Monday, June 20, 2011

Etika Yahudi


Sebilangan rabbi Yahudi berkefahaman Zionis menyeru supaya dihalau semua orang bukan Yahudi, terutama bangsa Arab, daripada bumi Palestin yang terjajah. Seruan itu dikatakan sebagai usaha untuk meneruskan “kehidupan beretika dan kejernihan agama masyarakat Israel.”


Dalam satu persidangan tahunan yang keempat Ramale (kelompok rabbi Yahudi) pada hari Selasa lalu, seorang rabbi bernama Dov Lior dari Kiryat Araba, iaitu sebuah penempatan haram berdekatan Hebron, menyebut “hari ini, begitu luas tanah di Arab Saudi, dan juga di Libya. Terdapat begitu luas tanah-tanah di tempat lain.”

Dalam syarahanya yang penuh dengan kata-kata kebencian, Dov Lior mencadangkan supaya Israel menawarkan insentif kewangan kepada bangsa Palestin supaya mereka meninggalkan bumi warisan nenek moyang mereka itu.

Fokus perbincangan di persidangan tersebut adalah bagaimana untuk memaksa kaum bukan Yahudi meninggalkan bumi Palestin yang dijajah itu, demi memberi laluan kepada pendatang haram Yahudi, yang sebahagian besarnya tidak ada kaitan atau pertalian langsung dengan bumi Palestin.

Dov Lior pernah menimbulkan kontroversi apabila memuji pengganas Baruch Goldstein yang membunuh 29 bangsa Arab ketika mereka sedang beribadah di masjid Ibrahim, Hebron pada tahun 1994.

“Kedamaian di tanah suci ini tidak lagi menjadi persoalan kerana bangsa Arab tidak akan membenarkan Yahudi merampas tanah ini,” kata Dov Lior.

Antara pembicara lain dalam persidangan itu adalah rabbi Shmuel Elyahu, yang terkenal dengan kepercayaannya bahawa kaum bukan Yahudi adalah golongan yang rendah mental dan intelektual berbanding kaum Yahudi. Menurutnya, Israel telah berjuang dalam satu bentuk peperangan yang begitu berbeza daripada lazimnya.

Shmuel Elyahu seterusnya berpendapat kaum Yahudi tidak harus bergaul atau berjiran dengan kaum-kaum lain. Yahudi juga tidak dibenarkan memberi sewa atau menjual harta kepada bukan Yahudi. Beliau turut menyebut bahawa secara umumnya fasisme adalah suatu yang menjijikkan, tetapi fasisme Yahudi adalah berbeza kerana ianya di tanzilkan oleh Tuhan.http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5300


Knesset akan bahas rang undang-undang mengharamkan laungan azan

Bethlehem – Parlimen Israel (Knesset) akan membahaskan satu rang undang-undang baru bagi mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara. Anastasia Michaeli, seorang ahli Knesset kelahiran Rusia mewakili parti politik Yisrael Beiteinu, telah menyerahkan satu cadangan rang undang-undang bagi menghalang penggunaan pembesar suara ketika melaungkan azan di semua masjid di negara haram Israel.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan baru itu dikenakan denda ataupun tahanan penjara.

Masjid Putih di Nazareth
Dalam satu lawatan beliau ke bandar Nazareth, Michaeli berkata bahawa dia menyokong kebebasan beragama, tetapi kebebasan itu tidak boleh mengganggu “kualiti hidup ribuan Yahudi dan juga kaum Arab yang menderita setiap hari.”

Parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan dan dipimpin oleh pelampau Avigor Lieberman ini juga mendapat kritikan hebat sepanjang kempen pilihanraya lalu kerana menimbulkan sentimen anti Arab secara berterusan.

Sikap perkauman Israel tidak hanya ditujukan kepada penganut Islam sahaja. Ketika peristiwa Nakba, 100 ribu orang Kristian dihalau dari kampung asal mereka di Palestin. Mereka juga mengalami tekanan berterusan sehingga ke hari ini.http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=5287


Arab Land
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun, tanaman ini memerlukan tempoh masa yang panjang untuk tumbuh semula. Mereka memusnahkan sumber ekonomi dan membiarkan rakyat Palestin kebuluran serta hilang sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, tiada satu pun dipatuhi Israel atas restu USA.

Rakyat Palestin terpaksa merebus rumput sebab sudah kehabisan makanan. Akibat trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri, kanak-kanak di Gaza hanya bercita-cita untuk segera mati sebagai  "pengebom berani mati". Satu keadaan yang amat menyayatkan.

Di hospital pula semua pembedahan, menjahit luka dan sebagainya terpaksa dilakukan walaupun kehabisan ubat bius menyebabkan para pesakit termasuk anak-kanak menjerit kesakitan bila badan dan kepala di jahit tanpa bantuan ubat bius. Bekalan ubatan juga semakin habis, sekatan bantuan sengaja dilakukan supaya rakyat Palestin mengambil tindakan melarikan diri (sekali lagi?) ke mana-mana negara Arab dan dengan suka rela meninggalkan tanah air mereka. 

Di Gaza, sebuah dewan bedah telah telah dibedil dengan Bom Fosforus. Sebelum serangan itu berlaku, ada beberapa orang doktor sedang melakukan pembedahan. Semuanya sudah jadi abu termasuk pesakit dan doktornya sekali!!!  Hanya nampak serpihan tulang di sana sini. Bom Posforus berupaya menghancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah. Kata Razali Awang (pemberita TV3) semasa menganggotai pasukan sukarelawan ke Gaza tahun lalu.

Katanya lagi, satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA ialah negara jiran kita Singapura.  Razali tidak lagi akan shopping di Singapura kerana secara tidak langsung akan membantu Israel.  Beliau sudah tidak sanggup lagi. Singapura juga memasuki senarai negara terkutuk kerana menaja kezaliman Israel.


Kita imbas kembali kekejaman Israel ini dalam usaha mereka menghalau keluar orang Arab dari bumi Palestin. Pada tahun 2010 Israel dengan sengaja menggunakan Bom Posforus walaupun dikutuk oleh seluruh dunia.


Gambar 2010 menceritakan episod trajis satu kaum berabad hidup teraniaya. Nafsu syaitan mengisi benak pemangsa (Zionis Israel)  ini. Satu bangsa yang membanggakan diri sebagai umat bertamaddun di dunia. Bangsa terpilih dan dipuji puja oleh Amerika Syarikat. Mereka bukan lagi manusia tetapi lebih buruk dari pada haiwan.

Kanak-kanak terbunuh. Siapa yang peduli?


BOM FOSFORUS
Bom ini digunakan oleh rejim zionis terhadap orang awam di Gaza, Palestin termasuk hospital dan sekolah.  Rakyat Palestin dijadikan sasaran tanpa belas kasihan. Kesannya sungguh dahsyat,

Walaupun penggunaannya di haramkan oleh dunia, namun rejim Zionis terus berdegil membedil orang awam Palestin yang padat di bumi Gaza dengan bom berkenaan.




























Sebuah sekolah di Gaza bermandi darah akibat bom posforus Yahudi. 
( UNRWA SCHOOL di BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE ) 

OIC terlalu sibuk dengan politik dunia dan tiada masa untuk membela rakyat Palestin begitu juga Arab Saudi yang semakin asyik berfikir membangunkan menara tinggi. Libya sibuk membunuh sesama sendiri. Mesir masih lagi gayat dengan kemenangan menggulingkan Hosni. Syria lagi sibuk terpaksa melayan tentangan yang semakin melarat. Iraq, tentu belum kebah dari deman selepas dibelasah USA. Palestin terpaksa menderita sendirian menghadapi kezaliman bangsa terkutuk ini.

Turki? Kasihan, mereka telah terjerat dalam EU dan NATO, sekutu Israel.

10 comments:

Al-Mufakkir Hamidi said...

salam.

apa yang boleh kita lakukan sekarang? sebagai rakyat malaysia.

Anonymous said...

malaysia pulak sibuk layan teh tarik

Anonymous said...

entahlah pening fikir, diri sendiri pun masih lagi terumbang-ambing

Anonymous said...

Salam..
Kita tidak mampu utk berbuat apa2 dari segi kekuatan krn era ini berlaku juga atas kehendak Allah jua..
Knpa sy berkata begitu?
Sebabnya,jika masih tidak lg berlaku kejahatan demi kejahatan dimuka bumi ini,maka kedatangan Imam Al-Mahdi itu akan tertangguh..
Ingatlah bahawa antara janji Allah terhadap kedatangan Imam Al-Mahdi ialah kemunculannya adalah ketika muka bumi ini sudah dipenuhi dgn kejahatan..
Kedatangannya adalah ketika keadaan tidak lg memihak kpd Islam..
Kita sedang berada didalam fasa Dajjal sedang dlm peralihan dimana kuasa dunia kini sedang berada di Israel..
Ketika ini Era itu baru masuk separuh masa kedua..
9/11 hanyalah penanda kpd peralihan kuasa Dajjal dari tgn Amerika ke Israel..
Tidakkah saudara2ku nampak bahawa Negara2 Arab sedang dikucar-kacirkan?
Bagaimana Israel akan mencapai kemuncak kegemilangannya jika Negara2 Arab yg berada disekelilingnya berada dlm keadaan yg stabil?
Sebab itu sekarang ini pergolakan sedang dirancang dan semakin menepati Objektifnya..
Tidakkah kita sedar bahawa Amerika dgn mudah mengumumkan kematian Osama krn mereka sudah tidak berdaya lg utk menampung defisit kewangan yg besar dan kehilangan nyawa dikalangan tenteranya semakin membesar skalanya..kini tugas menggugat keadaan di timur tengah diambil alih oleh NATO..
Amerika akan mengalami nasib yg sama spt Britain kelak..
Mereka sedang melengkapkan routine diagram Dajjal dimana kini mereka sudah berada dlm fasa sehari seperti seminggu,lalu negara2 diTimur tengah perlu dilemahkan dimana Arab Saudi sedang dlm perancangan utk dipecahkan kpd 4 bahagian lalu membentuk pemerintahan Autonomi..
Umat Islam akan merasai kesannya dlm dekad yg mendatang..Israel sedang bersiap-siap utk perang dilembah Megiddonya lalu kesatuan negara2 Arab harus dicerai-beraikan utk memenuhi objektif mereka itu..
Rasulullah s.a.w sudah memberi gambaran akan petunjuk2 itu..Tujuan baginda melafazkan kata2 bersifat tersirat adalah hikmah dari Allah utk mengeliru dan memperdayakan musuh2 Allah..
Biar mereka menyangka dan meyakini usaha merea itu berjaya ttp dlm masa yg sama mereka itu terpedaya dgn perancangan Allah yg membenarkan kejahatan2 mereka itu bermaharajalela sedangkan saat2 kemuncak mereka itu menandakan bahawa kedatangan Imam Al-Mahdi itu semakin menghampiri kita..
Wallahialam..

TM said...

Salam sdr anon,

Menarik juga kupasan saudara. Adakah Imam Mahadi hanya akan di baiah selepas Dajjal menzahirkan diri? Kelihatan ada teka teki dalam pelbagai peristiwa. Arab Saudi akan menjadi 4 bahagian? Mungkin juga kerana ada maklumat mengatakan ia semakin jelas saudara King Abdullah (3 orang) sedang menanti kematiannya untuk merebut tahta. Tidak mustahil peperangan akan berlaku di Arab Saudi nanti. Terserah kepada Umat Islam sekarang untuk bersedia menghadapi kesusahan dan kekejaman NWO nanti. Sekarang pun Israel telah menjadi super power, Tiada siapa berupaya menghalang mereka. Jika dilihat kepada agenda zionis 24 protokol, mereka berhasrat menubuhkan satu kerajaan kuku besi memerintah dunia dan akan menghapus sesiapa sahaja yang memusuhi. Keadaan itu nampak belum tiba. Tidak mustahil selepas Dajjal take over.

Anonymous said...

Salam saudaraku Sense..
Dajjal akan muncul krn namanya sudah tidak disebut dan muncul dlm keadaan Marah..
Selang masa antara kemunculan Dajjal dgn kemunculan Imam Al-Mahdi itu tidak dptlah sy menjawabnya secara mutahkir krn rahsia disebalik rahsia itu adalah milik Allah..
Hanya yg dpt kita kesan adalah tanda2nya..
72 bulan sebelum kemunculan Imam Al-Mahdi,akan muncul pasukan tentera panji hitam dari Khurasan..Sblm kemunculan tentera panji hitam Khurasan itu pula akan muncul tentera Panji Hitam yg palsu yg dikatakan dari keturunan bani Abbas..
Maka harus kita mengkaji dimana keberadaan keturunan bani Abbas supaya kita tidak terpedaya dgn apa yg kita lihat kelak..
Yg pastinya kemunculan awal Dajjal itu adalah dgn mengenakan kostum org beriman krn Istilah the False Messiah menggambarkan kemunculan Sang penyelamat yg palsu..
Umat Islam akan terpecah kpd dua krn kemunculan Dajjal dlm bentuk kostum org beriman itu telah berjaya memperdayakan sebahagian umat Islam yg terpedaya dgn Al-Mahdi versi mereka..
Yg boleh kita jadikan petunjuk adalah Imam Al-Mahdi itu dibai'ah secara paksa yakni bukan atas kehendaknya krn ketidaktahuan bahawa dirinya adalah manusia yg terpilih itu diantara Hajar Aswad dan Makam Nabi Ibrahim..
Sudah pastinya Allah yg maha merancang telah memilih dan mengilhamkan para Wali2 Allah utk berada di Baitullah ketika itu utk mengesahkan sosok Imam Al-Mahdi yg dinanti itu..Tugas utk mengesahkan siapa Imam Al-Mahdi itu bukanlah tugas umat awam sebaliknya tugas kita adalah utk Berbai'ah kpdnya apabila petunjuk itu diberi oleh Allah kelak...
Kemunculan Imam Al-Mahdi akan tersebar dan para2 golongan yg mengimani Al-Mahdi versi mereka pula akan merasa terancam lalu mengutuskan pasukan tentera dari arah Syam utk menggempur Makkah dan Madinah ttp mereka akan ditenggelamkan oleh bumi atas perintah Allah termasuk sesiapa sahaja yg berada dlm laluan yg sama dgn pasukan tentera itu..
Dlm kalangan tentera itu ada pula yg tidak redha utk menggempur Al-Mahdi yg sedang berada di Makkah itu dan ada pula yg sebaliknya lalu kelak Allah akan bangkitkan mereka di Mahsyar nanti lalu Allah akan memisahkan dikalangn tentera itu berdasarkan kpd niat hati mereka..
Mungkin sebelum itu juga akan berlaku fenomena alam yg mengakibatkan perubahan cuaca dunia krn Rasulullah s.a.w menyeru kpd manusia utk berbai'ah kpd tentera Panji Hitam dari Khurasan dlm keadaan merangkak diatas salji sekalipun..
Perlu kita fahami juga bukan sahaja perang yg akan menyebabkan reduction kpd populasi dunia ttp melalui penguasaan sistem pemakanan penduduk dunia..
Benih2 tumbuhan telah diubah suai supaya pembiakkannya dimaksimumkan lalu pati zatnya akan berkurang lantaran benih2 itu dipaksa akan pembiakannya..Seterusnya penggunaan racun serangga yg menyebabkan serangga tidak sanggup utk memakan tumbuhan itu dan bahan2 kimia yg digunakan utk pengawetan supaya ia tahan lama..
Akibatnya apabila sumber makanan itu dimakan oleh manusia,racun yg terdapat pd makanan itu akan membunuh sistem Imun kita secara perlahan-lahan lalu kini terjadi byk penyakit dan wabak krn sistem badan manusia mulai lemah..Lalu jangka hayat manusia dpt dipendekkan..
Mengapa perkara ini tidak dihebahkan adalah disebabkan badan2 kesihatan Dunia boleh dikatakan hampir semuanya dikuasai oleh egen2 Dajjal..

TM said...

Salam kembali sahabat, anon.

Menarik sekali. Berdasarkan sumber hadis Rasulullah saw, Imam Mahadi akan di baiah di Kaabah. Ada nas yang menyebut dia adalah Arab Quraisy warga Madinatul Munawarah yang lari dari peperangan di sana menuju Masjidilharam. Assufyani pula disebut mempunyai tentera yang kuat. Adakah Assufyani menyerang Madinah?

Dajjal akan muncul bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa pandangan saudara mengenai Isfahan ini? Setelah saya membuat kajian, Isfahan memang tempat asal Yahudi yang telah berhijrah dari Pelestin ribuan tahun lampau. Kini berjumlah kira2 35000 orang.

Apakah akan ada Imam Mahadi dari Iran berdasarkan kepercayaan Mazhab Syiah, alMahadi adalah susuk Imam mereka yang ghaib. Adakah mungkin Imam Mahadi Syiah ini akan menguasai Arab Timur seperti Iraq dan Syria. Damsyik pula adalah bandar di Syria dimana Assufyani memerintah.

Apakah ada kemungkinan Dajjal akan keluar dari Isfahan dalam pakaian alMahdi palsu? Ahmadinejad pernah dianggap sebagai Putera Bani Tamin oleh para penyokongnya dan sedang menanti kemunculan alMahdi mengambil alih pemerintahan negara Iran.

Iran jiga mempunyai pengaruh yang kuat di Iraq memandangkan majoriti penduduknya kini adalah syiah sementara Syria sememangnya mendapat sokongan Iran. Terdapat tanda yang ganjil dalam politik Asia Barat. Jika Dajjal datang dari Isfahan, Iran - adakah ia akan terus menuju ke Jurusalem untuk dimahkotakan sebagai Raja Yahudi? atau menjadi presiden Iran terlebih dahulu sebelum mengaku sebagai Dajjal?

Yang lebih menarik, Isfahan adalah wilayah yang hampir dengan Khurasan!

Anonymous said...

Salam kembali saudaraku sense..
Benar spt apa yg saudara katakan..
Sememangnya kini wilayah Teluk sedang dilemahkan utk palnting projek jangka panjang Dajjal itu jika kita mengikuti kronologi akhir zaman ini..
Satu demi satu klue2 yg diberi oleh Rasulullah s.a.w dan berdasarkan Atsar Abu Hurairah r.a itu semakin menuju kpd keadaan yg disabdakan oleh baginda itu..
Iran yg dahulunya dikenali sebagai Parsi mempunyai sejarah dendam yg lama lantaran Kejatuhan Empayar Parsi Majusi dizaman Khalifah Umar Al-Khattab r.a..
Amirul mukminin itu menemui syahid ditangan Abu Luqluah,seorang bekas putera Parsi yg dahulunya dikenali sebagai Putera Fairoz dgn menikam beliau ketika beliau mengangkat Takbiratul Ihram ketika sedang mengimamkan solat Subuh..
Abu Luqluah berada di saf pertama dibelakang Saidina Umar r.a. ketika kejadian itu berlaku..
Keadaan dan posisi ini boleh kita ambil sebagai gambaran rukyah kpd sikap Iran yg bertopengkan Islam..
Mereka tidak mahu mengiktiraf Mazhab Ahlul-Sunnah sebaliknya menegakkan fahaman mereka sendiri..
Mereka mengangkat Saidina Ali utk memperdayakan kita krn Abdullah bin Saba' juga berjaya menghasut sebahagian umat Islam yg lemah Ijtihadnya lalu menubuhkan pasukan pemberontak yg membawa kpd Syahidnya Saidina Umar r.a..
Setelah wafat pula Saidina Ali r.a,bukankah mereka juga yg merancang pembunuhan Saidina Hasan dan seterusnya kesyahidan Saidina husein diKarbala juga adalah hasil perancangan kotor mereka..
Sy melihat Iran adalah entiti asing dlm Islam krn pegangannya byk yg bertentangan dgn Fitrah Ahlul sunnah..Mereka juga mempunyai perasaan memusuhi para sahabat Rasulullah s.a.w sedangkan Para sahabat itu adalah contoh ikutan terbaik andainya umat awam tidak berdaya utk mengikuti semua sunnah Rasulullah itu krn para Sahabat juga mengambil teladan dari Rasulullah s.a.w..Ini adalah jaminan Rasulullah s.a.w lantaran Hadith rasulullah yg mengangkat makam Saidina Abu Bakar r.a ttp Syiah sgt2 membenci akan nama Saidina Abu Bakar As-Sidiq ini..
Iran sememangnya mahukan tanah Karbala yg dianggap suci oleh mereka utk memenuhi doktrin Syiah mereka itu..Natijahnya boleh kita lihat pd keadaan politik di Iraq kini..Sudah ramai Saudara Ahlul-Sunnah kita Syahid di Iraq..
Pd sy sebenarnya telah berlaku hubungan Iran dgn Amerika secara sulit dimana kita boleh menyaksikan kemasukan tentera Amerika ke Afghanistan adalah melalui sempadan Iran..Pakistan yg juga bersempadan dgn Afghanistan itu hanyalah camufladge utk menyembunyikan hubungan sulit Iran dgn Amerika itu dari dihidu oleh majoriti umat Islam..
Ketika ini dlm keadaan dirantau teluk bergolak,Iran langsung tidak diganggu krn keberadaan kaum Yahudi di Isfahan yg menjalani kehidupan mewah tetap terjaga dan Isfahan juga merupakan kawasan loji Nuklear Iran..
Iran juga mempunyai tentera siber yg kedua terbesar didunia yg boleh memusnahkan sistem Komputer pelatar minyak dunia,sistem trafik,setelit dan eletrik dan teknologi ini hanya dimiliki oleh Amerika dan Israel sahaja..
Mungkin tentera Panji Hitam Bani Abbas itu juga akan dtg dari Isfahan lalu pegangan dan Ijtihad mereka itu boleh kita jadikan sempadan agar kita tdk terpedaya dgn Tentera panji Hitam yg Palsu muncul nanti..
Kemungkinan juga Dajjal akan diangkat di Jarusalem krn Iran juga melindungi penduduk Yahudi di Isfahan..
Segalanya kini semakin terjawab dan kita menunggu masa utk mengesahkannya sahaja..
Wallaualam..

fikris hamidi said...

Salam semua,
Baru2 ini saya ada baca berita (tak ingat kat mana) Iran sudah mampu membina piring terbang. Terbaru melancarkan satu lagi setelit ke orbit. Hebat juga Iran ni. Mungkin benar kata saudara anon, amerika yang bantu teknologi iran. Saya setuju kesah syiah dan parsi seperti saudara anon tulis. terima kasih.

Anonymous said...

sakit mental agknya bangsa yahudi ni smpai sanggup bom org guna fosforus.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan