Wednesday, May 23, 2012

Tanda-tanda Kekacauan Awam

BEBAS, Malaysia akan menjadi negara bebas. Ini dibuktikan oleh PKR, mereka bebas lakukan apa sahaja walaupun mengingkari perintah mahkamah. 


siapa yang dominan?

Sebelum ini mereka mengangkat dan menyokong aktivis LGBT, sokongan kepada keselamatan Israel, menaja Islam Liberal, membenarkan aktiviti tajaan DAP untk kristiankan orang Melayu dan banyak lagi aktiviti songsang. Mereka bebas lakukannya. Sekiranya dibawa ke mahkamah, akan muncullah tuduhan bahawa mereka dianiaya dan difitnah.

Apa sahaja yang dilaksanakan pemerintah, bagi mereka adalah sesuatu yang zalim dan diluar batas kemanusiaan. Tetapi perlakuan brutal pengikut mereka akan dihalalkan walaupun merosakkan harta awam.

Inilah contoh negara bebas yang bakal dilaksanakan kelak bila memerintah. Dipercayai, selepas ini akan berlaku banyak kekecohan di Malaysia walau siapa pun yang menang pilihanraya nanti. Rakyat menjadi bebas melakukan apa sahaja termasuk rusuhan di jalanan. Bukankah ia menjadi dasar perjuangan cara baru iaitu "bebas"? Ia bakal merebak kepada melampiaskan dendam dan marah kepada kaum asing yang selama ini begitu giat menghina bangsa Melayu dan Islam. Ini menjurus kepada rusuhan kaum pula. Tanda-tanda ini semakin ketara.

Andaikata mereka (trio BERSIH) menang dalam kes mahkamah nanti (bukan disebabkan oleh UMNO harapnya), tindakan yang lebih dahsyat akan mereka lakukan. Mereka akan lebih berani dan sanggup melakukan lebih dari apa yang berlaku dalam BERSIH 3.0. Secara tidak langsung kerajaan sudah tidak lagi mempunyai kuasa dalam menegakkan undang-undang negara. Bawa senjata salah, tak bawa senjata pun salah. Setiap insiden akan dituduh sebagai khianat. Mahkamah pula dilabel sebagai alat kerajaan. Tuduhan ini masih dipakai walaupun terlepas dari hukuman penjara kerana kes liwat. Mahkamah tidak pula dipuji sebagai adil atau menarik balik tuduhan sebelumnya.

Kalau menang dalam perbicaraan, mereka akan kata mereka memang tidak bersalah dan yang bersalah ialah anggota keselamatan serta pegawai pendakwaraya, tetapi kalau kalah ia akan dikatakan sengaja dizalimi pemerintah. Dalam situasi ini apa yang mampu dilakukan? Biarkan sahaja apa yang mereka mahu walaupun nanti melibatkan senjata api dan bom? Kita tahu, USA sedang memerhati dengan penuh minat, bilakah masanya yang sesuai untuk mereka masuk campur. Perancangan telah berjalan dengan cukup baik walaupun sedikit gagal pada siri BERSIH terbaru (3.0). Ia akan diteruskan melalui plan baru.

Kita boleh bayangkan keadaan negara selepas mereka (PR) menang dalam PRU nanti. Berlaku berbagai kemelut baru. Mampukah PAS bangunkan model negara Islam dan laksanakan HUDUD? Hanya yang dapat kita harapkan ialah PAS lebih dominan kali ini dan dapat menguasai keletah DAP yang hanya berminat kepada kesejahteraan kaum Cina dan agama kristian. 

Jika Hudud hendak dilaksanakan (PKR pun tidak menyokongnya) ia bakal ditentang oleh kaum Cina dan sebahagian kaum India Kristian yang dikuasai oleh DAP. Jika melaksanakan juga, akan berlakulah "perang salib" di semenanjung Melayu ini. Satu lagi menjadi punca huruhara. Kecuali PAS membenamkan niat mereka untuk menjadikan Malaysia Negara Islam dan melaksanakan Hukum Hudud. Jika itu berlaku sia-sia sahaja mereka berkempen mendapatkan undi orang Islam dengan menjanjikan sesuatu yang tak pasti. Model undang-undang berkaitan jenayah dan kewangan pun belum ada. Berkata tidak disertai persediaan hanyalah dusta semata-mata.

PKR pasti akan hanyutkan Islam ASWJ dan menerapkan Islam Liberal sebagaimana yang berlaku di Indonesia sekarang. Percakaran antara penganut Islam akan bermula dan meruncing. Apakah nanti akan berlaku perselisihan dan pembunuhan sesama Islam pula? Mungkin juga tidak, kerana PAS sendiri sudah mula tercemar dengan Islam Liberal ini.

Apa yang membimbangkan ialah, ahli UMNO yang selama ini berdiam diri dan bersabar akan bertukar rupa menjadi harimau ganas. Kemungkinan ini tidak dapat diketepikan. Semangat kebangsaan yang wujud dalam UMNO cukup kuat dan bakal meletus bila diasak secara melampau terutama jika Islam dan Kesultanan Melayu tergugat.

Keadaan ini juga menarik minat USA dan Israel. Kenapa? Akan berlaku kekacauan yang tak berkesudahan memudahkan urusan mereka menguasai negara.

Dalam apa keadaan pun, huru hara tidak akan dapat dihalang dari muncul. Kecuali PAS dan UMNO bersetuju bersama. Ia akan menghalang semua musuh Islam termasuk PKR menjahanamkan negara ini. Namun seperti semua tahu, kenyataan Mursyidul Am PAS, Presiden PAS dan beberapa Naib Presiden mereka mencerminkan hala tuju yang bakal mereka lalui.

Syarat yang tidak masuk akal yang diketengahkan oleh ulama PAS jika mahu berkerjasama menyelamatkan ummah, cukup menghiba perasaan. Tentunya mereka yang sayangkan Islam akan terkesan dan kehairanan kerana ianya keluar dari mulut seorang yang bertaraf ulama yang dihormati.

Persoalan yang bakal timbul, umat Melayu semakin kecewa dengan gelagat ulama politik ini dan akhirnya, ulama akan dicampak ke tepi. Semakin hari semakin terhakis kercayaan terhadap ulama. Mereka tidak lagi mampu menjadi dahan untuk berteduh dan bergantung harap dalam menjaga kebajikan Islam. Bayangan hitam yang menakutkan umat Islam. Apakan daya kita sebagai rakyat marhain yang tiada sebarang kuasa dan pengaruh.

Jika ditinjau, syarat yang dikenakan kepada UMNO adalah sangat ganjil. Ia hanya bagi memulakan perbincangan mengenai nasib dan masa depan Islam dan Melayu, bukannya bergabung.

Adakah PAS pernah ajukan perkara yang sama kepada PKR sebelum berkerjasama dengan mereka? Apa syarat yang pernah dikenakan sebelum bersama dengan DAP, yang amat jelas menolak Islam dan Melayu. Mampukah PKR dan DAP mengubah dasar parti mereka dengan menerima Islam? Jika tidak, mengapa UMNO diberi syarat sedemikian? Tak ubah seperti satu mainan, selain dari hanya mahu mempersenda ianya bakal memerangkap. Amat malang bagi kaum Muslimin yang terpaksa berhadapan dengan saudara seagama mereka sendiri selepas ini.

Benarlah seperti kata sesetengah penulis "Demokrasi adalah tangan Iblis".

..........................

Tiga pemimpin PKR mengaku tidak bersalah
NORAWAZNI YUSOF
22 Mei 2012



KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin PKR didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin masing-masing mengaku tidak bersalah di luar kandang tertuduh di hadapan hakim Mahmud Abdullah.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan mengingkari perintah mahkamah majistret dan menghasut penyokong demontrasi membuka sekatan besi halangan.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara berasingan telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang dibuat oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Zaki Asyraf adalah seorang penjawat awam yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan diduduki Kelab Diraja Selangor serta orang awam diberi amarab agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di sepanjang Jalan Tun Perak, di sini, antara 2.30 dan 3 petang, 28 April lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mahkamah membebaskan kesemua mereka dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Anwar, Azmin dan Badrul didakwa secara bersama- sama dengan penyokong demonstrasi melebihi 5 orang yang masih bebas telah bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder, dan Farhan Ibrahim @ Alias untuk mengingkari perintah yang dibuat Zaki Asyraf Zubir.

Perintah itu ialah melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka ( iaitu semua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja, dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah) dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April hingga 1 Me lalu.

Ini kerana keingkaran mereka bertiga dan penyokong bersih 3.0 mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempar di kawasan tersebut, dan kamu pada hari dan tempat yang sama telah bersubahat dengan menghasut supaya ketiga-tiga mereka yang disebut di atas membuka sekatan beri halangan.

Kesalahan tersebut dilakukan oleh kesemua mereka pada jam 3 petang, tarikh dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka dibebaskan dengan bon peribadi RM500 tanpa jaminan wang tunai.

Mahkamah juga menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yaakob, manakala peguam Karpal Singh Deo, Sivarasa mewakili Anwar, Azmin dan Bahrul Hisham.


KEJUTAN?

Akhirnya Terjawab Jua Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat



Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.

Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....


Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.


SIAPA YANG BERKONSPIRASI? SIAPA YANG MENGATUR KEADAAN? 
Jika Anwar jadi Perdana Menteri, persoalan: berapa lama dia dapat bertahan? Mampukah dia pertahankan keamanan seperti sekarang? Mampukah dia menghalang musuhnya melakukan hal serupa dengan apa yang dia telah lakukan? 

12 comments:

enrike said...

Telah menjadi rahsia umum bahawa Dajjal melalui Illuminati memasukkan agen2nya dalam jentera2 kerajaan dan pertubuhan professional yang membuat /melaksana dasar.

Hal ini amat jelas kelihatan dalam kes Anwar dan Bersih.

Anonymous said...

Andaikata msia dilanda huru hara, negara yg akan masuk campur urusan negara kita ni pada pandangan aku adalah singapura, proxy israel. Mengikut sheikh imran hussein, tahun 2012 akan menyaksikan perpindahan kuasa dunia dpd amerika kpd israel...campur tanGan israel keatas negara kita bakal terjadi.. kita terpekik2 dgn laungan anti yahudi, tapi silap percaturan tak mustahil melayu tpaksa tunduk dgn yahudi israel n yahudi asia (dap)

Perkara ngeri ini bakal berlaku, jika kerajaan ambik ringan n gagal pantau pihak pembangkang.. pihak pembangkang sentiasa mcari peluang utk bermaharajalela melakukan provokasi..kerajaan kena ubah sikap kpd lebih islamic n memantau lebih keadaan org2 jahat ini.

Pas n umno sudahla lagi brcakaran atas dasar pbezaan politik..kita semakin diambil peluang dpd pihak chauvinis sekarang ini..
Marilah kita bsatu atas dasar sayangkan agama, negara, bangsa n perpaduan..

Anonymous said...

Ada kemungkinan besar Singapura terlibat dalam kancah politik Tanah Melayu ini. Semalam Channel News Asia dan Berita Channel 5 Singapura menjadikan kes Anwar, Azmin dan Cikgu Bard sebagai headline dan berita pertama. Cara penyampaian seolah-olah mereka adalah pejuang2 yang ditindas oleh pemerintah. Pemberita bernama Melissa Goh (CNA) dengan expression muka seolah-olah tindakan kerajaan Tanah Melayu amat tidak adil. Ingat, wartawan mereka di tanah Melayu dilatih sebagai intelligence.

Mereka yang tinggal di selatan (Sg Rengit, Pengerang, Punggai dan sepanjang Sungai Johor hingga ke Kota Tinggi)selalu nampak intelligence Singapura dengan cara mereka berbasikal, bermotosikal (cara tak trendy), 4 wheel drive dengan cara berkonvoi, berjet ski sepanjang Sungai Johor hingga ke Kota Tinggi. Kawasan Pengerang, Sungai Rengit lokasi utama "aktiviti" mereka, kami sendiri pernah nampak "pelancong" Singapura berbekalkan peta bergrid dengan contour makan di warung-warung kampung. Kami percaya mereka amat mahir dengan bentuk muka bumi selatan timur Tanah Melayu ini. Dengar khabar kawasan sekitar Kukup juga kerap dikunjungi "pelancong2" yang ada kelainan dari tabii pelancong biasa.

Tapi kami insan kecil yang hanya dapat ''menentang dari dalam hati' kerana masih bertatih menjejak senjata rohani bangsa kami yang dimusnahkan oleh parti politik pewaris British di Tanah Melayu sendiri.

pH7

Anonymous said...

Orang Johor perlu waspada. Keadaan semakin genting, Singapork kawan DAP kawan Anwar... memang berhajat menjajah Johor. TQ info anda untuk direnungi bersama terutama mereka yang telah terpesona dengan wayang pembangkang... kami bukan warga UMNO.. kami lihat dari semua arah .. kami orang luar.

-A-

Andi_Husin said...

Namun, tanpa kekacauan dan perbalahan sesama manusia, bagaimanakah Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim itu akan muncul memimpin dunia Islam, kerana itu adalah syarat2 dan tanda keluarnya mereka.

Makanya,perlulah kita bersedia dari sekarang untuk itu..Namun bagaimana? cukup sekadar silat,parang terbang dan sbgnya..fikir2kan..tq

Anonymous said...

Selagi demokrasi diagung-agungkan, undang-undang islam tak dijalankan.
Selagi semua pemimpin yang bertuhankan demokrasi.. tak akan tegaklah syiar islam.
adakah demokrasi ini dajjal sebenar. walluahualam.

Anonymous said...

yes aku setuju dgn art vespa bila kemungkaran memuncak barulah PBT akan muncul setakat orang2 politik masih berebut dunia ia x akan muncul tapi apabila Islam diganggu gugat dan cuba dirosakkan oleh musuh tunggulah kemunculannya MAJU YG X AKAN MUNDUR.....

. said...

Datuk Kiyai Haji Saleh keramat Air Harum berpesan:

"negara kamu akan diperintah oleh orang orang kafir nak, wal 'iyazubillah min zalika..tapi ianya tidak lama..."

Maka bersiap-siaplah sekalian lahir dan bathin.

Anonymous said...

"negara kamu akan diperintah oleh orang orang kafir nak, wal 'iyazubillah min zalika..tapi ianya tidak lama..." .said spt diatas.

Ada terdengar dan terbaca juga firasat diatas.
Hanya tak dapat jelas, 'tidak lama' tu.
Tak dapat nak agak berapa lama 'tidak lama' tu...
Mahasuci Allah yang Maha Perancang... Mungkin tough juga nak lalu yang 'tidak lama' tu.

sintak buyong said...

Apa lemau punya comment. . .Singapura dh masuk dah pun melalui penguasaan ekonomi projek wilayah pembangunan iskandar yg di buat dan dirancang oleh Pimpinan Ameno dan Barisan Nasional.

sintak buyong said...

Mmg jelas. . .Wktu sekarang pun negara sedang diperintah oleh golongan islam munafik zindik. . .wahai pemuda bani tamim@ahlul bait bani hasyim@ badar mou kdn, jgn lupa iman sesorg islam itu bkn nasab keturunan atau pun milik puak puak tertentu. . .

Anonymous said...

Sy pernah mendengar pernyataan diatas...dan ada yg mengatakan "tidak lama" tu hanyalah dlm tempoh 40 hari....wallahua'lam

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan