moden direkodkan pada tahun 1970-an iaitu selepas para penganutnya (penganut Asatru dipanggil Astoruar,Astor Bloodline? atau juga dipanggil Astruar) melancarkan usaha mengembalikan agama Alemanic Pagan (Pagan Jerman) melalui Asatru Free Assembly yang diadakan di Amerika sebanyak beberapa kali sepanjang dekad 1970-an iaitu ketika masyarakat dunia tenggelam dengan trend hiburan melampau melalui budaya hippies. Astruar menyembah Odin The One-Eyed God of War, Thor (God of Thunder), Loki (God of Chaos) dan Freyja (Goddess of Sex). Asatru ada One-Eyed God…kebetulan?
      Kebanyakan ritual dua agama ini pula mempunyai persamaan dengan komponen upacara Masonic dan Kabbalah yang mempunyai sejarah permulaan sejak zaman Babilon. Dalam kes ini,   Wicca adalah agama yang mempunyai akar tunjang daripada sebuah agama dari Babilon yang terus berkembang sejak tiga millennium lalu di gugusan kepulauan Inggeris oleh orang Celt. 

Imej Odin, The One-Eyed God of War




Konsep ketuhanan dalam agama ini mempunyai banyak pendefinisian yang tersendiri mengikut mazhab atau aliran berlainan:

Mazhab Monoteistik: Percaya bahawa penyelamat (disembah seperti tuhan) mereka adalah ‘The All’ atau ‘The One’dari kalangan manusia/syaitan.
Mazhab Duoteistik: Percaya bahwa penyelamat mereka adalah berpasangan Dewa dan Dewi. Imej Dewa dan Dewi ini lazim diterjemahkan melalui imej lelaki dan wanita berbogel dan termasuk yang sedang melakukan seks dalam karya-karya lukisan atau ukiran zaman Renaissance. 
Mazhab Henoteistik: Percaya bahawa penyelamat mereka lebih dari satu, tetapi ada satu tuhan yang menjadi raja kepada tuhan-tuhan yang lain. (ada persamaan dengan agama-agama politeistik tertentu?) 
Mazhab Satanism: Percaya bahawa tuhan hanya menghukum manusia, dan percaya bahawa syaitan lebih menyayangi manusia. 
Mazhab Triteistik: Percaya bahawa tuhan itu berkeluarga, tiga sekeluarga, triniti

Jika diperhatikan dan difikirkan, elemen-elemen yang terdapat dalam setiap mazhab   Wicca menyerupai agama-agama yang tidak mentauhidkan Allah atau tidak merujuk kepada SATU TUHAN YANG TIDAK MENYERUPAI SEBARANG MAKHLUK. Jika ada sekalipun dalam Wicca, ia merujuk kepada satu (yang mereka anggap layak disembah) dalam mazhab Monoteistik, iaitu merujuk kepada manusia/syaitan. Ia masih bertentangan dengan jalan lurus, Tauhid.

“Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” – (Quran, al-Baqarah: 168-169)

     Agama dari Babilon inilah yang mencorakkan doktrin-doktrin sesat dalam mendefinisikan konsep ketuhanan dalam setiap agama (kecuali Islam) di sepanjang sejarah ketamadunan manusia.   Wicca yang wujud hari ini menjadi alat terpenting untuk mengukur persamaannya (bench-mark) dengan setiap agama selain Islam berdasarkan konsep-konsep ketuhanan yang dibawa oleh agama Wicca ini.

     Konsep-konsep dalam mendefinisikan tuhan dalam agama Wicca mempunyai persamaan dalam pendefinisian tuhan dalam Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya jika kita membandingkan agama-agama itu dengan mazhab-mazhab yang terkandung dalam agama Wicca.
      Pendefinisian ini diubah suai sedikit dalam ‘agama mata satu’ iaitu   Cao Dai di Vietnam yang menetapkan doktrin bahawa semua agama termasuk Kristian, Buddha, Hindu, Wicca, Baha’i, Islam dan semua agama di dunia adalah sama pada dasarnya, dan mempunyai satu tuhan yang sama yang menjadi ketua kepada semua tuhan dalam setiap agama yang disebutkan tadi. Namun ia sebenarnya masih berpegang kepada mazhab Wicca Henoteistikyang menyesatkan. Doktrin yang dibawa Cao Dai ini juga mempunyai persamaan dengan ajaran sesat Ayah Pin yang juga terkenal sebagai seorang yang pandai ilmu sihir (wakil Dajjal di alam Melayu?). Ajaran Ayah Pin juga berpegang kepada konsep yang serupa dengan Cao Dai. Jika doktrin ini diguna pakai dan berjaya mempengaruhi umat manusia, ia akan membawa kepada satu pemusatan kepercayaan yang berpaksikan doktrin ‘ada raja tuhan di kalangan semua tuhan’ (tuhan yang dimaksudkan itu mungkin Dajjal?). Jika ia berlaku, maka satu New World Orderyang menyatukan manusia di jalan kesesatan akan berjaya dijadikan sebagai realiti. Ke mana Ayah Pin menghilang? Hilangnya secara misteri? Hilang seperti Merlin? Ini cuma teori saja.
      Malah, Amerika dan Eropah pula sudah lama menjadikan patung-patung tuhan pagan sebagai hiasan di tempat awam.   Statue of Liberty di Amerika (manifestasi Semiramis, tuhan pagan Babilon) dan patung Hercules di England (anak Zeus tuhan pagan Greek).
White House di Washington
Imej asal tanpa bantuan garisan merah



Kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dibawa oleh satu sumber kerana berdasarkan maklumat lisan, ia bermula di Babilon. Maka, kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dicipta seseorang di Babilon. Namun, ketiadaan manuskrip sejarah yang menjelaskan mengenai individu ini di Babilon menjadikan proses pencarian jawapan menjadi sukar. Atau mungkin kami belum berjaya menemui manuskrip yang dicari-cari. Namun, masih ada sumber lisan yang boleh diterima pakai dan akan kami sampaikan kepada anda dalam tajuk khas nanti. Fikir dan jadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kita sedar siapa musuh kita yang sebenarnya.

“Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi (neraka) Jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.” (Quran, al-A'raf: 179)

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.”  (Quran, al-A'raaf: 27)

Wicca dan Satanism adalah agama yang mempunyai pertalian. Syaitan dijadikan entiti penyembahan dan sihir dijadikan pelengkap proses ‘delivery’ amalan ritual, ia termasuk ritual-ritual pasif yang kebanyakan manusia lakukan tanpa disedari. Mereka mengiktiraf setiap amalan ritual pasif yang dilakukan manusia dan mengiktiraf sebagai penganut agama mereka. Jangan jadi hamba mereka yang melakukan ritual satanic tanpa kita sedari.
     Agama sesat berpaksikan sihir yang dikenali sebagai   Wicca pada hari ini dengan mendokong mazhab triniti serta mazhab-mazhabnya yang lain adalah asas kepada semua agama dalam tamadun manusia sejak zaman berzaman. Mazhab-mazhab dalam Wicca ini menjadi asas kepada proses ‘terbit’nya agama-agama dalam tamadun kuno. Ia sudah pasti dibawa oleh seseorang yang ‘rajin mengembara sepanjang hayatnya’. Lalu, agama-agama itu mewujudkan genre-genre sistem kepercayaan yang hanya ‘menunggu masa’ untuk disatukan dalam satu order yang terancang melalui agen-agen Dajjal (Cao Dai, Ayah Pin, Paulus dan sebagainya). Alasan penyatuan itu adalah berdasarkan persamaan yang terdapat dalam doktrin bawaan mazhab-mazhab Wicca.

2. UFO dan Kod Hukum Graviti
Fenomena UFO (unidentified flying object) yang berterbangan di ruang angkasa bukanlah petunjuk kepada kehadiran makhluk asing, tetapi ia diwujudkan dalam keadaan sedemikian bagi meledakkan pemikiran manusia ke arah mempersoalkan kewujudan Allah, iaitu Tuhan Maha Satu.
     Sejak fenomena UFO mula tersebar di kalangan masyarakat umum, maka ramai yang mula membuat kajian mengenai dari mana datangnya dan dari mana asalnya objek terbang tersebut. Tidak kurang juga yang membuat teori dan tanggapan bahawa objek UFO tersebut datang dari galaksi berbeza atau lebih tepat, ia adalah dakwaan terhadap kebarangkalian wujud makhluk asing.
    Tiada yang mengejutkan, ia sengaja diwujudkan oleh sekutu The Deceiver bagi menggerakkan usaha kajian para saintis dan para ahli kaji bintang terhadap kemungkinan itu, galakan terhadap mempercayai sains dengan menolak elemen ketuhanan adalah motif utama. Maka timbul dakwaan di kalangan ‘the UFO believers’ yang sudah terpengaruh dengan perancangan halus ini dengan mengatakan bahawa Kerajaan Amerika sengaja menutup dan merahsiakan kebenaran terhadap kewujudan mahluk asing.
    Ahli fizik dan jurutera aeronotik berbangsa Bulgaria, Vladimir Terziski dalam kajiannya mendedahkan, pihak Nazi menyimpan rahsia terhadap senjata sulit berbentuk seperti cakera terbang anti-graviti yang mampu mencapai kelajuan 1200 batu dalam hanya satu jam yang dibangunkan pada tahun 1939. Terziski turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi prototaip piring terbang dilengkapi senjata laser milik Nazi yang mampu mencapai kelajuan 2500 batu sejam dan dibina pada sekitar tahun 1941 iaitu ketika dunia berada di ambang Perang Dunia Kedua.
    Jurutera Bulgaria itu melalui pendedahan kontroversi turut mendedahkan bahawa prototaip jentera terbang anti-graviti yang dijadual dibina pada 1941 tersebut kemudian dibangunkan untuk proses upgrade oleh pihak Amerika selepas tamat Perang Dunia Kedua. Prototaip itu kemudian dibawa ke Amerika dan menjadi asas kepada penciptaan lebih banyak senjata dan jentera perang yang canggih. Pada masa yang sama turut mencipta ‘spy probe’ berbentuk seperti UFO untuk tujuan intipan. Teknologi ini sudah berkembang di Amerika sejak akhir 1940-an.





Dokumen Prototaip UFO




Prototaip UFO yang cuba dibangunkan Vril Society


Malah, Terziski turut mengaitkan pembinaan prototaip piring terbang di Jerman itu mempunyai pertalian dengan satu gerakan sulit di negara itu, iaitu Vril Society yang turut dianggotai Hitler. Vril Society dikatakan menyediakan dana melalui ‘hidden financial group’ yang menyediakan dana kewangan dari sumber yang tidak diketahui bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan piring terbang bagi kegunaan perang.
    Fasa pengujian prototaip tersebut yang bermula pada 1934 bagaimanapun terhenti apabila isu holocaust mula tersebar di Eropah, penyebaran isu itu menyebabkan pihak Nazi terpaksa menggunakan segala dana kewangan bagi membaiyai usaha menjadikan peristiwa holocaust tampak benar, menjadikan ia kelihatan benar-benar dahsyat untuk mewujudkan kesan simpati masyarakat Eropah terhadap bangsa Yahudi yang membawa kepada kesudahan penubuhan negara Israel. Kesannya, proses penyelidikan dan naik taraf terhadap prototaip UFO terhenti disebabkan kekurangan dana (atau Jerman hanya ditugaskan untuk membangunkan prototaip sahaja) dan kerja upgrade terhadap UFO kemudian disambung oleh Amerika sebaik tamat Perang Dunia Kedua.
     Namun, teori konspirasi yang dibuat oleh kebanyakan pihak yang mengatakan bahawa UFO yang kerap dilihat di ruang angkasa adalah senjata ciptaan Jerman dan Amerika mula dinafikan oleh Amerika sendiri. Maka, timbul satu penjelasan di kalangan ahli kaji sejarah di Amerika yang menjelaskan bahawa UFO dan makhluk asing telah wujud sejak zaman awal sejarah lagi. Ia adalah usaha untuk menafikan penglibatan Amerika dan Jerman dalam projek pembinaan senjata rahsia.






Pesawat UFO Vril dirakam di pangkalan udara Nazi





Penjelasan daripada ahli kaji sejarah mengenai kehadiran UFO sejak zaman tamadun awal turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kajian oleh ahli-ahli sejarah yang berfikiran skeptikal. Kajian terhadap UFO dalam tamadun awal yang dibuat oleh ahli sejarah berfikiran skeptik ini membuka kepada penemuan fakta yang menarik. Ia adalah penemuan terhadap kod yang menyerupai kod-kod seorang lelaki dari Atlantis. Kod-kod itu terpampang pada setiap ukiran dan tulisan purba, malah mengandungi formula sains yang sangat kompleks (pengetahuan rahsia?) yang melampaui zaman.
     Pada tahun 1938, kisah mengenai artifak batu Dropa yang ditemui di pergunungan Baiankara-Ula di sempadan China dan Tibet mula menjadi tumpuan dunia arkeologi selepas berita mengenai artifak pelik yang ditemui penduduk tempatan di situ menimbulkan tanda tanya penduduk tempatan. Ekspedisi arkeologi yang diketuai Chi Pu Tei ke kawasan yang pernah dihuni masyarakat primitif menemui fakta bahawa ukiran berbentuk UFO yang ditemui di situ telah diukir pada kira-kira 10,000 hingga 12,000 tahun lalu.




Imej makhluk pelik  pada Dropa Disk



Di dinding gua itu pula diukir pictogram mengenai kedudukan matahari, bulan, bintang-bintang utama dan bumi dalam bacaan skala yang tepat. Chi Pu Tei melalui kertas kerjanya bertajuk “The Dropa Stone” berpendapat bahawa ukiran itu dilukis atau diilhamkan oleh seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu kaji bintang. Kajian oleh Chi Pu Tei kemudian disokong oleh kumpulan arkeologis dari Perancis yang dianggotai Sarah Fishberg, James Langley dan Isaac Jacob melalui kajian mereka bertajuk Le Sacre Devoile dalam bahasa Perancis.
   Kemudian pada tahun 1962, Dr Tsum Um Nui meneruskan kajian untuk mengkaji maksud tulisan motif kuno yang terdapat pada dinding Dropa. Um Nui turut berpendapat, ukiran berbentuk huruf dan perkataan yang berada di dinding yang sama dengan ukiran UFO diukir itu berusia kira-kira 12,000 tahun. Kajian terhadap batu Dropa tidak dapat disangkal lagi kerana sudah terdapat 3 pendapat yang selari sehingga tempoh kajian berterusan dilakukan sehingga 1962. 
     Sepanjang kajiannya, Um Nui berhadapan pelbagai persoalan terhadap imej UFO yang terpampang di dinding gua tersebut. Salah satunya ialah, bagaimana orang primitif mampu menulis huruf yang mengandungi mesej saintifik dalam saiz yang sangat kecil, hanya boleh dibaca apabila menggunakan mikroskop. Ia adalah tulisan bersaiz mikroskopik, sangat kecil.
   Um Nui turut mengaitkan ukiran perkataan dan imej UFO tersebut dibuat oleh masyarakat primitif atas tujuan ritual dan keagamaan, malah turut mengaitkan ukiran tersebut dengan ‘tunjuk ajar’ daripada seseorang yang lebih maju dan terkehadapan.
      Manakala dalam tamadun Mesir purba pula, mitos mengenai ‘bot terbang’ atau ‘bahtera terbang’ yang digunakan firaun-firaun untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain bukanlah sesuatu yang asing kepada pengkaji sejarah tamadun purba itu. Imej makhluk aneh menyerupai makhluk asing yang kita selalu lihat di televisyen hari ini juga terpampang di dinding-dinding piramid dan istana Mesir purba.






Imej makhluk asing di atas dinding di bangunan Mesir Kuno











    Laporan yang dibuat oleh Discovery Channel mengenai kod-kod UFO dalam tamadun purba pula merumuskan bahawa, ukiran-ukiran yang mempunyai unsur UFO yang terdapat di Mesir mengandungi kod saintifik yang sangat terperinci dalam menjelaskan konsep hukum graviti. Malah, kod-kod tersebut banyak diselit pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Horus The One-Eyed Sun God, juga pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Ra, dan riwayat Osiris.







     Di sini, kita boleh membuat kesimpulan dengan mengaitkan motif Merovingian memperluaskan empayar jajahan ketika zaman imperialism dan kolonialism adalah untuk menjejak pengetahuan-pengetahuan saintifik yang dimiliki tamadun kuno mengenai hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui artifak-artifak kuno. Dengan sebab itu jugalah kerja-kerja mengekstrak manuskrip sejarah giat dijalankan ketika era imperialism. Teori graviti ini kemudian dikembangkan Isaac Newton ketika era Enlightenment (perkataan enlightenment juga adalah sama maksud dengan illumination) dalam penjelasan sains moden yang membawa kepada penciptaan jentera terbang moden sehingga membolehkan Wright Brothers mampu memecah hukum graviti melalui penciptaan kapal terbang.
     Juga menjadi asas kepada Jerman untuk mengembangkan pengetahuan graviti dalam mencipta UFO. Mungkin dan tidak mustahil jika artifak kuno dari Sumeria, Babilon, Assyria, China dan Mayan juga mengandungi pengetahuan terhadap hukum graviti dijelaskan secara terperinci, melangkaui zaman. Kita melalui topik Jejak-jejak Dalam Sejarah sebelum ini juga sudah membongkar siapa yang berselindung di sebalik tamadun-tamadun itu, maka pengetahuan itu juga datang daripada sumber yang sama, ilmu yang diperturunkan Dajjal melalui mesej yang cryptic dan halus kepada pengikutnya. Mesej itu pula hanya difahami oleh keturunan pengikut setianya sejak zaman berzaman.
----------------------
Motif mewujudkan fenomena UFO dengan makhluk asing dibuat secara sengaja bagi membolehkan golongan penyembah Dajjal ini merencana rancangan yang lebih besar. Menurut satu sumber yang dipetik dari seorang penulis teori konspirasi Fritz Springmeir, beliau mendedahkan pendedahan yang dibuat Halbert Pike (bekas pengikut Illuminati) mengenai rancangan UFO, rancangan itu sengaja dibuat dan akan direalisasikan dengan memperlihatkan kehadiran ribuan UFO ‘menjajah’ dunia pada satu ketika nanti dan memusnahkan medan magnetik bumi.
     Pada ketika itu juga, keadaan dunia digambarkan akan menjadi huru-hara sehingga menjejaskan segala sumber tenaga. Ia terus membawa kepada lupusnya semua sumber tenaga dan memaksa manusia hidup seperti ketika zaman dahulu kala akibat peralatan canggih yang menjadi kebergantungan manusia sudah tidak berfungsi lagi. Manusia pula akan hilang daya berdikari kerana ketiadaan mesin canggih yang pernah digunakan sebelum semua tenaga elektrik lupus.
    Manusia pula digambarkan akan berperang dengan makhluk asing (atau jelmaan syaitan?). Pada masa itulah manusia amat bergantung harap kepada seorang penyelamat (Dajjal?) yang terlebih dahulu mahu melihat semua manusia bersatu (New World Order) untuk menentang makhluk asing. Ia tidak ubah seperti babak filem Independence Day lakonan Will Smith.
    Dan melalui perancangan itu juga, selepas makhluk asing berjaya dikalahkan, dunia akan kelihatan tidak ubah seperti Zaman Pertengahan di mana tiada bekalan elektrik dan peralatan canggih akibat kesan kemusnahan peperangan dengan makhluk asing. Senjata perang seperti senapang dan meriam juga sudah tidak berfungsi akibat kerosakan yang berlaku di kawasan magnetik bumi disebabkan ‘serangan UFO’.
    Pada masa itu juga, hero yang menyelamatkan dunia (Dajjal?) akan diagung-agungkan oleh manusia kerana keperwiraan dan kepintarannya, dan Dajjal akan menjadikan manusia-manusia ini sebagai orang suruhannya (angkatan tentera) yang berada di bawah pemerintahannya. Dan sebagai persiapan merekrut angkatan tentera baru yang kononnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan kedua oleh makhluk asing. Walhal, ia adalah persediaan melengkapkan angkatan tentera untuk memerangi angkatan Tuhan (pimpinan al-Mahdi dan Isa al-Masih) ketika perang akhir zaman.
(ini hanya teori yang digambarkan oleh Pike kepada Springmeir, jangan terus terima bulat-bulat) (Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan juga di bumi)
------------------------
Agenda UFO digerakkan secara halus untuk memerangkap manusia supaya mempercayai kewujudan makhluk asing.
    Mempercayai makhluk asing juga akan menjerumuskan manusia kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan dan mempersoalkan bahawa ‘jika benar makhluk asing wujud, tuhan mana yang mmakhluk asing itu sembah?’ ATAU ‘jika makhluk asing itu tidak menyembah Tuhan, maka wujudkah Tuhan?’ ATAU ‘jika benar Tuhan wujud, mengapa tuhan tidak menceritakan mengenai makhluk asing melalui para nabi-nabi?’ DAN banyak lagi persoalan yang 
cuba disogok oleh Yahudi untuk menjadikan manusia ragu-ragu terhadap kewujudan Allah.
    Usaha menjadikan manusia percaya terhadap makhluk asing ini sentiasa disogok Hollywood melalui cereka sains fiksyen angkasa lepas. Dan, pada masa yang sama Kerajaan Amerika bermain wayang menafikan kewujudan makhluk asing bagi menampakkan seolah-olah mereka menutup rahsia mengenai penemuan UFO dan makhluk asing. Ia adalah satu sistem untuk memaksa kita mempersoal kerajaan Amerika yang dilihat seolah menutup rahsia UFO, dan menjadikan kita percaya kepada kewujudan makhluk asing secara tidak langsung hasil daripada pertikaian yang timbul akibat mempersoalkan hal kerahsiaan kerajaan Amerika. 
    Dalam satu laporan di laman web News Kerala pada 18 Disember 2009, mendedahkan mengenai objek terbang di angkasa menyerupai UFO di sekitar ruang udara di Moscow, Rusia yang berjaya dirakam Russian TV Network. Berdasarkan maklumat orang awam yang menyaksikan UFO tersebut, ia menyerupai kapal angkasa berbentuk seperti piramid yang terbang bebas melintasi ruang udara Moscow.


UFO piramid di Moscow

Manakala dalam laporan FOX News Online dan akhbar The Sun di United Kingdom pula melaporkan sebuah UFO dikesan di satu kawasan di Iran ketika negara itu melakukan ujian peluru berpandu Shahab III pada 6 Oktober 2009.

Imej UFO dikesan ketika ujian peluru berpandu Shahab III di Iran


Buatlah pertimbangan sendiri, sama ada UFO itu jentera makhluk asing atau senjata yang digunakan untuk tujuan intipan ketenteraan yang turut berfungsi sebagai medium menjadikan manusia percaya kepada kewujudan makhluk asing. Dan, pada masa yang sama menjadi medium untuk mengintip masyarakat dunia.

SUMBER
The Lost Recordings, Vladimir Teziski.
Forbidden Truth, Fritz Springmeir.
The Dropa Stone, Dr. Chi Pu Tei.
Le Sacre Devoile, Fishberg, Langley & Jacob.
Dropa Review, Dr. Tsum Um Nui.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan