Sunday, January 22, 2012

NED, CIA kuasai dunia -komplot tipu helah terancang




Malaysia juga sedang di aturkan untuk kepentingan USA dan Israel


Tangan Dajjal 

Anwar bersama Carl Gershman, Presiden NED di McGraw-Hill Auditorium, 
New York City, pada 1 Disember 2005. Dalam program itu Anwar 
menyampaikan ceramah bertajuk "The Future of 
Muslim Democracy" yang ditaja oleh NED.



NED - Projek Demokrasi Amerika & CIA kuasai dunia

Apabila satu skandal pada tahun 1980-an mendedahkan mengenai manipulasi peringkat antarabangsa oleh CIA, Presiden Ronald Reagan telah menubuhkan National Endowment for Democracy-NED (Pembiayaan Demokrasi Kebangsaan ) sebagai satu alat yang lebih sulit dan kurang mengundang kontroversi.

Alat ini mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang.

National Endowment for Democracy (NED) telah diwujudkan pada 1983, kononnya sebuah organisasi yang tidak membuat keuntungan untuk menggalakkan hak asasi dan demokrasi.

Pada tahun 1991, presiden pertama organisasi ini Allen Weinstein, telah mengaku kepada The Washington Post : “Banyak telah kita lakukan pada hari ini telah dilakukan secara rahsia 25 tahun yang lepas oleh CIA” (1)

Sebelum NED ditubuhkan, akhbar yang sama telah mendedahkan pada tahun 1969 bagaimana CIA telah membiayai kesatuan perdagangan, organisasi budaya, media dan para intelek yang terkenal.

Philip Agee, bekas operatif kepada the Company telah menyatakan kepada saya di dalam satu temuramah pada 2005 : “CIA telah menggunakan yayasan-yayasan yang terkenal di AS, termasuk entiti yang telah ditubuhkan dan hanya wujud di atas kertas sahaja.”

Presiden Lyndon Johnson yang berada dalam tekanan telah mengarahkan satu penyiasatan dilakukan, walaupun dia mengetahui bahawa CIA telah diberikan mandat untuk melaksanakan aktiviti seperti yang didakwa sebelum ini semenjak penubuhannya pada 1947.

Agee memberitahu : “Akibat Perang Dunia Ke-2, AS telah berhadapan dengan ancaman terhadap pakatan demokrasi dan tanpa sebarang mekanisme untuk menyalurkan bantuan politik, penggubal dasar AS telah menggunakan cara tersembunyi dengan menghantar penasihat, peralatan dan bantuan kewangan untuk menaja akhbar dan parti-parti yang berada dalam kekangan di Eropah” (2).

Mereka juga terpaksa menentang pengaruh idealogi Soviet Union pada permulaan Perang Dingin.

Organisasi yang dibiayai dari segi kewangan ini kadang kala mampu untuk melemahkan dan juga menghapuskan pihak pembangkang dengan mengubahnya kepada kerajaan yang bersahabat dengan AS, dan mewujudkan keadaan yang memenuhi kepentingan AS.

Terdapat beberapa rampasan kuasa, antaranya di Brazil pada 1964 dimana rampasan kuasa ini telah menggulingkan Presiden Joalo Goulart.

Agee mendakwa : “Untuk menyediakan ruang kepada tindakan ketenteraan, kami telah menaja dan menyalurkan kuasa kepada organisasi yang menjadi peneraju di dalam masyarakat awam dan juga media. Ini adalah versi yang diperbaharui dalam rampasan kuasa di Brazil.”

Pertarungan Idea

Pada 1975, CIA telah disiasat oleh Senat, khususnya berhubung dengan pembabitannya di dalam plot terhadap pemimpin politik di seluruh dunia termasuk Lumumba, Allende dan Fidel Castro.

Kejayaan gerakan revolusi di Afrika dan Amerika Latin telah memaksa AS untuk menyedari walaupun strategi penyusupan masuk ke dalam organisasi sosial masih penting, taktik tersebut tidak produktif.

Jadi, “Untuk menaja pertarungan idea ini, pentadbiran Johnson telah mencadangkan penubuhan mekanisma awam persendirian untuk menaja aktiviti luar Negara secara terbuka” (3).

The American Political Foundation-APF (Yayasan Politik Amerika), ditubuhkan pada 1979, merupakan sebuah pakatan di antara Parti Demokratik dan Republikan, pemimpin kesatuan dan pekerja, ahli akademik yang konservatif dan institusi yang berkaitan dengan dasar luar.

Ianya berdasarkan kepada model yang yang berkembang di German Barat, di mana 4 parti politik yang utama telah menubuhkan sebuah yayasan yang dibiayai oleh kerajaan sebagai tindak balas terhadap Perang Dingin. Yang paling penting dalam gabungan ini adalah Konrad Adenauer Foundation (Yayasan Konrad Adenauer) yang mempunyai kaitan dengan Christian Democratic Union (Kesatuan Demokratik Kristian) (4).

Pada Januari 1983, Presiden Ronald Reagan telah menandatangani satuarahan rahsia NSDD-77, hasil daripada apa yang telah dihuraikan di dalam satu ucapan Ahli Parlimen British sebagai satu proses yang diwujudkan “untuk menggalakkan infrastruktur demokrasi” dan “untuk menentukan bagaimana AS boleh memberikan sumbangan terbaik.....kepada kempen global untuk demokrasi” (6).

Arahan tersebut juga menyatakan “kerjasama erat bersama dengan usaha dasar luar-diplomatik, ekonomi, ketenteraan-termasuk hubungan erat dengan sektor masyarakat Amerika- buruh, perniagaan,universiti, dermawan, parti politik, akhbar.”

Reagan terus merahsiakan arahan tersebut apabila dia membentangkan satu kertas cadangan APF bertajuk 'Program Demokrasi kepada Kongres'.

Satu tindakan pada 23 November 1983 telah mengesahkan penubuhan NED. Dalam satu majlis di White House (Rumah Putih) pada Disember, Reagan mengumumkan: “Program ini tidak akan disembunyikan di dalam bayang-bayang. Program ini dengan megah akan berdiri di bawah lampu yang terang. Dan, sudah tentu ianya akan selari dengan kepentingan negara kita.”

Tajaan untuk Anti-Sandinista

NED mengandungi 4 organisasi teras yang bertanggungjawab terhadap pentadbirannya. Salah satu yang telah wujud : Free Trade Union Institute (Institut Kesatuan Perdagangan Bebas) yang merupakan cawangan kepada persekutuan kesatuan perdagangan AFL-CIO dan dikorporatkan kepada American Centre for International Labour Solidarity (Pusat Amerika untuk Perpaduan Buruh Antarabangsa).

Walaupun sebagai sebuah NGO yang sah, NED telah dibiayai oleh Jabatan Negara, dengan kelulusan kongres. Selain daripada mengelakkan kerajaan daripada bertanggungjawab dalam sebarang tindakan yang dilakukan secara rasmi, langkah ini juga mewujudkan satu kelebihan strategik.

William Blum, bekas Pegawai Jabatan Negara telah menyatakan : “Rujuk kepada maksud bukan kerajaan - ini membantu dalam mengekalkan kredibiliti di seluruh dunia di mana ini tidak terdapat dalam agensi kerajaan AS.”

Pada Oktober 1986, pentadbiran Reagan telah digegarkan oleh pendedahan bahawa AS secara haram telah menaja pemberontakan ke atas kerajaanSandinista di Nicaragua, menggunakan wang daripada penyeludupan kokain.

Secara kebetulan, operasi ini yang dikoordinasikan oleh Kolonel Oliver North dan mendapat kebenaran National Security Council – NSC (Majlis Keselamatan Nasional) dinamakan sebagai Program Demokrasi.

NED memainkan peranan yang utama. Namun, penyiasatan tersebut lebih tertumpu kepada penajaan kewangan kepada gerakan anti-revolusi rakyat Nicaragua, the Contras, daripada penglibatan “NGO”, walaupun NED telah diselia bermula dari penubuhannya sehingga 1987 oleh Walter Raymond, seorang pegawai kanan CIA dan juga ahli Lembaga Pengarah Perisikan CIA.

The Cuban American National Foundation-CANF (Yayasan Kebangsaan Cuba Amerika) merupakan sebuah organisasi pelampau anti-Castro yang ditubuhkan oleh NSC yang pada masa yang sama merupakan NED.

Presiden yayasan tersebut, Jorge Mas Canosa berkata : “NED mewarisi Program Demokrasi Ronald Reagan dan telah menyediakan pembiayaan kepada banyak kumpulan Latin-Amerika, termasuk CANF. Diyakinkan bahawa jalan menuju ke arah kemerdekaan Cuba bergantung kepada Nicaragua, jawatankuasa CANF komited terhadap perjuangan anti-Sandinista" .

Mas Canosa berkata : “Kerjasama ini bermula apabila Theodore Shackley, bekas Timbalan Pengarah Operasi dan Ketua Bahagian Operasi Sulit, meminta ahli yayasan tersebut menyokong dasar Amerika Tengah.”

Pada 1987, semasa skandal the Contra, NED telah menaja sebuah organisasi anti-Sandnista, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Nicaragua yang tetap.

Sokongan ini tekah membantu Violeta Chamorro, calon yang lebih disenangi oleh Washington dan juga pemilik akhbar ‘bebas’, La Prensauntuk memenangi kerusi Presiden pada 1990.

Kempen menentang kejahatan bukan kerajaan

Kebolehan NED menyalurkan wang, mewujudkan NGO, manipulasi pilihanraya dan manipulasi media banyak terhutang budi kepada pengalaman lama oleh CIA, Agensi Bantuan Luar Jabatan Negara (USAID) dan ahli konservatif elit yang berkaitan dengan dasar luar AS (termasuk John Negroponte, Jeane Kirkpatrick dan Francis Fukuyama).

Selain keganasan, pentadbiran Reagan menggunakan kaedah yang sama di Eropah Timur, dimana NED menganjurkan “kempen menentang kejahatan untuk hak asasi dan demokrasi dimana ia mengelakkan tuduhan imperialisma dengan menggambarkan dirinya sebagai satu tindakbalas kepada keperluan penentangan dan perubahan seluruh dunia”(8).

Selepas perubahan regim, kebanyakan daripada individu dan kumpulan yang berkait dengan NED hilang.

Salah satu kemenangan yang bersejarah berlaku di Poland. Seawal 1984, NED membahagikan bantuan terus untuk menubuhkan kesatuan pekerja , akhbar dan kumpulan hak asasi manusia, yang kesemuanya ‘bebas’.

Pada pilihanraya parlimen 1989, NED menyerahkan $2.5 juta kepada gerakan perpaduan, yang dipimpin oleh Lech Walesa, seorang sekutu rapat AS, yang dipilih sebagai presiden pada 1990.

Kejatuhan Soviet Union merupakan satu permulaan kepada pengembangan global NED. Ianya bergerak melalui wang dan mempunyai kepakaran untuk mencampuri urusan sosial, ekonomi dan hubungan politik di 90 buah negara di Afrika, Amerika Latin, Asia dan Eropah Timur.

Seperti yang disebutkan oleh Gerald Sussman, “Campur tangan dalam pilihanraya sangat penting kepada objektif dasar luar AS”.

“Pembinaan demokrasi” oleh NED dan organisasi AS yang lain telah diperhalusi. “Berbanding tindakan secara diam dan perlakuan agresif secara terbuka dimana secara kebiasaannya digunakan oleh CIA untuk melakasanakan serangan untuk mengkucar kacirkan keadaan bermula pada akhir 1940-an sehingga pertengahan 1970-an, bentuk manipulasi pilihanraya sekarang dipimpian secara besar-besaran sebagai satu pandangan putarbelit yang indah dan drama moral” (9).

Ketika pilihanraya 1990 di Haiti, NED telah melaburkan $36 juta untuk calon pilihanraya tersebut, Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia. Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih, beliau digulingkan pada 1991 selepas kempen media yang ditaja oleh NED dan USAID.

Dalam masa 10 tahun penubuhannya, NED telah membahagikan $200 juta untuk 1,500 projek bagi menyokong sahabat AS (10).

Sejak 1988, NED telah menunjukkan minat yang tersembunyi di Venezuela.

Philip Agee berkata : “Terdapat satu operasi rahsia menentang revolusi Bolivaria. Ianya bermula di bawah Presiden Clinton dan diperhebatkan dibawah George Bush Jr. Ianya seperti kempen menentang Sandinistas, tetapi setakat ini tanpa keganasan atau sekatan ekonomi: menggalakkan demokrasi, memantau pilihanraya dan membantu kehidupan masyarakat.”

Peguam AS, Eva Golinger mendedahkan dari dokumen rasmi di antara 2001 dan 2006, NED dan USAID telah memberikan lebih dari $20 juta kepada kumpulan pembangkang Venezuela dan media swasta (11).

Pada 25 April 2002, The New York Times mendedahkan kongres telah mengarahkan perbelanjaan NED untuk Venezuela dinaikkan 4 kali ganad, beberapa bulan sebelum rampasan kuasa yang gagal ke atas Presiden Hugo Chávez.

Kempen Terhadap Cuba.

Tetapi, kempen NED yang paling konsisten adalah terhadap Kerajaan Cuba, di mana NED dipercayai melaburkan sejumlah $20 juta selama 20 tahun dalam usaha untuk menggalakkan “peralihan demokrasi”; lebih $65 juta telah disumbangkan oleh USAID sejak 1996.

Walaupun terdapat desakan terhadap perlunya pilihanraya yang demokratik, dokumen rasmi telah menyebut bahawa sesiapa yang dipilih perlu disukai olah kerajaan AS.

Hampir semua dana berada di dalam pegangan organisasi yang berpusat di AS dan Eropah. Kerajaan Poland, Romania dan Republik Czechmenerima habuan sebagai balasan kepada mengetuai tekanan antarabangsa kepada Cuba.

Merujuk kepada Laura Wides-Munoz (Associated Press, 29 Disember 2006), NED membayar mereka $2.4 juta pada 2005.

Idea demokrasi Washington adalah pilihanraya dan perniagaan bertukar dari tangan ke tangan yang lain. Dalam ucapannya pada Januari 2004 di State of Union, Presiden Bush mengumumkan bahwa beliau akan meminta Kongres “untuk menambahkan sebanyak dua kali ganda perbelanjaan untuk National Endowment for Democracy, dan memfokuskan kepada usaha terbaru dalam memajukan pilihanraya yang bebas dan pasaran bebas, media bebas dan kesatuan buruh yang bebas di Timur Tengah”

Usaha idealogi ini akan termasuk dengan tindakan ketenteraan. Hitherto : Penglibatan NED dalam rantau tersebut telah menjadi minima.

NED telah bergerak ke Afghanistan pada 2003. Berdasarkan laman webnya, NED telah memutuskan “ untuk mewujudkan dan memperkuatkan hubungan perniagaan di dalam Afghanistan untuk memastikan langkah yang lebih kukuh dan pelbagai dalam membina demokrasi dan ekonomi pasaran”.

NED menaja NGO yang baru ditubuhkan.NGO di negara yang dijajah, Iraq telah ditaja dengan objektif yang sama, terutamanya di bahagian utara. Organisasi tempatan disokong dan dengan cepat bergantung kepada NED. Di bawah usaha perjuangan untuk demokrasi, mereka telah bekerja untuk satu sistem di mana kepentingan mereka jarang menepati kepentingan masyarakat tempatan.

Secara uniknya, untuk sebuah NGO, Presiden NED mesti membentangkan di hadapan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat AS setiap tahun untuk melaporkan aktiviti mereka.

Pada Jun 2006, Carl Gershman (Presiden NED sejak April 1984) telah mengemukakan rayuan kecemasan untuk bantuan kewangan yang lebih bagi menyokong demokrasi.

Beliau mendakwa NGO di Russia, Belarus, Uzbekistan, Venezuela dan Mesir memerlukan bantuan kewangan tersebut untuk berhadapan dengan kerajaan “separuh kuku besi”.

Kemudian, beliau memberikan satu ucapan yang sama kepada Parlimen Eropah semasa persidangan tersebut, “ Penggalakan Demokrasi : Cara Eropah”.

Merujuk kepada William Blum, falsafah asas NED adalah masyarakat “lebih baik dilayan dibawah satu sistem di bawah perdagangan bebas, kerjasama kelas…[dan] campur tangan yang minima daripada kerajaan. Ekonomi pasaran bebas adalah sama dengan penekanan terhadap demokrasi, perubahan dan pembangunan dan merit daripada pelaburan luar. Laporan NED merujuk kepada demokrasi yang berpanjangan, tetapi yang terbaik adalah langkah sederhana dalam demokrasi politik seperti yang ada dalam fikiran mereka, bukan demokrasi ekonomi; tiada yang mensasarkan kepada anacaman terhadap kuasa.”

Senjata perang global

Ketika memberikan ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB pada September 1989, Presiden George Bush Sr. telah menegaskan, cabaran yang dihadapi oleh dunia kebebasan adalah untuk memperkukuhkan asas kebebasan.

Pada 1998, Parlimen Kanada, dengan sokongan AS, telah mewujudkan klon NED, Rights and Democracy (hak dan demokrasi).

Sweden mengikuti langkah ini dengan menubuhkan Swedish International Liberal Centre (Pusat Kebebasan Antarabangsa Sweden), Belanda dengan Alfred Mozer Foundation (Yayasan Alfred Mozer) dan Perancis dengan Robert Schuman Foundation (Yayasan Robert Schuman) dan Jean Jaurí¨s Foundation (Yayasan Jean Jaurí¨s) yang berkaitan dengan parti Sosialis.

Dengan penyebaran rangkaian, NED telah menubuhkan DemocracyProjects Database (Projek Pangkalan Data Demokrasi) bagi mengkoordinasi 6,000 projek di seluruh dunia.

NED juga telah mewujudkan Network of Democracy Research Institutes(Institut Penyelidikan Rangkaian Demokrasi) untuk membawa bersama“institusi yang bebas, pusat kajian berdasarkan universiti dan program penyelidikan secara gabungan bersama parti politik, kesatuan buruh, gerakan demokrasi dan hak asasi untuk memudahkan hubungan diantara intelektual demokrasi dan aktivis” (12).

NED juga telah menjadi hos untuk Centre for International Media Assistance (Pusat Bantuan Media Antarabangsa), yang “membawa bersama had yang lebih luas untuk pakar media dengan objektif untuk memperkukuhkan sokongan terhadap media yang bebas ke seluruh dunia”(13).

Dalam laman web rasmi Jabatan Negara, Carl Gershman mengisytiharkan bahawa kesemua yayasan ini, individu dan organisasi yang menyumbang “ke arah membina gerakan demokrasi seluruh dunia”, merupakan rangkaian dalam rangkaian bersama NED di pusat kawalannya.

Yayasan lain yang termasuk dalam gerakan ini adalah : Friedrich Ebert Foundation in Germany (Yayasan Friedrich Ebert di German) ; Olof Palme International Centre in Sweden (Pusat Antarabangsa Olof Palme di Sweden); Renner Institute in Austria (Institut Renner di Austria), danPablo Iglesias Foundation (Yayasan Pablo Iglesias), yang mempunyai kaitan dengan Spanish Socialist Workers' Party (Parti Sosialis Pekerja Sepanyol).

Pada 1996, untuk membuktikan bahawa perlunya peningkatan perbelanjaan NED, satu laporan sokongan telah dihantar kepada Kongres : “AS tidak berkemampuan untuk menafikan satu instrument yang berkesan untuk dasar luarnya apabila kepentingan dan nilai Amerika dipertahankan daripada serangan idealogi daripada pelbagai jenis kuasa anti-demokratik di seluruh dunia……[Mereka] masih diancam dengan hebat oleh regim komunis yang masih kukuh, neo-komunis, pemerintahan dictator yang agresif, nasionalis yang radikal dan pelampau Islam. Berdsarkan reality ini, AS tidak boleh mengaku kalah dalam perang idealogi inikepada musuh masyarakat yang bebas dan terbuka.” (14).

Tiga tahun kemudian, Benjamin Gilman, Presiden Jawatankuasa Dewan Hubungan Luar, mengambil langkah yang sama.

Seperti yang didakwa oleh Blum ; “ Apa yang telah dilakukan adalah untuk menukar banyak perkara dahsyat [yang dilakukan oleh CIA] kepada organisasi baru, dengan nama yang baik. Kewujudan NED adalah sesuatu yang sangat hebat. Untuk politik, hubungan awam dan sinis.”

Hernando Calvo Ospina merupakan seorang wartawan dan penulis buku, Bacardi: the Hidden War (Pluto Press, London, 2002). Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal bertajuk "The CIA's Successors And Collaborators"


Rujukan :
(1) The Washington Post, 22 September 1991.

(2) www.ned.org/about/nedhistory.html. On the CIA's use of intellectuals see Frances Stonor Saunders, Who Paid the Piper? The CIA and the Cultural Cold War (Granta Books, London, 2000).

(3) www.ned.org/about/nedhistory.html

(4) The others were the Friedrich Ebert Foundation (Social Democratic Party), the Hanns Seidel Foundation (Christian Social Union) and the Friedrich Naumann Foundation (Free Democratic Party).

(5) http://www.fas.org/irp/offdocs/nsdd...

(6) www.ned.org/about/reagan-060882.html

(7) www.ned.org/about/reagan-121683.html

(8) Nicolas Guilhot,"Le National Endowment for Democracy", Actes de la recherche en sciences sociales, 139, Paris, September 2001.

(9) Gerald Sussman,"The Myths of`Democracy Assistance': US Political Intervention in Post-Soviet Eastern Europe", Monthly Review, vol 58, no 7, New York, December 2006.

(10) Guilhot, op cit.

(11) Eva Golinger, The Chávez Code: Cracking US Intervention in Venezuela (Pluto Press, London, 2006).

(12) www.wmd.org/ndri/ndri.html

(13) www.ned.org/about/cima.html

(14) James A Phillips and Kim R Holmes, "The National Endowment in Democracy: A Prudent Investment in the Future", The Heritage Foundation, Executive memorandum 461, Washington DC, 13 September 1996.

kredit: Rakaman terima kasih kepada netter menggunakan nama pena SHINAH KAMA yang sering mengutuskan email mengenai artikel-artikel berkaitan dengan komplot jahat Amerika dan Yahudi ke seluruh dunia. Salah satu artikel adalah seperti yang diterjemahkan ini -  AIDC.

2 comments:

cikgupj said...

Salam...satu kajian yang amat baik untuk membuka minda. Pohon link blog teman di sini http://cikgupj.blogspot.com/ syukran

ZR-CoManDo said...

TQ cikgupj, telah dipaut.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan