Tuesday, November 29, 2011

INFECTIOUS SLOGANS



SLOGAN KE ARAH NEW ORDER OF THE NEW WORLD
Sebelum kita pergi kepada langkah sewajarnya untuk menyemai semula kewarasan di kalangan umat Islam di negara ini, adalah baik sekiranya kita mengenal taktik sebenar musuh agama kita dalam Mind Game.

Ini adalah intipati kepada Mind Game yang telah berjaya membelenggu pemikiran manusia-manusia dungu bukan sebangsa mereka yang mereka gelar sebagai goyyim untuk tunduk patuh kepada segala kehendak mereka tanpa goyyim sedari (dalam konteks Zionis).

Sejak dua dekad ini di Malaysia pula, minda pengikut taksub politik (bertuhankan demokrasi) kerap disogok dengan istilah-istilah baru bermula 1998 apabila situasi politik negara mula berubah. Istilah-istilah itu ialah LIBERTY, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT, HAK SAMA RATA dan WANG RAKYAT.

Istilah-istilah itu pada asasnya ialah istilah yang tidak membawa sebarang pengertian sehinggalah ia diberi pengertian secara salah oleh proksi-proksi Zion yang bersembunyi dalam pentas politik orang Melayu di Malaysia. Kami memanggil proksi-proksi itu sebagai The Conmen yang sedang menyesatkan pengikut-pengikut dan sekutu-sekutu politik mereka .

Matlamat dalam penggunaan istilah-istilah itu hanya satu, iaitu menyemai sentimen kemarahan rakyat terhadap pemerintah untuk mencapai tujuan memperoleh kuasa demokrasi. Ia adalah istilah yang bertujuan membakar semangat radikal dan kedunguan rakyat.

Istilah yang sama telah berjaya menunjukkan hasil huru-hara di Libya, Mesir, sekarang di Syria dan beberapa negara Islam yang lain. Istilah LIBERTY, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT, HAK SAMA RATA dan WANG RAKYAT menjadi asas kepada kekuatan mereka hari ini. Istilah yang sama juga pernah berkumandang semasa Revolusi Perancis dan Revolusi Iran serta ketika berpecahnya Turki Uthmaniyah.

Ia adalah himpunan istilah yang berbahaya kepada pemikiran. Pemerintahan golongan Sunni di Iran tumbang disebabkan istilah-istilah itu yang berjaya meracuni pemikiran rakyat untuk menumbangkan pemerintahan sedia ada, begitu juga di empayar Turki Uthmaniyah. Istilah yang beracun kepada tingkat kewarasan akal sekiranya diberi pengertian yang salah.

Istilah-istilah itu memberi pentakrifan secara persepsi kepada rakyat mengikut selera sang proksi. Rakyat menjadi mudah terpengaruh apabila perjuangan individu itu disandarkan kepada PEOPLE POWER dan HAK SAMA RATA. Muncul satu cetusan perasaan ‘megah’ atau sekadar ‘perasan megah’ apabila ada individu muncul kononnya memperjuangkan hak rakyat.

Hakikatnya, rakyat tidak mendapat apa-apa melainkan hanya berjuang bermatian untuk menempatkan individu itu di atas takhta demokrasi atas nama hak rakyat. Rakyat menjadi semakin buta untuk menilai kewarasan bagi setiap tindakan mereka dalam masa memperjuangkan takhta individu tersebut.

Dana-dana dari luar dibawa masuk melalui skim money laundering ke dalam akaun-akaun proksi dan NGO-NGO yang didalangi proksi bagi menjayakan slogan-slogan untuk menampal istilah-istilah itu di pemikiran rakyat. Kemarahan rakyat dibakar bagi menyemai semangat HAK RAKYAT dan LIBERALISASI yang kononnya akan lebih menjamin maksud keadilan yang mereka sendiri tidak pernah jelaskan secara terang.

Apabila muncul istilah HAK SAMA RATA dan LIBERALISASI, maka Islam juga akan jatuh setaraf dengan agama lain. Itulah yang kita tidak mahu ia berlaku. Hak-hak beribadat di kalangan umat Islam akan lebih mudah dipersoal, begitu juga dengan lain-lain perkara termasuk cara hidup umat Islam yang akan lebih mudah diusik tanpa hormat.


Dia mahu menyelesaikan 'masalah kamu semua' yang mana dia menganggap kamu semua sebagai masalah dengan menjadikan kamu sekular sepertinya bagi menyelesaikan masalah itu

Bagaimana mahu menafikan semua itu daripada berlaku sekiranya perkembangan masa kini sedang condong ke arah itu? Laungan azan mereka minta supaya diperlahankan, bacaan al-Quran di masjid dan surau mereka minta dihentikan. Semua itu sedang berlaku dalam konteks masyarakat liberal yang mereka mahu cipta untuk kamu semua. Mereka mahu kamu menjadi sekular seperti mereka.

Tugas kita pula ialah mengembalikan kewarasan sebilangan umat yang telah termakan pujukan dan tipu daya proksi Zion dalam menjunjung slogan-slogan dalam istilah-istilah itu. Masa untuk kita semakin suntuk dan masa itu harus digunakan dengan penuh bijaksana sekiranya anda semua adalah umat yang mencintai agama yang diredhai Allah.

------

ISTILAH YANG MERACUNI

Orang yang lemah pemikirannya dan tidak mengenali realiti sangat mudah terpengaruh dengan slogan-slogan itu. Ia kedengaran seperti laungan slogan yang menjanjikan hak sama rata untuk semua. Malang lagi apabila ada umat Islam sendiri yang tidak sedar bahawa perjuangan menaikkan istilah-istilah itu hanya akan memakan diri sendiri.

Golongan yang tidak memahami pengertian rezeki adalah golongan yang mudah disesatkan. Jika sesuatu perkara itu bukan rezeki kita, maka sampai bila-bila pun ia tidak akan menjadi hak kita. Ada dua istilah yang menggunakan perkataan hak dalam himpunan slogan-slogan itu iaitu HAK RAKYAT dan HAK SAMA RATA. Maka, jangan pula dipusing-pusing menjadikan hak sebagai haq pula.

Apakah hak sama rata yang mahu dituntut itu? Hak sama rata JENIS APA yang mahu dituntut itu? Jenis nafsu atau jenis wang? Jika kamu semua memerhati dengan berhati-hati, anda akan mampu melihat bahawa perjuangan hak sama rata itu lebih menjurus kepada HAK NAFSU-NAFSI.

Namun, pemikiran kamu dialihkan kepada hak-hak yang mengaitkan hak-hak orang miskin dan kebajikan rakyat. Saya bukan pro-pemerintah sekiranya saya bercakap begitu, tetapi saya memihak kepada agama saya dan orang-orang yang ikhlas berjuang untuk agama saya dengan cara yang waras.

Bukan kita mahu menafikan hak-hak orang miskin dalam mendapatkan bantuan, tetapi semua itu sedang dijalankan walaupun tidak sempurna. Peratus kemiskinan juga menurun, lihatlah kepada fakta bukan bersandarkan persepsi yang cuba disemai ke pemikiran anda semua.

Masalah itu timbul apabila kita masih dengan sikap lama iaitu mengharapkan pemerintah untuk menjalankan perintah-perintah agama (dalam konteks kebajikan) sedangkan kita semua tidak berbuat apa-apa yang sewajarnya. Agama mengajar kita bersedekah kepada yang memerlukan, namun ada sebilangan kita yang hanya tahu menuduh pihak lain tidak menjalankan kebajikan sedangkan kita sendiri diperintahkan untuk bersedekah.

Berapa ringgit yang kita belanjakan untuk kebajikan dan kebahagiaan orang miskin dalam masa setahun? Berapa ringgit? Hanya bayar zakat fitrah tetapi bukan zakat-zakat lain dan juga bukan memberi sedekah sendiri secara terus kepada orang-orang miskin? Tetapi kita begitu hebat mengecam pihak lain yang difikirkan tidak melakukan kebajikan sedangkan kita sendiri tiada roh untuk melakukan kebajikan.

Untuk membangunkan umat, kita perlukan kerjasama kolektif dengan bersedekah. Jangan hanya tahu menuding jari kepada pihak lain andai kita sendiri terlalu kedekut untuk bersedekah dan berbakti kepada sesama umat.

Ada yang tidak lokek menderma kepada parti politik kesayangan mereka setiap kali ada ceramah politik yang diserikan dengan majlis ilmu bersulam caci maki terhadap sesama Muslim, tetapi berasa kedekut untuk bersedekah kepada orang miskin dan masa yang sama mempertikai pihak lain yang dikatakan mengabaikan kebajikan orang miskin.

Kenapa itu semua berlaku? Bukankah bersedekah kepada orang miskin itu terkandung dalam perintah Allah? Mengapa mesti menyalahkan pihak lain yang dituduh mengabaikan kebajikan umat Islam? Itulah salah satu punca perpecahan apabila berlaku budaya menuding jari (blame game) sedangkan kita tidak berperanan untuk saling melengkapi. Adakah menyalahkan orang lain itu juga terkandung dalam perintah Allah?

Sisi yang kurang jelas kelihatan ialah perjuangan HAK SAMA RATA yang bertunjangkan lendiran nafsu-nafsi. Seorang proksi secara terang dalam temubual bersama Yahoo! News beberapa bulan lalu menegaskan bahawa akan memberi jaminan hak sama rata kepada golongan gay, lesbian, transgender dan biseksual. Itu adalah hak sama rata nafsu-nafsi. Namun, adakah persoalan nafsu songsang itu yang proksi itu galakkan pengikutnya berfikir, TIDAK SAMA SEKALI, persoalan itu disenyapkan dengan mengalihkan perhatian kepada persoalan hak sama rata dalam konteks orang miskin. Proksi itu hanya mengajak pengikut berfikir mengenai hak sama rata dalam konteks orang miskin sehingga pengikut taksubnya itu lupa terhadap perintah bersedekah dan menunaikan zakat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.

Andai diseru kepada pengikut taksub supaya bersedekah dan melakukan kebajikan, dan semua orang Islam melakukan kebajikan, maka tidak akan timbul isu kebajikan. Melakukan kebajikan bukan tanggungjawab pemerintah semata-mata, tetapi tanggungjawab semua umat Islam. Namun, pemikiran segolongan manusia telah dihala ke arah meletakkan tanggungjawab kebajikan ke atas bahu pemerintah semata-mata walhal kebajikan itu adalah tanggungjawab bersama umat Islam.

Mengapa harus menuding jari sehingga mencipta perpecahan yang berasaskan tuding menuding dan salah menyalahkan orang lain. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengajak pengikutnya melakukan kebaikan. Mengapa pemimpin itu menggalakkan pengikutnya menyalahkan orang lain tanpa menyeru pengikutnya melakukan kebaikan bagi menyelesaikan masalah orang miskin dan hak-hak rakyat? Namun, ia boleh diputar belit dengan menimbulkan soalan baru iaitu KALAU SEMUA ORANG BERSEDEKAH, APA PULA TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH, JADI PEMERINTAH TIDAK PERLU BUAT KEBAJIKANLAH? Kembalilah kepada keadaan dan fakta sebenar untuk melihat segala jawapan kepada soalan yang diputar belit itu. Sekali lagi, saya tidak memihak kepada pemerintah sekiranya saya bercakap begitu. Saya tidak mahu melihat kita sesama umat Islam tenggelam dalam kancah salah menyalahkan orang lain tanpa kita menjalankan perintah bersedekah dengan sewajarnya.

Islam sudah lama memberi ubat kepada masalah hak orang miskin iaitu menganjurkan amalan sedekah kepada seluruh umatnya. Apabila kita kembali kepada perintah, akan selesailah masalah. Sudah nampak? Pemerintah itu bukan ubatnya kerana manusia tidak sempurna sifatnya, parti pembangkang juga bukan ubatnya kerana tidak relevan anjurannya, tetapi perintah-perintah yang terkandung dalam ajaran Islam adalah ubat-ubatnya. Umat beramal kebajikan adalah jauh lebih jelas daripada negara berkebajikan yang sehingga kini tiada keterangan individu penganjur yang menjelaskan inti negara berkebajikan itu.

Dalam meniti titian halus bagi menemukan jawapan kepada kekeliruan itu, kita harus kembali kepada perintah Allah mengenai sedekah kerana umatlah yang harus menghidupkan amal kebajikan, umat seluruhnya.
Apabila kita meniti konteks liberalisasi dalam masyarakat Islam yang cuba diliberalkan oleh penganjur liberalisme dunia politik demokrasi baru, kita harus tahu had-had dan sempadan-sempadan mengikut perintah-perintah Allah. Anjuran mereka itu liberal kepada konteks hak-hak asasi manusia, tetapi Islam itu universal. Mana yang lebih besar?

Sebenarnya, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT dan HAK SAMA RATA yang diberi pengertian mengelirukan itu adalah sebahagian daripada palam pencucuh liberalisme. Apa yang dimaksudkan dengan pengertian yang salah itu, ia adalah memberi pengertian yang sehingga melupakan kita kepada tanggungjawab kita sendiri dalam menunaikan hak-hak itu kepada saudara-saudara kita seperti bersedekah yang saya sebutkan tadi.

Manakala liberalisme itu pula adalah api kepada huru-hara. Apabila jiwa rakyat semakin dikongkong dengan semangat kononnya memperjuangkan hak rakyat, hak sama rata dan people power, maka huru-hara akan tercipta. Rakyat akan hilang pertimbangan demi memperjuangkan slogan-slogan itu sehingga rakyat-rakyat yang berjaya dipengaruhi terlupa kepada hak-hak orang lain yang tidak mahukan huru-hara. Hak siapa pula yang dinafikan apabila mereka melakukan huru-hara untuk menuntut sesuatu yang mereka kata bahawa itu hak mereka. Hak-hak orang yang mahukan keamanan pula dinafikan. Apabila bercakap mengenai hak, kita harus faham mengenai pengertian hak secara keseluruhan dan bukan mementingkan hak kelompok kita sahaja.

------

ISLAM BEBERAPA KALI JATUH DISEBABKAN ISTILAH-ISTILAH ITU

Sedarlah. Sejarah kehancuran Turki Uthmaniyah dan kejatuhan golongan Sunni di Iran adalah berpunca daripada istilah-istilah itu yang diperjuangkan oleh orang Islam sendiri yang telah terpesona dengan ‘keindahan’ sebutan istilah-istilah itu.

Istilah-istilah itu hanya indah ketika disebut, tetapi perit apabila pengertian sebenarnya sudah dicapai oleh golongan yang serius memahukannya. Sejarah telah membuktikan, belajarlah daripada kesilapan mereka terdahulu yang akhirnya menyesali dan meratapi kejatuhan Islam oleh tangan-tangan mereka sendiri. Janganlah menjadi tangan-tangan yang menghancurkan agama sendiri akibat termakan tipu daya musuh-musuh Islam yang mencipta slogan-slogan itu untuk kamu semua.

Untuk memahami bagaimana istilah itu tercipta dan digerakkan bagi menjatuhkan negara-negara Islam, anda semua harus faham permainan tipu daya. Slogan-slogan itu juga penuh tipu daya jika pemikiran anda sangat lemah dan sangat bodoh untuk menilainya.

Lihat sahaja di Eropah, lihatlah bagaimana hak sama rata telah meruntuhkan moral masyarakat mereka. Lihatlah di Amerika, lihatlah bagaimana liberalisme menjatuhkan moral masyarakat mereka. Lihatlah di negara-negara Barat, lihatlah bagaimana sekularisme membenamkan moral masyarakat mereka.

Andai diperhatikan secara halus, liberalisme juga adalah sekularisme, tetapi dalam jenama yang lain. Apabila masyarakat sudah hidup dalam liberalisme, maka perlahan-lahan masyarakat itu akan menjadi sekular.

Sekular terbentuk apabila hal ehwal agama dipisahkan daripada kehidupan manusia. Dalam pada itu, liberalisme juga memperkenan hak kepada golongan nafsu-nafsi atas dasar menghormati hak asasi manusia. Apabila hak asasi manusia dalam konteks liberalisme lebih diutamakan melebihi larangan agama, maka ia menjadi sekular.

Dalam liberalisme, masyarakat diberi hak melakukan seks sejenis kerana ia adalah hak asasi manusia walaupun ia membelakangi larangan agama. Sesuai sekali dengan motto Novus Ordo Seclorum yang cuba menjadikan manusia menuju ke arah sekularisme dan terpisah daripada ajaran agama dalam apa cara sekalipun.

Menjadi masalah besar ialah istilah-istilah yang kedengaran seperti pro-rakyat itu lebih condong kepada liberalisme. Manakala liberalisme pula jelas condong kepada sekularisme. Maka, semua slogan-slogan yang berupaya mencipta sentimen rakyat untuk terlibat dalam kancah huru-hara itu sebenarnya menuju ke arah sekularisme. Anda perlu meneliti perkara ini dengan sehalus mungkin kerana tipu daya mereka itu sungguh halus.

Maka dengan itu juga, akan muncul suara-suara yang mengatakan pemerintah sedia ada juga sekular. Dengan itu, kita juga wajar malah harus merungkai persoalan ini dengan halus. Undang-undang sedia ada menetapkan zina, liwat, homoseksual dan seks sejenis (kesalahan nafsu-nafsi) sebagai kesalahan yang boleh didakwa dan jika sabit kesalahan akan dihukum mengikut peruntukan sedia ada. Tetapi menjadi persoalan ialah hukuman itu tidak dilaksanakan mengikut hudud, timbul pula persoalan baru iaitu hudud.

Manakala hukuman bagi kesalahan membunuh pula ialah mandatori gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. Hukuman mati kepada kesalahan membunuh adalah selari dengan kehendak hudud walaupun ia di bawah jenama Kanun Keseksaan dan ia tidak tertakluk kepada umat Islam yang melakukan kesalahan itu semata-mata. Sesiapa sahaja yang disabit kesalahan membunuh akan digantung sampai mati sebagai hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Penal Code).

Menjadi pertikaian ialah hukuman yang ditetapkan bagi hukuman zina dan seks sejenis yang memerlukan empat saksi. Mengikut peruntukan dalam Enakmen Syariah negeri-negeri Melayu, hukuman bagi zina ialah pula tidak mengikut hudud. Itu pertikaian yang timbul. Pemerintah pula berkata, ia tidak boleh dilaksanakan kerana akan timbul situasi tidak adil sekiranya wujud kes orang Islam berzina dengan orang kafir di mana orang Islam akan direjam sampai mati dan orang kafir akan terlepas daripada hukuman itu kepada hukuman yang tidak melibatkan hukuman maut atau lebih ringan.

Bagaimanapun, timbul pertikaian lain apabila draft hudud yang dibuat oleh sebuah negeri suatu masa dahulu menetapkan kesalahan liwat yang mengelirukan iaitu menjadi kesalahan meliwat apabila melakukan liwat bersama lelaki dan wanita selain isteri. Klausa ‘selain isteri’ menimbulkan kekeliruan dalam mentafsir kesalahan liwat. Apabila definisi terhadap undang-undang kesalahan liwat diberikan dengan maksud yang mengelirukan, ia juga akan menimbulkan kekeliruan semasa undang-undang itu dilaksanakan.

Isu hudud di negara ini tidak ubah seperti kapal yang akan karam, sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Apabila parti Islam menimbulkan isu ini, rakan dalam pakatannya akan menentang dengan pendirian yang tidak pernah berubah. Pendirian parti bukan Islam dalam pakatan itu tidak pernah berubah dan kekal teguh, tetapi malangnya pendirian parti yang membawa imej Islam dalam pakatan yang sama pula kerap berubah. Pendirian yang tidak tetap dan tidak jelas. Pendirian yang sungguh memalukan dan menjatuhkan maruah orang Islam di mata orang kafir sehingga orang kafir tidak segan silu lagi dengan sinis berkata: “begitulah orang Islam, tiada pendirian”.

Mengapa orang kafir boleh berkata begitu kepada anda semua wahai orang Islam? Kerana itu HAK MEREKA yang kamu orang Islam perjuangkan atas label HAK SAMA RATA dan HAK BERSUARA mengikut acuan LIBERALISASI tajaan pemimpin-pemimpin yang kamu puja-puja. Kamu semua sedang dibawa ke arah SEKULARISME yang sebenar-benarnya dengan bermodalkan air liur melaungkan HAK SAMA RATA dan LIBERALISASI yang hanya merugikan agama kamu sendiri. You got pranked, but it is not a funny prank.

------

SEMUA ITU DEBU

Slogan-slogan itu semua debu yang menyesakkan pemikiran anda semua. Pengikut taksub menjadi kurang waras apabila terlalu mempertahankan slogan-slogan itu melebihi perintah Allah. Masalah hak kamu semua akan selesai sekiranya kamu semua termasuk saya kembali mengamalkan perintah Allah tanpa menyalahkan orang lain atas kelalaian kita sendiri.

Fahami pengertian rezeki, kalau semua itu rezeki kita maka tiada satu pun yang dapat menghalang kita daripada mendapat hak-hak kita. Namun, perlu juga sedar bahawa setiap hak itu ada batas-batasnya dan jangan sesekali pernah cuba untuk bertindak melebihi batas. Jangan kita menjadi golongan yang melampaui batas.

Bagaimana untuk membersihkan debu-debu itu wahai saudara-saudara semua, caranya mudah. Fahami perintah serta amalkan perintah dan semua masalah akan selesai dengan pertolongan Allah. Bersedekah, berbaik sangka, bersatu padu, menjaga maruah agama dan taat perintah Allah, itu yang paling utama untuk kita laksanakan berbanding slogan-slogan yang dicanang melalui tin-tin kosong politik yang membawa kamu ke arah sekular.

Islam jatuh kerana umatnya menjunjung slogan-slogan itu melebihi penghayatan terhadap perintah dan peringatan Allah.

Kalau ada di antara kamu yang tidak bersetuju dengan kata-kata saya kerana saya menempelak parti-parti politik yang anda pertuhankan dalam agama demokrasi, sila tampil kepada saya dan buktikan bahawa saya ini salah.

Saya akan sedia berjuang bermati-matian bersama kamu jika kamu dapat meyakinkan saya bahawa anda berjuang di pihak yang benar dan Islam terbela di pihak anda. Perkembangan semasa menunjukkan Islam melukut lemah di sisi perjuangan anda. Sila buktikan kepada saya bahawa saya telah membuat pernyataan yang silap mengenai perjuangan anda. Saya bukan pro-pemerintah, maka jangan tanya saya mengenai isu-isu pemerintah. Sebaliknya, anda yang menjadi pengikut taksub politik (political zombies) yang perlu meyakinkan saya terhadap jalan yang anda sedang pilih.

Saya pilih Islam.

Insya-Allah, saya akan menulis lagi di sini.

Untuk maklumat tambahan mengenai perkaitan slogan-slogan itu dengan Kerajaan Tunggal Dunia di bawah Novus Ordo Seclorum, sila rujuk bahan-bahan di senarai bawah:

- The Protocols of The Learned Elders of Zion
- Pawns in the Game
- International Movement and National Security
- dan bahan-bahan berkaitan

Jangan jadi pemalas yang malas membaca dan bodoh untuk berfikir melainkan hanya tahu angguk-angguk sahaja.

Bagi mereka yang tidak tahu maksud Novus ordo Seclorum, anda boleh merujuk sumber-sumber lain di blog ini dan juga melalui penerbitan-penerbitan lain.

---------

Ini hal lain: Muslimdairyz, kenapa kamu perlu berpusing-pusing menjawab soalan-soalan saya dalam blog kamu? Tidak faham soalan atau buat-buat tak faham? Apabila pernyataan-pernyataan saya tidak memihak kepada pemimpin kesayangan kamu, maka kamu label saya sebagai 'child conspiracy' yang mengambil ayat kamu secara sekerat-sekerat dan kamu pusing-pusing masuk ke lorong lain pula? Takkanlah saya nak kena copy paste semua artikel kamu dalam blog ini ^_^ please grow up. Kamu tanpa rasa malu dan tanpa rasa rendah diri dengan selamba mengherdik orang lain di blog kamu. You are nobody to me. Please grow up... Saya tidak keliru.

Kamu pernah jumpa pemimpin kesayangan kamu itu, kamu tak pernah jumpa pun dengan dia kan? Dia itu susah nak berjabat salam dengan para pengikutnya sendiri kan? apatah lagi nak menjawab soalan-soalan yang boleh memerangkap dirinya sendiri, terlalu berhati-hati.. terbaik... ^_^ Kalau ditanya soalan-soalan yang 'lebih-lebih' kepada dia, dia akan cepat melatah dan marah kembali orang yang bertanya itu. ^_^ Spin-spin ni saya tak main la.

Anda tidak menjawab dalam 3 minit itu dan tidak mencerahkan soalan-soalan saya dalam 3 minit itu. Jangan cepat menutup soalan itu dengan berkata: "DAN PERMINTAAN KAMI..ISU INI HABIS PADA SEKADAR INI.." tanpa menjawab soalan-soalan saya. Kamu mahu saya copy paste semua artikel itu pula? Jangan juga merepek mengatakan saya mengubah ayat-ayat kamu seperti petikan yang saya tampal dalam artikel saya sebelum ini. Para pembaca semua, ini bukan bergaduh, tapi usik mengusik sahaja.

Saya tidak terlebih dos dalam pengkajian konspirasi dan tidak taksub konspirasi membabi buta, tetapi petunjuk yang ada jelas menunjukkan wujud segolongan manusia di negara ini yang sedang membawa kamu semua ke arah Novus Ordo Seclorum bermodalkan slogan-slogan itu.

---------

Abatasa, terima kasih kerana memberi saya ruang untuk menulis di sini.


-CRUDGEL-

40 comments:

Anonymous said...

muslimdairyz.. jgn spin-spin kona-kona pusing-pusing, mai la sembang dgn kami kat sini.. :)

Anonymous said...

salam...ini hanya pandangan peribadi dari hambaNYA yg lemah..bila tgk lam tv skang dok sebok pasai PAU 2011 yg mana umno la ni dok canang2 nk selamatkan org melayu..awat laa nk selamatkan org melayu..kan lebih elok slogan tu tukaq jd selamatkan umat islam lagi baguih..pembangkang pon dok kalut la ni bekempen hentam tak sangga puak2 merintah ni..aduhai..bekelai tak abeh..padahai kita sama org islam kot..cadangan utk parti PAS bubarkanlah parti 2 then selamatkan umno dr dalam bkn dr luar mcm sekarang ni..insyaallah selamat agama islam dgn izin allah..

lagi 1 aku cadangkan pada blogger2 konspirasi ni apa kata anjurkan 1 forum then wat pendedahan2 yg tertulis dlm blog2 ni..mngkin dengan cara ni lebih membuka minda para pendengar dan perbincangan boleh dilakukan secara terbuka..soklan2 yg dok semak dlm kepala org yg baru nk knai konspirasi ni pon boleh la jgak terjawab.cma 1 ja nasihat kalau nk wat forum konspirasi ni elakkan lah dr menghentam parti2 politik yg ada dlm negara ni..dedahkan pada mereka tentang sistem kewangan, sistem sosial, mind control, sistem pendidikan..bab sistem pemerintahan tu taruh dulu buat buah las bila org ramai dah knai dunia ni macam mana baru perkenaikan sistem pemerintahan yg sepatutnya..jgn dok jadi lagu PAS dok kalut perjuangkan hudud tp sistem2 islam yg lain mcm tak nmpak nk pejuangkan pon..wat pa ada hudud kalau sistem sosial tak diperbetulkan dulu..rohani tu penting..byk tahun jgak rasulallah saw dakwah pada islam baru allah swt turunkan ayat2 berbentuk hukuman yakni undang2 islam(saya kurang pasti berapa thn tp lama gk la lbih dr 10 thn myb)..ulama sepakat mengatakan yg demikian kerana mahu teguhkan dulu pendirian umat islam yg ketika tu baru sgt memeluk islam.pikir2kan lah

Anonymous said...

melayu tu bangsa manusia menerima Islam, orang islam x kira sapa duk nusantara dikira melayu... sebab tu dulu org habaq..mai islam masuk melayu..tak kiralah sapa dia..cina ka india ka jawa ka banjar ka.. masuk islam adalah masuk melayu... la ni dah duk pusing pusing buang salah satu...kira murtad la weii... sebab tu la lemah bila buang salah satu... takdak jati diri sebab takda iman... so biler dah blank senang la para keparat THH illuminos pecah dan perintah puak ni...

Aku dan Bukan Sesuatu...

CRUDGEL said...

salam semua saudara-saudara saya,

kenapa semua cakap utara? ^_^

Anon 11:38, mungkin anda pembaca setia blog ini, saya pula penulis baru di blog ini. kalau saranan saudara terhadap muslimdairyz itu disulami niat provokasi, itu kurang enak. ^_^ kita hanya mahu berbincang, bukan mahu gaduh-gaduh sesama umat.

Anon 2:45, saya bukan pemerhati politik yang hardcore. tetapi saya perhati kedudukan Islam di sisi perjuangan parti politik. bagaimanapun, cadangan saudara itu memang baik. terima kasih.

Anon 3:06, terima kasih. saya kurang faham keseluruhan maksud saudara, boleh jelaskan? ^_^ tapi saya tertarik dengan pendapat saudara iaitu: "so biler dah blank senang la para keparat THH illuminos pecah dan perintah puak ni..."

Anonymous said...

tuu dia


"Dia mahu menyelesaikan 'masalah kamu semua' yang mana dia menganggap kamu semua sebagai masalah dengan menjadikan kamu sekular sepertinya bagi menyelesaikan masalah itu - LKS"

hero bawa ibu racun dah mai

laa nie puak dia berani kata melayu bermasalah lepas dia cipta masalah. nampak sangat dia nie nak pekecai melayu.

nampat dak? sekular maknanya simpan islam dalam rumah... hehe. sori kacau daun.

Ibn Hashem said...

cewah.. muslimdairyz beri amaran

MAAF .TULISAN ANDA TERPAKSA KAMI KONKLUSIKAN IA SEBAGAI ANDAIAN..PERSEPSI…SEPANJANG ARTIKEL BERKENAAN ADALAH PERPEPSI DAN ANDAIAN..PENUH DENGAN EMOSI YANG BERCAMPUR ADUK…

IA BUKAN HUJAH DAN SYARAHAN ..

IA HANYA ANDAIAN NAIF ORANG YANG KELIRU DAN TERKELIRU DAN MENGELIRUKAN ORANG..

KAMI MEMBERIKAN AMARAN LAGI SEKALI ..

JANGAN….JANGAN..

SEKALI LAGI JANGAN MENGUBAH AYAT DAN PERKATAAN YANG KAMI SAMPAIKAN DI BLOG..

udah2 le tu muslimdairyz, bila mana ada org yg tempeleng kat kau, mula la kau label org lain naif la, mengubah ayat kau la, mengelirukan org la, mcm2 label kau bagi... bla bla bla...

aku dah lama dok tengok cara kau tu, mmg tak boleh duduk senang klu tak herdik org lain & merendahkan org lain.

apa kata kau sembang2 dgn kitorang kat sini... tolong la ajar kitorang ni sikit... kau kan pandai.. :)

sori ye admin, bkn nak gaduh hehe..

Ibn Hashem said...

yg dlm HURUF BESAR tu aku quote dari blog muslimdairyz. biasa la mamat tu suka tulis guna huruf besar, tulis pakai huruf kecik pun org boleh baca la.

Hamba Kelana said...

Moga-moga Muslimdiaryz cepat belajar dan tersedar dari mimpi.

Anonymous said...

menyedihkan.. bila yg dikatakan tu bukan persepsi tp bersandar kpd realiti, dia spin kata tu cuma persepsi..

bila realiti semasa dok condong ke arah Amerika, dia kata tu taksub konspirasi..

tu la klu dah tak boleh nak terima kenyataan.....

kesian...

Anonymous said...

muslimdairyz sombong bongkak

AKU JUGA BLOGGER said...

Salam CRUDGEL a.k.a .... :)

Dia mengejar hits untuk blognya sehingga sedikit kecewa dan pernah menutup blognya kerana kurang hits dan mendapat komen-komen yang terpelanting ke mukanya sendiri, saya sudah beri hits yang banyak kepada dia supaya dia terus menulis. Tetapi malangnya, dia tetap tidak berubah dan kekal dengan sikapnya yang semua orang pun tahu.

Baginya, kata-katanya itu dari Allah. Setiap katanya itu lebih mulia daripada lain-lain manusia biasa. Sedangkan dia tidak habis-habis menghina dan merendahkan orang lain.

Saya baca semua entri dalam blog dia. Kesimpulan yang saya buat ialah dia tidak pernah konsisten dalam perkataan-perkataannya. Sekejap begitu, sekejap begini pula. Pendiriannya sendiri seperti buih-buih yang timbul di permukaan air dan kemudian hilang.

Muslimdairys, adakah kami tidak layak menilai kamu? Layakkah pula kamu menilai diri sendiri sebagai yang paling baik?

Saya minta kamu datang komen dalam entri ini. Supaya ada soal jawab, supaya kamu tidak menjadi kera sumbang dan bercakap seorang diri.

Saya menggunakan bahasa yang 'proper' sebagai menghormati CRUDGEL yang lebih suka menggunakan cara percakapan yang 'proper seperti elit' walaupun dalam menjawab komen.

OrgOrg said...

salam...

thanks CRUDGEL

kita doakan mereka itu tidak buta hatinya dalam menjalani kehidupan didunia, teruskan usaha anda

mans said...

Salam untuk anda AKU JUGA BLOGGER

Terima kasih atas komen anda.

CRUDGEL adalah sahabat seperjuangan kita semua menentang musuh agama walaupun pada mata kasar musuh kita itu kelihatan baik dan berwibawa. Mungkin anda kenal siapa CRUDGEL, tetapi adalah lebih baik disimpan dahulu untuk kebaikan bersama. Ingatlah perjuangan ini bukan calang2, Kita sedang berjihad walaupun ramai pihak mempersenda. Teruskan langkah SEKALIPUN kita tahu musuh sedang memerhati. Bukan mudah untuk mencelikkan orang rabun apatah lagi mereka yang telah buta.

fahamilah bahawa Allah hanya memandang niat sesaorang, bukannya apa yang ditampilkan.

Kami mengalukan komen2 yang baik dan berilmu, terima kasih semua.

ADMIN

leman mail said...

Jauh dari sudud hati ini saya melihat kejatuhan Islam adalah disebabkan oleh sikap bodoh dan sombong segelintir orang Melayu.

CRUDGEL said...

Salam semua,

Muslimdairyz, saya harap kamu baca komen saya ini di sini kerana saya tiada tempat untuk melemparkan komen di blog kamu.

Mungkin Muslimdairyz marah kerana saya tidak copy paste seluruh artikelnya dalam posting saya sepertimana dia copy paste semua perkataan daripada artikel saya, lalu dia beri amaran kerana saya hanya ambil hanya sebahagian daripada artikelnya itu.

Kalau begitu, Muslimdairyz, kamu juga ambil al-Quran sekerat-sekerat kerana tidak masukkan keseluruhan isi al-Quran dalam artikel kamu.

Muslimdairyz,
Dalam dunia penulisan, kamu harus faham mengenai ciri-ciri ayat yang membina ayat-ayat kompleks dalam sesuatu karangan. Ayat kompleks terbina apabila banyak ayat yang berasingan dipadatkan dalam satu ayat panjang. Contohnya, empat ayat yang boleh diasingkan setiap satu, tetapi dipadatkan dalam satu ayat yang hanya mempunyai satu titik. Saya menggunakan ayat panjang, dan kamu juga suka menggunakan ayat panjang, itu ayat kompleks namanya.

Untuk menghuraikan sesuatu ayat kompleks yang panjang, setiap satu ayat itu wajar dipecahkan menjadi masing-masing satu ayat bagi mendapatkan maksud yang sebenar. Itulah yang dinamakan analisa pencerahan terhadap pernyataan.

Analisa pernyataan itu pula mengkaji maksud ayat itu dalam konteks yang diperbincangkan. Please learn more. You are nothing to me, you are nobody to me, i really mean it.

Kamu juga memetik beberapa baris ayat al-Quran dalam blog kamu, kenapa kamu tidak masukkan semua ayat dari 114 surah sekaligus? Tetapi kamu hanya petik beberapa baris sahaja kerana kamu mahu padankan ayat itu dengan topik perbincangan.

Begitulah penganalisaan dibuat dengan memetik sedikit ayat daripada sumber-sumber bersesuaian. Kalau kamu boleh buat begitu dan kamu anggap ia tidak menjadi kesalahan bagi kamu, mengapa pula saya yang memetik sepotong ayat dari blog kamu pula dijadikan sebagai kesalahan?

Kalau begitu, kamu juga mengambil ayat al-Quran secara sekerat-sekerat. Sekali kamu mencerca saya, berpuluh kali ia berpatah balik kepada kamu.

Saya menunggu ruang komen dibuka di blog kamu kerana banyak pernyataan kamu yang tidak konsisten sebagaimana kamu sendiri mengaku.

Saya adalah seorang sahabat yang rela dimusuhi oleh sahabatnya sendiri demi kebaikan sahabatnya itu. Sejujurnya saya rela dimusuhi.

Muslimdairyz, please.
----

Semua pembaca, tidak perlu membuat provokasi kepada Muslimdairyz.

Ihya-Ulumiddin said...

asSalamualaikum wbt Admin n penulis ASZ-AS.

kami dsini insyaAllah menyokong anda semua.

salam ikhlas dari sy.

FAF said...

izinkn sy menyampaikn kembali nasihat ini.

kerna sy kurang mahir dalam menyampaikan 'terma'

seperti tuan penulis.

mans said...

sdr FAF silakan, jangan lupa letakkan link blog ini agar mudah dirujuk

Nurrohi said...

Salam semua,
Mata sudah tidak boleh nampak,akal tidak mampu berfikir, telinga sudah tidak faham apa yg didengar,hati sudah keliru.Sudah hilang kewarasan.Kenapa jadi sedemikian? kerana ada satu kuasa yg sedang bertakhta dalam diri iaitu NAFSU yg sedang menggantikan tempat Tuhan.Hati kecil akur dengan kebenaran tapi tidak mampu menundukkan nafsu yg merajai diri.maka terus-terusan menjadi pak turut walhal kebinasaan menunggu dihadapan.
Merelakan diri dengan penuh yakin menelan slogan dan istilah, umpama menelan 'dadah' yang sgt merbahaya kepada jiwa. Mengkhayalkan kemenangan, keseronokan mendpt kuasa, keindahan hidup senang dan mewah, percaya kepada janji-janji manis syurga duniawi.Rasa seronok dan megah memperjuangkannya.Rasa jadi 'hero'pujaan.
Escapism dari realiti hidup yg tertekan,terdesak,tidak cukup dengan kekayaan yang dimiliki,atau memang miskin , susah dan tidak bahagia. Menudung jari atau meletak kesalahan kepada orang lain.( Hakikat sebenarnya sedang menyalahkan Tuhan).
Sanggup diperbodohkan dan melakukan apa sahaja agar bekalan 'dadah' tidak terputus.Hiburan palsu semata,terus khayal dan khayal dan khayal dengan slogan dan istilah.
Rela dikhayalkan kerana tidak mahu menerima kebenaran dari Tuhan.Tidak mahu isytihar perang kepada Nafsu mazmumah.tidak mahu sakit mujahadah melawannya.Sudah salah faham tentang Tuhan dan Islam.
Orang yang 'ketagihan'sangat merbahaya kepada diri dan juga orang lain.Sudah tidak kenal dengan keluarga dan orang tersayang.Berbuih nasihat dan peringatan sudah tak bererti lagi.
Penagih dadah ibarat bangkai bernyawa-nyawa ikan tapi boleh membunuh hatta ibubapa sendiri.
Di tahap ini mudah sahaja mereka dipergunakan bagi mencapai apa jua tujuan jahat musuh. Bila maksud musuh sudah tercapai, mereka akan di 'dispose' begitu sahaja.

.. said...

Salam muharram untuk semua.

Kecintaan kepada dunia keterlaluan dan kehausan jawatan, pangkat dan harta membawa insan meninggalkan fitrah. Mazmumah mendarah daging, merelakan semuanya termasuk agama. Islam dijual dengan harga yang cukup murah. Membela agama lain yang nyata memusuhi. Tertipu kepada slogan yang dicipta musuh: sekular-liberal-plural menuju kerajaan baru OWG-NWO. Sama seperti slogan monunis dahulu: hidup rakyat, kebebasan rakyat, perjuangan rakyat, people people people... kini ditambah dengan ulam-ulaman.. bersih, hak asasi, kebebasan bersuara,dan entah apa lagi.

Semoga semua dapat kembali kepada fitrah. Semoga semua terselamat dari permainan dan muslihat zionis. Sama-sama mengangkat kembali martabat agama dan bangsa ini ke tempat yang sepatutnya melebihi dari apa sahaja yang ada di muka bumi ini. Bersedialah menerima kedatangan insan terpilih, untuk itu perbetulkan "saf".

Saya amat setuju luahan rasa sdr Nurrohi, pembaca tetap blog ini. Terima kasih.

EdMosses said...

Mind Game dari THH

LIBERTY, PEOPLE POWER, HAK RAKYAT, HAK SAMA RATA dan WANG RAKYAT

Bagaimana pula yg di pelupori oleh Islam bagi menangkis istilah2 tersebut. Sekadar mencari kebenaran agar lebih jelas...buntu lak mencarinya...

Anonymous said...

Gd point....thk u

Anonymous said...

Its like you learn my mind! You appear to understand so much about this,
like you wrote the book in it or something. I feel that you just can
do with a few percent to drive the message home a little bit, however instead of
that, that is magnificent blog. A fantastic read. I'll certainly be back.
Here is my website : play blackjack online for real money

Anonymous said...

Right now it seems like Wordpress is the best blogging platform
available right now. (from what I've read) Is that what you're using on your blog?
Feel free to surf my weblog win real money playing roulette online

Anonymous said...

It is not my first time to go to see this website, i am visiting this web page dailly and get pleasant
facts from here daily.
Here is my web blog - usa Online casinos

Anonymous said...

Excellent site you have here.. It's difficult to find excellent writing like yours these days. I truly appreciate individuals like you! Take care!!
Also visit my homepage earn easy money

Anonymous said...

Excellent site you have here.. It's difficult to find excellent writing like yours these days. I truly appreciate individuals like you! Take care!!
my web page - earn easy money

Anonymous said...

Fine way of explaining, and good piece of writing to get
facts about my presentation subject, which i am going to present in school.
My homepage - quick easy ways to make money online

Anonymous said...

Hi there to every one, as I am actually keen of reading this weblog's post to be updated on a regular basis. It includes good material.
Feel free to visit my webpage ; ideas to make money

Anonymous said...

This paragraph is truly a good one it assists new the web people, who are
wishing for blogging.
Also visit my blog :: top online us casino

Anonymous said...

I am really thankful to the holder of this web page who has shared
this impressive post at at this time.
Review my web page : usa online casino

Anonymous said...

After I initially commented I seem to have clicked the -Notify me when new comments are added- checkbox and now every time a comment is added
I get four emails with the same comment. There has to be an easy method you can remove me from
that service? Thanks!
My webpage ... slots online for money

Anonymous said...

If you would like to take a great deal from this paragraph
then you have to apply such techniques to your
won webpage.
Also visit my webpage Best affiliate marketing programs

Anonymous said...

It's a shame you don't have a donate button! I'd certainly donate to this outstanding blog! I guess for now i'll
settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account.
I look forward to brand new updates and will talk about this website with my Facebook group.
Chat soon!
My webpage - play slots online For real cash

Anonymous said...

My partner and I stumbled over here coming from a different web address and thought I might check things out.
I like what I see so now i am following you. Look forward to looking into your web page yet again.
My blog post ... online slot machines for real money

Anonymous said...

Right here is the right site for anyone who really wants to understand this topic.
You realize a whole lot its almost hard to argue with you (not that I
actually would want to…HaHa). You certainly put a
brand new spin on a topic that has been discussed for a long time.

Great stuff, just great!
Here is my web-site free penny slot machine games

Anonymous said...

I'm excited to uncover this great site. I want to to thank you for ones time for this particularly wonderful read!! I definitely savored every part of it and i also have you book-marked to see new stuff on your website.
Also visit my weblog play slot machines online for money

Anonymous said...

Hi there! This blog post could not be written
any better! Going through this post reminds me of my previous roommate!
He always kept talking about this. I most certainly
will send this article to him. Pretty sure he's going to have a very good read. I appreciate you for sharing!
Look into my web site trading systems forex

Anonymous said...

Somebody essentially assist to make severely articles I would
state. That is the very first time I frequented your website page and thus far?
I surprised with the research you made to make this
particular submit extraordinary. Wonderful activity!
Feel free to surf my weblog :: trade rush

Anonymous said...

Hi there! I know this is somewhat off topic but I was wondering if you knew where I could get a captcha
plugin for my comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having difficulty finding one?
Thanks a lot!

Also visit my web-site: make money quick

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan