Dengan kadar bayaran serendah ini, kerajaan akan dapat membantu sebahagian besar rakyat negara menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat kepada rakyat untuk lebih berusaha memperbaiki taraf hidup. Rumah yang cantik dan menarik bakal merubah imej masyarakat marhain di negara ini. Sesiapa sahaja yang layak boleh membuat permohonan kepada SPNB.
Tidak mustahil akan berbunyi juga nanti suara-suara sumbang yang menyakitkan telinga. Usaha yang baik pun akan dipusing-pusing untuk menggambarkan keburukan, ia menjadi tren masa kini. Orang Melayu semakin berubah. Sedihnya ada antara mereka yang membuat kerja ini ialah mereka yang mengaku sebagai orang agama. Dimanakah keikhlasan mereka?
Mungkin juga akan dianggap sebagai gula-gula politik sebagaimana Kedai 1 Malaysia dahulu. Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya sendiri. Apa yang penting kebajikan rakyat akan terbela. Sesiapa yang layak akan mempunyai peluang yang sama rata walau dari mana kaum dan ideologi politik.
Rata-rata orang miskin tegar di negara ini adalah orang Melayu, berbagai usaha telah dibuat walaupun tidak dapat menyelesaikan semuanya. Pembinaan rumah mampu milik dengan kos sekecil RM150 sebulan tanpa riba ini adalah usaha murni yang wajib disokong.
Usaha menggagalkannya atas dasar kepentingan politik adalah sesuatu yang amat malang. Mengapa susah sangat orang Melayu mahu menerima kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka?
Dari dasar penubuhan Pusat Pengajian Tinggi, Badan Berkanun hinggalah GLC yang semuanya banyak membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Namun angkara beberapa kerat manusia yang suka sangat membuat tohmahan dan melakar rekayasa tanpa bukti kukuh, masyarakat Melayu akhirnya terbawa-bawa budaya membenci sesama bangsa seagama. Jika betul ada bukti rasuah dan salah guna kuasa, jom kita heret mereka ke mahkamah. Rasanya mudah kita perbaiki keadaan dari membuat tuduhan membabi buta.
Jika dikatakan mahkamah tidak boleh dipercayai dan menjadi alat kerajaan, ia sesuatu pembohongan yang nyata. Ada menteri yang terpaksa meringkok dalam penjara, ramai kakitangan kerajaan diseret kemahkamah kerana rasuah dan sebagainya membuktikan pembohongan kenyataan tersebut. Saya tidak suka mengungkit kes DSAI baru-baru ini.
Orang Melayu yang miskin ini lebih seronok mendengar dusta sana-sini mengenai tuduhan rasuah, kroni dan sebagainya yang sedikitpun tiada kena mengena dengan kehidupan mereka secara langsung. Kebanyakannya pula tidak berasas sama sekali, tiada bukti yang boleh disabitkan. Persepsi demi persepsi direkayasakan (tuduhan bermodalkan air liur) sama seperti umpatan jua, sesuatu yang dilarang dalam agama.
Projek ini bukanlah omong kosong dan bermotif politik, namun sepertimana biasa bila sudah benci, sesuatu cantik elok macam mana sekali pun akan tetap dikatakan buruk juga.
KELAYAKAN PEMOHON
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
REKABENTUK
Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadr ul - Hassan.

Keluasan 866kps

Keluasan 700kps
Pandangan Perspektif Rekabentuk (Atas Tanah)

Keluasan 866kps

Keluasan 700kps
Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180.
Syarat mudah disediakan untuk membantu mereka yang miskin dan dhaif mendapat rumah selesa untuk didiami.
maklumat lanjut sila ke SPNB






10 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=o6sxUREAIzg
Bersediakah kita provokasi yg dicetuskan?
kuning merah biru atau hijau atau putih pilihan warna kita?
PUTU MAYAM
salam...
apa yg baik ita sokong apa yg buruk kita kena tegur, masalahnya yang yg buruk lg banyak dr yang baik tp apabila ditegur bertmbah-tambahlah keburukkanya, Kata Tuan Guru inilah manusia yg tak cerdik..bg yang pernh memohon dan memperolehi rumah mesra rakyat ini sy gerenti 100% mereka semuaa tidak akn menyokong apa yg saudara nyatakan dlm artikel di atas, kerana sistem dan proses utk melaksanakannya terlalu bnyk kerenah walaupun niatnya betul....
" Makcik amat berterima kasih dan bersyukur kerana berpeluang tinggal di rumah baru...cuma umno je yang sudi bantu makcik utk dapatkan bantuan pinjaman perumahan...sebenor nya dah lama sangat makcik mohon,tapi tak pernah nya dapat...sekarang dek sebab hari nak pangkah dah dekat,jadi deme' gulagula kan...deme bagi makcik ambik,tapi kalu pangkah tu makcik tak buleh bagitau...itu rahasie...!Dan tak lama lagi deme kata nak bagi 500 rengget...tengah nunggu yg tu le...!
Hidup umngok...!Yg dalam gambo tu makcik le tu...masa nak begambo tu deme suruh makcik pakey kebaya...dah tu nak pakai gincu bedak bagai...eeeeiiiii...tak koser le makcik,malu le ngan cucu makcik...kalu bagi 500 riggit,taaper gak...!
baguslah bersangka buruklah, semoga bahagia. sunah tuu. apa yg dibuat semua salah, bg pluang x reti buat/
bole gi mapoh le puok pas tu jange beghi muko. bodo
dean dan mael bodoh,
tuan guru najis ada kata berkawan dengan syaitan tu halal. janji bukan umno. lagi dia kata ambik takpe pangkah tetap pas. dgn kata lain jadi munafik atau dalam bahasa lembutnya hipokrit tu pun halal.
jentayu
maapla geng pas ni macam dah kena dadah jer, dah tak leh nasihat. biorkan jer luncai terjun.
salam kedamaian buat semua,
"berlapang hatilah terhadap saudara seagamamu...itu lebih baik dari pertengkaran terhadap perkara2 cabang..."
:)
YANG TU UNTUK ORANG YANG DA TANAH ATAU TUAN TANAH BG IZIN, YG TIADA APA - APA DAN ORANG YANG TERPERANGKAP DENGAN HUTANG BANK MACAM MANA??
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.