ketenangan wujud di dalam keikhlasan
KEIKHLASAN
Ramai yang tahu makna ikhlas secara am, namun terlalu banyak yang tersebunyi disebalik perkataan ringkas tersebut. Dalam bahasa kita ikhlas (arab) itu lebih hampir sengan makna "jujur" atau lebih mendalam lagi ialah "tulus". Namun ia tetap tidak setaraf dengan kata "ikhlas" tersebut.
Ikhlas sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Mukhlisin adalah gelaran bagi setiap hamba yang ikhlas kepada Khaliknya. Nabi kita Muhammad SAW adalah manusia yang paling tinggi darjah keikhlasan dikalangan sekelian makhluk. Wajar kita mencontohi Baginda jika ingin selamat di dunia dan akhirat. Hanya amal yang ikhlas sahaja yang akan dinilai sebagai kebajikan dan selebihnya hanya hampas dan sia-sia.
Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.”
Rasulullah saw. telah bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dlaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan karena mengharap redha Allah semata". (HR. an-Nasai,dan Abu Dawud)
Iblis tidak mampu menggoda manusia ikhlas, jadi terselamatlah mereka dari api neraka. Untuk menjadi manusia ikhlas tidaklah semudah yang disangka. Paling sukar ialah pada peringkat permulaan dimana terlalu banyak yang terpaksa dikorbankan terutamanya ialah kenikmatan dan kemanisan hawa nafsu. Lihat soalan ke 18 Rasulullah saw kepada Iblis Laknatullah (dibawah).
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Apakah maksud "bersedekah dengan tiada diketahui orang" ? Itulah intisari makna "ikhlas".
Ibn Athaa' Allah menyebut "Amal perbuatan itu sebagai suatu kerangka yang tegak lurus, sedangkan roh yakni jiwanya mengandungi rahsia ikhlas dalam amal perbuatann tersebut"
Keikhlasan sesaorang dalam amal perbuatan adalah mengikut tingkat kedudukannya. Sebagai contoh, ikhlas seorang Abrar tidak sama dengan ikhlas seorang Muqarrabin. Bagi golongan Abrar, amal perbuatan mereka terlepas dari segala riya' dan sam ah samaada yang jelas ataupun yang samar-samar. Tujuan amal mereka menuju kepada "pahala" yang dijanjikan Allah kepada hambaNya (yang ikhlas). Sesuai dengan ayat "Iyya ka na'budu" - Hanya kepadaMu kami menyembah (menghambakan diri) dan tidak sesekali kami mempersekutukan Engkau dalam ibadah kami.
Sementara keikhlasan golongan Muqarrabin pula sentiasa bersama dengan ungkapan "Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi" Tiada daya upaya mengelak dari sesuatu dan tiada keupayaan untuk berbuat apa pun kecuali pertolongan langsung dari Allah. Segala amalan perbuatan mereka semata-mata kurniaan Allah.jua, tiada atas kekuatan dan kemampuan mereka sendiri. Hanya Allah pemberi hidayah dan Taufiq sesuai dengan ayat "Iyya ka nasta'iin" Hanya kepadaMu kami harapkan pertolongan dan bantuan. Kami tidak berdaya.
Mereka yang telah benar-benar berjaya memasuki wilayah ini akan sentiasa merendah diri dan berakhlak mulia. Mereka malu kepada Maha Pencipta walaupun hanya untuk meninggikan suara kepada sesama makhluk apatah lagi melakukan perbuatan yang menyakiti. Bila tersedar sebarang ketelanjuran (melebihi batas) segera mereka memohon keampunan tanpa tangguh dan sering mengucapkan terima kasih kepada makhluk serta syukur tak terhingga (sehingga berlinangan air mata) kepada Khaliknya.
Allah amat kasih kepada golongan ini dan setiap perbuatan, kata-kata dan niat mereka semua menjadi ibadah. Solat mereka terus diterima oleh Allah tanpa perlu tapisan. Manakala selain mukhlisin, solat mereka dikembalikan kepada pelaku sebagai satu tamparan kepada wajah mereka. Amat beruntung mereka di dunia, sentiasa tenang dan berserah diri kepada Allah. Redha terhadap segala musibah yang mereka hadapi. Di akhirat pula syurga khas disediakan untuk mereka yang kedudukannya lebih tinggi dari darjat orang-orang yang sabar.
Sebagai langkah mula mendekati arus keikhlasan seterusnya menuju ke martabat ikhlas sekurang-kurangnya menyertai kumpulan Abrar, kisah berkut boleh dijadikan pedoman. Iblis terus menyiapkan perangkap untuk memalingkan manusia dari perjalanannya kepada fitrah iaitu Hidup Ikhlas.
Iblis tidak mampu menggoda manusia ikhlas, jadi terselamatlah mereka dari api neraka. Untuk menjadi manusia ikhlas tidaklah semudah yang disangka. Paling sukar ialah pada peringkat permulaan dimana terlalu banyak yang terpaksa dikorbankan terutamanya ialah kenikmatan dan kemanisan hawa nafsu. Lihat soalan ke 18 Rasulullah saw kepada Iblis Laknatullah (dibawah).
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"
Apakah maksud "bersedekah dengan tiada diketahui orang" ? Itulah intisari makna "ikhlas".
Ibn Athaa' Allah menyebut "Amal perbuatan itu sebagai suatu kerangka yang tegak lurus, sedangkan roh yakni jiwanya mengandungi rahsia ikhlas dalam amal perbuatann tersebut"
Keikhlasan sesaorang dalam amal perbuatan adalah mengikut tingkat kedudukannya. Sebagai contoh, ikhlas seorang Abrar tidak sama dengan ikhlas seorang Muqarrabin. Bagi golongan Abrar, amal perbuatan mereka terlepas dari segala riya' dan sam ah samaada yang jelas ataupun yang samar-samar. Tujuan amal mereka menuju kepada "pahala" yang dijanjikan Allah kepada hambaNya (yang ikhlas). Sesuai dengan ayat "Iyya ka na'budu" - Hanya kepadaMu kami menyembah (menghambakan diri) dan tidak sesekali kami mempersekutukan Engkau dalam ibadah kami.
Sementara keikhlasan golongan Muqarrabin pula sentiasa bersama dengan ungkapan "Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahi" Tiada daya upaya mengelak dari sesuatu dan tiada keupayaan untuk berbuat apa pun kecuali pertolongan langsung dari Allah. Segala amalan perbuatan mereka semata-mata kurniaan Allah.jua, tiada atas kekuatan dan kemampuan mereka sendiri. Hanya Allah pemberi hidayah dan Taufiq sesuai dengan ayat "Iyya ka nasta'iin" Hanya kepadaMu kami harapkan pertolongan dan bantuan. Kami tidak berdaya.
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).Amalan orang Abrar dinamakan Amal "Lillah" Beramal kerana Allah semata-mata. Amal orang Muqarrabin, dinamakan Amall "Billah". Amalan dengan hanya dengan bantuan kurniaan Allah. Perincian tentang subjek ini memerlukan huraian yang panjang lebar dan ia tidak mampu dibentangkan disini. Cukuplah sekakar memberi keinsafan kepada para rakan agar melihat kembali sejauh mana kita ini telah sampai ke martabat manusia ikhlas dan panduan asas untuk menuju kesitu.
Mereka yang telah benar-benar berjaya memasuki wilayah ini akan sentiasa merendah diri dan berakhlak mulia. Mereka malu kepada Maha Pencipta walaupun hanya untuk meninggikan suara kepada sesama makhluk apatah lagi melakukan perbuatan yang menyakiti. Bila tersedar sebarang ketelanjuran (melebihi batas) segera mereka memohon keampunan tanpa tangguh dan sering mengucapkan terima kasih kepada makhluk serta syukur tak terhingga (sehingga berlinangan air mata) kepada Khaliknya.
Allah amat kasih kepada golongan ini dan setiap perbuatan, kata-kata dan niat mereka semua menjadi ibadah. Solat mereka terus diterima oleh Allah tanpa perlu tapisan. Manakala selain mukhlisin, solat mereka dikembalikan kepada pelaku sebagai satu tamparan kepada wajah mereka. Amat beruntung mereka di dunia, sentiasa tenang dan berserah diri kepada Allah. Redha terhadap segala musibah yang mereka hadapi. Di akhirat pula syurga khas disediakan untuk mereka yang kedudukannya lebih tinggi dari darjat orang-orang yang sabar.
Sebagai langkah mula mendekati arus keikhlasan seterusnya menuju ke martabat ikhlas sekurang-kurangnya menyertai kumpulan Abrar, kisah berkut boleh dijadikan pedoman. Iblis terus menyiapkan perangkap untuk memalingkan manusia dari perjalanannya kepada fitrah iaitu Hidup Ikhlas.
Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras" Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku. Soalan Nabi pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?" Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba" Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah" Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat." Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yg memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan." Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?" Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba" Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman" Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?" Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya." Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?" Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya" Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kpd hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa." Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?" Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya. Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kpd umatku?" Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur" Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam" Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji" Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?" Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari" Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?" Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang." Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya." Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu" Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat" Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?" Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam" Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya" Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup" Mari kita imbas satu peristiwa sebagai pengajaran dan pedoman: Pemuda Ahli Syurga: Rasulullah saw menatap satu persatu para sahabat yang sedang berkumpul dalam satu majlis, hening dan tawadhu. Tiba-tiba terdengar satu suara memecah keheningan, “Ya Rasulullah”. Semua hadirin memberikan perhatian. “Sekiranya pertanyaanku ini tidak menimbulkan kemurkaan Allah, sudilah engkau menjawabnya”. “Apa yang hendak engkau tanyakan itu”, Rasulullah saw bertanya kembali dengan nada suara yang begitu lembut. Dengan sikap yang agak tegang sahabat itupun langsung bertanya: “Siapakah diantara kami yang akan menjadi ahli surga?” Secara tiba-tiba, bagai petir menyambar, jiwa-jiwa yang tadinya tawadhu, menyentap ketenangan, terhiris luka karena murka terhadap pertanyaan yang keterlaluan itu. Pertanyaan tadi sesungguhnya luar biasa dan dianggap tidak wajar. Sungguh keterlaluan, setengah sahabat menilainya mengandung ujub (bangga atas diri sendiri) atau riya’. Seperti biasa dengan sikapnya, Umar Ibn Khattab ra yang terlebih dahulu bertindak, bangkit untuk menghardik sahabat yang bertanya. Rasulullah saw menoleh ke arahnya sambil memberi isyarat supaya menahan diri. Rasulullah saw menatap ramah, beliau dengan tenangnya menjawab:“Engkau lihatlah ke pintu, sebentar lagi orangnya akan muncul”. Setiap pasang mata menoleh ke ambang pintu dengan penuh debaran, dan setiap pula hati bertanya-tanya, siapakah gerangan "orang hebat" yang di sebut oleh Rasulullah saw sebagai AHLI SYURGA itu. Seketika masa berlalu akhirnya orang yang mereka tunggu itu pun muncul. Setiap wajah kehairanan. Terpegun dan hampir tidak percaya. Setelah orang itu mengucapkan salam kemudian menggabungkan diri ke dalam majlis, kehairanan mereka semakin bertambah. Sesungguhnya mereka ragu dengan apa yang telah mereka saksikan. Terdapat kebingungan dan keliru, masakan kata-kata baginda itu suatu yang tidak benar, tetapi jawapan yang diberi oleh Rasulullah saw itu kelihatan amat tidak sesuai dengan apa yang mereka sangkakan. Manusia yang masuk sebentar tadi itu tidak lebih dari seorang pemuda serba sederhana yang tidak pernah muncul di permukaan. Dalam istilah kemelayuan ia amat sesuai dengan ungkapan "umpama melukut di tepi gantang". Ia adalah satu wajah yang tidak pernah mengangkat kepala bila tidak ditanya dan tidak pernah bersuara bila tidak diminta. Ia bukan pula termasuk dalam senarai sahabat terdekat Rasulullah saw. Sungguh membingungkan hadirin. Apa kehebatan pemuda ini? Setiap hati menunggu penjelasan dari baginda Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda: “Setiap gerak-geri dan langkah perbuatannya hanya ia ikhlaskan semata-mata mengharapkan redha Allah. Itulah yang membuat Allah menyukainya”. Betapa tinggi nilai ikhlas dalam amal perbuatan seseorang, sehingga Rasulullah saw menyebutkannya sebagai salah satu syarat untuk menjadiahli syurga. Kedudukan ikhlas di dalam Islam sememangnya sangat diutamakan, hanya ikhlas dianggap sebagai ukuran amal seseorang kepada Allah SWT . Allah berfirman: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan meunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus". (maksud Al Bayyinah: 5) "Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan ?" (An-Nisa’: 125) Perosak Ikhlas: Riya’, yang berarti memperlihatkan perbuatan amalan apa sahaja terutamanya ibadah kepada Allah dengan tujuan dilihat oleh manusia, supaya memujinya. Sam’ah, menceritakan kebaikan diri dan segala amalan termasuk memuji diri sendiri. Merasa bangga serta suka membesarkan segala ibadah yang dilakukan, yang berarti beramal dengan tujuan untuk didengar oleh orang lain (mencari populariti). 'Ujub, merasa takjub di dalam hati terhadap amal.dan kehebatan diri, walaupun sentiasa menyembunyikan amalannya. Kategori riya’ yang halus. masih menyekutukan Allah dengan diri sendiri. Wallahu A'lam |
5 comments:
Salam saudara abatasa,
maaf menjengah disini, sy ada sedikit soalan...
saudara ada nampak tak artikel Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) Muka Surat 3 dlm blog saya?
sbb bila sy msk blog2 org lain, kemudian sy lihat pada update, pada blog sy masih tertulis artikel lama, walhal sy dh update lama dh blog tsbt...
tadi saudara ada jengah blog sy, ada nampak tak artikel tsbt?
Wassalam,
'bradokapak'
Waalaikumussalam,
Saya dah jwb dalam blog sdr. Harap maklum.
Salam...
blh tnya sikit, psl penyakit "sam'ah", adakah ia juga dikira sbg penyakit ini jika kita mmberitahu kebaikan kita krn :
1. Mempertahankan diri (e.g: kita cuba menafikan kata2 seseorg yg mengatakan kita tidak berdakwah. Jd kita menceritakan kepadanya ttg usaha dakwah yg tlh kita lakukan)
2. Menjadi pengajaran kpd orang lain.
Salam saudara Al-Fakir,
Terima kasih kerana berkunjung ke sini.
Persoalan yang saudara timbulkan itu kelihatan ringan namun perlu huraian yang mendalam apa lagi untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Dalam setengah hal, agak sukar untuk dibezakan antara sam ah dan kata-kata nasihat.
Apa pun kita sendiri tahu sama ada kita bersama sam'ah atau tidak, hati kita tidak pernah berbohong. Ikhlas itu tidak mengambil sebarang untung (dengan niat) dari segala perbuatan, perkataan dan perasaan. Mungkin itu dapat menjawap sedikit persoalan saudara.
Elakkan hajat untuk membesarkan diri (memuji diri) adalah lebih baik dalam usaha meninggalkan sam'ah.
Alhamdulillah.., kerana artikel saudara dpt sedikit sebanyak memberikan peringatan & keinsafan..
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.