sistem dajjal 4


THURSDAY, FEBRUARY 18, 2010

SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 4

Ditulis oleh SHAHI @ The ASSOCIATE

Ada beberapa ibadat dikhususkan pada bulan tertentu dalam pusingan kalendar, contohnya ialah ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan. Kita lihat hadis berkaitan bulan Ramadhan dan ibadah puasa:

Rasulullah bersabda“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” (Riwayat Abu Hurairah)

Rasulullah bersabda"Sesiapa yang menafkahkan sepasang binatang (dua ekor kuda, lembu ataupun unta) untuk sabilillah (perjuangan agama Allah), maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah kebaikan." Sesiapa daripada golongan ahli solat, maka dia akan dipanggil dari Pintu Solat. Sesiapa daripada golongan ahli jihad, maka dia akan diseru dari Pintu Jihad. Sesiapa daripada golongan ahli puasa, maka dia akan diseru dari Pintu Rayyan. Sesiapa daripada golongan ahli sedekah, maka dia akan diseru dari Pintu Sedekah" (Riwayat Abu Hurairah)

Saidina Abu Bakar berkata"Bi-abi anta wa ummi ya Rasulullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu. Tetapi apakah ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu? Baginda Rasulullah menjawab"Ya ada dan aku mengharapkan agar kamu termasuk dalam golongan orang yang diseru dari segala pintu tadi." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Said RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah (semata-mata menuju ketaatan kepada Allah) melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) daripada neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di sini, kita dapat memahami bahawa ‘pintu’ dibuka pada bulan-bulan tertentu, dalam konteks hadis-hadis yang dipetik itu ialah bulan Ramadhan di mana pintu syurga dibuka dan pintu neraka pula ditutup.
Maka, kita jadikan panduan hadis sebagai tempat untuk kita memelihara akidah dan iman dalam mencari satu jawapan dalam artikel kali ini. Kita akan cuba mencari kaitan bulan dengan pintu gerbang dimensi ghaib. Jika kita sentiasa berpeluk teguh bersama al-Quran dan hadis, insya-Allah kita akan mampu menemui jawapan.

Manakala jawapan yang sebenarnya, hanya Allah lebih mengetahui kerana Dia adalah Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Manusia tidak akan pernah termampu untuk menyelami segala rahsia Allah.

Ingat, jadikan hadis-hadis dan al-Quran sebagai rujukan tertinggi kerana dari sumber itulah kita akan mampu menemui jawapan walaupun hanya secebis kecil dan akan menjadikan kita lebih dekat kepada agama dan mengenal Allah serta risalah rasul-rasul-Nya. Islam memiliki segala jawapan.

Graviti Bulan: Daya gerbang mistikal


Berdasarkan sumber lisan dari seorang penganut Wicca yang ditemui di pinggir sempadan Winsconsin Amerika, satu ritual khas akan diadakan pada setiap kali bulan mengambang penuh pada kiraan 29.53 hari dan ritual itu dipanggil ‘Moon Gate Ritual’. Istilah Monday bagi mewakili hari Isnin juga adalah sebagai mewakili ritual bulan; Moon Day atau Month Day.

Ritual itu dijalankan bagi membuka pintu dimensi (dimensi iblis dan syaitan) untuk membolehkan beberapa ‘urusan’ antara manusia dengan ‘spirits’ disempurnakan. Kita simpan sebentar perkara ini, kita lihat dahulu perkaitan bulan dengan pintu gerbang melalui sudut saintifik.

Dalam bab lalu, dijelaskan mengenai kaitan graviti dengan kemampuannya membuka pintu gerbang dimensi berbeza. Maka, bulan secara saintifik juga mempunyai pengaruh graviti terhadap Bumi yang mempengaruhi pasang surut air laut dan lain-lain fenomena. Bulan juga adalah elemen graviti.

(bumi yang dieja dengan B HURUF BESAR iaitu Bumi dirujuk sebagai planet Bumi, manakala bumi dalam ejaan huruf kecil dirujuk sebagai kata nama umum untuk Bumi)

Menurut kajian yang dilakukan Earthlink Statistics, peta graviti bulan jelas menunjukkan bahawa daya graviti anomal bulan adalah 10 kali lebih besar daripada daya graviti anomal di Bumi. Perbezaan anomal graviti bulan dengan planet Marikh dianggarkan berada pada julat 1000 + 1miligal (1 gal = 1 sentimeter kuasa dua dengan kuasa dua). Kiraan delta pada julat 1000 + 1miligal pula dianggar bersamaan 1/10 daripada daya graviti di Bumi. (abaikan jika tidak faham). Perkara yang harus difahami di sini ialah bulan itu satu objek yang mempengaruhi graviti Bumi. Hubungan graviti dengan pintu dimensi juga tidak perlu dijelaskan di sini kerana sudah diperjelas dalam bab sebelum ini. Di sini, kita hanya perlu faham bahawa bulan juga elemen yang mempengaruhi graviti dan ada ritual-ritual khas dijalankan bagi mengkombinasikan tenaga tubuh manusia dengan daya graviti bulan.
Bulan sentiasa memainkan peranan penting dalam amalan spiritual kuno kerana objek cakerawala itu mempunyai tenaga graviti yang mampu membuka gerbang dimensi berbeza. Malah pada hari ini juga, amalan ritual itu diteruskan mengikut waktu-waktu tertentu berpandukan proses kitaran dan peredaran bulan mengelilingi Bumi.

Ritual itu pula mengambil elemen-elemen sihir untuk disempurnakan bahkan ritual itu pula akan diperbesarkan pada setiap kali bulan mengalami fenomena gerhana. Maka, mungkin atas sebab itulah umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat gerhana bagi meneutralkan amalan sihir yang diamalkan penyembah syaitan. Mungkin itu juga salah satu hikmah solat sunat gerhana iaitu untuk menghapuskan amalan sihir yang jahat.


Moon Gravity map

Berdasarkan sumber tamadun Aztec yang diperoleh dari Temple Mayor Museum MexicoCity, Dewi Bulan Coyolxauhqui (sebutan ~ koyol-shau-kee) yang menjadi sembahan masyarakat pagan kuno terus disembah sehingga hari ini. Melalui sumber yang sama juga, variasi penyembahan Coyolxauhqui terus berkembang dalam beberapa agama pagan yang lain. Proses penyebaran atau pengembangan ritual menyembah Dewi Bulan mungkin melibatkan penyembah agama pagan di Eropah atau sekitar benua Amerika melalui kumpulan pengembara (atau mungkin seorang pengembara) yang mengembara ke beberapa lokasi.


Imej Coyolxauhqui

“Whenever you perform simple or elaborate full moon rituals, you're participating in a long tradition of showing appreciation for a powerful source of illumination.” – (dipetik daripada rekod temubual pada 29 Mei 2006 bersama Selena Fox, Fox ialah Senior Minister of Circle Sanctuary of Barneveld di Wisconsin, Amerika).

Menurut Fox, dalam persekitaran ritual bulan mengikut peringkat peredarannya juga termasuk ‘Full Moon Eshbat’ , ‘Dark Moon Metzbahchi’ , ‘Moon Spell Casth’ , ‘Crescent Spell’ dan bermacam lagi, ia memberi gambaran bahawa ritual itu dilakukan pada masa tertentu mengikut peredaran bulan. Ia juga berkait rapat dengan tahap daya kekuatan graviti bulan pada kitaran tertentu.

Kalendar ritual mengikut peredaran bulan

Tambah Fox, setiap ritual bulan dilakukan dengan elemen-elemen berikut yang mempunyai persamaan dengan ritual Satanism (seperti dalam artikel sebelum ini):

Casting Circular: Pergerakan mengelilingi bulatan yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga negative dari tubuh bagi mengeluarkan daya vortex ‘antara dimensi’ . Proses ini juga menjana chakra.
Call the Elements: Menyeru beberapa nama dewa dewi pagan (sama juga dalam amalan sihir Nusantara yang menyeru beberapa nama jin) untuk membantu memudahkan proses membebaskan tenaga chakra dari tubuh. (Syaitan membantu untuk tujuan jahat).
Build and Release the Energy: Dilakukan dengan membaca mantera-mantera tertentu bagi tujuan melengkapkan proses mengkombinasikan tenaga tubuh dengan bantuan yang diberikan oleh entiti (syaitan dan iblis).
Release the Balance: Menyerahkan diri kepada entiti atau ‘offer your soul’. Biasanya tubuh berpeluh pada ketika ini menandakan hampir semua tenaga sudah dibebaskan, mungkin juga akan pengsan. (samalah juga dengan konteks ‘lemah semangat’ dalam istilah Melayu) (jangan pernah berasa takut jika terlihat syaitan atau entiti dengan izin Allah, syaitan sangat suka kalau dia tahu kita takut kepada dia melebihi ketakutan kita kepada Allah).

Melalui maklumat itu dan berpandukan kajian Earthlink Statistics, jelas sekali lagi bahawa sesuatu ritual itu sangat memerlukan tenaga termasuklah dalam ritual bulan yang diamalkan oleh penganut Wicca kerana pintu dimensi akan terbuka dengan adanya kombinasi graviti bulan, amalan penyembahan syaitan dan tenaga manusia. Sudut mistik ini akan nampak realistik jika kita mengambilkira dan menggabungkan kajian saintifik dengan ritual sebenar amalan ritual kesyaitanan. Graviti bulan memang ada hubungkait dengan pintu dimensi.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah yang menciptakannya, Jika Dia-lah yang kamu hendak sembah.” (Quran, al-Fussilat: 37)

Malah, hadis Rasulullah juga jelas memberitahu bahawa ‘pintu syurga’ dan ‘pintu taubat’ akan terbuka dan ‘pintu neraka’ pula akan tertutup pada bulan Ramadhan. Kita bukan mahu melompat kepada kesimpulan bahawa syurga dan neraka itu juga satu dimensi kerana hanya Allah lebih mengetahui, tetapi kita menjadikan hadis itu sebagai pegangan kerana sebagai umat Islam kita harus berpegang teguh kepada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis. Allah lebih mengetahui segala-galanya kerana Dia memiliki segala rahsia.

"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu." (Quran, Thoha: 98)

Pegangan hadis dan ayat al-Quran itu juga kita jadikan bekal untuk cuba mencari pertalian antara peredaran bulan dengan ‘pintu-pintu’ lain tanpa melanggar batas-batas iman. Kita hanya membuat andaian berdasarkan situasi amalan ritual bulan, kita tidak membuat jawapan total kerana kita hanya mampu menemui secebis sekecil-kecil jawapan.

Berbalik kepada amalan solat sunat gerhana dan ibadah puasa fardhu pada bulan Ramadan serta amalan-amalan solat sunat pada satu per tiga malam yang digalakkan kepada umat Islam. Kita bukan cuba untuk menemui jawapan di sini, tapi kita hanya sekadar mahu menyelami hikmah ibadah-ibadah itu.
Kita sudah membuat andaian bahawa bulan itu mempunyai pertalian dalam membuka pintu dimensi. Kita kutip semula pendapat-pendapat sebelum ini.. kita mulakan susunan untuk menemui pertalian:

Piramid = Tenaga
Vortex = Blackhole
Blackhole = Graviti
Bulan = Graviti
Tubuh = Tenaga
Tenaga = Vortex
Vortex = Pintu Dimensi
Tubuh = Chakra
Chakra = Aura
Aura = Vortex
Tekanan Vortex ke atas = Bukaan pintu dimensi
Tekanan Vortex ke bawah = Tutupan pintu dimensi

Kita bukan mencari jawapan lagi, kita hanya mencari pertalian. Dapat dilihat bahawa ada pertalian dengan semua ini dengan amalan ritual syaitan melalui hasil kombinasi semua unsur-unsur yang disebutkan untuk membuka pintu dimensi.

Kita berbalik kepada konsep keseimbangan, semua unsur ritual syaitan tersebut dapat dipatahkan melalui ibadah kepada Allah. Mungkin atas sebab itulah Allah memerintahkan supaya manusia, jin serta semua makhluk ciptaan-Nya beribadat kepada-Nya Yang Satu danDIA TIDAK MENYERUPAI SEBARANG MAKHLUK.

Kita boleh menggagalkan rancangan syaitan, dengan izin Allah. Perancangan syaitan tidak pernah lebih teliti daripada rancangan Allah kerana Dia-lah yang Maha Mengetahui segala rahsia yang terpendam di bumi dan segala rahsia yang berteraburan di langit.

Sistem ritual bulan sengaja dimanipulasi syaitan dan sekutunya dengan menjadikan daya graviti bulan sebagai daya sokongan untuk dikombinasi dengan daya tenaga manusia bagi membuka pintu dimensi supaya para syaitan dapat berurusan dengan manusia melalui ritual keagamaan yang bertuhankan syaitan dan Dajjal.
Usah takut dengan syaitan dan iblis mahupun hantu.. waspada dengan fitnah Dajjal.. sebagai umat akhir zaman, kita tidak boleh lari.. kita harus menghadapinya… persiapkan diri… untuk menghadapinya… jika ditakdirkan Dajjal keluar ketika kita masih bernyawa, kita harus menghadapinya.. menangislah, kembalilah kepada Allah.. sementara pintu taubat masih terbuka…

..bersambung..Tenaga Ritual Bahagian 5..insya-Allah

Ini hanya andaian, kita akan lebih mendalaminya pada masa akan datang
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan