Saturday, July 2, 2011

MENJADI DOMINAN



UMAT Islam yang hidup dalam sesebuah negara yang mana majoriti penduduk negara itu dihuni oleh orang Islam itu sendiri ditegah daripada menjadikan kafir sebagai pemimpin mereka secara mereka merelakannya, dalam erti kata lain mereka meredhai kafir menjadi pemimpin mereka.




O you who have believed, do not take the Jews and the Christians (kafeer) as allies. They are [in fact] allies of one another. And whoever is an ally to them among you - then indeed, he is [one] of them. Indeed, Allah guides not the wrongdoing people.(Quran, Maeda: 51)

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani (kafir) sebagai sekutu (yang memimpin) kamu. Mereka (Yahudi dan Nasrani) (sebenarnya) adalah sekutu sesama mereka. Dan barangsiapa di kalangan kamu (yang beriman) menjadi sekutu bagi mereka, sesunggunya dia adalah sebahagian daripada mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim,” (Quran, al-Maidah: 51)

Let not believers take disbelievers as allies rather than believers. And whoever [of you] does that has nothing with Allah , except when taking precaution against them in prudence. And Allah warns you of Himself, and to Allah is the [final] destination.(Quran, Emran: 28)

Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah.......(Quran, Al-Imran: 28)

Sejarah mesej Tauhid terakhir sejak zaman kerasulan Nabi Muhammad (selawat dan salam setiap kali nama baginda disebut) menyaksikan Islam berkembang dalam persekitaran yang turut dihuni oleh orang Yahudi dan Nasrani di Madinah dan Makkah serta bumi Arab serta sekitar wilayah para nabi keturunan semitik (Land of the Semitic prophets) di Timur Tengah/Asia Barat.

Namun, kepimpinan Rasulullah adalah dominan mengatasi pengaruh pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani di bumi Madinah. Meskipun wujud kumpulan Yahudi dan Nasrani, ia tidak memberi ruang kepada mereka untuk menjadi lebih dominan daripada kepimpinan Islam yang diterajui Nabi Muhammad.

Piagam Madinah walaupun memberi ruang kepada Yahudi dan Nasrani serta orang bukan Islam untuk bebas mengamalkan cara hidup dan agama masing-masing, ia tidak bermakna agama selain Islam akan diberi sama taraf atau lebih dominan daripada Islam di sebuah negara yang dipimpin oleh orang Mukmin. Kepimpinan Rasulullah menjadikan Islam sebagai dominan dalam bentuk kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran dan urusan-urusan masyarakat melebihi segala-galanya.

Islam ketika zaman kenabian Muhammad adalah dominan. Walaupun baginda Rasulullah melayan baik para Yahudi dan Nasrani, keadaan itu bagaimanapun tidak pernah memberi ruang kepada golongan kafir untuk mendominasi pengaruh di Madinah dan Makkah (sesudah Kota Suci dimasuki semula). Hubungan dengan Yahudi dan Nasrani dijaga dengan harmoni, namun keindahan kepada hubungan baik itu tetap diperkemaskan dengan sikap berwaspada terhadap golongan kafir. Sikap waspada itu diletakkan kerana Allah memberi amaran melaui Kitab-Nya supaya berhati-hati dengan tipu helah golongan kafir. Walaupun hubungan dengan Yahudi dan Nasrani berkembang dengan baik, ia masih ada waspada, dan tidak diberi peluang kepada Yahudi dan Nasrani untuk menjadi lebih dominan daripada Islam.

Salah satu kunci kepada kejayaan pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad adalah dominan dan waspada dalam berhubungan baik dengan kafir. Islam pimpinan Rasulullah adalah dominan atau lebih berkuasa daripada pengaruh-pengaruh lain.

Kita harus belajar daripada sejarah kepimpinan Rasulullah dalam menjaga negara kita yang dihuni oleh orang Islam sebagai majoritinya. Persamaan Madinah dengan Malaysia bukan dari segi kehebatan kepimpinan Islam di Madinah, kepimpinan Islam di Madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah sangat hebat, kepimpinan Islam di Malaysia (di mana-mana negeri sekalipun) pula masih belum layak disamakan dengan Madinah atau Makkah, tetapi persamaan Madinah dengan Malaysia hanya dari segi umat Islam sebagai majoritinya (andai persamaan yang diberikan ini tidak silap). Umat Islam sebagai majoriti.

Namun, kita di Malaysia menghadapi dilema. Dilema dalam memperkukuhkan kepimpinan Islam supaya menjadi dominan sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah ketika memacu Madinah dan Makkah (sesudah Makkah dimasuki semula).

Dilema Kepimpinan Islam di Malaysia

Entah di mana silapnya, umat Islam di Malaysia terpecah kepada tiga kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh bersatu hati. Terdapat perbezaan bagi tiga kumpulan ini.

Pertama, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah dengan kuasa mentadbir negara (dari segi demokrasi) yang diberikan kepada mereka. Namun, kumpulan ini lebih dominan dalam jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.


Kedua, satu lagi kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak dominan dalam mendominasi menjadikan Islam sebagai dominan terhadap satu jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.

Ketiga, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, mereka sebenarnya berkumpulan tetapi tidak berkumpulan secara nyata, terdorong mengikut kumpulan pertama atau kumpulan kedua yang seolah-olah memecahkan mereka. Kumpulan ketiga ini seolah-olah terpecah disebabkan kumpulan pertama dan kedua. Mereka sebenarnya tidak terpecah, tetapi hanya tidak berkumpulan dalam satu kumpulan yang nyata.

Kumpulan pertama dan kedua

Kedua-dua kumpulan yang awalnya bersatu ini mulanya berselisih kerana salah satu daripada mereka dikatakan tidak menjalankan Islam dengan cara yang sepatutnya. Ia dorong pula oleh krisis politik yang berlaku di sebuah negeri pada sekitar 1970-an. Akibatnya, dua kumpulan ini terpecah dan membawa haluan masing-masing dalam memperjuangkan prinsip masing-masing.

Kumpulan kedua itu bangkit dengan dasar membina sebuah Negara Islam, manakala kumpulan pertama kekal dengan prinsip membela nasib Melayu beragama Islam. Maka, bermulalah percaturan sengit dalam memenangi hati orang Melayu untuk membolehkan kedua-dua kumpulan ini merebut kuasa dalam politik negara.

Walaupun berlaku banyak pertelingkahan dalam ehwal politik sejak berpecah, namun kedua-dua kumpulan ini sebenarnya saling bertindak sebagai check and balance dalam hal ehwal orang Islam kerana kedua-duanya beragama Islam, dan bertindak demi kepentingan umat Islam.

Adapun muncul isu kafir mengkafir terhadap satu kumpulan di antara keduanya, namun kita tidak berkuasa dalam menentukan siapa yang kafir dan sesat kerana Islam berkeadaan rapi di negara ini meskipun dalam suasana pertelingkahan selama kira-kira lebih 30 tahun hingga hari ini. Hanya Allah lebih tahu mengenai jiwa-jiwa yang kafir terhadap perintah-Nya.

Walaupun berpecah, hal ehwal pendidikan orang Islam dijaga oleh kedua-dua kumpulan ini, hal kebajikan diberi perhatian oleh kumpulan pertama walaupun tumpuan terhadap kebajikan tidak begitu sempurna ketika awal, tetapi semakin diberi perhatian sejak 10 tahun lalu. Beratus masjid didirikan sebagai mimbar ilmu dan tempat orang Islam beribadat dengan bebas, bukan untuk tujuan lain selain mimbar ilmu dan ibadat.

Walaupun kedua-dua kumpulan yang bersaudara ini bertelingkah, Islam masih bebas menjalankan ibadat tanpa masalah. Islam tetap berkembang walaupun tidak sesempurna pemerintahan Rasulullah di Madinah lebih 1400 tahun lalu.

Namun, kumpulan pertama tidak sempurna, begitu juga dengan kumpulan kedua. Meskipun majoriti negara ini dihuni orang Islam, hiburan tetap beraja di hati sebilangan orang. Bukan semua, hanya sebilangan. Walaupun sebilangan, ia tetap masalah. Rakyat hidup diseri hitamkan dengan hiburan, ada yang menghampiri melampau, ada yang sederhana dan ada pula yang sudah tidak mengenali batas.

Banyak aspek yang mendorong dua kumpulan ini terus bertelingkah. Gagal menemui persamaan, gagal memperbaiki perbezaan dalam perpisahan.

O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result.(Quran, ann-Neesa: 59)

Hai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin di kalangan kamu (orang Islam seperti kamu). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Quran, an-Nisa: 59)

Kumpulan pertama harus kerap duduk semeja untuk mendalami hal ehwal orang Islam bagi mencari penyelesaian yang tidak memudaratkan umat. Allah telah memerintahkan supaya memimpin sesama Islam dan bukan mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin. Setiap perbezaan itu membawa kelebihan, ia membawa kepada perundingan yang sewajarnya dan mengeratkan hubungan. Biar berbeza pendapat dari segi keduniaan, tetapi wujud persamaan dari segi menjaga kepentingan agama.

Sesudah 30 tahun, kumpulan kedua ini menjalin hubungan dengan kafir sebagaimana kumpulan pertama. Bezanya di sini ialah kumpulan pertama itu lebih dominan terhadap rakan-rakan kafirnya. Manakala kumpulan kedua lebih terikut-ikut kehendak rakan kafirnya yang lebih dominan daripadanya. Tidak ada masalah untuk menjalin hubungan dengan kafir, tetapi harus waspada dan perlu menjadi dominan andai kalau kita berada di sebuah negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Kita orang Islam berada di sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam seharusnya menjadi dominan dalam menetapkan sesuatu dasar dalam jaringan kerjasama bersama orang bukan Islam. Kita orang Islam tidak sewajarnya mengikut rentak orang bukan Islam yang mahu memimpin kita. Kita yang perlu mahu memimpin orang bukan Islam kerana kita adalah majoritinya, maka kitalah yang perlu dominan.

Negara pernah dikejutkan dengan isu kalimah Allah di gereja dan Bible. Satu kumpulan menentang kerana penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan gereja adalah sama seperti membenarkan Allah disekutukan dengan perkara syirik. Allah tidak sesekali membenarkan Diri-Nya disyirikkan dan disekutukan dengan sesuatu yang lain. Maka, satu kumpulan itu menentang penggunaan kalimah Allah di gereja dan dalam Bible.

Andai ada orang Islam yang redha Allah disyirikkan, maka carilah di dalam al-Quran mengenai kemurkaan Allah terhadap perbuatan itu. Allah dengan keras tidak membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan sesuatu yang lain. Apatah lagi dalam soal membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan triniti.

Kumpulan kedua terus terikut dengan kehendak kafir yang bersahabat dengan mereka dalam soal kalimah Allah. Tidak difahami apakah alasan kumpulan kedua ini untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh kafir bagi tujuan akidah triniti mereka yang syirik. Umat Islam yang percaya Allah itu Maha Esa dan tiada sekutu bagi –Nya tidak patut membenarkan syirik dan tidak patut membenarkan kalimah Allah disyirikkan.

Banyak kenyataan daripada kumpulan pertama yang menentang dan boleh dirujuk kenyataan mereka daripada pelbagai sumber, dan banyak kenyataan daripada kumpulan kedua yang menyokong dan boleh dirujuk daripada pelbagai sumber mereka sendiri.

Kita tidak membuat penilaian terhadap mana-mana kumpulan ini. Kita hanya mahu orang Islam bersungguh-sungguh menjaga agama mereka dan mencari pemimpin yang dominan hanya dari kalangan mereka sendiri yang kenal dan patuh akan segala perintah-Nya.

Umat Islam tidak wajar mengikut telunjuk orang bukan Islam yang mahu memimpinnya. Walaupun tiada dalam Perlembagaan Negara yang menentang seorang bukan Islam menjadi ketua kerajaan, tetapi Allah melarang umat Islam menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Andai mengikut perlembagaan, maka ikutlah. Andai mengikut al-Quran, maka ikutlah semua.
-
Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa dan penulisan atas dasar sebagai orang Islam dan BUKAN atas dasar kepentingan mana-mana parti politik atau mempunyai kaitan dengan mana-mana individu politik. Aku adalah orang Islam yang sedih melihat kegusaran saudara-saudara yang sama akidah denganku.







Tuesday, June 28, 2011

WAJARKAH?

Terserahlah pada pembaca menilai enteri ini, ia bukan membincangkan Politik Murahan tetapi berkait dengan nasib Umat Islam yang majoritinya Melayu di Malaysia. Nilaikan dengan hati yang terbuka dan penuh kesedaran bukan atas ketaksuban melampau. Apakah nasib anak cucu kita nanti sekiranya kita gagal menanganinya sekarang. Inikah Fitnah Duhaima’ ?



Marhain Tua menulis....

Apa dayaku walaupun aku tidak suka politik dan demokrasi syaitan ini? Ya Allah selamatkanlah kaum Mukminin di Bumi Bertuah ini dari kekotoran kerja Yahudi dan Nasrani. Keadaan sudah tidak memihak kepada kami. Perkenankanlah Ya Allah!

Oh Tanah Tumpah Darahku! Apa nasibmu nanti? 

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Qs : 5 : 51)


Sabda Bandinda Junjungan: "Setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya, Seorang penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggung jawab atas mereka, seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab atasnya. Seorang hamba sahaya adalah penjaga harga tuannya dan dia bertanggung jawab atasnya. (HR Bukhari)

Wajarkah Muslimin mengangkat Bukan Muslim sebagai Pemimpin?

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". (Qs : 4:59)

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menempatkan seseorang karena hubungan kerabat, sedangkan masih ada orang yang lebih Allah redhai, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang Mukmin". (HR Al Hakim).

Umar bin Khatab berkata; "Siapa yang menempatkan seseorang pada jabatan tertentu, karena rasa cinta atau karena hubungan kekerabatan, dia melakukannya hanya atas pertimbangan itu, maka seseungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukminin".

Rasulullah menjawab; "jika sebuah perkara telah diberikan kepada orang yang tidak semestinya (bukan ahlinya), maka tunggulah kiamat (kehancurannya)". (HR Bukhari).

Jika berlaku lagi peristiwa 13Mei, bagaimanakah nasib mu wahai Melayu? Siapakah yang bersalah? Aku bukan sokong sesiapa, aku hanya ..... mengharap kasih sayang dan belas ehsan dari Allah Rabbul Jalil...


Ohhh Tanah Melayu, Malayan Union kembali lagi







kiriman : MARHAIN TUA (aku sudah penat melihat perkelahian bangsaku)


api semakin mendekat CIA and NED Behind BERSIH – The Proof!

Tuesday, June 21, 2011

Majority Wipe Out (MWO)


DALAM siri Mind Game yang pernah disiarkan dalam blog Umat Terakhir (sebelum dihilangkan dan bagi mereka yang pernah membacanya di blog itu), dijelaskan bahawa pemikiran manusia boleh dikawal melalui beberapa modul kawalan minda yang berpotensi menyekat daya fikir seseorang terhadap rasionalism yang realistik seperti melalui teknik penguasaan Chakras, Red Herring, Brainwashing Propaganda dan Blame Game.

Kesemua teknik-teknik serta taktik-taktik itu pula pada asasnya tidak mampu mengawal minda semua orang secara sekaligus. Teknik-teknik itu hanya berhasil kepada sebilangan orang sahaja yang boleh kita sebut sebagai kumpulan minor.

Namun, kumpulan minor ini bukan bermaksud bahawa mereka lemah dan tidak mampu menjatuhkan kumpulan major. Kumpulan minor itu adalah mangsa yang akan bertindak memangsakan kumpulan major. Mangsa yang boleh berubah menjadi pemangsa dan mampu pula memusnahkan satu bentuk masyarakat atau negara secara keseluruhan.

Keadaan di mana kumpulan minor dimanipulasi untuk menjatuhkan kumpulan major itu dinamakan oleh pengkaji perang saraf politik sebagai Majority Wipe Out (MWO) yang menjadikan rusuhan atau riot melalui acuan ekstremisme sebagai alat utama untuk mencapai keberhasilannya bagi keuntungan politik yang dikuasai jurutera politik The Hidden Hand untuk mencorakkan kejayaan perjalanan boneka-boneka politik mereka.
--
MAJORITY WIPE OUT (MWO)


MWO bukan teknik kawalan minda tetapi ia adalah salah satu tujuan akhir selepas minda sebilangan orang telah berjaya dikawal melalui penguasaan Chakras, Red Herring, Blame Game dan Brainwashing Propaganda. Tujuannya ialah untuk MENAFIKAN suara majoriti dengan menjadikan suara MINORITI LEBIH DOMINAN daripada suara MAJORITI dalam persekitaran DEMOKRASI.

Dalam sistem demokrasi (dalam konteks politik nasional secara makro), pilihan majoriti melalui pilihanraya akan digunapakai bagi membolehkan individu atau sesebuah parti politik membentuk kerajaan dengan nisbah 2/3 sokongan rakyat dalam sesebuah negara.

Sebelum itu ditegaskan, kita di sini tidak bercakap atau mempertikai mengenai demokrasi secara kritikal sebagai teras perbincangan dalam artikel kali ini, tetapi fokus diberikan kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran politik berdemokrasi dan dunia hakikatnya sedang menuju ke arah itu pada ketika New World Order (NWO) sedang melebarkan sayapnya di sebalik salah satu senjata politik NWO yang dinamakan sebagai demokrasi.

Demokrasi membolehkan semua pihak dapat bersuara dengan bebas. Ia termasuk bersuara melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat yang mana suara mereka (rakyat) pula akan disampaikan oleh wakil-wakil itu kepada kerajaan di Parlimen.

Secara demokrasi, wakil-wakil yang dipilih itu dilantik selepas majoriti rakyat membuat pilihan terhadap mereka melalui pilihanraya. Manakala kumpulan yang memilih calon lain yang kalah semasa bertanding pilihanraya dengan wakil yang menang tadi menjadi minoriti dalam keadaan ini (dalam konteks ini). Dalam konteks ini, minoriti dirujuk kepada kumpulan pengundi dan bukan kumpulan bangsa atau kaum.

Keadaan yang sama berlaku secara nasional (seluruh negara) apabila wakil-wakil daripada parti politik yang sama memenangi majoriti undi untuk membentuk kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Semua orang faham situasi demokrasi ini. Kumpulan yang memilih calon-calon daripada parti politik yang tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan pula disebut sebagai minoriti (dalam konteks ini).

Maka dengan itu, parti politik yang dipilih itu mendapat mandat daripada majoriti pengundi untuk membentuk dasar-dasar, menjana ekonomi dan mengemudi hal ehwal pentadbiran negara melalui pembentukan kerajaan atau pemerintah.

Motif demokrasi dalam politik nasional secara pilihanraya ialah untuk membolehkan sekumpulan orang (sesebuah parti politik) memperoleh mandat majoriti rakyat untuk memerintah sesebuah negara.
Mandat majoriti yang diterima parti yang dipilih sebagai kerajaan itu pula sewajarnya dihormati oleh kumpulan minoriti itu tadi kerana ia adalah suara majoriti, dipilih secara persetujuan bersama oleh kumpulan yang menjadi majoriti. Namun, The Hidden Hand (THH) tahu bahawa sesebuah parti yang kalah pilihanraya itu kekal menyimpan hasrat yang meronta-ronta untuk menjadi kerajaan dan berkuasa.

Maka, di sinilah manipulasi THH terhadap kumpulan minoriti itu bermula bagi membolehkan hasrat kumpulan minoriti itu menabalkan parti politik pilihan mereka itu sebagai kerajaan melalui tindakan-tindakan terpilih yang melampaui batas. Dalam keadaan ini, THH sentiasa mencrai ruang dan peluang untuk melantik proksi dalam parti politik yang kalah sebagaimana kebiasaan di negara-negara Arab dan sekitar Timur Tengah, sekitar negara-negara di benua Afrika serta beberapa negara Asia.

Tujuannya bukan untuk memastikan parti politik yang kalah itu menjadi kerajaan secara drastik atau melalui rampasan kuasa secara ekstrem, tetapi untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan sesama rakyat sesebuah negara melalui rusuhan yang akhirnya membolehkan campur tangan kuasa besar dari negara-negara naungan mutlak THH secara politik terutama Amerika Syarikat, Israel, Britain dan beberapa sekutu mereka di Eropah.

THH tidak akan memastikan kuasa pemerintahan berpindah kepada parti politik yang kalah. Sebaliknya, memastikan proksinya mendapat kuasa dalam pemerintahan dan proksi itu selalunya bersembunyi dalam parti-parti politik.

Maka dengan itu, usaha digerakkan ke arah mewujudkan satu keadaan di mana suara atau pilihan majoriti itu dinafikan sekeras-kerasnya melaui tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) oleh kumpulan minoriti untuk menyapu keluar semua suara majoriti dan menjadikan minoriti itu lebih dominan daripada majoriti. Menang atau kalah kumpulan minoriti itu dalam tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) itu tidak langsung merugikan THH ataupun proksi-proksinya.

Ia adalah kerana kesan yang diharapkan THH daripada rusuhan itu hanyalah tidak lebih daripada mengintai peluang untuk campur tangan melalui topeng keamanan dan pihak pendamai dari luar. Apabila masuknya pihak pendamai itu, maka mana-mana parti politik dalam sesebuah negara pun tidak akan diberi peluang memerintah sehingga keadaan kembali aman sebagaimana berlaku di beberapa negara lain pada ketika ini.

--
MWO dan Rusuhan


MWO tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa ada rusuhan. Rusuhan adalah resipi penting dalam menjayakan MWO. Keadaan di Libya (masih berlarutan), Mesir (suatu ketika baru-baru ini), Syria (kekal tegang) dan beberapa negara lain menghadapi ketegangan yang sama meskipun ada sedikit perbezaan bagi setiap punca kes-kes itu.

Kumpulan majoriti yang memilih kerajaan sebelum berlaku ketegangan itu dinafikan suara mereka oleh kumpulan minoriti yang bertindak secara agresif. Penafian suara majoriti yang meranapkan hak dan keamanan.

Wujud persamaan dalam kes-kes di setiap negara yang menghadapi MWO iaitu kumpulan yang menjadi mangsa ialah rakyat, tidak kira sesiapa pun termasuk kumpulan majoriti dan minoriti dan semua sekali menjadi mangsa.

Dalam menjayakan MWO, Red Herring digunakan untuk mengalih tumpuan rakyat dengan cara mempengaruhi pemikiran mereka melalui Brainwasing Propaganda dan menuduh pihak-pihak lain dengan kesalahan-kesalahan tertentu melaui Blame Game bagi mewujudkan keadaan paranoia bersulam provokasi di kalangan kumpulan minoriti terhadap pemerintah yang dipilih majoriti apabila pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan kerajaan dikerahkan untuk memulihkan keadaan. Apabila memasuki fasa di mana rusuhan itu perlu dipulihkan dengan bantuan pasukan keselamatan, keadaan menjadi bertambah buruk bila mana berlaku provokasi antara perusuh dengan anggota keselamatan.

Proksi THH sedaya upaya memperlihatkan seolah-olah parti politik yang kalah itu sebagai mangsa kepada parti politik pemerintah yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap sekutu atau parti mereka sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkuasa secara adil dan saksama.

Pada masa yang sama memainkan sentimen yang dihadapi rakyat seperti isu harga dan tekanan hidup sebagai alat untuk menyemai kemarahan kumpulan minoriti dalam menjayakan rusuhan bagi menjayakan MWO tanpa menyediakan penjelasan rasional mengenai sebab kenaikan harga dan sebagainya yang menyelubungi kebingungan rakyat terhadap sesuatu isu yang diapi-apikan. Namun, kita juga tidak bercakap soal isu yang menimbulkan MWO di sini, tetapi fokus kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran demokrasi yang membolehkan semua pihak bersuara di khalayak.--

Malaysia tidak terkecuali dalam situasi ini. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 menimbulkan banyak persangkaan meragukan mengenai tujuan sebenar ia diadakan meskipun di kalangan individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tambahan pula ia diketuai oleh seorang yang bukan Islam dan diikuti oleh orang-orang Islam sebagai penyokong yang menggerakkan Bersih edisi kedua itu.

Tidak dapat dikategorikan adakah ia satu MWO atau bukan. Dikhabarkan, Bersih 2.0 digerakkan bagi menjamin proses pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bersih tanpa sebarang isu meragukan di sebalik keputusan sesuatu pilihanraya.

Wujud persamaan dengan MWO di sini ialah faktor pilihanraya, penglibatan parti dan individu politik dalam Bersih, penyokong-penyokong Bersih yang dari parti minor serta penglibatan individu yang tidak terikat dengan parti politik yang terlibat.


Keputusan pilihanraya bergantung kepada jumlah pilihan majoriti dalam memilih wakil-wakil mereka dan pihak yang memerintah itu terdiri daripada pilihan majoriti rakyat. Manakala pihak yang cuba menafikan ketelusan proses pilihanraya pula terdiri daripada kumpulan minoriti yang mana calon-calon mereka tidak memenangi pilihanraya yang didakwa tidak melalui proses yang telus dan bersih.

Dalam masa yang sama, daya rasional kelihatan seperti dikaburkan iaitu parti yang disokong kumpulan minoriti itu sudah berjaya memerintah empat negeri di Malaysia di mana mereka (kumpulan minoriti yang menyokong) sudah menjadi majoriti di negeri-negeri terbabit. Andai tidak berpuas hati dengan ketelusan proses pilihanraya termasuk tempoh berkempen, adakah dapat majoriti di kalangan mereka untuk memerintah negeri-negeri terbabit. Namun, analisis pilihanraya juga bukan menjadi fokus di sini.

Kita hanya dibayangi kebimbangan andai Bersih menjadi MWO yang berfungsi sebagai kumpulan perusuh. Kita tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak kira mana-mana parti politik sekali pun. Namun andai perkara itu berlaku, yang menjadi mangsa adalah rakyat iaitu kita semua. Andai semua itu berlaku, dan yang terlibat itu pula adalah orang-orang Islam, maka berlakulah pertelingkahan besar di kalangan sesama saudara yang sama-sama mengucapkan pengakuan syahadah bersama kita semua.

Mangsa paling ramai pula adalah orang Islam dan keadaan itu pasti menjadi bahan tepukan gemuruh di kalangan orang-orang yang ingin melihat pergaduhan sesama kita yang akhirnya melemahkan kita sendiri. Maka makin mudahlah pihak-pihak yang mahu melihat kejatuhan Islam di negara ini mengambil segala kesempatan yang ada. THH juga pasti gembira melihat MWO yang tidak disedari itu berjalan lancar.

Apabila meniti rasional, perlu disedari bahawa setiap perkara boleh diperbaiki melalui rundingan dan hikmah. Parti yang tidak menang peringkat persekutuan juga masih mempunyai wakil yang ramai di Parlimen dan andai mahu proses pilihanraya diperbaiki sehingga menjadi bersih seperti yang diinginkan, maka ia boleh dibahaskan di Parlimen tanpa perlu demonstrasi jalanan yang berpotensi bertukar menjadi rusuhan.

Andai ketua Bersih 2.0 berkata bahawa ia tidak berkaitan parti politik, mengapa mesti ia melibatkan isu pilihanraya yang sememangnya berkaitan dengan parti-parti politik.

Umat Islam semua, ingatlah bahawa Allah membenci persengketaan sesama Muslim.

Umat Islam yang memulakan rusuhan pada 9 Julai nanti, ingatlah bahawa andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, pasti akan ada kumpulan lain yang tidak akan memaafkan perbuatan anda semua. Keampunan Allah tidak akan datang sekiranya tidak dimaafkan oleh sesama manusia terlebih dahulu.

Artikel ini ditulis atas dasar penulis adalah seorang yang beragama Islam dan BUKAN atas dasar memperjuangkan mana-mana parti politik sempit dan tidak juga terikat dengan mana-mana individu atau parti politik.

Berhati-hatilah dengan Majority Wipe Out.. yang mana rakyat beragama Islam di negara ini adalah majoritinya… jangan sampai kita umat Islam di-wipe out.


Majority Wipe Out
Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa. Andai ada perbincangan di bawah tajuk ini di ruang komen, adalah lebih molek jika menjurus kepada kesejahteraan umat Islam dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Monday, June 20, 2011

Etika Yahudi


Sebilangan rabbi Yahudi berkefahaman Zionis menyeru supaya dihalau semua orang bukan Yahudi, terutama bangsa Arab, daripada bumi Palestin yang terjajah. Seruan itu dikatakan sebagai usaha untuk meneruskan “kehidupan beretika dan kejernihan agama masyarakat Israel.”


Dalam satu persidangan tahunan yang keempat Ramale (kelompok rabbi Yahudi) pada hari Selasa lalu, seorang rabbi bernama Dov Lior dari Kiryat Araba, iaitu sebuah penempatan haram berdekatan Hebron, menyebut “hari ini, begitu luas tanah di Arab Saudi, dan juga di Libya. Terdapat begitu luas tanah-tanah di tempat lain.”

Dalam syarahanya yang penuh dengan kata-kata kebencian, Dov Lior mencadangkan supaya Israel menawarkan insentif kewangan kepada bangsa Palestin supaya mereka meninggalkan bumi warisan nenek moyang mereka itu.

Fokus perbincangan di persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memaksa kaum bukan Yahudi meninggalkan bumi Palestin yang dijajah itu, demi memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi, yang sebahagian besarnya tidak ada kaitan atau pertalian langsung dengan bumi Palestin.

Dov Lior pernah menimbulkan kontroversi apabila memuji pengganas Baruch Goldstein yang membunuh 29 bangsa Arab ketika mereka sedang beribadah di masjid Ibrahim, Hebron pada tahun 1994.

“Kedamaian di tanah suci ini tidak lagi menjadi persoalan kerana bangsa Arab tidak akan membenarkan Yahudi merampas tanah ini,” kata Dov Lior.

Antara pembicara lain dalam persidangan itu adalah rabbi Shmuel Elyahu, yang terkenal dengan kepercayaannya bahawa kaum bukan Yahudi adalah golongan yang rendah mental dan intelektual berbanding kaum Yahudi. Menurutnya, Israel telah berjuang dalam satu bentuk peperangan yang begitu berbeza daripada lazimnya.

Shmuel Elyahu seterusnya berpendapat kaum Yahudi tidak harus bergaul atau berjiran dengan kaum-kaum lain. Yahudi juga tidak dibenarkan memberi sewa atau menjual harta kepada bukan Yahudi. Beliau turut menyebut bahawa secara umumnya fasisme adalah suatu yang menjijikkan, tetapi fasisme Yahudi adalah berbeza kerana ianya di tanzilkan oleh Tuhan.http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5300


Knesset akan bahas rang undang-undang mengharamkan laungan azan

Bethlehem – Parlimen Israel (Knesset) akan membahaskan satu rang undang-undang baru bagi mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara. Anastasia Michaeli, seorang ahli Knesset kelahiran Rusia mewakili parti politik Yisrael Beiteinu, telah menyerahkan satu cadangan rang undang-undang bagi menghalang penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di semua masjid di negara haram Israel.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan baru itu dikenakan denda ataupun tahanan penjara.

Masjid Putih di Nazareth
Dalam satu lawatan beliau ke bandar Nazareth, Michaeli berkata bahawa dia menyokong kebebasan beragama, tetapi kebebasan itu tidak boleh mengganggu “kualiti hidup ribuan Yahudi dan juga kaum Arab yang menderita setiap hari.”

Parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan dan dipimpin oleh pelampau Avigor Lieberman ini juga mendapat kritikan hebat sepanjang kempen pilihanraya lalu kerana menimbulkan sentimen anti Arab secara berterusan.

Sikap perkauman Israel tidak hanya ditujukan kepada penganut Islam sahaja. Ketika peristiwa Nakba, 100 ribu orang Kristian dihalau dari kampung asal mereka di Palestin. Mereka juga mengalami tekanan berterusan sehingga ke hari ini.http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5287


Arab Land
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun, tanaman ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk tumbuh semula. Mereka memusnahkan sumber ekonomi dan membiarkan rakyat Palestin kebuluran serta hilang sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, tiada satu pun dipatuhi Israel atas restu USA.

Rakyat Palestin terpaksa merebus rumput sebab sudah kehabisan makanan. Akibat trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri, kanak-kanak di Gaza hanya bercita-cita untuk segera mati sebagai  "pengebom berani mati". Satu keadaan yang amat menyayatkan.

Di hospital pula semua pembedahan, menjahit luka dan sebagainya terpaksa dilakukan walaupun kehabisan ubat bius menyebabkan para pesakit termasuk anak-kanak menjerit kesakitan bila badan dan kepala di jahit tanpa bantuan ubat bius. Bekalan ubatan juga semakin habis, sekatan bantuan sengaja dilakukan supaya rakyat Palestin mengambil tindakan melarikan diri (sekali lagi?) ke mana-mana negara Arab dan dengan suka rela meninggalkan tanah air mereka. 

Di Gaza, sebuah dewan bedah telah telah dibedil dengan Bom Fosforus. Sebelum serangan itu berlaku, ada beberapa orang doktor sedang melakukan pembedahan. Semuanya sudah jadi abu termasuk pesakit dan doktornya sekali!!!  Hanya nampak serpihan tulang di sana sini. Bom Posforus berupaya menghancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah. Kata Razali Awang (pemberita TV3) semasa menganggotai pasukan sukarelawan ke Gaza tahun lalu.

Katanya lagi, satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita Singapura.  Razali tidak lagi akan shopping di Singapura kerana secara tidak langsung akan membantu Israel.  Beliau sudah tidak sanggup lagi. Singapura juga memasuki senarai negara terkutuk kerana menaja kezaliman Israel.


Kita imbas kembali kekejaman Israel ini dalam usaha mereka menghalau keluar orang Arab dari bumi Palestin. Pada tahun 2010 Israel dengan sengaja menggunakan Bom Posforus walaupun dikutuk oleh seluruh dunia.


Gambar 2010 menceritakan episod trajis satu kaum berabad hidup teraniaya. Nafsu syaitan mengisi benak pemangsa (Zionis Israel)  ini. Satu bangsa yang membanggakan diri sebagai umat bertamaddun di dunia. Bangsa terpilih dan dipuji puja oleh Amerika Syarikat. Mereka bukan lagi manusia tetapi lebih buruk dari pada haiwan.

Kanak-kanak terbunuh. Siapa yang peduli?


BOM FOSFORUS
Bom ini digunakan oleh rejim zionis terhadap orang awam di Gaza, Palestin termasuk hospital dan sekolah.  Rakyat Palestin dijadikan sasaran tanpa belas kasihan. Kesannya sungguh dahsyat,

Walaupun penggunaannya di haramkan oleh dunia, namun rejim Zionis terus berdegil membedil orang awam Palestin yang padat di bumi Gaza dengan bom berkenaan.




























Sebuah sekolah di Gaza bermandi darah akibat bom posforus Yahudi. 
( UNRWA SCHOOL di BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE ) 

OIC terlalu sibuk dengan politik dunia dan tiada masa untuk membela rakyat Palestin begitu juga Arab Saudi yang semakin asyik berfikir membangunkan menara tinggi. Libya sibuk membunuh sesama sendiri. Mesir masih lagi gayat dengan kemenangan menggulingkan Hosni. Syria lagi sibuk terpaksa melayan tentangan yang semakin melarat. Iraq, tentu belum kebah dari deman selepas dibelasah USA. Palestin terpaksa menderita sendirian menghadapi kezaliman bangsa terkutuk ini.

Turki? Kasihan, mereka telah terjerat dalam EU dan NATO, sekutu Israel.

Wednesday, June 15, 2011

Makkah Menjelang 2020

Imej Masjidil Haram yang diambil dari stelit pada waktu malam.
Pemandangan yang cukup memukau.
Tahun 2020
Selepas Israel mengumumkan  perancangan dan pembangunan Israel 2020, Malaysia mengisytiharkan projek meganya dengan menjadikan tahun 2020 sebagai sasaran untuk menjadi sebuah negara maju. Indonesia juga mengambil langkah serupa. Terbaru Arab Saudi mengumumkan perancanganya membangunkan kota moden di seluruh negara itu menjelang tahun yang sama iaitu 2020.

Apakah keistimewaan 2020 ini hanya pemimpin negara-negara berkenaan sahaja dapat menjawabnya. Walaubagaimana pun terdapat sesuatu kesamaran mengenainya. Kenapa mereka memilih tahun yang sama? Israel yang memulakannya dengan projek Israel 2020 dan mengapa pula negara Islam, Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi mengikutnya? Bukannya negara lain seperti Vietnam, Thailand, India, Singapura, Afrika Selatan atau Korea.

Sesetengah pihak membuat andaian ini semua kerja Illuminati dan Zionis memandangkan ia bermula di Israel. Jika pun ada sebarang kemungkinan ke arah itu, sehingga hari ini belum ada pihak yang dapat mengemukakan bukti yang jelas, ia masih pada tahap hipotesis atau sangkaan/andaian. Diharap ada sesiapa di sini yang tahu mengenainya dapat mengemukakan maklumat tersebut.

Buat waktu ini kita mengambil langkah selamat dengan bersangka baik dan menerimanya sebagai takdir yang ditetapkan oleh Maha Pencipta sebagai asbab kepada kejadian masa mendatang.. 

Memandangkan kita sudah mencapai waktu kritis penghujung hayat dunia, terfikir pula satu kemungkinan yang lain, apakah Imam Mahadi akan mengambil alih kota Makkah pada 2020 nanti? Dajjal pula menduduki Israel? Menarik juga untuk difikirkan. Bagaimana pula Malaysia dan Indonesia? Siapa yang akan menguasai negara ini 2020 nanti? Sekutu Dajjal atau sekutu Imam Mahadi?

Makkah dan Madinah pasti akan terpelihara, itu janji Allah melalui perkataan RasulNya. Kita bersangka baik sehinggalah wujudnya tanda sebaliknya. Tidak salah kita memerhati dan mengkaji keadaan ini supaya hati kita sentiasa berwaspada terhadap setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.


Masjidil Haram

"Aerial Photo" keadaan di MAKKAH awal tahun 2011 (Abraj al Bait masih belum siap). Hotel-hotel dan kedai-kedai lama di kawasan utara dan timur Masjidil Haram telah di robohkan dan dibersihkan (pretty clean) bagi membangunkan semula Kota Makkah menjelang 2020.. Sekiranya anda ingin melihat keadaan semasa di sekitar Masjidil Haram, anda boleh aktifkan Google Earth melalui peta yang saya sisipkan di bahagian bawah entri ini.

latest-makkah-view
Kawasan yang luas di utara Masjidil Haram telahpun dibersihkan

Masjidil Haram juga bakal mengalami perubahan
Perancangan hebat sedang di atur oleh kerajaan Arab Saudi di bawah pemerintahan King Abdullah untuk menjadikan Kota Makkah dan Madinah sebuah bandar moden dan indah bermula dengan terbinanya Abraj al Bait. Satu saluran paip sedang dibina unyuk mengalirkan air zam-zam dari Masjil Haram di Makkah ke Masjid Nabawi di Madinah. Selepas ini jika kita berada di Madinah, kita juga boleh mendapat bekalan air zam-zam. 


Jeddah juga bakal mengalami perubahan hebat apabila terbinanya Saudis Kingdom Tower milik syarikat terkenal di Saudi Arabia, Kingdom Holding Company yang diterajui oleh  Prince Al Waleed Bin Talal.  Kos pembinaan dijangka bernilai USD 30 billion dan merupakan bangunan pertama mempunyai ketinggian  satu batu (1 mile skyscraper building)
kingdom-tower-3.jpg
Kingdom Tower 



Makkah dan Madinah Menjelang 2020

Di bawah ini disenaraikan projek 2020 Arab Saudi untuk tatapan semua.

Makkah-Al-Mukkarrmah 12 tahun akan datang

Projek Jamarat  di Mina, Makkah Al Mukkarrmah
Dimaklumkan engineer yang buat project ini dilaksana oleh orang MELAYU
 dan ISLAM daripada MALAYSIA, Sejauhmana maklumat ini benar, akan terjawab nanti.

Keretapi Letrik akan bermula tahun hadapan dari Makkah ke Mina, Mina
ke Muzdalfah dan dari Mudzalifah ke Arafah

Kaabah dengan 4 payung khas Mataaf 

Projek Masjidil Haram 3 tahun dari sekarang

Projek Perumahan Moden di sekitar Tanah Suci

Madinatul Munawwarah dan Masjid Nabi 4 tahun akan datang










Imej Google Earth

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan