Formula dan rumusan matematik ‘golden ratio’ sudah lama dibuktikan oleh saintis dan telah digunapakai dengan meluas unttk bermacam tujuan. Apa yang perlu kita lakukan adalah mencari rahsia tentang hikmah kewujudan Kaabah itu sendiri.
Apakah rahsia kekuatan umat Islam yang terletak pada Kaabah? Tempat kewujudan Kaabah telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum bumi ini tercipta lagi malah dari tempat inilah bermula terciptanya bumi. Ketika angkasa raya masih kosong, para Malaikat telah ditugaskan melakukan tawaf di satu ruang kosong dan amalan tersebut telah mengujudkan pusaran tenaga di situ. Melaluinya terhimpunlah segala debu di angkasa raya dan akhirnya tercipta sebuah pelanet yang dinamakan bumi.. Para Malaikat melakukan tawaf tanpa henti sehingga terbentuknya bumi dengan sempurna sebab itu Makkah dijadikan tempat ibadah pertama kepada manusia.
“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Kaabah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” - (Quran, al-Imran: 96)
Bangunan Kaabah telah didirikan oleh Malaikat di susuli oleh Nabi Allah Adam as, Nabi Allah Syit dan dibaiki oleh Nabi Allah Noh as selepas banjir besar. Selepas itu, ia kembali lenyap ditelan zaman sehinggalah Nabi Allah Ibrahim as membinanya semula. Kemudian diserahkan kepada Nabi Ismail as sebagai waris menjaganya. Pewarisan ini berterusanlah sehinggalah zaman Rasulullah Sallallah Alaihi Wassalam.
Sebenarnya rahsia kekuatan Kaabah sudah lama terkubur semenjak Yahudi dan Nasrani mencemari kota suci ini sewaktu pembantaian (pembunuhan dan pengusiran) keturunan ahlulbait penjaga Haramain di waktu itu oleh kaum Saud Wahabi pemerintah Semenanjung Arab selepas tumbangnya kerajaan Khaifah Islam terakhir, kerajaan Othmaniah. Musuh amat takut sekiranya rahsia ini dicungkil dan dibongkarkan semula. Formula dan rumusan matematik keajaiban titik pusat permukaan bumi (Pemalar Phi Nombor Terhebat MATEMATIK, 1.618) hanya satu juzuk kecil yang membuktikan keajaiban Kaabah dari sudut kajian sains, yang bersumberkan dari ilmu Allah jua . Saintis barat tidak boleh pergi lebih jauh dari itu. Mereka hanya boleh berbangga dengan teknologi akal fikiran hasil ciptaan mereka tetapi terpisah dari roh manusia. Kajian sains yang berteraskan akal fikiran semata-mata tidak boleh mejangkaui hal-hal ghaib sepertimana jangkauan roh atau hati manusia.
Saya rasa artikel saudara Shahi Nombor Nisbah Emas jika dilanjutkan akan menerangkan kepada kita tentang punca titik tenaga yg terletak di bumi. Apabila dua garisan tenaga atau garisan ‘ley’ bersilang, titik tenaga yang kuat akan dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan oleh bumi itu akan berputar mengikut arah jam. Kaabah merupakan tempat persilangan garisan-garisan ‘ley’ yang paling banyak di dunia. Dengan itu Kaabah adalah punca titik tenaga paling ‘powerful’ di bumi .
Satu lagi kelainan Kaabah, tenaga yang dihasilkan adalah berputar melawan arah pusingan jam! Sama dengan arah pusingan tawaf di Kaabah, arah pusingan angin puting beliung dan juga arah pusingan galaksi di angkasa lepas . Aktiviti manusia juga menghasilkan tenaga. Segala amal kebaikan manusia yang mengikut kehendak Allah atau fitrah akan menghasilkan aura atau tenaga positif, manakala perlakuan maksiat dan kebatilan menghasilkan aura atau tenaga negative.
Tenaga-tenaga ini boleh dikumpulkan pula oleh bangunan yang mempunyai bentuk tertentu contohnya kubah masjid dan piramid. Sebab itu apabila seseorang yang sudah sebati dirinya dengan solat, membaca Al Quran, wirid zikir akan berasa tidak selesa dan resah gelisah apabila berada di tempat maksiat kerana gangguan aura ini. Manakala kaki maksiat pula akan berasa ‘panas’ bila berada di tempat yang meriah dengan ibadah kepada Allah.
Aktiviti ibadah secara berjemaah tentulah menghasilkan tenaga positif yang lebih besar dan digandakan vortex nya oleh bentuk bangunan seperti kubah masjid. Apatah lagi jika dibina di atas titik tenaga yang kuat. Aura positif ini akan menjana kawasan sekeliling dan menjauhkan gangguan jin dan syaitan dari menggoda manusia. Hal ini memudahkan manusia untuk kembali insaf dan mendapat hidayah dari Allah. Begitu juga kalau sebaliknya. Aktiviti maksiat secara besar-besaran tentu menghasilkan aura negatif yang berganda. Akibatnya manusia semakin jauh dari Tuhan.
Allah sendiri mendorong umat Islam untuk datang bertamu ke rumahNya dan menetapkan rukun Islam yang ke lima, menunaikan Ibadah Haji. Seluruh umat Islam dari segenap pelosok dunia mengimpikan untuk datang ke sana walaupun sekali seumur hidup. Kedudukan Kaabah di pusat bumi merupakan pusat keseimbangan lahiriah dan rohaniah. Bersetentangan dengan Baitul Makmur yang terletak di langit ke tujuh tempat seluruh malaikat bertawaf kepada Allah. Di atas Baitul Makmur, bertepatan pula dengan kedudukan Sidratul Muntaha yang terletak di alam ghaib. Tetamu-tetamu Allah bertawaf keliling Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan mengikut arah lawan jam mengikut bilangan tujuh lapisan langit.
Tenaga yang dihasilkan oleh Kaabah meneutralkan aura negatif dalam diri manusia. Hasil ibadah dari jumlah jemaah haji yang besar menyalurkan dan menghasilkan tenaga positif yang maksima untuk memproses jiwa manusia. Dalam kata lain Kaabah semacam ada ‘power’ pemulihan atau peningkatan tahap pencapaian roh manusia . Secara hakikatnya, Kaabah mendapat ‘power’ dari Nur Muhammad. Power Kaabah ini melonjakkan roh manusia bertawaf dari satu lapisan langit ke lapisan langit seterusnya hingga melepasi lapisan langit ke tujuh untuk bertemu Penciptanya. Seolah-olah roh manusia mi’raj ke Sidratul Muntaha sedangkan kaki masih berpijak dibumi. Roh akan disucikan dan dikembalikan kepada fitrah asalnya yang kenal, rindu takut dan cinta kepada Tuhan. Tetapi hanya orang yang membawa hati yang ikhlas dan telah disucikan dari najis-najis mazmumah akan dapat merasakan hal ini. Merasai kelazatan jiwa yang sebenar-benarnya seolah-olah melihat Allah. Yakni orang-orang yang bertaqwa dan khusyuk didalam solat.
Dengan ‘power’ Kaabah inilah umat Islam akan dapat semula kekuatan roh. Apakah kesan kepada umat Islam yang telah dipulihkan ini? Kekuatan CINTA mereka kepada Allah dan Rasul menyebabkan mereka rindu kepada akhirat. Sanggup berkorban apa saja untuk Islam, serahkan harta, masa, tenaga hatta nyawa untuk mati syahid. Mereka tidak akan benarkan musuh Allah bermaharajalela merosakkan bumi ini. Mereka akan amalkan Islam sungguh-sungguh dan mengharap keredhaanNya. Menjadi abid di malam hari dan pejuang di siangnya. Mereka tidak lagi cinta dunia tetapi mengimarahkan dunia mengikut kehendak Allah. Dunia akan ditadbir mengikut hukum hakam Allah. Power Kaabah ini bukan sahaja berfungsi di Mekkah dan Madinah, atau jazirah Arab tetapi kesan atau keberkatannya turut melimpah ke seluruh dunia. Oleh itu umat Islam pernah menakluk ¾ suku dunia suatu ketika dulu. Mereka tetap mendapat suntikan power Kaabah ini walaupun berada diluar jazirah Arab. Mungkin anda pernah memikirkan tentang apakah rahsia disebalik wujudnya "kiblat".
Keberkatan power Kaabah dapat dirasakan oleh seluruh umat Islam yang berada di merata pelosok dunia apabila mereka menghadap Kaabah untuk berSOLAT. Seolah-olah Kaabah menjadi wasilah kepada roh untuk mi’raj ke langit dan mendapat solat yang khusuk. Solat yang khusyuk adalah pertemuan indah antara hamba dan Khaliqnya. Inilah antara perkara yang amat ditakuti dan digeruni oleh Yahudi dan Nasrani yang sememangnya pengecut itu. Dajjal dan Iblis Laknatullah pasti tidak mahu hal ini terjadi dan akan menghalang cita-cita mereka. Dajjal tidak dapat masuk ke Madinah kerana disitu ada tersimpan jasad suci Rasulullah SAW. Manakala di Mekah kerana adanya Kaabah Baitullah.
Kaabah telah melalui sejarah yang panjang. Kisah Nabi Ibrahim as, meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail as di tanah tandus telah memulakan siri pembukaan kota suci Mekah dan pembinaan semula Kaabah. Sewaktu zaman Nabi Alah Ibrahim as, Islam (agama Hanif) telah sampai ke Nusantara. Kemudian sewaktu zaman jahiliah peranan Kaabah telah terkunci semula oleh aktiviti penyembahan berhala dan maksiat di sekelilingnya. Maka Rasulullah saw telah datang membebaskan Kaabah sewaktu futuh (pembukaan) Mekah. Berhala di dalam dan sekeliling Kaabah dimusnahkan. Cahaya Nur Muhammad atau ‘power’ dari Kaabah ini bersinar semula ke seluruh dunia.
Seratus tahun yang lampau, Yahudi Zionist dan Nasrani Jesuit telah datang ‘memenjarakan’ semula Kaabah. Bagaimana hal ini dilakukan? Dengan sihir, aktiviti maksiat dan cinta dunia disuburkan di sekeliling Kaabah. Melantik penjaga Haramain yang tidak selayaknya. Maka setelah itu kerajaan empayar Islam jatuh satu persatu dan akhirnya Islam yang haq bertahan dalam kelompok- kelompok kecil sahaja.
Sihir Yahudi dan Nasrani mengepung power Kaabah daripada sampai kepada umat Islam seluruh dunia. Sihir itu boleh menyebabkan iman dicabut dari dada. Hati jadi gelap. Susah untuk mujahadah melawan hawa nafsu. Aktiviti maksiat dan dosa dijana sebanyak-banyaknya disekeliling Kaabah. Dicemari dengan kemasukkan orang orang kafir, perogol, penzina, pencuri yang berleluasa di tanah haram. Pemusnahan tinggalan-tinggalan Rasulullah saw di Mekah iaitu tempat-tempat yang penuh barokah, membina pasaraya-pasaraya yang merupakan tempat syaitan berpesta untuk tujuan 'shopping'. Pembinaan bangunan tinggi , sehingga Kaabah kelihatan kerdil.
Berlakunya banyak bidaah dholalah. Lelaki perempuan bercampur aduk tiada disiplin dan aturan di dalam kawasan masjid. Lambaian duniawi dibesarkan daripada tujuan untuk ibadah. Undang-undang yang menyusahkan perkahwinan menggalakkan pelaku homoseksual. Aura negatif yang dijana di sekeliling Kaabah ini menjadi hijab atau pagar yang menutup hati-hati umat Islam dari mendapat cahaya iaitu Nur Muhammad yang dipancarkan oleh Kaabah . Proses ini telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Sehingga umat Islam di seluruh dunia dapat dikuasai oleh musuh dari segenap aspek kehidupan.
Secara umumnya, matlamat sebenar haji atau umrah sudah jauh melencong, diselit dengan unsur-unsur cinta duniawi. Mereka pergi haji untuk menyempurnakan ritual ibadah semata tetapi tidak memberi kesan kepada hati . Kecuali orang yang membersihkan hatinya dan celik mata hatinya. Apakah kisah yang dibawa oleh kebanyakan orang yang balik dari Haji ?
Kenangan manis menziarahi Kaabah sekadar pergi melancong, keseronokan ambil foto dan rakam video, kisah-kisah lucu, kisah selipar hilang, beli barang murah, jumpa macam-macam jenis manusia, makan di KFC dan Mc Donald di Mekah, mengutuk sikap kasar orang di sana. Kisah orang hilang dan mati. Jarang yang membicarakan tentang iktibar dan pengalaman yang menginsafkan jiwa mereka. Bila pulang ke tanah air masih ditakuk lama. Cara hidup diri dan keluarga masih tidak berubah ke arah mengikut lunas-lunas Islam.
Tapi awas wahai Yahudi dan Nasrani. Kejahatan dan pengkhianatan kamu di bumi Mekah dan Madinah telah terbongkar. Tidak lama lagi kamu akan terima padahnya atas perbuatan kamu yang keji memalingkan hati umat manusia dari mendapatkan cahaya Allah dan Rasul. Kaabah sedang dipulihkan, dibersihkan dan disucikan kembali oleh ‘Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim’.
Benteng sihir akan diruntuhkan. Bila Kaabah kembali berfungsi ibarat pemancar, hati-hati umat Islam akan disinari oleh cahaya petunjuk hidayah Allah. Tandanya, umat Islam dimudahkan atau mendapat berkat untuk berubah kembali menghayati Islam. Bukan sahaja di Mekah bahkan di seluruh dunia. Orang yg mengerjakan solat akan terasa kembali keindahan dan kelazatannya. Orang yang pergi Haji akan terasa kelainan dalam jiwa mereka. Rasa yang amat indah dan syahdu hasil penyucian jiwa yang sebenarnya.
Akhirnya seluruh umat manusia akan mendapat petunjuk hidayah Allah dan berbondong-bondong memeluk agama Islam. Kali ini Islam akan memerintah seluruh pelosok dunia ini di zaman Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.
Umat Islam harus berusaha untuk membersihkan hati. Hati yang bersih ditempa oleh makanan yang suci dan bersih. Berhati-hatilah apabila memilih bahan makanan. Hati juga mesti dibersihkan dari najis-najis mazmumah. DENGAN BERMUJAHADAH MELAWAN HAWA NAFSU. Berpuasa, berwirid dan berzikir juga boleh menajamkan mata hati, menyuburkannya dengan sifat mahmudah. Hati yang bersih akan membantu rohnya berperanan. MATA HATI YANG BERSIH AKAN DAPAT MELIHAT KEBENARAN. Hati yang bersih juga akan mudah menerima cahaya Nur Muhammad.
Mata hati yang kotor, menjadikan ia kabur dan buta, tidak berupaya melihat kebenaran. Sentiasa dalam kekeliruan. Bersihkan hati, akal fikiran dalam diri dan keluarga kita , dari belenggu syaitan, sistem Dajjal, budaya hidup sekular tajaan yahudi (Zionist) dan nasrani (Jesuits). Bersih dan sucikan juga tempat tinggal kita, tempat kita bersolat supaya cahaya solat akan kelihatan bagaikan bintang bergemerlapan jika dilihat dari langit. Kebenaran itu selalunya Allah rezkikan kepada orang-orang yang sanggup melepasi kesusahan dan penderitaan.
Yang benar itu dari Allah. Salah dan silap harap betulkan saya. Ampun maaf sekiranya saya menyinggung mana-mana pihak tanpa niat. Wallahualam.
Nurrohi
15 comments:
satu penerangan yg sgt bagus tentang peranan Kaabah yg sebenarnya...
Salam
Nurrohi,
Penulis baru untuk Abatasa ^_^
Semoga kita dapat berhubung satu masa nanti.
salam sejahtera semua,
saya rasa pemuda2 bani tamim,imam mahdi dan seluruh orang beriman ibarat menara2 masjid di seluruh pelusuk dunia,mereka mengutip tenaga dimana-mana2 Allah takdirkan mereka pergi,mereka menyimpannya,dan memproses menjadi tenaga positif,lalu disebarkan...
tapi saya pelik,betulkah pendapat saya,tenaga negatif dapat ditukarkan kepada tenaga positif?
mungkinkah?
Nur muhammad satu Ilmu sesat kenapa terus dipegang. Tinggalkan! Apakah Allah tidak boleh berdiri dgn sendiri. Apa perlunya Nur Muhhammad dalam penciptaan seluruh makhluk lain. Kamu semua ditipu Ibliss. Bertaubatlah.
Imam mahdi dan pemuda bani tamim dimana.... sedang repair Kaabah ke? kenapa menipu? Siapa pernah jumpa Imam mahdi atau pemuda kicap Tamim. Kamu berdusta. semuanya karut dan dalam kekarutan inikamu mahu menguasai dunia. Pirrah melayu...
Imam mahdi dan kicap tamim ni superman ke? kuat sangat. Aduh kenapa Islam jadi berkulat macam ni. Akal kamu dimana? Kaabah disihir apa kebenda bodoh macam ni pun ada orang percaya. sebenarnya kamu Abatasa belajarlah Islam yg betul2. Kenal Allah Betul2.... aku boleh tolong ajar kalau mau. Salam
alahai.....mat2 wahabi dah datang...saja nak cari pasal....
semoga dia tahu apakah sebenarnya nur muhammad, siapakah sebenarnya imam mahdi dan pemuda bani tamim..pasti dia akan jatuh cinta dgn mereka
bersihkan diri dari pengaruh sihir yahudi zionis dan nasrani jesuits...semoga terbuka hijab yg selama ini menutupi aqal fikiran dan jiwa kita..
Semoga hidup kita tidak dikekang oleh sifat angkuh dan sombong. Takabbur dan bongkak. Siapa yang perlu bertaubat?
Percaya pada Nur Muhammad itu sesat? Ditipu Iblis?Apa yang kamu ceritakan ini? Ohh yea mungkin kerana terasa ilmu dah tinggilah sampai offer untuk ajarkan orang. Mukhlisin tidak akan pernah lakukannya kecuali orang sombong dan takbur. Tak payahlah hendak melebihi Rasulullah saw.
salam semua,
hinalah makhluk itu bila dia merasa cukup di dalam pencariannya mencari Tuhan.
haruslah makhluk itu malu mengaku ia telah mengenali Tuhan sedangkan dia tidak.
jika kita solat dalam keadaan memandang langit,kita seharusnya risau pada siapa sebenarnya kita menyembah...
kerana adab mengingati tuhan(solat)ialah tunduk...jika bersujud memandang ke langit,ia adalah sesuatu yang pelik.
Siapakah yang sombong dan angkuh.... Kamulah yang angkuh... apakah rujukan kamu untuk Nur Muhammad. Tiada hujah yang kukuh. kamu cuma berkhayal.
Solat jangan memandang langit. itu bukan solat tapi baring. itu lah kamu semua manusia sedang lakukan. Kamu tidak kenal Allah Tuhan kamu. rugi hidup dengan ilmu alam khayalan wahai pengikut Abatasa. Sombongnya kamu dengan bergurukan Ibliss. Bodoh dan bangsat Melayu Akhir zaman ini. Raja yang disembah memang patut Allah tak sayang kamu. Maha suci Allah
Nurun Nur 9111 said...
salam semua,
hinalah makhluk itu bila dia merasa cukup di dalam pencariannya mencari Tuhan.
Benar sangat2 benar.. saya amat bersetuju dgn Nurun Nur.... kerana kamu wahai Nurun memang hina kerana berasa Ilmu cukup... belajarlah kenal Tuhan... Nur Muhammad adalah sesat dan menyesatkan. Gila manusia ni... sombong dan angkuh.. dikiranya Allah bersama dia. Kamu dungu pastinya Allah tak kawan kamu . Fahamkan!
hahaha...siapa sudah panas....??!!
siapa sudah kena jual....???!!!
siapa sudah terpijak ekornya.....???!!
tidak layak pun anda guna nickname Abu Bakar Sidiq tu..guna jelah nama lain
para sahabat Nabi amat membenarkan apa2 yg disampaikan oleh Baginda. para sahabat juga amat menjaga tatasulisa dan sentiasa beradab bila berhadapan dgn orang lain...
"Kamu dungu pastinya Allah tak kawan kamu ....." ini macam budak2 tadika gaduh berebut aiskrim je...
nanti dia datang lagi dan menyambung maki hamunnya iteww....
sorry Admin..saya tease dia takat ni je....sorry yek!
p/s - anyway..dia ni percaya dgn Tuhan je ke..? tak percaya dgn Nabi. Tapi guna nick name sahabat Nabi....
Saya gembira membaca artikel ini.. Membuak kecintaan kepada Allah dan Rasul. Abaikan si jahil yang menunjukkan kejahilannya.
-B.T-
tidak akan hina orang yang Allah muliakan dan tidak akan mulia orang yang Allah hinakan..
jangan kita menghina seseorang kerana kita tidak tahu bagaimana kedudukan orang itu sisi Allah.
jangan kita merasa bangga dengan ilmu dan amalan kita kerana kita juga tidak tahu bagaimana kita di sisi Allah.
Assalamulaikum pada semua sahabat, nabi muhammad adalah rasul yang wajid kita ikuti pada apa shj dtg dari kata2nya adalah benar. terciptanya alam kerana nur muhammad adalah benar kerana nur muhammad yg pertama sekali dicipta oleh ALLAH adalah benar.. harap kita sama2 menyintai nabi muhammad kerana dia kita mengenali agama yang suci ini adalah benar dan harus kita berpesan2 sesama seagama kita dia adalah kekasih ALLAH adalah benar.......
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.