Tuesday, January 3, 2012

Nepotisma dan Kisah Kahwin Lari




Sama sahaja, tidak kira siapa bila sudah melangkah ke lapangan politik demokrasi iblis ini pasti melakukan kesilapan. Tak usahlah menempelak dan menuding jari atas kesalahan orang lain seolah kita bebas dari lakukan kesalahan. Apa yang berlaku sekarang ini amat mendukacitakan terutama bagi orang Islam. Orang islam dituntut berakhlak mulia dan mempunyai pekerti yang tinggi. Mampukah kita lakukannya sekiranya kita menjadi ahli politik?

Sudah menjadi kebiasaan orang politik akan mencerca dan mengeji musuhnya, bercakap bohong dan dusta, menipu daya dan berbagai lagi unjuran kearah itu. Ulama dan pemimpin berwatak warak juga tidak terkecuali. 

Di sinilah terserlah keburukan politik demokrasi acuan barat ini. Ulama juga ikut terpedaya apatah lagi orang bebanyakan. Perkara yang sering kita dengar serangan ahli politik bukan kerajaan terhadap penguasa negara ialah rasuah dan nepotisma dan salah guna kuasa (sama juga dengan rasuah sebenarnya). Sang penyerang tersebut juga tidak semestinya bersih sepenuhnya dan belum pasti dapat mengelak diri dari melakukan amalan tersebut bila dia mempunyai kuasa nanti.

Rakyat biasa yang naif sering menjadi mangsa tipuan dan dipaksa mempercayai hujahannya sekaligus mengangkat nilai kebaikan dirinya. Dia memperaga sikap seorang yang jujur serta beramanah. Sejauh mana dia benar masih tidak pasti kerana ia belum teruji lagi. Namun terdapat satu cacatan sejarah politik tanah air yang membuktikan bahawa sesiapa sahaja berada dalam kuasa demokrasi kapitalis ini pasti melakukan hal yang sama. 

Satu contoh yang baik untuk kita lihat bagaimana politik mampu menukar watak sesaorang. 



Yahaya Ismail menulis: 

Anwar menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

 

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir.

Mereka sama-sama mengamalkan nepotisme, bukan hanya Mahathir.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.


petikan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.

7 comments:

Anonymous said...

Sapelah nak mati kehausan jika duduk di tepi perigi? tak salah bantu keluarga tapi janganlah melampau. Rezki patu dikongsi dengan orang lain juga tapi bab citer DSAI ni memang tak masuk akal lah....menyakitkan hati, menerbitkan kemarahan dan memaksimakan kebencian saya kepadanya....Ya Allah, aku mohon kepadaMu ya Tuhanku, jika insan bernama AI ini merupakan orang yang bakal menghancurkan keamanan, kedaulatan agama dan menghancurkan bangsaku, Kau ambil lah dia kembali kepadaMu ya Allah! Amin, amin, amin ya rabbal alamin...

Anonymous said...

kalau anuar rompak duit negara .. heret ke mahkamah.. belasah cukup2.. bukankah BN ada semua maklumat... tapi saya tak pernah terdengar anuar diheret pasal hartanya.. tapi selalu keluar cerita peribadinya.. tolong bg fakta yg jelas. takut terfitnah

Tok Janggut said...

apada penulis nih...pnya byk dok kaji bab dajjal la akhir zaman la..last org yg dok curi harta rakyat jgk yg disokong,org yg byk menganjurkan pesta2 maksiat jgk yg disokong..org yg dekat dgn dgn ulama di fitnah,dituduh mcm2...apada lu ni....

Anonymous said...

hehehe ramai jugak yang tak reti reti.. kalau negeri jatuh kat yahudi... tak guna lagi citer pasal dajal... baik masuk utan buat amal... ada fahamm? ulamak? tolonglah... ulamak ke benda kalau tak boleh fikir? ulamak tak kan pakai baju dap komunis.. tolonglah. ada akal pikir. tak nak pikir lantaklah ko..

tok misai mhehe said...

susah kan nak trma kenyataan? ramai tak tau sapa anwar ni. penulis nak cerita benda sebenar, yang kau mroyan tu apsal, tok janggut?

Tok Janggut said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

pnah refer x kisah saidina uthman bin Affan? 6 tahun ke-2 bila time pemberontakan nk berlaku punya ramai x puas hati dgn pemerintahan dia padahl punyala banyak jasa dia sebelum tu.. sampai dia mati syahid..rakyat2 dia plak ada yg kata mcm2, sampai ada satu masa bekalan makanan, air disekat, rumah kena kepung, ..
ok ,refer semula pd kisah nik aziz,mcm manapun dia ulama' kn? x pyh nk cari kelemahan dia, klu x puas hati sgt, just jumpa dia face to face.. nanti x pasal2 apa yg kita buat undang murka Allah..ingatlah ckit, ulama' pewaris nabi, dan masing2 ada ijtihad sendiri..bukan semua manusia x pernah buat kesilapan.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan