Friday, February 12, 2010

benteng FITNAH


perlindung dari fitnah DAJJAL: SURAH alKAHFI 1-10

Semakin hampir waktu kemunculan Dajjal untuk menguasai dunia.  Fitnahnya telah pun menyebar keserata pelusuk bumi ini walaupun dia belum menzahirkan diri lagi.  Apatah lagi setelah dia zahir dan menguasai muka bumi ini.  Sebagai langkah terbaik, adalah dinasihat para Muslimin membaca atau lebih baik menghafal 10 ayat Surah alKahfi. 
Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda – Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal (HR Muslim 809)
Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda – Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Sila buat salinan dan sebarkan kepada seberapa ramai orang Islam yang boleh sebagai usaha membantu menyelamatkan diri dari Fitnah Dajjal Laknatullah.

[1
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
[2
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[3
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
[4
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
[5
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 
[6
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
[7]
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 

[8]
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

[9]
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

[10]
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.






Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.
Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).
Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.

maklumat mengenai peristiwa turunnya wahyu surah ini, sila ke: http://saifulislam.com/?p=6294






2 comments:

Anonymous said...

Published: Thursday May 20, 2010 MYT 4:43:00 PM
Updated: Thursday May 20, 2010 MYT 5:20:17 PM

London unveils one-eyed Olympic mascots
LONDON (AP) - It's not a furry animal, is neither male nor female and has no cutesy name.

Anna dapat berita nie semasa ana surf Star online.
Memang kita umat Islam kena bersiap-sedia dengan fitnah dajjal Laknat'tullah.

Anonymous said...

Terima Kasih kerana sudi singgah. Abatasa offline ketika ini. Harap maaf.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan