NAJIB BUNUH DIRI. Itulah ungkapan yang sesuai jika kita lihat apa yang sedang dihadapi kerajaan BN masa kini. Tiada gunanya lagi berkempen dan menghabiskan wang berjuta-juta melalui beberapa insentif untuk memberi bantuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin, jika perlaksanaannya tidak membantu ke arah itu.
Suka atau tidak, BN sedang bergelut untuk mengelakkan diri dari tewas di tangan musuh yang bukan lawan setaranya, PR. PR jelas menghadapi kekacauan dalaman juga dan tidak nampak sebarang kebaikan untuk menjadi kerajaan. Namun BN menghadapi kelemahan pentadbiran dan kawal selia yang baik terhadap agensi pelaksana. Ini yang akan memusnahkan masa depannya.
Kemusnahan Barisan Nasional
Jika pun bukan PRU 13, pastinya pada PRU14, BN akan musnah dengan sendirinya bila jenteranya jadi lemah dan hilang daya kesetiaan kepada negara. Kelihatan terdapat tanda-tanda kakitangan kerajaan menjadi semakin tamak dan pentingkan diri sendiri. Najib pula dilihat semakin gerun dan takut untuk bertindak menyingkirkan mereka walaupun jelas sedang mensabotaj kerajaannya. Atas alasan pekerti mulia dan mengambil pendekatan berhemah, namun ternyata tidak mampu membendung budaya korup ini.
Jika dikatakan kerajaan sekarang korup, ramai yang akan melenting dan mempersalahkan pendakwa. Namun keadaan sebenarnya sememangnya sedemikian rupa, kakitangan kerajaan memperlakukan diri sebagai raja di mata bersultan di hati. Korup tidak semestinya 'rasuah'. Kekejaman (kalau nak diistilahkan sedemikian) TDM semasa menjadi PM dahulu banyak membantu membendung masalah ini dan kakitangan kerajaan tidak berani membuat huru hara walaupun tidak menyukainya (TDM).
Bagi saya TDM adalah PM yang paling tegas pernah memerintah Malysia selain Tun Abdul Razak. Non bumi walaupun amat membencinya serta menggelarkannya sebagai "ULTRA" . Ultra kiasu DAP terutamanya sering mengejeknya tetapi nyata tidak mampu mengangkat muka. Kekuatan Melayu menjadi luntur di penghujung pemerintahan TAAB walaupun pada mulanya sokongan padu diberikan kepadanya ( PRU11). Pada masa TAAB lah serangga Yahudi dan neocon membesar dengan cepat mempengaruhi minda pelbagai golongan masyarakat.
Regim Change anjuran Yahudi Amerika
Masa TAAB menjadi PM usaha menukar kerajaan dengan strategi ampuh "Regim Change" mula menular dengan hebat dan mengintai laluan mudah akibat kelemahan pentadbiran TAAB. Walaupun mempunyai pendekatan kepimpinan bersih dan penuh tolak ansur, TAAB tidak berupaya menghalang gerak kerja rakan lamanya (Anwar) menguasai pemikiran rakyat dan memberi tekanan yang cukup hebat kepada BN. BN hampir kecundang pada PRU12 lalu yang akhirnya TAAB terpaksa akur kepada akar umbi untuk melepaskan jawatannya.
BN sekarang mengalami kekacauan yang dahsyat setelah mengalami mimpi buruk 2008 tersebut ditokok pula serangan bertali arus dari Yahudi dan konconya yang semakin ganas. Jika tersilap langkah, para pemimpin BN harus bersiap sedia meninggalkan pejabat masing-masing untuk menjadi pembangkang selepas PRU nanti. Ia hanyalah satu kemungkinan andai mereka gagal perbaiki kelemahan ini.
SBPA adalah tonik dan juga racun kepada BN
Mimpi indah bertukar menjadi mimpi buruk dalam sekelip mata. Kakitangan kerajaan sendiri yang menumbangkan kerajaan kerana kesilapan SPA dan JPA yang tamak serta berniat khianat. Deraf SBPA memang tidak masuk akal langsung. Ia memang sengaja direka untuk tumbangkan kerajaan disamping mengkayakan golongan atasan (Premier dan jusa). Mereka lebih jahat dari Yahudi. Adalah tidak layak bagi mereka untuk mengaku sebagai Melayu dan beragama Islam. Amat memalukan berada dalam kerajaan yang Bersih, Cekap dan Amanah dan berselogankan Rakyat Didahulukan..
4000 kakitanga JUSA dan Premier inikah yang sedang di anak emaskan oleh kerajaan Najib? Sementara lebih dari 1,200,000 kakitangan sokongan dan professional diangkat sebagai musuhnya dalam PRU nanti? Dimana logiknya? Logiknya ialah, KSU dan krunya sedang menyediakan perangkap maut untuk Najib. Noktah.
Amokan lebih 1 juta pengundi
Peristiwa besar 2012 membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam. Kesemuanya layak mengundi dalam pilihanraya. Tidak termasuk ahli keluarga mereka. Melalui perkiraan mudah, jika setiap Kakitangan Awam secara puratanya mempunyai 3 orang ahli keluarga yang layak maka jumlah keseluruhan pengundi yang akan turun pada PRU nanti berjumlah hampir 4 juta orang. Ini tidak termasuk 1 juta lagi pesara awam dan ahli keluarga mereka.
Mampukah kerajaan BN menangani amokan ini? Saya tak yakin seluruh kakitangan atasan (yang mengaut 2 per 3 peruntukan belanjawan SBPA ini) akan turun untuk mengundi BN pada PRU nanti. Penjawat Awam berpangkat JUSA ke atas sentiasa sibuk dengan melancung ke sana sini dan melawat padang golf, tidak mempunyai masa memikirkan nasib BN walaupun telah mengkayakan mereka. Itulah wajah si Kitul dalam pentadbiran kerajaan Najib hari ini. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Cukuplah melakukan kesilapan lalu yang telah memangsakan diri sendiri. Ingatkah lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat tukang kebun, begitu marah kerana dihina.
Tulang Belakang
Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.
Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini (nila) akan menyebabkan apa yang beliau usahakan (susu) rosak sebelanga.
UOL
22 Februari 2012
Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
Terfikirkah kerajaan BN masalah yang sedang menanti mereka? Jika KSU dan golongan atasan masih lagi mengekalkan hasrat asal mereka, Najib tidak mempunyai pilihan untuk menjadi ketua pembangkang menggantikan aktivis Soros yang 100% pro Yahudi, Anwar Ibrahim.
Peristiwa besar 2012 membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam. Kesemuanya layak mengundi dalam pilihanraya. Tidak termasuk ahli keluarga mereka. Melalui perkiraan mudah, jika setiap Kakitangan Awam secara puratanya mempunyai 3 orang ahli keluarga yang layak maka jumlah keseluruhan pengundi yang akan turun pada PRU nanti berjumlah hampir 4 juta orang. Ini tidak termasuk 1 juta lagi pesara awam dan ahli keluarga mereka.
Mampukah kerajaan BN menangani amokan ini? Saya tak yakin seluruh kakitangan atasan (yang mengaut 2 per 3 peruntukan belanjawan SBPA ini) akan turun untuk mengundi BN pada PRU nanti. Penjawat Awam berpangkat JUSA ke atas sentiasa sibuk dengan melancung ke sana sini dan melawat padang golf, tidak mempunyai masa memikirkan nasib BN walaupun telah mengkayakan mereka. Itulah wajah si Kitul dalam pentadbiran kerajaan Najib hari ini. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Cukuplah melakukan kesilapan lalu yang telah memangsakan diri sendiri. Ingatkah lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat tukang kebun, begitu marah kerana dihina.
Tulang Belakang
Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.
Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji dan duduk bersama dengan dengan Cuepacs berbincang mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.
Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.
‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.
Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.
Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).
Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.
Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)
Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.
Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.
Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.
Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.
Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.
Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.
Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.
Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?
Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?
Begitulah bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.
Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.
Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''
Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Kamu tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500
22 Februari 2012
PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.
Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.
3 comments:
Tamak loba-loba juga Kitul PREMIER dan JUSA. Naik gaji RM 60,000 sebulan
Gred bawahan cuma naik siput RM 200 sebulan
Ini antara percubaan coplot pegawai-pegawai kitul gred tinggi membolot sebanyak mungkin aset rakyat sebelum kjaan tumbang disebabkan kekitulan yg teramat kitul-kitul tiada yg kitul melainkan kitul-kitul sahaja.
Andai pakatan pembangkang jadik bos baru, kitul-kitul yang dulu mengkikis bos lama dengan bibir mungil ampu-ampu mengampu bos baru. Dengan itu, kitaran kekitulan beranak-telur macam tikus-tikus parit yang cepat sangat kadar pembiakannya
*Tamak loba-loba
Istilah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu ketamakan yang tersangat tamak sampaikan maksud tamak itu sendiri tidak cukup untuk menerangkan tamak. Seseorang yang tamak loba-loba ibarat mengisi perut yang sudah kenyang, diisi lagi makanan sampai muntah keluar balik, kemudian makan balik muntahan tersebut lalu ulang semula hingga muntah kembali. Proses ini berterusan selagi mana ia tahan dan ia memang tak pernah puas. Gilo apo
kadang2 x faham dgn kumpulan2 atas ni.sbpa ni selayaknya dirombak bg 3 kumpulan di atas tu.mmg betul apa yg dikatakan dr surat tersebut.dalam keseluruhan penjawat awam,kumpulan 1.3 juta pelaksana ni yg patut dibela dan lebih dekat dgn masyarakat berbanding kumpulan elitis(jusa ke atas)yg sememangnya bergaul dikalangan mereka shj.jurang gaji x sepatutnya terlalu besar dgn kump pelaksana.bukan bermaksud mereka kena sama kenaikan gaji spt kump atas.biarlah skim gaji org atas dibuat berpada2 kerana gaji dibayar dr hasil pembayar cukai dan hasil negara.
org ramai kena faham..najib ni bknla bodo seperti yg disangka..dia sengaja biarkan isu ni jadi heboh kemudian dia sendiri akan menyelamatkan keadaan utk mng pru-13..ni semua lakonan pencatur untuk kerajaan bg mengadap PRU 13..najib takkan la bodo sgt yg pengundi2 dia amatla ramai dr kakitgn kerajaan kelas bawahan.maka pencatur terpaksa mencipta 1 isu utk selamatkan BN sebelum dan selepas PRU..sebelum PRU kita da nmpk apa isu yg besar..tp selepas PRU?kmungkinan cukai dn hrga barangan akan naik gila2 selepas gaji kakitgn kerajaan dinaikkan dgn byk..rkyat msia kna ingat yg kita sekarang menikmaati subsidi kerajaan yg byk dan subsidi itu kmungkinan besar akan ditarik sdikit dmi sdikit macam menarik rambut dlm tpung..supaya rakyat tak bising..perkara mcm ni bkn kali pertama..cba cek blk 4 thn lpas macam mana
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.