Monday, April 26, 2010

IBLIS adalah JIN dari keturunan "JAN"









ARTIKEL PINJAM DARI http://bradokapak.blogspot.com/2010/04/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_26.html
Kata Pengantar Editor- BRADOKAPAK:

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah KurniaNya berjaya juga saya menyiapkan 'edit' untuk prekuel terakhir bagi siri Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Keluarganya, Para Sahabat serta Salam kepada Sultan Auliya' Al-Makdudin Sidi Syeikh Abdul Qadir Aj-Jaelani Al-Arifbillah serta seluruh WaliAllah yang bersamanya, juga kepadaAtok Zamany, Tuan Guru Ust Ghazali Hasbullah Darul Atiq, Ust Ali Sg Air Tawar, Ust Hisyam Kubang Bujuk, Maulana Murad MTUQ, Ust Isyaruddin Ismail, Cg Azhar Ali serta seluruh guru-guru ku yang pernah mengajar ku dan menunjukkan kepada ku akan Jalan Menuju Kejayaan. Al-Fatihah...

Kepada para pembaca sekalian, inilah yang anda tunggu-tunggu, buah tangan dari Atok Zamany yang telah saya perbaiki kondisinya serta diceriakan dengan gambaran-gambaran tertentu. Diharap para pembaca dapat membaca siri-siri sebelum ini untuk memudahkan kefahaman dalam menelaah Muka Surat ke-4 ini.

Akhirnya sauadara-saudara sekalian, disinilah penamat bagi pelayaran ilmu kita dalam bab Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata). Semoga segala usaha yang telah saya lakukan ini akan mendapat tempat dan berkah disisi Allah swt. Tidak lupa juga kepada Atok Zamany yang telah berpenat lelah meluangkan masa untuk menyiapkan artikel ini sebagai tatapan dan tambahan ilmu buat seluruh Ummat.

Sekali lagi saya ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Atok Zamany diatas jasa baik beliau menulis atikel ini yang telah banyak menambah ilmu didada saya serta sekalian pembaca. Tidak lupa juga kepada Cg Azhar Ali, Warfeel Efairy, Ust Isharuddin Ismail, Kdy dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga anda semua mendapat pahala dan Redha Allah swt hendaknya.


Ya Allah, Saksikanlah, Telah aku sampaikan...


Wallahua'lam,
-Orang Gombak,
-Editor,
Isnin, 26 April 2010, 6.23 petang.
------------------------------------------------------------------------



IBLIS DAN ALAMNYA (MUSUH KAMU YANG PALING NYATA)
Muka Surat 4
Katagori Bacaan: Pendedahan istilah Jin dan peleraian bagi masalah Musuh ini.
Peringatan: Sila tetapkan dalam hati keyakinan kepada Allah 100% serta menolak segala apa yang anda telah percayai sebelum ini jika ianya telah dibuktikan sebagai menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Bacaan agak panjang, jadi sabarlah dalam menuntut Ilmu, teruskan membaca sehingga akhir rencana. Semoga anda mendapat sesuatu kepastian.

*Maaflah, artikel kali ini nampaknya mendapat banyak tentangan hebat, seperti disekat dan dihalang, Maaf sekali lagi jika artikel ini nampak serabut dan serabai. Saya sudah berusaha untuk memperbaikinya, tetapi masih tetap begitu...
TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA TUNGGU-TUNGGU. SAYA HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA...


Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin kedalam tubuh manusia dan berbagai permusuhan golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita mengatahui pula akan bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat di dalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.


BANGSA-BANGSA JIN.
Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka (seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yang juga ditadbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Di sini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berparlimen. Kerajaan Unilatral Beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu:


1) Puak Ifrit.
Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrit mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu manusia dari semua arah terutama di dalam bab Aqidah. Manusia yang tipis pengatahuannya akan mudah di perkotak-katikkan mereka ini. Hasutan dan tipu musilahatnya yg halus tidak dapat dikesan oleh manusia.


Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh diberi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang semamangnya bersatu dengan golongan Ifrit itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat "hantu raya" yg dari keluarga Ifrit juga kepada manusia yang di dalam kesusahan hidup yg miskin. 


Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yg miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di Indonesia dipanggil Pensyaratan) yang sudah tentu melanggar hukum Syara’ contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki Bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.
(Orang Melayu panggil dia Hantu Pocong)

Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upacara pengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Dah mula tinggal solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karaoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerena itulah yang dicarinya selama ini.


Anak bini dirumah menjadi tidak keruan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang ‘bertukar kulit’ menjadi jin Ifrit iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalIk, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengatahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. lama kelamaan Jin itu menguasai sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.

Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Disamping didakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa di bawah seksyen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masalah dan kemudiannya membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan hukuman diakhirat kelak. Ambillah iktibar dari cerita ini.


2)Puak Syaitan.
Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan di dalam Al-Qur’an. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas, membisik di dalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam waham semata-mata. 


Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-nyampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk ke dalam makamah, saman-menyaman yang disensasikan di dalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka berkhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus di dalam khayal yang jauh bagi melupakan masalah pejabat, tekanan kerja, stress, masalah rumah tangga, masalah kewangan yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dan lain-lain. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak di dalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.

Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik ke arah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yang dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.

Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Di dalam contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang diambil ke atasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu.

Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakannya dan kemunduran perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaannya itu akibat perbuatan rakannya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiayaan kepada rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.


3)Puak Iblis.
Satu bangsa Jin yang sangat alim, wara’, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan di Alam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itu timbullah perasaan ego dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu pun makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. 


Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Maha Mengetahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis.

Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan Karomah untuk golongan manusia biasa yang abadi).

Kuasa Mukjizat dan Karomah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya disemua bahagian pemerintahan di negara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping Raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan diceritakan salah satu contoh Karomah yang menendingi sakti puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.


(Sakti yang ada pada manusia, Silap mata/Sihir) 


Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar di dalam bangsa-bangsa keseluruhan puak mereka ini. Ia diambil dari Al-Qur’an, Hadis Nabi dan Tafsir dari berbagai Ulama’. Sebenarnya dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkajinya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pula garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia Ilmu Allah swt dan Rasul-Nya sahaja.


PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH:

Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan didalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut Tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya? Istilah-istilah itu adalah:

1) JAN
Merupakan datuk segala Jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan angin Samaun juga yang sangat panas. Kemudian dari dialah keluar seluruh keturunannya yang Islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan hinggalah kehari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak sama ada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, di dalam laut dan diudara dunia yang luas ini.


2) JIN
Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan bekenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak Jin. Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara umum sahaja. Manakala bangsa-bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi dibawah ini.


3) IBLIS
Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama’ tafsir iaitu “Tiada permukaan walau satu inci pun di Bumi dan di Syurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt." Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini. Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt Maha Mengetahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan Imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap derhaka akan perintah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiaatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anak cucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.


4) SYAITAN
(Surat perjanjian Ahli Sihir Amerika untuk mengambil Syaitan pangkat rendah sebagai Wali, cop dibawah itu adalah cop Syaitan)

Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat rajin, Siang dan malam ia mengganggu manusia silih berganti (seperti syif kerja kilang) tidak pernah berhenti 24 jam. Dia ini juga musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga suka memasuki tubuh manusia disemua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga. Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura ‘menolong’ manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau kuda. Merekalah yang dijadikan tunggangan Syaitan, yang disebut di dalam Al-Qur’an dalam beberapa ayat.


5) IFRIT
Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut ‘Jin Ifrit’. Seperti yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong. Semasa zaman Nabi Allah Sulaiman, ada diantara raja-raja Ifrait ini yang berhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan di dalam sirah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas di dalam ayat-ayat Al-Qur’an ada diceritakan perihal mereka ini.
(Ifrit kah?) 

Peristiwa itu bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Saba’ dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As-Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Saba’ ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipisongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.

Kerajaan Saba’ ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan Istana kerajaan ini diperbuat dari emas bertatahkan belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman as pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada Allah swt dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah menjadi Ratu.

Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada perintah Nabi Sulaiman.Atas nasihat para menterinya yang mengetahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi Sulaiman as. Tetapi muslihat itu telah diketahui oleh Nabi Sulaiman as. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk memerangi kerajaan Saba’ itu. Maka Ratu dan semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengatahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta di dalam istana itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman as yang terletak di Syam.

Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istina Kerajaan Saba’ kenegaranya. Maka Ifrit yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri dikerajaan Nabi Sulaiman as pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatanglan Istana Ratu Saba’ itu sebelum Mata Nabi Sulaiman as sempat berkelip pun dengan karomah kurnian Allah swt (disinilah disebutkan dalil bahawa Karomah WaliAllah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa versi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir as dan ada juga yang mengatakan mungkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Saba’ pun dipindahkan bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.

Apabila Ratu Saba’ itu sampai disana, Nabi Sulaiman as telah mengajak Ratu dan rombongannya memasuki Istana ‘Barunya’ itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Saba’ sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana reka bentuk dalaman Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat Singgahsananya ada disitu. Maka Nabi Allah Sulaiman as pun menceritakan perihal Istana Ratu Saba’ itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua bala tenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya Matahari. Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahwini Ratu Saba’ yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.

Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Karomah anugerah Allah swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekasih-Nya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan Karomah WaliAllah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan durhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka didunia dan akhirat, dahulu, kini dan selama-lamanya.


6) IZAZIL/AZAZIL/THE FALLEN ANGEL.
(Gambaran The Fallen Angel/Izazil) 

Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangsa Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur strategi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai mencipta magis dan silap mata, banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keseluruhannya dari semua bangsa dan golongan. Ia jugalah yang mencipta ‘dunia khayalan’ dan ‘syurga khayalan’ untuk manusia yang bodoh, yang cetek pengetahuannya, yang terpedaya akan kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya.

Sangat bijak menguasai seluruh Ilmu Dunia dan dapat mengatur dunia mengikut telunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari cengkamannya iaitu yang dikasihi Allah swt. Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana terpedaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya juga mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan ‘penjara’ bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu belajar tipu helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu mendengar nasihat (ayat-ayat Al-Qur’an) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan masa mereka didunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang sesat pula, belajar tampa sanaa yang telah ditentukan oleh Nabi saw, yang menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda saw, sahabat-sahabatnya dan seluruh pewaris Ilmu dan amal darinya (Alam tersebut juga adalah tempat bagi Roh-roh Bergentayangan).

Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga bala tentera nyalah yang akan bertarung dengan Nabi Isa as Al-Masih, Iman Mahdi berserta 70422 Auliya’ Makdudin juga bibantu oleh Bala Tentera Langit seluruhnya. Di kala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya akan dihancur binasakan oleh Tentera Akhir Zaman Islam. Tiada seekor dan seorang jiwa kafir pun yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana manusia telah sedia ada di dunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan didalam ‘penjara alam Ibis’ (Roh-roh Bergentayangan) sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang anggapan yang pihak merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis telah pun mengetahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam kesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.


7) DAJJAL
(Gambaran Patung Samiri ciptaan Dajjal)

Inilah ‘Manusia Iblis’ pertama ciptaan Izazil Laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. Kedua-dua ibu bapanya itu adalah merupakan adik-beradik seibu sebapa. Mereka bersekedudukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pedalaman bernama Samiri di Negara Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api.

Setelah beberapa ketika tinggal di dalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung. Maka isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh di hujung kampung itu. Sang isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu.

Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upacara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (di dalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.

Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh di dalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan (sebab mengapa nombor 13 menjadi kegemaran para pemuja Iblis/Dajjal/Izazil/Fallen Angel). Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar di Dunia ini (kebanyakan agama di Dunia telahpun mengetahui akan kejahatan dan kerosakan yang akan dilakukan oleh Dajjal itu nanti).

Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk melahirkan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya, dia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisik kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.

Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan di Benua Antartika di dalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus ke dalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa.

Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun as juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as datang kepada Nabi Musa ketika sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malaikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka lemparkan kepada Nabi Musa as.

Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tur Sina, peluang ini diambil oleh Dajjal As-Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dikhalayak kaum nabi Musa as iaitu Bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada mereka ‘Tuhan’ Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dahulu. Patung itu diletakkan dihadapan Bani Israil dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil.

Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah ‘Tuhan’ nabi Musa as. Kaum Bani Israil yang selama itu mencari-cari Tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan As-Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi Harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya?


Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal As-Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malaikat Jibril as telah menangkap Dajjal As-Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat Ahli Tafsir menyatakan bahawa Lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat.

Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle) yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tangkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka (Roh-roh Bergentayangan). Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti.
(Peta Lokasi Segi Tiga Bermuda)

Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun ke Permukaan Bumi. Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huru-hara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliung hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Haiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.

Dajjal As-Samiri juga telah diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as, tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung.
(Dalam hierarki Illuminati, All Seeieng Eye/The Hidden Hand/Dajjal menduduki carta teratas mereka)

Saidina Umar Al-Faruuq yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tidak akan mati ditangan sesiapa kecuali ditangan Al-Masih Nabi Isa as sahaja. Nabi Muhammad saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Saidina Umar Al-Faruuq berjaya membunuhnya disitu, Nabi Muhammad saw bersabda, hukuman Qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syara’. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.


8) QARIN
Nama lainnya juga boleh dipanggil sebagai ‘saka pendamping’. Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia didunia ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya. Apabila jatuh saja benih dari kaum manusia lelaki kedalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk kedalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasi akal fikiran manusia. Dari sini Qarin akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu.

Semua bentuk kerja sama ada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok hari, maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar loceng jamnya untuk bangun sahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka menghalang manusia.

Tetapi tugas utama Qarin ialah mengujudkan halangan ‘lupa’ difikiran manusia, maka timbullah perasaan was-was sama ada dia telah solat atau belum? Telah berwuduk atau belum? Sah atau tidak wudhu’nya? Betul atau tidak cara ia berwudhu’? Betulkah cara ia mandi hadas dan semua bentuk pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat Takbiratul Ihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana was-was.

Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat saya seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk raka’at kedua baru ia selesai berwudhu’. Satu waktu, Pak Kiyai menyuruh dia menangkat wudhu’ dihadapannya. Lagilah kelam kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwudhu’ lalu Pak Kiyai suruh dia terjun saja kedalam kolah itu. Itulah peristiwa yang saya tak dapat lupakan hingga ke hari ini.

Telah juga diriwayatkan bahawa Rasulullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:


"Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasulullah? Jawab Baginda, Ya. Aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan sahaja.”


Keterangan Hadis: Dari hadis Rasulullah saw ini menunjukkan dalil bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama’ ke satu Ulama’. Ada yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan berbagai visi lain. Tetapi saya mengambil akan tafsir yang lebih logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.

Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah tugas yang telah ditetapkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.

Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan konsprasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkan-Nya. Maha Suci Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Maha Adil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini dan memelihara dirinya dan keluarganya dari gangguan mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.


9) BUNIAN
Seperti yang anda semua tahu, Bunian atau ‘orang halus’ ini adalah kacukan diantara Manusia dan Jin. Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara bapanya manusia dan ibunya adalah golongan jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu ada perkampungan Bunian.

Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya.

Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.

Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.

Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, Mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus menganjak saya memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.

Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.

Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai abang Hassan.

Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.

Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.

Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.

Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku.
(Batu Ajaib dari alam Bunian) 

Daripada cerita-cerita saya tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan-kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan control kita sepenuhnya dan akan mengongkong kita.

Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu buat didunia luar yang sukar kamu bendung disamping sifat degil mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan Atok saya yang saya sentiasa ingat hingga ke hari ini. Jika di Alamnya nampak emas, sedangkan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir dalam ilmu sihir.


10) DEWA
(Patung Dewa Wisnu di Jawa Tengah)

Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong mereka dalam apa juga kerja buat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada Syirik Akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.


11) SAKA
Telah banyak diceritakan di dalam rencana ini berkenaan dengan Saka keturunan. Ia adalah Jin yang di ambil sebagai Sahabat atau Khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka mati. Jin Saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan Syirik, yang didalam Syara’ juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi di dalam masyarakat melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai Sahabat atau Khadam. Justeru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin Saka ini secara ‘tidak rela’ akan kehadirannya, tetapi Jin Saka ini tidak peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang ke Rahmatullah.

Teringat saya akan satu cerita semasa saya menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam ekspedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal dikaki Gunung Tahan pada akhir tahun 80-an dulu. Dengan menaiki bot panjang saya mudik ke hulu hingga ke Kampung Bantal Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Sampai di sana mengupah Asli Semai untuk menjadi juru pandu arah hingga ke kaki Gunung Tahan. Dia membawa saya hingga bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuah gua disitu, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan Asli Senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah uzur. Jadi saya pun berangkat pulang semula ke Kampung Bantal dan tinggal beberapa hari disitu.
(Saka dari jenis minuman, sesuai untuk melegakan tekak kering) 

Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau menyuruh saya mencari Pak Long Kasim di Tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi keesokan harinya saya mudik kehilir pula menuju ke Sungai Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis saya bertanya beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai disitu. Dipagi itu saya dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai masalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak saya kerumahnya ditebing Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.

Pak Long Kasim ini merupakan bekas Komunis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan khazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk ditunjukkan kepada saya. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh sehari untuk mencarinya. Saya dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Keesokan harinya beliau memanggil saya dan menerangkan perihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan ‘Sahabat’ Jin yang bernama ‘Pantas Di Awan’ untuk mencari ke seluruh pelusuk Bumi Malaysia ini, namun beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui di mana kuburannya berada.

Selepas itu saya sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi saya tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh kedalam gaung di Bukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah mengumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu Tok Bahaman dan Abang Malek cucu Tok Gajah menyertainya dalam operasi itu.


Saya telah diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adik angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika jika turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu upacara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan disitu. Saya hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang kerumah.

Keesokan pagi kami pergi lagi ke tempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masalah kerana masih boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya terselamat.

Sekarang bagaimana lori yang telah terhumban itu boleh naik ke atas jalan hanya dalam satu malam tanpa menggunakan kren? Inilah tanda tanya yang bermain di kepala. Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami semua kembali semula ke Pekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usaha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan sahabat long Kasim ‘Pantas DiAwan’. Tuan-tuan tahu apa dia Pantas DiAwan itu? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksasa, panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai ke Awan apabila kita melihatnya selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga.

Hantu ini cukup bencikan saya sebab saya selalu menyindirnya dengan bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu saya minta hadir dihadapan saya tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya saya mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi saya sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan menyenangkan, sebaliknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjukkan kebolehan Jin itu dihadapan saya. Saya sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia sangat licik dan pandai menipu.

Begitulah cerita Long Kasim dengan "Sahabat"nya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal kelak kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri. Inilah salah satu masalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.
artikel sepenuhnya klik sini

6 comments:

Anonymous said...

Salam saudara ABATASA...


Terima kasih kerana sudi membantu saya dengan berbagai cara... Saya amat menghargai usaha saudara dan tidak tahu bagaimana hendak membalas budi saudara...

Ya saudara, saya sangat pasti, artikel ini adalah di tahap berat... Perkara sama juga pernah berlaku pada Atok Zamany ketika beliau hendak postkan artikel ini. 3 kali kalau tak silap saya artikel ini telah tertangguh dari dipostkan oleh Atok Zamany. Dan perkara sama berlaku sekali lagi kepada saya dan saudara.

Apapun yang berlaku, Allah tetap adalah Sebaik-baik Perancang! Kita hanya berusaha, Allah lah yang menentukannya...

Sekali lagi, RIBUAN TERIMA KASIH saya ucapkan kepada saudara atas usaha murni saudara membantu saya selama ini. Saya terhutang budi atas saudara. InsyaAllah lepas ni sy akan tulis satu artikel sendiri sebagai tanda terima kasih kpd saudara... Nantikan... :)



Wallahua'lam,
Wassalam.

-Orang Gombak

Anonymous said...

Salam, wujud satu kes di mana wanita ini tidur dan merasakan seolah2 farajnya disetubuhi-adakh itu perbuatan jin? minta penjelasan

Anonymous said...

Salam ;))

terima kasih atas info berguna ;))

Malik Fareeq Ghazie al-Qudsi said...
This comment has been removed by the author.
Malik Fareeq Ghazie al-Qudsi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Yang pasti artikel ini tidak harus diterima bulat2 dan tidak juga harus dit0lak mentah.. Sebahagian ada kebenarannya.. Dan sebahagian lagi jelas sesuatu yang diada-adakan.. Terutamanya dalam hal Dajjal.. Dajjal tidak pernah dipelihara malaikat Jibrail a.s.. Tidak juga pernah mengajak Rasulullah SAW bertarung.. Jika benar, maka bawakan sumber dan dalil yang membenarkannya.. Perkataan yang diterima secara dengar2 tidak layak diterima sebagai dalil dan hujah.. Memang ceritanya menarik.. Tetapi apabila mengadakan sesuatu yang palsu kemudian disandarkan kepada Allah atau malaikat-Nya atau Rasul-Nya sebagai c0nt0h maka amat ditakuti perkara sedemikian b0leh menggugurkan aqidah kita.. Wallahu`alam..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan