Friday, February 3, 2012

Kebangkitan Islam di akhir zaman telah berputik?


Sultan dari dua negeri yang tertua di Semenanjung Melayu
Adakah ini satu petanda?

Kebangkitan

Apakah situasi semasa bakal membawa kita kepada satu gelombang baru kebangkitan Ummah setelah direntap dan dihenyak begitu teruk oleh para politikus yang ghairah berlumba untuk menawan Putrajaya? Harap pandangan ini tidak dianggap keterlaluan atas dasar bersangka baik kepada Maha Pencipta.

Kegoyahan Islam di dalam negara ini tentu amat menyesakkan nafas semua penganut Islam yang jujur terhadap agamanya, sayang kepada jemaahnya dan kasih kepada ulamanya. Semua amat maklum bahawa Islam sedang dihimpit dan bakal tewas di tangan manusia rakus yang sedang merencanakan helah belakang tabir sama ada untuk mengekal ataupun merampas kuasa. Situasi getir yang amat memilukan kita semua, Islam telah dimangsakan dengan cara yang tidak sepatutnya.

Institusi Kesultanan dan Raja-raja Melayu juga ikut terancam dalam percaturan politik kotor yang mula mengambil tempat. Turut tercemar ialah dominan bangsa watan semakin terhakis yang akan menyebabkan kehilangan tampuk kuasa. Terasa seperti ada suntikan racun dari luar supaya Islam menjadi rosak dan akan beransur-ansur lenyap dari hati sanubari umat Islam di negara ini. 

Perencana yang sekian lama ingin melumpuhkan kekuatan Islam bagi memudahkan laluan mewujudkan Kerajaan Dunia Baru berkiblat kepada satu agama baru menyembah syaitan (lucifer). Itulah sebabnya Illuminati melalui Soros dan NED bersungguh-sungguh membina jalinan rangkaian Islam Liberal dan sanggup mendanai berbillion dollar untuk melumpuhkan kekuatan Ahlis Sunnah wal Jamaah. Melalui Islam Liberal (Islam pada nama) ini akhirnya beransur-ansur menerima semua agama adalah sama taraf termasuk penyembah berhala.

Kekangan terkuat yang menghalang penyebaran Islam Liberal ini hanyalah Malaysia dan Brunei. Ia menjadi sesuatu yang cukup menarik ketika membincangkan isu terkait dengan konspirasi Yahudi dan kaitannya dengan peristiwa akhir zaman. Walaupun Indonesia mempunyai jumlah penganut Islam teramai dan tidak menghadapi tekanan dari kaum pendatang seperti Malaysia, Islam Liberal sudah lama berkembang di sana dan kini sedang galak menghakis pegangan akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah. Peristiwa malang bagi Indonesia yang sepatutnya menjadi benteng yang lebih kukuh berbanding negara kita Malaysia.

Apakah perancangan Allah terhadap bangsa Melayu ini? Hanya Dia sahaja yang mengetahuinya. Namun keadaan semasa memang cukup getir, kita umat Islam sedang menghadapi krisis yang terhebat dalam sejarah. Illuminati telah menanam benih perpecahan sejak 100 tahun lampau, namun masih lagi gagal merosakkan perpaduan Ummah. Melalui kepimpinan bangsa sendiri yang dilatih memakai pakaian sekular, lama kelamaan kita telah terhasut untuk meninggalkan tatacara Islam dan mula mengejar kemajuan (duniawi).

Dengan kasih Allah, kita masih lagi mempunyai ulama yang kuat berpegang kepada Islam sejati walaupun terpaksa bertahan penuh sabar dalam diam. Kini atas kehendakNya jua berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir sebelum ini. Kejadian beberapa peristiawa telah mencetuskan satu gelombang baru yang mahu tidak mahu semua terpaksa menerima kehadirannya.  

Kita percaya Allah tidak akan meninggalkan kita sendirian dalam pahit getir menempuh fitnah zaman. Dia tahu masih ada yang setia bermunajat dan berdoa sepanjang malam memohon perlindunganNya, memohon agar bangsa ini diselamatkan walaupun sebahagian besar sedang leka bermain dengan nafsu syahwat.

Sebahagian dari kita yang telah diperangkap oleh jaringan politik mungkin agak resah untuk menerima sesuatu yang baru muncul. Tidak dinafikan akan berlaku kesukaran untuk meninggalkan sesuatu yang telah sekian lama menjadi pakaian selesa. Namun andainya kita dipilih olehNya untuk ikut serta membangunkan ummah ini, nescaya akan mendapat cahaya walaupun sebelum itu ia seorang yang pasik. KehendakNya akan menjadi kenyataan (kun fayakun). Apa yang penting bagi kita ialah keikhlasan mutlak sebagai Muslim dan Mukmin. Nescaya akan mendapat bantuan.

Bagi golongan yang terselamat dari jerat dunia politik ketaksuban (golongan atas pagar - setakat menggunakan saluran politik dalam memilih pemimpin) akan lebih mudah menerima sentuhan gelombang ini dengan syarat ada sedikit rasa kasih pada agama.

Semoga gelombang ini akan terus semarak menghakis fitnah Dajjal yang sekian lama menghantui pemikiran kita semua. Amat diharapkan ia menjadi titik tolak kebangkitan manusia ikhlas berjuang kerana Allah Subhana Wa Taala untuk membuang segala daki sekularisma yang semakin menebal. Kita doakan kejayaan kepimpinan Ulama Mukhlisin ini dan berharap Allah subhana wa Taala melimpahkan rahmat dan pertolongan memudahkan urusan mereka. InsyaAllah.

Memandangkan kita masih lagi dikepung oleh pagar sekularisma (hanya jenerasi sekarang yang memahaminya), kita terpaksa ikut bermain kompang dan berdendang siasah. Apa yang membezakan dari pemain sekuler tulin ialah "keikhlasan" Lillahi Taala. Cara penampilannya sedikit berbeza dari kelaziman. Mereka tiada ketua mutlak sebagaimana pemain politik semasa. Tidak akan berlaku perlumbaan, pertandingan atau jatuh menjatuhkan, pengkhianatan, pancung memancung sebagaimana tradisi politkus semasa.

Amatlah diharapkan ia akan berlaku seperti ini. NGOs bersatu akan memberi baiah kepada sesaorang sebagai pemimpin (bukan ketua). Itulah bentuk khilafah yang kita cari. Setiap ahli NGO akan bermukim dibawah pemimpinnya dan hanya memberi baiah kepada pemimpinnya sendiri, dan pemimpinnya pula memberi baiah kepada salah seorang dari mereka sebagai pemimpin yang memegang amanah keseluruhan ahli. Jika ini berlaku, ia akan menjadi sangat cantik.

Andai ada pemuka baru yang lebih menonjol atau berkeupayaan, pemimpin sedia ada akan memberi baiah kepadanya untuk dilantik sebagai pemegang amanah atau pemimpin baru jemaah. Itu bermakna mereka berkerja untuk Allah, bukan untuk diri mereka sendiri. Andainya ini yang belaku, seluruh ummah wajib bersetia memberi baiah kepada mereka untuk melakukan pembersihan. Hayat dunia sekular akan ditamatkan di bumi bertuah ini. Semoga Allah perkenankan permohonan hamba-hambaNya yang sekian lama menderita dibawah sistem Yahudi ini. Perkenankanlah doa kami Ya Allah........




Mungkinkah Dr Harun Din menjadi PM Malaysia selepas Najib?
Adakah ia sesuatu yang MUSTAHIL? atau akan bangun Pemuda Bani Tamin?


Saya amat hargai ulasan penganalisis politik dibawah walaupun ia hanya berkisar disatu sudud sempit sekularisma. Telitilah dengan hati terbuka dan cuba kaitkan dengan apa yang telah saya sebutkan di atas.

Kuasa Ketiga Politik: Dr. Hasan Ali, Dr. Harun Din, Ustaz Nasa...

Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan Pas kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat. Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

Pas kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar. Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam Pas.

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden Pas, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim. Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr. Hasan adalah disengajakan? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas? Beliau tahu Dr. Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja pakatan pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut? Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr. Harun Din, timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden Pas dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan.

sumber uol - tulisan: Zaini Hassan


Perjuangan ini bermula dari riak menjadi gelombang akhirnya bakal menjadi tsunami. Saya sanggup dihina. Saya sanggup dikeji. Saya sanggup diancam walaupun nyawa saya sendiri. Saya tidak sanggup melihat Islam, Melayu dan Raja-Raja dihina, dikeji dan diancam. - Dr Hasan Ali.

 HALANG ISLAM DARI "PUPUS" 


Jalur Tiga (JATI)
IMR
Dipertahankan Untuk Selamatkan Ummah
Hancurkan Gerakan Liberalisma


37 comments:

Anonymous said...

Ikut pemahaman gua, powerlevel Pakatan Pembangkang mungkin mcm ni

Zionis mafia (GogSoros, PaulWolfowiz,
.
.
NED-CIA
.
.
PAP (LeeKuanYew, LeeHsienLong,
.
.
DAP chauvin (LimKitSiang, LimGuanEng, KapalSingh,
area: Penang, Sgor
DAP ada spy dlm MCA
.
.
PKR (Anwarinas, Kalid ib,
Liberalpluralsekular acuan Pembangkang
.
.
Freemason BAR council (Ambigol BERSIHT, LGBT, Rotary club,
.
.
PSA (Nik, Ibraim ali,

Anonymous said...

inshaAllah islam akan bangkit dari timur! inshaAllah! Allahu akbar!

Anonymous said...

Allahuakhbar...sgt2 menunggu saat itu

bani tamim said...

Assalamualaikum..

Dr. Harun Din mimpi bertemu Rasulullah?
Tonton video tersebut di banitamim.blogspot.com

SEJARAH . KONSPIRASI . BERITA . DAKWAH

Anonymous said...

Alhamdulillah.. kita doakan sama. bantu mereka dgn doa ikhlas dr kita. sdh tiba masanya kita menjadi seorang yg pemurah dlm bdoa..

Anonymous said...

TAMIM = mewakili huruf TA dan MIM...

TA singkatan bagi Tanah, dan MIM singkatan bg Melayu..:)

PutraRocker said...

lawan ttp lawan

Anonymous said...

apabila membicarakan perihal kebangkitan Islam akhir zaman mustahil Islam bangkit atas jln demokrasi politik kepartian.Islam sudah ada acuannya,sudah ada wadahnya ,sudah ada jlnnya yg ditunjukkan oleh Baginda Nabisaw dan caranya sejalur dgn cara Rasulullahsaw.Puak2 Yahudi dan sebangsa dgnnya amat arif tentang ini,x perlulah pengakuan sbg bani tamim atau panji2 hitam melainkan utk mengayakan diri sendiri mereka hanya ketawa geli hati dgn gelagat yg dipertontonkan.Perjuangan PBT bertepatan dgn cara Nabisaw ,akhlaqnya, keluarganya mempunyai ciri yg wajar dicontohi. ada org banyak berkata bani Tamim tidak tahu dia adalah bani tamim. mudahnya begini beliau tidak tahu susur galur keturunannya ,tahupun setakat moyangnya itipun sekadar namanya shj.beliau tahu di tangan beliaulah bangkitnya umah yg ke2 dan amat bodoh utk beliau mengistiharkan dirinya sebab beliau sentiasa diintip oleh musuh2 Allah hatta org2 Islam sendiri.Berbeza dgn para Rasulas yg membawa risalah kena mengistiharkan dirinya adalah rasul serta mendatangkan bukti dan keterangan.Lahirnya Pbt dalah utk mengembalikan manusia kpd agamanya yg sebenar, menggilap hingga terpancar cahayanya di segenap penjuru alam,kerana selama ini cahaya Islam telah pudar & kelam di tangan beliaulah Islam kembali di tempatnya.Siapakah beliau?sudah ada ke belum? bila munculnya? di mana?Sesungguhnya yg sentiasa bersama beliau dalah mereka yg ikhlas terhadap agamanya walaupun asal mereka bagai kacang hantu, mereka ditarbiah di asuh dan dididik sehingga terpancar keimanan pd wajah2 mereka-wassalam

Anonymous said...

Tuan, bagaimana Allah sebarkan islam pada zaman nabi saw dahulu,

Anonymous said...

cont yakni bersama abu bakar assiddiq ra al tamimi, akhir zaman akan kembali begitu juga caranya untuk Allah bangunkan agama. yakni mahdi berketurunan ahlul bait, pembantu nabi berketurunan bani tamim.

tamim itu bukan ta-tanah mim-melayu,

tapi merujuk kpd BANU tamim, yakni puak =banu=keturunan. banu tamim ini adalah asalnya keturunan abu bakar siddiq ra.

ketika zaman british, penjajah telah memberi mandat kpd penjahat2 wahabi utk memerintah madinah n mekah. maka berlakulah pertumpahan darah yg kejam berlaku antara puak wahabi dgn golongan shareef kturunan ahlul bait, keturunan sahabah terutamanya gol bani tamim. golongan shareef dan bani tamim ini telah dihalau dpd mekah n madinah.

kbanyakan keturunan ahlul bait inilah yg sekarang duduk di hadramaut yaman, yakni bani alawi. dpd hadramaut inilah ramai mereka ini menyebarkan islam dan bertebaran ke nusantara. pernah dgr wali songo? mereka ini adalah ahlul bait, dpd yaman. tuan pun lebih maklum, sebenarnya darah ahlul bait sultan2 kita ini pun sebenarnya hasil perkahwinan dgn golongan2 habib hadramaut ini. tapi bukan bermakna sultan2 kita sahaja ahlul bait, yg d hadramaut tu LEBIH ramai lagi ahlul bait2 yg alim lagi warak spt habib umar, habib abd qadir assegaf, banyak lagi lah... mereka2 yg di yaman tu lebih dekat lagi kpd imam mahdi, keturunan mereka masih lagi mengamalkan kahwin sesama sendiri, yakni utk menjaga keturunan ahlul bait mereka. ramai antara mereka tu, wajah2 mmg arab, tapi ke melayu an. agama dlm diri mereka sungguh tradisional, yakni mengekalkan cara lama dgn berpegang teguh dgn sunnah. madrasah2 hafiz quran mereka juga mengekalkan adab cara belajar yg tradisional.

yg bani tamim ini, selepas di halau wahabi, mereka2 ini yg keturunan abu bakar siddiq al TAMIMI telah bersafar dgn penuh susahpayah dan akhirnya, ketika sampai di INDIA, org2 lembah hindi menerima mereka, akhirnya bani tamim ini menetap di khandala, uttar pratesh dan berasimilasi dgn org2 hindi. darul ulum deoband, merupakan madrasah tradisional yg dibangunkan oleh keturunan BANI TAMIM, sehingga kini merupakan madrasah no2 tertua di dunia, satu2 madrasah muhadith yg masih mengekalkan sistem lama utk belajar daurah hadith, diakui seluruh dunia islam. daripada darul ulum ini ramai lah muhadith2, akabir, arifbillah berketurunan bani tamim telah lahir.
salah satunya yg dibanggakan oleh org2 akabir bani tamim india adalah maulana ilyas al tamimi khandlavi, yg merupakan pengasas jemaah tabligh. asbab daripada maulana ilyas ini lah juga, lahirnya gerakan dakwah tabligh. usaha mereka hanya 3, hidupkan kembali perintah Allah dan sunnah, makmurkan masjid seluruh alam dgn amalan masjid nabawi, dan bertebaran di seluruh alam untuk sebarkan agama.

sekarang, pengikut n gerakan tabligh ini bertebaran di seluruh dunia, hampir setiap negara2 dlm dunia ini ada markaz mereka. kalau di malaysia, adalah masjid jamek sri petaling, kuala lumpur. setiap tahun juga, ijtima terbesar umat islam di tonggi menyaksikan umat berkumpul untuk mendengar nasihat2 ulama2 berdarah bani tamim ini. ulama2 bani tamim ini kami panggil sbg elders. sekarang, amir utk seluruh pergerakan tabligh yg wujud diseluruh dunia ini, masih diterajui oleh elders2 kami di masjid banggawali, nizamuddin delhi.


lebih lanjut sila rujuk org alim kita di blognya;

https://sufiafriqiyya.wordpress.com/

Unknown said...

Apakah yang kamu nampak ada pada Agung kita yg sangat-sangat kecut. Sikecut seperti ini apa yang dia mampu lakukan untuk Islam. Jelas Sistem beraja sengaja dikekalkan untuk Melayu sahaja. Islam menolak pemerintahan beraja.

RAJA atau pun sapa2 aje yang mahu menjaga Islam kena pastikan undividu atau Raja itu benar2 Islam. Raja2 di Malaysia kenalkah dia siapa ALLAH Tuhan dia. Pasti tidak kerana apa? Kerana kehidupan mereka Raja-raja melayu bertuhan kan Nafsu syahwat. Tenggelam dan lemas dalam lautan arak. Golongan diRaja diMasia terutamanya berpoya-poya dgn arak dan wanita.

Terlalu banyak info berkenaan Raja-raja Melayu yang sangat Bangsat cara kehidupannya. Apakah kamu rakyat yang menyokong Raja-raja Melayu ingat ALLAH juga lelaki seperti kamu. Kamu sedikit pun tidak malu dgn ALLAH Tuhan kamu.

NikAziz said...

MasyaAllah manusia Islam jenis apakah yang suka menghina seperti ini, menyangka dia lebih tahu dan lebih Islam dari orang lain. Bangsat ayau tidak dia perlu depani Allah. Kita tiada hak untuk menghinanya. Jika tidak kerana mereka Melayu dah lama pupus, negara dah jadi komunis. Ingatlah kaum khawarij yang sanggup menghina dan membunuh sahabat dahulu.. Adakah mereka terjamin syurga?

Raja tidak menjual kalimah Allah. tidak halalkan murtad, tidak galakkan seks bebas sebagaimana "sesaorang" itu. Manakah kamu akan ikut?

Melayu jenis apakah mereka ini?

NikAziz said...

Dahsyat betul manusia ini, memang dahsyat dan menakutkan, jauh dari budi pekerti akhlak mulia. Bawaan sosialis komunis. Dendam kesumat adalah agama Iblis yang mngaku Islam. Tidakkah kamu redha dengan ujian Allah sehingga sanggup menghina bukan membetulkan? Sudahkah kamu "kenal" Allah sebenar2 kenal sehingga sanggup menghina makhluk lain? Dia akan jawab dihadapan Rabbul Jalil apa yang dia lakukan, begitu juga kita. Usahlah suka mengeji, ia bukan budaya Melayu dan akhlak Islam. Mental blockage. Lemah dan Dangkal. Kaum khawarij mempunyai wajah ini. Hanya dia sangka dia betul dengan hanya ada ilmu sejemput. Sudah berlagak macam ulama dan keluarkan fatwa. Hodoh benar wajah Khawarij ini, patutlah Rasulullah SAW mwajarkan mreka dprangi.

Anonymous said...

Tak yah layan lah puak tu. Kerana rasa sangat pandaila PAS jd lagu tu. Kena pbyakit kuli, gatai2. Bagi depa melayu suma jd kristen pon tak pa.

Anonymous said...

Too long, didn't read

Captain said...

salam,

Mungkin betul apa yang penulis tuliskan dlm N3 ini..

wasallam.

Anonymous said...

klu jd manusia, jgn suka2 kutuk ulama'.

Anonymous said...

panji panji hitam .al hariss harass .al masih mahdi .khurasan. muhammad bin abdullah. putera bani tamim shuaibul salleh .semua nama2 d atas sgt bhbgkait dgn kbgkitan islam akhir zaman ..samada kbkitan itu dari ktrunan manasehh bin yusoff .ktrunan bani yg hilang .yg pasti dinar emas pmbuka tirai kbkitan bani tamim sbgai org knan mhmd bin abdlh al maseh .ktrunan abu bkr as sidiq dari puak tamim tidak sama dgn kaum kecil yg salleh shuaibul salleh iaitu bani tamim dari tanah emas sblh timur ..adalah yg akan menggegar dunia/aku akan brsamanya jika waktu itu aku ada..jgn lh d gaduh sesama kita kita bknnya maksompun ..yg pnting islam menang dan misi illuminaty .freemasonry .vertican beneditine .paus roman peter II dan lucifer yg sgt mmblengu kita ni trhapus /amiin.

KELATEFOREVER said...

kerajaan adil kita sanjung, kerajaan zalim kita pancung... hak tetap hak...tetapi kenapa dinafikan.. jangan sampai diperbodohkan...al-quran sebagai petunjuk..bukan ditunjuk-tunjuk...

Anonymous said...

Drpd mana hujah yg mengatakan "Islam menolak sistem beraja" diambil? Jika dilihat di dalam kitab2 feqah, jelas peranan raja terutamanya dalam hal2 berkaitan zakat, perlantikan amil dan qadhi serta menjalankan hukuman di dalam menegakkan syiar Islam. Samada raja tersebut diangkat secara syura atau khalifah, itu bergantung kpd maslahat umat. Khalifah Umar Abd Aziz juga seorang raja secara warisan. Masalah diri raja yg berdosa, itu dia sendiri tanggung la. Zaman sekarang ni, kalau mahu cari raja mcm Amirul Mukminin Umar Al-Khattab atau Umar Abdul Aziz, mana mau dapat? Tunggu Al-Mahdi la baru dapat. Sementara nak tggu Al-Mahdi, mana2 raja yg ada, kita taat je la selagi dia tak suruh kita buat yg mungkar. Tkkn itu pun susah. Org2 yg gagal je yg asyik memberikan alasan.

Anonymous said...

Maaf, ada ralat sikit pd komen kat atas;

Samada raja tersebut diangkat secara syura atau warisan, itu bergantung kpd maslahat umat.

Anonymous said...

dlm banyak2 hadis,yg aku baca mengenai al mahdi ni,namanya sama mcm baginda dan dari keturunan baginda Rasulullah,yg akan dibantu oleh satu kaum yg bangkit dari sebelah timur.kaum ini tak disebut dr keturunan baginda cuma di sebut satu kaum takde sebut melayu ke,arab ke,india ke,cina ke,jawa ke dll.dari sebelah timur,takde sebut tanah melayu,indonesia,borneo,filipina,australia,jepun dan lain2,tapi nabi sebut sebelah timur,timur tu luas,mudah mudahan kat malaysia le

Anonymous said...

klu bercakap pasal politik kat malaysia ni menurut pemahaman sy yg cetek ni lah,umno memperjuangkan hak2 bangsa melayu,ini betul,tapi ada juga pemimpin yg lebih kpd hak peribadi,menakala pas pula ialah org2 melayu yg memperjuangkan islam sbb majoriti pemimpinnya dari kalangan golongan yg kita boleh gelar ulama,cuma agak susah membezakan faham sunni,wahabi,syiah ataupun yg campur2.menakala keadilan adalah parti yg campuran sbb di dalamnya ada melayu,cina,india dan kaum2 lain,tapi majoriti melayu lah,yg memperjuangkan keadilan utk semua,cuma terlebih fokus kpd Dtk anwar.hrp di perbetulkan pemahaman sy ni klu silap,wassalam

Anonymous said...

sambungan di atas,parti2 lain kat malaysia tak nak sentuh sbb parti kecik2 utk kaum2 saja,sy cakap utk 3 parti melayu,kerana malaysia majoriti penduduknya melayu,tolong betulkan klu sy silap.wassalam

Anonymous said...

kalau setakat hassan ali tu nak perjuangkan ISLAM...tak payah la...dia lebih perjuangkan diri dia sendiri....

Unknown said...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu

adalah khilafah islam akhir zaman yang sedang

menantikan
kehadiran orang-orang mukmin yang siap
bergabung menjadi pejuang islam di akhir zaman

Bilakah anda berminat untuk menjadi pembela

dan tentara Islam
http://dimelayu.com.nu

Anonymous said...

Ιt's really very difficult in this busy life to listen news on TV, therefore I just use the web for that reason, and take the most up-to-date news.
My page: galaxy note 2

Anonymous said...

Whаt's up to all, the contents present at this web site are truly awesome for people knowledge, well, keep up the good work fellows.
Feel free to surf my site - mortgage brokering canada

Unknown said...

InsyaAllah Melayu Akan Bangkit Nant..

mfire said...

pada pendapat saya, apa yg saya nampak sekarang ialah bahawa kerajaan yg ada sekarang ini pun sedar apa yang berlaku sebab itu kita lihat sekarang dato seri najib(dsn) seperti menapis bukan saja yang ada dalam umno tetapi juga dalam pembangkang siapakah yang betul2 memperjuangkan Islam,Melayu dan Raja-raja Melayu walaupun kita melihat dsn tidaklah nampak seperti Islamik tetapi agenda itu ada.Saya boleh bayangkan jika mereka bertiga ini nasarudin,dr hasan ali,zulkifli nordin,dr harun din serta ulamak dan umarak yang berkaliber dan dihormati dimalaysia ini bekerjasama dengan pemimpin umno untuk menghasilkan model negara Islam terbaik saya rasa itulah klimaknya kerana kita hanya tinggal 7 tahun saja lagi untuk menjadi negara maju tahun 2020 khalifah terakhir dan kita sudah tiada masa.

mfire said...

kita semua tahu al mahdi tu seperti pesan rasulullah "namanya seperti nama ku nama bapanya seperti nama bapaku" ada lagi satu hadis yang disembunyikan hadis ini daripada sahabat nabi "nama imam mahdi adalah shuaib bin salleh" apa yang kita faham dengan pesan rasulullah dan pesan sahabat itu siapa shuaib bin salleh dan bangsa apakah shuaib bin saleh dan dari perut siapakah shuaib bin saleh ini kajilah tengok sesungguhnya anda akan terkejut....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Malaysia semenanjung sememangnya negara zionis israel selain daripada singapore dan fhilipine...
Malaysia menganut faham freemasonry dan hendak menguasai negara" besar asia tenggara, seperti indonesia, thailand
sehingga malaysia dibenci oleh negara" asean khas'y lagi indonesia...
Kerana pemimpin" melayu malaysia adalah campur tangan daripada british 80peratus menganut faham zionis..

Anonymous said...

Jemaah tabligh the best,,,menyatukan ummat seluruh dunia dibawah satu amir...usaha atas iman dan amal..menyeru ummat kpd ALLAH tanpa meminta upah....lkhlas kerana ALLAH..

norlan said...

Kamu semua jgn berangan dgn kebangkitan Islam akhir zaman bukan urusan kamu semua selagi kamu semua blm kenal Allah Dan diri kamu sendiri. INI semua urusan Allah kamu semua diam boleh tak....

SingaHitam said...

PUTRA BANI TAMIM
DEKLARASI PERANG KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
TERHADAP DAJJAL- NKRI
https://twitter.com/amrikgmdim/status/661512635762892801

Sesumpah said...

ye saya jugak yakin pemuda bani tamim adalah dari pakistan.. keturunan abu bakar as siddiq.. manakalah al-hasyimi pula dari nusantara (mungkin indonesia).. keturunan nabi saw.. at tamimi dan al hasyimi akan bergabung menentang as sufyani.. sehinggalah al mahdi akan muncul di mekah..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan