Sunday, April 29, 2012

Islam dipijak, Melayu diperangkap - menuju NWO



Sedikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita beberapa kejadian aneh agar menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berfikir. Andai kita masih lagi tidak mahu kembali kepada landasan sebenar, iaitu memelihara Islam dan gagal meletakkan darjat Islam lebih mulia dari Demokrasi, kita bakal hadapi sesuatu musibah yang dahsyat. Apa yang bakal tercetus ialah kita akan bersengketa sesama sendiri, berbunuhan sesama bangsa dan bermusuh sesama agama. Jika kita teruskan halacara yang ada ini kita pasti menuju kemusnahan.

Kita baharu sahaja mengalami kejutan atau lebih sesuai dikatakan sebagai satu ujian getir melalui permainan fitnah akhir zaman yang bernama DEMOKRASI. Dalam kesadaran tetapi diluar tahap kepintaran kita dengan mudah dijerat. Inilah perangkap demokrasi yang akan terus menyakiti kita selepas ini jika kita gagal mengangkat dan mengutamakan agama.

Berlakulah insiden salah menyalahkan dan ada diantara kita sengaja mengetengahkan bukti rekaan untuk mewajarkan tindakan kita. Inilah dunia DUSTA yang diajar secara halus kepada kita semua. Kita bersedia dengan rela mencipta DUSTA dan sebarkan hanya untuk spin keadaan sebenar. Sedar atau tidak. kita sedang diaturkan untuk memasuki perangkap "kejahilan" atau "dunia kegelapan". Dunia ini bakal dipenuhi oleh najis DUSTA sebelum Raja Pendusta muncul.

Akhirnya, kita tidak lagi tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita akan gagal mengenal pasti siapa yang sepatutnya disokong. Akibat darinya, akan wujud pula satu lagi kumpulan berkecuali yang meminggirkan diri dari politik. Mereka membenci kedua-dua pihak yang bertelagah. Mereka jijik melihat kebusukan yang terhasil dari politik. Mereka enggan lagi berbincang atau ambil tahu mengenai politik. Kalau diperhatikan, sekarang ini sudah wujud  kumpulan sedemikian. Mereka merupakan kelompok orang Melayu yang amat kecewa dengan apa yang ada di depan mata. Mereka telah membuat keputusan untuk tidak menyertai pilihanraya. Adakah ini semua akan menguntungkan kita?

Apa yang lebih parah, mereka turut membenci bangsa mereka sendiri yang semakin suka bersengketa dan terasa malu dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Untungkah kita jika ianya terjadi? Semakin hari semakin ramai yang membenci politik. Ia sudah pun bermula. Sila kaitkannya dengan artikel sebelum ini Rahsiakan dari Pengetahuan PAS - PM pertama Kristian. Ia menjadi satu kejayaan kepada musuh kita bersama malah memudahkan mereka (Bukan Islam) mencapai matlamat perjuangan rahsia mereka.

Tidak jadi masalah siapa yang akan menang dalam pilihanraya nanti sama ada PAS atau PKR atau UMNO. Itu semua termaktub dalam hal duniawi. Siapa sahaja boleh berkuasa jika mereka itu Melayu dan Islam. Ketiga-tiga parti politik ini adalah Melayu, dominan bangsa tuan punya hak (sejarah) tanah air tercinta ini. Kecuali PKR yang bertapak atas pentas berbagai kaum namun majoriti ahlinya masih lagi Melayu.

Sebut sahaja Melayu, kita tidak dapat lepas dari tafsiran klasik iaitu satu masyarakat yang beragama Islam.

Umat Islam sengaja dibingungkan dengan falsafah liberalisma dan sekularisma yang diajar oleh Barat (baca Yahudi/Zionis). Agama dipisahkan dari politik. Semua ini adalah racun yang mengakibatkan kita terus keliru sehingga hari ini. Sekularisma inilah wajah sebenar demokrasi yang sedang kita bergantung dan ini jugalah masalah yang kita sedang hadapi.

Walaupun kita katakan ini hanyalah hal berkaitan politik, kita telah lupa ada sesuatu yang lebih tinggi darinya iaitu agama Islam. Kita sering terlupa mengenainya bila membincangkan hal berkaitan politik. Kenapa kita tidak dapat jadi manusia yang matang politik sebagaimana kaum Cina? Cuba tanya diri anda sendiri mengapa kita mesti berpihak walaupun akan alami kerugian? Siapakah musuh sebenar kita?

Bercakap mengenai orang Melayu, tentu sekali tidak dapat melepaskan diri dari mengaitkannya dengan Islam. Walaupun kebelakangan ini ada pihak yang cuba untuk menjarakkan atau menceraikan Islam dari Melayu, hakikatnya Islam dan Melayu umpama isi dengan kuku. Keadaan ini tidak akan dapat diubah sampai bila-bila pun walaupun ada yang cuba bangkitkan isu Melayu murtad. Melayu murtad adalah manusia yang telah meninggalkan bangsanya kerana dalam Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Melayu itu mesti Islam.

Saya percaya impian setiap orang Melayu tak kira apa pun fahaman politik mereka, pasti akan bersetuju mengangkat Islam ke tempat yang lebih tinggi dari yang lain. Ia adalah realiti, tiada sesiapa yang mampu menyangkalnya. Tanyalah sesiapa sahaja di kalangan orang Melayu sama ada PAS, UMNO atau PKR, jawapannya tetap sama. Islam tetap diutamakan.

Sebaliknya dalam alam nyata, sesuatu yang aneh telah terjadi. Masing-masing pihak bermatian untuk terus bermusuhan dan bercakap agama atas kepentingan politik masing-masing seolah-olah ia menjadi bahan mainan. Saling salah menyalahkan antara satu sama lain, seperti berlainan agama. Sudah lebur "kasih dan sayang" sesama umat, sudah hilang pertalian kasih bernama "silaturrahim". Semua ini mengundang dosa.

Perbezaan kini semakin melebar bila ada usaha membawa masuk fahaman Islam Liberal. Tentu ada sebabnya mengapa terjadi demikian. Belajarlah untuk mengkaji mengapa ia terjadi. Setelah mengetahuinya, sama-samalah kita muhasabah diri dan memohon pertolongan Allah swt.

Satu usaha perlu dilakukan untuk kembalikan orang Melayu seperti keadaan di zaman sebelum wujudnya UMNO, PAS dan PKR. Ketika itu semua orang Melayu berada di atas barisan yang sama iaitu 'syahadah". Untuk itu kita harus mengatur strategi ke arah membina satu gabungan mantap yang menolak perbezaan termasuk fahaman politik. Mampukah kita? Jika kita ikhlas dan sayangkan agama suci ini, saya amat percaya kita semua mampu melaksanankannya.

Keberadaan PKR agak sedikit berlainan jika dibandingkan dengan UMNO atau PAS. Mereka melepaskan diri dalam persoalan agama namun dalam sesetengah hal, pemimpin utama mereka masih lagi menggunakan isu agama secara terpilih. Mungkin kerana PKR adalah parti pelbagai kaum yang menghalang isu agama diangkat sebagai keutamaan.

Malang bagi bangsa Melayu, apa yang berlaku adalah cenderung untuk berbeza pandangan  dan keras hati berdasarkan fahaman politik. Kita sering membina pertentangan sama ada dalam sedar atau tidak. Tentu ada sebab besar kenapa ia berlaku sedemikian. Kita cuba kupas punca kejadian ini. Bukan berarti menyalahkan sesiapa kerana dunia ini milik Allah dan hanya Allah yang layak menghukum.

Hakikatnya ISLAM lebih tinggi daripada segala-galanya, tetapi sayangnya orang Islam mengangkat demokrasi menjadi lebih tinggi daripada agama mereka dan sanggup mati kerananya (demokrasi) tetapi bukan mati kerana-Nya (Allah).

Sheikh Maulana Imran Nazar Hossein berkata, memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi ialah satu langkah yang amat silap kerana kekotoran yang terdapat dalam demokrasi akan mengotorkan Islam itu sendiri. Katanya lagi, tidak wajar mengheret kesucian Islam untuk masuk ke dalam jalan politik demokrasi.

Perlembagaan tunggal dunia yang juga disebut-sebut sebagai New World Order (NWO), tidak akan mampu dijayakan tanpa demokrasi yang berpaksikan Amerika dan Israel. Meniti sejarah peperangan dengan penuh teliti akan membawa kita kepada satu petunjuk yang mana petunjuk itu akan memberhentikan kita di sebuah titik hitam.




ps ada sesuatu yang menarik untuk dilihat (dari sahabat) - ulasan dibawah.

Islam adalah agamaku... aku bangga denganya http://www.youtube.com/watch?v=HALlHW2OAgc&sns=fb


8 comments:

Anonymous said...

Orang yang memalukan negara malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=HALlHW2OAgc&sns=fb

Anonymous said...

tq bro... fakta, jangan biadap.. we love Islam..

Unknown said...

Semoga Allah s.w.t mengurniakan hidayah agar kita tidak terpedaya dengan DUSTA dan FITNAH terbesar, ujian keimanan bagi seluruh umat Islam akhir zaman, semoga kita tergolong di dalam pejuang panji-panji hitam...yang mendaulat dan memartabatkan syiar islam, yang berpegang kepada pengangan hidupku,ibadahku,amalku dan mati hanya kerana Allah s.w.t pecipta dan penguasa seluruh isi alam semesta.

Anonymous said...

amin

TanpaKataNama313 said...

sahabat mohon share entri ini.. harap di bolehkan...:)

ADMIN said...

silentkiller ~seeker~

silakan saudara.

melur sari said...

Memang menyedihkan melihat MELAYU lawan MELAYU..

Masaalahnya sekarang ini kita belum ada pemimpin yg benar-benar insaf yg bejuang demi agama,bangsa dan negara-mungkin ada diluar sana tapi yg pasti bukan dari kalangan pemimpin
UMNO PAS ataupun PKR
Demokrasi=Lebih bungkus dari isi

Jaya Negara said...

MANUSIA bernama melayu..... apalah sangat. Melayu dgn ugama islamnya berkokok-kokok. Melayu megah dgn melayunya atau melayu megah dgn anutannya?

MELAYU. Apalah sangat. Namakan satu nama manusia bernama Melayu yang kamu nak jadikan ikutan seluruh umat dunia. Iyalah kamu kata Imam Mahdi datang dari bangsa melayu. Namakan seorang. Satu nama pun tak mampu kamu ketengahkan untuk umat Dunia kenali.

MELAYU. Apalah sangat. Teori konspirasi untuk akhir zaman. Kamu mahu dunia iktiraf bangsa melayu cuma melalui tulisan yang Gah... kononnya satu hari nanti Imam Mahdi akan muncul. Dimana Imam Mahdi kamu?

MELAYU. Apalah sangat. Berkokok-kokok cuma sekitar dalam reban aje. Kuat setara manapun kokokkan kamu... Tetap tak didengari umat Dunia yang lain. Kerana apa?

Kerana kamu tak pandai menilai manusia... kesannya kamu rasai sekarang.... Apadia kesannya?

Perdana Menteri dan Agung pilihan siapa? Pastinya itu pilihan kamu.

Kenapa begini jadinya umat melayu akhir zaman. Umat melayu sedang belajar untuk berjalan rupanya... PATUT la.....

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan