Wednesday, March 2, 2011

SYAHADAH

Amalan Khalifah Pusaka Wali.


KINI DIKENALI SEBAGAI "ABJAD" DAN SEDANG MULA MENYUSUR KE TAHAP INTERNASIONAL. KEMBALIKAN KEKUATAN ISLAM DALAM LINGKUNGAN UNGGUL SYAHADATAIN (DUA KALIMAH SYAHADAH) YANG DIWARISKAN TALI TEMALI DARI JUNJUNGAN BESAR RASULULLAH SAW. SUSUR GALUR WARISAN INI BERMULA TURUNTEMURUN DARI BAGINDA KEPADA SAHABAT BERTERUSAN HINGGA  KE TANGAN SULTAN AULIA SYIEKH ABDUL QADIR JILANI ...... SYIEKH DAUD ALFATANI... TOK KENALI....SYEIKH MAHMUD UTHMANI.

Dari bimbingan SYEIKH MAHMUD UTHMANI, USTAZ HJ AHMAD  telah diberi tanggungjawab meneruskan kesinambungan perjuangan ulama terdahulu selepas kewafatan ulama ini,  USTAZ HJ AHMAD dibantu oleh anak kepada SYIEKH MAHMUD  UTHMANI (Ust Hj Idris) dan mempunyai wakil disetiap negeri. 

Pertubuhan ini didaftarkan sebagai "NGO" atas nama "ABJAD Malaysia" bagi membolehkan ia bergerak sebagai sebuah pertubuhan bebas politik - bukan kerajaan mengikut undang-undang Malaysia. Asas Pertubuhan ini ialah melatih anak muda mempersiapkan diri dengan seni mempertahankan diri yang asalnya ialah amalan para ulama termasuk yang tersohor Tok Kenali Kelantan (Syeikh Yusuf alKenali iaitu guru kepada Syeikh Mahmud Uthmani). Nama asal seni mempertahankan diri ini semasa Syeikh Mahmud Uthmani mendapat tauliah dari Syeikh Yusuf ialah  Amalan Khalifah Pusaka Wali.   Sebagaimana biasa spabila ia diamalkan si Tanah Melayu ia dikenali sebagai "silat" kini disebut sebagai "silat ABJAD". 


Tunggak utama persilatan ini ialah Dua Kalimah Syahadah dan setiap ahli akan mengambil "syahadah" secara rasmi (bai'ah) dari guru sebelum mendapat talqin syahadah dari mahagurunya.  


Sebenarnya silat ini bukanlah satu perkara yang diwajibkan kepada setiap ahli ABJAD kerana yang lebih utama ialah mendapatkan bai'ah syahadah dan tujjuk ajar dari ulama tauhid yang menjadi pemegang amanah Rasulullah saw. Matlamatnya ialah untuk membuka laluan menjadi Mukmin Sejati yang mengamalkan apa yang diperturunkan dari Baginda saw kepada para sahabat.  Bagi anak muda, wajar sekali mereka mendapatkan asuhan persilatan untuk menjadi pemuda satria beriman harapan bangsa, sebagai benteng dan tulang belakang dalam membela agama bangsa dan tanah air atas nama Allah semata-mata.


Setelah mendapat talqin Syahadah dari Ustaz Haji Ahmad, lazimnya setiap ahli akan merasa aman dan selesa semasa menjalankan amalan baik dalam peribadatan ataupun dalam urusan seharian. Melakukan setiap perkara bersandarkan  Kalimat Tauhid dan sudah tentu setiap apa yang dilakukan itu akan menjadi ibadah dan dirahmati Allah SWT.  


Selain dari itu setiap ahli ABJAD akan melalui peroses buang "SAKA" iaitu jin belaan para moyang turun temurun (sama ada diketahui atau tidak). Biasanya 90 peratus dari orang Melayu mempunyai SAKA ini dan ianya mesti ditamatkan bagi membolehkan setiap amalan kita diberkati dan sampai kepada Allah SWT. Sesaorang itu wajib membuang SAKA ini sebelum menemui ajal kerana ia memberi kesan yang sungguh mendukacitakan semasa di alam kubur. Hanya Allah yang tahu segalanya.


Umat Islam seharusnya bersatu menjadi sabuah komuniti terbaik dan berpekerti mulia.  Inilah perjuangan ABJAD yang jauh dari berhajat kepada kemegahan dunia. Kembali kepada jalah SYAHADAH jalan lurus yang penuh nikmat.  Jalan FITRAH iaitu jalan untuk mengenali diri dan asal kejadian manusia yang hanya boleh diperoleh melalui Syahadah ini (yang telah diturunkan dari Baginda Junjungan saw). Syurga bukan matlamat tetapi sudah semestinya setiap manusia yang tahu jalan kembali  akan mendapat balasan yang baik. Ini janji Allah SWT.


"BERPEGANG TEGUHLAH KAMU KEPADA TALI ALLAH JANGAN BERCERAI BERAI" (Wabtasimu Bi Hablillah Jami'an La Tafarraku) ayat yang sering kita dengar dari khutbah Jumaat..... KALIMAT TAUHID INILAH MAKSUD "TALI ALLAH" TERSEBUT.



Perjuangan Ulama

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (berpaksikan Dua Kalimah Syahadah) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fatani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya"Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali).


TOK KENALI

Tok kenali adalah merupakan seorang tokoh ulama, guru, tokoh pembangunan pemikiran islam di rantau sini.di awal abad ke 20an.beliau seorang alim rabbani hidupnya banyak berpandukan ALQuran dan sunnah. seorang yg memilih hidup sederhana dan juga seoarng wali keramat.


Beliau di lahirkan pada tahun 1870, dengan nama Muhammad Yusof, Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala ibunya seoarng wanita yg bersopan bernama Fatimah. bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 5 tahun. Beliau telah di besarkan dan didik dengan ilmu alquran oleh datuk nya iaitu Encik Salleh ( tok leh ), Tok Kenali telah menyambung pelajaranya ke masjid besar Al Muhammadi di Kota Bharu dan juga di tempat2 pengajian lain di negeri Serambi Mekah itu dalam pelajaran bahasa arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.

Kebolehan beliau dalam menuntut ilmu amat luar biasa beliau telah khatam Al Quran di usia muda dan boleh menulis dan membaca..sehingga kan di usia 7 -8 tahun beliau telah dipilih bekerja di pejabat penggawai daerahnya sebagai kerani.

Menjelang umo 18 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke tanah suci. Pemergian nya ke tanah suci telah di sumbangkan sbyk RM50 oleh kawan2nya dan RM22 oleh ibunya..kesukaran Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan selama 7 bulan beliau hanya menginap di serambi Masjidil al Haram, hanya dapat berehat dan tidur sesuku malam.

Tok kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab.disamping itu juga terpaksa membaca di kedai2 kitab dengan meminta izin tuan kedai terlebih dahulu untk membaca dan menatap kitab2 dengan cermat sekali., kitab2 wakaf di dalam mesjid juga di gunakan untuk memahami kuliah2 gurunya.

Tok Kenali telah pulang ke tanah air setelah 22 tahun menimba ilmu di tanah suci ..Beliau kembali pada tahun 1909, beliau telah berbakti mengajar ilmu di Masjid Besar Kelantan..Murid2 dari seluruh kelantan bahkan dari luar negara juga berderet2 datang untuk menimba ilmu.

Kemasyuran Tok Kenali telah menarik segenap pelajar dari seluruh negara..ada yang telah bergelar ustaz..khadi datang menimba ilmu dengan Tok Kenali. Sungguh banyak jasanya dalam penyebaran ugama Islam di Kelantan bahkan di rantau Asia Tenggara. Setelah 65 tahun menyedut udara di dunia ini, Tok Kenali telah kembali kerahmatullah pada 19 november 1933, keringat Tok Kenali di dalam penyebaran dan cinta beliau di dalam ilmu telah melahirkan ramai pengarang-pengarang buku agama yg termasyhur kesemuanya adalah anak murid beliau.

Anak2 beliau juga telah terus mengembangkan usahanya:

1.Al mahrum Haji Ahmad  -guru agama di pondok tok kenali dan juga guru agama di beberapa surau di kelantan

2.Hj Mahmud,, wakil syaikh haji, makkah

3.Haji Mohd Salleh -guru ugama di kota Mekah dan seoarng pengarang buku2 ugama, beliau mendirikan Sarul Islah iaitu satu persatuan perhimpunan kaum muslim dari Tanah Melayu, Pattani, Kemboja, Iindonesia dan lain

4.Haji Abdullah Zawawi. lulusan kuliah syariah Mekah, menjadi pengetua sekolah2 menengah di kerajaan Arab Saudi dan Nigeria

Semoga ALLAH merahmati setiap apa yg di tinggalkan oleh wali ALLAH ini


dipetik dari http://kekoh.blogspot.com/2010/03/tok-kenali.html

Warisan Perjuangan ini disambung oleh Sheikh Mahmud Nasri anak murid Tok Kenali. Selepas itu di terajui pula oleh Tuan Haji Ahmad (Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din) anak didikan Sheikh Mahmud, hingga sekarang.
Sheikh Mahmud Nasri
Dilahirkan pada 13 Safar 1316 / 14 Julai 1898
di Kampung Alor Besar, Kota Sarang Semut, Kedah.
Pulang ke Rahmatullah pada 28 Safar 1400 / 16 Januari 1980
Dilahirkan dan kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu
Pengenalan
 Nama Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri bukanlah nama yang asing di kalangan masyarakat negeri Kedah dan Seberang Perai. Beliau dikenali sebagai seorang ulama, tuan guru dan pengasas Pondok Lanai Negeri Kedah Darul Aman yang dikenali sebagai Madrasah Misbahul Salam. Selain itu, beliau juga menjadi guru agama di surau-surau dan masjid-masjid yang menjemput beliau mengajar kitab-kitab dalam bidang tauhid, feqah , usuluddin, tasauf dan lain-lain. Isterinya juga mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas fardhu ain. Tuan Guru Sheikh Mahmud banyak memenuhi masa lapangnya dengan beruzlah bersendirian bagi mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T.

Silsilah Keturunan
Keturunan bapa : Haji Mahmud Nasri Othmani bin Haji Othman bin Haji Senik bin Haji Wan Hashim bin Haji Wan Abdul Wahab.

Datuknya ialah Allahyarham Assyahid Tok Nik Had keturunan Tok Mekong Awang Hitam, seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera siam ketika sedang menunaikan solat di pinggir medan perang mempertahankan Pattany sekitar tahun 1730M.
 

Keturunan ibu
 : Haji Mahmud Nasri bin Hajjah Kamaliah binti Haji Saman bin Haji Abd Samad (Tok Fakeh) bin Hashim bin Wan Abdul Wahab. 

Haji Mahmud adalah cicit kepada penghulu Kampung Bera Pattany. Semasa kejatuhan Pattany, Wan Hashim
 (anak kepada AsSyahid Tok Nik Had (Tok Mekong Awang Hitam) telah berpindah ke Negeri Kelantan. Bapanya Haji Othman dilahirkan di Kampung Kuala Lengkung, kawasan bendang padi di pendalaman Kampong Belimbing dalam Jajahan Pasir Mas. Haji Othman dibesarkan dan dididik oleh datuknya dengan pelajaran agama dan kemudiannya di Pondok. Setelah dewasa, Haji Othman dibawa oleh datuknya ke Negeri Kedah dan dijodohkan dengan ibunya (Hajjah Kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga keturunannya. 

Hasil perkongsian hidup itu, ibubapanya telah dikurniakan Allah SWT dengan 10 orang anak iaitu Ismail, Mahmud Nasri, Saat, Ahmad, Aisyah , Salmah, Cik, Zainab, Rokiah, dan Huduh.
 

Pengajian Agama

Haji Othman dan Hajjah Kamaliah yang mempunyai pendidikan agama yang baik telah membesar dan mendidik Haji Mahmud. Pada usia 7 tahun, Haji Mahmud telah khatam Al-Qu’ran dan beliau diserahkan kepada seorang guru Al-Quran yang mahir (
berasal dari Pattany tetapi telah menetap di Kedah selama 5 tahun) iaitu Pak Ngah Idris untuk mempelajari Al-Quran dan pendidikan agama secara lebih mendalam. Ketika itu, pengajian Islam merupakan pelajaran utama untuk orang Melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah.

Pada usia 12 tahun, beliau telah berguru pula dengan Tuan Guru Haji Ismail
 (Tok Chik Dol) di Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah selama 3 tahun. Tidak lama kemudian, beliau telah berguru dengan Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong Sik Kedah, seorang ulamak yang masyhur ketika itu. 

Selepas itu, beliau telah berhijrah ke Kelantan (
bersama kakandanya Ismail) pada usia 18 tahun dan berguru pula dengan seorang lagi ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).Pondok Jelapang juga ketika itu merupakan pusat pengajian yang terkenal. Pada usia 21 tahun, Haji Mahmud masih meneruskan pelajarannya dengan Haji Wan Ahmad tetapi di Pondok Pasir Mas Salor. 

Semasa di Pondok Pasir Mas Salor inilah, Haji Mahmud mengenali seorang lagi Ulama Terkemuka iaitu Al-Allamah Syeikh Yusuf Kenali
 (Tok Kenali) 

Akhirnya Haji Mahmud telah berguru dengan Tok Kenali.
 

Perguruan dengan Tok Kenali

Tok Kenali adalah seorang tokoh ulama yang menguasai banyak bidang ilmu agama. Beliau juga merupakan murid kesayangan Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zin Mustafa Al-Fathoni.

Tok Kenali rata-rata dikenali di Kelantan ketika itu sebagai seorang ‘keramat’ dan ‘wali’ di samping seorang ilmuwan yang bertanggungjawab di atas penerbitan Majalah Pengasuh, Majlis Agama Islam Kelantan.
 

Di sinilah Tok Kenali telah mengajar Syeikh Mahmud
‘rahsia shatar’ (titik perbezaan antara hak-hak hamba dengan Allah SWT) dan ‘amalan khalifah pusaka wali agama Islam’ bagi melayakkan manusia menjadi Khalifah dalam ertikata sebenar di muka bumi dan tahu membezakan antara ar-risalah (yang dikurniakan kepada Para Rasul)dan an-nubuwah (yang dikurniakan kepada Para Anbia) serta mengikuti sunnah/contoh/teladan.

Dengan adanya hak-hak kehambaan kepada Allah SWT semata-mata barulah seseorang manusia yang digelar Khalifah itu dapat mentadbir dan memakmurkan seluruh isi alam ciptaan Allah SWT.

Tok Kenali juga telah mengarahkan Syeikh Mahmud untuk mempelajari langkahan hulubalang (Jabat dll)/Silat Khalifah dengan Tuan Guru Haji Muhammad Taib (rakan kepada Datuk Perdana Nik Mahmud) di Kota Bharu. Syeikh Mahmud juga telah menerima amalan aurad dengan ayah kepada Haji Taib iaitu Al-Allamah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pattany (juga dikenali sebagai Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat/Tengku Abdul Rahman Tok Tama)
Tok Kenali telah menjelaskan antara lain tujuan mempelajari langkahan hulubalang dan amalan aurad ini ialah untuk mempertahankan agama, keluarga, bangsa dan negara dari sebarang bentuk penjajahan/serangan luar.

Akhirnya Tok Kenali telah mengijazahkan Amalan
Khalifah Pusaka Wali Agama Islam kepada Syeikh Mahmud Nasri Othmani.

Sebelum kembali ke Kedah pada usia 27 tahun (bersama sahabat-sahabatnya Tuan Guru Haji Othman Yunusi dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim) Tok Kenali telah mendoakan Syeikh Mahmud dan berwasiat :

“Di mana ada rimba di situ tempatmu, di mana kamu duduk, hendaklah mendirikan madrasah, kamu jangan tinggal madrasah”. 

Pulang Ke Kedah

Syeikh Mahmud Nasri Othmani telah pulang ke kampung halamannya dan tinggal bersama keluarganya. Tidak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Pondok Gajah Mati dan tinggal di sana. Beliau telah dikunjungi oleh Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin (Lebai Salam Penanti) untuk ke Madrasah Manabil Ulum Penanti Bukit Mertajam bagi guru ganti kepada Tuan Guru Syeikh Othman sementara anaknya Haji Muthalib pulang dari Makkatul Mukarramah.
 

Berkhidmat Di Penanti

Syeikh Mahmud berkhidmat di Madrasah Manabil Ulum Penanti Bukit Mertajam selama setahun sehingga anak Tuan Guru Syeikh Othman iaitu Setelah itu Tuan Guru Haji Muthalib pulang mengambilalih tugasnya sebagaimana pesanan ayahandanya.
 

Berkhidmat dan berhijrah ke Lenggong

Syeikh Mahmud Nasri kemudiannya dijemput pula oleh saudara sepupunya iaitu Tuan Imam Haji Yusuf Haji Ibrahim, Imam Masjid Lenggong, Perak untuk mengajar agama. Imam Haji Yusuf merupakan murid kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik bin Haji Hasan Pondok Sungai Pinang.

Syeikh Mahmud telah berhijrah/bermukim di Lenggong selama 2 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau mengajar tauhid, feqah, tasauf di masjid dan surau-surau yang terdekat. Pada usia 31 tahun, beliau kemudiannya berkahwin dengan anak saudara sepupunya Tuan Imam Haji Yusuf yang bernama Azizah. Isterinya merupakan seorang guru Al-Qur’an dan Fardhu Ain dan merupakan murid kepada bapanya sendiri dan bapa saudaranya iaitu Haji Ahmad
 (Pak Chu Mat Kelantan – murid kepada Tuan Guru Haji Abdullah Senik, Pondok Padang, Pasir Mas Kelantan) yang juga telah berhijrah dan menetap di Lenggong. 

Selain Pak Chu Mat, Imam Haji Yusuf iaitu mertua Syeikh Mahmud juga telah berhijrah ke Lenggong selepas Hulu Perak, Kelantan dan Pahang telah dibuka dengan selamatnya oleh Tuan Guru Syeikh Abdul Rahman Jabat. Sebelum pembukaan, kawasan ini amat digeruni orang kerana ‘permainan raja orang asli’ yang mempunyai amalan memuja binatang-binatang buas bagi mengganggu sesiapa sahaja yang mencerobohi kawasan-kawasan yang ‘dijaga’ oleh mereka.

Kisah pembukaan ini telah meninggalkan kesan sejarah di hulu Perak, Kelantan dan Pahang menerusi lambang Gajah Putih iaitu tunggangan Tengku Abdul Rahman Tok Tama atau Sheikh Abdul Rahman Jabat.

Kembali Ke Kedah

Tiada berapa lama selepas perkahwinan beliau, Syeikh Mahmud merasakan amanat gurunya Tok Kenali belum dapat dilaksanakan. Pada tahun 1932 M, dia telah kembali ke Kedah dengan hasrat untuk membuka pondoknya di kawasan rimba yang baru diterokai di mana penduduknya tidak mempunyai guru yang boeh mengajar mereka tentang ilmu-ilmu agama.

Membuka Madrasah Misbahus Salam.

Pada 12 Rabi’ul awal 1351 H bersamaan 15 Ogos1932 M, Syeikh Mahmud telah berhijrah ke Kampung Lanai, Baling, Kedah Darul Aman; selaras dengan amanat Tok Kenali; Kampung Lanai merupakan suatu kawasan yang asalnya rimba yang belum diterokai dan hanya didiami oleh beberapa keluarga sahaja.
 

Semasa itu, penduduk Lanai mengerjakan solat Jumaat dengan berjalan-kaki sejauh 15km di Masjid Kampung Padang. Syeikh Mahmud telah berbincang dengan penduduk setempat seterusnya mencapai kata persetujuan untuk membuka Madrasah Misbahul Salam bagi digunakan sebagai tempat solat dan mempelajari agama.
 

Madrasah ini akhirnya menjadi terkenal dan semakin ramailah orang berhijrah ke Kampung Lanai untuk mempelajari agama dengan Syeikh Mahmud Nasri Othmani, murid kepada Ulama Terkemuka Asia Tenggara iaitu Al-Allamah Syeikh/Maulana Muhammad Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani (Tok Kenali)  Akhirnya Madrasah Misbahus Salam telah dipindahkan ke Charuk Salang, 3 km dari tapak asal.

Titah DYMM Sultan Badlishah

Selepas hampir tamat zaman pemerintahan Jepun, komunis cuba mengambilalih pentadbiran dengan menangkap Syed Abu Bakar dan Tuan Adam, DO Baling dan Residennya dan dibawa ke Kampung Dalam Wang Bawah Gunung, Baling dengan diikat seluruh badan mereka untuk ditanam dalam satu lubang secara hidup-hidup.

Syeikh Mahmud Nasri Othmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Taha, Kg. Pisang, Kupang
 (bapa mertua Tuan Guru Haji Umar Zuhdi) atas titah DYMM Sultan Badlishah untuk mengetuai operasi menyelamatkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri kepada komunis. 

Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis seramai 600 orang yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja malah membenarkan Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya membawa keluar Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 40 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat selama 30 minit tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengenai mereka.

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan rakan-rakannya telah menyerahkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam kepada DYMM Tuanku Sultan Badlishah dan Tuan Guru Haji Yahya Taha di Kampung Charuk Bemban, Kupang. Tempat penyerahan inilah hari ini telah didirikan Sekolah Menengah Syed Abu Bakar, Baling sempena nama Syed Abu Bakar.

Perasmian Madrasah Misbahul Falah

Pembukaan semula Madarasah Misbahul Falah telah disempurnakan pada tahun 1957 setelah terjadinya kesepakatan di antara Tuan Haji Abu Bakar, Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih, Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan penduduk tempatan.

Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih adalah anak kelahiran Kelantan yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang yang kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah. Semasa di Mekah, Tuan Guru Haji Umar Zuhdi telah berguru kepada beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir
 (Pak Da’el), Syeikh Mukhtar Abdul Malik Kudri Al-Makki, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili dan Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al-Kelantani Al-Makki.

Sekembalinya beliau dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya, Tuan Guru Haji Umar berhasrat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan agama yang dipelajarinya kepada anak-anak bangsanya. Atas kehendak bapanya, Tuan Guru Hj Umar Zuhdi mengambil keputusan untuk menetap di Banggol Berangan, Lanai, Kupang (Kuala Pegang), Baling, Kedah dan bersama-sama membuka semula pondok Madrasah Misbahul Falah.

Atas mengenang jasa Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan rakan-rakannya menyelamatkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam, DYMM Sultan Badlishah telah berkenan merancang untuk berangkat merasmikan Misbahul Falah. Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana telah mangkat pada hari berkenaan Majlis kenduri untuk menyambut baginda telah bertukar menjadi majlis tahlil untuk Almarhum DYMM Baginda dan akhirnya Madrasah Misbahul Falah telah dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Haji Umar Zuhdi Solih.

Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi sendiri, mengikut system pengajian Nizhomi dan Umumi.Sistem pengajian nizhomi adalah system pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke thanawi dan sistem pengajian umumi adalah pengajian kitab-kitab torah dari kulit ke kulit. Sistem pengajian nizhomi dan umumi mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan agama dan suasana ini berjalan baik sehingga ke hari ini. Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Othmani pula mendirikan sebuah madrasah dengan mengekalkan nama madrasah Misbahus Salam di rumahnya berhampiran dengan madrasah tersebut.Beliau membantu mengajar kitab-kitab torah secara umumi kepada pelajar-pelajar Madrasah Misbahul Falah yang gemar menuntut ilmu dengannya.

Gerak Seni Silat Abjad.

Gerak Seni Silat Abjad telah diasaskan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Othmani adalah sebagai menggantikan nama ilmu dan amalan yang asal diterima daripada gurunya
Sheikh Yusuf Kenali dan menerima latihan daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat. Nama asal ialah Amalan Khalifah Pusaka Wali.

Syeikh Mahmud Nasri memperkenalkan Gerak Seni Silat Abjad ini ialah kerana pada masa itu beliau melihat kedudukan umat Melayu Islam terumbang-ambing selepas
peristiwa 13 Mei, 1969. Ketika itu lahirlah berbagai-bagai unsur-unsur syirik, khurafat dan bidaah berlaku berleluasa dalam masyarakat melayu. Lalu beliau berhasrat untuk membersihkan amalan-amalan karut yang tiada dalam ajaran agama. 

Amanat Al-Allamah Syeikh Mahmud Nasri Othmani :

Banyak barang tiruan dalam pasaran, 
Barang asli dalam rumah ahli, 
Dapat beza dalam majlis tandingan, 
Datang benar hancur binasa yang bathil, 
Benar tetap benar, bathil tetap bathil, 
Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli, 
Tiada menjadi korban pengorbanan, 
Tiada dimahkotakan pahlawan, 
Nafsu tujuh rupa tujuh terbit, 
Taulannya di luar atas rupanya baik atau jahat, 
Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal, 
Dosa pahala dikira melaluinya, 
Tiada guru syaitan mengaku jadi guru, 
Ahli sufi palsu berbagai ragam ratib jampian,
Lumrah insan kalah memakai menang membeli.
----------------------------------

AL-FATIHAH

dipetik dari 
http://pgssajkm.blogspot.com/2008/12/al-allamah-tuan-guru-haji-mahmud-nasri.html

Sejarah Yang Cuba Dipadam Oleh Penjajah

Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (Pengasas Silat Abjad) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.
- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu
i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal 

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri juga telah mengisahkan bagaimana Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kedah dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.
(Nota 4) – Semasa zaman Al-Muqtafi menjadi Khalifah di Baghdad.
Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah. 
Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (Lihat Nota 5) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.
(Nota 5) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.
Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Canton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha. 
Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) 
Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (Lihat Nota 6) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.
(Nota 6) 'Al-Mala-u' disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa 
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah : 
a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

( AHLI JAWI MELAYU - ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnyaPemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh.

Mengikut Tuan Guru Haji Mahmud lagi, Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (Nota 7) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.
(Nota 7 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)

ZAMAN KEJATUHAN
Kemakmuran Melayu Islam termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. Akibatnya, tercetuslah pelbagai pertengkaran dan perselisihan faham dalam agama, bangsa dan siasah yang menjadikan umat manusia rata-rata :

a) cintakan dunia dan takutkan mati (Al-Wahan),
b) berbangga dengan maksiat dan budaya kuning,,
c) berfahaman ajaran sesat,
d) salah faham terhadap agama,
e) pergaduhan antara kaum dan agama,
f) pengaruh isme yang membahayakan,
g) kepercayaan karut lagi harut marut, bidaah, syirik dsb.
h) menjadi mudah gugur imannya dan lain-lain

Penjajah juga telah menanam kefahaman anti Islam sehingga berjaya merosakkan kemurnian Islam di Indonesia dengan terbunuhnya sekumpulan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia sekitar tahun 1940-an

Selain itu, penjajah dipercayai telah banyak melarikan kitab-kitab agama termasuk sejarah Nusantara selepas zaman penjajahan kerana dipercayai akan memberikan kekuatan kepada bangsa Melayu Islam untuk bangkit kembali. Yang ada pada kita sebenarnya banyak sejarah yang telah diubahsuai dan dipinda untuk mengelirukan kita.

Kini penjajah sudah mempunyai nama baru kepada kumpulan mereka iaitu 'Zionis' dan kuncu-kuncunya (tidak kira nama mereka samada Illuminati, Freemason, Priory, Opus Dei, Bilderberg, Black Nobility dsb dan dalam bentuk apa pun ianya muncul).

Mereka sebenarnya sangat takut kepada kewujudan Imam Al-Mahdi, Pemimpin Islam dari kalangan Ahlul Bayt dan Ulama Warisatul Anbia yang akan memusnahkan mereka.

Peperangan memusnahkan Islam telah bermula dengan terbunuhnya ahlul bayt keturunan Rasulullah SAW dan akan terus berlarutan sehingga kini (Krisis Timur Tengah yang tidak kehabisan) sehinggalah kemuncak - timbulnya kumpulan Yahudi Isfahan di akhir zaman yang dipimpin oleh Al Masihi Dajjal Laknatullah bagi memerangi Imam Al-Mahdi.

Antara tanda-tanda yang ada dahulu ialah apabila penjajah melabelkan pahlawan Melayu Islam (Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dll) sebagai Pemberontak (rebel) dan tanda-tanda yang ada kini ialah apabila Barat melabelkan Islam sebagai Pengganas (terrorist) – Dua panggilan yang berbeza tetapi membawa satu maksud yang sama. Rata-rata di Internet didapati kumpulan Zionist telah mula melabelkan Imam Al-Mahdi sebagai ‘Terrorist Islam’ terbesar dunia.

Pelbagai cara kini dilakukan (termasuk menggunakan teknologi) untuk merosakkan minda dan aqidah orang-orang Islam secara halus

KESINAMBUNGAN
Selepas era Tok Kenali, perjuangan memertabatkan "Melayu Islam" dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Othmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Masa kini, perjuangan ini telah diwarisi/diterajui oleh Persatuan Warga Melayu Malaysia,Yayasan Angkatan Bina Jati Diri dan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia menerusi satu resolusi muzakarah ulung Warga Melayu pada 12 Rabiul Awal 1429 Hijrah bersamaan 20 Mac 2008 Masihi yang diadakan di Pusat Pengajian Assalam, No. 25, Persiaran Seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman .
sumber:http://www.abjadmalaysia.blogspot.com/


Semoga usaha menyelamat dan memertabatkan semula Bangsa Melayu sebagai Bangsa Bermaruah akan tercapai melalui gagasan ini. Bersatu atas dasar Islam. Berpaksikan kalimah SHAHADAH, La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah. 




















24 comments:

Anonymous said...

Rasul ALLAH bersabda "Antara tanda-tanda hampirnya Kiamat ialah; Pengetahuan beragama dicabut melalui kematian orang-orang 'alim; Manusia semakin lalai dalam beragama; Minum arak berleluasa menjadi perkara biasa; dan Perzinaan secara terang-terangan menjadi semakin jelas." (HR Bukhary, Kitab #3, Hadith #8o)

.. said...

Salam saudara zaidi ali, terima kasih.

Memang benar kata saudara. Semakin hari semakin sukar kita temui alim ulama yang bekerja kerena Allah, apatah lagi golongan pemuda yang cintakan agama. Namun kita tidak wajar berputus asa menyelamatkan diri dan ahli keluarga dari kehancuran akidah.

Tok Janggut said...

Alhamdulillah
Entry yg sgt menarik untuk generasi kita berfikir supaya kita tidak pernah lalai dan alpa.perjuangan yg mereka tinggalkan kini sepatotnya menjadi semangat untuk kita generasi muda teruskan perjuangan menuju fisabilillah.
untuk makluman masih terdapat lg anak2 murid hj Mahmud Nasri atau di sebelah kedah kg sy dikenali dgn tok guru hj mahmud pondok lanai,berkat drpd guru itu sendiri sy lihat boleh dikatakan semua murid2nya yg sy pernah jumpa tak pernah lekang dari nasihat.

.. said...

Terima kasih Sdr Tok Janggut. Salam

Masa kini masyarakat telah mula melupakan perjuangan Ulama dan terjerat dalam kesibukan kehidupan moden. Namun telah ada usaha dari kempulan ABJAD untuk menyemarakkan kembali perjuangan menyatukan anak Melayu melalui saluran agama seperti yang dilakukan oleh Tok Kenali dan Sheikh Mahmud. Disamping penyatuan Melayu ABJAD juga menurunkan ajaran Tok Kenali dan Sheikh Mahmud. Harap saudra juga dapat ikut serta dalam perjuangan ini, dunia dan akhirat.

Wassalam

Orang said...

Salam,

Menurut pemahaman melalaui pembacaan saya yang tidak pandai ini, Syeikh Abdul Kadir, Syeikh Abu Hassan dan Syeikh Ahmad hidup dalam kurun yang berlainan di mana kesemua mereka adalah pemimpin tarekat. Macamana boleh menjadi anak murid pulak?Atau murid di lama roh??Mohon penjelasan. Terima-kasih

pHD Mm said...

salam semua

sejarah uperjuangan ulama telah disisih dari arus persejarahan negara. peranan mereka tidak pernah diberi penekanan.

Anonymous said...

To Orang - mereka mewarisi salasilah ilmu yg bersanad, sebab tu dikatakan murid. contoh - abu belajar sains dengan amin, dan amin belajar sains tersebut dengan ali. maka abu juga merupakan murid bagi ali. ini berkaitan salasilah ilmu,

MEGAT AL-JEFRI said...

assalamualaikum saudara abatasa...

salam prjuangan, alhamdulillah entri yg panjanglebar, hebat dan bermaklumat. cuma ana nak tambah sikit sahaja yg tuan guru tok kenali juga pernah belajar pondok d india spt tuan guru nik aziz.

tok kenali belajar d madrasah DEOBAND, india dan menyambung kemudian d mekah. abah ana adalah anak murid kpd tuk kenali ini sblm pulang ke kedah d tahun 1920 dan berkahwin 3.


abah ana berkahwin dgn mak kami d tahun 1967.ana ni anak mak ke 3. dan kami banyak mendengar crita ttg tok kenali dan sejarah realiti dari almarhum abah kami tercinta dan kaum kerabat kami.

sekian wsslm.

.. said...

Kepada tuan Megat al Jefri. Selamat berkinjung ke sini, terima kasih atas maklumat berkenaan. Kita berguru dengan Syeikh Abdul Qadir secara sanad walau dari siapa juga kita berbaiah. Kita juga murid kepada Rasulullah saw. Merekalah pejuang Allah yang tidak mementingkan kemewahan dunia. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

klausa ini "Syeikh Mahmud Nasri Othmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Taha, Kg. Pisang, Kupang (bapa mertua Tuan Guru Haji Umar Zuhdi) atas titah DYMM Sultan Badlishah untuk mengetuai operasi menyelamatkan Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri kepada komunis". sebenaranya ada kesilapan. Saya berani berkata demikian kerana saya adalah cucu yang keenam Tuan Guru Syeikh Yahya Taha, Kg. Pisang, Kupang hasil dari perkahwinan Tuan guru dengan isterinya yang pertama. Ibu saya, Siti Hajar Hj Yahya adalah anak Tuan Guru yang pertama telah berkahwin dengan Ustaz Abdullah bin Awang Besar (Ustaz Lah Nahu)yang kemudiannya menjadi Mudir Sek Pondok Kg Pisang (kini SMA Yayasan Khairiah) bukannya Tuan Guru Haji Umar Zuhdi, Tuan Guru Haji Umar Zuhdi adalah rakan seperguruan dengan ayahanda saya.

harap maklum
Yahya Sufi bin Hj Abdullah
yas_biha@yahoo.com

.. said...

Wa alaikumussalam Saudara Yahya.

Terima kasih atas teguran dan ia amat penting bagi saya dan dapatlah saya membetulkan maklumat tersebut.

Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Untuk makluman saudara, ibu saya juga berasal dari Kupang, Kg Rambong dan ayah saya pernah belajar di Kg Pisang bersahabat dengan Ust Haji Omar Lanai. Saya gembira atas kehadiran saudara dan rakan2 dari Baling.

Sekian Wassalam.

Anonymous said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Boleh saya tahu ABJAD Kelantan di kawasan mana?Saya merasakan perlu mewarisi pengajian bersanad,tambahan pula saya merupakan salah seorang drp keturunan Hj.Muhammad Tayyib Hj.Abdul Rahman Fattany.

abatasa said...

Sudara Anon7.22

Alhamdulillah,

cuba layari http://sense-az.blogspot.com/ mungkin dapat membantu anda.

abatasa said...

atau hubungi Badal Kelantan 013-9221652 / 09-7438775

Anonymous said...

salam

pertama kali sy dengar ttg talkin syahadah,itupun stlh terjumpa blog ini,boleh tuan jelaskan maksudnya.

mans said...

wa alaikumussalam sdr anon

maksud talkin syahadah ialah mendapatkan syahadah secara rasmi sebagaimana para sahabat dahulu. hanya guru yang bersanad dan bersalsilah serta diamanahkan sahaja layak menurunkan talkin kepada penerimanya. ada aturcara yang khusus. bagaimana tok kenali lakukan, guru bersanad ini juga lakukan hal yang serupa. perkataan talkin ini hanya membezakan pengambilan syahadah cara biasa dengan pengambilan secara rasmi mengikut cara rasulullah saw diturunkan turun temurun. guru abjad ini adalah bersalsilah perguruannya hingga syeikh abdul qadir jailani dan seterusnya dari saidina ali dan dari rasulullah saw dari saidina jibril as. harap keterangan ini dapat membantu. sila ke sufisense.blogspot.com untuk maklumat tambahan. hubungi badal berdekatan untuk bertanya secara detail. terima kasih.

Unknown said...

Assalammualaikum..
Sy brminat mengetahui lebih lanjut pasal abjad ni.teringin sekali nak talkin.kawasan di sarawak , ada tak persatuan mcm ni yang boleh saya ikuti?namun,pada masa yg sama , sy harus buang santau yg masih berada d bdn saya...sy yakin dgn perubatan islam..sebelum ni mgamalkn perubatan kampung yg kebanyakkan mengamalkan minyak..namun,kalau guna minyak,sekali gus mngunakn jin..risaunya..hampir setiap hari trserempak dgn lembaga hitam selepas mengamalkn minyak.adakah itu saka?

Unknown said...

Assalammualaikum..
Sy brminat mengetahui lebih lanjut pasal abjad ni.teringin sekali nak talkin.kawasan di sarawak , ada tak persatuan mcm ni yang boleh saya ikuti?namun,pada masa yg sama , sy harus buang santau yg masih berada d bdn saya...sy yakin dgn perubatan islam..sebelum ni mgamalkn perubatan kampung yg kebanyakkan mengamalkan minyak..namun,kalau guna minyak,sekali gus mngunakn jin..risaunya..hampir setiap hari trserempak dgn lembaga hitam selepas mengamalkn minyak.adakah itu saka?

Unknown said...

Assalammualaikum..
Sy brminat mengetahui lebih lanjut pasal abjad ni.teringin sekali nak talkin.kawasan di sarawak , ada tak persatuan mcm ni yang boleh saya ikuti?namun,pada masa yg sama , sy harus buang santau yg masih berada d bdn saya...sy yakin dgn perubatan islam..sebelum ni mgamalkn perubatan kampung yg kebanyakkan mengamalkan minyak..namun,kalau guna minyak,sekali gus mngunakn jin..risaunya..hampir setiap hari trserempak dgn lembaga hitam selepas mengamalkn minyak.adakah itu saka?

Unknown said...

SILA AMBIL MASA ANDA MEMBACA MY TESTIMONI PENDEK YANG MUNGKIN BERGUNA KEPADA ANDA ATAU ORANG DEKAT DENGAN ANDA.
Hello
Nama saya Puan Vera. saya ingin berkongsi testimoni pendek ini dengan orang-orang baik di dunia ini. Ia mungkin berguna kepada anda dalam satu cara atau yang lain. Ini adalah cerita saya .
Suami saya berfikir poligami tidak salah, dia telah melihat gadis lain selama 1 tahun yang lalu sekarang, dan saya memberitahu dia perlu berhenti tetapi dia mengatakan dia adalah cinta dengan dia, mereka telah pun bercakap tentang telah bersama-sama " FOREVER " dan juga
dia bergerak dengan kami. suami saya masih mencintai saya, dia menyesal masuk ke ini di tempat yang pertama, tetapi tidak bersedia untuk memecahkan -up dengan dia, dia berkata jika dia memecahkan -up, tidak ada hubungan lain di luar perkahwinan mereka. Kemudian saya menerangkan dan mengadu kepada SANGAT BAIK KAWAN saya dipanggil MERCY , dan dia menghubungi saya dengan satu kastor ejaan dipanggil DR OKOSU.this lelaki yang hebat memberitahu saya bahawa suami saya adalah di bawah musim wanita itu. Tetapi dia mampu untuk memecahkan musim dan suami saya berakhir hubungan dengan wanita dalam masa 48 jam dan dia kembali kepada saya meminta maaf untuk semua perkara yang dia lakukan dan merayu untuk pengampunan saya. Saya berdoa agar Allah SWT akan terus menggunakan anda untuk membantu people.Friends lain tidak kekal dalam diam kerana mereka berkata " MASALAH BERSAMA ADALAH MASALAH SETENGAH DISELESAIKAN " Tetapi saya katakan masalah yang dikongsi dengan seorang lelaki ini adalah Great " MASALAH KEKAL DISELESAIKAN "kerana seseorang seperti DR OKOSU mempunyai penyelesaian kepada semua masalah anda, tidak kira masalah ini hanya menghubunginya pada E-mel beliau: drokosu01@gmail.com saya hidup bahagia sekarang dengan suami saya dan 2 saya indah kids.DR OKOSU memberitahu saya i juga boleh hubungi dia di mana-mana masalah-masalah berikut :

(1) mahu kembali bekas anda.
( 2) Anda sentiasa mempunyai mimpi buruk.
(3) Untuk dipromosikan di pejabat anda
(4) Ingin kanak-kanak.
(5) Adakah anda ingin menjadi kaya.
(6) mahu mengadakan suami / isteri anda untuk menjadi milik anda sahaja selama-lamanya.
(7) memerlukan bantuan kewangan.
8) Adakah anda ingin berada dalam kawalan anda perkahwinan
9) Ingin anda tertarik kepada orang-orang
10) tdk beranak
11) PERLU A SUAMI / ISTERI
12) Penyembuhan bagi apa-apa penyakit.
Hubungi DR OKOSU hari ini dan anda akan gembira kamu kerjakan. Email: drokosu01@gmail.com
THANKS UNTUK MASA ANDA .....

Unknown said...

SILA AMBIL MASA ANDA MEMBACA MY TESTIMONI PENDEK YANG MUNGKIN BERGUNA KEPADA ANDA ATAU ORANG DEKAT DENGAN ANDA.
Hello
Nama saya Puan Vera. saya ingin berkongsi testimoni pendek ini dengan orang-orang baik di dunia ini. Ia mungkin berguna kepada anda dalam satu cara atau yang lain. Ini adalah cerita saya .
Suami saya berfikir poligami tidak salah, dia telah melihat gadis lain selama 1 tahun yang lalu sekarang, dan saya memberitahu dia perlu berhenti tetapi dia mengatakan dia adalah cinta dengan dia, mereka telah pun bercakap tentang telah bersama-sama " FOREVER " dan juga
dia bergerak dengan kami. suami saya masih mencintai saya, dia menyesal masuk ke ini di tempat yang pertama, tetapi tidak bersedia untuk memecahkan -up dengan dia, dia berkata jika dia memecahkan -up, tidak ada hubungan lain di luar perkahwinan mereka. Kemudian saya menerangkan dan mengadu kepada SANGAT BAIK KAWAN saya dipanggil MERCY , dan dia menghubungi saya dengan satu kastor ejaan dipanggil DR OKOSU.this lelaki yang hebat memberitahu saya bahawa suami saya adalah di bawah musim wanita itu. Tetapi dia mampu untuk memecahkan musim dan suami saya berakhir hubungan dengan wanita dalam masa 48 jam dan dia kembali kepada saya meminta maaf untuk semua perkara yang dia lakukan dan merayu untuk pengampunan saya. Saya berdoa agar Allah SWT akan terus menggunakan anda untuk membantu people.Friends lain tidak kekal dalam diam kerana mereka berkata " MASALAH BERSAMA ADALAH MASALAH SETENGAH DISELESAIKAN " Tetapi saya katakan masalah yang dikongsi dengan seorang lelaki ini adalah Great " MASALAH KEKAL DISELESAIKAN "kerana seseorang seperti DR OKOSU mempunyai penyelesaian kepada semua masalah anda, tidak kira masalah ini hanya menghubunginya pada E-mel beliau: drokosu01@gmail.com saya hidup bahagia sekarang dengan suami saya dan 2 saya indah kids.DR OKOSU memberitahu saya i juga boleh hubungi dia di mana-mana masalah-masalah berikut :

(1) mahu kembali bekas anda.
( 2) Anda sentiasa mempunyai mimpi buruk.
(3) Untuk dipromosikan di pejabat anda
(4) Ingin kanak-kanak.
(5) Adakah anda ingin menjadi kaya.
(6) mahu mengadakan suami / isteri anda untuk menjadi milik anda sahaja selama-lamanya.
(7) memerlukan bantuan kewangan.
8) Adakah anda ingin berada dalam kawalan anda perkahwinan
9) Ingin anda tertarik kepada orang-orang
10) tdk beranak
11) PERLU A SUAMI / ISTERI
12) Penyembuhan bagi apa-apa penyakit.
Hubungi DR OKOSU hari ini dan anda akan gembira kamu kerjakan. Email: drokosu01@gmail.com
THANKS UNTUK MASA ANDA .....

Anonymous said...

Saya amat berterima kasih kepada Dr.Agbazara daripada AGBAZARA TEMPLE untuk membawa kembali isteri saya kepada saya hanya dalam tempoh 48 jam. Saya tinggal kehidupan seorang wanita kecewa sehingga i terserempak Dr.Agbazara butiran kenalan di internet yang i kemudian menjelaskan keadaan saya untuk dan dia memberitahu saya untuk menenangkan bahawa dia akan mengendalikan segala-galanya, Secara jujur ​​saya tidak pernah merasakan bahawa perkara adalah akan bersenam secepat dia lakukan, tetapi saya terkejut apabila suami saya memanggil saya dan memberitahu saya bahawa dia bersedia untuk kembali kepada saya sebagai suami saya. Jadi apa lagi yang saya boleh katakan daripada memberi terima kasih kepada Dr.Agbazara dan pada masa yang sama saya perlu menggugurkan butir-butir hubungan Dr.Agbazara yang melalui e-mel: "agbazara@gmail.com" ATAU panggil "+2348104102662" untuk bantuan segera

Anonymous said...

Saya amat berterima kasih kepada Dr.Agbazara daripada AGBAZARA TEMPLE untuk membawa kembali isteri saya kepada saya hanya dalam tempoh 48 jam. Saya tinggal kehidupan seorang wanita kecewa sehingga i terserempak Dr.Agbazara butiran kenalan di internet yang i kemudian menjelaskan keadaan saya untuk dan dia memberitahu saya untuk menenangkan bahawa dia akan mengendalikan segala-galanya, Secara jujur ​​saya tidak pernah merasakan bahawa perkara adalah akan bersenam secepat dia lakukan, tetapi saya terkejut apabila suami saya memanggil saya dan memberitahu saya bahawa dia bersedia untuk kembali kepada saya sebagai suami saya. Jadi apa lagi yang saya boleh katakan daripada memberi terima kasih kepada Dr.Agbazara dan pada masa yang sama saya perlu menggugurkan butir-butir hubungan Dr.Agbazara yang melalui e-mel: "agbazara@gmail.com" ATAU panggil "+2348104102662" untuk bantuan segera

Howard Finance said...

Adakah anda memerlukan pinjaman .Kami adalah sah dan menjamin pemberi pinjaman pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan benefisiari dipercayai sebagaimana Kami akan gembira untuk menawarkan pinjaman Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

Perkhidmatan Disediakan termasuk

* Penyatuan Hutang
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi.
* Pinjaman Kereta
* Sewa dan House Pinjaman

Masuk kira semula jika berminat dengan kadar faedah kami sebanyak 4% tahunan. Hubungi kami melalui E-mel: hammers.credit@gmail.com

Sila Nota: Semua individu yang berminat hendaklah menghantar mesej kepada e-mel kami untuk maklum balas segera dan butiran untuk mendapatkan pinjaman.

Selamat sejahtera.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan