DALAM siri Mind Game yang pernah disiarkan dalam blog Umat Terakhir (sebelum dihilangkan dan bagi mereka yang pernah membacanya di blog itu), dijelaskan bahawa pemikiran manusia boleh dikawal melalui beberapa modul kawalan minda yang berpotensi menyekat daya fikir seseorang terhadap rasionalism yang realistik seperti melalui teknik penguasaan Chakras, Red Herring, Brainwashing Propaganda dan Blame Game.
Namun, kumpulan minor ini bukan bermaksud bahawa mereka lemah dan tidak mampu menjatuhkan kumpulan major. Kumpulan minor itu adalah mangsa yang akan bertindak memangsakan kumpulan major. Mangsa yang boleh berubah menjadi pemangsa dan mampu pula memusnahkan satu bentuk masyarakat atau negara secara keseluruhan.
Keadaan di mana kumpulan minor dimanipulasi untuk menjatuhkan kumpulan major itu dinamakan oleh pengkaji perang saraf politik sebagai Majority Wipe Out (MWO) yang menjadikan rusuhan atau riot melalui acuan ekstremisme sebagai alat utama untuk mencapai keberhasilannya bagi keuntungan politik yang dikuasai jurutera politik The Hidden Hand untuk mencorakkan kejayaan perjalanan boneka-boneka politik mereka.
--
MAJORITY WIPE OUT (MWO)
MWO bukan teknik kawalan minda tetapi ia adalah salah satu tujuan akhir selepas minda sebilangan orang telah berjaya dikawal melalui penguasaan Chakras, Red Herring, Blame Game dan Brainwashing Propaganda. Tujuannya ialah untuk MENAFIKAN suara majoriti dengan menjadikan suara MINORITI LEBIH DOMINAN daripada suara MAJORITI dalam persekitaran DEMOKRASI.
Dalam sistem demokrasi (dalam konteks politik nasional secara makro), pilihan majoriti melalui pilihanraya akan digunapakai bagi membolehkan individu atau sesebuah parti politik membentuk kerajaan dengan nisbah 2/3 sokongan rakyat dalam sesebuah negara.
Sebelum itu ditegaskan, kita di sini tidak bercakap atau mempertikai mengenai demokrasi secara kritikal sebagai teras perbincangan dalam artikel kali ini, tetapi fokus diberikan kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran politik berdemokrasi dan dunia hakikatnya sedang menuju ke arah itu pada ketika New World Order (NWO) sedang melebarkan sayapnya di sebalik salah satu senjata politik NWO yang dinamakan sebagai demokrasi.
Demokrasi membolehkan semua pihak dapat bersuara dengan bebas. Ia termasuk bersuara melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat yang mana suara mereka (rakyat) pula akan disampaikan oleh wakil-wakil itu kepada kerajaan di Parlimen.
Secara demokrasi, wakil-wakil yang dipilih itu dilantik selepas majoriti rakyat membuat pilihan terhadap mereka melalui pilihanraya. Manakala kumpulan yang memilih calon lain yang kalah semasa bertanding pilihanraya dengan wakil yang menang tadi menjadi minoriti dalam keadaan ini (dalam konteks ini). Dalam konteks ini, minoriti dirujuk kepada kumpulan pengundi dan bukan kumpulan bangsa atau kaum.
Keadaan yang sama berlaku secara nasional (seluruh negara) apabila wakil-wakil daripada parti politik yang sama memenangi majoriti undi untuk membentuk kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Semua orang faham situasi demokrasi ini. Kumpulan yang memilih calon-calon daripada parti politik yang tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan pula disebut sebagai minoriti (dalam konteks ini).
Maka dengan itu, parti politik yang dipilih itu mendapat mandat daripada majoriti pengundi untuk membentuk dasar-dasar, menjana ekonomi dan mengemudi hal ehwal pentadbiran negara melalui pembentukan kerajaan atau pemerintah.
Motif demokrasi dalam politik nasional secara pilihanraya ialah untuk membolehkan sekumpulan orang (sesebuah parti politik) memperoleh mandat majoriti rakyat untuk memerintah sesebuah negara.
Mandat majoriti yang diterima parti yang dipilih sebagai kerajaan itu pula sewajarnya dihormati oleh kumpulan minoriti itu tadi kerana ia adalah suara majoriti, dipilih secara persetujuan bersama oleh kumpulan yang menjadi majoriti. Namun, The Hidden Hand (THH) tahu bahawa sesebuah parti yang kalah pilihanraya itu kekal menyimpan hasrat yang meronta-ronta untuk menjadi kerajaan dan berkuasa.
Maka, di sinilah manipulasi THH terhadap kumpulan minoriti itu bermula bagi membolehkan hasrat kumpulan minoriti itu menabalkan parti politik pilihan mereka itu sebagai kerajaan melalui tindakan-tindakan terpilih yang melampaui batas. Dalam keadaan ini, THH sentiasa mencrai ruang dan peluang untuk melantik proksi dalam parti politik yang kalah sebagaimana kebiasaan di negara-negara Arab dan sekitar Timur Tengah, sekitar negara-negara di benua Afrika serta beberapa negara Asia.
Tujuannya bukan untuk memastikan parti politik yang kalah itu menjadi kerajaan secara drastik atau melalui rampasan kuasa secara ekstrem, tetapi untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan sesama rakyat sesebuah negara melalui rusuhan yang akhirnya membolehkan campur tangan kuasa besar dari negara-negara naungan mutlak THH secara politik terutama Amerika Syarikat, Israel, Britain dan beberapa sekutu mereka di Eropah.
THH tidak akan memastikan kuasa pemerintahan berpindah kepada parti politik yang kalah. Sebaliknya, memastikan proksinya mendapat kuasa dalam pemerintahan dan proksi itu selalunya bersembunyi dalam parti-parti politik.
Maka dengan itu, usaha digerakkan ke arah mewujudkan satu keadaan di mana suara atau pilihan majoriti itu dinafikan sekeras-kerasnya melaui tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) oleh kumpulan minoriti untuk menyapu keluar semua suara majoriti dan menjadikan minoriti itu lebih dominan daripada majoriti. Menang atau kalah kumpulan minoriti itu dalam tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) itu tidak langsung merugikan THH ataupun proksi-proksinya.
Ia adalah kerana kesan yang diharapkan THH daripada rusuhan itu hanyalah tidak lebih daripada mengintai peluang untuk campur tangan melalui topeng keamanan dan pihak pendamai dari luar. Apabila masuknya pihak pendamai itu, maka mana-mana parti politik dalam sesebuah negara pun tidak akan diberi peluang memerintah sehingga keadaan kembali aman sebagaimana berlaku di beberapa negara lain pada ketika ini.
--
MWO dan Rusuhan
MWO tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa ada rusuhan. Rusuhan adalah resipi penting dalam menjayakan MWO. Keadaan di Libya (masih berlarutan), Mesir (suatu ketika baru-baru ini), Syria (kekal tegang) dan beberapa negara lain menghadapi ketegangan yang sama meskipun ada sedikit perbezaan bagi setiap punca kes-kes itu.
Kumpulan majoriti yang memilih kerajaan sebelum berlaku ketegangan itu dinafikan suara mereka oleh kumpulan minoriti yang bertindak secara agresif. Penafian suara majoriti yang meranapkan hak dan keamanan.
Wujud persamaan dalam kes-kes di setiap negara yang menghadapi MWO iaitu kumpulan yang menjadi mangsa ialah rakyat, tidak kira sesiapa pun termasuk kumpulan majoriti dan minoriti dan semua sekali menjadi mangsa.
Dalam menjayakan MWO, Red Herring digunakan untuk mengalih tumpuan rakyat dengan cara mempengaruhi pemikiran mereka melalui Brainwasing Propaganda dan menuduh pihak-pihak lain dengan kesalahan-kesalahan tertentu melaui Blame Game bagi mewujudkan keadaan paranoia bersulam provokasi di kalangan kumpulan minoriti terhadap pemerintah yang dipilih majoriti apabila pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan kerajaan dikerahkan untuk memulihkan keadaan. Apabila memasuki fasa di mana rusuhan itu perlu dipulihkan dengan bantuan pasukan keselamatan, keadaan menjadi bertambah buruk bila mana berlaku provokasi antara perusuh dengan anggota keselamatan.
Proksi THH sedaya upaya memperlihatkan seolah-olah parti politik yang kalah itu sebagai mangsa kepada parti politik pemerintah yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap sekutu atau parti mereka sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkuasa secara adil dan saksama.
Pada masa yang sama memainkan sentimen yang dihadapi rakyat seperti isu harga dan tekanan hidup sebagai alat untuk menyemai kemarahan kumpulan minoriti dalam menjayakan rusuhan bagi menjayakan MWO tanpa menyediakan penjelasan rasional mengenai sebab kenaikan harga dan sebagainya yang menyelubungi kebingungan rakyat terhadap sesuatu isu yang diapi-apikan. Namun, kita juga tidak bercakap soal isu yang menimbulkan MWO di sini, tetapi fokus kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran demokrasi yang membolehkan semua pihak bersuara di khalayak.--
Malaysia tidak terkecuali dalam situasi ini. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 menimbulkan banyak persangkaan meragukan mengenai tujuan sebenar ia diadakan meskipun di kalangan individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tambahan pula ia diketuai oleh seorang yang bukan Islam dan diikuti oleh orang-orang Islam sebagai penyokong yang menggerakkan Bersih edisi kedua itu.
Tidak dapat dikategorikan adakah ia satu MWO atau bukan. Dikhabarkan, Bersih 2.0 digerakkan bagi menjamin proses pilihanraya di Malaysia berjalan dengan bersih tanpa sebarang isu meragukan di sebalik keputusan sesuatu pilihanraya.
Wujud persamaan dengan MWO di sini ialah faktor pilihanraya, penglibatan parti dan individu politik dalam Bersih, penyokong-penyokong Bersih yang dari parti minor serta penglibatan individu yang tidak terikat dengan parti politik yang terlibat.
Keputusan pilihanraya bergantung kepada jumlah pilihan majoriti dalam memilih wakil-wakil mereka dan pihak yang memerintah itu terdiri daripada pilihan majoriti rakyat. Manakala pihak yang cuba menafikan ketelusan proses pilihanraya pula terdiri daripada kumpulan minoriti yang mana calon-calon mereka tidak memenangi pilihanraya yang didakwa tidak melalui proses yang telus dan bersih.
Dalam masa yang sama, daya rasional kelihatan seperti dikaburkan iaitu parti yang disokong kumpulan minoriti itu sudah berjaya memerintah empat negeri di Malaysia di mana mereka (kumpulan minoriti yang menyokong) sudah menjadi majoriti di negeri-negeri terbabit. Andai tidak berpuas hati dengan ketelusan proses pilihanraya termasuk tempoh berkempen, adakah dapat majoriti di kalangan mereka untuk memerintah negeri-negeri terbabit. Namun, analisis pilihanraya juga bukan menjadi fokus di sini.
Kita hanya dibayangi kebimbangan andai Bersih menjadi MWO yang berfungsi sebagai kumpulan perusuh. Kita tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak kira mana-mana parti politik sekali pun. Namun andai perkara itu berlaku, yang menjadi mangsa adalah rakyat iaitu kita semua. Andai semua itu berlaku, dan yang terlibat itu pula adalah orang-orang Islam, maka berlakulah pertelingkahan besar di kalangan sesama saudara yang sama-sama mengucapkan pengakuan syahadah bersama kita semua.
Mangsa paling ramai pula adalah orang Islam dan keadaan itu pasti menjadi bahan tepukan gemuruh di kalangan orang-orang yang ingin melihat pergaduhan sesama kita yang akhirnya melemahkan kita sendiri. Maka makin mudahlah pihak-pihak yang mahu melihat kejatuhan Islam di negara ini mengambil segala kesempatan yang ada. THH juga pasti gembira melihat MWO yang tidak disedari itu berjalan lancar.
Apabila meniti rasional, perlu disedari bahawa setiap perkara boleh diperbaiki melalui rundingan dan hikmah. Parti yang tidak menang peringkat persekutuan juga masih mempunyai wakil yang ramai di Parlimen dan andai mahu proses pilihanraya diperbaiki sehingga menjadi bersih seperti yang diinginkan, maka ia boleh dibahaskan di Parlimen tanpa perlu demonstrasi jalanan yang berpotensi bertukar menjadi rusuhan.
Andai ketua Bersih 2.0 berkata bahawa ia tidak berkaitan parti politik, mengapa mesti ia melibatkan isu pilihanraya yang sememangnya berkaitan dengan parti-parti politik.
Umat Islam semua, ingatlah bahawa Allah membenci persengketaan sesama Muslim.
Umat Islam yang memulakan rusuhan pada 9 Julai nanti, ingatlah bahawa andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, pasti akan ada kumpulan lain yang tidak akan memaafkan perbuatan anda semua. Keampunan Allah tidak akan datang sekiranya tidak dimaafkan oleh sesama manusia terlebih dahulu.
Artikel ini ditulis atas dasar penulis adalah seorang yang beragama Islam dan BUKAN atas dasar memperjuangkan mana-mana parti politik sempit dan tidak juga terikat dengan mana-mana individu atau parti politik.
Berhati-hatilah dengan Majority Wipe Out.. yang mana rakyat beragama Islam di negara ini adalah majoritinya… jangan sampai kita umat Islam di-wipe out.
Majority Wipe Out
Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa. Andai ada perbincangan di bawah tajuk ini di ruang komen, adalah lebih molek jika menjurus kepada kesejahteraan umat Islam dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
6 comments:
saya amat berharap semua org melayu islam dapat sedar akan tipu daya mereka ni...
lihatlah mereka semakin galak menyampaikan masej melalui filem, lagu tentang akan kehadiranyer..
bersih ni satu taktik yang paling bahaya jika kerajaan tidak mampu mengawalnya..
Mantap, thanks bro
Hanya krisis dalaman akan dimulakan dengan "Percikan api yang kecil" dengan harapan "bagaikan api dalam sekam" yang telah lama tersimpan akan menjadi marak. Politik picisan dimainkan tanpa mengira platform mana. Ingat gajah-gajah berperang pelanduk tetap jadi mangsa! Gajah-gajah ini adalah keturunan-keturunan Yahudi yang telah berhijrah sejak kurun ke 18 lagi ke Tanah JAWI dan telah pun memegang tampuk-tampuk di atas. Laksana Kamal Artartuk! Jadi jangan jadi pelanduk. Buat tidak reti sahaja. Sebab Tuhan lagi MAHA PERANCANG.
peliknya knp ada org islam yg ikut & jadikan kafir sbg ketua dlm bersih ni. si kafir tu pulak, ambiga & irene fernandez prnh sokong isu murtad lina joy, buat tuntutan sama taraf bagi semua agama & mintak guna nama Allah utk triniti kristian.
knp org islam ikut diorg ni? knp masih ada org islam yg rela nama Allah dipersekutukan atas desakan dua kafir ni? mmg bodoh la org yg ikut kafir ni dlm bersih
Allah dah perintah supaya kita jgn persekutukan Dia dgn apa cara sekalipun. perbuatan redha/rela nama Allah dipersekutukan tu pun dah mcm mempersekutukan Allah la jugak.
org2 islam yg nak ikut Bersih tu, pikir2 la balik. kebenaran haq tu hanya utk org yg berfikir
kena tanya mat sabu la
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.