Saturday, December 17, 2011

Kisah Anak Melayu Durhaka


Beginilah yang diharapkan penyembah lucifer. Kejayaan hebat penyembah syaitan kini sedang dijulang oleh beberapa kerat manusia gila di negara kita. Najis ini juga telah diperjuang untuk cuba dibawa masuk ke dalam negara oleh kumpulan hak asasi manusia dan liberalisma. Jika tidak dibendung, masyarakat Melayu khasnya Islam akan hancur berderai. Perbuatan memurtadkan orang Melayi pun kita gagal banteras, kini muncul pula pejuang gay dan LBGT.


Bersedialah menanti hentaman kumpulan manusia pengikut Dajjal, penyembah lucifer ini. Sudahkah anda bersedia?

Berita ini di salin dari blog Empayar Pemuda (terima kasih EP)

GEMPAR :AR IFF ALFIAN, GAY MELAYU YANG BERKAHWIN DI UK....
Terkejut EP tengok gambar yang dipostkan oleh blog MyMassa. Rasa macam nak termuntah...
Ariff Alfian Rosli, Petronas sponsored student of University College Dublin married a guy named Jonathan..




 re tweet from http://t.co/Ye21uxzd

Gambar-gambar lain dari blog Rotikaya (http://www.rotikaya.com/ariff-alfian-rosli-pelajar-tajaan-petronas-kahwini-teman-lelaki-di-dublin/)




Nak tahu siapa Ariff Alfian...

Pelajar perubatan hilang di Dublin 
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
pengarang@utusan.com.my 


Ariff Alfian Rosli 

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu. 

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut. 

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. 

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK). 

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. 

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). 

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit. 

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya. 

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. 

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya. 

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. 

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya. 

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad. 

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

dari http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/12/gempar-ariff-alfian-gay-melayu-yang.html?utm_source=BP_recent

Dublin, 15 Dis : Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya kelmarin berada dalam keadaan selamat di Dublin, Ireland.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian di UCD lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

”Kerana itu juga Ibu Pejabat Imigresen Republik Ireland tidak boleh memberi maklumat berkaitan Ariff Alfian kepada ibu bapanya, ini kerana kita terikat dengan akta tersebut dan bukan seperti yang dilaporkan oleh ibu bapanya semalam.

”Status Ariff Alfian di sini sah termasuk dari segi visa dan segala dokumennya juga sah. Semua sah, tiada kesalahan. Justeru, beliau dibenarkan untuk menetap di sini.

“Namun, kita sebagai pihak yang terdekat dengan Ariff Alfian akan berusaha mendapatkan beliau supaya menghubungi keluarganya di Malaysia,” katanya. Wisma Putra ambil langkah sewajarnya

Sementara itu, Bahagian Konsular dan Bahagian Eropah Wisma Putra ketika dihubungi menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar terbabit selepas menerima laporan kehilangan pada 2009.

“Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengesan pelajar tersebut dan telah dimaklumkan pelajar itu mempunyai rekod yang sah untuk memasuki Ireland.

“Namun, percubaan untuk menghubungi beliau gagal kerana dia tidak mahu berjumpa pihak kedutaan mahupun keluarganya,” kata sumber tersebut. 


Mungkin ramai sudah baca dekat twitter , facebook dan blog lain tentang isu seorang pelajar Malaysia tajaan Petronas yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki English. Apa sudah jadi dengan dia? nak katakan tidak berakal, sudah tentu dia lebih cerdik daripada kita sebab dia belajar medic.Namun,di mana akhlaknya sebagai seorang Islam.

Kalau benar naluri dia mencintai lelaki.jangan sampai ingin berkahwin. itu sama sekali dilarang oleh Islam dan semua agama lain. Naluri itu boleh diubah secara perlahan-lahan. Asalkan ada kemahuan dan azam yang tinggi. Agak sedih sekejap melihat gambar yang diletakkan di pelbagai laman web.

Sangat bangga dia dapat berkahwin dengan lelaki English itu. Siap berbaju melayu,bersamping dan memakai tengkolok. Itu pakaian rasmi orang Melayu. Tapi,bila dia gunakan pakaian itu untuk acara yang dilarang,sedikit sebanyak mencalar dan menghina orang melayu.Dari segi Islam, tak perlu diceritakan lagi, sudah jelas menghina orang Islam yang semua tahu hukumnya haram berkahwin lelaki dengan lelaki.

Apakah perasaan ibu bapanya nanti? anak yang disangkakan hilang rupanya bukan hilang di bawa orang,tetapi hilang dalam dunianya sendiri. Sudah pasti ibu bapanya hancur hati bila melihat gambar ini. Dengar kata petronas minta pampasan dan gantirugi sebab pelajar tu tak settlekan pengajian dalam masa yang ditetapkan. kesian pada ibu bapa dia.

Harapan aku, kepada dia, cepatlah berubah dan ingatlah kita orang Melayu dan punya jati diri dan nilai ketimuran yang tinggi. Kita orang Islam punya batas-batas dalam kehidupan. Aku doakan semoga dia mendapat hidayah daripada Allah SWT dan kembali ke jalan yang benar.

http://kringg.blogspot.com/

####

Ia dipaparkan untuk memberi peringatan kepada pembaca setia blog ini agar lebih berhati-hati. Biarlah anak tak jadi doktor pun tak apa asal tak jadi macam ini.

Ibu dan bapa menerima aib yang sangat mengazabkan. Menghadapi pula beban hutang yang tak tertanggung. Mungkin pula terpaksa merengkok di penjara. Bagaimana pula azab sang anak di akhirat nanti?



6 comments:

Anonymous said...

tunggu adab Allah SWT sepperti kaum Nabi Luth

Anonymous said...

Munkin kerajaan/badan badan penaja patut mengkaji dasar menghantar 'budak-budak' ke luar negara untuk belajar.

Nak dapatkan exposure, kelainan mentaliti, berusaha lah bersama, bina lah satu universiti bertaraf dunia sendiri di Malaysia, bawak lah dan gaji lah ahli-ahli pengajar yang cemerlang ke malaysia.

Jika sekumpulan kecil ahli-ahli korporat dari luar negara boleh mencorak kan minda dan daya kerja saing di syarikat multinationals di malaysia, kenapa tidak sekumpulan kecil daya pengajar di universiti tempatan??

Dot said...

makbapak hantar anaknya pergi belajar dgn penuh harapan, penuh doa supaya anak pulang menjadi insan yg berjaya & percaya anaknya punya kekuatan diri setelah segala ilmu diberi & dipelajari...

takkan nak salahkan ibubapa, cikgu2, ustaz, ustazah di sekolah rendah hingga ke sekolah menengahnya jika ini berlaku? lebih parah, nak slahkan kerajaan lagi?

budak ni buat onar dibelakang semua pihak yg dia wajib taati terutamanya Allah!

berdoalah semoga dia kembali ke pangkal jalan.

jika dia enggan setelah 3 kali diberi peluang, buatlah ikut hukum...

namun, bukan salah ibu mengandung...

Anonymous said...

Salam..
Sebagai manusia yg mempunya tingkat-tingkat peranan dlm masyarakat,ini adalah tanggungjawab bersama lalu kita ikut berdosa jika berlepas diri darinya..
Adalah kurang berhikmah jika menunding-nunding jari dlm keadaan ini krn itu bermakna lari dari pertanggungjawaban krn tugas menjaga akidah adlah tugas semua manusia yg Mukmin..

Bijaksana adalah perkara yg tidak boleh kita lari darinya krn ramai yg melihat kebijaksaan itu hanya melalui perkara-perkara zahir..
Inilah kesalahan yg besar krn meninggalkan amanat Rasulullah s.a.w dlm hal kebijaksanaan..
Menurut Imam Syafie,Org yg ingin mudah didunia perlu kpd Ilmu dan org yg mahu mudah di akhirat adalah juga dgn Ilmu..
Maka org-org yg bijak akan menyeimbangkan keperluan kpd kedua-dua Ilmu tanpa mengingkari kedua-duanya krn tuntutan didunia adalah kpd keperluan makan minum yg mengisi kehidupan dan ianya menuntut pertangungjawabnan oleh Allah juga kelak..Begitu juga dgn persediaan diakhirat memerlukan ilmu supaya ruang yg diisi diantara dunia dan akhirat itu dipenuhi..
Yg menjadi kesilapan adalah meninggalkan salah satu darinya krn kedua-duanya mempunyai persoalan utk dijawab diakhirat..
Sebagai contoh,segala amalan manusia akan ditolak oleh Allah jika meninggalkan anak tanpa Nafkah krn anak adalah Amanat Allah..
Maka memenuhi keperluan keduniaan adalah tuntutan krn kita mempunyai beban amanah keatasnya,begitu juga dgn keperluan akhirat dimana ianya menjadi bekalan utk berdepan dgn penghakiman dari Allah dan tidak boleh hanya bergantung dgn ilmu dunia tanpa ilmu Akhirat..
Maka dlm hal ini usah kita bicarakannya dlm skop politik krn ianya suatu ruang yg sgt sempit dan mengundang pertikaian..
Apabila masalah yg berlaku ini berada diluar bidang kuasa undang-undang yg kita ada,persoalan adalah kembali kpd induvidu dan persekitarannya..
Dsinilah kekuatan Aqidah itu diukur dimana apabila kita berada dibumi asing yg tiada penguatkuasaan dlm beragama sedangkan dibumi sendiripun keimanan kita boleh tercabar,inikan pula dibumi Asing..Disinilah kelemahan iman kita didedahkan dimana kita meyakini Allah itu maha melihat ttp kita berbuat onar secara sembunyi-sembunyi..Kita boleh lari dari menjawab persoalan masyarakat disini kerana kita berada ribuan batu jauhnya ttp Allah s.w.t melihat kita seperti butiran halus didalm guli malah mungkin lbh halus dari itu lalu sangkaan yg kita berjaya melarikan diri dari disaksikan adalah telahan yg sgt-sgt dangkal dan meleset..
Berada diperantauan utk mencari ilmu sudah boleh menjadi ibadah jika dilakukan utk memenuhi kewajipan Fardhu Kifayah jika dilakukan dgn niat krn Allah dan krn agama,namun perlakuan yg tidak memberi manfaat kpd agama perlu dihindarkan krn diluar sana lbh ramai golongan syaitan dikalangan manusia yg bila-bila sahaja masa boleh menyesatkan manusia secara terang-terangan..Maka keperluan utk mengisi keimanan itu dinegara sendiri adalah tuntutan yg besar sblm kita berkelana ke daerah yg bebas sekatan yg masyarakatnya bebas dari agama..
Semoga kita mengambil pelajaran dari apa yg berlaku dan sy mendoakan agar kedua ibu bapa yg diduga Allah ini diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan mereka..Bebanan mereka terlalu sgt berat,maka usahlah kita makin memberatkannya..
Doakan mereka diberi Taufiq/kekuatan utk menyelamatkan anak mereka krn selagi manusia itu bernafas,selagi itu pintu taubat masih Allah s.w.t buka..Itulah harapan yg Allah beri kpd manusia utk menjadi kekasihnya/Habibullah dan Allah tidak hirau betapa besar mana sekalipun dosa yg dilakukan,yg Allah murkakan adalah keengganan utk memohon ampun darinya..
Sama-samalah kita menodakan kebaikan utk seluruh Umat Islam didunia ini..

AminCv said...

Tindakan yang jelas menjatuhkan maruah Melayu dan paling penting agama Islam. Pintu Taubat masih taubat terbuka selagi hayat dikandung badan. JIka tidak akan mati dalam kehinaan dan neraka pastinya untuk dia.

Anonymous said...

Ini budak sudah tewas teruk. Apa tidak punya banyak omputih LGBT yg pukau janjimanis. Set lobi pengambaran tu pun ada patung berhala mungkin salah satu cawangan fraterniti di ireland

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan