Sunday, April 1, 2012

Anehnya Malaysia, TELENOVELA iringi PRU13 - pertama dalam dunia.

Just santai-santaian.. jangan ambil serius sangat no? Tak kiralah apa nak kata atau komen, yang penting memang aneh Malaysia sekarang. Seluruh dunia pasang kamera nak ambil shot.

Menjadi kelainan kali ini. Sukar dipercaya. Bagaimana mahu huraikannya?

Bagi orang Melayu dan Islam mungkin agak berbeza. Malunya bukan kepalang. sifat semula jadi orang Melyu yang amat pemalu. Malu bukan kerana lakukan kesalahan tetapi malu diejek orang, disindir dan dihina. Malu kerana tersilap memberi kepercayaan. Malu kerana hilangnya integriti pejuang yang amat disanjung.



Telenovela menjelang Pilihanraya. Kelainan resipi, teraneh dalam dunia dari Malaysia.

Semua mulai berbisik, inikah orangnya yang bakal menjadi 'kepala' bangsa yang disegani, bangsa yang penuh sopan santun, bangsa yang berakhlak. Tidak silap kalau dikatakan semuanya telah rosak kerana fikiran telah dirosakkan. Bangsa apa ini? Melayu? Betulkah dia berbangsa Melayu? Apa agamanya? Islam? Benarkah dia seorang Islam? Apakah Islam membenarkan perilaku sedemikian?

Malunya bukan kepalang. Kenapa malu? Bukankah dia hanya melakukan kesalahan diri yang tiada kaitan dengan masyarakat? Dia baik dan mesra rakyat. Kenapa soal seperti ini dipertikai pula? Salah laku seks adalah salah laku personal. Tak perlu dikaitkan dengan kepimpinan. Betul kan?

Di satu sudud lain, masih belum pasti dia perlakukan itu. Kalau benar berlaku, mana buktinya? Jangan main tuduh-tuduh sembarangan. Mungkin juga kerajaan menjadi dalang membiaya sipendusta, membawa cerita palsu untuk memalukan dia. Ada kemungkinannya. Ya ada kemungkinan.


Di dalam dunia ini ramai juga pemimpin yang terseret dengan soal maruah dan skandal dipecat atau terpecat. Tetapi kes ini tak serupa. Ini berlaku di Malaysia. Ketelusan mahkamah kita tidak sama dengan mahkamah luar. Masyarakat kita juga tidak sama dengan masyarakat luar.

Di sini masih lagi boleh menjadi penghibur popular, ucapannya didengari dan dipercayai ribuan malah ratusan ribu pendengar. Skandal walau apa sahaja tidak langsung memberi kesan. Ada yang tidak akan percaya sampai mati kerana amat yakin kepada ketokohan manusia hebat ini. Apa ilmu dia agaknya, sampai macam tu sekali. Politikus lain mati akal dan cemburu bukan kepalang. Gelagatnya mendungukan musuh. Orang alim juga mempercayainya. Dia manusia bersih kata mereka.

Sesuatu yang lain dari yang lain wujudnya di Malaysia.

Masyarakat kita sanggup berduyun-duyun membanjiri mahkamah semasa pemimpin hendak dijatuhkan hukuman. Tidak pernah berlaku di negara luar walaupun negara jiran kita Indonesia. Dalam pada itu kes Khir Toyo adalah terkecuali, kerana dia tiada penyokong barangkali. Susah hendak kita faham undang-undang dan kehakiman di Malaysia. Walaupun hakim dihina dan dipertikai, tertuduh masih tidak dicaj sebagai 'menghina mahkamah' dan dilepaskan. Akhirnya dia dibebaskan terus dari pertuduhan hanya kerana wujud kecacatan kecil. Memang hebat mahkamah Malaysia.

Di Malaysia, segalanya sukar dijangka. Kalau ikutkan bukti dan keterangan, Peguam Bela sudah 'mengaku kalah' dan membuat ulasan bahawa mereka tidak lagi mampu bertahan. Tertuduh enggan mengangkat sumpah dan enggan menjadi saksi untuk membela dirinya. Kalau di luar negara, tertuduh telah sah bersalah dan tak perlu apa-apa lagi hujah sokongan. Keengganan menjadikan diri sebagai saksi pembela (bukan pendakwa) menunjukkan dia bersedia untuk 'mengaku salah' secara terhormat. Apa yang berlaku? Sejarah baru telah ditulis pada hari itu bahawa dalam keadaan ini pun tertuduh masih boleh terlepas dari tuduhan. Hebat sungguh mahkamah Malaysia.

Kalau dikatakan dia 'Pemimpin Anugerah Tuhan' maka kita mungkin akan menjadi percaya kerana keajaiban ini. Selain dari ini. juga banyak berlaku keajaiban-keajaiban lain seperti kes omega, kes supir isteri, kes imam Majid Negara, kes Soros dan sebagainya. Tetapi dalam hal pembancuh kopi ini ada kemungkinan juga "tidak", kenapa pula 'tidak'?? Ada sedikit keraguan kerana ia sangat menyentuh perasaan.

Hakim barangkali 'takut' atau 'gerun' dengan ancaman serangan para pengikut "sitertuduh" yang ramai, beribu-ribu orang itu (sebelum itu dikatakan nak bawa 100 ribu) berduyun berhimpun di perkarangan mahkamah. Mahu tak kecut perut. Macam-macam boleh jadi. Boleh jadi juga benar dakwaan ini. Masuk akal. Tak taulah dia kena ugut ke tidak. Adakah ia boleh disifatkan sebagai ugutan emosi? Susah mau cakap bila berlaku di Malaysia yang serba aneh ini.

Sebelumnya pemerintah pernah dilabelkan sebagai kerajaan zalim kerana dituduh menguasai mahkamah. Yakni hukuman telah siap ditetapkan oleh pemerintah (kononya) sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah hanya dianggap sebagi 'rubber stamp' untuk menyumbat musuh politik ke penjara. Memang zalim kalau macam itu, fitnah dan penjarakan. Tak patut dibiarkan.

Mahkamah dan undang-undang atau hakim pernah dituduh sebagai alat kepada pemerintah. Secara lojiknya jika tuduhan ini benar, mengapa dia tidak sahaja disumbat ke dalam penjara? Malahan seperti yang tercatat dalam laporan akhbar, wujud fakta kukuh yang menunjukkan tertuduh melakukannya.  80 peratus pengalisis pembicaraan ini juga (termasuk dari negara luar) menyatakan dia memang bersalah. Bukti kukuh dan munasabah.

Adakah pemerintah telah tidak mampu mempengaruhi mahkamah? Jika ya, sejak bila dan kenapa? Pelik dan aneh undang-undang di Malaysia. Satu dunia 'tercengang' dan kebingungan.

Maka dari itu, terdapat pula bunyi-bunyian baru. "Kerajaan Takut" kepada huruhara. Ada juga bunyi-bunyian lain "USA dah ugut Najib",  ada yang menyebut bahawa "Kerajaan semakin lemah dan takut kepada reputasi, kehebatan dan karisma 'tertuduh'" dan paling mengarut ialah "Soros dah rasuah Hakim". Rakyat Malaysia juga pandai dan bijak dalam membuat persepsi dan spekulasi. Berdasarkan kepada logik masing-masing.

Mana satu betul? Entahlah, mungkin semuanya betul. Apa yang penting 'tertuduh' tidak diperakukan sebagai 'Tak Bersalah' sebaliknya 'Dilepas dan Dibebaskan'. Apakah ia sama maknanya di sisi Undang-Undang? Ramai yang masih terpinga-pinga. Itulah salah satu telenovela menjelang pilihanraya.

Banyak sirinya. Ada telenovela sisipan yang masih panas, belum lagi tamat siarannya.

Telenovela baru dan telenovela lama yang diperbaharui pun ada. Selesai sahaja keluar mahkamah dan terlepas dari hukuman penjara', muncullah sesuatu yang menggemparkan terpacul dari mulutnya. Sama ada sengaja atau tidak hanya dia sendiri yang tahu.

Undang-undang seks akan dipinda jika 'dia' menjadi PM. Seksualiti Merdeka yang menyokong LBGT dan seks bebas akan dilepaskan melakukan aktivitinya. Inilah maksud yang kita dapat faham dari kenyataannya kepada media antarabangsa.

Yang paling hebat ialah bersedia menambil tanggung jawab menjaga "keselamatan" negara (haram) Israel dan mengangkat martabat sebagai rakan politik (hubungan diplomatik) dengan musuh rakyat Palestin yang tertindas ini. Bagi menjamin rakan Islamnya untuk terus memberikan sokongan, kenyatan-kenyataan susulan terpaksa di palu selepas itu seperti bentuk "spin", konar mengonar berlaku. Matlamat penting ialah untuk mendiamkan dan mengamankan penduduk desa yang kurang pendedahan dengan berita dunia.

Ada banyak lagi yang terselindung. Tak tersurat. Hanya yang rajin mencari dan mengkaji sahaja yang tahu mengenainya. Apa dia? Berat, lebih berat dari yang lainnya. Pernah dengar nama JIL? Jaringan Islam Liberal. Perkara ini benar, bukan tuduhan atau pembohongan. Mengangkat Islam Liberal setaraf dengan undang-undang syarak. Mungkin juga mahkamah Syariah akan dijumudkan kerana semuanya bakal dibicara dalam mahkamah sivil.

Arak dibenar diminum oleh pengamal Islam Liberal. Boleh berkahwin antara agama tanpa perlu menukar agama. Tidak menghalang dakwah agama lain kepada orang Melayu. Membenarkan murtad. Kristian menggunakan nama Allah di gereja. Tak percaya? Sila ke Indonesia dan saksikan sendiri. Indonesia sekarang adalah lubuk Islam Liberal. Presiden mereka sendiri kebanyakannya mengamal Islam Liberal. Kata orang Indonesia lah. Tengok drama Indonesia pun kita dah boleh tahu, kan? Nama mereka pun dah banyak tukar seiring dengan nama kristian. Betul tak?

Sebahagian dari Ulama bukan politik pernah membuat fatwa, Islam Liberal bukan agama menyembah Allah tetapi "lucifer" yang dicipta Yahudi Amerika atas jenama Islam Moden. Tuhan kepada Islam Liberal, Kristian Liberal, Hindu Liberal dan Zionis sama sahaja iaitu Lucifer. Ini adalah perkara sebenar yang akan berlaku. Tak percaya? Cuba try test angkatlah 'dia' sebagai PM. Tak kan dia nak kasi tahu sekarang. Biarlah dia dapat Putrajaya dahulu dan ubah apa-apa yang perlu untuk kekalkan kuasa. Kalaulah nak rasa. Tapi ingat, jangan pula menyesal dan hantukkan kepala ke dinding nanti ya?

Persoalan muncul bertalu-talu, PAS akan membiarkan sahaja ianya terjadi? Keterlaluan jika dikatakan Tuanguru dan Ulama dalam PAS tidak tahu mengenainya. Mustahil PAS akan menyokong usaha Islam Liberal yang sesat ini. Ya, kita perhalusi. Ia satu persoalan yang sangat menarik.

PAS? Ahh itu perkara mudah. Semua ahli parlimen PAS adalah penyokongnya kecuali beberapa kerat (mungkin dalam PRU nanti dah kena tebas). Kalau PAS pecat pun tak mengapa, mereka akan masuk PKR atau Bebas tetapi menyokong PKR. Mudah bukan? Gula-gula mujarab yang tidak dapat ditolak ialah, biarkan semua persoalan ini kerana tujuan kita ialah menawan Putrajaya. Lepas itu kita boleh bincang. Haa tersangatlah terujanya politikus-politikus ini.

Soal Liberalisma dam Plularisma amatlah jelas jika kita tinjau siri-siri ucapannya di luar negara (tentulah dalam bahasa Inggeris). Penyokong PAS rata-rata tak begitu mahir dalam beberapa istilah khas dalam bahasa ini. Sokongannya kepada Liberalisma dan Pluralisma memang padu, tak dapat dinafikan. Adakah dia akan menukarkannya untuk mengikut kehendak Ulama PAS selepas berkuasa kelak, tersangatlah tipis.

Dalam masa terdekat dia tak akan membenarkan sebarang sekandal mengganggu. Kalau perlu ugut, dia akan ugut atau lebih mudah bagi sahaja bantuan kewangan. Politik kalau tak ada wang, amat memeritkan. Janji semua ini selesai dengan cantik. Dia tahu ramai yang masih percaya cakapnya, yakin dengan kebersihannya. Semua tuduhan adalah 'fitnah'.

Begitu banyak skandal muncul terdedah, namun rakyat masih memberikan kesetiaan tak berbelah bagi kepadanya. Bukankah ia sesuatu yang aneh? Atau mungkin juga musuh politiknya yang sebenarnya lemah dan tak bermaya? Gagal menggunakan isu besar sebegini ini sebagai senjata.

Kenapa terkedu? UMNO sudah tewas sebelum bertanding? Mana pergi para pemimpin mereka yang gegar berceloteh dalam Perhimpunan Agung dulu? Semua diam membisu. Strategi apa yang UMNO nak pamirkan? Inilah perkara yang cukup memeningkan para pilitkus dalam dan luar negara. Mungkin juga kerajaan yang ada sangat lembik walaupun nampak ada sedikit otot dan tenaga berbanding tahun 2008 yang lalu. Begitu ramai Ahli Majlis Tertinggi selain 3 Naib Presiden, banyak mendiamkan diri. Betul juga kalau ikut kata Daim, Najib seorang Jeneral tanpa askar.

Kenalah diakui, Anwar Ibrahim memang hebat. Melayu pertama yang mempunyai kehebatan sepertinya. Hebat? Benarkah begitu? Inikah yang dibanggakan sebagai hebat? Jika tidak, siapa sebenarnya yang hebat?

Bukannya dia yang hebat sebenarnya. Rakyat Malaysia yang hebat. Terutama Melayu yang menganut agama Islam. Mereka inilah sebenarnya yang hebat. Mengapa dikatakan demikian?

Hebat kerana mempunyai perangai yang pelik.

Andaikata pemimpin yang melakukan kesalahan sebegini terdiri dari pemimpin kerajaan, belum masuk mahkamah lagi sudah dianggap bersalah dan dipaksa meletak jawatan. Mereka yang berada di barisan bertentangan akan berlaku sebaliknya, diangkat dan disanjung. Malah dibela sepenuh hati sebagai "mangsa fitnah" walaupun maklumat sahih betaburan di hadapan muka.

Rakyat Malaysia memang hebat. Mengapa tidak. bukankah dalam sastera Melayu banyak peribahasa yang boleh dianalisa. Pepatah Melayu ada menyebut "Pohon tak kan bergoyang kalau tak dihinggut beruk" ehh betulkah perumpamaan ini..? Ada juga rasanya kata peribahasa " Dengar dentuman guruh, tempayan dipecahkan".. betul? Anggap betul sajalah ya?

Kerajaan yang bakal wujud selepas pemimpin ini berjaya dalam Pilihan Raya nanti tentulah lebih hebat lagi. Entah apa yang mereka lakukan nanti tak dapat kita bayangkan langsung. Pastinya yang aneh-aneh belaka.

"Malaysia Hebat" akan menggantikan slogan "Malaysia Boleh".


Nak tahu apa lagi yang aneh? Melayu bukan UMNO menentang UMNO, Cina menentang UMNO dan India juga ada yang menentang UMNO.

DAP tak pedulikan MCA/Gerakan/MIC sebaliknya memerangi dan mengutuk UMNO. Persalahkan UMNO. Inginkan kematian UMNO. Adakah UMNO itu mewakili bangsa Cina? Bangsa India? Tidak, UMNO adalah lambang bangsa Melayu. DAP memerangi Melayu dan menggunakan Melayu bukan UMNO untuk sama-sama kuburkan Melayu UMNO. Pelik kan?

UMNO kesaorangan dalam mempertahankan diri dari serangan bertali arus dari rakan seagama (PAS), rakan sebangsa (PKR) dan juga Parti rasis Cina (DAP). Semuanya menyerang UMNO tanpa belas kasihan. Kesihan mula timbul mengenangkan nasib UMNO sekarang.  Seolah-olah UMNO diserang dari seluruh dunia. Atas sebab apa? Sebab mereka telah 50 tahun memerintah dengan aman damai dan maju sebagaimana sedia ada. Sebab dasar UMNO banyak membantu memandaikan ramai orang Melayu. Sedikit sebanyak dapat kayakan orang Melayu walaupun Cina telah mendominasi ekonomi tanpa sempadan.

Bagi PAS, mereka katakan UMNO gagal bawakan pemerintahan negara Islam. Gagal laksanakan undang-undang Islam (HUDUD). Malangnya, gagasan PAS yang wujud dalam PR juga tidak akan mampu melaksankannya. Tentangan dari DAP amat jelas. PKR hanyak memejam mata tidak pernah menyokongnya. Kenapa UMNO dipersalahkan? Sekiranya PAS mampu mendesak PKR (kalaupun DAP tak setuju) tuntutan mereka masih relevan dan boleh diterima. Kalau dalam gagasan PR sendiri mereka bermimpi lain-lain kenapa UMNO yang dipersalahkan? HUDUD masih boleh dilaksana jika PAS bersama sepakat dengan UMNO. Mereka tidak mahu lakukannya dan masih mahu bersama dengan PKR yang lebih sekular dari UMNO, semua orang tahu itu.

Bukanlah ikhlas PAS mahukan negara Islam atau HUDUD. Mereka inginkan sesuatu yang lain dari itu. Nampaknya seperti "dendam tak sudah". Bab dendam seperti ini, tiada rundingan dapat diadakan dengan mereka. Kesian UMNO... ahh marah pula juak PAS nanti. Apa nak buat, itu semuanya benar.

Menagpa pula DAP begitu bencikan UMNO, bukannya MCA atau Gerakan? Bagi mereka MCA dan Gerakan sudah jadi mayat. Sudah mati. Tambahan pula UMNO amat mementingkan kebajikan bangsa pribumi (Melayu, Iban, Melanau, Kadazan, Dusun dan beratus-ratus lagi) Bukan hanya Melayu sahaja. Tetapi dendam komunis sebenarnya menjiwai hati pemimpin DAP. DAP memang membenci Melayu yang tidak menyokong perjuangan komunis dahulu malah menjadi askar menentang mereka pula. Bagi mereka selagi PAS dan PKR masih berguna dan membantu hasrat mereka, mereka akan bersama, perinsip anti Islam tetap mereka pelihara kemas. Adakah PAS dan PKR telah menjadi alat bagi DAP? Ada kemungkinannya.. walaupun disangkal keras oleh PKR dan PAS.

Pernahkah anda dengar DAP cadangkan supaya Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia? Apakah alasannya? Anwar Ibrahim juga pernah menyuarakan sokongan terhadap desakan DAP ini. Mohamad Sabu pula menyokong perjuangan komumis. Mungkin teruja dengan cerita kehebatan  mengenai Rashid Maidin atau Shamsiah Fakeh. Dia pernah membayangkan bahawa PAS juga memuja perjuangan sahabat Chin Peng, iaitu Abdullah CD dan Mat Indera. Tidak mustahil dalam diam-diam, dasar PR adalah menyokong gerakan komunis. Agak keterlaluan pula andaian ini. Tapi nampat seperti logik pula.

Aneh sungguh politik Malaysia.

Paling menarik penonton ialah telenovela Trivoli Villa arahan pengkritik India Nallakaruppan, dulunya rakan baik hero ini. Semua tahu tu. Hero terhebat abad ini berbangsa Melayu setaraf hero Tamil bernama Sivaji. Popular tak terhingga hingga ke seluruh dunia. Mana tidaknya, heroinnya juga menonjol imej bagaikan superstar. Shamsidar mempunyai wajah jelita (dulu lebih jelita lagi, macam heroin hindustani 10 tahun lalu, masa sesi lakonan intim tersebut). Itu kata Nalla lah baru-baru ini.

kalau nak lebih sedap kenalah tunggu siaran eksklusif telenovela ini nanti. Nalla dah tak sabar tu.

Bukan itu sahaja, heroin ini juga dikatakan amat kaya bertaraf jutawan. Wanita Melayu yang paling kaya kata setengah orang. Dah bersuami dengan orang kaya juga, katanya jutawan juga. Rakan dan juga pembantu setia kepada hero. Nalla si pengarah pernah memberitahu, dia juga jadi pelakon tambahan sebagai supir khas membawa pasangan ini dalam kereta mewah menuju kondo mewah bagi melepaskan rindu dendam. Bukan sahaja hiroin ini yang tergilakan hero hansen tu, ramai lagi heroin-heroin tambahan amat berkenan si hero berkenaaan juga berasmaradana di tempat yang sama. Kata pengarah tersebut.

Yang paling syok bila isteri hero berkenaan ikut serta membela dan macam setuju dengan kekuatan laki dia ber..... pelik kan?

Kisah Trivoli Villa ini tentu sahaja akan menjadi telenovela paling hebat sepanjang zaman. kalah semua siri telenovela Latin America. Di jamin paling mengghairahkan.

jangan panik ini hiasan sahaja


Ramai sedang menanti episod seterusnya. Entahlah, betul ke Nalla ni? Dah kena saman 100 juta. Bukannya sikit-sikit. Ada ke duit dia kalau kalah nanti? Takot wooo!

Kesimpulannya, manusia anugerah ini cukup terkenal sebagai manusia imunity. Jadi tak usahlah buang masa. Tak payahlah nak bukakan apa sahaja rahsia keburukan dirinya walaupun benar. Orang tak akan percaya. Apatah lagi kisah menerima wang dari Yahudi dan rakan baik Zionis. Tak akan ada orang yang mahu percaya punya. Sia-sia sahaja. Baik layan telenovela, biarkan saja dia jadi PM. Malaysia akan jadi negara bebas sebebasnya.

Inilah telenovela Manusia Agung akhir zaman yang cukup prestij. Dah tu kaya raya pula (jutawan senyap) dan dah jadi manusia berkuasa, dan.. dan jangan lupa.. amat disukai ramai. Terutama wanita. Tak percaya? Ikut sukalah nak percaya ke tidak.  Lebih baik percaya saja. ooo Sivaji...

PEMERHAT POLITIK SEMPOI
jangan mare ye?

KANTOI! GAMBAR ANWAR DAN SHAMSIDAR TAHARIN MASUK KE TRIVOLI VILLA

Agenda Daily tak pula kena saman siarkan cerita di atas. Utusan saja yang kena. Heran juga. kenapa double standard? Atau hanya gimik je kot, nak alih perhatian sementara PRU. Agaknye lah. Bukan nak saman sangat pun.. macam cerita yang sudah-sudah..

18 comments:

Anonymous said...

Apa kata Yusof Haslam buat Telenovola ini tentu best punya.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

Anonymous said...

w salam

Elok saudari pi tengok apa yang ada dalam blog/web/fb penyokomg PR... solid depa tibai depan belakang, tak pedulu soheh ka tak soheh ka. Sapu semacam. Aku tak sokong BN tapi meluat kat PR pasai cakap tak serupa bikin. Bukti melambak orang gila saja tak mau terima, kena ayaq jampi mentera gamaknya.

Cerita ni semua orang tau dah, ni saja kot nak flashback. Santai santai jugak, betoi pun banyak jugak.

Selamatkan Malaysia dari pemimpin munafiq, banyak pahla woo. Sokong pemimpin Israel, banyak dosa woo. Sokong komunis lagi laaa..

Aku tau hang orang pas, pasai tu ada ceramah agama sikit. Lupa pulak kawan2 di selangor banyak dah masuk kristian kerana PKR+DAP.. pas tak bantu, hanya ehem saja.

Tengok dengan mata kasaq pun terang menderang, tak payah pakai mata hati. Hangpa kot tak nampak walau pakai mata hati? Elok sangat cerita cam ni, kalau depa nak sedaq, kalau nak juga sokong ketua pembohong, kona spin tu.. ikut suka lah.

sori bro pas.. hahaha

Anonymous said...

erk... mcm2la admin ni... tutup mata la penyelewengan pemimpin BN dari dulu sampai skg...
buat ape nak takut kepada bende yang tak jadi lagi kerna cerita yg direka-reka.... tapi abaikkan bende2 yg penyelewengan pemimpin skg2.. terang2 depan dahi ...nak jugak cari cerita tak betul kat belakang bahu sekecil kuman...kemon bro.. jgn la jd agen perbodohkan rakyat melayu lagi...

p:s// kawasan kelahiran aku skg ni ..kawasan pendapatan rendah mungkin akan dirobohkan... kata menteri..kawasan aku segiemas pa lancau... sesuai utk bangunan komisel... pikir duit masuk poket dari pikir majoriti org melayu yang akan dihalau...kawasan tu da 30thn...selama tu mintak dijual..tapi byk karenah hingga skg..tau2 nak roboh! arrghhh merempat!!

-skg ramai bdk2 aku tmasuk aku daftar dan akan undi PR!!

-generasi Y bangkit!

-

Anonymous said...

memeng bodohlah sapa yang tulis...punya ramai menteri yang cerdik pandai dalamumno tu..pi berlajar sampai oxford la konon..DSAI tu sorang pun tak boleh nak bagi kantoi kejahatan dia..hampa memang melayu yang ber ugamakan fitnah la.makanan hampa tu rasuah..bapak segala setan..musuh dalam selimut orang islam yang sangat merbahaya...UMNO tu katanya pembela orang melayu..tapi lepas 50 tahun..orang melayu jadi paria dalam tanah air sendiri..orang melayu susah..kena p mengadu dekat biro aduan MCA.biro aduan UMNO..p sattle pompuan kena pelari kat lombok boleh la..lanie duduk buat hairan pula orang melayu tak mahu sokong hampa...ikut la cakap MAHA hampa tu..tu la MAHA pelingkup...

Anonymous said...

apa nak heran.. sebelum korang join pkr dan pas aku dulu join.ahli pas 20 tahun beb.. apa yang aku dapat.. hehehe.. parasit.

masa demo pelajar aku dah join. korang baru nak eksen, pembela rakyat konon... hehe.. aku kenal sapa nuar tu. jangan temberang lah. korang tak rasa 13 mei, tapi aku dah rasa.. bacam mana punya seronok.. pejuang melayu konon.. taik kucing..

makan duit yahudi juta2 tabur kepada penyokong, ingat aku tak tahu? masa jadi menteri kewangan dulu berapa banyak dia sapu? hahhh jangan kelentonglah nak bera rakyat.

sebelum korang meluat kat umno, aku dah lama meluat. so nuar datang kononnya nak baiki keadaan, apa dah jadi? makin teruk lagi ada lah. komunis pun dia snggup sokong asal jadi pm. lol manusia ini yang disokong bagai nak rak. siapa yang bodoh entahlah. aku suka baca tulisan macam ni, biar rasa panas bontot, nak jadi pejuang konon. bagi bontot kat nuar, hah.. silap2 balik mengengkang.

hanya yang tak siuman sahaja akan sokong pejuang Islam Liberal, seks bebas dan komunis.. nanti rasalah macam mana nuar punya penangan bila jadi pm nanti.. pasti dasyat punya. aku pasti malaysia hancur.. macam indon.. hey mamat, ingat MCA macam DAP kah? DAP haprak 2x MCA tau. nanti rasalah nikmat kerja DAP... hahaha mamat tongkang.

Anonymous said...

mamat erk.. bayan mutiara lagi hebat. tanah masjid lagi kena sapu.. hehe tak apa sokonglah pr, pasal kau belum kenal siapa mereka. kena klentong hidup2. sokonglah semoga sejahtera haha. aku? sorilah, takkan buang karan nak sokong pakatan yang entah apa2 tu.. janji kosong bolehlah.. nak buat hudud tapi dap kata tak boleh kena langkah mayat benggali gila dulu.. heh... melayu dah kena halau dari pulau pinang, tak nak lawan ke? kata pejuang melayu.

bata batu said...

Memudahkan rujukan yang malas nak mencari maklumat dan memikir. Malaysia bawah PR nanti jika PR menang samalah tak ubah seperti apa yang berlaku di Selangor sekarang. Allah nak bagi maklumat untuk kita fikirkan sama ada wajar ke tidak kita melakukan tindakan dalam pemilihan. Kesalahan nanti bukan salah Yang Maha Kuasa tetapi salah bangsa Melayu Islam sendiri yang mengikutkan kehendak nafsu.

Jika Selangor dipenuhi gejala seksualiti terlarang dan pemurtadan, maka itulah wajah Malaysia selepas ini. Ini bukan ugutan tetapi peringatan bagi yang ada fikiran. Tidak salahnya mencuba, tetapi harus di ingatkan kadang-kadang dalam mencuba itu kita akan terperangkap terus dalam kehinaan. Jika kerajaan sekarang korup dan rasuah, kita desak untuk heret mereka ke penjara. Okey kita terima jika mahu menghukung yang bersalah. Tetapi bukannya dengan korbankan agama dan negara. Saya tak fikir ini sebuah fitnah dan angkara jahat menafikan politik pembangkang. Mampukah pembangkang menjaga agama dan negara lebih baik dari kerajaan sekarang? Selangor adalah contoh perbandingan. Selamat memilih.

Semoga ada yang nampak sesuatu apa yang ada sebaliknya.

Neutronboy said...

cerita tu macam dah okay xp ada yg x kene cket la... siapa kata PAS X MAMPU LAKSANAKAN HUDUD? PAS x dapat je... hudud bab jenayah, kuasa persekutuan... kalau kelantan dah gubal pun, mmg la x leyh laksanakan, sebab nnty boleh dibatalkan. unless persekutuan yg kene buat hudud tu.... kerajaan negeri x de hak....

yg lain, sanagt berkias ^^ haha

TM said...

Titik peralihan masa depan orang melayu terletak di tangan orang Melayu sendiri. Kemuncak perpecahan ini pasti menyakitkan kita semua, namun ia seperti tidak dapat dielakkan. Tidak mustahil Melayu akan kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kita tunggu sahaja. Pengundi baru tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku selain hanya berseronok bermain "judi" politik. Tiada keuntungan kalau tidak berani memikirkan jauh ke hadapan.

Melayu akan jadi juara "demo". Menang sorak? Kemungkinan setelah "hilang" baharulah terasa "kerugiannya".

Anonymous said...

-faisal-

jadi kesimpulannya selagi melayu tak bersatu dibwh satu organisasi, selagi itula kita akan terus dihimpit mca/dap/mic dan bangsa2 kafir lain.

ADMIN said...

saudara faisal,

kali ini, kamu benar dan kami menyokong pandangan bernas anda.

Anonymous said...

islamic neutron,
jd kalau PAS/DAP/PKR bawah PR pegang kuasa persekutuan nnt bolehlah buat hudud ye? makanya langkah mayat benggali tu mainan politik korang ke? ataupun dah menang nnt mmg sanggup bunuh, langkah mayat benggali dan lepas tu buat hudud? cer citer...

jentayu

Anonymous said...

jentayu, hukum allah wajib dilaksanakan tak kira kena langkah mayat sapapun,mayat benggali ker cina ker melayu...mayat bapak kaupun aku langkah untuk laksanakan hukum allah...kerana firman allah-barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan allah...mereka inilah orang2 yang kafir ,fasik dan zalim....ko pilih lah ko nak yang mana satu jentayu....kerajaan yang ada sekarang dah 50 tahun kafir fasik dan zalim....

Anonymous said...

kenapalah nak dipertikaikan hukum hudud, tengok aje negara kita yg huru hara ni....perbetulkan satu persatu dulu....keadilan tu penting sebelum dirikan hudud...ada paham ?

Anis

Anonymous said...

Meh aku langkah mayat bapak kau dulu.. Bapak yang tak reti ajar anak bersyukur..
Sebelum bercakap pandang negara2 sekeliling..bagaimana agama islam ditegakkan di indonesia & singapura?ada agensi seperti Jakim yang nak pantau status Halal makanan? Ada agensi seperti Tabung Haji..?
Negara2 Arab dok puji Cara Malaysia la..
Bangsat macam kau je tak sedar diri.. Ptuih!!

Anonymous said...

jangan dok politikkan hukum hudud nie.
kalau xcukup ilmu pasal ni pi belajar dulu,baru faham.Mufti mesir cakap hudud tidak sesuai dilaksanakan sekarang.Lagikan pula,hudud bukanlah agenda utama dalam sesebuah negara Islam.

Kita tengok balik hanya arab saudi sahaja yang melaksanakan hukum hudud.Habis tu negara arab yang lain tak buat tu kafir ke?Jangan dok menghukum pemimpin negara yang tak laksanakan hukum tersebut sebagai kafir,nanti patah balik kat diri sendiri.senang cerita kalau xbeljar tentang hudud ni jangan sembang pung pang pung pang pasal hudud, baik diam ja.

Anonymous said...

-Si Pemerhati-

Si keris kebanyakan saudara kita,Si bulan pun saudara kita..tp apakan daya,sbagai pemerhati politik muslim yg sgt cetek ilmu lg jauh nun d borneo sini,sgt sedih n kesal melihat sesama saudara2 kita itu saling sembelih menyembelih sesama mereka,saling sakit menyakiti hati sesama saudara dgn kata2 yg menjatuhkan,lupa dgn perkataan BERSYUKUR wpun x dapat apa yg dihajati..xpa la,kami sbgai pmerhati politik muslim yg jauh di borneo sini x akan sesekali mendaftar dan memilih dalam sistem demokrasi firaun yg mjadi akar perpecahan kita sesama saudara muslim..tp igt,klu Kamal Ataturk versi 2.0 trjadi skali lg,smua yg saling sembelih menyembelih itu td sila berdiri dgn penuh semangat di mahkamah alam kubur hari esok

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan