Saturday, July 2, 2011

MENJADI DOMINAN



UMAT Islam yang hidup dalam sesebuah negara yang mana majoriti penduduk negara itu dihuni oleh orang Islam itu sendiri ditegah daripada menjadikan kafir sebagai pemimpin mereka secara mereka merelakannya, dalam erti kata lain mereka meredhai kafir menjadi pemimpin mereka.




O you who have believed, do not take the Jews and the Christians (kafeer) as allies. They are [in fact] allies of one another. And whoever is an ally to them among you - then indeed, he is [one] of them. Indeed, Allah guides not the wrongdoing people.(Quran, Maeda: 51)

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani (kafir) sebagai sekutu (yang memimpin) kamu. Mereka (Yahudi dan Nasrani) (sebenarnya) adalah sekutu sesama mereka. Dan barangsiapa di kalangan kamu (yang beriman) menjadi sekutu bagi mereka, sesunggunya dia adalah sebahagian daripada mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim,” (Quran, al-Maidah: 51)

Let not believers take disbelievers as allies rather than believers. And whoever [of you] does that has nothing with Allah , except when taking precaution against them in prudence. And Allah warns you of Himself, and to Allah is the [final] destination.(Quran, Emran: 28)

Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan (daripada apa-apa hubungan dengan) Allah.......(Quran, Al-Imran: 28)

Sejarah mesej Tauhid terakhir sejak zaman kerasulan Nabi Muhammad (selawat dan salam setiap kali nama baginda disebut) menyaksikan Islam berkembang dalam persekitaran yang turut dihuni oleh orang Yahudi dan Nasrani di Madinah dan Makkah serta bumi Arab serta sekitar wilayah para nabi keturunan semitik (Land of the Semitic prophets) di Timur Tengah/Asia Barat.

Namun, kepimpinan Rasulullah adalah dominan mengatasi pengaruh pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani di bumi Madinah. Meskipun wujud kumpulan Yahudi dan Nasrani, ia tidak memberi ruang kepada mereka untuk menjadi lebih dominan daripada kepimpinan Islam yang diterajui Nabi Muhammad.

Piagam Madinah walaupun memberi ruang kepada Yahudi dan Nasrani serta orang bukan Islam untuk bebas mengamalkan cara hidup dan agama masing-masing, ia tidak bermakna agama selain Islam akan diberi sama taraf atau lebih dominan daripada Islam di sebuah negara yang dipimpin oleh orang Mukmin. Kepimpinan Rasulullah menjadikan Islam sebagai dominan dalam bentuk kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran dan urusan-urusan masyarakat melebihi segala-galanya.

Islam ketika zaman kenabian Muhammad adalah dominan. Walaupun baginda Rasulullah melayan baik para Yahudi dan Nasrani, keadaan itu bagaimanapun tidak pernah memberi ruang kepada golongan kafir untuk mendominasi pengaruh di Madinah dan Makkah (sesudah Kota Suci dimasuki semula). Hubungan dengan Yahudi dan Nasrani dijaga dengan harmoni, namun keindahan kepada hubungan baik itu tetap diperkemaskan dengan sikap berwaspada terhadap golongan kafir. Sikap waspada itu diletakkan kerana Allah memberi amaran melaui Kitab-Nya supaya berhati-hati dengan tipu helah golongan kafir. Walaupun hubungan dengan Yahudi dan Nasrani berkembang dengan baik, ia masih ada waspada, dan tidak diberi peluang kepada Yahudi dan Nasrani untuk menjadi lebih dominan daripada Islam.

Salah satu kunci kepada kejayaan pemerintahan Islam yang dipimpin Nabi Muhammad adalah dominan dan waspada dalam berhubungan baik dengan kafir. Islam pimpinan Rasulullah adalah dominan atau lebih berkuasa daripada pengaruh-pengaruh lain.

Kita harus belajar daripada sejarah kepimpinan Rasulullah dalam menjaga negara kita yang dihuni oleh orang Islam sebagai majoritinya. Persamaan Madinah dengan Malaysia bukan dari segi kehebatan kepimpinan Islam di Madinah, kepimpinan Islam di Madinah di bawah pimpinan Rasulullah adalah sangat hebat, kepimpinan Islam di Malaysia (di mana-mana negeri sekalipun) pula masih belum layak disamakan dengan Madinah atau Makkah, tetapi persamaan Madinah dengan Malaysia hanya dari segi umat Islam sebagai majoritinya (andai persamaan yang diberikan ini tidak silap). Umat Islam sebagai majoriti.

Namun, kita di Malaysia menghadapi dilema. Dilema dalam memperkukuhkan kepimpinan Islam supaya menjadi dominan sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah ketika memacu Madinah dan Makkah (sesudah Makkah dimasuki semula).

Dilema Kepimpinan Islam di Malaysia

Entah di mana silapnya, umat Islam di Malaysia terpecah kepada tiga kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh bersatu hati. Terdapat perbezaan bagi tiga kumpulan ini.

Pertama, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah dengan kuasa mentadbir negara (dari segi demokrasi) yang diberikan kepada mereka. Namun, kumpulan ini lebih dominan dalam jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.


Kedua, satu lagi kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, tetapi tidak dominan dalam mendominasi menjadikan Islam sebagai dominan terhadap satu jaringan kumpulan lain yang dianggotainya bersama bukan Islam.

Ketiga, satu kumpulan yang ramai orang Islam di dalamnya, mereka sebenarnya berkumpulan tetapi tidak berkumpulan secara nyata, terdorong mengikut kumpulan pertama atau kumpulan kedua yang seolah-olah memecahkan mereka. Kumpulan ketiga ini seolah-olah terpecah disebabkan kumpulan pertama dan kedua. Mereka sebenarnya tidak terpecah, tetapi hanya tidak berkumpulan dalam satu kumpulan yang nyata.

Kumpulan pertama dan kedua

Kedua-dua kumpulan yang awalnya bersatu ini mulanya berselisih kerana salah satu daripada mereka dikatakan tidak menjalankan Islam dengan cara yang sepatutnya. Ia dorong pula oleh krisis politik yang berlaku di sebuah negeri pada sekitar 1970-an. Akibatnya, dua kumpulan ini terpecah dan membawa haluan masing-masing dalam memperjuangkan prinsip masing-masing.

Kumpulan kedua itu bangkit dengan dasar membina sebuah Negara Islam, manakala kumpulan pertama kekal dengan prinsip membela nasib Melayu beragama Islam. Maka, bermulalah percaturan sengit dalam memenangi hati orang Melayu untuk membolehkan kedua-dua kumpulan ini merebut kuasa dalam politik negara.

Walaupun berlaku banyak pertelingkahan dalam ehwal politik sejak berpecah, namun kedua-dua kumpulan ini sebenarnya saling bertindak sebagai check and balance dalam hal ehwal orang Islam kerana kedua-duanya beragama Islam, dan bertindak demi kepentingan umat Islam.

Adapun muncul isu kafir mengkafir terhadap satu kumpulan di antara keduanya, namun kita tidak berkuasa dalam menentukan siapa yang kafir dan sesat kerana Islam berkeadaan rapi di negara ini meskipun dalam suasana pertelingkahan selama kira-kira lebih 30 tahun hingga hari ini. Hanya Allah lebih tahu mengenai jiwa-jiwa yang kafir terhadap perintah-Nya.

Walaupun berpecah, hal ehwal pendidikan orang Islam dijaga oleh kedua-dua kumpulan ini, hal kebajikan diberi perhatian oleh kumpulan pertama walaupun tumpuan terhadap kebajikan tidak begitu sempurna ketika awal, tetapi semakin diberi perhatian sejak 10 tahun lalu. Beratus masjid didirikan sebagai mimbar ilmu dan tempat orang Islam beribadat dengan bebas, bukan untuk tujuan lain selain mimbar ilmu dan ibadat.

Walaupun kedua-dua kumpulan yang bersaudara ini bertelingkah, Islam masih bebas menjalankan ibadat tanpa masalah. Islam tetap berkembang walaupun tidak sesempurna pemerintahan Rasulullah di Madinah lebih 1400 tahun lalu.

Namun, kumpulan pertama tidak sempurna, begitu juga dengan kumpulan kedua. Meskipun majoriti negara ini dihuni orang Islam, hiburan tetap beraja di hati sebilangan orang. Bukan semua, hanya sebilangan. Walaupun sebilangan, ia tetap masalah. Rakyat hidup diseri hitamkan dengan hiburan, ada yang menghampiri melampau, ada yang sederhana dan ada pula yang sudah tidak mengenali batas.

Banyak aspek yang mendorong dua kumpulan ini terus bertelingkah. Gagal menemui persamaan, gagal memperbaiki perbezaan dalam perpisahan.

O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result.(Quran, ann-Neesa: 59)

Hai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin di kalangan kamu (orang Islam seperti kamu). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (Quran, an-Nisa: 59)

Kumpulan pertama harus kerap duduk semeja untuk mendalami hal ehwal orang Islam bagi mencari penyelesaian yang tidak memudaratkan umat. Allah telah memerintahkan supaya memimpin sesama Islam dan bukan mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin. Setiap perbezaan itu membawa kelebihan, ia membawa kepada perundingan yang sewajarnya dan mengeratkan hubungan. Biar berbeza pendapat dari segi keduniaan, tetapi wujud persamaan dari segi menjaga kepentingan agama.

Sesudah 30 tahun, kumpulan kedua ini menjalin hubungan dengan kafir sebagaimana kumpulan pertama. Bezanya di sini ialah kumpulan pertama itu lebih dominan terhadap rakan-rakan kafirnya. Manakala kumpulan kedua lebih terikut-ikut kehendak rakan kafirnya yang lebih dominan daripadanya. Tidak ada masalah untuk menjalin hubungan dengan kafir, tetapi harus waspada dan perlu menjadi dominan andai kalau kita berada di sebuah negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Kita orang Islam berada di sebuah negara yang majoritinya adalah orang Islam seharusnya menjadi dominan dalam menetapkan sesuatu dasar dalam jaringan kerjasama bersama orang bukan Islam. Kita orang Islam tidak sewajarnya mengikut rentak orang bukan Islam yang mahu memimpin kita. Kita yang perlu mahu memimpin orang bukan Islam kerana kita adalah majoritinya, maka kitalah yang perlu dominan.

Negara pernah dikejutkan dengan isu kalimah Allah di gereja dan Bible. Satu kumpulan menentang kerana penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan gereja adalah sama seperti membenarkan Allah disekutukan dengan perkara syirik. Allah tidak sesekali membenarkan Diri-Nya disyirikkan dan disekutukan dengan sesuatu yang lain. Maka, satu kumpulan itu menentang penggunaan kalimah Allah di gereja dan dalam Bible.

Andai ada orang Islam yang redha Allah disyirikkan, maka carilah di dalam al-Quran mengenai kemurkaan Allah terhadap perbuatan itu. Allah dengan keras tidak membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan sesuatu yang lain. Apatah lagi dalam soal membenarkan Diri-Nya disekutukan dengan triniti.

Kumpulan kedua terus terikut dengan kehendak kafir yang bersahabat dengan mereka dalam soal kalimah Allah. Tidak difahami apakah alasan kumpulan kedua ini untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh kafir bagi tujuan akidah triniti mereka yang syirik. Umat Islam yang percaya Allah itu Maha Esa dan tiada sekutu bagi –Nya tidak patut membenarkan syirik dan tidak patut membenarkan kalimah Allah disyirikkan.

Banyak kenyataan daripada kumpulan pertama yang menentang dan boleh dirujuk kenyataan mereka daripada pelbagai sumber, dan banyak kenyataan daripada kumpulan kedua yang menyokong dan boleh dirujuk daripada pelbagai sumber mereka sendiri.

Kita tidak membuat penilaian terhadap mana-mana kumpulan ini. Kita hanya mahu orang Islam bersungguh-sungguh menjaga agama mereka dan mencari pemimpin yang dominan hanya dari kalangan mereka sendiri yang kenal dan patuh akan segala perintah-Nya.

Umat Islam tidak wajar mengikut telunjuk orang bukan Islam yang mahu memimpinnya. Walaupun tiada dalam Perlembagaan Negara yang menentang seorang bukan Islam menjadi ketua kerajaan, tetapi Allah melarang umat Islam menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Andai mengikut perlembagaan, maka ikutlah. Andai mengikut al-Quran, maka ikutlah semua.
-
Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa dan penulisan atas dasar sebagai orang Islam dan BUKAN atas dasar kepentingan mana-mana parti politik atau mempunyai kaitan dengan mana-mana individu politik. Aku adalah orang Islam yang sedih melihat kegusaran saudara-saudara yang sama akidah denganku.







32 comments:

Anonymous said...

benarlah apa yg tuan kata.Islam(org) memimpin bukan dipimpin.suatu yg harus dikhuatiri bgmn ALAH akan menilai kita nanti di Yaumu Mahsyar.takut2 di dunia kitalah yg kononnya hidup mati kerana islam,tapi disisiNYa nanti akan dikatakan kamu pembohong,kamu rela Aku disekutukan,kamu rela saudara seislamkamu dihina,kamu anggap dia kafir.Adakah kamu pernah dakwah mereka,menangisi kepadaKu tentang kelemahan iman mereka,memohon hidayat dan petunjuk Aku kpd mereka......bukan t/jwb kamu menghukum mereka...aduh kalau jdi begini rugi serugi ruginya kita sebagai org islam

Anonymous said...

mantap..kump kedua tu kena fikir balik kdudukan diorg di sisi pakatan diorg.diorg tu la yg paling busuk tp kata org lain busuk.

Perlu ke ada lagi yg masih nak brsama dgn kump yg rela allah disyirikkan.kump kedua yg bodoh amat sgt.aku pun kecewa dgn kump yg rela allah disyirikkan

Al Mahadaya said...

Nampak sgt Islam dicipta oleh musuh2 tuhan dgn padamkan kisah nabi yg sebenar dan cipta nabi palsu. Mana boleh nabi berkompromi dgn kekafiran, bukankah dinyatakan dlm al quran dan sbb itulah mesti berperang menentang kekafiran.
Sistem agama tuhan ialah sistem beraja yg di berkati tuhan bukan demokrasi. Bila masa pulak org ramai diberi hak bersuara kalu cmtu jadile agama mengikut pendapat ramai bukan perintah tuhan. Hamba akan bangkitkan semula agama tuhan dan tuan hamba akan lihat bagaimana caranya menangani org2 kafir termasuk org2 Islam itu sendiri. Org2 yg berkompromi dgn kekafiran adalah org kafir yg tidak menyedari kekafirannya sendiri.

Anonymous said...

kenal diri...cari diri..tau diri...

besau said...

Ye ler tu, buatlah daya! buktikan agama kau btul.. jangan pakai hadis rasulullah saw yang asalnya ditulis arab hehe!

macamacamla said...

kadang2 pelik gak..
DAP tak boleh bwh PKR n PAS..
macam mana plak dengan UMNO??
yg terang dan jelas amik yahudi sebagai pemimpin..
yg berkerjasama dengan UMNO pun bukan sahaja MCA, tapi juga MIC..
napa sebelum ni tak kecoh plak.. tapi bila ade PR, dan2 nak kecoh..
sebelum pKR dan PAS kerjasama dengan Kafir, sapa yang dulu kerjasama dengan kafir??

ini politik.. masing2 ade kepentingan, hang pun de kepentingan gak.. sebelum buat kesimpulan sendiri, da g tny tuan badan ker psl ni??

penjelasan pleeeeeaaaaassseee...

Anonymous said...

ko tanya sapa nie?

STALKER said...

macammacamla,

saya petik kata-kata kamu:

"kadang2 pelik gak..
DAP tak boleh bwh PKR n PAS.."

kamu tidak faham keseluruhan maksud artikel ini, mungkin kerana kamu membacanya dengan penuh emosi kepartian.

masalahnya di sini ialah kamu tidak faham akan maksud KEPERLUAN PAS MENJADI DOMINAN TERHADAP DAP.

dalam kes BN, UMNO menjadi pemimpin yang dominan terhadap MCA dan MIC yang mana UMNO menjadi faktor kepada BN menentukan sebarang keputusan, tetapi tidak kepada PAS yang mengikut kehendak DAP.

bagaimana kamu mahu menjelaskan dalam kes murtad Lina Joy yang disokong Ambiga? bagaimana pula mahu menjelaskan usaha Irene Fernandez yang mahu nama Allah digunakan dalam agama Kristian? bagaimana mahu menjelaskan bahawa ada orang islam yang menyokong nama Allah disyirikkan?

" tapi bila ade PR, dan2 nak kecoh..
sebelum pKR dan PAS kerjasama dengan Kafir, sapa yang dulu kerjasama dengan kafir??"

masalahnya di sini ialah PAS tidak dominan dalam PR sebagaimana UMNO dominan dalam BN. adakah maksud kamu itu bahawa kamu rela Islam PAS dipimpin oleh kalangan bukan orang Islam yakni DAP?

Allah jelaskan dalam Quran bahawa Dia ciptakan manusia berbangsa-bangsa supaya manusia saling kenal mengenali. faham akan kalam itu? tapi Allah juga perintahkan supaya orang Islam tidak dipimpin oleh orang bukan Islam..faham dengan printah itu? Allah perintahkan supaya umat Islam jadi dominan untuk mempimpin bukan Islam, lebih-lebih lagi di sebuah negara yang majoritinya ialah umat Islam.

"ini politik.. masing2 ade kepentingan, hang pun de kepentingan gak.. sebelum buat kesimpulan sendiri, da g tny tuan badan ker psl ni??"

jika kamu sedar ada kepentingan, mengapa tidak lihat kepada kepentingan Ambiga dalam kes murtad Lina Joy dan kepentingan Irene Fernandez dalam isu kalimah Allah?

lihat kepada di mana letaknya dominan sebuah parti Islam dalam PR, bukan kepada politik. PAS sebuah parti yang paling besar dan kuat dalam PR, tetapi di mana kekuatan itu digunakan? adakah hanya menurut segala kehendak bukan Islam?

"yg terang dan jelas amik yahudi sebagai pemimpin..
yg berkerjasama dengan UMNO pun bukan sahaja MCA, tapi juga MIC."

siapakah Yahudi yang diambil sebagai pemimpin? APCO? APCO adalah kesilapan kita semua termasuk kamu dan saya, bukan salah sesiapa. sila fikirkan jawapan saya itu dan tidak hanya bertanya tanpa berfikir.

bagaimana pula mahu menjelaskan hubungan NED yang dibelakangi George Soros dengan Bersih? siapa di belakang Soros dan siapa di belakang bersih? siapa di hadapan Soros dan siapa di hadapan Bersih? siapa mahu IMF selepas Soros buat hal? IMF milik siapa?

"penjelasan pleeeeeaaaaassseee..."

sekarang apa pula penjelasan kamu terhadap bahawa ada sebilangan orang Islam yang rela nama Allah disyirikkan?

kita tidak berbicara mengenai politik, sila faham betul-betul artikel ini... jangan sampai emosi kepartian menguasai kewarasan sehingga menyisihkan kasih sayang dan cinta kita kepada Allah.

^_^

saya tidak marah kepada kamu wahai saudaraku..

punt said...

orang Melayu ada 2 pilihan utk pilih parti politik iaitu antara PAS dan UMNO.

UMNO lebih dominan dalam BN, tapi PAS tak dominan dalam PR. paling sedih, PAS sokong kalimah ALLAH digunapakai dlm gereja & bible. PAS sokong nama ALLAH disyirikkan.

apa yg PAS nak jelaskan dlm hal ni? kalau hadis ada sebut pasal akan ada golongan yg guna agama utk kepentingan diri, maka golongan tu adalah PAS yg jelas nampak hari ni.

PAS perlu jadi dominan. tanpa sokongan PAS, DAP takkan ada apa-apa makna dlm mempengaruhi orang Islam utk ikut kehendak sekular diorang.

pikir la dgn tenang. aku kecewa dgn PAS, tapi tak bermakna aku sokong UMNO 100 persen.

ardinge said...

Ye aku tak fikir PAS begitu lemah sehingga tidak tahu apa yang ada disebalik agenda BERSIH ini. PAS bukan bodoh sehingga sanggup mempermainkan agama demi sesuap nasi. PAS pasti maklum perintah Allah dalam alQuranKarim berbanding orang UMNO yang kebanyakannya tak tahu pun adab bersuci. PAS tentulah lebih dekat dengan agama dan menjauhi arak dan zina jika nak dibandingkan dengan PKR dan UMNO. PAS lebih arif dalam segala hal berkaitan hukum sehingga dahulu amat kuat berhujah bahawa UMNO jadi kafir kerana menolak hukum HUDUD yang diperintahkan oleh ALLAH. UMNO parti sekular 101 persen. PKR 102 persen. DAP 200 persen. PAS bukan parti sekular tetapi parti Islam, kata Hj Hadi dalam perhimpunan PAS Pusat yang lalu. Sejauh mana benar sangat disangsikan kerana sistem demokrasi ini tetap sistem sekular. Demonstrasi juga sistem sekular yang diwujudkan sebagai satu rencah melagakan rakyat. Sistem demokraasi juga berbentuk itu juga. Pecahkan kekuatan ummah atas nada keharmonian dan keadilan. Mana ada keadilan selain dari apa yang telah digariskan dalam Quran?

PAS menjadi lemah apabila timbulnya keghairahan memerintah..... Sanggup membuang perjuangan asal dan sedia menjadi pertubuhan sokongan NASRANI (baca DAP). Lupakah mereka terhadap ayat yang disajikan dalam artikel ini? Mustahil mereka tidak tahu mengenainya....

So... what the hell is going on????

macamacamla said...

ok.. aku terima..
tapi ayat al Quran tak boleh amik separuh buang separuh n tak boleh tafsir ikut pale otak sendiri.. jom kita tgk dulu pe UMNO wat kat agama, bangsa dan negara..

JASA UMNO PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

JASA UMNO PADA ISLAM

HASIL DIDIKAN UMNO LEBIH 50 TAHUN

kalau mcm tu tukar undang2 Malaysia ni.. yg jd mcm ni hasil pemerintahan sapa?? bukak balik sejarah, siapa yang sanggup terima undg2 British untuk jadi rujukan??? PAS, UMNO, DAP, komunis?? apa perlembagaan yang digunakan oleh LINA JOY untuk menang?? dier dibebaskan begitu je hanya kerana undang2 British..

p/s : sekadar meluahkan yg terpendam..

STALKER said...

macammacamla,

Saya faham perasaan kamu yang terpendam.

British tidak mahu melepaskan Tanah Melayu ini dengan sebegitu mudah, lalu meninggalkan garis panduan mengikut acuan mereka iaitu perlembagaan yang condong sedikit ke arah kepentingan nasrani. condong sedikit ke arah itu.

Namun kita mempunyai pilihan iaitu sama ada mengabaikan sesuatu Perkara dalam perlembagaan (dengan tidak mengamalkannya) atau mematuhinya. kita ada pilihan itu. Dalam keadaan berbilang bangsa dan agama, sedikit sulit untuk meminda perlembagaan dan untuk itu, kerajaan perlu bijak dan dalam beberapa perkara pula, kerajaan tidak bertindak secara bijak.

Kita tidak mengambil ayat al-Quran sekerat-sekerat untuk kepentingan diri. Saya bukan orang UMNO, bukan juga orang PAS, tapi saya orang Islam.

Sebab itulah saya katakan, "Andai mengikut perlembagaan, maka ikutlah. Andai mengikut al-Quran, maka ikutlah semua."

Di sebalik Bersih, apa pula kisahnya dengan penemuan parang dan bom petrol di beberapa lokasi di Kuala Lumpur? Apa tujuan semua itu, parang untuk mengupas kelapa atau mencantas kepala sesama Muslim?

Apa hak kita untuk mmengkafirkan orang lain?

Anda juga perlu buka semula sejarah, siapa yang mencetuskan 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ramai Melayu beragama Islam mati dibunuh kejam? Perlukan didominasi oleh puak-puak yang mencetus semua itu? Sekarang, Melayu tidak perlu dibunuh lagi kerana mereka telah belajar daripada peristiwa Mei, puak-puak itu hanya perlu jadikan Melayu sebagai Pak Turut mereka dalam konteks hari ini, itu sahaja.

Dalam keadaan demokrasi, DAP dalam PR mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang lebih banyak daripada PAS dan PKR, maka di Parlimen, DAP lebih dominan.

Dalam keadaan pilihan raya pula, PR hanya meletakkan tempat yang sedikit untuk calon PAS bertanding. Mana mungkin mahu menjadi dominan kalau jumlah kerusi sedikit dalam konteks demokrasi? PAS ada ahli yang ramai, lebih ramai daripada DAP dan PKR. calon-calon DAP dan PKR juga boleh menang disebabkan undi yang diberikan oleh ahli PAS. Tapi, PR hanya beri kerusi bertanding yang sedikit kepada PAS.

Jika PAS mahu menjadi dominan, PAS perlu berdiri tegak dengan sendiri tanpa bayangan PR. meletakkan lebih banyak calon dalam pilihanraya melebihi kerusi yang ditandingi DAP dan PKR. Tanpa PAS, DAP tidak mempunyai apa-apa peluang untuk berkuasa dalam rentak ultra-sekular membelakangi PAS dalam PR.

sebagai orang Melayu beragama Islam, saya juga bersimpati dengan PAS dalam keadaan tersepit ini walaupun saya bukan ahli mana-mana parti. Namun, ada beberapa isu yang mengecewakan sebilangan besar orang Islam terhadap PAS akhir-akhir ini.

Walaupun ada kelemahan dalam perlembagaan, tetapi wajarkah kita menyokong usaha mensyirikkan Allah? Itu persoalannya di sini.

Apa hukumnya pula jika redha apabila Allah disyirikkan, apa kedudukan kita di sisi Allah kalau redha perkara itu berlaku?

saya tidak bertekak dengan saudara, sekadar mengajak semua berfikir mengenai untung nasib kita sendiri andai tersalah membuat pertimbangan.

orang Melayu ada dua pilihan parti politik untuk kepentingan agama Islam, andai satu parti itu condong ke arah sekular dan satu lagi parti mengikut telunjuk bukan Islam, maka apa lagi pilihan untuk orang Melayu beragama Islam di Malaysia?

macammacamla,

mungkin yang kita usahakan hari ini dianggap sebagai perjuangan. tapi andai kita tersilap, anak cucu kita akan kata itu bukan perjuangan, tetapi satu kegagalan.

PAS perlu mendekati UMNO, bukan memusuhi. PAS perlu mendakwah UMNO mengenai Islam dan memujuk UMNO membuang sekularisme. Ia bukan ajakan bergabung, kerana PAS boleh berdiri sendiri.

Di sebalik tabirnya, masih ada pemimpin PAS yang tidak senang melihat persahabatan PAS dengan DAP dan PKR, perasaan tidak senang itu didasari sikap waspada, bukan hasad dengki. percayalah, saya tahu siapa mereka itu. doakan kejayaan buat mereka.

macamacamla, saya juga tidak pernah marah kepada kamu... kerana... kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama, bersujud ke arah kiblat yang serupa..

macamacamla said...

aku ulas sikit2 jer..

"Di sebalik Bersih, apa pula kisahnya dengan penemuan parang dan bom petrol di beberapa lokasi di Kuala Lumpur? Apa tujuan semua itu, parang untuk mengupas kelapa atau mencantas kepala sesama Muslim?"

tahu ke sapa yg dalang sume tu?? tu sume provokasi.. kite ni kalau tak tahu, jangan dok wat andaian sendiri.. takkan TV3 suku, utusan meloya n berita hairan dijadikan rujukan sedangkan da terang2 dorang ni dijadikan alat untuk sebarkan fitnah.. yang terbaru, utusan buat apa?? hina hukum Islam..
Zina dan Rogol
Roboh
Haram Utusan

"Apa hak kita untuk mengkafirkan orang lain?"

sapa kafirkan sapa??kalau yg dimaksudkan nik aziz, sila bukak youtube n dengar penjelasannya.. dier..

"PAS perlu mendekati UMNO, bukan memusuhi. PAS perlu mendakwah UMNO mengenai Islam dan memujuk UMNO membuang sekularisme. Ia bukan ajakan bergabung, kerana PAS boleh berdiri sendiri."

sebelum ni ade or takde dorang dekati UMNO?? so pe jadi lepas dorang dok dengan UMNO?? UMNO tikam PAS dari belakang..

cakap la pe pun.. aku lebih nmpak ISLAM di PAS tapi KURANG di UMNO.. JUDI yang terang2 haram pun blh jadi halal..

mcm tu nak sokong?? ISLAM menjamin masa depan.. bukan MELAYU..

p/s : kalau kita tak tahu satu perkara pokok pangkalnya, tanya pada yang ahli dalam bidang tersebut.. jangan dok wat penilaian sendiri.. contohnya, tanya pencuri tentang hukum potong tangan..

Ustaz Azhar Idrus - Apakah Benar Kita Tidak Boleh Menentang Pemimpin Yg Zalim???

STALKER said...

macamacamla,

^_^

sudah mula beremosi kepartian nampaknya ^_^

saya tidak minta sesiapa menyokong sesiapa dan tidak pula saya menyokong sesiapa.

ok, saya terima jawapan anda bahawa PAS lebih Islam daripada UMNO.

soalan saya sebelum ini.. bagaimana mahu menjelaskan dari segi nas al-Quran atau hadis mengenai pendirian Islam terhadap orang Islam yang redha kalimah Allah disyirikkan? adakah perkara sedemikian diredhai Allah?

soalan itu memerlukan jawapan..

^_^

macamacamla said...

masing2 ada hujah dan nas masing2 dalam bab ini..

Isu Kalimah Allah 1
Isu Kalimah Allah 2
Isu Kalimah Allah 3

so bagi pendapat aku, aku pun tak sokong kerana nasrani ni penuh dengan tipu helah.. pendapat sesorang dalam PAS bukan bermaksud itu pendapat majoriti dalam PAS.. kesimpulannya, kumpulkan sume alim ulama' dalam Malaysia ni n bincangkan isu ini.. ko ulama' Pas ke Ulama' UMNO ke tu belakang citer.. tapi apa penyelesaian yang kerajaan dibwh pentadbiran UMNO buat?? sehinggakan hampir terjadinya peperangan akibat sikap komunis dalam diri.. "dier" buat masalah, n then "dier" gak selesai kan masalah.. macm nak tnjuk hero.. akhirnya apa jadi?? habuk pun tadak.. sebelum2 ni pun sama gak.. sume ditutupi dengan kes2 lain.. yang akhirnya hilang begitu jer.. nak taknak pulang ke Al-Quran n hadis.. tapi puak tu tak nak.. agama hanya bila solat, puasa,zakat, haji, n MATI.. ermm...

p/s : nak lebih lanjut, boleh contact Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang atau Harun Din.. jangan plak amik utusan, tv3 suku or berita hairan yang jadi rujukan..

STALKER said...

^_^

" tapi apa penyelesaian yang kerajaan dibwh pentadbiran UMNO buat?? "

sudah mula Blame Game..?? ^_^

" pendapat sesorang dalam PAS bukan bermaksud itu pendapat majoriti dalam PAS.. "

acuan pemikiran seseorang dalam PAS adalah hasil pengaruh siapa?

"jangan plak amik utusan, tv3 suku or berita hairan yang jadi rujukan.."

adakah harakah sentiasa melaporkan isu yang sebenar? utusan, tv3, berita harian ada agenda mereka untuk tuan politik mereka.

adakah harakah, malaysiakini, agenda daily, malaysian insider itu tiada tuan politik mereka?

hmm.. makin banyak soalan terburai ni

^_^

STALKER said...

" tapi apa penyelesaian yang kerajaan dibwh pentadbiran UMNO buat?? "

sudah mula Blame Game..?? ^_^

isu kalimah Allah adalah salah kita semua. kita Melayu Islam tidak tegas dan berpadu dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disyirikkan.

maka tak wajarlah apabila kita menyalahkan orang lain pula... mengadu domba itu tidak disukai Allah. ^_^

pendirian saya jelas, saya bukan orang UMNO atau PAS, saya orang Islam.

orang yang luhur pekertinya takkan salahkan orang lain.. sebaliknya kita digalakkan bermuhasabah diri..

^_^

berkenaan harun din, saya hormat individu itu.

boleh jelaskan kepada sya mengenai soalan-soalan baru yang terburai itu?

STALKER said...

"p/s : nak lebih lanjut, boleh contact Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang atau Harun Din.. jangan plak amik utusan, tv3 suku or berita hairan yang jadi rujukan.."

kenapa pula kamu melarang saya mendengar daripada kedua-dua belah pihak..? bukankah berat sebelah itu tidak adil namanya?

^_^

macamacamla said...

apa yang terburai nyer??

paling tidak harakah bukan akhbar fitnah mcm umporno buat.. harakah hanya menerangkan isu2 yang berbangkit.. utusan dok ckp bukan2, harakah la bg penerangan..

macamacamla said...

boleh tengok komen aku sebelum ni pasal "haram utusan"..tapi klau nak dengar sangat, dengar la.. itu hak masing2.. cume sebelum wat pape keptsan, cri maklumat2 yang sahih dulu.. bukan wat penilaian sendiri..

STALKER said...

anda boleh memaki sesiapa saja yang anda suka, begitulah reaksi orang-orang yang beremosi kepartian seperti anda.

Sila faham apa yang ditanya, :)

anda ada beritahu saya mengenai ada nas dalam soal isu kalimah Allah.tapi link yang kamu berikan tu hanya sarat dgn pendapat manusia,di mana kalam alquran yg membenarkan Allah disyirikkan?

STALKER

kamisa said...

Ketaksuban membunuh minda, jadilah manusia berilmu dan amalkannya nescaya dapat melihat cahaya. Amat malang mereka yang tidak dapat keluar dari kepompong demokrasi kepartian yang sempit. Islam tidak mengajar kita mengambil orang asing sebagai ketua. Itu amat jelas. Ambiga buat bersih, kita pergi sokong dia, angkat dia sebagai pemimpin. Tak kena tu. Kesihan saudara kita dalam PAS yang telah tenggelam punca. Nak tolong, kita kena hentam balik.

macamacamla said...

sapa kata dalam Al Quran ada Allah membenarkan Dia disyirikkan???

macamacamla said...

kira Tuan Guru Nik Aziz n Hadi Awang pun salah la kan?? hihi..

STALKER said...

Nah, kamu pun tahu bahawa tiada satu ayat pun dalam Quran yang membenarkan Allah disyirikkan. Oleh itu, kalau tiada satu ayat pun yang membenarkan umat Islam redha Allah disyirikkan, kenapa mesti ada pendapat manusia yang mengatakan bahawa tiada masalah untuk orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah bagi tujuan syirik yang tidak diredhai-Nya?

sekarang kamu ada dua pilihan, mana satu pegangan kamu? alQuran yang jelas tidak membenarkan atau pendapat manusia-manusia itu yang membenarkan?

saya bukan orang UMNO atau PAS, tetapi saya orang Islam.

Anonymous said...

PAS DAH SESAT ALLAH DAH TUTUP MATA DAN HATI MEREKA DOA NIK AZIZ KENA PADA AHLI MEREKA ,MEREKA TIDAK NAMPAK KEBENARAN MEREKA SESAT DAN TERUS SESAT TAUBAT LAH SEBELUM AJAL TIBA

Anonymous said...

Salam..
Sebelumnya eloklah sy katakan bahawa sy tidak menyertai mana2 parti politik..
Bagi sy utk mengatakan PAS sesat adalah agak keterlaluan..
Pd sy adalah lbh beradab jika memilih utk mengatakan tidak bersetuju dgn dasar2 atau tindakan PAS atau mana2 parti politik berbanding sesat atau betul itu bukanlah haq kita utk mengatakannya..
Perkara2 dasar adalah terbuka utk didebatkan maka perbincangkanlah atas ruang berkaitan dgn perkara2 dasar..
Sesat atau perkara berkaitan dgnnya adalah perkara2 berkait dgn akidah lalu jgnlah mengambil tafsiran semudah itu apabila ianya tidak berpihak kpd sikap dan pendirian kita..
Maka ditakuti kita yg terlebih dahulu yg menjadi sesat krn mengambil Haq Allah utk menasabkan sesuatu dgn hanya mengikut kehendak kita..
Bekerjasama dgn golongan bukan Islam berlaku dikedua-dua pihak PR dan BN maka mengapa pula disebelah pihak sahaja kita mahu mengatakan sesat lalu bagaimana pula dgn pihak yg satu lg???
Oleh itu perkara yg boleh kita kritik hanyalah berkait dgn perkara2 dasar dan jgn menyinggung perkara2 berkaitan dgn Akidah krn kita sendiri pun bukan menguasai keilmuan secara meliputi..
Jika disebelah pihak ada yg Hindu,Buddha,Kristian dsb maka disebelah satu lg pun demikian juga..
Lalu mengapa kita tidak bersikap adil dlm hal ini???
Sy kasihkan saudara semua lalu biarlah kita berlunak suara dlm mengatakan pendapat dan jgnlah kita berlebih-lebihan kpd perkara yg boleh membawa mudharat..
Dlm perkara ini adalah lbh molek hanya perkara2 yg berkait dgn tindakan itu sahaja dibuat penghakiman,lalu hujah kita itu pula biarlah atas kadar yg menyokong hujah kita itu dan bukan atas persepsi..
Penghakiman berdasarkan persepsi adalah menyalahi etika dlm membuat penghakiman lalu usahlah kita memudharatkan diri dgn menceburkan diri ke daerah yg kita sendiri kabur..
Mengangkat seseorang sebagai pengerusi adalah atas dasar kapasiti pertimbangan dan dipersetujui oleh semua pihak lalu apakah doktrin agama terpakai dlm kita menghakimi akidah seseorang dan mereka yg mengangkat seseorang itu??
Sebaik-baiknya kita bercermat dan tidak melulu membuat penghakiman hanya krn kita tidak berkenan atau bersetuju..
Maka usahlah merumitkan perkara2 yg Allah telah permudahkan..
Lg satu lihatlah dlm konteks mana penghakiman itu mahu kita buat,jgn terikut-ikut dgn karenah media yg kebanyakannya tidak lg beretika dlm menyebarkan perkhabaran..
Tidakkah ini semua menyumbang kpd jurang perkamuan yg lebih lebar???
Sy melihat adakalanya perkara2 yg dibangkitkan meleret-leret ke perkara yg tidak perlu..
Kita ini disumbatkan dgn propaganda2 sehingga kita gagal mencernanya krn semuanya kedengaran lunak pd kita..
Lalu kita memakainya utk menjadi kefahaman kita tanpa kita pastikan atas dasar apakah kefahaman kita itu berdiri..
Maka pd sy yg dominannya adalah Media krn kita sendiri sudah terlalu kembung disumbatkan dgn berbagai-bagai doktrin2 dan hasilnya secara tidak sedar pemikiran kita dicatur oleh permainan Media..

ardinge said...

Salam

Semua pihak harus bertenang dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan semoleknya pastikan adakah ia baik atau buruk. Jika baik jadi kebajikan sekiranya buruk jadi dosa yang hanya mereka yang dizalimi sahaja dapat memaafkannya. Saya juga setuju dengan saudara anon July 17, 2011 5:29 AM dan berharap semua berfikir secara matang dan usahlah menuduh sesaorang itu sesat semata2 kerana berlainan pandangan. Wallahualam

Anonymous said...

kadang2 pelik gak..
DAP tak boleh bwh PKR n PAS..
macam mana plak dengan UMNO??
yg terang dan jelas amik yahudi sebagai pemimpin..
yg berkerjasama dengan UMNO pun bukan sahaja MCA, tapi juga MIC..
napa sebelum ni tak kecoh plak.. tapi bila ade PR, dan2 nak kecoh..
sebelum pKR dan PAS kerjasama dengan Kafir, sapa yang dulu kerjasama dengan kafir??

ini politik.. masing2 ade kepentingan, hang pun de kepentingan gak.. sebelum buat kesimpulan sendiri, da g tny tuan badan ker psl ni??

penjelasan pleeeeeaaaaassseee...Umno Lg PUNDEKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

macammacamla,

saya petik kata-kata kamu:

"kadang2 pelik gak..
DAP tak boleh bwh PKR n PAS.."

kamu tidak faham keseluruhan maksud artikel ini, mungkin kerana kamu membacanya dengan penuh emosi kepartian.

masalahnya di sini ialah kamu tidak faham akan maksud KEPERLUAN PAS MENJADI DOMINAN TERHADAP DAP.

dalam kes BN, UMNO menjadi pemimpin yang dominan terhadap MCA dan MIC yang mana UMNO menjadi faktor kepada BN menentukan sebarang keputusan, tetapi tidak kepada PAS yang mengikut kehendak DAP.

bagaimana kamu mahu menjelaskan dalam kes murtad Lina Joy yang disokong Ambiga? bagaimana pula mahu menjelaskan usaha Irene Fernandez yang mahu nama Allah digunakan dalam agama Kristian? bagaimana mahu menjelaskan bahawa ada orang islam yang menyokong nama Allah disyirikkan?

" tapi bila ade PR, dan2 nak kecoh..
sebelum pKR dan PAS kerjasama dengan Kafir, sapa yang dulu kerjasama dengan kafir??"

masalahnya di sini ialah PAS tidak dominan dalam PR sebagaimana UMNO dominan dalam BN. adakah maksud kamu itu bahawa kamu rela Islam PAS dipimpin oleh kalangan bukan orang Islam yakni DAP?

Allah jelaskan dalam Quran bahawa Dia ciptakan manusia berbangsa-bangsa supaya manusia saling kenal mengenali. faham akan kalam itu? tapi Allah juga perintahkan supaya orang Islam tidak dipimpin oleh orang bukan Islam..faham dengan printah itu? Allah perintahkan supaya umat Islam jadi dominan untuk mempimpin bukan Islam, lebih-lebih lagi di sebuah negara yang majoritinya ialah umat Islam.

"ini politik.. masing2 ade kepentingan, hang pun de kepentingan gak.. sebelum buat kesimpulan sendiri, da g tny tuan badan ker psl ni??"

jika kamu sedar ada kepentingan, mengapa tidak lihat kepada kepentingan Ambiga dalam kes murtad Lina Joy dan kepentingan Irene Fernandez dalam isu kalimah Allah?

lihat kepada di mana letaknya dominan sebuah parti Islam dalam PR, bukan kepada politik. PAS sebuah parti yang paling besar dan kuat dalam PR, tetapi di mana kekuatan itu digunakan? adakah hanya menurut segala kehendak bukan Islam?

"yg terang dan jelas amik yahudi sebagai pemimpin..
yg berkerjasama dengan UMNO pun bukan sahaja MCA, tapi juga MIC."

siapakah Yahudi yang diambil sebagai pemimpin? APCO? APCO adalah kesilapan kita semua termasuk kamu dan saya, bukan salah sesiapa. sila fikirkan jawapan saya itu dan tidak hanya bertanya tanpa berfikir.

bagaimana pula mahu menjelaskan hubungan NED yang dibelakangi George Soros dengan Bersih? siapa di belakang Soros dan siapa di belakang bersih? siapa di hadapan Soros dan siapa di hadapan Bersih? siapa mahu IMF selepas Soros buat hal? IMF milik siapa?

"penjelasan pleeeeeaaaaassseee..."

sekarang apa pula penjelasan kamu terhadap bahawa ada sebilangan orang Islam yang rela nama Allah disyirikkan?

kita tidak berbicara mengenai politik, sila faham betul-betul artikel ini... jangan sampai emosi kepartian menguasai kewarasan sehingga menyisihkan kasih sayang dan cinta kita kepada Allah.

^_^

saya tidak marah kepada kamu wahai saudaraku..

Anonymous said...

saya bukan pengikut fanatik PAS,atau UMNO,saya amat cemburu jika ada golongan yg mahu menyentuh 'kehormatan' Islam.
Jika belum lagi berkuasa penuh, Pakatan Rakyat sudah lemah longlai,bersikap apologetik,mencari-cari alasan untuk mengiyakan tindakan extremis non muslim dalam isu Lina Joy, Kalimah Allah(Harun Din kata:siapa yg redha dgn kufur itu adalah kafir dlm mjlis mengenai kalimah Allah di masjid wilayah jln duta),tunduk bawah pimpinan Wanita Pendokong Kebebasan Sek dan seks songsang,murtad,kesamaan sesama Agama,kebebasan mengamalkan hak dan hukum2 Islam spt hak hukum nikah kahwin,Faraidh,Hudud dan Ta'zir dalam hukum Syarak,terbaru,menyokong tindakan mengenai keselamatan Israel yg menyembelih ribuan umat Palestin,yg satu2negara yg memiliki ratusan Nuklear,...
Fikirkan dengan logik dan rasional,adakah setelah pihak sekutu yang disegani lagi dihormati,mendapat mandat dan kuasa penuh serta menguasai majoriti negeri,adakah Pakatan Rakyat sanggup bertegas dalam soal2pokok dalam Islam pd masa itu?(masa Non Muslim tiada kuasapun tak berani bertegas ke atas prinsip2Syarak,jangan mimpi masa musuh kuat anda akan berani nak bertegas)kerana masing2telah digula-gulakan dengan kuasa,bukan prinsip agama yg menjadi perkara paling utama.
2. Jika perkara yang paling pokok dlm beragama,iaitu ALLAH,iaitu isu akidah yg paling pokok, boleh sebahagian kita berdolak dalik,kerana segan silu dengan rakan politik,maknanya tidak guna anda berjuang kepada isu yng lebih rendah kepentingannya dari sudut agama,memperjuangkan rumah kena roboh,memperjuangkan isu maruah wanita diperkosa,tidak relevan lagi.Maruah Kalimah Allah tak sanggup dipertahankan,mempertahankan hak-hak makhluk Allah sudah menjadi sia-sia dan tidak berguna..begitulah permainan,nilai sudah ditunggang terbalikkan,sehingga tidak nampak yg mana benar,yang mana salah.Nabi pesan,PEGANG KITAB ALLAH.apa kata kitab Allah?"Jangan kamu di"kontrol"oleh satu kaum yang Allah murkai.."
berkerjasama tidak salah,Thabit dalam Quran,hadits dan Sirah, tetapi,membiarkan diri di KONTROL, itu adalah kesalahan yang paling besar terhadap Allah,Rasul dan Umat Muhammad seluruhnya..pengikut hanya mengiya..ikut membuta tuli..mengabdi diri kepada pemimpin yng manusia,bukan mengabdi diri kepada Allah, hukum Allah, AlQuran dan mengikut Nabi..sama2kita fikirkan..

Anonymous said...

yeke umno pilih pemimpin dklgan yahudi.blh tlg listkn x pemimpin yahudi dklagan umno tu.sthu sy siapa kamu smua yg nk kafir atau nk yahudikn sesorg muslim tu.dlm islam sdri pn xpnh sy dgar umat islam sdri blh yahudi atau kafirkn sesama islam.dlm islam sdri pn sruh umt bpolitk utk cari pemimpin yg adil dn tulus.tp kadn kita skr ni adakah malaysia mgamal sistem yg tulus dn adil.sbb semua ada agenda ttntu je..sbgai contoh kes besih,sexbebas dn lina joy siapa yg utung dn siapa yg rugi.sdangkn yg main isu tu ialah ambiga sdrikn btl x??dn dia jugalah yg jd lawyer dn ptahankn kes lina joy.mna pergi ulamak2(umno,pas,mufti2 dn pmimpin islam yg kita agung2kn), adalah mrk ni di kawal oleh parti politik atau takut periuk nasi tjejas atau mrk ni ade kptingan lain yg lbh ptg dri kes tu.skr ni yg rugi adalh dri kita sdri iaitu bangsa melayu dn agama islam sbb kita dikawal oleh org2 politk yg ptingkn kdudukn di dunia smata2.bila setgah pemimpin islam sebut psal islam siapa pulak yg brsuara.so klu kita lihat dri sduh tu pn kita dh dpt nilaikn sndiri siapa sbnar mrk ni.sbb tulh kita kena lihat dri smau sudut dn pringkat dimnaye silap kita ni dn knp jd cmni.klulh blaku lg pristw 13mei mmg melayu akn menang sbb melayu dn agama islam pling rmai dia malaysia tp klu lwn dri akal fikiran melayu akn tewas gan mudah.sbb fikiran melayu sng dikawal olh politikus yg ptgkn dri dn kedudukn sesorg.sbb tulh klu ikt kes bersih tu siapa yg pling rmai bsuara melayu kn dn pmimpinye ambiga.mna pgiye cina india??klu kita sedar skr ni bangsa melayu kita dilaga2kn olh bangsa lain.sikit2 hal melayu mst nk gaduh xkira isu apa skli pn.kita pnh dgar x cina gan india gaduh sesma sdri dlm isu politik dn kdudkn sesorg??skr ni unmo ke pas ke semua tu parti politk je dn kita harus sdar dia mna kdudukan kita skr dn smpai bila bangsa lain memainkn perasan dn kdudukn melyu dlm semua pringkat.klu umno mng pru 13 nti mst akn ulang pkara yg sma dia lakukn tp klu PR mng dlm pru 13 nti cnfrm kita akn lihat sesuatu diluar dugan kita.mst kdudukn dn keistmwa melyu akn tjejas........hahahahhahah

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan