Free dan Hipokrasi
Telah menjadi satu perkara utama dalam hidup rakyat Malaysia. Semuanya kalau boleh nak "free". Adakah barang-barang "free" akan dihargai? Pada waktu ini hanya sedikit sangat yang bersyukur.
Kita lihat kerajaan Libya semasa era Gaddafi, macam-macam rakyat dapat secara percuma. Rujuk sini. Jika rakyat menghargainya, pastinya dia masih hidup hingga hari ini. Seperti yang kita tahu dia mati dalam keadaan yang sangat menyayatkan. Dia dibunuh kejam kerana dihasut USA dengan dakwaan kejam, berkroni, zalim, gila seks dan sebagainya. Jadi adakah rakyat Libya menghargai apa yang mereka dapat dalam kehidupan seharian sehingga sanggup melakukan kerja jahat membunuh pemimpin sendiri. Masih mengaku sebagai umat Islam? Kini Libya dalam kancah huru hara berpanjangan. Inilak kerja Yahudi USA melalui CIA, FBI, NED dan entah berapa banyak lagi agensi yang terlibat.
Berhati-hati dengan penasihat dari USA. Merekalah yang menjaja pelbagai kecurangan pemimpin Islam Timur Tengah sehingga berlaku apa yang disebut Arab Spring itu. Mereka lakukan kerana untuk mengangkat kroni mereka sebagai pemimpin bagi memudahkan agenda mereka. Mereka sebenarnya di sebalik semua angkara durjana ini.
Kini negara kita pula di adu domba dengan mengatakan kerajaan sekarang tidak cekap, ketirisan, beli kapal selam dengan harga mahal, dan berbagai-bagai lagi rekayasa untuk menipu rakyat. Bila fakta sebenar dikeluarkan (kes kapal selam misalnya) semua diam membisu. Dibangunkan pula isu lain. Inilah namanya hipokrasi.
Lepas satu, satu perkara timbul. Dari kes TOL, muncul pula Turun Harga Minyak, kes Gaji Minima dan kini kes PTPTN. Janji yang manis-manis untuk rakyat seolah mereka lebih bijak dari orang lain. Pada hal kes "sampah" di Selangor pun masih belum selesai lagi. Mereka mula mecipta isu baru bagi melenyapkan kelemahan mereka sendiri terutamanya mengenai "Sokongan Keselamatan Negara Israel" yang masih panas. Kes salah laku seks yang dibangkitkan Datuk Nalla juga sedang disepikan.
Mereka sengaja menekan kerajaan dengan cara begini supaya rakyat membenci kerajaan. Kebencian rakyat kepada kerajaan akan menjadi kelebihan kepada mereka. Sama seperti yang berlaku di negara Arab. Kita sedang mengikut mereka dari belakang.
Saya membaca satu ulasan yang bernas dari seorang bekas pemimpin yang amat mengetahui hal sebenar mengenai PTPTN. Saya setuju pandangannya bahawa PTPTN tidak perlu dimansuhkan sebaliknya baiki supaya lebih mesra rakyat. Persekolahan percuma dari Darjah Satu sehingga Tingkatan Enam sudah memadai. Mereka yang memasuki Pusat Pengajian Tinggi harus mempunyai tanggung jawab membiayai sendiri pengajian kerana mereka bakal mendapat pangkat dan perolehan yang besar selepas tamat belajar nanti berbanding persekolahan biasa.
Bagi membolehkan pelajar yang miskin meneruskan pelajaran, PTPTN ini sebenarnya cukup membantu. Mana-mana pelajar yang cemerlang, wajar dilepaskan dari membayar balik dengan menukarnya menjadi biasiswa sebagai galakan dan penghargaan.
Wajarkah pelajar di Universiti Swasta dipercumakan? Siapa pula yang akan menanggung kos tersebut? Ia tidaklah mudah sebagaimana yang digambarkan. Kajian mendalam wajar dibuat terlebih dahulu. Tetapi atas kepentingan politik, semuanya nampak cantik kerana ia semata-mana kosmetik dan janji yang tak pasti.
Kita faham kenapa isu ini timbul. Ketua Pembangkang ingin menguasai kampus dan berharap gimik sebegini akan menarik sokongan padu dari pelajar. Pelajar juga menjadi alat demonstrai beliau. Tetapi ia tetap disulami agenda penipuan. Kerana manusia yang berada di sebalik penubuhan PTPTN adalah dia sendiri. Kini kelemahan dan kesalahan yang ada diletakkan atas bahu orang lain. Ini lagi satu hipokrasi oleh si hipokrit. Di manakah kejujurannya?
Kerajaan ada formula sendiri yang akan menyelesaikan isu ini. Satu rumusan yang lebih komprehensif dan masuk akal. Bukannya menggula-gulakan perkataan "percuma atau free" kepada rakyat. Jangan samakan yang miskin dengan yang kaya. Yang berusaha dengan yang goyang kaki. Yang suka belajar dengan yang suka berdemo. Baharulah "adil" namanya.
Bagaimana kalau rakyat minta segalanya dipercumakan?
Kita lihat kembali sejarah dan tujuan kenapa diwujudkan PTPTN ini. Untuk itu saya siarkan pandangan bekas pemimpin tersebut.
1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.
2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.
3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.
4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.
5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Hipokrasi Anwar Ibrahim
6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.
7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.
PTPTN Perlukan Perubahan Drastik
12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.
13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.
14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.
15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.
16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.
17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.
18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.
19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.
20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.
21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.
22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.
23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.
24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.
http:SUMBER
Tahniah kerana membantu menjawab isu PTPTN ini. Tetapi mungkin ramai yang tak perasan kerana teruja dengan istilah "tak kena bayar balik" dan akhirnya berpusing kepada "pelajaran percuma'. Bagaimana pula nasib mereka yang jujur dan telah membayar PTPTN sebelum ini? Perlukan dibayar balik kepada mereka apa yang telah mereka bayar? Jika untuk adil, semua mesti dibayar balik kepada bekas pelajar tersebut. Sesuaikah tindakan ini? Bagaimana pula yang pelajar di Luar Negara, adakah kerajaan terpaksa menanggungnya juga?
demo pelajar ada dalangnya
Bila isu ini dimainkan semula oleh Anwar Ibrahim, maka kami rasa perlu postkan entri ini semula untuk tunjukkan siapa sebenar munafiq besar dalam isu ini.

SENDIRI BIKIN SENDIRI KOMPLAIN. Ada maruah ke tidak wahai Bekas Menteri Kewangan?
15 comments:
Mahasiswa skrg atau mana2 manusia yg tinggal dlm Malaysia mmg suka benda2 free..!Dah menjadi tabiat org2 Malaysia bila berhutang susah nak byr balik..tetapi bila pinjam x pikir itu semua...bila disuruh dulu baca term2 yg terdapat dlm perjanjian...ah..x payahlah sbb dlm kepala otak dah terbyg duit yg akan masuk poket....
Tetapi bila duit dah abis,mula la buat hal..xnak byr....dan menjadi makin terok jika dah mula kerja sbb byk benda pntg lain nak byr.
Lagi satu mentaliti org malaysia ni...dah termakan dgn dakyah pembanggang mengatakn apa jua duit yg kita buat pinjaman dgn kerajaan x perlu byr sbb itu duit rakyat.....jadi dgn slogan itulah kebanyakan student2 xnak byr...
Tetapi mereka x sedar jika x dibyr bagaimana kerajaan nak rolling balik duit tu utk bagi pinjam student baru.....so disini timbul pulak isu lain..kata kerajaan x prihatin nasib student jika kerajaan x bagi pinjam,tetapi siapa yg punya angkara ni...dah tentulah pihak seperti anwar dan student yg degil tue....!!!!!skrg alasan bagi puak2 mcm ni adalah duit pinjaman adalah duit rakyat!!!!!!so x payah byr...itu yg dah tertanam dlm kepala otak student2 tersebut.....mereka x pikir dari segi halal haram....yg penting dpt duit free...
parasit semakin ramai dalam negara dari kalangan kaum melayu mengaku islam, kesah yahudi dah dapat lupakan?
Sokong sesangat dgn Komen N...
Susahlah dgn sikap org melayu mcm ni...terlalu ikut membuta tuli tanpa mengkaji terlebih dulu..yg nama mahasiswa pon x mcm mahasiswa ..pemikiran mcm org xde pendidikan..dahlah x bersyukur pastu buat hal...org2 mcm ni lah buat rosak imej mahasiswa..
dah beli nset mahal, beli motor, belanja awek tgk wayang dgn duit PTPTN...lagi mau free ke?
X guna punya idea..hak tui
Manusia yang bodoh ialah mereka yang sanggup dipermainkan dan dijadikan kuda tunggangan. Adakah orang Melayu semakin pandai?
Sikap suka berhutang, tetapi tidak suka bayar hutang. Dah kerja buka akaun wang segera, kad kredit. Hutang lagi. Akhirnya jadi hamba tak sudah. Bila dengar nak dihapuskan, semua bersorak suka. Apa nak jadi pada negara mereka tak pernah peduli. Malangnya ada pemimpin yang ambil kesempatan. Semua nak di free kannya. Politik murahan ajaran Yahudi kot?
Siapa nak pendidikan peringkat universiti percuma kini ada pilihan. Pergilah ke Selangor. Universiti kerajaan Selangor percuma. Kalau tak percaya, tanya Menteri Besar atau Penasihat Ekonominya ?
Really a great post.I liked it and i will share it with others too.
1989 Oldsmobile Ciera AC Compressor
Banyak lg orang lain yang perlu dibantu tapi bukan peminjam PTPTN. Kerana kebanyakan mereka bukan golongan orang yg bersyukur. Kalo ada pun sedikit sgt.
Bantulah orang yg lebih memerlukan kerana Mahasiswa ramai mempunyai sifat angkoh & sombong seperti IDOLnya..
Mahasiswa dipergunakan kerana kepentingan DemoPolitiknya. Siswa peringkat diploma masih kanak2 mentah baru pas SPM, mudah disogok dengan khayalan dan ritorik. Itulah namanya oportunis. Kalau nak jd PM, tunjukkanlah sikap matang dan jujur, baru orang boleh percaya. Bukan dengan ambil kesempatan macam strategi komunis. Moga semakin matang rakyat dan akan faham apa yang ada di belakang pemimpin oportunis ini. Dpergunakan orang dan juga mempergunakan orang. Siapa yang jadi mangsa?
Kalau petronas bangkrap, kerajaan tentu kenakan cukai tinggi, tiada lagi subsidi macam sekarang bagi nak tampung belanjawan, atau... memang dia nak buat pinjaman "besar" supaya negara terus miskin macam Indon? KWSP dan Tabung Haji juga akan bangkrap kalau ikut cara dia.
IMF sudah pasang perangkap??? Soros tak kan nak dok diam kot? YES! Ada sesuatu di sana.. jangan leka!
baik tukar je nama blog ni jadi 'blog sokong umno'
kan senang....
hihihi... dari dulu sampai kini, dengki tak sudah. apsal? biarlah dia nak citer apa yg dia pikir btul.
mansuh ptptn lps tu pelajaran free..xpyh byr..pd pandangan aku la..xbley la..pelajar yg belajar sungguh2 mcm nk mampos dn pelajar yg belajar smbil lewa dua2 dpt pelajaran free..ape beza?? ank org2 kaya yg sombong babi dn kuat plesing kt clubbing pn dpt belajar free?? ape cerita?? lame kelamaan mahasiswa ni hancur, sbb lumrah manusia xhargai perkara/benda yg free..bodoh la pakatan rakyat ni..adam adli pn same..bangang..klu mansuhkan interest dan kos2 terselindung, yg ni aku stuju..peminjam hanya byr harga pokok je..bru betol mcm ni..
Rasenyer aku setuju pinjaman PTPTN di mansuhkan dan biarkanlah pelajar2 belajar 'free'. Tapi bile keje nanti..tak payah dapat gaji, keje 'free', amacam??
caj perkhidmatan aka riba..yg haram tetap haram dude!
ptptn perlu diberikan percuma utk pelajar miskin, yg kaya2 bayar la..
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.