Thursday, June 28, 2012

APA DAH JADI? Lain Diharap Lain Pula Terjadi


Saham FGVH Naik Mendadak Dalam Masa Singkat, Petanda?


Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

hmmmm... persepsi


Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.

Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap. MALAYSIA KINI



Kita tunggu apa kata mereka yang memandang sinis dengan langkah FGVH ini.

Mungkin ada yang kesal seumur hidup, mungkin ada yang nak kaya cepat. Apa pun langkah ini adalah yang terbaik untuk pengangkat peneroka felda ke tahap terbaik. Ramai bakal jadi jutawan kelak. Kalau mereka bijak, bukan menjualnya malah menambah lagi pelaburan. FGVH dari sumber halal berasal dari usaha felda sendiri.Lihat artikel sebelumnya di sini. Masalah spekulatif itu masih meragukan dan nampak menjurus kepada "judi".

Sebenarnya inilah langkah yang paling berani yang diambil kerajaan untuk mengkayakan kaum bumiputra yang menjadi peserta teramai rancangan felda (peneroka). Adakah langkah ini tidak baik? Bagi yang buta saham tentu sahaja akan membuat tuduhan melulu tambahan pula ia telah dipolitikkan dengan hebat sebelum ini.

Ada pihak yang mahu melihat FGVH gagal dalam penyenaraiannya. Tidak mustahil juga mereka cemburu kepada langkah berani ini. Kejayaan FGVH seumpama kejayaan dan kebijakan pemerintah. Inilah yang mereka (pembangkang) bimbangkan. Realitinya dapat dilihat hari ini. Kenaikan mendadak saham FGVH sebanyak 19% sebaik sahaja dibuka adalah diluar jangkaan. Harga saham menerima kenaikan sebanyak RM0.86 dalam sekelip mata. Ia menggambarkan Syarikat dari Malaysia ini akan bertukar menjadi antara gergasi baru di dunia.

Betulkah Felda akan muflis?


Berita Seblumnya
419.54 juta saham FGVH dapat sambutan
Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2012/05/08


PENYENARAIAN FGVH di Pasaran Utama Bursa Malaysia mampu mengubah nasib peneroka FELDA.Tawaran untuk institusi Bumiputera terima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali

SEJUMLAH 419.54 juta saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang ditawarkan khusus untuk institusi Bumiputera dan pelabur yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malay-sia, mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Sumber industri berkata, MITI menerima lebihan langganan keseluruhan sebanyak 17 kali bagi saham yang ditawarkan di bawah bahagian berkenaan.

“Penyenaraian FGVH sesuatu yang dinanti-nantikan pelabur kerana ia mempunyai prospek yang kukuh pada masa depan, sekali gus mampu memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur.

“Tawaran langganan menerusi MITI ditutup Jumaat lalu dan kementerian itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur dengan kadar lebihan langganan sehingga 17 kali,” katanya.

Sempena penyenaraiannya, FGVH membuat tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham, yang difahamkan adalah IPO yang terbesar di Asia tahun ini.

Mengikut draf prospektus IPO yang dikemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), daripada jumlah itu, sebanyak 1.92 bilion saham yang mewakili 52.5 peratus modal terbitan dan berbayarnya yang diperbesarkan akan ditawarkan untuk langganan pelabur institusi, manakala 273.61 juta saham atau 7.5 peratus lagi akan ditawarkan kepada pelabur awam.

Bagi tawaran kepada pelabur institusi itu, sebanyak 1.5 bilion saham akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi dan pelabur terpilih Malaysia dan asing, manakala 419.54 juta saham diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Daripada sejumlah 273.61 juta yang akan ditawarkan untuk langganan pelabur awam pula, 200.65 juta saham akan diperuntukkan untuk peneroka FELDA, kakitangan FELDA yang layak serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu, manakala 72.96 juta saham lagi kepada orang awam Malaysia.

Apabila disenaraikan, FGVH yang kini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan bakal memiliki modal pasaran berjumlah RM18 bilion.

Penyenaraian itu juga membolehkan FGVH mengumpul dana untuk mengembangkan perniagaan di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sebelum ini terdapat laporan media mengatakan IPO FGVH itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada bakal pelabur Eropah dalam misi yang diketuai Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad di London baru-baru ini yang bertemu dengan pengurus dana Britain dalam usaha menarik pelabur Eropah melanggan saham syarikat itu.

Selain London, Sabri dan kumpulannya juga mengunjungi bakal pelabur berpotensi di Hong Kong dan Singapura untuk objektif yang sama.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, FGVH mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.01 bilion dengan pendapatan sebanyak RM7.47 bilion. Berita Harian.


11 comments:

Anonymous said...

facebook mula2 pun naik lepas tu terus menjunam.. tapi lau jatuh pun x pa.. bukan aku yg rugi pon...

Anonymous said...

ye ker.. aada unsur jeles kot? hehe

Anonymous said...

aku rasa admin kena kaji lagi dlm pasal penyenaraian ni bkn main petik paper ja..baik tayah tulih blog..hehe..jgn marah admin..aku slalu gak baca post kt cni..membangkitkan minda..tp post kali ni hampeh..ada baik jugak admin selidik dengan lebih dalam pasal penyenaraian ni.bank2 yg terlibat..pinjaman utk beli syer..kaji tgk jangka masa panjang macam mana..jgn tgk dlm jangka masa pendek saja..apa sebab pembangkang bangkang sgt pasal ni..mungkin sebab dia burukkan kerajaan atau wujudnya risiko yg tinggi di masa hadapan...kamon laa admin..look back the history..u can do it

Anonymous said...

betul2 kene selidik thru neutral mindsetting...

Anonymous said...

Kan MalaysiaKini tu telus dan benar... okeylah petik Malaysiakini.com ni kan?

felda said...

Masa depan orang Melayu pun dah tak tentu harah, baik bagi duit banyak2 kat org Melayu.. kalau tak nanti Cina sapu habis. Tak salah kan? Samapi kiamat pun PR takkan dapat bantu org Melayu macam tu.. kebas lagi ada la, belum perintah pun dah kata nak hapuskan pegawai2 kerajaan (Melayu), nak naikkan org Cina. Melayu jd kuli jer. heheh..

Anonymous said...

AKU HENSEM

So far everything just find so stay cool and relax everyone

Mohd Jassin said...

Pandangan saya. Kemungkinan nanti bila kerajaan bertukar, saham ini akan alami keruntuhan. Ia tidak mustahil kerana pada pandangan PM baru (kalau) semua ini hak Malaysia, tak perlu utamakan bumiputra khususnya Melayu. Selagi kerajaan yang ada masih bertapak, saya fikir felda akan dijaga dengan baik kerana ia aset utama kerajaan dan kepentingan utama kaum Melayu. Tidak ada sebab DAP nak pertahankan kepentingan felda. Kaum Cina tak mahu melihat kejayaan kaum peribumi kerana dari sini akan bermulanya penguasaan perusahaan kecil. Ia tentu sedikit sebanyak menggugat kedudukan mereka dalam penguasaan ekonomi. DAP memang nak sangat kerajaan sekarang (dominasi Melayu) berkubur. Kita tak hendak perkatakan mengenai sahabat DAP kerana dasar yang akan dibawa nanti adalah yang diperjuamgkan DAP sepenuhnya. Ia dapat dilihat di Selangor sekarang. Jika rakyat rasakan kerajaan sekarang tidak baik, lemah dan rasuah, bolehlah undi pencabarnya. Namun pastikah mereka yang berkuasa kelak lakukan apa yang telah kerajaan sedia ada buat? Maksud saya yang berkaitan Melayu dan peribumi. Tidak salah tukar kerajaan, tetapi hendaklah dipastikan DAP tidak berkuasa. Kita sedia maklum siapa mereka itu, malah dasar mereka tidak pernah berubah sejak keujudan PAP lagi. DAP adalah PAP, jangan keliru. Dasar mereka tidak akan mengutamakan Melayu lagi. Islam juga akan terhakis kerana DAP adalah penaung Persatuan Kristian Mlaysia (murtad adalah hasil gerak kerja mereka, kebanyakan penguasa gereja adalah ahli DAP)

Saya sokong segala usaha memajukan orang Melayu. (bukan sokong segala usaha untuk keselamatan Israel) Jika saya berkata begini, assobiahkah saya? UMNO kah saya? Rasiskah saya?

ultra long 'the baby dragon' said...

perlukah kita bagi muka sgt kat kaum cina bukit nih?
tamak lagi kaudu punya hati bangsa nih....
aku citer yg majoritilah bukan semuanye...
minoriti yg baik memang baik sgt,lurus..tenang...
negara ni tanah melayu namanya... persoalannya.. apa ada pada nama??..kisahnya cina borong sakan tanah yang ada..ekonomi memang emak bapak embah boyot dia org yg punya.
baik kita pd bangsa ni mcm tak ada had batasnya.
kena pijak kepala,masih tersenyum...
cina panggil kita nabu cibai kaninna..pun kita masih tersenyum...
nak bagi muka sampai bila?
yg aku nampak sampai la ni...bangsa cina bukit bukanlah bangsa yg tahu mengenang budi dan rasa..(penganut buddha aku respect lg..)kalau nak dibandingkan dgn anjing..lagi mulia makhluk yang bernama anjing tu..campak roti sekeping,sampai mati dia kenang jasa kita..dipandangnya kita mcm tuannya.
tapi bangsa yang satu niih aku memang pelik betul...
kepada cina bukit semua..apa lagi yg ko org nak?
apa lagi yg ko org tak puaskan?apa lagi hajat ko org yg belum tertunai?...
cuma aku berpesan..ada harga yang sangat mahal belum dan perlu lu org lunaskan...........

Anonymous said...

Ini bangsa cina DAP memang jgn kasi muka la.Dah bg betis nak peha.Mmg x pernah cukup.Lihat balik sejarah bila DAP tawan KL dan Selangor era 60an.Habis Melayu kena caci maki.Jangan kata nak jaga kebajikan Melayu,halau lagi ada la.Orang2 Melayu kena bangkit bersatu menentang penjajahan cara moden ini.Jangan biarkan sejarah 1511 berulang kembali.Kita baru berkuasa selama lebih 50 tahun.Banyak kejayaan yg telah dikecapi.Ia,x dinafikan mmg banyak lagi yg perlu diperbaiki.Tetapi bak kata pepatah 'Jangan Disebabkan Nyamuk Seekor Habis Kelambu Dibakar'.BESATULAH,BERSATULAH,BERSATULAH KITA SEMUA BANGSA MALAYA.TEGAKKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA MENUJU KEMBALI KE ERA ZAMAN KEGEMILANGANNYA.

halim yusop said...

Blog byk yg bagus tapi bab2 saham ni..hehehe lihat la sekarang....melayu mudah lupa..taun depan kita tipu lagi. Mmg la saham lepas lunch ditolak bagi naik supaya yg dapat pink pom bole jual harga tggi...mungkin admin x pernah main saham kot..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan