KSZ

UNTUK MAKLUMAN, BLOG INI (KSZ) TELAH TERPADAM ANGKARA TANGAN HITAM, NAMUN MEREKA BANGUN SEMULA MEMBINA BLOG BARU ATAS NAMA:"UMAT TERAKHIR" JUGA MENGALAMI NASIB YANG SAMA PADA BULAN 3, 2011 YANG LALU. 


Kru ksz tidak berputus asa dan bertekad meneruskan perjuangan.

Blog "UMAT TERAKHIR" telah dibangunkan semula untuk kali ke tiga dan kini masih aktif. Tahniah atas semangat waja kru KSZ yang tidak kenal erti putus asa.


http://umat-akhir.blogspot.com


Sebahagian dari ARKIB ksz yang sempat saya rakam. Saya postkan artikel menarik ini untuk percambahan ilmu dan mengembalikan kekuatan minda untuk meneroka mistri yang tersimpan kukuh di alamaya dan kehidupan manusia, rahsia yang wajar dirungkai bersama. pesanan ikhlas dari Admin Umat Terakhir






FRIDAY, FEBRUARY 26, 2010


SISTEM FITNAH: Prelude


Review syair “For The Love Of The King”


TERDAPAT beberapa perkataan yang disebutkan dalam syair “For The Love Of The King” yang mungkin menimbulkan persoalan mengenai maksudnya kepada sesetengah daripada kita. Dalam artikel kali ini, kita akan cuba mencari penjelasan mengenai maksud syair itu dan cuba mencari penjelasan mengenai individu Tha-Djel yang digambarkan sebagai (raja yang belum bermahkota) raja kepada Gog Magog Bloodlines (keturunan Yakjuj Makjuj). Kita bukan mahu bercerita mengenai Gog Magog Bloodlines serta sejarah perjalanan mereka dalm artikel ini, tetapi mencari satu sisi yang terselindung di sebalik kisah mitos dan amalan mistik masyarakat Eropah dari keturunan Yakjuj Makjuj pada masa lampau yang mempunyai pertalian dengan Tha-Djel.

Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.

Pada baris pertama iaitu ‘Tha-Djel the Girtab’  disebutkan bahawa Tha-Djel ialah Girtab.  Maka, apa pula Girtab itu. Setelah mencari maklumat melalui sumber-sumber lemah (pencarian melalui sumber-sumber lebih meyakinkan masih diteruskan), ditemui bahawa Girtab bermaksud bintang yang juga dinamakan sebagai Bayer Theta iaitu salah satu bintang yang membentuk imej Scorpio (dalam zodiac). 
Girtab di hujung anak panah

 

Melalui maklumat yang diperoleh dari sumber-sumber astronomi pula, Bayer Theta terletak pada kedudukan taburan bintang yang dapat dilihat dari pelbagai sudut oleh manusia di Bumi. Manakala melalui sumber Celt pula, Bayer Theta adalah simbolik kepada maksud ‘ia memerhati manusia dari setiap sudut pada waktu malam’ ataupun sudut pemahaman mereka adalah sebaliknya iaitu, Bayer Theta bukan dilihat manusia tetapi ia yang melihat manusia. Pengertian itu juga seiras dengan maksud yang kita sedia maklum iaitu All Seeing Eye.

Ia juga diterangkan melalui baris ‘O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha’. Day Moon juga adalah nama jolokan kepada matahari atau juga mungkin merujuk kepada bayangan bulan yang terbias di langit cerah ketika hari siang. Itu bukan persoalannya, ia lebih berkait kepada perkataan ‘seeing’  yang disatukan dengan Day Moon dan sinonim dengan terma ‘All Seeing Eye’.

Kadar tenaga yang terdapat pada bintang Girtab pula ialah 960 kali lebih besar berbanding matahari di kedudukan 272 tahun cahaya dari bumi. Manakala sainzya pula ialah 3.7 kali ganda lebih besar berbanding matahari.

Girtab adalah bintang paling terang di bahagian selatan dalam formasi Scorpio iaitu pada lekukan di bahagian ‘ekor’ Scorpio. Apa pula kaitan Tha-Djel dengan bintang zodiac Scorpio? Simpan dulu persoalan ini.
Kita lihat pula baris ‘Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab’. Mengenai Saitzel dan Sosul, kita belum menemui penjelasan. Kita lihat dahulu maksud Barchiel. Ia juga masih berkisar mengenai zodiac. Barchiel dikatakan nama yang diberikan bagi mewakili satu entiti yang bernaung di bawah zodiac Pisces. Ia juga diberi dengan jolokan panggilan sebagai ‘pembawa harapan’ kepada umat manusia. Entiti Barchiel juga dikatakan pernah hidup bersama manusia, dan akan kembali menyinari manusia seperimana bintang (bila?). Barchiel juga dikatakan akan datang semula ke alam manusia melalui pintu (portal) yang menyerupai asap bersama Tha-Djel untuk membawa manusia ke kehidupan baru. Penjelasan itu mungkin berkaitan dengan baris ‘reborn from smoke of Opopnax’. Kita akan mendalami Smoke of Opopnax dalam sambungan Tenaga Ritual akan datang.

Jika diamati syair tersebut, kita akan dapati bahawa Tha-Djel diangkat sebagai raja yang dinanti-nantikan oleh kelompok manusia yang mengagungkan lelaki misteri itu melalui syair. Ia juga menerangkan serba ringkas mengenai ritual dalam mengagungkan Tha-Djel yang dikatakan akan kembali sebagai raja, dan sebagai ‘segala-galanya’.

Demikian serba sedikit yang disentuh mengenai syair itu, itu pun hanya mengenai beberap aperkara yang mampu dijelaskan. Masih terdapat beberapa perkara yang belum sedia untuk dijelaskan.
--
Dalam merungkai kaitan Tha-Djel dengan kitaran bintang Scorpio, kita berbalik kepada kaitan ritual mengikut kitaran peredaran bulan (rujuk Tenaga Ritual Bahagian 4). Dalam amalan Celt, terdapat 12 jenis bacaan dalam tempoh setahun iaitu satu bacaan berlainan pada setiap bulan mengikut kitaran pusingan zodiac. Pada kitaran Scorpio, nama Tha-Djel akan diagungkan sebagai memperingati seorang lelaki yang dikatakan mempunyai kecerdikan para dewa pada satu zaman lampau. Bacaan itu pula mempunyai banyak versi, sama juga seperti masalah versi-versi Bible.

Mengagungkan sesuatu yang selain daripada Allah adalah satu kesalahan besar. Maka, ia menjadi satu fitnah terbesar. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah. Mungkin ramai sudah faham dengan maksud fitnah, maka kita hanya akan sentuh sedikit dan ringkas sahaja mengenai fitnah dalam bab ini.
Mengatakan bahawa ada kuasa lain yang lebih berkuasa melainkan Allah juga adalah fitnah.  Ia juga sama dalam kes triniti dan politeism yang menjadi anutan sebilangan besar manusia, ia adalah satu fitnah yang menidakkan kekuasaan Allah. Ia juga satu fitnah bahawa Allah mempunyai anak. Ia juga satu fitnah apabila mengatakan tuhan itu banyak. Fitnah-fitnah ini digerakkan dalam satu sistem yang tersusun dan terancang. Demikian serba sedikit mengenai fitnah yang kebanyakan daripada kita sudah lama faham.
--
Manisfestasi wajah

Nabi Isa tidak dilahirkan dengan jolokan nama Christ, baginda dilahirkan dengan nama יהשוה (dalam Aramaic) atau Yeshua atau Yishua atau Jehoshua atau juga disebut Isa dalam sebutan Arab, disebut Jesus dalam sebutan Inggeris. Nama jolokan Christ pula diambil dari sebutan Greek iaitu Christos bermaksud penyelamat. Majoriti daripada kita sedia tahu perkara ini.

Berdasarkan sejarah agama Kristian, manifestasi wajah Jesus dibuat oleh dua individu iaitu Sister Marie of Saint Peter di Perancis pada 1840-an dan Saint Veronica Berenice yang dikatakan hidup semasa hayat Jesus. Dalam sumber lain pula, Sister Maria Pierina de Micheli di Milan Itali pada 1930-an juga dikatakan menjadi individu yang melakar wajah jesus bagi mengesahkan lakaran-lakaran sebelumnya selepas dikatakan mendapat visi yang sama. Semuanya wanita.

Menurut tradisi itu, pada 1843, Sister Marie dikatakan dibayangi wajah seorang lelaki yang mengatakan dirinya adalah Jesus. Marie kemudian dikatakan terus dibayangi wajah lelaki tersebut secara lengkap dan juga dikatakan mengalami visi mengadakan perbualan bersama Jesus dan ibunya Mary. Dalam visi itu, Mary dikatakan diperintah supaya melakar wajah Jesus dan menyebarkannya kepada orang ramai.

Dalam tradisi Kristian melalui kisah Saint Veronica pula, wanita ini dikatakan tinggal di Jerusalem semasa hayat Jesus dan menyaksikan Jesus menanggung kayu salib di belakang badannya sebelum dihukum salib. Veronica dikatakan sebagai saksi yang melihat peristiwa salib. Dalam peristiwa itu, Veronica memberi sapu tangannya kepada Jesus untuk mengelap peluh di dahi Jesus. Selepas Jesus menyerahkan semula kain sapu tangan itu kepada Veronica dan terus menanggung kayu salib, Veronica dikatakan tidak henti-henti dibayangi wajah jesus.  Juga dikatakan, wajah Jesus kemudian terlukis dengan sendirinya di atas kain sapu tangan tersebut dan disimpan Veronica sehingga sentimen kebencian kaum Yahudi terhadap Jesus semakin berkurangan.

Saint Veronica dengan sapu tangannya

Menerusi sumber Katolik, terdapat lebih 100 variasi wajah Jesus yang didakwa sebagai mendapat bayangan daripada ‘Holy Spirit’. Jumlah tersebut juga termasuk bayangan yang dibuat Sister Marie, Saint Veronica dan Sister Maria. Persoalannya, jika semua mengatakan mendapat bayangan daripada bantuan ‘Holy Spirit’, mengapa pula bayangan itu tidak sama. Atau mungkin individu-individu yang mendapat bayangan itu tiada kemahiran melukis? Mana satu wajah yang betul?



Setiap wajah Jesus yang digambarkan pasti mempunyai perbezaan, mana satu yang betul?

Kita sebagai umat Islam pula sememangnya ditegah untuk melakar wajah para nabi, para sahabat, malaikat, syurga dan sebagainya bagi menjauhkan akidah Muslim daripada tersesat.

Menurut Gary Petty dalam artikelnya melalui majalah Popular Mechanics bertajuk ‘What Did Jesus Look Like?’ dijelaskan mengenai beberapa ciri yang terdapat pada wajah Jesus.

Kata Petty, di Amerika Utara, wajah Jesus digambarkan sebagai kurus, tinggi, berambut perang, berambut panjang, berkulit cerah, mata hitam. Tambah Petty lagi, wajah Jesus banyak dilakar ketika era Eropah klasik sebagai seorang yang tegap dan tinggi. Manakala di Afrika, Jesus digambarkan dengan penampilan yang tidak sama.

Petty turut memetik hasil tulisan Mike Fillon yang mengatakan, saintis British menggunakan kaedah yang sama dengan kaedah forensik polis dalam membantu ahli arkeologi Israel untuk menjejak dan mencipta semula wajah Jesus melalui peninggalan sejarah yang ditemui.

Melalui kaedah forensik itu, berdasarkan penemuan tulang-tulang orang Yahudi di sekitar Jerusalem, mereka menyimpulkan bahawa seseorang lelaki Yahudi mempunyai purata ketinggian 5 kaki 1 inci, dan Jesus juga mungkin mempunyai ketinggian yang hampir sama manakala purata berat badan pula sekitar 50 kilogram (110 pound).

Petty juga menyangkal tanggapan mengenai rambut Jesus yang dikatakan panjang. Imej berambut panjang adalah tidak secocok dengan penemuan ahli forensik sejarah. Imej berambut panjang adalah tidak sesuai dengan budaya dan kepercayaan Yahudi pada masa itu seperti disebutkan dalam Kitab Bible Corinthians 11:14 versi Revised King James yang menyebut “…it is a shame for a man to have long hair..”.

Dalam versi New American Bible pula disebut “Does not nature itself teach you that if a man wears his hair long it is a disgrace to him” juga dalam Corinthians 11:14.

Dalam Corinthians 11:14 versi King James pula menyebut: “Every man praying or prophesyinghaving his head covered, dishonoureth his head.

(Selalu ada orang yang cuba menafikan dengan bertanya kepada saya, “dari Bible versi mana kamu ambil ayat itu? ayatnya berbeza dengan dalam Bible yang saya sedang pegang”. Saya tanya semula supaya mereka berfikir, “jika banyak versi..masih tulenkah ayat-ayat dalam Bible yang didakwa sebagai kata-kata Tuhan?” – Sheikh Ahmed Deedat, semoga Allah merahmati jasad dan rohnya)

Ulas Petty lagi, keterangan dalam Bible juga boleh mewakili budaya masyarakat Yahudi pada zaman Jesus, maka Jesus juga tidak berambut panjang kerana untuk menghormati budaya bagi memudahkan kerja dakwahnya. Jika Jesus berambut panjang, orang Yahudi akan memusuhinya dan dakwah Jesus akan terganggu. Maka. Jesus semestinya berambut pendek demi dakwahnya.

Ulasan Petty tidak berakhir di situ, beliau tetap mengaitkan rambut panjang Jesus supaya selari dengan gambaran perihal wajah Jesus yang ada pada hari ini. Petty menjelaskan, Jesus hanya berambut panjang sekali dalam hidupnya iaitu selepas mengadakan sumpah setia dengan pengikutnya melalui upacara meminum wine. Petty tetap mencari kontradiksi dengan mengaitkan meminum arak adalah salah di sisi perkara yang terkandung dalam sumpah setia itu.

Di sini, kita dapat melihat bahawa penjelasan yang diberikan adalah bersalahan sesama sendiri. Jesus tidak minum arak, tetapi mengapa pula Jesus mesti minum wine dalam melengkapkan upacara sumpah setia itu? Petty terus berusaha menafikan dengan mengatakan Jesus tidak pernah tertakluk kepada sumpah itu. Jadi, bagaimana pula dengan pengikutnya yang dikatakan turut meminum wine dalam upacara itu kerana mereka sememangnya tertakluk dengan sumpah itu?

Bagi kita sebagai umat Islam, para nabi adalah manusia yang taat kepada Allah maka arak atau minuman sejenis dengannya sentiasa dijauhi para nabi. Kita melihat kontradiksi ini melalui perspektif agama yang kita cintai iaitu Islam. Islam ada jawapannya. Dakwaan bahawa Jesus minum arak dan bentuk wajahnya adalah fitnah semata-mata. Ia mungkin sengaja diwujudkan bagi mewakili seorang manusia lain.

Berbalik kepada isu rambut Jesus yang dikatakan panjang, Petty memetik dalam Kitab Revelation 1 yang mengatakan rambut Jesus ‘putih seperti kapas’dan ‘mata bercahaya seperti api’. Masih tidak kukuh, dinyatakan dalam ayat itu ialah rambut putih, bukan panjang. Penanda aras melalui warna dan ukuran juga tidak pernah sama maksudnya.
--
Wajah Jesus yang digambarkan dalam kepercayaan Nasrani adalah sesuatu yang direka-reka, ia bagi membolehkan ingatan terhadap wajah itu melekat pada pemikiran, minda dan memori manusia. Apabila nanti ada seorang lelaki datang dengan wajah yang sama pada akhir waktu, manusia akan membuat tanggapan bahawa itulah Isa yang hadir sebagai penyelamat umat manusia. Imej berambut putih juga sangat secocok dengan imej Merlin. Lelaki yang sama. Ia satu perancangan fitnah yang teratur. Fitnah terhadap Isa, fitnah terhadap Allah, fitnah terhadap agama yang mentauhidkan Allah.

Bagi kita pula sebagai umat Islam, kita ditegah sama sekali untuk melakar wajah para nabi. Hanya al-Mahdi yang akan membantu kita mengenali siapa Nabi Isa yang sebenar ketika dunia akan ditamatkan segala episodnya.

..artikel ini akan bersambung..insya-Allah

oleh Konspirasi Teoris
(sempena Maulidur Rasul, perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w)
--
RUJUKAN / SUMBER:
National Aeronautics and Space Administration (NASA)
PaganLibrary.com
Meditations on the life of Christ
Acts of Reparation to Jesus Christ
Veil of Veronica
Holy Face of Jesus
Catholic Encyclopedia
What Did Jesus Look Like?, Popular Mechanics, Gary Petty
Bible KJV
Bible RKJV


Saturday, March 6, 2010


SISTEM FITNAH: Perbandingan & Persoalan

Revelation & For The Love Of The King

Oleh Konspirasi Teoris
Disiar oleh The ASSOCIATE

Kita akan cuba menyamakan penjelasan Bible Revelation dengan hasil penemuan semasa dalam bab ini. Hanya ayat-ayat dalam Kitab Revelation yang kita tumpukan di sepanjang bab ini berlangsung. Kita mengambil pendekatan ini iaitu merujuk Bible Revelation berdasarkan andaian yang dibuat bahawa golongan Nasrani (sekutu Yahudi) mempunyai pengetahuan terhadap rancangan sulit mereka. Maka untuk mengetahui segala rancangan sulit mereka, kita wajar menyemak teks-teks mereka bagi menemui jawapan. Kita juga belum masuk kepada bahagian membandingkan penjelasan peristiwa kiamat antara teks Bible dengan al-Quran serta penemuan semasa. Kita masuk satu persatu, bagi membolehkan semua input dapat dihadam oleh akal dengan sempurna dan waras.


--
Sebelum itu, kita jadikan perkara-perkara andaian di bawah sebagai aras untuk mengikuti artikel ini:

Andaian 1: Kitab Revelation dalam Bible mungkin ditulis oleh tangan manusia untuk menyampaikan mesej kiamat yang dirancang segala peristiwa kemunculan ‘Si Penyelamat’ yang pendusta.
Andaian 2: Segala peristiwa yang akan berlaku seperti diterangkan dalam Revelation mungkin diceritakan secara kiasan atau metafora atau maksudnya disampaikan secara perlambangan.
Andaian 3: Segala peristiwa yang diceritakan dalam Revelation mungkin menceritakan mengenai perkara yang bakal berlaku secara terancang di pihak ‘Si Penyelamat’ yang pendusta, bukan metafora atau perlambangan bahasa.

Juga, berpegang teguh kepada kenyataan-kenyataan ini:

Kenyataan 1: Peristiwa kiamat adalah rahsia Allah kerana Allah lebih mengetahui segala perkara ghaib yang di luar kemampuan akal manusia.
Kenyataan 2: Para nabi dan rasul serta semua makhluk juga tidak mempunyai pengetahuan spesifik mengenai kiamat.
Kenyataan 3: al-Quran dan al-Hadis, Qias dan Kesepakatan Ulama adalah sumber Islam yang wajar dijadikan rujukan di kalangan umat Islam.
Kenyataan 4: Hanya al-Quran dan Hadis menjadi sumber rujukan dalam memahami peristiwa kiamat, manakala kitab-kitab yang dihasil melalui akal manusia pula kita hanya jadikan sebagai sumber menyelongkar mesej.
--

Mungkin juga mereka (Nasrani) menghasilkan teks-teks Bible berdasarkan pengetahuan rahsia yang mereka sembunyikan selama ini. Lalu pengetahuan atau kod-kod itu diselit dalam Bible. Mana mungkin manusia dapat membayangkan peristiwa yang bakal berlaku apabila kiamat, sedangkan Bible dalam Kitab Revelation (Wahyu) menjelaskan semua peristiwa itu seolah-olah mereka tahu apa yang bakal berlaku menjelang kiamat, jika mereka tahu perkara yang bakal berlaku maka sudah tentulah terselindung satu siri perancangan sulit mereka meskipun pada period kiamat. Atau mungkin juga penulisan teks-teks itu diilhamkan oleh Si Perancang Ad-Dajjal supaya ia diterima secara dogmatik terhadap ciri-ciri ‘Si Penyelamat’ yang bakal datang ketika dunia sudah terhenti waktunya. Kelakuan dan strategi Si Penyelamat ini ketika dunia hampir kiamat dijelaskan secara terperinci dalam Revelation, ia dijelaskan melalui hasil penulisan tangan manusia. Si penyelamat yang dimaksudkan dalam Revelation itu pula akan memerangi The Anti-Christ, di sini terletak salah satu akar fitnah terakhir. Fitnah yang berbahaya dan mengelirukan.

Kaedah dan gaya bahasa plot penceritaan dalam Revelation banyak menggunakan istilah secara metafora sebagaimana Naskah Nostradamus dan juga secara jelas seperti hasil tulisan manusia biasa yang banyak berimaginasi. Ia tidak diceritakan sebagaimana gaya bahasa al-Quran yang mempunyai ciri bahasa yang sangat tinggi dan istimewa. Sebagai umat Islam, kita hanya menerima al-Quran dan al-Hadis (sahih) sebagai penanda aras total.

--

Golongan penyembah iblis dalam Revelation dan persamaannya dengan Illuminati

Nama tajuk ini agak panjang, namun kita tiada pilihan untuk menamakannya dengan nama tajuk lain kerana tidak menemui kombinasi perkataan yang sesuai untuk mewakili semua perenggan dalam bab ini. Itu hanya perkara kecil, paling penting ialah isi kandungannya.

Melalui kajian-kajian mengenai gerakan Illuminati yang dibuat di seluruh dunia, majoriti daripada kita yang kerap memeriksa pelbagai tanggapan teori konspirasi sedia maklum mengetahui mengenai pertalian Illuminati dengan agama iblis. Malah, topik mengenai Illuminati dan agama syaitan sudah kerap dibincangkan dalam pelbagai medium termasuk buku, majalah, blog dan sebagainya. Ia juga dibincangkan dalam pelbagai angle dan sudut pandangan yang tersendiri dan kesimpulannya tetap sama iaitu membuktikan perkaitan antara Illuminati (secret societies) dengan agama syaitan. Disebabkan topik ini sudah banyak dibincangkan, maka bab kali ini akan berlangsung secara ringkas sebagai input kepada bab seterusnya nanti.

Melalui siri The Elite Bloodlines yang disiarkan dalam blog Konspirasi Sepanjang Zaman sebelum ini, kita banyak memetik hasil penulisan Fritz Springmeir dalam bukunya bertajuk The Satanic Bloodlines di samping rujukan-rujukan lain. Daripada input itu, kita dapat mengetahui bahawa semua 13 bloodlines dan juga lebih 1,500 bloodlines yang lain mempunyai kaitan dengan keturunan Yahudi yang berhijrah dari Babilon dan Mesir. Malah, kajian semasa juga membuktikan bahawa DNA tokoh-tokoh politik dunia yang berpengaruh juga mempunyai kod genetik yang sama dengan paten DNA Yahudi. Maka, tokoh-tokoh politik dunia yang kebanyakannya dari Barat adalah daripada jurai keturunan Yahudi yang berpindah dari rantau Asia Tengah, Babilon, Mesir serta lain-lain pelusuk dunia ke Eropah dan berasimilasi dengan masyarakat Eropah. Malah, sejarah perjalanan bangsa Yahudi juga banyak mencatatkan pelbagai siri penghijrahan dan paling terkenal iaitu Exodus ketika kenabian Musa. Demikian serba sedikit ulangkaji dari bab-bab lalu.

Perkaitan ini juga dinyatakan dalam Bible Revelation yang menyebut Yahudi itu adalah penyembah syaitan (jemaah iblis), suka menabur fitnah dan pendusta. Penemuan semasa yang mengaitkan Yahudi yang menggerakkan pertubuhan rahsia adalah penyembah syaitan juga semakin kelihatan apabila perkara ini ditulis oleh tangan Nasrani dalam Bible. Penulisan sedemikian juga mungkin terdorong daripada sentimen penganut Nasrani yang menyalahkan Yahudi dalam persitiwa penyaliban Jesus, maka Nasrani sentiasa cuba membuka pekung Yahudi disebabkan pemikiran mereka tertumpu kepada tanggapan bahawa Yahudi adalah punca Jesus disalib. Namun, pada masa yang sama Nasrani dan Yahudi masih berpeluk dan bekerjasama dalam meranapkan Islam.

Hasil teks Bible yang membuka pekung Yahudi ini kita jadikan sebagai lorong kecil untuk menjejak petualangan mereka. Bible New Testament ditulis dengan disulami sentimen kebencian terhadap Yahudi yang dikatakan bertanggungjawab dalam komplot membunuh Jesus. Maka dalam kes seperti itu tidak dapat tidak, akan turut mempengaruhi baris-baris ayat yang membuka pekung Yahudi.

2:9 Aku tahu kesusahanmu dan kemiskinanmu-namun engkau kaya-dan fitnah mereka, yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi tidak demikian: sebaliknya mereka adalah jemaah Iblis. (Revelation, Terjemahan Baru, Lembaga Alkitab Indonesia)

3:9 Lihatlah, beberapa orang dari jemaah Iblis, iaitu yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi tidak demikian, melainkan berdusta, akan Kuserahkan kepadamu. Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka datang dan tersungkur di depan kakimu dan mengaku, bahwa Aku mengasihi engkau. (Revelation, Terjemahan Baru)

Bible mencela Yahudi dengan mengatakan bahawa bangsa itu adalah penyembah syaitan dan pendusta, maka ia selari dengan penemuan semasa yang berjaya mengaitkan Illuminati yang digerakkan Yahudi dan kaitannya dengan agama iblis. Melalui teks-teks Revelation juga dijelaskan penglibatan petualangan bangsa itu dalam peristiwa kiamat.

Malah, pengkisahan kesesatan Yahudi dalam al-Quran juga berkisar kepada penyembahan bangsa itu terhadap berhala dan patung-patung. Paling terkenal ialah kisah penyembahan patung lembu yang dibuat Samiri dan disembah oleh Yahudi di kalangan umat Musa. Penyembahan berhala adalah amalan biasa dalam agama syaitan, maka sudah tentulah ia mempunyai pertalian dengan agama syaitan. Selain itu, berhala Tuhan Lembu Matahari atau Moloch terus disembah sehingga hari ini di kalangan penganut Satanism, sudah jelas dan memang jelas bahawa berhala dan syaitan adalah objek sembahan dalam ritual agama iblis.

Orang Nasrani meramalkan bahawa kumpulan Yahudi penyembah iblis akan terlibat sama dalam peperangan kiamat dalam angkatan syaitan (dalam konteks Kitab Revelation ialah merujuk kepada watak The Anti-Christ yang akan mengetuai angkatan iblis). Dengan itu juga, ia berkaitan antara ‘seorang Yahudi’ yang berkomplot dengan ‘sekumpulan Yahudi’ penyembah iblis.

Kita kembali kepada persoalan Tha-Djel yang kita andaikan bahawa dia adalah ‘seorang Yahudi’.

Dalam syair ‘For the Love of the King’ yang didedahkan sebelum ini, ada disebutkan sebaris ayat mengenai jiwa serpent iaitu ‘by the soul of Serpent’. Berbalik kepada petunjuk dalam syair tersebut, Tha-Djel dilambangkan sebagai Girtab iaitu sebutir bintang yang berada di angkasa raya atau langit. Angkasa raya juga dalam keadaan tertentu disebut sebagai heaven iaitu syurga, dan kedatangan Tha-Djel adalah dinantikan ke dunia ini oleh pengikut setianya. Secara tersiratnya, kedatangannya dari langit adalah dinantikan.

Malah, dalam perkaitannya dengan watak Horus yang disembah sebagai Tuhan Matahari juga ada kaitan dengan objek angkasa iaitu matahari, ia saling berkaitan dan terjalin secara halus dan hanya akan kelihatan jika diamati segala maksud teks serta lisan yang diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. Ia juga secara fitnahnya mengatakan bahawa dia (Dajjal) akan datang dari syurga untuk menyelamatkan para pengikutnya.

Dalam Islam, Isa akan datang semula ke bumi dari syurga dengan izin Allah untuk membunuh Dajjal. Maka terdapat dua kenyataan di sini iaitu----kedatangan Isa dari syurga disebutkan dalam Quran dan juga Bible. Maka siapakah Isa yang dimaksudkan dalam Bible, dan siapa pula Isa yang disebut dalam Quran berhubung kedatangan semula ketika kiamat. Perkara ini tidak sukar jika benar difahami, tetapi paling dibimbangkan ialah jika wujud insiden ‘tersalah faham’ yang boleh menyesatkan akidah.

Dinasihatkan supaya tidak terlalu taksub dengan setiap perkataan dalam Bible meskipun hanya sekadar mengkaji sehingga menjadi keliru dengan tanggapan sendiri bahawa setiap makhluk yang disebutkan itu wujud dan dipertikaikan.

Kita kembali kepada perjalanan artikel ini. Perhatikan pula baris ayat dalam petikan yang diambil daripada Revelation dan pertaliannya dengan keturunan raja Mesir (firaun) (Horus juga anak firaun), di dalam ayat itu juga disebutkan mengenai hukuman salib. Dalam sejarah Mesir, siapa yang disalibkan kalau bukan Horus dan dia juga dirujuk sebagai Tuhan yang disalibkan.

11:8 Dan mayat mereka akan terletak di atas jalan raya kota besar, yang secara rohani disebut Sodom dan Mesir, di mana juga Tuhan mereka disalibkan. (Revelation, Terjemahan Baru)

Mengapa dikatakan Tuhan mereka disalibkan di Mesir, sedangkan tuhan penganut Nasrani (persoalan merujuk kepada Jesus, mengikut perspektif Nasrani) sememangnya tidak disalib di Mesir tetapi di Golotha (Matthew 27:33 & Mark 15:22) atau di Calvary (Luke 23:33)? Tuhan mana satu yang dimaksudkan dalam konteks Revelation 11:8, Horus atau Jesus? Jika Horus, perwatakannya secara jelas mewakili Dajjal, jika merujuk “Jesus yang disalib” pula, dia juga merujuk kepada fitnah. Terdapat dua masalah dalam kes watak Jesus iaitu antara “Jesus yang diangkat ke langit” iaitu Nabi Isa, dan “Jesus yang disalib” iaitu Yahudza berpandukan sumber al-Quran.

Persoalan mengatakan Nabi Isa disalib pula, ia merujuk kepada fitnah kerana Nabi Isa tidak disalib melainkan sahabatnya yang membelot iaitu Yahudza (Judas) yang disalib menggantikan Isa menurut pernyataan dalm al-Quran. Maka, Dajjal mengambil kesempatan itu (peristiwa penyaliban Yahudza menggantikan Isa dengan kuasa Allah) untuk mengaku dirinya Jesus. Kita akan lebih mendalami masalah ini di sepanjang artikel ini.

Manakala istilah serpent pula dalam budaya masyarakat Eropah dirujuk sebagai makhluk dari kelompok haiwan yang mempunyai fizikal panjang seperti ular dan ia tidak semestinya seekor ular besar. Asalkan bentuk fizikalnya menyerupai ular, maka ia dirujuk sebagai serpent.

Kita fahami pula maksud dengan syair “For the Love of the King” yang menceritakan Tha-Djel akan turun dari langit sebagai raja kepada manusia, kemudian kita bandingkan pula dengan ayat yang dipetik dari Kitab Revelation di bawah:

12:3 Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota.
12:4 Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya.
12:5 Maka ia melahirkan seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya.
12:6 Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya.
12:7 Maka timbullah peperangan di syurga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya.
12:8 tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di syurga.
12:9 Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. (Revelation 12:3-9, Terjemahan Lama)

Nampak, watak naga berkepala tujuh itu juga digambarkan datang dari langit melalui penceritaan bahawa ia dilontar keluar dari syurga (langit/angkasa). Maka kepada siapa dimaksudkan naga berkepala tujuh itu, mungkin juga dirujuk kepada sekutu Dajjal? Walaupun hanya satu andaian, namun konsistensi antara syair “For the Love of the King” dengan Revelation 12:3-9 mengikut perspektif Nasrani sememangnya ada persamaan dari segi perjalanan maksud yang disampaikan dengan gaya bahasa klasik. Dalam “For the Love of the King” dikatakan bahawa Tha-Djel akan turun dari langit, manakala dalam Revelation 12:3-9 pula dikatakan naga berkepala tujuh juga akan turun dari langit. Persamaannya (walaupun kecil) tetap ada di situ, itu pun jika kita tidak tersilap tafsir.

Kepala tujuh juga mewakili simbol kecerdikan (tujuh kepala dengan tujuh kemampuan akal pengetahuan), manakala Tha-Djel pula diberi jolokan nama Master of Knowledge iaitu raja segala pengetahuan. Malah, mahkota yang dipakai naga itu juga simbolik kepada akal pengetahuan, kerana akal adalah mahkota yang berada di tempat paling atas dalam anatomi sesuatu makhluk yang mampu mengangkat kepalanya dengan bantuan kekuatan lehernya.

Penceritaan dalam Revelation banyak diselang-seli dengan gaya bahasa metafora, ia jika ditafsir secara terus dengan mengatakan bahawa naga itu adalah sememangnya seekor naga, maka ia akan membawa kepada maksud yang konkrit. Ia juga membawa maksud naga itu memang wujud.

Apabila mengaitkan kehidupan Dajjal di pulau di tengah lautan sebelum dibenar bebas, ia kelihatan seperti ada pertalian dengan penjelasan Hadis bahawa watak Dajjal datang dari arah laut. Maka ia juga ada kaitan dengan pernyataan dalam Revelation bahawa watak naga berkepala tujuh itu juga akan datang dari laut selepas dilontar keluar dari syurga dan jatuh ke bumi. Banyak perlambangan watak dalam mengaitkan perkara ini antara setiap satunya dengan watak Dajjal. Namun, watak-watak itu masih ada kontradiksi setiap daripada kedua-duanya.

13:1 Dan ia tinggal berdiri di pantai laut.  Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan pada kepalanya tertulis nama-nama. (Revelation, Terjemahan Lama)




Namun jika ditafsir mengikut perlambangan bahasa, ia tidak semestinya seekor naga berkepala tujuh, ia mungkin sebagai lambang mewakili sesuatu yang lain. Penjelasan mengenainya dalam Revelation 12:3-9 juga bergantung kepada jenis dan aliran tafsiran itu dibuat, maka sebab itulah perkara ini dianggap sekadar andaian atau teori. Maka, tiada isu siapa benar dan siapa salah dalam mencari maksud naga itu, ia bergantung kepada teori masing-masing dan kefahaman masing-masing. Biarkan persoalan naga itu buat seketika, kita mahu fokus kepada watak Tha-Djel yang disebut-sebut dalam kebanyakan puisi Celt dan masyarakat Eropah kuno.

Bukan hanya satu puisi dan bukan hanya dalam syair “For the Love of the King” sahaja yang disebut nama Tha-Djel, malah banyak lagi puisi mengagungkan Tha-Djel yang disampaikan secara lisan dari satu generasi Eropah kepada generasi seterusnya. Itu kenyataan.

Ia juga membawa petanda bahawa Dajjal pernah memperkenalkan dirinya dengan namanya sendiri. Bukan dengan nama Horus, Merlin, Quatzelcoatl atau sebagainya seperti pernah dilakukannya sebelum itu, sebaliknya dengan namanya sendiri iaitu Dajjal dengan sebutan Tha-Djel yang juga berbunyi seperti Thadjel, juga berbunyi seakan sama dengan sebutan nama Dajjal.

Melalui Revelation, Dajjal dengan beraninya mungkin memberitahu cara dan bagaimana dia akan berada di dunia ketika kiamat memulakan episod akhirnya. Mungkin watak naga itu hanya sekutunya sahaja, jawapan juga alebih cenderung kepada sekutu Dajjal, ia tidak mewakili Dajjal.

Bagaimanapun, persoalan mengenai “akan tiba dari langit” tidak terhenti di situ walaupun persoalan mengenai watak naga itu disimpulkan sebegitu. Ia masih perlukan jawapan. Paling nyata, sebarang makhluk jahat sudah tidak mendiami syurga kerana telah disingkir keluar sejak waktu terawal Adam dan Hawa. Maka dari perspektif Islam, naga jahat berkepala tujuh yang dilontar keluar selepas berperang dari syurga adalah tidak boleh diterima pakai dari segi akidah. Namun dari segi mesejnya pula, ia perlu dikaji lagi bagi mencari maksud yang mahu disampaikan oleh sekutu musuh. Jika ada yang berminat untuk mencari jawapan, maka kajilah. Kami juga menemui beberapa petanda menarik, tetapi belum bersedia untuk tampil dengan sebarang andaian.

Persoalan “akan turun dari langit” sangat berkait rapat dengan dua persoalan (masalah)  iaitu “kedatangan semula Nabi Isa” dan “kedatangan al-Mahdi” kerana tindak-tanduk Dajjal memanipulasi dua keadaan itu sangat benar mengelirukan. Kita akan cuba jelaskannya, semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.

Umum mengetahui bahawa peristiwa salib amat diyakini kaum Nasrani bahawa Isa yang sebenarnya disalib. Dalam kenyataan yang disampaikan Islam pula, sahabat yang membelot iaitu Yahudza (Judas) ialah manusia derhaka yang disalib menggantikan Isa atas kekuasaan dan kehendak Allah.

Sesudah selesai peristiwa salib juga, Isa dikatakan malah diyakini kaum Nasrani bahawa dia adalah anak Allah. Tanggapan sesat itu sangat disukai Dajjal, maka bermulalah strateginya dalam memperkuatkan tanggapan itu dalam minda umat Nasrani. Ia disusuli dengan langkah mencipta ‘wajah’ bagi mewakili Jesus. Atau dengan secara halusnya, wajah yang dicipta dengan penuh kesangsian itu mungkin sahaja mewakili seseorang yang lain.


Apabila Nabi Isa yang sebenar turun ke bumi dengan izin Allah, maka sudah tentulah Nabi Isa yang taat kepada pengakuannya yang mentauhidkan Allah tidak pernah sesekali mengaku bahawa dia berpihak kepada Nasrani. Malah Nabi Isa menentang Nasrani, Yahudi dan setiap makhluk yang tidak beriman kepada Allah yang Maha Satu. Disebabkan keteguhan iman Nabi Isa dalam memerangi syirik di kalangan Nasrani, maka Nabi Isa akan digelar The Anti-Christ oleh kaum Nasrani kerana memusuhi agama triniti itu. Maka di situlah wujudnya muslihat (fitnah) di sebalik istilah The Anti-Christ dalam strategi Dajjal untuk mempersiapkan minda umat Nasrani sejak awal untuk memerangi Nabi Isa yang sebenar. Dan kita sebagai umat Islam yang tidak membenarkan akidah triniti Nasrani juga akan dilabel sebagai pengikut The Anti-Christ.

Dalam kes ini, umat Nasrani terpedaya oleh Dajjal. Umat Nasrani tidak sedar bahawa mereka diperalatkan untuk menjadi angkatan yang akan memerangi Nabi Isa yang sebenar, mereka juga masih tidak sedar akan kepincangan konsep triniti, mereka adalah mangsa penipuan dan mangsa yang mempercayai fitnah.

Namun kita berpegang kepada kenyataan Rasulullah terakhir Nabi Muhammad bahawa pada akhir waktu, akan tertulis perkataan KAFIR di dahi Dajjal. Malah perkara yang sama juga mahu diceritakan Dajjal melalui Revelation mengenai akan tertulisnya sebaris perkataan di dahinya. Perhatikan ayat di bawah yang dipetik melalui Revelation 13:18.

13:18 Di sini ialah kata hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, kerana bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah 666. (Revelation 13:18, Terjemahan Lama)

Melalui pendapat-pendapat yang dipetik daripada sebilangan pengkaji Kitab Revelation di kalangan Nasrani, angka 666 itu akan terpapar di dahi seorang manusia yang memusuhi Tuhan. Melalui pendapat yang sama juga, dikatakan angka 666 itu adalah ilham dari seorang manusia pendusta yang memusuhi Tuhan dan setiap pengikutnya juga akan ditanda dengan angka yang sama di bahagian-bahagian tubuh yang mudah dilihat.

13:16 Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda (angka 666) pada tangan kanannya atau pada dahinya.

13:17
Dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. (Revelation 13:16-17, Terjemahan Lama)

Ia juga memungkinkan maksud bahawa pengikut Dajjal yang diberi tanda itu tidak akan mendapat masalah untuk memperoleh bekalan makanan dengan cara membeli, menjual atau melalui sistem barter.

Rasulullah juga ada menyebut bahawa manusia yang beriman dan diuji keimanan akan menghadapi kebuluran dan kesusahan apabila Dajjal keluar, manakala pengikut Dajjal pula akan menikmati kesenangan.

Perkara yang sama dan pernah disebutkan Rasulullah mengenai situasi itu juga seperti mahu disampaikan sekutu Dajjal melalui Revelation melalui ayat 13:16 dan 13:17.

Bukan setakat itu sahaja, Dajjal juga seperti mahu memberitahu melalui Revelation bahawa dia akan datang membawa api seperti yang pernah diberitakan Muhammad dalam hadis-hadisnya. Perhatikan pula ayat di bawah yang dipetik dari Revelation 13:13.

13:12 Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh.

13:13
Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang.

13:14 Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda (tanda-tanda di sini mungkin bermaksud sihir), yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. (Revelation 13:12-14, Terjemahan Lama)

Juga diterangkan dalam Hadis Muhammad bahawa Dajjal akan menyuruh dirinya disembah seperti Tuhan dan mengaku dirinya adalah Tuhan, perkara yang sama juga diceritakan sekutu Dajjal dalam Revelation.

13:3 Maka tampaklah kepadaku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh dunia hairan, lalu mengikut binatang itu.

13:4 Dan mereka menyembah naga itu
, karena ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil berkata: "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" (Revelation 13:3-4, Terjemahan Lama)

Begitu juga mengenai peringatan Rasulullah mengenai keluarnya Yakjuj Makjuj (Gog Magog) bersama Dajjal ketika kiamat. Perkara yang sama juga mahu disampaikan sekutu Dajjal melalui Revelation.

20:8 Dan ia akan pergi menyesatkan bangsa-bangsa pada keempat penjuru bumi, yaitu Gog dan Magog, dan mengumpulkan mereka untuk berperang dan jumlah mereka sama dengan banyaknya pasir di laut.

20:9 Maka naiklah mereka ke seluruh dataran bumi, lalu mengepung perkemahan tentara orang-orang kudus dan kota yang dikasihi itu. Tetapi dari langit turunlah api menghanguskan mereka. (Revelation, Terjemahan Lama)

Dalam perkaitan Gog Magog, kita lihat kepada pertalian ini iaitu Dajjal telah lama menyesatkan Yahudi dan Nasrani sejak petualangan Samiri dan peristiwa salib. Manakala Illuminati pula telah lama memperalatkan agama Nasrani untuk dijadikan tempat mereka berselindung dengan fahaman triniti yang dibawa masuk dari agama-agama pagan. Kita juga telah ketahui bahawa Illuminati mempunyai pertalian dengan Dajjal berdasarkan simbol mata satu The All Seeing Eye yang mereka gunakan serta amalan satanism yang mereka anuti. Maka, Gog Magog dalam kesimpulan ‘Jump to Conclusion’ pula bolehlah dikaitkan dengan Illuminati, Yahudi, Nasrani dan lain-lain kumpulan manusia yang tidak menyembah Allah secara total.

Revelation banyak menceritakan perihal peristiwa yang dijangka berlaku pada kiamat kelak. Dalam aspek lain, ia seolah-olah mahu menceritakan keadaan yang pernah diberitakan Rasulullah. Di sudut lain pula, ia seperti mahu disampaikan ‘seseorang’ yang sudah tahu akan nasibnya apabila kiamat nanti dan pada masa yang sama menggunakan medium Revelation sebagai alat untuk mengikat pengikutnya.

Dajjal ialah seorang manusia dan dia memang benar bermata satu. Janganlah kita cuba menjadi lebih mengetahui daripada Nabi Muhammad yang mengatakan Dajjal itu bermata satu. Janganlah kita cuba menidakkan kenyataan Nabi Muhammad mengenai Dajjal bermata satu dengan meletakkan maksud bermata satu itu sebagai satu kuasa sebuah negara yang tidak mampu melihat kebenaran. Jangan sesekali berlagak lebih bijak daripada Rasulullah.

Jika sesetengah golongan pemikir memaksudkan Dajjal itu sebagai satu kelompok manusia, bagaimana pula kita mahu mewakilkan Nabi Isa dan Imam Mahdi? Adakah Nabi Isa dan al-Mahdi yang bakal datang itu juga mahu diwakilkan sebagai satu kelompok manusia? Sudah tentu Nabi Isa itu seorang manusia dan begitu juga al-Mahdi. Di mana letaknya akal yang waras dalam membuat pertimbangan antara seorang manusia dengan sekelompok manusia?

Dajjal bukan mewakili satu kelompok manusia melainkan dia adalah seorang manusia, kerana kelompok manusia itu adalah Gog Magog (Yakjuj Makjuj) yang diceritakan dalam al-Quran sebagai satu kelompok manusia yang tidak difahami pertuturannya.

Watak Tha-Djel kelihatan selari dengan watak penjahat dalam Revelation iaitu:

  1. Datang dari langit iaitu syurga (disebut bintang Girtab yang berada di angkasa dalam syair Celt).
  2. Naga berkepala tujuh dan bermahkota di setiap kepala (dalam syair Celt, Tha-Djel disebut sebagai Master of Knowledge iaitu pengetahuan juga adalah mahkota akal). Tha-Djel juga dikaitkan dengan naga (mengikut konteks Revelation) dalam baris ‘by the soul of Serpent’ dalam syair “For the Love of the King”.
  3. Datang dari laut dalam penceritaan ayat Revelation (manakala hadis pula mengatakan bahawa Dajjal itu bebas keluar dari pulau). Dalam syair “For the Love of the King” diterangkan secara sinis iaitu juga melalui baris ‘by the soul of Serpent’ yang mana diceritakan datang dari laut sebagai naga.
  4. Akan memimpin angkatan Gog Magog seperti diceritakan dalam Revelation. Dalam hadis diberitakan bahawa Dajjal akan keluar bersama Yakjuj Makjuj. Manakala dalam syair “For the Love of the King” pula dijelaskan melalui baris ‘me, us, sons, maidens, we wait’  yang secocok dengan sekumpulan manusia yang kita maksudkan sebagai keturunan Gog Magog.
  5. Revelation menceritakan bahawa si penjahat itu akan mengaku dirinya sebagai Tuhan. Hadis juga memberitakan perkara yang sama. Dalam syair “For the Love of the King” pula diceritakan maksud tersirat melalui baris ‘be sole king, be everything’.
  6. Si penjahat akan datang ketika kiamat seperti disebut dalam Revelation. Dalam syair “For the Love of the King” pula diterangkan dalam baris ‘reborn Tha by earth stop’ yang juga merujuk kepada kiamat.
Maka, agak jelas (walaupun beberapa sisi masih kabur) jika mengatakan bahawa Tha-Djel adalah watak yang sama dengan Dajjal. Tha-Djel melalui mitos-mitos kuno yang disampaikan secara lisan sejak generasi awal Eropah dikatakan pernah mengajar pelbagai ilmu kepada bangsa Eropah. Malah, Tha-Djel juga dikatakan mengekori bangsa Eropah ke benua itu selepas kelompok bangsa itu mengalami kekalahan teruk dalam peperangan pada satu masa lalu dan berpindah ke Eropah melalui jalan pintas di pergunungan Caucasia. Selepas mengajar dan memberi semangat supaya kelompok bangsa itu mampu berdiri dan berdikari semula, Tha-Djel kemudian menghilang dan kemudiannya bangsa itu didatangi pula dengan watak Merlin.

Jika benar Tha-Djel ialah Dajjal, maka ternyata dia sudah lama dan sentiasa mempersiapkan kelompok Yakjuj Makjuj untuk memerangi penganut agama Allah dalam peperangan besar. Ternyata dia menjadikan bangsa Yakjuj Makjuj sebagai sekutunya sejak zaman berzaman dan mengajar bangsa itu menggerakkan agenda-agenda rahsia dengan menjanjikan kedudukan yang tinggi di dunia. Dan dia jugalah yang membawa masuk agama triniti Nasrani kepada bangsa Eropah di benua itu.  Dajjal adalah dalang yang menggerakkan tangan-tangan gelap bagi mewakili tangannya.

Oleh Konspirasi Teoris

13 comments:







Daniel said...
Salam artikel yang menarik. Saya ingin mengutarakan pendapat Ulama terkenal tentang kajian peristiwa akhir zaman ini, iaitu Imran N. Hosein. Saya ambil qoute dari anda, Dajjal ialah seorang manusia dan dia memang benar bermata satu. Janganlah kita cuba menjadi lebih mengetahui daripada Nabi Muhammad yang mengatakan Dajjal itu bermata satu. Janganlah kita cuba menidakkan kenyataan Nabi Muhammad mengenai Dajjal bermata satu dengan meletakkan maksud bermata satu itu sebagai satu kuasa sebuah negara yang tidak mampu melihat kebenaran. Jangan sesekali berlagak lebih bijak daripada Rasulullah. Ok, menurut Maulana Imran N. Hosein yang sudah berpuluh tahun mengkaji tentang peristiwa akhir zaman ini, buta mata satu ialah buta hati. Celik mata fizikal dan buta mata hati.. Itu adalah perlambangan sahaja. Benar sabda Rasullulah itu sememangnya benar, tapi kita harus mengkajinya lebih lanjut dan mendalam kerana kebanyakan hadis rasullulah tentang kiamat adalah tersirat bukan tersurat. Anda boleh menonton video Phase 3, dari Waku Up Project untuk mengetahui perkara ini dengan lebih jelas.






The ASSOCIATE said...
saudara Daniel, terima kasih atas makluman anda, saya sangat menghargainya. berbalik kita kepada kenyataan bahawa hanya Allah lebih mengetahui. yang anda maksudkan ialah penjelasan mengenai maksud buta satu mata yang selari dengan hadis Rasulullah yang berbentuk tersirat. andaian yang dibuat Imran N. Hosein juga boleh diterima jika kita melihat kepada maksud tersirat kerana kita juga tidak dihalang dalam mencari maksud sebenar kerana Islam amat menggalakkan pengembangan ilmu. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh menidakkan hadis dengan menolak sebulat-bulatnya karekter mata satu secara fizikal.






Daniel said...
Terima kasih atas maklum balas anda. Ya, Allah maha mengetahui segalanya.. Teruskan usaha murni anda ini. Semoga Allah merahmati usaha kalian.






Naga Bloodlines said...
Salam teman seperjuangan. Di sini saya ingin berkongsi hasil kajian saya dan rakan-rakan dengan team kalian. Dan ia juga berkenaan dengan ayat dari revelation. Pernah dengar tentang 'dragon bloodlines'? Ya, raja-raja eropah mengaku mereka adalah 'dragon bloodlines' tetapi sebenarnya mereka bukanlah 'dragon bloodlines' yang sebenar. Di dalam revelation secara terangan memburukkan imej naga dan di dalam filem-filem mereka juga menggambarkan bahawa naga ini adalah haiwan yang ganas. Ini adalah untuk menerapkan di dalam minda semua orang bahawa naga itu adalah haiwan yang jahat! (naga dan ular besar adalah berbeza sama sekali, (dragon different with serpent) Renungkan sejenak, kenapa jika naga itu haiwan yang jahat lagi keji di pedang rasullulah (al-rasub) diletakkan imej naga dan harimau(rahsia bangsa harimau). Dan juga di keris para wali songo juga menggunakan naga sebagai unsur utama keris mereka. Di masjid Demak juga turut diletakkan imej naga oleh wali songo.. Banyak rahsia di sini, dan kami juga telah ditunjukkan petunjuk dari Allah tentang kajian ini dengan petunjuk di langit baru-baru ini. kami akan teruskan pendedahan ini selepas mendapat pandangan anda tentang perkara ini. Rahsia akan kami buka sedikit demi sedikit.






The ASSOCIATE said...
salam, saudara Naga Bloodlines, insya-Allah pihak kami akan membincangkan berkaitan naga dalam artikel akan datang, tetapi bukan secara direct. kami akan menjelaskannya secara indirect supaya skopnya menjadi lebih luas dan memanjangkan persoalan supaya dapat membuka ruang berfikir yang lebih jauh. berkaitan maksud istilah ular besar yang diertikan sebagai serpent, ia hanya berdasarkan pengertian yang sering dipertuturkan sebagai bahasa pasar di kalangan masyarakat Eropah. apa-apa pun, kita tidak wajar taksub dengan sesuatu teori kerana belum pasti ia benar dan tepat, akal manusia juga sangat terhad dan hanya mempunyai julat transcendence yang minima untuk memikirkan segala rahsia Allah. paling penting ialah kita berpegang kepada janji Allah, kerana janji Allah sentiasa benar. teruskan mengkaji wahai saudara Naga, semoga usaha kita sentiasa dipelihara Allah untuk terus berada di atas landasan-Nya. jika sangsi dan takut tergelincir, panjatkan doa dan mohon dikuatkan iman supaya dapat terus menapak di atas jalan lurus-Nya. ia juga peringatan kepada diri kami sendiri. salam perjuangan. - Konspirasi Teoris (borrowing The ASSOCIATE's account)






Naga Bloodlines said...
Alhamdulillah. Ada baiknya kami kongsikan klu-klu yang ada pada kami di artikel anda tentang 'dragon bloodlines' supaya perbincangan akan menjadi lebih menarik dan lebih membuka minda. Mungkin klu yang ada kami tiada pada anda dan klu yang ada pada anda tiada pada kami. Sama-sama kita melengkapi antara satu sama lain, bersatu demi kebenaran dan Islam tercinta. Insya Allah. Oleh itu biar saya simpan dahulu tentang klu-klu yang ada, dan saya akan ceritakan tentang peristiwa yang saya yakin petunjuk dari Allah s.w.t tentang kajian kami ini. Setelah selesai kajian kami, kami telah bersepakat untuk mengadakan solat sunat istiqarah dengan hajat untuk ditunjukkan jalan dan diberi petunjuk tentang kajian kami ini. Kami mengadakan solat itu sehari pada hari khamis malam jumaat, 25/2/2010 iaitu sehari sebelum maulidur rasul. Dan pada 27/2/2010 pada pukul 3.30 am salah seorang ahli kumpulan kami (waris keturunan wali songo) telah digerakkan hatinya melihat bulan. Hatinya tergerak secara tiba-tiba untuk melihat bulan pada masa itu. Dan alangkah terkejut beliau apabila beliau melihat tayangan naga menelan matahari yang dibentuk daripada awan dan bulan! Imej naga jelas kelihatan dari badannya sampai ke kepala seperti naga di pedang rasullulah (naga seperti di logo gayong, bukan versi barat). Dan sebaik saja dimaklumkan tentang perkara tersebut saya terus memaklumkan perkara tersebut kepada seorang lagi rakan saya yang kebetulan tinggal berdekatan dengan kawan saya tadi, dan dia juga sempat melihat tayangan di langit selama kira-kira 5 minit itu. Masih ingatkah peristiwa gempa bumi di Padang Indonesia di mana Allah telah memberi peringatannya mengenai kiamat dengan masa gempa-gempa bumi tersebut dengan ayat Al-Quran. Mungkin anda sudah sedia maklum tentang perkara ini. Dan hati saya juga terdetik untuk mencari petunjuk dari peristiwa tayangan ini. Dan apa yang saya perolehi mengejutkan sama sekali. 3:30 am (waktu tayangan) (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya. Al-Imran 30 (3:30) Tarikh Masihi 27:2 Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, Al-Naml 2 (27:2) (Mungkin merujuk kepada petunjuk dari solat istiqarah) Tarikh Hijrah 13:3 Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. Ar-Rad 3 (13:3) Mungkin anda sudah sedia maklum dengan code rahsia yang ditinggalkan, naga menelan matahari (juga ditinggalkan di bendera maharaja china islam dinasti tang). Ini berkenaan kebangkitan akhir zaman di mana 'naga' akan menewaskan/ membinasakan 'matahari' (one eyed sun god/ horus/ dajal). Wallahualam, Allah knows best. Kami tunggu artikel anda tentang dragon bloodlines. Terima kasih.






The ASSOCIATE said...
salam, saudara naga, kami bukanlah mahu bercerita mengenai dragon bloodlines kerana tidak cenderung mencari maklumat mengenai perkara itu. perkara yang akan diketengahkan nanti lebih menjurus kepada perbincangan mengenai naga secara umum dan mengikut perspektif al-quran melalui surah-surah berkaitan. lagipun, artikel ini lebih cenderung kepada membongkar watak tha-djel yang menjadi subjek dalam puisi-puisi eropah kuno secara lisan. ia juga sebagai input awal sebelum artikel Tenaga Ritual Fasa Kedua disambung semula. watak tha-djel itu mungkin menjadi petunjuk paling hampir dalam pertalian antara gog magog sebagai angkatan dajjal. berkaitan naga yang akan dibentangkan nanti adalah secara umum dan secara indirect, bukan secara direct & full detail mengenai naga. rasanya kami faham mengenai angle penulisan anda dan kami sentiasa menyokong. - Konspirasi Teoris (the guild of unplugged-minded writers)






Naga Bloodlines said...
Terima kasih atas maklum balas saudara. Perihal naga juga ada disebut secara tersirat di dalam salah satu surah tentang akhir zaman. Buat masa sekarang kami sedang mengatur perbincangan dengan alim ulama perihal penemuan/ kajian kami ini. Insya allah jika masanya tiba nanti dan diizinkan Allah kami akan membuka perihal rahsia darah naga. Teruskan usaha kalian, kami sentiasa menyokong kalian!






Anonymous said...
ucapan Geert Wilders kelmarin... "saya percaya bahawa Islam itu agama yang ganas. al-quran perlu diharamkan." - Geert Wilders jelas, penamat waktu sudah semakin dekat.






Naga Bloodlines said...
Kami sebenarnya telah lama bergiat dalam bidang ini, dan pernah mempunyai laman sendiri sebelum di'hack'. Tetapi kami meneruskan kajian kami kerana kami percaya perjuangan belum selesai. Berkenaan darah naga. Saya akan bagi pencerahannya sedikit kerana ramai juga yang agak kurang jelas dengan istilah darah naga atau' dragon bloodline' ini. Ramai juga yang telah menghina dan mengutuk dragon bloodlines ini kerana mengambil terkeliru dengan artikel dari pihak mereka (Yahudi dan Nasrani) tentang dragon bloodline ini. Mereka menyangka inilah keturunan syaitan atau keturunan yang akan menghancurkan Islam tetapi mereka salah sama sekali. Keturunan naga ini bukanlah bermaksud campuran naga dengan manusia. TIDAK SAMA SEKALI. Ini hanyalah simbolik kepada keturunan pemerintah yang adil yang memegang suhuf-suhuf, kitab dan al-quran serta selaku pemimpin pejuang yang sgt berani dan suci hatinya diwaktu zaman dahulu. Mungkin dari percampuran darah-darah nabi-nabi dan insan terpilih.itulah menjadikan simbolik keberanian seumpama naga. Dan kami yakin telah berjaya menyelesaikan kajian ini. Jika diizinkan kami akan sertakan bukti-bukti kajian dan pendapat ilmuan islam yang bakal kami temui. Dan sesuatu yang menarik tentang revelation, berkenaan naga berkepala 7 dan 10 mahkota. mengikut tafsiran kajian kami berkenaan darah naga, kami telah berjaya menghuraikan maksud tersembunyi di sebalik ayat itu yang kemungkinan ditulis oleh dajal sendiri. Penulis revelation, St John menulis revelation semasa berada di pulau berseorangan dan ingatkah kisah Tamim Ad-Dhari? Maksud ayat itu seolah-oleh menggambarkan naga kepala 7 dan 10 mahkota itu amat jahat dan patut ditentang! Ini perancangan sulit dajal bagi mengelirukan kaum nasrani dan kami telah berjaya menemukan ayat itu ditujukan secara 'direct' kepada siapa. Tidak sesuai kami kongsikan di sini... Wallahualam, Allah knows best.






ABATASA said...
Salam ziarah, Kami hargai usaha anda berdua, memang sukar masyarakat kita menerima "naga" ada kaitan dengan Rasulullah saw dan pejuang akhir zaman al Mahdi. Walau apa pun tentu ada klu yang boleh memperjelaskannya, sesuatu perkara tidak akan berlaku jika tiada sebab musababnya. Pembaca yang dahagakan kebenaran tidak akan menolak segala pengetahuan dan terserah kepada kebolehan masing2 mentafsirkan hal yang tersirat. Mustahil hal yang berkaitan dengan Dajjal dan Fitnah diceritakan secara terus sepertimana fikiran sesetengah orang dan perlu kita ingat Allah Maha Perancang tentu tidak akan memudahkan Dajjal dan sekutunya menemukan al Mahdi dan pejuang2nya. Disinilah adanya "kebenaran" yang belum tersingkap sepenuhnya. Saya amat percaya banyak simpang siur yang terpaksa ditempuh sebelim menemukan kebenaran hakiki. Sekian, wassalam. Teruskan usaha anda, semoga Allah memeberkati keikhlasan hati anda.






The ASSOCIATE said...
Terima kasih ABATASA.. sokongan anda sangat dihargai.. benar kata tuan ABATASA perihal menempuh simpang siur. insya-Allah pengalaman itu akan dikongsi juga satu hari nanti.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan