Monday, October 1, 2012

Kejutan - UFO, Piramid dan ... Balai Rong Bukit Siguntang



banyak rahsia terpendam di Tanah Melayu ini

Tak masuk akal langsung, tak pernah pula didengar wujudnya piramid di Tanah Melayu dan Kalimantan. Apa sebenarnya yang terjadi? Kalau benar, kenapa pula dirahsiakan dari umum? Pelik, memang pelik.




Yang tak tahannya apabila dikatakan....

semua rahsia ini akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam di negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

Biar betul!!

Oops..  No No...  ia bukan beunsur politik, sori kawan! Jauhi politik gila babi tapi pastikan Melayu terus berada di atas... OK?

Terima kasih kepada saudara "Nana" yang mendorong saya untuk membaca posting tersebut. Seronok juga dengan cara pembentangannya. Sesekali terasa macam masuk akal.. Kadang-kadang tertanya pula.. eh ye ke?





Satu masa dulu pernah heboh pasal penemuan piramid di dasar laut. Juga dikatalan cuba dirahsiakan dari umum. Kenapa?

..Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban ...Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu.

Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh 'para pengkaji' ialah tulisan mirip tulisan Rencong (tulisan melayu purba) telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di sebelah dalam.


PELIK KAN? SEBUT SAHAJA "MELAYU" SEMUA PIHAK CUBA RAHSIAKAN... ada apa sebenarnya? 


Berbalik kepada penemuan sebuah Piramid Terbesar dalam dunia yang ditemui di hutan belantara Pahang ini. Jika ia benar-benar wujud, tentu sahaja pihak keselamatan terutamanya askar telah mengetahuinya. Adakah ia juga melibatkan khazanah dan rezab emas di Banjaran Titiwangsa? Tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Adakah semua ini hanya boleh digunakan oleh alMahdi dan kerajaannya kelak?

Fikir.. fikir,,, fikir

Tak apalah, biarlah masa menentukan sama ada ianya benar atau hanya rekaan kerana sampai sekarang semua pihak memilih untuk mendiamkan diri.  Entah apa sebabnya kita pun tak tahu. Satu waktu dulu Cik Siti Molek bernama Srikandi di Mistisfiles pernah cuba buka rahsia ini dan dimaklumkan kemudiannya dia dihalang dari meneruskannya. Siapa yang mengjalangnya? Kemudian, kesah ini terus menjadi tandatanya...

Kini ia bergema kembali apabila blog rakan "Mil of Malaysia" membukanya semula tetapi dalam bentuk santapan ringan dan santai sesuai dengan gaya penulisannya. Mungkain ramai pembaca sudah pun membacanya di sana.



Kita buka semula ruang ini untuk berbincang sejauh mana dakwaan ini masuk akal.

Cuba teliti penulisan tersebut:



PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU


PROLOQUE

1. Selamat bertemu kembali

2. Ketika anda membaca artikel ini, saya sudah tidak berada di negara ini, lokasi saya sekarang ini terletak beribu-ribu kilometer dari anda semua dan saya harap cuaca di sini akan membentuk otak serta akal yang sofistikated.

3. Saya ingin menceritakan sedikit tentang satu rahsia besar yang wujud dalam alam Melayu terutama di bumi yang sangat bertuah ini iaitu Piramid Melayu dan teknologi canggih yang terkait dalam sejarah nusa bangsa.

4. Sebelum itu biar saya ingatkan, ia macam cerita sains fiksyen tetapi inilah realiti sebenar.

5. Cuma saya kira sudah sampailah anak bangsa tahu perihal rahsia ini dari MAKLUMAT DAN KOD YANG DIWARISI ZAMAN-BERZAMAN DARIPADA LELUHUR YANG LANGKA.

6. Log-log ini dan semua rahsianya akan menjadi sifar dan dipadamkan jika wujud satu kerajaan yang bukan lagi dikuasai oleh Melayu, ia akan dipadamkan apabila muncul satu pemimpin bukan Islam yang akan memimpin orang Islam negara ini disebabkan kesilapan anak bangsa sendiri.

7. Sebelum masa itu sampai, (harap-harap tidak berlaku), biarlah saya nukilkan sedikit di sini sebagai kunci yang akan mengerakkan servo-servo motor saraf minda anak-anak bangsa saya untuk membuat kajian, melihat ke dalam diri sendiri, melirik ke alam masa depan tentang nasib agama, bangsa dan negara kita.

SABDA RASULULLAH YANG DISEMBUNYIKAN

8. Saya bukanlah pakar hadis.

9. Tetapi apa ada kemungkinan sabda atau hadis Rasulullah yang tersembunyi yang menunjukkan kebangkitan bangsa Melayu dan nusatara ini satu hari nanti.

10.Apakah wujud sabda atau hadis yang wujud dalam himpunan riwayat Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Abi Da’ud dan sebagainya?

11.Marilah kita renungkan hikayat ini yang dikata diambil dari sabda Rasulullah sendiri dan tersembunyi dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai yang berbunyi :

“Sepeninggal aku telah wafat kelak,akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.

Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

12. Pernahkan anda mendengar hadis ini, terpulang, mungkin ia termasuk dalam kategori hadis yang lemah dan boleh ditolak ke tepi, tetapi benarkah atau ia sebagai satu petunjuk, satu rahsia?

NEGARA MELAYU DAN SEMUA HIMPUNAN RAHSIA YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA.

13.Pertama sekali saya dok selalu berfikir siapakah pembina-pembina Piramid ini, adakah mereka manusia atau makhluk yang dicipta selepas Adam atau manusia yang telah sedia lahir sebelum Adam diturunkan.

14.Atau mungkin ia milik kerajaan Melayu Sriviyaya yang pernah menjadi kuasa besar sebelum kedatangan Islam di rantau ini, bukan itu sahaja, Srivijaya ini pada dahulunya pernah menjadi satu kuasa macam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada zaman itu.

15.Terdapat keanehan dalam kewujudan bangsa Melayu termasuklah jurai keturunan raja-rajanya dan ini kita boleh lihat dalam buku Sejarah Melayu karangan W.G Shelabear.

16.Tersebut kisah dua adik beradik iaitu Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal di Bukit Siguntang, pada satu malam mereka melihat ada cahaya dilangit dan turunlah “Balai Rong Berpusing” yang mendarat di kawasan padi mereka.

17.Padinya berbuahkan emas.

18.Dari perut “Balai Rong Berpusing” itu keluarlah tiga orang anak raja dengan senjata yang pelik-pelik, kemudian keluarlah seekor lembu berwarna perak.

19.Dari mulut lembu itu, keluar seorang lelaki pendek yang bernama “Bard” dan dia kemudian menikahkan Wan Empuk dan Wan Malini dengan dua orang putera raja itu.

20. Persoalan yang menarik di sini ialah, apakah “Balai Rong Berpusing” itu merupakan sebuah kapal angkasa? kerana tidak ada bahasa yang sesuai pada zaman itu maka ia dinamakan demikian.

21.Cuba perhatikan senjata pelik-pelik yang dibawa oleh anak-anak raja ini.

22.Yang paling menarik adalah lembu berwarna perak, sudah pasti ianya metalik dan lembu itu mungkin merujuk kepada satu kenderaan atau robot atau mecha.

23.Mulut yang terbuka? mungkin merujuk kepada pintu atau ruang kokpit, entahlah, saya pun tidak tahu.

PYRAMID MELAYU

24.Dahulu heboh juga dalam blog saya apabila ada orang yang mendedahkan tentang kewujudan pyramid dalam alam Melayu ini, sehingga ramai pembaca yang terkena renjatan elektrik apabila mendapat tahu perihal itu.

25.Sebelum itu, ada beberapa buah blog lain yang juga ada menceritakan sedikit sebanyak kewujudan pyramid tersebut.

26.Orang Melayu juga sudah maklum tentang sebuah pyramid dalam dasar laut Okinawa tetapi asas kepada dakwaan pyramid dalam laut ini dibina Melayu jutaan atau ribuan tahun sebelum ini tidaklah diketahui dan kebenaran kepada dakwaan tersebut masih longgar.

27.Sejak dari hari itu saya dihujani pelbagai soalan dan dijemput masuk ke dalam perbincangan untuk orang Melayu mengetahui tentang pyramid tersebut.

28.Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia.

29.Paling mudah, kita boleh katakan dalam sempadan negeri Pahanglah, lokasi tepat maaflah, tidak dapat saya nak beritahu, biarlah ia kekal menjadi rahsia saya.

30.Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya.

31.Hari ini bangunan yang disebut pyramid pada alam Melayu ini telah pun dilitupi hutan rimba, dan orang melihatnya sebagai gunung yang tinggi.

32.Umpama kita ambil tudung saji, letak di tanah, kambuskan sedikit tanah ke atasnya, sehingga menjadi busut kecil, beberapa bulan atau setahun selepas itu, busut kecil itu akan ditumbuhi rumput, hilang bentuk saji itu.

33.Samalah kesnya dengan pyramid alam Melayu tersebut.

TEKNOLOGI PYRAMID YANG TERLALU MAJU DAN TAK TERCAPAI DEK AKAL

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

34.Dari ayat itu, kita tahu pyramid tersebut menjanakan kuasa, kuasa apa yang dipakai tidaklah diketahui tetapi ia hampir kepada tenaga elektrik cuma puncanya, golongan ini sudah pandai menuai kuasa dan tenaga dari kristal-kristal yang terdapat banyak dari dalam bumi dan manusia macam kita sehingga kini tidak tahu bagaimana untuk mengurai rahsia kristal-kristal yang dijadikan Allah ini.

35.Ia sama dengan pendapat mengenai logam emas, kita tahu emas boleh dijadikan matawang dan barang perhiasan tetapi ada pendapat menyatakan, emas boleh dijadikan sumber pengekalan awet muda, bagaimana emas melewatkan proses ketuaan, tidaklah saya tahu.

36.Sama dengan tumbuhan lain, seperti bunga, apakan Allah menjadikan bunga hanya sekadar untuk dijadikan perhiasan atau herba sahaja?

37.Apa kaitan bunga dengan pembinaan aura pada badan manusia?

38.Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia.

39.Usianya lebih tua, ada pendapat menyatakan ia bukan dibina oleh manusia pada zaman ini.

40.Terdapat pintu masuk yang diukir indah, coraknya lebih halus, sesuai dengan sifat orang Melayu yang kreatif dengan seni artistiknya.

41.Ada dua pintu masuk yang berbentuk shaft, satu mengadap matahari turun dan satu mengadap matahari naik.

42.Kedua-dua shaft ini dengan binaan tangga akan bertemu di tengah-tengah dan membentuk satu lagi shaft yang akan turun ke bawah.

43.Persoalannya dari puncak pyramid ke dasar sejauh 300 kaki ada misteri yang sangat sukar dikupas akal.

44.Kewujudan sebuah BANDARAYA dan kewujudan TEKNOLOGI yang boleh dipakai untuk mempercepatkan perjalanan dari destinasi A ke B (Macam STARGATE atau WORMHOLE)

45.Setakat ini sahajalah kupasan saya mengenai pyramid itu dan ia terhenti dengan kewujudan sebuah bandaraya kerana saya fikir tidak eloklah saya pergi lebih jauh dan mendedahkan terlalu banyak rahsia.

PYRAMID DAN KESELAMATAN NEGARA

46.Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh PENJAGA SULIT YANG SETIA MENJAGA RAHSIA.

47.Ada orang yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu.

48.Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh para panglima yang menjaga warisan itu turun temurun.

49.Mereka yang pernah masuk memberitahu, ada tombol atau suis, tombol ini sangat penting untuk melihat apa yang berlaku di dalam kerana cahaya yang dikeluarkan sangat berlainan dengan cahaya lampu yang dipakai oleh manusia biasa.

50.Persoalannya, apa cahaya ini mempunyai mainan pada mata manusia untuk diperlihatkan sesuatu yang tersirat dan tersurat.

51.Udara dan suasana di dalamnya juga berbeza.

52.Pendek kata siapa yang melihat dan memasuki pyramid ini pasti akan pening kepalanya kerana kemajuan teknologi para pembinanya.

PYRAMID-PYRAMID LAIN

53.Dari maklumat yang ada pasa saya, negara mempunyai sekurang-kurangnya 3-4 pyramid lain termasuk satu di kawasan hutam Sarawak atau Sabah.

54.Saya harap, rakyat atau orang-orang lama yang mengetahui pasal Pyramid di Tanah Melayu ini agar melontarkan pendapat mereka atau menghubungi saya terus.

55.Di Indonesia dan di tempat-tempat lain pun ada pyramid.

BESI ANEH

56.Kalau tidak salah saya tidak berapa dahulu di sebelah utara Malaysia, penyelidik dari Universiti Utara Malaysia ada membuat kajian tentang sebuah kawah hentaman meteor.

57.Yang aneh sekali dalam dan di dasar kawah itu mereka menemui tombak, kayunya sudah hancur tetapi mata tombak masih berada dalam keadaan baik dan sempurna.

58.Aneh lagi kerana mata tombak itu tidak terjejas apa-apa pun kerana hentaman meteor, komet atau tahi bintang yang berlaku jutaan dahulu kesan ledakannya macam bom nuklear.

59.Bayangkan kalau Malaysia mempunyai atau sudah pun ada teknologi besi ini?

60.Adakah dengan kajian teknologi-teknologi pelik ini, negara sudah mempunyai teknologi EMPnya sendiri.

61.Adakah negara kita merupakan satu-satunya angkatan tentera yang mempunyai empat cabang dalam perkhidmatan iaitu udara, laut, darat dan ……

62.Sila ikuti blog saya….untuk persoalan-persoalan yang dijamin akan menyebabkan anda mual dan akan muntah untuk menunggu saya update dan menjawab persoalan saudara.

63.OOO ada laluan shorcut, iaitu segelas teh tarik dan sekotak rokok.

–SEKIAN

Nak percaya boleh tak nak percaya pun boleh......... diangkat dari blog SOLDADU... hehe 
http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/#more-1231

44 comments:

Anonymous said...

betul ckp Admin tu..ada bukti jalan...tak da bukti..bye-bye...zaman sekarang ni byk sangat saksi palsu...

Anonymous said...

3 lokasi 3 negeri terbesar tanah bertuah. Tiada kebenaran utk masyarakat. Hanya dibuka bila masanya.

enrike said...

dalam seni fitnah dajjal ....banyak bukti2 dibuat atau dipaksakan ! teori darwin... Apollo..manusia dibulan... Holocaust.... sep 11 .. dll

jadi banyak bukti yang ada tiada makna dan bukan kebenaran hakiki... sentiasa mengkaji dan berfikir untuk melihat kebenaran...

. said...

Salam...

Ada 'mata' pandang....
Ada 'telinga' dengar......
Ada 'mulut' diam.........
Ada 'hati' rasa........
Ada 'nyawa'...tunggu masa...untuk kembali pulang....

Cipan Tiger Kokok Beluk said...

Keris kat atas tuu auta aje...
ye ye je dia org kata dapat dari dlm piramid dasar laut okinawa...
dekat ulu keris tu ada cop 'made in china'...
alaa bang,sume ni autaa je laa.
chit pooorah!!!!

Hehe..ayat ada makna nih.

Anonymous said...

hari ini langit telah berkata kata
sun halo telah terjadi
ada ataupun tidak, biar masa menentukan

kenapa rahsia kalau benar?
susah nak kata

OrgOrg

setsuna said...

salam,
Mmg penah terbaca entry tentang piramid di sekitar kwasan pergunungan hutan simpan dipahang...dan banyak juga kisah2 yang didengar dari mereka yang pergi sendiri untuk mengkaji tentang piramid melayu ini...sekiranya mempunyai maklumat tentang piramid di sarawak mohon kongsikan..

Gempita said...

Piramid Maya dan Aztec pun ada catatan teknologi mirip Stargate atau Wormhole ni yang boleh reverse MASA perkara ini ada di nukilkan dalam buku penulis dengan nama Pena Kalam Nurani dengan tajuk Fitnah 2012 : Konspirasi Galaktik.Di katakan ada batu bersurat yang menceritakan tentang pendita2 zaman Tamadun Maya Aztec yang boleh pergi ke masa hadapan dan silam serta menelusuri portal Masa untuk ke dimensi lain.

Begitu juga dengan Mitos makhluk Naga yang sebenarnya bukan mitos pun.Ianya wujud di negeri Perak (Naga bernama Seri Kamboja), Naga di Pahang (Seri Pahang & Seri Gumum)bukti nya Istana Pahang ada simpan sisik warna emas sebesar Talam.Ianya berdiam di Tasik Chini.Di Perak dah pergi ke Laut bertarung dengan naga di Laut.Ada pernah terjadi 'Banjir' besar di Hulu Perak mengegarkan 'Chenderoh Damp'dan terjadi tanah runtuh di bukit2 berdekatan Sungai Beng,Hulu Perak.Tok Naga yang bertapa nak keluar menelusuri Sungai Perak tembus ke Teluk Intan sehingga ke Selat Melaka terus ke laut lepas.Setiap kali tamat tempoh bertapa(hibernasi) pasti terjadi banjir besar di Hulu Sungai Perak.Peristiwa ni di saksi oleh Panglima Diraja yang berkhidmat di bawah 12 Sultan Perak di Hulu Sungai Perak lokasi tebing sungai Kampung Beng,Hulu Perak.Konsep 'Transforms' ni disebut sebagai'Shapeshifting Race' di dalam buku 'Eden in The East',Dr.Stephen Openheimer' .Ni url link pasal lagenda NAGA di Tanah Malayu http://halim-lagenda.blogspot.com/ kredit kepada owner blog

Gempita said...

So moral of the Story from History became Legend,from Legend became Myth and Myth become joke of the Century......

Gempita said...

Kenang-kenangan struktur'Piramid' di dalam Budaya Tamadun Malayu di mana binaan Seri Panca Persada untuk majlis mandi sampat terakam kemas dalam Warisan Raja Naga.Rujuk url http://engkukobatsalehuddin.blogspot.com/search?q=Panca+Persada
kredit to blog owner Engku Kobat Salehuddin

Kepada yang anggap Piramid Malayu joke of the Century tolong buat 'cross reference'dengan Tamadun Mesir-Land of Punt(Istilah lazim diguna-pakai Srikandi dlm blog mistisfiles)dalam penulisan buku Prof Arysio De Santos(Atlantis Finally Found).Nak bukti fizikal ? P redah gunung Daik

Gempita said...

Law of Attraction tu apa nyer kalau di kaitkan dengan Alam thoriqah kemudian fikir tentang 7 petala langit 7 petala bumi dan apa yg ada di antaranya.....kemudian pasal Alam Lahut,Mahut dan Bahut...ALif Ba Ta (Ilmu Kalam)

Kemudian Fikirkan tentang Kun Fayakun ,Kun kata Allan Fayakun kata Muhammad (ni blogger hassellusiby mahir terangkan)

Sekian Hamba Fakir yang hina

Gempita said...

Pasal panca persada ada 4 penjuru api,air,angin dan Tanah.Ilmu Empat unsur atau seumpamanya begitu juga Ilmu Jirim 12 atau Ilmu Haq Perimbun boleh merubah Jirim ke tenaga dgn izin Allah(frekeunsi sama dengan Single Atom)@ Cahaya(Rujuk Fizik Kuantum)struktur molekul jisim pun berubah.CERN cuba mengkaji benda2 macam ni dengan mesin Particle Collider nya.

Shih Huang Ti dikatakan menguasai ilmu empat unsur begitu juga Raja besar Zulkarnain menguasai ilmu begini rujuk Surah Al-Kahfi ayat yg mengatakan di buka segala pintu untuk baginda...

. said...

Trimas bro Gempita,
Salute spring sama lu bro.

Anonymous said...

Banyak sgt penglipurlara kat Malaysia..banyak benar ceritanya..sampai xtau yg mana satu nak baca.Cerita ala2 harry potter pun ada juga..hahaha..cerita punya cerita in the end bukti pon tarak..tu la masalah org malaysia ni..bukti fizikal kat negara sendiri xda..bukti keagungan negara org yg kita dok klaim milik kita.opss, aku telupa plak yg org melayu semenanjung ni kan asal dr Indonesia..hahaha..patut la xda apa tinggalan kat semenanjung dulu, sbb smua dtg dr luar.joke of the century :p.Selalunya kalau org Malaysia yg kuat bercerita tanpa bukti akan akhiri petikan mereka dgn ayat camni "banyak lagi khazanah bangsa melayu yg diSEMBUNYIKAN oleh org luar utk menjatuhkan martabat org melayu"..ye ye je. Ni ayat tipikal si penglipurlara, jadi org Malaysia hati2 skit dgn depa ni kaki kelentong je lebih.Lagi pon,buat apa drg nak sebok sembunyikan khazanah org lain, banyak lgi keje drg bleh buat dr main sorok2 dgn org melayu.Get a life la bro. Kat luar sana tu masih ramai anak2 melayu islam yg rosak2, xkan nak sebok agung2kan masa lampau je, masa depan org melayu islam ni camner plak?

Gempita said...

Hujah Tipikal GOYYIM yang keTAKUTan..cuba baca ayat dia betul2..Pertama Jangan Sebok claim artifak di negara org len sebab bukti takda(Bukti Fizikal?)Ni selalu bunyi pengikut POLITAIK.Memang ada saya tegas kan ada cuma atas dasar birokrasi ianya tak dibenar untuk war-war kan.Jgn tanya saya kenapa lu pk la sendiri....Buat apa nak kelentong apa faedah org yg kelentong nih....Klu setakat nawaitu Politaik takda maknanya.
Kedua, perhatikan ayat-ayat 'back-up' 'buat apa drg nak sebok sembunyikan khazanah org lain,byk lagi keje drg boleh buat dri main sorok2 dgn org Melayu'.......(ni nak gitau yang dorg sorok kan tu bukan statistik 'Anak Haram' Melayu ke,atau Statistik Sundal Melayu ke tapi ianya sgt besar impak nya dlm pertahanan negara malahan boleh merosakkan sistem yg dorg da bina sekian lama utk goyyim2 mcm kamu.Memang goyim2 mcm kamu takkan boleh terima perkara ni.Dah sedia maklum goyim2 akan ckp mcm ni.Memamg buang masa pun bertealagah pasal hal begini dgn Goyim tahap cabok.
Pasal hal anak-anak melayu islam yg da rosak itu datang dari sistem yang diguna pakai oleh Melayu itu sendiri yg dah terpedaya dgn Tipudaya(Konspirasi) musuh Islam itu.Siapa musuh Islam? (Jesuit,Freemason,Illuminati).Sanggup kah kamu menukar seluruh sistem Benedictine order dan New World Order ini? Jawab dgn jujur....dlm erti kata lain yg lebih mudah ...

Sanggupkah kamu runtuhkan sistem Perbankan ganti dgn Baitul Mal yg memberi bantuan kewangan dgn Zero interest?Sistem Perundangan Konvensional?Ada bran?? Tukar Sistem Mahkamah Konvesional kepada sistem Perundangan Islam untuk semua umat termasuk yang bukan islam? Yakni hudud.Sistem Parti Politik kepada sistem Khalifah berteraskan Syura' Apa itu Syura?Majlis utk pemilihan Khalifah yg dihadiri Ulamak2 Mursyid lagi Kasyaf.....Tukar sistem Pendidikan yg berteraskan sistem Konvensional lagi sekular kepada sistem yg meletakkan Ilmu Tauhid itu di atas kemudian baru Syariat(Ibadah).
Sekarang ni org sebok jual-beli emas utk hedging dari Sistem Duit Fiat...tapi apa yg dorg lakukan hanya lah berputar dlm sistem Riba' juga apabila emas tadi dibeli dgn duit kertas riba jua.P mai P mai tang tu jugak.Sepatutnya Emas tu ditukar ikut sistem barter.Tukar emas dgn komoditi(e.g Lembu,Kambing,Gandum,Beras(makanan ruji @ Staple).Ni tak da jadi dari Riba' ke Riba' juga sampai harga emas mencecah 170 segram da pasti naik memuncak lagi.Sedangkan nilai emas itu stabil .Ini tidak dorg dagangkan matawang emas (duit buat duit)tidak ada cabang muamalat sebegini dlm zaman Rasulullah malahan haram membuat diperdagangang kan nilai matawang tadi.Sepatutnya Matawang Emas dikawal selia oleh Baitul Mal bawah Pemerintah atau Khalifah yg diberi baiah oleh Rakyat bukannya diperdagangakan nilai nya dalam Bursa2 Komoditi (Exchange2 Floor)yang membuat keuntungan atas Demand & Supply nilai Matawang emas itu.Ada faham? benda macam ni pun org kita gagal nak faham apatah lagi nak implementasi kan.Lu cerita anak Melayu Islam yang banyak rosak? tak payah nak hairan lah mat...Kita sendiri yang sumbat sumber rezeki yang dihinggap riba' ke dalam tembolok anak bini sendiri lagi mau banyak bunyi ke?Kan Allah dah Firman Org yg songkong sistem Riba' apatah lagi mencekik hasil ada riba' adalah musuh Allah dan Nabi kan,Allah takkan redha punya....Ingat senang nak lepas dari cengkeman sistem Dajjal.Berapa ramai yg terikat dgn riba' dari hutang bank loan keta, umah, kahwin, loan pendidikan umpamanya.Hal begini pun kita tak boleh nak rungkai tak payah lah nak sebok cerita hal luar dalam kain anak2 melayu islam yang rosak tu.Get Life bro? What Kinda FUCK of life u mean?What type of Life u mean?U wanna get out from this NWO and This Benedectitw order default to zero Ada Bran? mau hilang semua demi sebuah Pengorbanan kepada Allah dan Kepada Nabi....Ya atau tidak saja....Seperti dlm Al-Fatihah 'Siratal AL-Mustaqim' Jalan yg lurus jawab dengan lurus Ya atau Tidak bak kata Matrix red pill or blue pill....selain dari itu tiada lagi jawapan hanya lah alasan.Faham?

aman said...

Nah kau, Solid punya Gumpita tarok... lagi kasi taruk cili beb biar sendawa acid .. hahaha.

Point Gumpita cukup kemas, wa sokong lu 100persen,

Nasihat wa kat lu bro anon 1234am, sila belajar lagi...

Anonymous said...

agreed sgt3dgn Gumpita...tapi bilakah ianya kan terjadi seperti itu....

Anonymous said...

cantik ayat sdara Gempita... memg ramai org yg perlekehkan isu2 piramid niee.. isu2 bangsa melayu yg misteri niee... biler sembang jer... semua nak bukti.. nak fizikal...... sbg org Islam.. kan kita wajib percaya bende2 ghaib..

dorang nie semua dah lama kene bius dgn jarum fitnah dajjal niee.. tur yg x sedar dan nmpak... dah buter hati dan minda.. pesal byk makan makanan segera...

kita adalah umat Islam akhir zaman... sape watak2 utama yg akan muncul pada akhir zaman nt??? sang dajjal @ ketua pihak kafir... Iman Mahdi @ ketua golongan Islam... duer watak penting inilah yg patut dikaji dan dibaca... dan apa kene mengena dgn bangsa melayu@ bani Jawi@ bani tamim??? apa maksud bani tamim???... apakah nama pemuda yg akan menyiapkan tapak pemerintahan utk Imam Mahdi???....... sape nama pelaut yg tersesat dan terjumpa dgn sang dajjal???...... pi la kaji... belajar.. xkan nak tunggu org suapkan dlm mulut pulak..

. said...

Bro Gempita..lu punyer bunyi memang ganaz..
Lagi taruh tambah..kaw kaw punyer bro..
Kasi hentak itu kepala kasi pecah..biar berganti dengan kepala baru..
Kepala lama dah tak relevan nak guna pakai lagi dah processor rendah and over slow sgt...
program lama sumer haram kejadah.
Kepala baru mau install program hyper trillion giggas.
Hehe..

Anonymous said...

kisah akhir zaman bangsa mim kalau di kaji dan dibaca...ada relevennya berkaitan dgn piramid melayu...rujuk http://re-matrix.blogspot.com/p/bangsa-mim.html...baca sampai habis...diakhir tajuk...anda akan jumpa suatu yg amat bertepatan dengan hadis akhir zaman...wallahu'allam...

Anonymous said...

auta semua tu,jgn percaya dan dengar,mcm ramalan ahli nujum.doomsday 21 hb dis 2012 dah pun berlalu,xde kemusnahan,xde gempa,matahari bulan masih ikut paksinya,kelendar mayan dah pun out dia punya ramalan,bodooo je,huhuhu...

Anonymous said...

ramalan bodoh spt doomsday tu la yg sengal. Sape suruh percaya. Dh sebut dlm al-quran yg hari kiamat nie kita mmg xtau even nabi.cuma diberi kpd hint je. Yg pasal piramid bangsa melayu mungkin betul. disorokkan mesti ada sbb. rahsia bngsa melayu mmg telah disorokkn. klu tidak knp portugis jajah melaka.Xkn sbb agama,politik dgn resources yg ada kat melaka pd masa tu. mesti ada sbb lain yg kita xtau.

Anonymous said...

apa kta kita yg berBANGSA MELAYU ni kumpul DANA utk buat stu xpdc bg mncri kbnran tntg ujudnya PIRAMID trsebut?dgn cra ini bru kta tau sapa BTOL dn sapa SALAH!!klo tdk spi bla2 pn kta hya dpt dosa kering,dok tduh org itu org ni..AMCAM KALIAN SETUJU KE?

Anonymous said...

karut. karut. karut. mengarut. awak ni banyak sgt tidor dan berangan angan macam matjnin. bangunlah dari tidor wahai kawan. hari ini orang laen sedang berlomba lomba menguasai teknologi sedang awak masih lena dibuai mimpi, sedap sangat ke tidor....
sikit lagi tahik mata awak lebeh besar dari tuboh awak dan ianya akan menyusahkan segala pergerakan serta kebebasan awak. insaflah, jangan buat bohong lagi, merugikan masa depan bangsa, bertaubatlah dan balik ke pangkal jalan

Anonymous said...

sesungguhnya untunglah kepada sesiapa yg banyak berfikir

AJ23

Anonymous said...

Kalu nti terzahir almahdi...dgn sape kite nk sahihkan..fcbook ke, tv ke,paper ke,ust2 awam ke,..golongan mana kite mase tu..pasti ke kite ni benar.bkn semua umat hampir n bergaul dgn guru mursyid yg laduni n kasyaf..sya hanya memandai mandai...

The Keeper said...

Perkara seperti ini perlu kajian yg mendalam dn menggambil Quran dn Hadith sebagai panduan supaya tidak di fitnah oleh dajjal...kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.Sudah jelas dan nyata Bangsa Melayu ini amat di geruni oleh bangsa lain terutama Yahudi...namun demikian kita perlu mewujudkan satu badan penyiasat bebas utk merungkai masaalah ini dn di angkat kepermukaan umum untuk ditatap oleh anak cucu kita supaya biar mereka tau duduk perkara yg sebenar berkenaan BANGSA MELAYU ini...dan penghujung nya mereka berasa bangga dgn bangsa mereka yg selama ini di hina...Bangsa Melayu berkait rapat dgn Ilmu Tauhid...
Waullah hualam.....

Anonymous said...

Penipu

Anonymous said...

kita tak tau beto ke tidak, yang nak percaya, suke hatilah...n lau x percaya, pergi cari bukti sendiri..(mesti dia org ckp x de keje lain ke nak buat)kita ada akal..gunakanlah dengan sebaiknya..ckp senang...cer pergi buat dulu..baru tau..

Unknown said...

Bro.. Blog tu dah kena blocked.. Kalau boleh, nak tau lebih lanjut.. Apa yg ada kat dalam pyramid tu.. Selain dari alat portal yg macam wormhole tu.. And kalau boleh, macam mana gua nak contact bro empunya blog MoM tu? Harap bro dapat tolong gua..

Unknown said...

Lagu satu, mungkin betul jugak apa yg blog tu cuba nak bagi tahu kita.. Pada pendapat gua arr kan, mungkin pyramid tu dibina untuk imam mahdi or nabi isa guna kejar dajjal time kiamat nanti ke.. Pasal blog MoM tu ada cakap yg dalam pyramid tu ada portal yg macam wormhole kan?! Ni pendapat gua lah.. Tapi gua nak kaji lagi pasal benda ni.. Harap bro dapat tolong gua contact pemilik blog MoM tu lah..

Anonymous said...

Kerajaan Malaysia memang telah sedia maklum akan hal ini tetapi ianya adalah Rahsia Besar (isu penemuan piramid). Untuk makluman semua telah banyak ekspedisi dijalankan sejak dari zaman British lagi tapi gagal dan dipendekkan cerita baru lagi ditemui dan masih dalam kajian. Pelbagai ancaman terutamanya risikan dari negara asing telah cuba mencari info tentang hal ini, eloklah dirahsiakan maklumat penuh dari pengetahuan umum. Sampai masa nanti tuan puan akan ketahui juga. Kepada sesiapa yang mempunyai info penuh, jangan buat pendedahan penuh kerana tuan puan sedang diperhatikan. Sekian.

Unknown said...

BERANGAN TAK SUDAH.

Anonymous said...

Salam..minta admin bongkar ttg A Famosa kat Melaka.Rakyat n kerajaan agungkn w'pun sbnrnya d bina dr batu nisan dn drh org Islam.mrk x tahu???atau mmg Melayu x suka ambil tahu?

Unknown said...

ada perkara yg wajib d rahsiakan,ada gak yg bleh di dedahkan,bergantung pd sesuatu keadaan...x payah la nk di bahaskan sebab musababnya...masing2 boleh befikir,tuan tanah pun da bagitau,nk percaya pn boleh x nk percaya pn boleh...tu pn tak paham2 lg...jgn la nk bandingkan sesuatu cerita dengan akal kamu yg dangkal tu....bangang betul.

Unknown said...

apa korang ingat bangsa melayu ni bangsat sangat ke?penah ke korang kaji tentang bangsa sendiri?bila ada je cerita yg tak boleh diterima oleh akal korang yang bangang tu,mula la nk bertekak yg bukan2...sedarlah sikit wahai bangsa yg mundur...klau genarasi kita ni ,x berubah,nk tggu genarasi mana lg...????tu belum lg dengar cita yg kita ni masih lagi di jajah dan masih lg belum sedar2 sampai sekarang ni masih lagi duk khayal yang negara kita ni dah merdeka....kalau ada yg menghidangkan ilmu ,maka manafaatkanlah...klau x nak tinggalkan aje...tapi jangan nak pengaruhi atau nk mengata org lain.

Anonymous said...

Sejauh mana cerita, hati naluri yan akan memberitahu kebenarannya. Yang jelas dan nyata bumi ini kaya dengan emas yang terletak di sepanjang banjaran titiwangsa dan rasanya ramai dah tahu. Ini facts. Orang melayu memang malas nak kaji asal usul mereka tanpa mereka sedara orang luar sekarang dok menkaji asal usul melayu zaman berzaman. Bangkitlah orang melayu, tak rugi apa pun mengali asal usul kamu. Memang kamu ada tanggungjawab akhir zaman dan bermula dari sekarang carilah alternatif untuk penyatuan ummah.

Unknown said...

Piramid Melayu,Bersempadan negeri pahang Letaknya di Gunung 3Cabang Kampung Tenang ,Labis Segamat Johor

eksekusi sadis said...

mkasih sob

Dr Purva Pius said...

How I Got My Loan From A Genuine And Reliable Loan Company

I am Mrs.Irene Query i was in need of a loan of $150,000 and was scammed by those fraudulent lenders and a friend introduce me to Dr Purva Pius,and he lend me the loan without any stress,you can contact him at (urgentloan22@gmail.com) Approvals within 2-4 Hours


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact:urgentloan22@gmail.com

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

BORROWERS APPLICATION DETAILS


1. Name Of Applicant in Full:……..
2. Telephone Numbers:……….
3. Address and Location:…….
4. Amount in request………..
5. Repayment Period:………..
6. Purpose Of Loan………….
7. country…………………
8. phone…………………..
9. occupation………………
10.age/sex…………………
11.Monthly Income…………..
12.Email……………..

Regards.
Managements
Email Kindly Contact: urgentloan22@gmail.com

nip said...

Ilmu Piramid - Ilmu Zulkarnain untuk melindungi kawasan tempat tersebut dari Letusan Gunung Berapi. Dan memang tidak heran Zulkarnain datang ke Tanah Melayu dan membina Piramid (Tembok) untuk mengatasi masalah Letusan Gunung Berapi yang melanda ketika itu. Walaubagaimanapun, apabila diizinkan Allah, tembok tersebut akan terbuka sedikit demi sedikit sehingga akhirnya bakal meletus semula. Tidak siapa yang menduga kerana selama ini menyangkakan ianya adalah Gunung Berapi Mati @ tidak aktif. Bila ianya berlaku, apabila terlalu banyak dajal kejahatan di bumi, fitnah merata, dan mereka hanya sukakan harta dunia dan mereka mengikut tipu daya dan telunjuk dajal(manusia berperangai jahat namun berlagak mereka ini baik).

Berhati2lah bila masa itu sudah sampai. Takkan Melayu Hilang di Dunia kerana bangsa ini adalah nubuat akhir zaman. Nabi Isa mempunyai misi ke atas domba yang hilang dari Israel. Melayu berdarah Isreal. Bangsa inilah yang hilang dari Isreal. Jadi tidak mustahil Nabi Isa akan diturunkan untuk menjadi penyelamat kepada Bangsa Melayu. Semua yang mengaku penyelamat Melayu adalah dusta dan hanya mempunyai kepentingan diri sendiri.

Ieza2fyza said...

Kesian bodoh tapi perasan cerdik! ��

Ieza2fyza said...

Kesian bodoh tp nak komen jugak

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan