Mahkamah Rakyat tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dirancang. Ia tidak perlu ditubuhkan lagi selepas ini.
Kes perbicaraan DSAI telah tamat, keputusan yang bercanggahan dengan sangkaan semua pihak. Betul-betul memeranjatkan, termasuk DSAI sekali. Termasuk juga beberapa pemerhati luar negara.
Kenapa agaknya ia terjadi begini? DS Najib seperti sudah tahu keputusan ini.
Walaupun keadaan sebelum ini nampak memihak Saiful selaku mangsa, namun penghujungnya mahkamah tidak memihak kepadanya. Adakah ada camput tangan luar? Tiada siapa yang mengetahuinya. Tetapi saya dapat mengesan ada sesuatu kelainan dari biasa. Apa dia? Nantilah masa yang sesuai saya akan cuba sampaikan.
"DS Anwar didapati tidak bersalah" Namun kita sukar menelah sama ada kejadian tersebut benar-benar tidak berlaku. Kerana sebelum ini Karpal sendiri ada memberitahu wujud keadaan "suka sama suka" dan dia sudah pun berputus asa. Keputusan ini juga di luar jangkaan Karpal. Adakah Karpal telah tewas dalam muslihat yang cuba dipasangnya? Cuba fikirkan.
Malaysia terselamat dari serangan berterusan Barat bahawa mahkamah Malaysia tidak bebas dari kawalan pemerintah. Akhirnya berlaku sesuatu yang tidak selari dengan dakwaan yang dibuat. Kini tiada peluang untuk memburuk-burukkan Malaysia.
Anwar kehilangan peluang meraih simpati dari rakyat. Tuduhannya bahawa DS Najib melakukan penganiayaan terhadapnya dan kerajaan ini zalim menjadi terleset. Mendapat kelebihan tetapi kehilangan sesuatu yang lain.
Apa yang kita harapkan, semoga THH atau Soros tidak terlibat dengan keputusan ini. Jika wujud, kita bimbang ada muslihat lain sedang mereka rancang. Namun kita harus bersyukur negara tidak terjebak dengan huru hara akibat dari kes ini.
Hanya Allah sahaja yang akan menghukumnya jika dia benar-benar melakukan kesalahan tersebut.
Kemelut terbaru yang bakal memberi kesan terkuat ialah kes pemecatan Dr Hasan Ali oleh pucuk pimpinan PAS. Perpecahan PAS ketara bila beberapa pemimpin yang memihak ulama menyampaikan simpati dan membuat kunjungan ke kediaman Dr Hasan malam tad. Memberi semangat kepadanya. AJK PAS agak terburu-buru membuat keputusan yang bakal merugikan mereka. Ketakutan pemimpin PAS kepada Anwar terserlah seolah Anwar telah menjadi penentu perjalanan parti itu. Pertelingkahan PAS dengan PKR akan memuncak bila pergerakan pemuda PAS bersuara kelak.
Permainan politik Malaysia semakin menarik. Malangnya perpecahan orang Islam khasnya Melayu semakin melebar. Mampukah DS Anwar membaik pulih keadaan bercelaru yang terhasil dari apa yang dia perjuangkan? Walau apa pun keadaannya, diharap Orang Islam cepat belajar dari kekalutan ini serta kembali bersatu mempertahankan agama tercinta melebihi kepentingan politik. Perpecahan ini memberi cabaran hebat kepada kita semua.
Pesan saya, bersangka baiklah dengan perancangan Allah swt.
4 comments:
Saper anwar..hebat sgt ke dia ni...rakyat memerhati semuenye...
Saya dan seorang rakan telah mengagak yang DSAI akan bebas...betul sangkaan kami.... Mungkin ada prancangan lain.... Hanya Allah yang tahu..
pertarungan UMNO/kerajaan dan PAS/pembangkang ni cuma memecah belahkan rakyat.selagi sistem demokrasi kepartian diamalkan di malaysia, selagi itulah kita terpaksa terima perbezaan-perbezaan ni.saya pun sejujurnya bukan suka sangat dengan anwar ni, tapi pemimpin lain pun bukannya baik sangat.
Pertembugan UMNO dan PAS ni berkaitan dengan perbezaan prinsip perjuangan masing2. UMNO lebih mengutamakan 'survival' orang melayu dan perpaduan di antara pelbagai kaum menerusi konsep perkongsian kuasa.UMNO juga menolak mentah2 hukum hudud dan qisas, dengan alasan isnya tak sesuai diamalkan di negara ini. saya fikir pendirian UMNO ini adalah utk menjaga hati kawan2 nya dalam BN.Manakala PAS berjuang utk menegakkan negara islam yang berpaksikan AL-QURAN DAN HADIS.PAS (nik aziz)juga menolak konsep kebangsaan dengan alasan tiada perbezaan sebegitu dalam islam. ironinya perlembagaan malaysia Perkara 160(2)menyatakan bahawa melayu adalah seseorang yang beragama Islam , mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.pendek kata utk menjadi orang melayu anda perlu menganut ajaran islam.undang2 ini ditulis oleh datuk-nenek- moyang kita dahulu sebagai 'fail safe'utk menjaga kedaulatan melayu dan agama islam di malaysia ini.Tetapi malangnya tafsiran perlembagaan inilah yg telah menjerat kita orang2 melayu. Apabila kita menetapkan sesuatu yg tak semulajadi seperti ' orang melayu mesti islam' maka berlaku pertembungan prinsip iaitu samaada kita nak jadi melayu dan membelakangkan sesetengah ajaran agama islam (utk jaga hati kaum2 lain)atau nak jadi umat islam dan laksanakan apa saja suruhan ALLAH S.W.T dan jauhi larangannya kerana ALLAH S.W.T sudah tentu lebih cerdik dan arif dalam mengatur kehidupan di dunia ini.tapi saya rasa kita boleh jadi kedua2nya, kaum melayu dan beragama islam, tetapi keutamaan kita adalah pada agama islam bukan bangsa.
Berbalik pada KES 'ANWAR'NI, PERSOALAN YG TIMBUL ADALAH ADAKAH ANWAR NI JAHAT? JIKA BETUL SIAPA YANG BAIK? ADAKAH UMNO BAIK? SIAPA YG BAIK DAN SIAPA YG JAHAT?. inilah soalan2 yg bermain di minda rakyat malaysia terutamanya orang2 melayu islam.pada saya dalam hal ini tak ada pihak yg baik atau jahat cuma ini satu lagi LAKONAN yg dibuat oleh semua pihak terbabit(termasuk THH) utk memecah belahkan rakyat.
ada agenda di sebalik semua ini. saya pasti kehidupan kita sedang diatur, cuma kita gagal mengesan bagaimana caranya kita diatur dan bagaimana pula kita dapat bebas dari mereka. kita perlu lihat arab spring dari iraq, mesir tunisia , libya. dan sekarang syria. mustahil ia terjadi jika tiada campur tangan ghaib. sehingga hari ini islam berbunuh sesama sendiri dan tak pernah aman. kes tempat kita juga sama. islam di lagakan dengan islam. bukan islam menentang keras perlaksanaan hukum islam.... bukan islam ada disana dan disini... islam tersepit kecuali bersatu. boleh ke?
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.