Sunday, July 17, 2011

Bersihkan UMNO, PAS.


KESAN DARI PERISTIWA BERSIH 2.0 

Ambil alih tempat UMNO di Putrajaya, Peluang terbaik untuk PAS bukannya PKR. 



Peristiwa 9 Julai adalah sesuatu yang mengaibkan negara pada mata dunia, namun haruslah ia dilihat dalam perspektif yang lebih meluas supaya adil kepada semua pihak. PAS yang menjadi seteru UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan harus mendapat pujian kerana berjaya menjadi tulang belakang demonstrasi BERSIH ini baik pada tahun 2007 ataupun yang baru berlangsung pada 9 Hb Julai, 2011 lalu.


Kedudukan ini tidak dapat dinafikan dimana ribuan penyokong PAS telah membanjiri Kuala Lumpur bertindak berani mengingkari arahan pasukan keserlamatan yang berulangkali memberi amaran agar rakyat negara ini tidak menyertainya kerana ia adalah perhimpunan haram. Mereka bertekad untuk mati syahid menentang "pemerintah zalim" yang diterajui musuh tradisi mereka, UMNO. Mereka memperjudikan nasib mereka pada masa demonstrasi berlansung dengan harapan semua rakyat bangun bersama mereka menyuarakan kemarahan disaluti kebencian terhadap pemerintah. Keberanian mereka sememangnya luar biasa berbanding rakan-rakan mereka. Tidak keterlaluanlah jika sekalungan tahniah wajar diberikan kepada penyokong-penyokong PAS ini.

Walaupun pemimpin PAS bukanlah penganjur utama perhimpunan, pengikut merekalah yang paling ramai turun gelanggang merempuh barisan polis untuk menuju ke Stadium Merdeka. Dapat disifatkan para penyokong PAS amat komited dan berani memperjuangkan agenda yang kelihatan hanya menguntungkan PKR dan DAP. Mereka patuh kepada gesaan Timbalan President mereka yang bergaya sebagai seorang Jeneral,  Satu fenomena yang agak ganjil. Dimanakah pengikut PKR dan DAP yang sebelum ini begitu riuh membuat kempen untuk menjayakan siri kedua bersih ini? 

Ambiga, Kit Siang dan Anwar adalah wajah paling menonjol di dada akhbar dan media eletronik sebelum perhimpunan ini berlangsung, isu demi isu dibangkitkan sebagai pencetus semangat dan juga untuk meransang para penyokong mereka membanjiri KL pada hari tersebut. Dimanakah ahli mereka terutama DAP? Terakam hanya gambar-gambar manusia berkopiah dan bertudung di sana sini. 

Kita lupakan dahulu perkara yang sudah hampir basi ini, walaupun ada ura-ura BERSIH 3.0 sedang dirancang untuk dilaksanakan sebelum PRU nanti (mengesahkan BERSIH ini dicipta sebagai "alat" untuk pilihanraya) semua rakyat Malaysia sudah tahu perihalnya.  

Kita beralih kepada skop yang lebih luas. Petunjuk yang ada membayangkan pengaruh PAS semakin kuat sekurang-kurangnya masih bertahan pada tahap yang meyakinkankan berbanding dengan PKR. Pengaruh PKR terus menerus merosot. hanya tampak hebat dari segi penampilan dan ketokohan pemimpin nombor satu mereka. PKR hanya berpaut pada satu dahan sahaja, mereka tiada dasar perjuangan yang jitu. Bila-bila masa sahaja mereka akan rebah terutama apabila pemimpin utama mereka tiada lagi di puncak kuasa.

PAS cukup gah. Penyokongnya tegar dan liat bersetia terhadap khalifah (jika ingin di sebut sedemikian). Oleh itu PAS sepatutnya lebih dominan dalam mengetuai Pakatan Rakyat bukannya PKR atau DAP. Wajarlah PAS mengkaji kedudukan ini untuk memaksimakan peluang, perlu pandai menilai keupayaan mereka hasil dari peristiwa tersebut dan mula mengatur langkah untuk memperkasa diri dalam kelompok yang selama ini hanya memperlakukan mereka sebagai penyokong semata-mata (rangking terakhir).

PAS perlu keluar dari bayang-bayang sebagai "pengikut setia" yang menjadi pakaian mereka dan mula melakar pentas untuk menobatkan diri sebagai "ketua" kumpulan yang dihormati. PKR pasti terpaksa akur, apa lagi DAP yang selama ini hidup hasil kerja berbentuk oportunis. PKR dan DAP cuma menumpang tuah PAS, itulah kenyataannya. Lupakanlah gertakan Karpal Singh dan wayang Lim KS anak beranak. Anwar pula harus bergerak sebagai "penyokong" kepada PAS yang lebih berupaya dalam mewalili orang Melayu dan Islam seluruhnya. PAS kukuh berpegang kepada perinsip Daulah Islamiah. Anwar perlu menghormatinya dengan jujur jika beliau seorang yang ikhlas dan berjuang kerana Allah dan RasulNya. Bersama-sama bangunkan PAS dalam wajah baru yang lebih bertenaga sebagai kumpulan pendesak yang juga berpeluang memerintah negara menggantikan UMNO.

Jika ingin bermain permainan dalam sekularisma, lenggok dan langkah PAS harus seiring dengan temanya. Jangan pula menghayun langkah bagai anak degil tegar yang kurang cerdik sehingga dipandang sinis dan boleh persenda. Walau bagaimanapun, PAS tidak boleh menggadai maruah dan wajib mempertahankan prinsip yang selama ini dilaungkan.

Memandangkan PKR dan DAP bernada serupa dalam bayang sekularisma dan kapitalisma,  amat sukat untuk mereka diBERSIHkan sebagaimana PAS, jadi kita lupakan sahaja mereka buat seketika. Harus diingat, sebahagian rakyat Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak masih sayangkan PAS. Masih berharap PAS akan berupaya menjadi alternatif kepada orang Islam menggantikan UMNO. 

Jika ditinjau secara rawak, sememangnya PAS lebih kuat dan mendapat sokongan menyeluruh. Kita berpandu kepada gambaran yang ada di hadapan kita sekarang. Andai kata PAS tidak berada dalam Pakatan dan bertindak meletakkan calon disemua kawasan pilihan raya, PAS pasti memperolehi kerusi yang lebih berbanding PKR dan mungkin dapat merampas sebahagian dari kerusi UMNO. Kedudukan PKR agak tenat. Sokongan untuk mereka merosot dengan teruk, mereka juga tahu hal ini.

Kebanyakan penyokong PKR sudah mulai muak dengan kemelut dalaman parti itu ditambah pelbagai skandal yang mula terserlah. Ingatlah sebahagian besar penyokong mereka asalnya adalah penyokong UMNO juga. Mereka rata-rata masih lagi sangsi untuk kembali mengundi UMNO walaupun tidak berminat kepada PKR, jika PAS mampu berdikari pastinya undi mereka ini semua akan menjadi kepunyaan PAS. PAS boleh bersaing dengan PKR di mana sahaja, pastinya PAS akan mendapat lebih banyak sokongan.

Undi simpati dari pengundi atas pagar juga penting. Orang Islam tidak sudi mengangkat DAP yang sekian lama menjadi duri dalam daging orang Islam itu mendapat kuasa. Orang Islam masih bimbang kes Lina JOY akan berulang, peristiwa mempermainkan nama Allah dan tindakan keterlaluan penganut kristian juga tidak disukai oleh sebahagian besar orang Islam. PAS sendiri maklum siapakah dibelakang semua peristiwa ini dan selama ini PAS hanya bersandiwara sahaja mengiayakan permintaan mereka demi menjaga hati dan tidak salah pula jika dikatakan bimbang kehilangan kuasa di negeri Kedah. 

Jika PAS masih bersekongkol dengan mereka, pengundi bebas ini akan memilih UMNO walaupun berat hati. Mereka masih bersimpati dengan perjuangan PAS, namun halangannya ialah DAP, perhatikan betul-betul tindak tanduk mereka. Jika PAS menjadi dominan, parti pembangkang lain akan akur dan tiada pilihan terpaksa mengangkat PAS sebagai pemimpin yang akan memerintah negara. Itu adalah peluang terbaik untuk PAS berbanding dengan situasi semasa. Secara tidak langsung maruah agama akan terpelihara dan pastinya direstui Allah SWT.

Secara tidak langsung PAS telah membersihkan dirinya dari daki politik yang sememangnya kotor ini dan mula bergerak ke arah yang betul. Saya percaya akan ada sinar gemerlapan jika pemimpin agama yang bijak diangkat sebagai kemudi perjuangan. Pemimpin lama yang sudah uzur harus redha dengan halatuju baru, memberi laluan kepada kumpulan ulama yang disegani yang selama ini hanya mendiamkan diri atas sikap menghormati ketua. Contoh terbaik ialah Dato Dr Harun Din, yang rata-rata disegani kawan dan lawan. Pemimpin lama tidak dipinggirkan dan diangkat sebagai rakan dailog untuk keharmonian perjuangan. Jauhkan dari pemimpin yang telah dirosakkan oleh pengaruh sekularisma. Aturkan pentadbiran secara sederhana sebagaimana yang dituntut oleh agama. Jika Dr Harun Din diangkat sebagai PM Malaysia, ia satu penghormatan kepada ulama Islam keseluruhannya. Ia juga bakal dinilai oleh rakyat bukan Islam sejauh mana baiknya sistem pemerintahan Islam walaupun masih berbaju sekular.

PAS yang telah bersih dengan sendirinya membuatkan UMNO kelihatan amat comot. Jika UMNO tidak berusaha membersihkan dirinya dari elemen kepentingan diri yang mana selama ini banyak menyusahkan rakyat, pastinya UMNO akan dibersikan dari Putrajaya. Namun begitu, satu perkara yang mesti diingat oleh PAS bahawa jika mereka berada di tempat UMNO sekarang, sukar bagi mereka membendung kekacauan dan protes jalanan. Apa yang PAS lakukan sekarang akan menjadi satu model atau trend terbaru politik sekular ini. Bersedialah menghadapi protes dan demonstrasi dari UMNO dan juaknya pula. Roda pasti berputar, tidak dapat dielakkan.

Bagi UMNO pula, jika mereka bijak, mereka akan mengambil iktibar dari BERSIH 2.0 dan mengambil langkah serupa untuk membersikan organ dalamannya, pastinya mereka akan kembali berjaya sebagai pilihan rakyat jika elemen hitam dapat dibersihkan. Jenayah kolar putih yang telah menjadi darah daging mereka menjadi halangan besar untuk dibersihkan dari hati para pemimpinya, ia menjadi punca mengapa mereka kehilangan kepercayaan rakyat. Budaya ini sebenarnya sebuah aturcara berbentuk tipu daya berasal dari sekularisma yang diajar oleh jenerasi terdahulu dan ia semakin lama semakin parah menular pula kepada para penjawat awam. Untuk itu penyakit ini mesti dibersihkan segera jika masih mahu bertahta selesa.

Islam mesti dijaga dan diangkat sebagai mercu perjuangan bukan lagi bersandarkan bangsa. Sementara itu beberapa pemimpin bawahan yang lemah atau berterusan menjadi liabiliti kepada Islam mesti diketepikan untuk menjadikan parti Melayu ini terus relevan meneraju negara. Mampukah mereka melakukannya? 

Sekiranya mereka masih menyangka mereka berupaya meraih kejayaan melalui nyanyian nada lama, mereka sebenarnya silap. Selama ini mereka hanya mendapat faedah dari arus propaganda membangkitkan gelombang kebencian rakyat kepada pihak lawan. Kaedah ini sudah semakin hambar dan kurang berkesan sekarang. Andai kata pihak lawan telah besih dari kekotoran dan kekejian, UMNO pasti buntu dan hilang arah. Mereka yang berkuasa sekarang sering terlupa bahawa rakyat masa kini bukan lagi serupa dengan manusia zaman kemerdekaan yang sebahagian besarnya masih buta huruf dan mudah dipujuk.

Faktor Anwar Ibrahim, Ambiga dan Kit Siang ini sebenarnya hanyalah satu simbol atau unsur luaran sebagai pencetus bantahan secara terbuka. Mereka adalah manusia hipokrit yang telah diwarnakan oleh musuh agama, musuh Rasulullah saw dan tentunya musuh Allah swt. PAS wajar melarikan diri dari kelompok manusia ini jika tidak mahu terpalit najis yang mereka bawa. Apa pun terserah kepada kebijaksanaan pelakon utama iaitu PAS dan UMNO untuk menyelamatkan maruah agama dan bangsa.

Siapa Ambiga dan apa yang diidamkannya?

Kita imbas kembali sesuatu yang kita lupakan sebelum ini. Siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan?  Bukan Islam yang berusaha gigih menentang Islam, akhirnya menjadi popular mempelopori BERSIH. Dia telah berjaya mengerah para pemimpin dan ahli  Parti Islam SeMalaya(sia) sebelum ini memusuhinya semasa pemurtadan Lina Joy untuk turun ke jalan raya mengikut telunjuknya (meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu).

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah lama Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtadAmbiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai apa-apa agenda yang cuba di bawa atau diketuainya termasuk siri BERSIH berikutnya jika terlaksana.

Penganalisis politik bebas berkata, sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara. Sewajarnya tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan undang-undang.

Keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu yang diketuai Ambiga ini juga tidak jelas (kabur) kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran sedia ada seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi jalanan. Tambahan pula ia untuk kepentingan parti politik pembangkang. Mereka terlampau mengikut perasaan dan terpengaruh kepada gesaan parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

Matlamat Ambiga dan para penyokongnya ialah menggegarkan negara dengan protes demi protes sehingga berlakunya sengketa yang meruntuhkan perpaduan umat Islam negara ini. Sekiranya mereka berhajat kepada pertambahan sokongan kepada penentang kerajaan, lebih baik Ambiga dan JK BERSIH menganjurkan tunjuk perasaan melalui parti politik dan bukan berselindung di sebalik NGO. Penglibatan NGO dalam tuntutan ini tidak menepati tujuan akhirnya. Ia adalah alat Ambiga semata-mata.

Matlamat pemimpin politik pula ialah untuk menutup kepincangan dalaman parti mereka dari diketahui oleh orang awam. PKR yang terbukti tidak bersih dalam pemilihan barisan pemimpinnya, DAP yang autokratik dan berbau chauvinis sementara PAS pula cuba mengelak dari dituduh meninggalkan dasar perjuangan asal mereka,” 

Kecelaruan ini wajar di "bersih" kan terlebih dahulu sebelum cuba membersihkan orang lain.

Penulis bukanlah seorang yang pakar dalam hal siasah, kini tidak lagi memihak kepada mana-mana kelompok partisan. Penulis juga tidak mengingini sistem demokrasi yang sedia ada ini membawa perpecahan umat Islam di negara ini. Diharap pembaca menilainya sebagai satu pandangan terbuka dari kumpulan pemerhati yang sayangkan agamanya. Semoga semua ini membuahkan kebaikan, insyaAllah.

11 comments:

Anonymous said...

Faktanya, kerusi PAS hanya segelintir,walau twn 2 ngeri. Peringkat NEGARA bagaimana? PKR amat lemah, UMNO sama seperti PAS, terkial manambah kerusi. Faktanya, semua parti berbasis Melayu atau Islam LEMAH. Yang sebenarnya semakin menguat, siapa? DAP. PPinang, Perak, Sabah Sarawak. Kita sebenarnya memenangkan SIAPA?

Anonymous said...

Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

Anonymous said...

Salam..
Bercakap mengenai DAP,apa hujah kita utk menafikan kopitensi mereka apabila mereka bertindak menaikkan budjet Majlis agama Islam P.Pinang dari 12 Juta kpd 25 Juta???
Apa hujah kita pula apabila mereka menaikkan Gaji Guru KAFA dari rm400 kpd rm1200 disana??
Sudah tentunya maklumat ini tidak didedahkan dan kita masih lg mengatakan DAP anti Islam dan sy rasa persepsi itu tidak lg selari dgn keadaan semasa..
Keadaan Malaysia dimana ekonomi semakin memberi kesan kpd rakyat dgn pelbagai kenaikkan dan bakal menghadapi cukai GST andai dilaksanakan adalah keadaan dimana Malaysia diterajui oleh BN/Umno..
Mengapa mereka dinegeri PR mampu memberi kemudahan2 yg tidak dpt diberikan oleh kerajaan negeri sebelumnya?
Antara sbbnya adalah krn pentadbiran kerajaan PR mengamalkan dasar berjimat cermat dlm urustadbir negeri,tender dijalankan secara terbuka dsb lalu lebihan dari penjimatan itu mampu dinikmati oleh Rakyat..
Dinegeri Sembilan bekalan air diswastakan dan tarif airnya dinaikkan,berbeda dgn Kerajaan Selangor yg memberikan bekalan air percuma bg 20 cubic meter pertama..
Semua fakta2 ini dinilai dan akan menjadi kayu ukur kpd umat Awam utk menentukan pilihan mereka..
Dlm keadaan kesusahan dan tekanan ekonomi,pihak kerajaan PR berjimat cermat sedangkan kita rakyat dinegeri2 BN pula disuruh berjimat-cermat..
Dimanakah keutamaan kita dlm bercakap dan menilai??
Adakah kita masih lg nk bercakap mengenai Retorik2 Melayu dan ketuanannya sedangkan kita semakin terhimpit krn Kerajaan Persekutuan tidak berjimat cermat dgn agenda Menara Warisannya,peruntukan setiap kementerian dipotong ttp subsidi syarikat2 GLC dikekalkan,tarif eletrik dinaikkan sedangkan TNB mengalami keuntungan sblmnya maka dimanakah letaknya kopitensi mereka dipihak persekutuan mahu diletakkan sebagai penilaian????
Pd tahun 1990,Umno memiliki lebih kerusi drpd gerakan ttp menyerahkan kerajaan P.Pinang kpd Gerakan..
Ini semua adalah Fakta dan bukannya retorik dan teori2 utk melunakkan pendapat semata-mata..
Sbb itu sy tidak mahu terbawa-bawa dgn persoalan2 diatas,krn ianya berdiri atas tanggapan dan bukannya bukti2 yg boleh diangkat menjadi Hujah..
PR hanya memiliki 3 Gabungan Parti sudah kita anggap sebagai ancaman ttp kita pula membutakan mata bahawa Umno dihimpit dgn MCA dan GERAKAN,MIC dan PPP bersama lain2 parti yg terdiri dari 14 parti yg mementuk Gabungan BN..
Apakah kita merasakan ianya menjamin kedudukan kita jika kita masih mengarapkan mereka???
mengapa perkara survival Islam tidak diperkatakan hangat sebegini pada tahun 2004 dan tahun2 sebelumnya???
Jika ada yg mengatakan kedudukan Islam dan umat melayu akan terhakis,perlu pula kita mengatakan Islam dan Melayu yg mana yg dikatakan akan terancam dan terhakis kuasanya??
Melayu dan Islam pihak yg mana akan terancam dgn kekalahan???
Ini semua kata ganti diri bg Umno ttp bukan umat Islam dan org Melayu keseluruhannya..
Melayu dan Islam yg akan terancam adalah mereka dan bukannya rakyat..
Inilah proses yg mahu tidak mahu Umno teraksa lalui utk membersihkan Partinya...

biduanda said...

Adakah kerana kejahatan UMNO selama ini menjadi dendam kesumat, kita sedia mnyerahkan kuasa kepada seteru Islam memerintah negara? Jika PAS dominan, semua rakyat Islam bergembira buka semestinya Melayu. Kita tidak rasis, ingatlah hala tuju DAP yang sangat zhauvinis dalam setiap perkataan dan perbuatan mereka. Wayang yang saudara kat atas sebut itu hanya mainan politik sementara sahaja. Jika berkuasa penuh nanti, akan jadilah sebagaimana yang penulis sebutkan dalam beberapa artikel sebelum ini. Niat dominasi tindakan, kepura-puraan itu penting untuk menipu... dusta ada dalam banyak bentuk.. (suara alluminati)

Anonymous said...

PAS sudah tewas sebelum berjuang! masihkah diharapkan? Mat Sabu jadi TPM jika PR menang? atau Karpal? Haji Hadi mana nak letak?

Ohhh yea sebelum terlupa, siala siasat kemana perginya Phileo Allied Bank yang amat gah satu masa dahulu... mungkin boleh membantu melihat situasi kerajaan PR nanti.....

Anonymous said...

Curiga dan menyamakan itu ini kpd org lain hanyalah melambangkan sikap berdalih utk membenarkan tanggapan yg kita tidak langsung dibenarkan membuat pilihan selain dari yg sedia ada..Sy lbh nampak itu adalah matlamatnya..
Masalah kita adalah kesusahan dan himpitan ekonomi sudah spt himpitan Kubur ttp kita masih mahu meletakkan kesalahan dibahu org2 yg belum layak utk dihakimi..
Sy berminat utk membincangkan agenda Illuminati ttp adakah ianya jelas satu penampakkan yg ketara dari segi cerminan situasi dan keadaannya diMalaysia?
Usah terlalu mengangkat teori seolah-olah perancangan Allah itu tiada berperanan langsung..
Ini akibat dari tidak mencerna dapatan2 kajian lalu semuanya mahu dipadankan dgn Teori2 dan andaian..Inilah yg peliknya org2 kita,bukanlah tidak bagus utk mengkaji permainan2 Illuminati ker Mason ker,ttp jgnlah sampai menunding sesiapa sebagai wakil2 mereka hanya krn ianya sepadan dgn pandangan politik kita..
Lalu pd siapakah harapan kita jika semuanya jahat2 belaka?
Al-Mahdi?
Ia tetap akan muncul tetapi sudah berapa dekadkah tubuh anda didalam kubur apabila ianya muncul?
Persoalannya,apa pilihan kita sekarang krn Era Al-Mahdi itu sudah tentu akan memimpin dan menyatukan umat manusia spt yg dijanjikan Allah krn barangkali PAS mahupun UMNO sudah tidak wujud lg ketika itu..Apakah kita memilih utk berantakan selagi Al-Mahdi itu belum manzahirkan diri dan terus berantakan dan berantakan,sy takut kita terus2 berantakan wlwpun ianya sudah muncul nanti..
Peroalannya adalah dgn keadaan sekarang ini apakah untungnya jika berdolak dalih dan tidak mahu menyalahkan kebathilan sendiri..
Berapa byk U-turn yg saudara2 mahu buat?
Adilkah kita memangsakan org lain yg turut terkesan dgn pilihan yg kita sudah buat sekian lama ini?
Kita selalu memikirkan akhirnya siapa yg untung,ttp apakah keadaan skrg yg terbina sejak merdeka ini menguntungkan sesiapa?
Pd sy inilah kesombongan yg belum mampu dikikis dari minda kita org2 Melayu..
Yg untung selama ini hanyalah Elit2 dan Bangsawan Melayu,ttp yg hidup susah dan terhimpit adalah Melayu juga,Melayu yg mcm kita yg bekerja dibawah dasar yg telah dipaternkan ini sekian lama,lalu kita memilih utk menjadi Rasis krn takutkan cerita Hantu bawaan Elit2 dan Bangsawan ini..
Makin untunglah mereka..
Melayu yg tidak akan gembira jika Rakyat menjadi Dominan adalah Melayu Bangsawan krn Paksi yg mereka pegang terlucut dan akan terlepas dari merasa Nikmat yg mereka kedekut nk beri pd Melayu susah dan miskin selama ini..
Lalu Istilah2 Cauvinis dijadikan Hantu utk ditakuti walhal kitalah yg menjadi Hantu raya Elit2 Melayu ini..
Hantu inilah sebenarnya dalih yg dijadikan perisai utk mempertahankan kedudukan mereka yg semakin goyah semenjak PRU 12..
MCA dan GERAKAN bukankah lbh hebat lg wayangnya krn mereka terlibat langsung dari keadaan yg wujud dgn skandal PKFZnya,PERWAJAnya,ttp terlepas dan kesemua kesalahan itu ditanggung oleh DAP..Politk cara dunia keberapakah yg saudara jdkan set utk membentuk skla pemikiran?
Ia nampak kurang kemas dan tidak jelas jln keluarnya..Yg untung bukan anda,ttp golongan Bangsawan yg tapak kasutnya beralas Karpet Merah bila berjalan,yg membuatkan kamu semua meletakkan nasib kamu kpd Mereka,Allah hanya disebut dlm solat sahaja,ttp Bangsawan inilah yg kamu angkat sebagai penentu nasib kamu..
Satu dilema yg menyedihkan..
Sesekali cuba ajar diri sendiri utk menerima perbezaan pandangan..
Perbedaan bukan utk mengacam prinsip kamu,ttp sama2 menampung kekurangan yg kita ada..
Sudah terlalu lama kita memakai dan melaksanakan kata2 Elit dan Bangsawan Melayu ini lalu kemana arahnya mereka membawa kita?
Mereka juga yg untung,kita hanya tinggal menjadi kertas undi sahaja kpd mereka,kemudian mereka akan umumkan Plan keungtungan terbaru utk mereka ,kita akan makin terhimpit..
Ini bukan andaian,ttp sudah berulang kali berlaku..

haru said...

Sudah terlalu lama kita memakai dan melaksanakan "kata2 Elit dan Bangsawan Melayu ini lalu kemana arahnya mereka membawa kita?
Mereka juga yg untung,kita hanya tinggal menjadi kertas undi sahaja kpd mereka,kemudian mereka akan umumkan Plan keungtungan terbaru utk mereka ,kita akan makin terhimpit..
Ini bukan andaian,ttp sudah berulang kali berlaku.."

apakata kita buang elit2 ini?

kita lantik elit baru dari kalanagan bukan bumi pula bagaimana? mungkin nasib kita lebih baik ? ...

Anonymous said...

Salam..
Elit2 bukan bumi sudah lama mendominasi lanskap negara cuma kita tidak menyedarinya..
Mereka menggunakan Proksi2 yg terdiri dari Elit2 Melayu yg mereka letakkan sebagai pengerusi Syarikat2 milik mereka..
Tidakkah Kita tahu milik siapakah Genting Berhad dan pengerusinya adalah Tan Sri Hanif Omar mantan KPN?
Apa yg disajikan didepan mata kita hanyalah penampakan yg zahir ttp sebaliknya terhijab watak2 yg tersembunyi disebalik nama2 yg hanya Familiar dlm Jurnal Arus Perdana..
Dari mana Elit2 Melayu ini memperolehi kesenangan jika bukan dari Elit2 bukan Bumi ini sejak sekian lama dulu wahai Saudaraku?
Sbb itu ada ura2 utk meluluskan judi utk World Cup tempoh hari..Lupakah saudara akan isu yg mndapat bantahan Ramai itu?
Jika tiada desakan dari Elit2 Bukan Bumi yg berlindung dibalik nama2 Familiar ini,masakan pimpinan tertinggi negara memberi perhatian terhadap permintaan mereka..
Mereka tidak akan merujuk para ulama mereka dlm hal ini..
Kita tidak perlukan para Elit2 utk membina negara krn mereka tetap mempunyai agenda perniagaan lbh dari memikirkan denyut nadi Rakyat..
Apakah kita tidak sedar bahawa entiti2 ini yg menyumbang kpd kutipan cukai teringgi dlm negara?
Inilah yg dibawa oleh agenda Kapitalism dan merekalah pelaksana2 agenda itu disini..
Masa depan negara adalah kpd mereka2 yg mewakili suara rakyat,golongan Elit hanya mewakili kepentingan mereka lalu kita disuruh mengubah gaya hidup kpd lbh berjimat-cermat ttp adakah kita melihat penjimatan dilaksanakan dlm membuat sebutharga sesuatu Projek yg bakal dilaksanakan oleh mereka?
Peruntukan utk kementerian2 yg memberikan kemudahan Infrastruktur dan sosial kpd Rakyat spt ksihatan dan pelajaran telah dipotong peruntukannya oleh kerajaan lalu kita kekurangan sumber utk diberikan kpd Rakyat..
Tahukah Saudara bekalan ubat dihospital besar adakalanya terpaksa dipinjam dari Hospital Daerah?
Inilah yg dirungutkan oleh kakitangan Kementerian kesihatan ttp tidak dihilightkan..
Peruntukan utk membayar guru ganti guru2 bersalin telah dibekukan dan sekolah mengalami masalah kekurangan guru krn tiada peruntukan utk menggaji guru ganti..
Perkara ini dirungutkan oleh pentadbir2 sekolah ttp tidak langsung dipaparkan didada akhbar..
Itu baru dua kementerian dan blm lg entiti2 kerajaan yg lain yg turut dipaksa berjimat ttp pd masa yg sama penguasa masih boleh mengilhamkan menara warisan 100 tingkat..
Apakah kita mahu mengulangi nasib peniaga2 bumiputera diKLCC yg hidup dgn hanya mampu melihat sahaja menara KLCC ttp tidak dpt melibatkan diri?
Bukankah ini satu keadaan yg menampakkan penyisihan kpd kepentingan bumiputera dinegara sendiri..

Anonymous said...

Demokrasi yang kita amalkan ni bernar ker daripada pandangan agama Islam?

Jika ya, berikan hujah dan fakta yang tetap dan jika tidak berikan hujah dan fakta yang tepat.

Semoga kita bukan terdiri daripada golongan yang sesat.

Anonymous said...

Salam..
Demokrasi hanyalah alat utk mengawal manusia..
Perlembagaan telah menyatakan bahawa mana2 undang2 yg bercanggah dgn Perlembagaan dgn sendirinya akan terbatal membawa maksud bahawa manusia hanya perlu berpegang kpd Institusi dlm sistem ini dan usah mengganggu gugat kedudukannya..
Perlu kita igt bahawa Agenda perang Dunia pertama hanyalah utk Menjatuhkan Empayar Islam Utmaniah tidak kira dimana sahaja Empayar ini berpihak samada ianya berpihak kpd Kuasa2 Paksi dan Kuasa2 Perikatan..
Hehendak tuhan akhirnya menjadikan Kerajaan Islam Utmaniah Turki berubah kpd kerajaan Sekular dan bertindak menyertai Kesatuan Eropah dan Kuasa dan Haq Islam semakin mengecil dan akhirnya terhapus ditelan arus perubahan akibat dari kesan Perang Dunia Petama..Wilayah2 dibawah Utmaniah memberontak utk menuntut kebebasan krn dihasut oleh semangat Kebangsaan yg disuntik oleh British dan sekutu2nya..
Perang Dunia Kedua pula betujuan utk menghidupkan Fasisme yg dikatakan penyebab kpd berlakunya peristiwa Holocaust..
Ia adalah Isyarat bahawa Yahudi mencari sebab Kuat utk mereka mempunyai negara sendiri krn tekanan berada di Luar tanah tumpah mereka..
Maklumat yg tidak diketahui bahawa Kekuatan German Disuntik dgn bantuan kewangan dari Elit2 Yahudi yg juga bertindak menjadi penyalur kewangan kpd lawan German..Bagaimanakah German dpt menubuhkan gerakan Nazi yg begitu kuat sedangkan pd masa yg sama mereka menanggung hutang sebagai pihak yg kalah dlm perang dunia pertama jika bukan tiadanya wang2 dari Tangan2 Gahib yg membiayai kekuatan mereka?
Apabila perang tamat,kemusnahan yg berlaku harus digantikan dgn pembangunan semula..Disini kedua-dua pihak pihak akan berhutang lg dgn pihak yg sama lalu dkenakan syarat2 supaya kepentingan Yahudi dpt melabur di Negara2 mereka..
Beginilah cara Elit2 mengawal tindak tanduk penguasa Negara supaya dasar2 yg mereka buat mesti mewakili kepentingan2 Yahudi krn mereka adalah pemberi modal semasa perang dan selepas perang..
PBB ditubuhkan selepas perang Dunia Kedua hanya sebagai alat utk membenarkan penubuhan Negara Israel dimana tanah dan bangunan PBB itu sendiri diberi percuma oleh Elit2 Yahudi(keluarga Rockafella)maka krn itu Israel hanya memandang sepi kpd resolusi2 PBB sbb tuan tanah kpd Bangunan PBB itu adalah mereka..
Islam diMalaysia setelah Perang Dunia kini hanya wujud dlm bentuk entitti yg diwakili jabatan2 yg dikawal penuh oleh sistem yg terbentuk dari acuan Demokrasi dimana mahkamahnya hanya mempunyai kuasa dlm membicarakan hal2 yg berkaitan dgn masalah perkahwinan dan perceraian,masalah harta pusaka dan hal2 sosial masyarakat pertengahan sahaja dan tiada kuasa utk menghakimi perbicaraan pembunuhan,penipuan,pengedaran Dadah,Rasuah dan salah guna Kuasa..
Islam telah diasingkan kuasanya oleh Sistem Demokrasi ini dan Elit2 hanya didakwa dimahkamah Sivil andai berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa..Perundangan Sivil yg sifatnya boleh dimanipulasi dgn pindaan akta membolehkan Elit2 ni beroleh pintu keluar dari belakang krn mereka menyedari jika mereka dibicarakan dlm Mahkamah Syariah yg hukumnya benar2 berlandaskan Al-Quran dan Hadith akan menyebabkan mereka berada di DEAD END..
Hukuman dlm sistem Syariah Islam pula diubah kpd hukuman denda dan panjara sahaja dan kesan tarbiahnya sgt2lah minima..
Inilah rupa Islam diMalaysia pd pandangan sy dimana Demokrasi yg menentukan had kuasa yg ada pd undang2 Islam..
Maka ianya melahirkan masyarakat yg kurang penghayatan agamanya..
Adakah dgn menerjakan rukun Islam yg lima itu sudah memadai utk mengatakan kita ini adalah Islam secara keseluruhannya?
Solat hanya mengambil masa 5 minit setiap waktu lalu selebih waktu yg ada itu kemanakah perginya keislaman kita?
Adakah tingkah laku kita dan perkataan kita dipakaikan Akhlak2 Islam keatasnya?
Inilah kesan apabila Islam itu dipisahkan dari Ruhnya dimana cara mengurus diri,organisasi,penguatkuasaan Masyarakat masih tertakluk kpd Sistem sekular..

.. said...

ulasan yang baik dari saudara anon 655. semoga masyarakat islam dapat memahami situasi ini secara mendalam. terima kasih.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan