Rakyat Malaysia perlu berwaspada. Ada sesuatu bayangan disebalik peristiwa 2012. Ia lebih mencemaskan bagi pembaca yang telah mengetahui perjalanan gerak kerja dan faham bagaimana zionis khususnya Illuminati, Jesuits dan Freemasons lakukan untuk menegakkan kerajaan tunggal dunia.
Dari sumber rasmi Pakatan Pembangkang, usaha sedang diatur untuk membuka laluan mendesak pembebasan DS Anwar Ibrahim yang dijangka akan dijatuhkan hukuman pada 9hb Januari 2012 nanti. Mereka kelihatan begitu yakin DS Anwar Ibrahim akan didapati bersalah pada tarikh tersebut walaupun masanya masih lagi jauh. Berbagai slogan telah pun disebarkan oleh kumpulan ini termasuk melalui amanat penting DS Anwar (klik sini)
DS Anwar juga dimaklumkan akan mengadakan siri jelajah Malaysia secara agresif dalam tempoh masa terluang sebelum 9 Januari 2012 ini. Ini juga ada kaitan dengan cara beliau meniup semangat penyokongnya yang mana isi kandungan kempen tersebut tidak akan lari jauh dari amanat tersebut. Penyokong PKR tidak perlu dirisaukan, kini tumpuan diberi kepada kempen mendapatkan sokongan muktamad dari penyokong PAS. Tanpa penyokong PAS misi ini dijangka suram dan tidak memberansangkan. Anehnya DAP masih berdiam diri sehingga kini.
Demonstrasi dan perarakan besar-besaran dirancang tanpa memohon permit sebagaimana BERSIH 2.0 lalu. Kesempatan ini diambil untuk berdemonstrasi di luar kekangan undang-undang. Ia diatur supaya kelihatan sebagai satu bantahan awam terhadap ketidak adilan mahkamah. Pihak berwajib tidak diberi amaran mengenainya terlebih dahulu. Adalah dibimbangkan ialah adanya campurtangan agen-agen asing berselindung di sebalik perarakan bantahan ini. Mereka terdiri dari agen CIA, M15 dan MOSSAD yang pakar dalam menwujudkan "riot" sebagaimana di Libya dan Syria.
Kita telah sedia maklum kehebatan tokoh ini (tertuduh) dalam hubungan antarabangsanya dengan orang-orang penting konspirasi dunia. Sudah banyak pendedahan dibuat oleh beberapa pakar antarabangsa dan juga dalam negara mengenainya. Lihat sini.
DS Anwar bakal dijadikan subjek momentum memulakan kekacauan, kita telah diberi amaran secara tidak sengaja oleh beberapa orang kuatnya sebelum ini. Rujuk kenyataan Timbalan Presiden PKR dalam kongres parti itu dan kenyatan AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang kerap kali memberi amaran mereka akan bertindak jika peneraju PR itu dipenjarakan. Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh IKD (Institut Kajian Dasar), sebuah badan penting di bawah Pakatan Rakyat?
DS Anwar sendiri pernah melahirkan hasratnya untuk mengetuai "revolusi" di Malaysia sebagaimana di negara Arab. Mungkinkah sekarang masa yang sesuai ia dilaksanakan? Menjadikan dirinya sendiri sebagai objek "manusia malang", menjadi mangsa kezaliman pemerintah.
"Kita akan runtuhkan tembok penjara" kata Azmin Ali. Siapa yang akan meruntuhkannya? Apakah NATO dijemput datang membantu dan diberi kesempatan untuk mengebom Malaysia pula? Bayangan yang menakutkan jika difikirkan pelbagai kemungkinan yang boleh dilakukan oleh PBB, NATO dan jeneralnya Amerika Syarikat-boneka zionis itu.
Perkara lain yang boleh direnungkan ialah kes mahkamah yang berlangsung paling lama dalam sejarah penuh dengan penangguhan berulang-ulang kali sehingga menghampiri pilihanraya umum ke 13. Kita dapat kesan beberapa kejanggalan. Kelemahan bukti, memilih untuk tidak membela diri di kandang saksi, ketiadaan alibi dan hujah yang lemah mengunjurkan kepada kekalahan DS Anwar Ibrahim dalam kes ini nampak seperti sengaja dirancang. Bagaimana seorang peguam dikatakan terhandal dan digeruni (merujuk kepada Presiden DAP) melakarkan ketewasan mudah dalam perbicaraan tersebut? Adakah dia dengan sengaja mengaturkan agar perbicaraan tersebut tidak memihak DS Anwar? Sesuatu yang kelihatan terpisah dari daya fikir kita semua.
Ahli AMK di ketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin mula memperhebat kempen secara senyap melalui laman-laman sosial dan sms Taktik yang sama juga pernah digunakan oleh aktivis biayaan agen USA sebagaimana kes Libya dahulu. Para ejen musuh mengatur agar laman sosial beroperasi sebagai peniup semangat dan sumber subersif utama. Namun ada pihak yang tidak sengaja telah membocorkan rahsia ini, mungkin kerana terlalu ghairah.
Menurut lidah rasmi PKR, KeadilanDaily, bahawa kempen untuk mengadakan himpunan besar-besaran sedang giat dijalan sekarang oleh Angkatan Muda KEADILAN (AMK). Ia adalah, “usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah II”
Berdasarkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kempen dinamakan “Bebas Anwar 901” itu dimulakan secara maya di laman ‘Twitter’ bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.
Kita juga mengetahui bahawa pemikiran penganut PKR-PAS telah didoktrin sehingga tidak terbuka untuk menerima hakikat dan menutup matahati dan fikiran dengan menuduh bahawa ini semua adalah atas, “usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar” .Malah menganjurkan propaganda bahawa Anwar boleh dibebaskan dengan hanya mengadakan himpunan dan rusuhan. Mind Control kenudian twist menjadi satu kaedah istimewa untuk mentaksubkan penyokong.
Laungan "kebebasan", "menjatuhkan kerajaan zalim", "gerakan rakyat" dan sebagainya menjadi rencah yang paling ampuh dalam menguasai pemikiran jumud penyokong tegar. Tidak banyak bezanya dengan slogan-slogan pemberontak Libya.
Berdasarkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kempen dinamakan “Bebas Anwar 901” itu dimulakan secara maya di laman ‘Twitter’ bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.
“Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi”
“Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti”
“Saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar pada 9 Januari nanti,” - Shamsul di petik HarakahDailySecara tidak lansung PKR melalui AMK telah memperakui bahawa Ketua Umum mereka telah melakukan kesalahan tersebut disokong pula oleh bukti-bukti kukuh yang ada di tangan Pendakwaraya. Anwar pasti akan ke Sungai Buluh.
Kita juga mengetahui bahawa pemikiran penganut PKR-PAS telah didoktrin sehingga tidak terbuka untuk menerima hakikat dan menutup matahati dan fikiran dengan menuduh bahawa ini semua adalah atas, “usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar” .Malah menganjurkan propaganda bahawa Anwar boleh dibebaskan dengan hanya mengadakan himpunan dan rusuhan. Mind Control kenudian twist menjadi satu kaedah istimewa untuk mentaksubkan penyokong.
Laungan "kebebasan", "menjatuhkan kerajaan zalim", "gerakan rakyat" dan sebagainya menjadi rencah yang paling ampuh dalam menguasai pemikiran jumud penyokong tegar. Tidak banyak bezanya dengan slogan-slogan pemberontak Libya.
Pemimpin Pas Selangor, Dr. Hassan Ali pernah menyatakan bahawa pemikiran penganut dan pemimpin PAS (sekutu PKR) telah mengalami sekatan mental yang serious (mental block).
Dr. Hassan Ali meminta agar penyokong PAS membuka minda , “Jangan Berfikiran Tertutup”. Dengan lain perkataan semua penyokong PAS-PKR-DAP telah mengalami sindrom ‘buta fikiran’ atau ‘fikiran tertutup’.
Semoga pihak keselamatan telah dapat menghidu bahaya ini dan mengambil langkah berjaga-jaga. Ia adalah sesuatu yang wajar.
sumber berita asal HHalim kredit untuk beliau
20 comments:
Hanya Allah saje yg tentukan.Bkn bloger...
Kurang tepat tu... bukan begitu sebenarnya wahai anon. Allah mengizinkan... baru tepat.
Buat jahat pun Allah izin juga, akibatnya tanggung sendiri. Buka minda supaya lebih cerdik.
Blogger hanya sampaikan maklumat saja, bukan dia yang tentukan, tak gitu?
Apa lagi ...PDRM dan ATM nak tengok sahaja ke..perancangan Sham ketot ni ni memang gerakan bawah tanah paling bahawa apa lagi ..ISAkan saja Sham ketot dan konco2nya.
duk la mimpi konspirasi Anwar nie lagi. Kalau nak kacau masa reformasi 1998 lagi dah berlaku kekacauan tu. masa tu pengaruh Anwar lg kuat. tak de pun perang yg berlaku. Beri laa satu bukti yg pembangkang pernah menggunakan perhimpunan untuk menimbulkan rusuhan ataupun peperangan.
Maksud aku perhimpunan yg di lakukan semasa/selepas era reformasi 1998.
jgn ingat tuk2 guru yg berada di dalam PAS tu bodoh2 belaka. Mereka mahir dalam bidang2 ugama dan mengetahui juga bab2 dunia nie. Tuan Guru Nik Aziz dah sentuh pasal konspirasi Yahudi/Freemason dah lama. Dia pernah utarakan permasalahn freemason di parlimen pada tahun 70an lg.
Kalau dah berlaku tak payah cakap lagi. Keadaan pun dah berubah. Banyakkan baca kisah rancangan zionis tu. Tak kan tak paham kot. Jangan nak harap orang bagi tau. Kalau dah jadi, tah tah kita ni tak da lagi dalam dunia..
penulis seperti menggambarkan anwar akan membawa bencana...
sy berasal dari kedah dan menetap di penang,tahukah penulis bagaimana kehidupan anwar.bkn sy menyebelahi mana2 pihak...tetapi satu persoalan ingin ditimbulkan disini,jika benar apa yg didakwakan penulis tentang anwar..bagaimana pula kehidupan anwar yg dikelilingi para2 ulama,anda kenal dgn tok guru haji salleh pondok sik kedah..itulah org yg selalu anwar rujuk..mudahkah ulama ini tertipu jika anwar hanya bersandiwara..siapa yg berkonspirasi sekarang ini..yahudi atau penulis
SALAM.
Merujuk pada artikel PETANDA=>
"4. Tsunami skala yang lebih besar (10-10.4) akan berlaku ditengah-tengah Lautan Atlantik. Jepun, Mexico, Barat negara Amerika (USA) seperti bandaraya Los Angeles, Colombia, Filipina, Timur Laut Australia, Utara New Zealand dan Sedikit Timor Timur. Syukur Malaysia (Tanah yang Dijanjikan terlindung dari perkara ini). kapal perang pengangkut pesawat dan kapal Hidrografi dan covert USA lama dah berpusing-pusing satu dunia. Anak implan mereka (termo nuklear) lama dah tertanam hanya petik punat sahaja akan berlaku. Tanah Jawi sahaja tidak berani puak-puak ini hendak tanam. Tanam-tanam hilang. pening kepala puak-puak ini. Hanya krisis dalaman akan dimulakan dengan "Percikan api yang kecil" dengan harapan "bagaikan api dalam sekam" yang telah lama tersimpan akan menjadi marak. Politik picisan dimainkan tanpa mengira platform mana. Ingat gajah-gajah berperang pelanduk tetap jadi mangsa! Gajah-gajah ini adalah keturunan-keturunan Yahudi yang telah berhijrah sejak kurun ke 18 lagi ke Tanah JAWI dan telah pun memegang tampuk-tampuk di atas. Laksana Kamal Artartuk! Jadi jangan jadi pelanduk. Buat tidak reti sahaja. Sebab Tuhan lagi MAHA PERANCANG."
Sesungguhnya TUHAN lebih MAHA MENGETAHUI!
PUTU MAYAM
Saya baru terima info dari tentera, terdapat ramai warga Israel yang sudah berpindah ke Singapura secara beramai-ramai.
Bersiaplah kita untuk menghadapi pertukaran zaman.
Kumanddie
Berita menakutkan, petanda kita bakal dihujani fitnah besar. Yahudi yang itu bukan sembarangan tentu dah di latih secukupnya.
Terima kasih sdr kumanddie, lama menghilang... hmm tak berblog lagi ke?
Anon 9,23 Salam dan Keberkatan untuk anda.
Maaf saudara, saya kenal Tok Guru yang saudara maksudkan, Hj Salleh pernah menziarahi jenazah ayah saya dan sembahyang jenazah bertalkin di kuburnya. Abg saya berguru dengan Hj Salleh Sik ini.
Tak perlu tanya siapa saya. Untuk makluman saudara, saya dahulu penyokong tegar PAS. Kini meninggalkan politik kepartian dan jadi pemerhati, lebih selesa. Saya tidak memihak cuma sayangkan agama saya. Itu sahaja perjuangan saya. Anwar sedang rosakkan ummah.
Saya tak kata ulama mudah ditipu, saudara harus faham ulama tidak akan membuka aib sesaorang sewenangnya. Dia akan berusaha menyedarkannya dalam diam. Jika dia ulama yang "kasyaf", pasti dia tahu siapa Anwar. Kadangkala dek kerana terikat dengan prinsip perjuangan kepartian, sesiapa sahaja akan terkunci mulut. Itu yang berlaku kepada Dr Harun Din dan bekas iman masjid negara. Mereka tahu... tapi... elok saudara jumpa mereka sendiri dan tanya, insyaAllah jika ada rezeki saudara akan dimaklumkan cerita sebenar.
Jauhi persepsi. Bukti Anwar terlibat dengan Soros dan Yahudi Amerika telah terdedah... so elok kita jauhi sangkaan berdasarkan luaran. Ikutlah kemana bukti membawa kita. Maaf jika terlanjur.
ABATASA
Setuju de-gn sdr ABATASA dalam komen terakhir....
saya juga lebih selesa dengan status pemerhati...
jganlah kita dengan mudah dan terpesona dengan gelaran ulama dan kiyai dan tok guru... bukan menidakkan... mereka memang yg baik ikutannya... tapi, jgn jumudkan fikiran... menolak menerima maklumat yg tidak enak pada pihak sendiri... ia umpama takut kecut pada bayang2....
keluar sedikit dari zon selesa kehidupan kini... lihat disebalik tembok yg sering kita jauhi.... skit jer... cuba skit jer... lari dari zon tertutup kita,...
- best artikel nie ABATASA-
-abuhakeem-
kita merancang tapi perancangan Allah lebih dari segalanya, yakinlah tak bergerak satu zarah pun melainkan dgn izinNYA.
Inilah saat yg kritikal utk kita memasakkan tauhid yg sebenar benarnya bila menghadapi mukaranah2 ini, silap pasak tak terlaksanalah laillahaillalah wahdahu laa syarikallahu, gagal bererti dlm syiriklah kita, syirik pada asma, afaal,sifat dan ZatNYA.
yang baik katakan dariNYA, yg buruk katakan dari kita dan sebenarnya adalah dariNYA semua....
namun berakhlak lah kita dgn akhlak muhammad,
setiap perkara ada paksinya(kutubnya), jgn risau wahai hamba Allah, perjalanan menujuNYA adalah mujahadah, memikirkan/bertafakur setiap saat pada 'kebesarannNYA' adalah muraqabah, tenggelam dlm zat sifat asma dan afaalNYA adalah musyahadah, barulah terlaksana kalimat nafi isbat dlm kehidupan seharian, maka dgn nama Allah tak ada yg mendtgkan mudarat apa2 yg dilangit dn dibumi sesiapa yg beserta dgnNYA
kenalilah madu dan racun,
kenalilah manis dan pahit,
akhir zaman tersalut dgn indah,
sang buta ramai yg terpedaya,
hati yg pasrah di dlm pelukan waliyullah,
jasad yg berfaedah dlm taklukan Allah,
bumi bertuah di bawah langit barokah,
inilah dia semenanjung bani qaturah.
peghuni jengka
Salam Semua..
Sy sebagai pembaca mendoakan semua yg ada disini berada dlm perlindungan Allah s.w.t hendaknya dan beroleh nikmat kelapangan,kesihatan dan iman..
Sesiapa sahaja disini tetap ada melakukan kesalahan dn dosa dan sebaik2nya kita memohon keampunan kpd Allah s.w.t krn kita semua adalah insan yg pelupa dan perlu senantiasa diperingatkan..Sy tidak menyokong penulis atau sesiapa disini ttp menyokong dan memenangkan Allah s.w.t..
Apa yg penulis bentangkan adalah kajian dan sifatnya kajian itu adalah Hipotesis(andaian dari kajian)penulis..
Maka usahlah ada yg tersinggung krn apa yg benar pd pandangan kita boleh menjadi sebaliknya pd penilaian org lain..
Begitu juga apa yg penulis rasakan kebenaran akan menjadi sebaliknya pd penilaian org lain..Ianya adalah lumrah..
Maka berlapang dada dan bersangka baiklah sesama kita dan jgnlah merasa diri kita lbh baik krn kita byk dosa yg kadangkala tidak kita ketahui krn tidak cukup ilmu dan makrifah..
Sy anggap ini adalah medan Berkhilaf dan tidaklah menjadi kesalahan apabila berkhilaf asalkan ianya tidak merugikan agama..
Kita boleh mencela atas sifat ttp tidak atas batang tubuh,nama atau keturunan krn setiap darinya memiliki Haq dan maruah..
Boleh mengatakan secara umum ttp tidak boleh secara Khusus krn itulah jalan Para Ulama2 silam..
Adakalanya kita terlupa dosa2 kita krn selalu memandang dosa2 org lain,barapa byk kemungkaran yg tidak diperselisihkan oleh ulama yg tidak kita cegah atau tegur krn asyik berkhilaf,itu yg merugikan..
Semakin byk yg kita tahu semakin jahil kita sepatutnya rasakan diri ini,bukan semakin bijak kita..Jika kita merasa diri kita bijak itu hanyalah sangkaan kita sahaja,sangkaan yg dijentik oleh perasaan kita semata-mata..
Byk yg tidak kita ketahui sebenarnya,maka anggaplah sahaja paparan ini adalah sisi pandangan penulis dan bukan sesuatu yg muktamad krn yg muktamad itu berada dlm Ilmu Allah s.w.t sahaja,krn semuanya telah tertulis sebelum alam ini dijadikan lg..
Bersifatlah dgn Tawadhu dan jglah merendah2kan sesma kita..
Anda2 semua adalah generasi yg berada dlm limpahan maklumat,jd ikutlah ijtihad Rasulullah s.a.w dan para sahabat dlm mencanai maklumat..
Kita berada dizaman Fitnah,maka bermacam versi maklumat yg kita dgr..
Maka berlindunglah dari Kejahatan samada dari luar dan dari dlm diri kita sendiri..
Mudah2an semua yg membaca dilimpahkan kurnia Oleh Allah s.w.t iaitu keteguhan iman dan menggunakan nikmat2 yg Allah beri atas sebab nikmat itu diciptakan Allah..
dulu masa kempem pilihanraya 12 saya cite kat guru pasal melayu berpecah pasal umno ngna pas pecahkan melayu. terus guru saya pesan doa banyak2 supaya tak terjadi apa2 lepas PRU 12. lepas PRU 12 tu jumpa balik n rujuk semula pasal pesanan dia dulu. katanya dia "melihat" anwar sudah menjadi PM (rancangan 16 sept terjadi)dan sedang bertemu rakyat. tiba2 seseorang telah menembak anwar dan membunuhnya. selepas itu jadilah perang saudara besar-besaran dan huru hara. ramai yang tak terkorban termasuk yang tak bersalah. tetapi ada seorang yang tak punya apa2 kepentingan telah juga "melihat" perkara itu dan berdoa supaya tidak terjadi dan doanya MAKBUL. Malaysia selamat (rancangan 16 sept tak jadi). akan datang ni wallahualam. nauzubillah.
pendek kata kalau nak cetuskan huruhara yang dasyat adalah melalui pembunuhan saudara anwar ini. mungkin ini adalah perancangan sebenar THH tapi gagal kali pertama dulu. akan datang, nauzubillah
Salam untuk semua
Terima kasih untuk semua sahabat yang sudi memberi komen.
Kepada anon 323, sekali lagi terima kasih. saya amat berbesar hati atas nasihat saudara.
Saya tiada masalah menerima sebarang komen walaupun bertentangan dengan apa yang saya tulis. Harapan saya janganlah memberi komen berdasarkan perasaan dan nafsu, biarlah beserta maklumat benar agar dapat membantu saya baiki kelemahan yang ada.
Kepada anon 122, juga terima kasih atas maklumat itu. Ada kemunasabahannya. Semoga kita dan anak cucu kita dapat meneruskan hidup dengan aman serta dapat melakukan amalan sebaiknya.
Adalah benar, ini adalah pandangan saya semata berdasarkan pengetahuan yang saya ada. Saya turut berdoa agar tidak terjadi sesuatu yang buruk. Semoga Islam kembali teguh menghadapi fitnah akhir zaman.
Kita sedang meniti jembatan rapuh. Berhati-hati dan segera kembali kepada fitrah agar terselamat.
Memang benar, Allah masih sayang kepada umat Melayu ini. Terserah kepada kita semua ke mana hala tuju kita selepas ini. Pesan saya jauhilah kemurkaan Allah.
ABATASA
Assalamualaikum Saudara Abatasa..
Terima kasih atas perkongsian..
Artikel yang membuka minda.
Semoga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang benar.
Wonderpets,
Mari kita telusuri kembali sejarah bani Israel, umat Nabi Allah Musa a.s. Sejurus selepas baginda turun dari Bukit Tursina setelah menerima hukum Allah utk umatnya...
Maka Nabi Allah Musa pun menyampaikan kesemua hukum2 yg telah Allah perintahkan ke atas Umat Baginda...
Lantas Umat Nabi Allah Musa a.s menjawab beramai2 " Ya. Musa.. Kami terima kamu sabagai Nabi yang diutuskan Allah ke atas kami dan kami juga menerima Hukum yang kamu bawakan kepada kami sebagai hukum tuhan mu dan juga tuhan kami... Tetapi kami tidak akan melaksakan segala hukum2 tersebut..."
Lalu Nabi Musa menjadi Murka dan berkata " sesungguhnya kalian telah mengistihar perang terhadap Allah.. nantikan sahaja bala dari Allah ke atas kalian semua ".
Mari kita Imbas pulak apa yg berkalu dalam Negara kita….
Najib Razak di dalam perhimpunan agung Agung MCA telah berikrar dan memberi jaminan di hadapan golongan kaffir bahawa BN di bawah pimpinannya tidak akan melaksanakan Hukum Allah - Hudud.
Ini kata2 durhaka Najib “ Kami tidak tolak huhud kerana ianya adalah hukum Allah.. Siapa kata kami tolak hudud tetapi saya berjanji dgn tuan2 dan puan2 bahawa kami tidak akan melaksanakan hukum Hudud “.
Apa perbezaan ucapan Najib dgn ucapan bani Israel umat nabi Allah Musa a.s…?
Keduanya sama sahaja…
Menerima tetapi tidak akan melaksakannya..
Tidakkah Najib juga telah mengistiharkan perang terhadap Allah sama seperti apa yg telah dilakukan oleh bani Israel umat nabi Allah musa…?
Dan kini Si Penentang Allah ini pulak yg dijadikan pemimpin Negara.. tunggu sahaja bala dari Allah.. kerana itu janji2 Allah terhadap musuh2nya..
ramai orang sedang menunggu-nunggu bala Allah. tapi kalau sampai bala itu sanggupkah kamu?? yang kena bukan yang bersalah saja tetapi semua orang. sanggupkah kamu. sebab itu orang arif tak minta bala tapi minta tolak bala walau apa sebabnya, kerana akibatnya.....senggsara
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.