Sunday, May 6, 2012

LGBT, Nafsu Yahudi dan Nasrani - Kejatuhan Negara Islam

The Greater World State tidak akan mampu didirikan selagi proksi-proksi Amerika dan Israel tidak diangkat sebagai pemimpin di negara-negara sasaran. Dalam perkembangan semasa, negara-negara sasaran lebih banyak melibatkan negara-negara Islam. Ia lebih kepada usaha mewujudkan The Destruction of Islamic States (kejatuhan negara-negara Islam) terlebih dahulu sebelum mewujudkan The Greater World State.


Bagi memastikan ia berlaku, pejuang-pejuang Islam harus diheret dalam periuk demokrasi liberal terlebih dahulu supaya Islam menjadi tidak ubah tarafnya dengan dasar-dasar liberal dengan menjunjung hak kebebasan sama rata melebihi perintah agama. Itulah yang sekularis Yahudi dan Nasrani mahu, itulah kehendak hawa nafsu mereka supaya kita menjadi buta dalam melihat perbezaan.

Mungkin ada yang tidak setuju kalau dikatakan manusia itu sememangnya dibezakan kerana sudah tertaksub dengan slogan hak sama rata. Tidak percaya manusia itu berbeza dan dibezakan?

Ketahuilah, Allah melalui banyak ayat-Nya menjelaskan perbezaan manusia melalui tingkat ketaqwaan seseorang hamba. Manusia itu sendiri tidak sama tarafnya dan dibezakan melalui tingkat ketaqwaan masing-masing. Jadi, mengapa pula mahu manusia disama-tarafkan melalui slogan demokrasi rakyat sedangkan manusia itu dibezakan melalui tingkat ketaqwaan mereka? Adakah mahu menunggu Hari Pembezaan baharulah boleh melihat perbezaan itu? Walaupun ia merujuk kepada Hari Pembalasan, ia tetap merujuk kepada pembezaan.

Adakah hak LGBT itu sama tarafnya dengan hak pendukung demokrasi sehingga mereka boleh berjuang bersama-sama dalam erti demokrasi dan membolehkan mereka ‘taram’ sesama sendiri? Kalau di akhirat pun golongan LGBT akan dibezakan dengan golongan yang beriman, adakah mereka perlu disama tarafkan di dunia? Kalau disama tarafkan di dunia, kita juga akan jatuh serataf dengan mereka di dunia dan akhirat.

Akibat terlalu menjunjung demokrasi, umat Islam sudah terlebih sudu dari kuah apabila menjunjung demokrasi melebihi agama sendiri. Agama melarang bertumpah darah semasa umat, mereka berbuat sebaliknya dengan menumpahkan darah sesama umat atas nama demokrasi. Agama melarang sesama umat bersengkata, mereka berbuat sebaliknya dengan gemar bersengketa atas nama memperjuangkan demokrasi. Kerana apa? Kerana mereka berbuat sesuatu itu mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang mahu melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Lihat Mesir, lihat juga Libya, lihat juga beberapa negara lain yang belum kembali stabil selepas rakyat mereka mencetuskan kekacauan. Apa yang Amerika dan Israel serta bangsa-bangsa lain lakukan, adakah ada bangsa lain yang menghulurkan bantuan apabila terjadi sedemikian, tiada sesiapa pun yang mahu menolong mereka di Libya, Mesir dan lain-lain negara yang pernah berperang saudara.

Sekularis Yahudi dan Nasrani mahu mereka merobohkan negara mereka sendiri kerana Amerika dan Israel tidak sekepala dengan pemimpin mereka. Mahu mengharapkan pertolongan Allah pula? Ingatlah: “..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Malaysia pun tidak terlepas daripada kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani. Adakah Amerika dan Israel tidak sekepala dengan Malaysia? Atau, mereka sekepala dengan siapa di Malaysia? Demokrasi rakyat Malaysia? Republik Rakyat Malaysia? Slogan-slogan demokrasi rakyat Malaysia? Kita tidak menyebut nama sesiapa, kita juga tidak menyebut kelompok yang mana. Slogan... slogan... slogan... Slogan itu bukan makanan minda, sebaliknya pengetahuanlah wajar jadi makanan kepada minda.

Andai minda sendiri yang sempit, jangan pula menuduh orang lain berfikiran sempit. Lihatlah realiti dunia, berfikirlah.

Sila baca artikel menarik ini sepenuhnya di Blog UMAT TERAKHIR

0 comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan