Saya merasakan artikel ini sgt menarik untuk dibaca kerana sebelum ini tidak pernah menjumpai tafsiran yg sebegini. Selama ini pohon Khuldi hanya ditafsir secara literal sebagai sebuah pohon larangan, namun Prof. Dr. Mahmood Zuhdi menafsirkan pohon khuldi itu sebagai seks...sila baca penerangan beliau dalam artikel dibawah. Walaupun ianya adalah tafsiran ijtihad tanpa dalil yang nyata disebutkan dalam al-quran dan hadith, namun penjelasan beliau berdasarkan al-quran dan hadith begitu menarik dan meyakinkan...hehehe...
Pokok Khuldi ganti hubungan seks?
Oleh DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID
SEBAGAIMANA ternyata, tidak ada keterangan secara langsung sama ada dari al-Quran atau al-Sunah tentang 'pokok khuldi' itu. Kerana itu ia terdedah kepada tafsiran ijtihad. Dalam al-Quran, selain dalam ayat-ayat berkenaan, perkataan syajarah atau seumpamanya disebut sebanyak 20 kali. Dan dalam jumlah itu, bukan semua perkataan berkenaan digunakan dalam pengertian yang hakiki.
Antara contoh penggunaan tidak hakiki bagi perkataan berkenaan ialah Syajarah al-zakum meskipun ia diterjemahkan dengan berbagai-bagai jenis pokok tetapi ternyata konsepnya lebih bersifat majazi.
Ini bererti menggunakan perkataan syajarah bagi mengertikan seks secara majazi bukan suatu yang jelas tidak tepat. Malah kalau dipadankan dengan perkataan harth atau ladang sebagai lambang isteri, penggunaan syajarah atau pokok sebagai ladang seks munasabah sekali.
Seks Adam dan Hawa
Satu asas lain ialah adanya sebutan tentang 'kemaluan' Adam dan Hawa dalam ayat-ayat berkenaan. Sehubungan dengan ini plot cerita berkenaan lebih kurang begini. Syaitan dengan tujuan menelanjangi Adam dan Hawa sehingga menampakkan kemaluan kedua-duanya menggesa mereka berdua 'mengecapi' pokok terlarang itu.
Plot ini agak jelas menunjukkan, maksud pokok itu ialah seks dan perbuatan memakan atau merasai itu sebenarnya mengadakan hubungan jenis. Kalau tidak kurang jelas relevannya soal 'kemaluan' itu disebut di situ.
Dalam ayat 20 surah al-A'raf Allah bermaksud; Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:
"Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang yang kekal (selama-lamanya di dalam syurga)".
Malah dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menceritakan apabila mereka berdua mengecap (zaqo) pokok terlarang itu maka kemaluan-kemaluan mereka pun terdedah dan dapat dilihat oleh mereka sendiri.
Firman Allah: Dengan sebab ini dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing…(al-A'raf: 22)
Cerita yang sama bentuknya juga terdapat dalam ayat 121 surah Taha. Mengulas ayat 20 surah al-A'raf, Syed Qutb menyebut: "Mereka kedua-duanya ada kemaluan. Tetapi sebelum itu tertutup dan tidak dapat dilihat oleh mereka.
"Daripada plot cerita, kemaluan tersebut bersifat fizikal yang memerlukan ditutup secara material. Begitu pun sebelum itu mereka berdua tidak diberitahu tujuan diadakan kemaluan itu".
Dalam ayat 121 surah Taha, Syed Qutb menyebut, Allah menggunakan ungkapan "fabadat lahuma Sau Aa Tuhuma" dan tidak "fabadat Sau Aa Tahuma", kerana ia menekankan hakikat. Sebelum itu mereka berdua tidak nampak kemaluan itu. Hanya apabila didorong oleh sesuatu perasaan dari dalam baru mereka nampak kemaluan-kemaluan itu.
Sebelum itu Syed Qutb menyebut kemungkinan pendedahan kemaluan itu ada kaitan dengan bangkitnya naluri seks dalam diri masing-masing. Dengan lain perkataan, suatu kesedaran seks telah berlaku dalam diri kedua-dua mereka.
Terpedaya Untuk Kekal
Satu hal lain yang boleh dihubungkan dengan andaian berkenaan ialah persoalan khulud atau 'kekal'. Dalam ayat-ayat 20 surah al-A'raf dan 120 surah Taha, ada ditonjolkan soal ini.
Ayat-ayat berkenaan menceritakan bagaimana iblis menggunakan isu khulud atau kekal sebagai satu daya penarik.
Dalam surah Taha pula Allah berfirman, menceritakan: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, Aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"
Mengulas ayat 20 surah al-A'raf al-Qurtubi menyebut satu pendapat ulama, Adam inginkan khulud atau kekekalan kerana dia tahu para malaikat tidak akan mati sehinggalah hari kiamat. Syed Qutb pula mengulas isu yang ditimbulkan oleh syaitan ialah "melepaskan diri dari ikatan tubuh seperti malaikat serta bersifat kekal atau khulud". Namun beliau lebih tertarik dengan bacaan Ibnu Abbas iaitu Mulkin.
Kata beliau bacaan ini sesuai dengan apa yang terdapat dalam ayat 120 surah Taha. Berasaskan bacaan ini Syed Qutb mentafsirkan, "Pujukan itu berasaskan kepada kuasa dan umur yang kekal berpanjangan iaitu dua nafsu yang paling kuat dalam diri manusia". Beliau kemudiannya menghubungkan nafsu-nafsu ini dengan seks.
Kata beliau: "Nafsu seks itu sendiri ialah satu jalan ke arah merealisasikan nafsu khulud dengan cara melahirkan keturunan dari generasi ke generasi".
Agak jelas sama ada dari aspek plot mahupun gaya, ada tanda-tanda menunjukkan, yang disebut sebagai pokok terlarang dalam ayat-ayat berkenaan ialah seks. Dan atas dorongan untuk kekal hidup di dalam syurga, sebagaimana yang diperdayakan oleh syaitan kepada mereka, Adam dan Hawa melakukan hubungan jenis itu sekali gus melupai larangan Tuhan.
Semua ini ada hubung kaitnya dengan perancangan Allah untuk menghantar manusia ke bumi sebagai unsur yang membangun.
Cuma yang menjadi persoalannya, tidak ada mufassirin (setakat yang diketahui) yang berpendapat begitu. Paling hampir ialah zilal, tetapi tidak tegas dan terlalu umum.
*Tulisan Prof. Dr. Mahmood Zuhdi ini dipetik daripada majalah Al Islam keluaran Ogos 2009, yang mula berada di pasaran pada 17 Julai lalu
p/s : menarik x?menarik kan..seks yg terlarang mmg senantiasa membawa padah dan durjana..jauhi seks terlarang...pesanan ringkas komuniti era...
sumber http://the63s.blogspot.com/
13 comments:
Salam saudara...
ya, sbb pohon khuldi inilah Nabi Allah Aadam AS telah keluar dari Syurga atas hasutan para Iblis...
*saudara, perkara yg sama berulang kembali kpd sy.. ketika sy nk postkan artikel iblis dan alamnya muka surat 4, hilang lg... dan tak jadi new post, masih ttp jadi old post.. mngkn saudara blh lihat di page sy, sy ada link kan di bwh koleksi artikel sy...
dan kalau saudara perhati artikel tu, sy dh susun dgn cermat dn hemat... yg jadi masalah tulisan habis lintang pukang, perenggan ke perenggan hilang... habis rosak, dh 4 kali sy mskkn... update2, betulkan dn macam2 lg lah...
*sy rasa pasti mrk sdg perhati kan artikel ini... -.-'
Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Kuasa...
Wallahua'lam
Wassalam.
'bradokapak'
Ha Ha Ha Perintah Allah yang Pertama "Wala Takrabu Zina"...Belum buat lagi baru nak hampiri dah kena murka.....? Sebab tu la kalau belum kahwin jangan mengaku dah merasa...
Salam kembali.
Trm kasih sudi berkunjung. Memang benar inilah arahan pertama untuk makhluk yang bernama manusia.
Oleh sbb post ini x disertai dgn dalil, so, boleh dibantah.
Pada pendapat aku plak, kalau hal 'terbuka aurat' dijadikan isu mengatakan khuldi= seks adalah tidak tepat. Jika dikaji ayat berkaitan, didapati, selepas nabi Adam & Hawa memakan buah tersebut barulah terbuka 'baju' mereka, bukan sebelum makan.
Firman Allah: Dengan sebab ini dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing…(al-A'raf: 22)
Berkenaan terbuka aurat tersebut, mungkin (dlm fahaman saya la), kejadian tu berlaku kerana Adam dikeluarkan dari syurga & berlainan dimensi. Mcm kita skg ni la, tgh duduk dlm alam dunia, tak dapat melihat dialam lain. 'Baju' yg dipakai oleh nabi Adam tu mungkin baju yg hanya sah dipakai di syurga, bila dah tukar dimensi, maka automatik baju tu dah hilang.
Sy umpamakan permainan komputer. Dlm skrin pc kita lihat watak permainan kita memukul seseorang, tapi bila dialam nyata, dptkah keadaan itu berlaku?
yang dimakan buah ghirah... tu yang telanjang...
cuba sentuh-sentuh tubuh pompuan kalau belum nikah...
Pokoknya tubuh (pompuan) buahnya nafsu gairahnya... kesannya tertanggallah pakaian....
ya..saya setuju...belum nikah makan buah ghirah tertangal lah pakaian dan buang anak...ahahhha
bg sye..buah itu bknlah seks...
Allah mnciptakan buah larangan tu mgkin kerana ingin mguji mereka brdua samada ingin melanggar perintah Allah atau tdak...
brkenaan dngn aurat itu...
mgkin benar mereka mmg ada kemaluan tetapi Allah tidak mnunjukknnya...
dan Allah mnmpakkn kemaluan mereka kerana mereka telah melanggar perintahNya...
buah halqum??
Buah halqum kat tu buah khuldi yg dimakan oleh nabi Adam. Tak sempat sampai ke perut, tersekat di tekak. Hawa pula sempat makan dua biji dan tumbuh di dada.(buah dada).
Assalamualaikum sahabatku. Emm... menarik blog ni. Allah Maha Lembut, Maha Halus, Maha Besar dan segala Maha itu hanya layak untukMu Ya Allah. Apa yang Allah telah Firmankan itu ada berbentuk abstrack, kias. Allah suruh kita kaji. Bagi mereka yang mengetahui 200 nama2 nabi Muhammad S.A.W akan tahu apa maksud pokok Khuldi. kerana dia ada kaitan dengan Nama nabi Muhammad. Rahsia yang sukar diterima logik akal.
Ada pendapat yang mengatakan bahwa pohon itu adalah pohon gandum. Ada yang mengatakan,”pohon anggur.” Ada pula yang mengatakan adalah pohon tin. Telah bercerita kepada kami syu’bah dari Abi adh Dhahak bahwa aku telah mendengar Abu Hurairoh berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya di surga terdapat sebuah pohon yang apabila seorang pengendara dibawahnya kerindangannya berjalan selama seratus tahun namun belum bisa mengitarinya yaitu pohon khuldi.
jelaslah bahwa memang sebuah pohon, bukan tafsiran hubungan seks
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.