Saturday, May 12, 2012

Dokument Sulit FELDA - muflis dan tipu


Betulkah wujudnya dokumen sulit yang menceritakan rancangan FELDA menipu peneroka? Ada. Memang benar ianya wujud dalam pemikiran musuh FELDA sendiri. Pemusingan fakta.

Sebelum kita membincangkan mengenai dokumen tersebut kita harus menjelajah sekitar persoalan ini. FELDA sedang menghadapi serangan serius dari mereka yang tidak sukakannya. Pahit getir Tun Abdul Razak ini akan cuba ditelungkupkan demi sesuatu yang belum pasti. Apa yang ada di belakang usaha mensabotaj FELDA?

Menara FELDA

Kita harus terima kenyataan bahawa "dia" bukan seorang anak durhaka. Dia tidak akan mengkhianati usaha ayahandanya yang telah mengorbankan kehidupannya demi membangunkan bangsa ini. Apa yang mungkin berlaku, dia (DSNR) pastinya akan membawa gagasan ayahnya itu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa tindakan yang diambil ayahnya itu adalah yang paling tepat. Mampu mengubah lanskap ekonomi negara walaupun tidak dapat mengubah segalanya. Rujuk sini.

anak durhaka?

Ayahnya seorang pemikir hebat. Tidak dapat dinafikan. Kini ada tangan hitam sedang cuba untuk mencalarnya. Memandangkan bangsa Melayu adalah satu bangsa termiskin ketika merdeka 60 tahun lalu, kini banyak perubahan telah berlaku melalui usaha Allayarham Tun Razak. FELDA yang dianggap satu tindakan mustahil pada mulanya kini berjaya diangkat sebagai satu sumber ekonomi Melayu yang amat berjaya. ITM juga satu usaha murni beliau menjadikan perkara mustahil bertukar gemilang menjadikan musuh Melayu tercengang. Ramai graduan jurutera, akauntan dan ahli ekonomi Melayu berasal dari pelajar tidak cemerlang (gred 3 SPM) yang terkatup minda di ceruk desa-desa kini bergaya menjadi orang yang berjaya. 

Wujudnya dasar mengutamakan bumiputra dalam DEB diserap dengan penuh tanggung jawab dalam membangunkan bangsa. Melalui Pusat Pengajian Tinggi ITK dan ITM (kini UTK dan UiTM) melahirkan beratus-ratus dan tidak mustahil bilangannya mencecah ribuan kini jurutera Melayu yang sebelumnya gagal untuk mendapat tempat di Universiti dalam atau luar negara. Ambil contoh berapa peratuskan pelajar Melayu yang berjaya menjadi jurutera keluaran Universiti Malaya (dikuasai bukan Melayu) ketika itu? Boleh dibilang dengan jari.

Beliau telah bertindak berani mengubah dasar yang mengekang kejayaan Melayu dalam bidang pelajaran penting terutama sains dan teknologi yang sebelumnya hanya dikuasai oleh bukan Melayu. Dari usahanya juga lahirnya UKM yang memberi ruang besar pelajar Melayu menjadi saintis dan doktor perubatan. Seorang rakan saya yang hanya mendapat 1 prinsipel  (fizik) dalam STPM telah diterima masuk ke UKM, kini dia adalah seorang professor dan saintis nuklier negara berkelulusan Phd.

Masih ingatkah lagi betapa benci dan dengkiya pengurus-pengurus Syarikat Swasta terhadap graduan UKM satu ketika dahulu? Mereka dianak tirikan. Kini segalanya berubah setelah anak Melayu berjaya membuktikan keupayaan menjadi juara.

bangunkan jenerasi FELDA yang berilmu

Bodohkah Melayu? Tidak sama sekali. Sistem pembelajaran yang dibawa British itulah menjadi puncanya. Tun Abdul Razak sudah dapat mengesannya sejak puluhan tahun lampau. 

Dasar memperkasakan bumiputra tidak mampu dicabar oleh sesiapa pada ketika itu. Lahirlah MARA, RIDA di ikuti oleh RISDA, FELCRA, KEJORA, DARA, KESEDAR dan sebagainya. Melalui DEB yang bertanggung jawab khusus terhadap kelansungan kehidupan bangsa Melayu di era selepas merdeka benar-benar memberi impak luar biasa. Kebijaksanaan pemerintah mengimbangi kekayaan negara kepada rakyatnya yang berbagai kaum menyebabkan ia dapat dilansungkan dengan jayanya. Andai tindakan ini tidak dilakukan, mustahil Malaysia akan terus dapat menjadi negara milik Melayu setelah ekomoninya dikuasai kaum pendatang sebagaimana negara Fiji.

susah payah akhirnya memberi hasil berbaloi

Tindakan Tun Abdul Razak ini telah mendapat kecaman dari sebahagian kaum Cina tertamanya yang bersikap melampau. Walaupun mereka juga mendapat menfaat yang bukan sedikit kerana mereka merupakan kumpulan peniaga dan pembekal. Sikap ini masih berterusan sehingga sekarang. Kini diambil alih oleh beberapa kerat Orang Melayu yang berkepentingan mengikut jejak langkah kaum pendatang ini dengan mengecam tindakan memperkasakan Melayu.

Tun Razak: Pengorbanan seorang PM

Sesuatu yang menghairankan bila orang Melayu sanggup ikut serta mengecam bangsa sendiri setelah dibantu berjaya dalam kehidupan. Jika bukan Melayu yang menentangnya, kita boleh faham kerana pegangan rasis mereka. Dasar DEB dikecam walaupun melaluinyalah wujudnya cerdik pandai Melayu (termasuk mereka yang mengecam). Inilah yang berlaku dan tidak mustahil ia akan meranapkan harapan untuk meletakkan orang Melayu setanding dengan bangsa asing.

Perjuangan dan pengorbanan pemimpin Melayu terdahulu tidak wajar dilupakan. Tanpa mereka, adakah Melayu akan jadi seperti sekarang? Tidak mustahil kaum Melayu masih lagi berada dalam keluarga miskin di pendalaman. Hanya bergantung kepada pekerjaan tradisi keluarga mereka menjadi petani, penoreh getah dan nelayan.

FELDA AKAN DIPERKASAKAN
Berbalik kepada FELDA. Runtuhan durian RM15,000.00 untuk satu keluarga FELDA telah menggegarkan Malaysia. Berbilion wang mengalir ke poket penduduk desa yang selama ini dipandang rendah. Untuk apa? Ini adalah tindakan berani DSNR membuktikan FELDA tidak berada dalam masalah terutamanya kewangan. FELDA amat berjaya mencipta peluang dan tidak akan muflis sebagaimana yang ditohmah oleh musuhnya (yang kurang cerdik?). 

Secara logiknya, apakah FELDA bersedia untuk menjadi muflis setelah mengambil langkah mengalirkan sebegitu banyak wang kepada peneroka? Sebagai sebuah badan yang tertubuh sejak era kemerdekaan, pastinya cukup berpengalaman dalam mentadbir sebuah badan besar seperti FELDA. Kejayaannya sudah terbukti sehingga dapat mengangkat negara sebagai pengekspot utama minyak sawit dunia.

Harus diingat dengan pengembangan FELDA ini ia bakal mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Dari sini akan terwujud kumpulan anak muda yang cemerlang di kalangan orang Melayu menjadi pentadbir korporat multinasional. Bukankah itu satu lagi kebanggaan yang sepatutnya disyukuri? Semakin ramai anak Melayu mendapat tempat dalam Syarikat-Syarikat baru yang bakal ditubuhkan oleh FELDA. Peluang ini seringkali dihalang oleh penguasa bangsa asing di negara sendiri.

Cuba fikirkan, kegagalan FELDA ini pastinya akan menyumbangkan kegagalan Melayu secara tidak langsung.  Siapakah yang untung?

1. tersebar khabar sepoi sepoi ganas
dari blog Demang - Waadat


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai "sulit dan misteri".

Dek kerana tajuk yang sensasi maka saya pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda "bodoh dan mudah ditipu".

Saya selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Saya dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Saya faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Saya percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Saya tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!


2. Fakta Felda Global



Hari ini saya wajar berasa bangga kerana kampung saya dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia. Saya bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Saya fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi saya, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

 waadat

ULASAN ABATASA2

Tahukah mereka FELDA telah lama meneroka bidang perkilangan sebelum ini? Ramai yang tidak sedar. Hasil dari kejayaan dan pengalaman yang diperolehi, FELDA semakin berkeyakinan bahawa mereka mampu membawa sesuatu yang baru kepada rakyat Malaysia. Terutamanya kaum Melayu yang menghuni FELDA sejak zaman Tun Abdul Razak Hussein.  Kita sepatutnya berbangga dengan usaha ini kerananya kini wujud kilang pengeluaran minyak masak milik bumiputra yang bakal menjadi kuasa baru menggantikan syarikat kaum Cina seperti Lam Soon dsb.

Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap mustahil pada masa lalu (Melayu tidak akan mampu walaupun mengeluarkan sebatang jarum). Dari pengalaman lalu, kita dapati pengusaha Melayu tidak akan dapat bangun bersendirian untuk berjaya dan ia telah dibuktikan dengan kelumpuhan beberapa ramai pengusaha sebelum ini. Mereka sering ditindas dan disabotaj oleh pengusaha bukan Melayu yang menguasai pasaran selain sikap pentingkan diri dan beberapa kelemahan peribadi. Tindakan kerajaan menukar strategi ini memberi nafas baru kepada bangsa yang sering dianggap "bodoh dan malas" ini. Tindakan ini amat tidak disenangi, oleh Siapa?

Betulkah Melayu ini "bodoh dan malas"? Tanyalah diri anda sendiri.

FELDA melalui dana besar bakal mengambil alih beberapa perusahaan penting negara dari pengeluaran bahan asasi seperti beras, gula, tepung, susu, garam dan sebagainya hinggalah dalam bilang teknologi kimia atau kejuruteraan eletrik dan perladangan komersial. Kenapa usaha ini mesti dihalang? Tidak adakah sedetik di hati kita ingin melihat Melayu menjadi pendominasi perusahaan negara? 

Jika kita terhasut dengan hasutan beberapa Chauvinis terutamanya kaum Cina, ia mungkin sahaja berlaku. Melayu akan kembali mundur seperti zaman penjajahan. Tahukah anda Syarikat Gula milik raja gula (R. Kuok) telah menjadi milik FELDA? Bukalah mata anda sebelum menjadi musuh kepada bangsa sendiri.

Apabila kerajaan menolong pengusaha Cina, kita marah. Apabila kerajaan hendak mengakayakan orang Melayu pun kita marah? Apakah jenis akal yang dipakai? Apa sebenarnya yang kita hendak? Mungkin kita hanya senang hidup sebagai perosak melalui upah seringgit dua?

Pengusaha Cina tahu apa yang akan berlaku selepas ini. FELDA bakal bangun menjadi antara gergasi ekonomi baru negara dan mampu menelan banyak Syarikat milik mereka sebagaimana yang telah terjadi.

Para penganalisis ekonomi kaum Cina juga sedia maklum, Melayu tidak akan mampu bersaing apalagi membangun sebagai pengusaha persaorangan sebagaimana kaum mereka tetapi mereka takut apabila kerajaan membuat dasar baru ini. Kejayaan PETRONAS dan TABUNG HAJI telah membuka mata mereka, belum diambilkira kejayaan beberapa buah Syarikat milik PNB.

Apabila menjadi pengilang utama minyak masak, FELDA bakal memasuki beberapa bidang baru. Ia akan menjagkiti banyak perusahaan hiliran seperti pengeluaran baja, bahan kimia, bahan membasuh seperti sabun dan sebagainya. Mungkin juga akan keluarkan minyak diesel yang termurah dipasaran. Mereka nampak ini semua, jadi mereka akan cuba menghasut supaya ia digagalkan sebagaimana kejayaan mereka mengganggu perjalanan NFC. 

Apa logiknya FELDA ditentang? Siapa dalangnya?


Tiada sebarang logik kecuali menggagalkan usaha kerajaan, tidak kira sama ada menguntungkan rakyat atau tidak. Taktik komunis moden ini lebih halus dari taktik perang gerila. Ingatlah musuh Melayu tidak akan selesa jika Melayu membangun dan berupaya membuktikan diri sebagai tuan sebenar Tanah Melayu.




10 comments:

Anonymous said...

Penyenaraian Felda ni sPt ada Unsur beruPa external force. singaPore ada involve tak?

PH7

Anonymous said...

Memang ada, Singapore adalah oportunis ekonomi dunia macam Israel. FELDA tentu sudah maklum dan mengambil langkah perlu.

Nurun Nur 9111 said...

salam sejahtera semua,blog mistisfiles da dibuka balik,jom tgok!

ardinge said...

terima kasih sdr

x-skj8 said...

x sangka sepanjang tahun saya mengikuti blog ni rupanye penulis artikel ni org kampung sendiri,terserlah bicara budi gaya pemikiran bahasa anak felda yang bukan lah kolot & ditahap rendah seperti digembur2 di wall facebook & blog2 lain.

OrgOrg said...

apa yang saya risaukan ialah kemana hala tuju duit itu pergi setelah diterima oleh peneroka
ini kemungkinan utama
1. penyamun skim cepat kaya
2. juru jual parasit
3. disimpan dlm pelaburan kerajaan
4. abis bergitu saja

kepada peneroka, gunakanlah duit dengan bijaksana

Anonymous said...

kalau betul di senaraikan bagi membluar memilikinya asecara "merit" (Temasek) misalnya, maka ianya sepatutunya ditentang. Sekiranya peneroka perlu berhutang melalui pinjaman bank bagi memperolehi syer, JELAS ianya tidak menepati syariah, riba' dilaksanakan, secara automatik terjerumuslah peneroka menjadi hamba kapitalis. Untung and "viable' atas sokongan kerajaan memang nampak viable, tapi pinjam tetap hutang, pinjaman berfaedah tetap riba', dan amalan riba' salah satu 7 pembinasa....

PH7

Anonymous said...

Setengah pihak pilih dunia dan isinya tak peduli mana asalnya. Setengah pihak pula pentingkan akhirat serta kebaikannya. So tak dapatlah nak tolong semua. Nasihat, buatlah yang terbaik.

psunksejuks said...

bibit-bibit peralihan pemilikan tanah tumpahnya darahku ke tangan kapitalis-kapitalis besar barat... rakyat hanya mampu berdoa agar ia tidak akan berlaku...

ikhwan aliff said...

gagasan idea tentang FELDA bukan milik tun razak dan UMNO/BN.try selak baik baik sejarah..masa tu BN dan PAS bergabung bawah satu bumbung dan payung.dan kalangan pemimpin yg menerajui adalah TUN Razak dan Datuk Asri antara tokoh yg terbabit dlm hal ni.FELDA adalah gagasan pemikiran 2 tokoh ini untuk pembangunan Melayu itu sendiri.gagasan pemikiran mereka berdualah yg mewujudkan benda ni termasuk mereka mereka yg seangkatan dan sezaman yg turut sama berfikiran jauh demi untuk melayu maju ke depan.kita kena respect mereka mereka ni dlm usaha mereka untuk tengok melayu ke depan dan maju.Tapi hakikat sebenar FELDA bukan milik mutlak dan idea TuN RAZAK seorang dan UMNO?BN.tak payah nak mendabik dada FELDA milik mereka je.Idea dulu adalah idea bersama mereka mereka yg telah berjasa kepada negara.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan