RAMAI membahaskan bahawa New World Order (NWO) akan tampil menguasai politik dunia, namun terlupa berbicara bahawa NWO sudah lama terlaksana dan sedang galak tampil ke wajah kita. Malaysia juga ada proksi yang tidak pernah lelah berusaha untuk menjayakannya melalui penglibatan perjuangan politik.
Perlaksanaannya secara global pula dijayakan melalui dasar-dasar pelbagai negara bagi mewujudkan sistem kerjasama dalam pelbagai lapangan ekonomi serantau, keamanan dan persefahaman global yang kononnya langkah terbaik untuk menemui keamanan serta keharmonian sejagat. Dalam hal ini, agama menjadi percaturan paling besar, umpama watak raja dalam permainan catur yang harus ditawan. Untuk menjayakannya, agama harus dipisahkan daripada norma-norma urusan manusia, laksana memisahkan hidrogen daripada oksigen dalam makhluk bernama air di dalam makmal berupa papan catur.
Apabila hidrogen dipisahkan daripada ikatannya dengan oksigen, maka hidrogen akan berisiko untuk menghasilkan letupan dan kemusnahan. Oksigen yang terpisah itu pula menjadi penyumbang kepada berlakunya letupan dan kebakaran yang akhirnya memusnahkan. Oksigen dan hidrogen tidak wajar dipisahkan daripada dalam diri makhluk bernama air, andai terpisah jua, air akan hilang sifatnya, letupan akan berlaku.
Sebaldi air boleh diumpamakan sebagai akidah sekumpulan kecil atau akidah umat Islam dalam sesebuah negara. Jika sebaldi air berjaya dipisahkan antara hidrogen dengan oksigen, maka kuat juga letupan hidrogen yang terhasil bilamana ia terdedah kepada agen pencucuh (spark element) seperti api. Namun, jika seluruh air di lautan berjaya dipisahkan hidrogen dan oksigen, maka seluruh dunia akan meletup dan hancur.
Sekularisme itu seumpama keadaan terpisahnya hidrogen dengan oksigen daripada makhluk bernama air. Hidrogen umpama kekuatan pegangan tauhid yang dipegang oleh manusia, jika pegangannya teguh, ia mampu menjadi senjata yang hebat. Manakala oksigen pula umpama urusan-urusan yang diperlukan manusia. Andai akidah dan urusan manusia dipisahkan melalui sekularisme, maka juga letupan dan kehancuran akan melanda. Namun, sedikit mustahil memisahkan oksigen dan hidrogen daripada air, tetapi tidak mustahil untuk menjayakan sekularisme.
Jaringan sekularisme politik dunia sudah bertaut dalam NWO. Bertaut melalui kerjasama para pemimpin politik dengan badan-badan dunia seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang sentiasa menekan para peminjam melalui perangkap bayaran faedah cara Barat dan akhirnya menjerumuskan sesebuah negara ke arah tanggungan hutang yang tidak akan mampu dibayar semula dan akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak-kehendak Barat bagi melunaskan hutang piutang, juga melalui persidangan-persidangan ekonomi seperti G-8, APEC dan lain-lain yang serupa fungsinya ke arah jaringan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara-negara mengikut resipi Barat.
Pemimpin-pemimpin politik mahupun yang beragama Islam pada zahirnya juga semakin galak berbicara di pentas antarabangsa mempromosi pluralisme agama (simptom terbesar dalam penyakit NWO), sudah secara berani dan terang-terangan tidak mengangkat Islam sebagai pembawa kebenaran yang menolak semua akidah lain yang tidak mentauhidkan Allah secara mutlak.
Sudah secara berani mempersundalkan agama dengan mengatakan bahawa lebih kurang bermaksud “tidak wajar mengatakan agama lain adalah salah dan satu agama sahaja yang betul” walhal mengetahui bahawa Islam sangat tegas menyatakan pendirian kebenarannya dengan menolak semua akidah agama lain supaya tidak bercampur aduk dengannya.
Suara-suara senada ke arah persamaan persefahaman ekonomi, politik malah akidah kelihatan sedang cuba dibawa ke arah titik yang serupa, titik mekanisme NWO. Kelihatan perlahan-lahan sedang pergi ke arah yang senada dengan ruang lingkup pemikiran Barat. Kelihatan pemikiran semua orang sedang dibawa oleh pemain-pemain politik ke arah pembaratan budaya manusia yang berpusat ke arah Barat sebagai kiblat kebudayaan sedunia.
Blok-blok dunia sedang dicantum melalui proksi-proksi politik yang dijanjikan kuasa serta kedudukan. Usaha proksi-proksi ini pula ialah memujuk pemikiran orang ramai ke arah penerimaan terhadap nilai-nilai baru yang langsung tidak bernilai. Pandang kepada cantuman nilai ideologi.
Dalam situasi kini, dunia semakin menerima modul sosial, ekonomi dan politik cara Barat. Promosi pluralisme di pentas dunia pula jelas menonjol walaupun di kalangan pemimpin yang mengaku Islam. Tidak lagi berbicara memperjelaskan mengenai agenda penubuhan negara Islam juga petanda jangkitan simptom penyakit sekularisme. Tunduk kepada dominasi sekuralis juga adalah petanda dijangkiti sekularisme. Petanda dijangkiti wabak Novus Ordo Seclorum. Petanda bahawa antibodi pendirian (keteguhan terhadap matlamat) sudah semakin lemah dibaham jangkitan NWO bawaan sekularis.
NWO juga tidak salah jika dikatakan adalah suatu dasar global yang membawa seluruh isu pemikiran dunia ke arah satu titik persamaan yang dikongsi bersama untuk mencapai sesuatu yang kononnya dinamakan persefahaman sejagat. Bagi mencapai persefahaman ini, maka seluruh pemikiran harus dipusatkan dan paling penting memainkan putar belit akidah agama melalui pluralisme adalah satu idea yang difikirkan berpotensi oleh sekularis bagi kononnya menyelesaikan isu-isu ketegangan hubungan antara penganut-penganut agama berbeza.
Bagi menjayakan semua itu, pemikiran majoriti harus dikuasai sebaik mungkin. Setiap pendedahan maklumat yang memperlihatkan permainan kotor pemain NWO harus sedaya upaya dielakkan daripada terus sampai kepada majoriti yang dinamakan audiens.
Maka dengan itu, audiens diberitahu supaya tidak mempercayai maklumat-maklumat tertentu dan menjauhi diri daripada membaca atau menonton bahan-bahan maklumat seperti itu. Kesannya, maklumat mengenai perkara itu tidak sampai kepada audiens kerana audiens mengambil langkah menjauhi segala akses terhadap maklumat tersebut sebagaimana diperintahkan oleh pemain NWO yang mereka percaya sebagai pemimpin berwibawa. Maklumat itu walaupun pada dasarnya hanya bertujuan mengajak orang ramai berfikir bagaimanapun gagal sampai kepada audiens dan kesannya, audiens tidak dapat berfikir kerana menjauhi alat-alat bantu fikir iaitu maklumat-maklumat yang dilarang tadi (practical and true informations are forbidden to be delivered to NWO audiences). Dalam permainan ini, pemain NWO tadi sudah berjaya mengawal audiens daripada menilai maklumat-maklumat yang mampu menjejaskan kredibilitinya.
Apabila semua maklumat yang bertujuan mengajak orang ramai berfikir itu dijauhi sepenuhnya oleh audiens, maka pemain NWO tadi lebih mudah untuk mengasuh pemikiran audiens dengan idea-idea NWO seperti pluralisme, penyelesaian masalah ekonomi yang tidak praktikal iaitu yang lebih kepada motif memikat sokongan majoriti berbanding daya praktikal pelaksanaannya dan sebagainya. Idea-idea itu pula akan mudah diserapkan tanpa gangguan (distortion) maklumat-maklumat yang lebih praktikal sebagai alat bantu fikir. Untuk tidak menjadi mangsa, belajarlah daripada semua maklumat dan menilai maklumat-maklumat itu dengan akal yang waras.
NWO sudah dilaksanakan di hampir penjuru dunia. Lihat contoh bayangan ini, 10 buah negara menjadi anggota kepada Pertubuhan A dan 3 daripada 10 negara itu juga menjadi anggota kepada Pertubuhan B bersama 15 negara lain pula yang tidak menganggotai Pertubuhan A tadi.
15 negara Pertubuhan B selain 3 negara yang turut menganggotai Pertubuhan B itu pula menganggotai Pertubuhan C bersama 7 negara yang turut menganggotai Pertubuhan A dan 20 lagi negara yang menjadi anggota Pertubuhan D. Dapat dilihat bahawa semua 55 buah negara itu sebenarnya saling bekerjasama dalam platform-platform berbeza. Platform pertubuhan-pertubuhan itu juga alat NWO. Walaupun NWO tidak lagi cuba dijayakan sepertimana gaya perang Axis, Allied Forces dan sebagainya yang pernah mewarnai siri peperangan dunia, NWO sudah terlaksana dengan bersistem melalui penerapan nilai-nilai kehendak Barat kepada dunia.
Jika peperangan dunia bertindak memaksa negara-negara jajahan menerima sistem politik penjajah melalui kolonialisme NWO (NWO via war), maka kini NWO dijayakan secara lebih sistematik melalui penerapan nilai NWO tanpa perlu berperang, sebaliknya melalui meja rundingan.... dan juga melalui parti-parti politik yang ‘berunding’ dengan rakyat bagi meraih undi majoriti. Rundingan itu pula selalunya tidak praktikal.
Dalam apa juga keadaan, Islam tidak wajar tunduk kepada kehendak sekularis dan sekularisme, dan juga kaum kafir. Islam tidak wajar menerima tolak ansur yang memperkecilkannya dalam menegakkan prinsip-prinsipnya. Dalam dunia hari ini, negara-negara Islam terutama liga negara Arab tertunduk kaku di hadapan kehendak sekularis yang memperkecilkan agamanya.
Islam tidak harus tunduk kepada pluralisme. Islam tidak perlukan persamaan dengan akidah agama lain. Hak-hak agama Islam tidak harus disamakan dengan akidah agama lain. Jika sebuah parti politik Islam bekerjasama dengan parti sekularis dalam sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, maka ia harus sedaya upaya tegas menjadi dominan dan memimpin parti sekularis itu tadi. Ia tidak harus tunduk, sebaliknya menjadi dominan kerana ia sebuah ikatan majoriti dan berpengikut paling ramai kerana majoriti rakyat juga adalah beragama Islam. Ia sebuah parti paling besar sepatutnya menjadi dominan kepada parti sekularis yang minoriti yang tidak mampu meraih sokongan tanpa bantuannya.
Dalam contoh itu juga memperlihatkan kepada betapa seluruh isi dunia termasuk umat Islam semakin menerima pujukan sekularis yang lebih dominan walaupun sekularis itu hanya melibatkan sebilangan kecil. NWO sudah pun terlaksana.
Belajarlah daripada air yang mustahil dipisahkan hidrogen dan oksigen daripadanya. Sebaldi air itu lebih dominan daripada semeja dipenuhi makanan kepada seseorang yang seminggu tidak mengisi perutnya. Orang lapar itu sudah tentu akan meneguk air terlebih dahulu sepuas-puasnya.
Jangan pula terlupa, dalam usaha mencari air..
“(Yang diberi/dijanjikan kelihatan seperti) air itu sebenarnya api, (dan yang kelihatan seperti) api itu sebenarnya air...”
begitu juga keadaannya di Malaysia
24 comments:
salam,
tuan,manusia tak pernah belajar dari alam..jika belajar selalu terlupa...
salam kembali..
manusia perlu belajar daripada setiap yang ada di sekelilingnya. alam dicipta juga supaya manusia berfikir.
belajarlah..
anwar ibrahim pembawa ajaran pluralisme.tapi ramai juga umat islam yg ikut prjuangan anwar.
Dlm Bahasa Arab,istilah syurga disebut Jannah..
Dari mana org2 Melayu mendapat nama terbitan kpd Syurga?
Ianya dtg dari bahasa Sanskrit lama krn org2 Melayu dahulu menganut agama Hindu dan Buddha..hehehe..
Perkataan Syurga itu sendiri dtgnya dari pengaruh linguistik yg dibawa oleh ajaran Hindu..
Mengapa istilah SYURGA ini tidak digantikan dgn Jannah jika ianya mengandungi unsur2 Pluralisme?
Mengapa kita tidak menolak pengaruh Hindu dlm linguistik org2 melayu yg sudah menganut ajaran Islam?
Maknanya dari segi budaya kita masih tidak terpisah dgn pengaruh Hindu,krn org2 Melayu tiada istilah lain dari bahasa sendiri utk melahirkan kata terbitan lain utk Syurga..
Tttp apakah tertegaknya istilah Syurga itu bermakna kita mengiktiraf Tauhid penganut2 Hindu?
Tidak,krn istilah tidak mewakili akidah krn sumber yg kita ambil adalah Al-Quran dan didalamnya terkandung kisah2 yg Allah sampaikan melalui Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan bukannya dari kita ambil dari Rig Veda yg menyampaikan ajaran Hindu itu..
Umat Hindu meyakini bahawa wakil tuhan yg terakhir yakni Kalki Avatar belum turun ke muka bumi..Namun apabila dikaji pd ciri2 Kalki Avatar yg dikatakan nama bapa dan ibunya itu apabila diterjemah kpd bahasa Arab Merujuk kpd Abdullah dan Aminah yakni Nama ibu bapa kpd Nabi Muhammad s.a.w..
Dikatakan juga Kalki Avatar akan menerima ilmu digua juga merujuk kpd wahyu Allah yg pertama yg turun di Gua Hira'..
Dikatakan juga Kalki Avatar akan lahir dari daerah asing dan memasuki sebuah kota suci merujuk kpd Nabi Muhammad s.a.w yg lahir di Makkah yakni daerah yg asing dari lembah Indus,memasuki kota suci Makkah pada tahun ke-7 Hijrah..
Dari mana dtgnya kisah2 ini jika tidak pernah disampaikan oleh para2 Nabi terdahulu lalu dicatatkan..
Oleh kerana pengantar kpd Kitab Hindu lama adalah bahasa Sanskrit(bahasa Parsi Kuno),
maka dgn sendirinya ia dilihat berbeza dan terpisah..
Maka perlu kita fahami bahawa agama adalah bawaan para2 Nabi,ttp ianya telah diselewengkan oleh musuh2 Allah..
Ttp oleh krn manusia itu tidak meliputi ilmunya,maka berlaku kecuaian dimana ada petunjuk2 tertentu yg terlupa dipadamkan dari ajaran2 lama,maka terlepaslah petunjuk2 itu kepada umum dan sarjana agama2 lain..
Dari satu sisi,ia membawa makna kpd Rahmat Allah dimana ianya membenarkan tentang berita Nabi Akhir Zaman dimana ianya juga tercatat dlm ajaran2 agama lain,lalu tugas kita pula adalah utk melaksanakan tugas Rasulullah s.a.w yg dikatakan diutus utk semua umat manusia..
Maka Istilah Pluralisme dlm konteks Malaysia hanyalah utk politik dan bukan utk agama..Politik hanya utk membangkitkan persepsi..hehehe..
Sy tidak mahu mengulas panjang krn mungkin ramai yg tidak membaca dan memahami makna Surah Al-Kahfi..
Krn jika saudara2 membacanya pun,akhirnya ia tetap kembali kpd pemahaman mengikut persepsi saudara2 sendiri..hehehe..
Sbbnya saudara2 tidak pernah membedah hati saudara,membuang daging2 hitam dan menggantikannya dgn hikmah dan iman,lalu wlw berkali2 membaca sekalipun,hikmahnya tiada krn pembedahan itu tidak pernah saudara2 lakukan..hehehe..
kenapa saudara ketawa hehehe, kan tengah bagi ceramah... tak baik tau! macam tak sertus jer.
kalau benar macam dakwa saudara, tak kan penganut hindu langsung tak perasan? tak kan tak ada yang genius boleh kesan rahsia ini? kita kecualikan Zaki Naik, sebab dia sudah pun Islam.
walaupun hindu terpisah dari kebenaran macam kata saudara, tapi kita kena respek sebab agama hindu dapat bertahan setelah ribuan tahun jika nak dibanding dengan agama majusi. betul tak?
plural atau liberal itu hanya persepsi akibat terikut2 rentak dunia, syok sendiri. tak ada yang menarik pun, nampak macam bodoh jer.
hehehe oppps!
anon 10:18am, tolong buktikan pluralisme di malaysia hanya utk politik & bukan utk agama.
tak perlu melalut putar belit kpd linguistik, isunya sekarang ialah ada pemimpin islam sendiri yg anjurkan pluralisme di pentas dunia.
adakah ko sokong pluralisme?
cuma nak tau
aku tak emosi pun.. :)
Salam..
Kpd Ardinge..
Ketawa sy hanya simbolik kpd ketidak tahuan sy sblm ini..hehehe..
Ketidak tahuan sy itu dahulu menyebabkan sy menghakimi sesuatu yg sy kabur terhadapnya..
Agama Hindu adalah agama tertua didunia..
Maknanya dari Era 25 Rasul itu,Allah pernah utuskan Para2 Nabi ke India..
Rasul yg 25 itu hanya yg wajib kita ketahui ttp jumlah sebenar Nabi2 dikatakan oleh ulama2 Tarekat adalah seramai 124,000 org..Hanya Allah shj yg tahu jumlah yg tepat atas kejadian2 yg diciptakannya..Jika kita ikuti sirah Nabi2,ada Nabi2 yg diutus pd zaman yg sama samada mereka itu ada hubungan kekeluargaan sesama mereka atau terpisah secara Geografi..
Antara sebab Genius2 Hindu tidak meyedari hakikat persamaan itu pertamanya adalah sbb bahasa krn Bahasa Sankrit dari kitab2 tua mereka ini terlalu lama dan tidak ramai dikalangan mereka kini yg tahu akan bahasa itu..
Berbanding dgn Al-Quran yg kekal dgn bahasa Arab sebagai pengantarnya..
Maka Allah pelihara Al-Quran itu dari dicemari oleh musuh2nya..
Sy mengesyaki persamaan ini ketika sy menuntut di Universiti ketika sy mengambil Kursus Muzik Asia..
Ramai yg tidak tahu bahawa budaya Iran telah lama masuk ke dlm masyarakat India..
Alat Muzik Sitar dan Tambura yg dipopularkan oleh org2 India sebenarnya dibawa ke India oleh org2 Iran..
Alat Muzik sitar dan bunyi2an dibawa masuk ke Kuil2 Hindu sebagai tarikan utk penganut2 mereka dtg ke Kuil krn sblm itu memang tiada pun Alat2 muzik dimainkan diKuil..
Itu dari segi budaya..
Ianya meninggalkan persoalan kpd sy sehingga sy mendpt maklumat2 yg sy kemukan pd komen yg sebelumnya..
Krn itu sy yakin bahawa larangan Rasulullah s.a.w kpd tentera Islam dari merosakkan dan mencerobohi rumah Ibadat agama lain itu terkandung berbagai hikmah..
Kpd Sudara Punt..
Sy harap saudara bersabar dan tidak menuduh sy memutar belit krn apa yg sy jelaskan tentang linguistik itu ada sandarannya,bukan sy buat sedap nk melengkapkan perenggan..:)
Sy mengkaji dari aspek Akedemik dan politik itu bukan keutamaan sy..
Pluralisme ini hanya barnding baru yg dikemukakan kini..
Ianya wujud sejak zaman Nabi2 lg,krn itu sy sinis apabila pluralisme ini disentuh oleh ahli2 politik Malaysia..hehehe..
Politik bg sy hanya perang persepsi..
Sbbnya politik perlu kpd kuasa..utk mendapatkan kuasa,wibawa lawan harus dinafikan supaya pihak yg sedang bekuasa dpt menarik keluar sokongan keatas lawannya..Maka timbullah Isu2 dan kita diajak sama membincangkannya..Semakin lama isu dimainkan maka smakin kuatlah persepsi itu dpt dibentuk..Dlm politik pihak mana mendapat manfaat itulah yg akan memainkan isu itu berterus-terusan..
Katakan Isu Pluralime,ahli politik menjadikannya isu dari petikan ucapan Anwar Ibrahim..(sy malas nk kupas sebenarnya..hehehe)
Maka petikan ayat2 dari ucapan beliau ini yg dibincangkan dan dirumuskan..
Kita dh belajar kemahiran mengarang ms sekolah dahulu..
Utk menjadikan sesuatu karangn itu lengkap,ianya mesti ada pendahuluan dan isi..Isi ini yg menjadi kata kunci..
kemudian suporting details akan menyusul dl membentuk perenggan..maka Isi lain pula diperenggan lain..
Dari hanya merujuk kpd satu perenggan,dptkah kita membuat kesimpulan atas seluruh karangan atau ucapan itu?
Tentunya tidak,krn kita tidak akan memahami keseluruhan isi karangan tanpa membaca dari awal hingga penutup karangan itu..
Sbb itu sy sinis dgn isu2 yg hanya memetik satu perenggan ucapan org utk dijadikan tajuk akhbar dan kita pula terikut sama membincangkannya sedangkan kita sendiri tidak membaca atau mendengar keseluruhan ucapan org itu..
Inilah yg sy namakan perang persepsi..hehehe..
Maka utk kembali menjadi waras,sy kembali ke zaman persekolahan dimana kemahiran membaca karangan itu sgt penting utk mengetahui keseluruhan isi kandungannya..hehehe..
keseluruhan ucapan anwar pula lebih menjurus kepada menyamatarafkan agama islam dengan lain-lain agama.
tokoh2 agama islam di luar negara pun hebat mengkritik anwar atas ucapan anwar tu & mereka mengkaji semua ucapan anwar secara keseluruhan.
pendapat ko tentang entri ni? aku tengok mcm ada sesuatu yg tak kena dgn politik melaysia.
Salam..
Bertemu kembali saudaraku Punt..
Tentang pandangan saudara terhadap ucapan Anuar itu tidaklah sy mahu menidakkan atau mengiakannya..
Krn bg sy secara akedemiknya,ia tidak membawa kesan besar kpd umat Islam di Malaysia krn Islam adalah agama rasmi dan menjadi anutan Majoriti dan sy percaya bukan semua org memberi perhatian terhadap ucapannya itu..
Reaksi atau respon itu adalah sesuatu yg baik menandakan kita prihatin terhadap akidah umat Islam secara seluruhnya..
Perkara ini sebenarnya pernah berlaku diwaktu Malaysia diterajui oleh Tun Hussien Onn dimana beliau pernah mengatakan bahawa semua agama menuju ke Syurga..Maka sekali lg sy melihatnya sebagai isu politik..Arghh!!!kembali kpd politik jugak!!!
Politik dunia melambangkan seluruh dunia kini dibentuk dgn sistem Kapitalism..
Lihatlah dimana2 negara didunia ini pun,akan ada golongan Elit,Pembuat dasar,golongan Profesional,pertengahan dan masyarakat bawahan..
Setiap kelompok akan menyuarakan hak dan menuntut diberi ruang kpd mereka utk survive ttp berapa ramai yg akan menyuarakan haq Allah dimuka bumi ini dari semua kelompok sy namakan itu?
Haaaa!!!
Wujudnya kelompok2 sebegini yg menyebabkan kita lbh melihat keperluan material berbanding kerohanian..
Sudahkah saudara nampak bahawa kepentingan dan Haq sebenar telah ditutup?
Setiap kelompok membenci kelompok yg lain,spt golongan bawahan tidak sukakan golongan Elit,pembuat dasar rimas dgn golongan Elit,manakala,profesional mempertikaikan pembuat dasar,golongan pertengahan marahkan semua golongan yg ada dikedudukan lbh atas darinya..
Golongan bawahan tetap tidak berubah nasibnya wlw siapapun pihak diatas yg menang..
Inilah wajah hodoh sistem Kapitalism..
Di Malaysia,pd sy semuanya menjadi mangsa sedari awal duit ringgit Malaysia dicetak lg..
Mana tidaknya,duit kita dicetak atas terbitan bon yg diberi pinjam oleh bank dunia..
Itulah raksasa besar yg memakan segala isi dunia..
Kita semua dididik dan dibesarkan melalui sistem ini dan atas kesedaran sendirilah kita dpt tersedar dari mainan Kapitalism ini..
Ttp saudaraku,jika kita sahaja yg sedar,berapa ramaikah pula kelompok kita ini dan dptkah kita memberi kesan kpd kelompok yg hidup selesa dgn sistem raksasa yg hodoh ini dan bilangannya jauh lbh ramai lg?
Hanya masa sahaja yg akan menyedarkan seluruh umat manusia krn petanda2 kemusnahan itu semakin mendekat..
Pd sy kita sendiri yg kena perjuangkan agama krn disekeliling kita manusia hidup selesa dgn persepsi..
Bg sy persepsi ini semata-mata Mujur,kebenaran itulah yg kita harus gapai dlm kehidupan ini..
Sy rimas ditolak kesana ke sini sedangkan semua yg melontarkan isu adalah mereka yg mewakili kepentingan masing2..
Sebaliknya kita yg diminta menunaikan tnggungjawab 5 tahun sekali..Tanggungjawab utk menaikkan dan menurunkan mana2 pihak ikut persepsi kita..
Sesudah itu kemana kita dibawa?
Ini yg membuatkan sy bosan dgn politik Malaysia..
Pd sy agama itu perlu menjadi pakainan politik bukannya agama utk tujuan politik..
Terserah kpd persepsi kita utk membuat penghakiman..
Jika sy punya pilihan utk berlepas diri,sy pilih utk berlepas diri..
Islam itu pd mulanya asing,pd akhirnya ia akan kembali asing krn penganutnya sendiri sudah asing dgn pakaian agamanya..
Salam saudara Anon June 6, 2011 10:56 PM
Terima kasih, ok juga maklumat yang sdr tulis tu. Apa pandangan sdr mengenari liberalisma dalam Islam yang semakin membuak dalam masyarakat yang buta ilmu agama sekarang? Kalau di Indonesia, sudah wujud kelompok kumpulan Islam Liberal ini yang rata2 terdiri dari anak muda lulusan universiti dan kumpulan elit, malah ada juga dari pesantren. Keadaan di sana agak gawat kerana golongan fundamental semakin bimbang arus baru "liberal" ini semakin maju merosakkan kefahaman agama anak muda.
di malaysia juga fahaman liberalism dilihat semakin meresap dalam PAS terutama dalam saf kepimpinan yang baru dilantik baru-baru ni.
ada juga pihak yg melihat PAS semakin ke arah sekularism mengikut kehendak DAP dan PKR selepas Hadi Awang umum hala tuju PAS ke arah negara berkebajikan.
kalau dulu, kita tengok PAS bersemangat dengan perjuangan negara Islam, tapi sekarang perjuangan tu dah diubah kepada negara berkebajikan yg tidak sama dengan prinsip asal penubuhan PAS.
kebajikan tak semestinya mengikut acuan Islam. negara kristian di Barat pun laksanakan negara berkebajikan, tapi negara2 tu bukan negara Islam, sebaliknya negara sekular.
pendapat saya ni bukan merujuk kepada sekularism negara kebajikan di eropah, tapi kepada hala tuju PAS dalam perjuangannya.
DAP secara terang tidak restu prinsip negara Islam yg pernah jadi slogan PAS, PKR pula senada dengan DAP. karpal pula pernah cabar PAS langkah mayat dia dulu sebelum laksanakan hudud.
sekarang, pas dah tak bercakap pasal hudud & negara islam. nampaknya, pas semakin mengikut kehendak sekularism DAP tanpa perlu melangkah mayat karpal.
Anon June 6, 2011 10:56 PM.. dan semua rakan2.. apa pendapat anda semua selepas kita tengok pas semakin ikut rentak DAP sedangkan PAS itu sebuah parti terbesar dalam pakaran rakyat.
bilangan pengikut pas juga belum mampu menjadikan pas sebagai parti dominan dalam pakatan rakyat, sebaliknya hanya mengikut kehendak DAP & PKR.
"sekarang, pas dah tak bercakap pasal hudud & negara islam. nampaknya, pas semakin mengikut kehendak sekularism DAP tanpa KEBERANIAN melangkah mayat karpal."
aku tukar ayat tu sikit hehe...
ni lebih tepat
Salam saudara Ardinge..
Islam Liberal ini hanya solekan kpd golongan yg lemah imannya ttp mahu juga dianggap sebagai memperjuangkan Islam..Pd sy mereka bukan memperjuangkan Islam ttp mahu Islam itu mengiktiraf hak dan kemahuan yg menurut nafsu mereka..
Jika kita melihat dari luar ianya tidaklah begitu ketara ttp jika mereka diberi ruang yg lbh,barulah kesan liberalisme itu akan menjadi semakin ketara..
Sebagai Contoh,mereka mahukan kesamarataan gender sedangkan Islam telah menggariskan batas2 yg perlu diikuti oleh kaum hawa bagitu juga kita kaum Adam..
Para wanita sebenarnya lbh mudah menjadi Ahli Syurga berbanding lelaki..
Mereka hanya perlu menjaga solat,berpuasa,menjaga kehormatan dan taat kpd suami ttp tuntutan hak sama rata dgn lelaki telah menutup atau menyukarkan akan peluang2 utk wanita dari merebut peluang dari menjadi Ahli Syurga dgn mudah..
Apabila wanita menjadi sibuk spt lelaki serta keluar rumah,maka mereka terdedah kpd perkara2 yg boleh menyebabkan mereka melanggar keempat-empat syarat yg Allah kemukan td..
Mungkin syarat2 spt solat dan puasa mereka dpt melaksanakannya,ttp bagaimana dgn menjaga maruah dan mentaati suami?
Apakah kesetiaan pd majikan berada lbh atas dari mentaati suami?
Disitulah kebanyakan amalan2 para isteri kita akan tertolak,dicampur dgn kutukan kpd suami didalam hati atau secara terang-terangan..
Dgn dunia yg material bertambah mudahlah perkara2 spt yg sy sebutkan td dihalalkan..
Maka haq2 Allah menjadi semakin terpinggir..Sememangnya dunia kini dibentuk sedemikian akan susunan masyarakatnya supaya agenda2 liberal itu dpt dipermudahkan..
Golongan liberal sering mempersoalkan para ulama atas alasan mereka juga punya tanggungjawab sosial utk respon kpd pandangan ulama..
Sedangkan pd masa yg sama kita juga diminta tidak bercakap soal undang2 sivil jika kita bukan seorang peguam..hehehe..Kita dilarang memperkatakan sesuatu yg masih dibicarakan diluar mahkamah dlm kes2 sivil ttp dgn selamba sahaja kita dibenarkan respon utk mempertikai ulama andai pendapat ulama tidak sesuai dgn kehendak kita..
Mujur di Malaysia ini keadaannya masih terkawal krn public masih memandang tinggi para ulama,budaya masyarakat kita juga masih memelihara Institusi ulama ditempat yg paling tinggi..
Kita masih diperlihara oleh Allah dlm bab ini..
Sebenarnya pd pendapat sy,ulama dipandang tinggi krn ilmu2 mereka mempunyai sanad,dimana atsar2 mereka bersambung dgn para tabiin2 yg silam dan bersambung dgn atsar2 sahabat dan Rasulullah s.a.w serta golongan Ahlul Bait bertebaran dibumi Malaysia ini..
Maka atas kesucian Ahlul Bait ini lalu Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kpd kita semua ,mudah2an..
Ini kerana institusi pondok dan madrasah masih berjalan dan dipelihara serta mendapat sokongan lapisan masyarakat awam di Malaysia..
Itulah perbedaan kita dgn Indonesia..
Sy mendapat tahu bahawa syarat utk menjadi Syeikh atau Khalifah Tarekat diMalaysia lbh ketat berbanding di Indonesia dimana mereka yg tidak melepasi Syarat kebanyakannya mengambil keputusan utk mendapatkan Ijazah dari Indonesia..
Salam saudara Punt..
Sy melihat bahawa PAS dan UMNO sebagai check and balance kpd org2 Melayu..
Kedua2 pihak akan respon jika ada perkara yg menyentuh kepentingan umat Islam di negara ini..
Sy tidak berminat utk memperkatakan sesuatu yg bersifat Persepsi,krn pd awal td sy mengatakan persepsi hanya bersifat mujur..Harap saudarku dpt memahami prinsip sy krn sy bersahabat dgn kedua-duanya..
Sy lbh senang dgn sikap UMNO skrg terhadap agama berbanding ketika Era Tun Mahathir..
Wlwpun pada Eranya kita menikmati pelbagai kemajuan ttp suara ulama dlm UMNO agak terpinggir berbanding sekarang..
UMNO perlukan PAS utk menguatkan perjuangannya,spt juga PAS memerlukan UMNO utk balancekan mereka..hehehe..Itu pendapat sy secara akedemik..
Perlu kita igt bahawa kerusi yg gagal dimenangi PAS adalah kerusi milik UMNO dan org2 Melayu tidak perlu risau jika PAS juga menguasi kerusi yg pernah UMNO menangi..
Hakikatnya peralihan kerusi wlw berlaku sekerap manapun,ia tetap berlingkar dlm tgn wakil2 org Melayu..
Sy sukar terpengaruh dgn retorik krn sy bekerja dibawah org2 yg melaksanakan dasar..Akhirnya ia akan kembali kpd caramana melaksanakan matlamat yg telah didasarkan..
Peralihan kuasa hanya bermakna beralih kpd budaya kerja yg baru..itu pengertian peralihan kuasa pd sy..
Ia tidak menggugat sy krn sy tetap akan bekerja wlw siapapun yg menerajui negara..hehehe..
Sy melihat politik Malaysia kini dgn lbh terbuka,wlwpun kadangkala bosan dgn kerenah ahli politik di Malaysia..
Org Cina pd sy bukan ancaman krn guru2 yg mengajar sy disekolah kebanyakannya dari bagsa mereka..
Kadangkala mereka lbh byk bekerja dari guru2 sy yg Melayu.. ini pengalaman sy krn dahulu sy bersekolah di sekolah kluster..Isu perkauman dianggap bukan isu ditempat tinggal sy krn sy berjiran dgn minoriti kaum Cina..Akses maklumat mereka lbh pantas dari kita krn mereka ada paper edisi pagi dan edisi petang..huhuh..
Sy tidak melihat org bukan Islam sebagai bukan Islam ttp sy melihat mereka sebagai belum Islam,sptmana kita sebelum kedatangan Islam ke sini..
Sy rasa itu lbh adil buat sy krn sy tidak mengetahui akhir kalam mereka,itu haq Allah dan bukan pekerjaan sy utk melebelkan siapa mereka..
Sy tidak mempunyai ilmu utk menentukan akidah terakhir mereka sebelum mereka dijemput Allah kelak,sbb itu kita kena bersyukur atas nikmat Islam itu dan bukan memusuhi mereka yg belum kita seru akan petunjuk2 Allah..
Kita masih byk kelemahan sebagai bangsa penganut Islam yg muda..
Maka tugas kita adalah melahirkan seberapa ramai lg saudara2 baru,bkn memusuhi dan menjauhkan mereka dari kita..
Inilah pendirian sy krn sy tidak membenci mereka yg tidak pernah menganiaya sy..
Wlwpun diseru akan retorik perkauman,namun perasaan itu tidak mampu sy bangkitkan krn sy menyaksikan kemiskinan mereka..
Pd sy yg menghakis hak2 org Melayu adalah golongan Elit,bkn cina kg,atau India Estet,krn mereka juga miskin..hehehe..
Salam saudara anon,
Pada dasarnya saya bersetuju dengan pandangan saudara terhadap isu yang dibincangkan. Kedudukan Melayu semakin terhakis akibat kecuaian pemimpin yang mempunyai kuasa dan saya tidak menafikan jika PKR memerintah, mereka juga akan melakukan hal yang sama seperti UMNO. Malah saya rasa mungkin lebih teruk kerana mendapat tekanan padu dari rakan kongsi mereka yang terkenal anti Islam dan sentiasa prejudis atau senang kata disebut ultrakiasu.
Untuk kesekian kalinya pengaruh PAS semakin menonjol, sama ada atas bantuan PKR atau tidak saya tidaklah begitu pasti. Namun keadaan semasa menceritakan fenomena ini. PAS bangun bila PKR hidup kembali (selepas saudara anuar kita dapat melepaskan diri dari penjara atas bantuan Pak Lah dulu). Sebelum itu mereka terpaksa berjalan sendirian dan selalunya kecundang di tengah jalan.
Pada waktu ini saya berpandangan PKR mengalami kemerosotan (bukan atas sebab video atau kes liwat), tetapi kekuatan mereka terjejas apabila barisan pelapis parti ini gagal menunjukkan kewibawaan sebagaimana ketua mereka. Tindakan anuar menendang keluar beberapa pejuang asal dan proksi pentingnya juga menyebabkan sebilangan penyokong mereka tawar hati. DAP semakin menonjol kehadapan setelah menyengat di Sarawak dan dapat pula menghakis pengaruh MCA dan MIC. PAS pula masih meneruskan rentak sebagaimana biasa kecuali dalam soal memartabatkan Islam, langkah mereka mula goyah.
Seperti yang saudara sebutkan, PAS gentar atau malu hendak melangkah mayat autar singh dan mula menukar tajuk perbualan (sebenarnya telah menukar dasar utama perjuangan)adalah atas rasa bimbang kehilangan penguasaan di negeri yang baru mereka perintah iaitu Kedah. Sebab pentingkan kuasa seperti ini mungkin akan menghayutkan PAS lebih jauh dari Islam. Mereka masih momokkan bahawa mereka bukannya kumpulan sekular! Mereka berjuang kerana Islam! Hakikatnya mereka berada atas landasan sekular juga. Mahu tidak mahu mereka mesti patuh kepada kehendak sekular acuan Zionis itu. Termasuk undang2 sivil.
Di Selangor sendiri penyokong PAS lebih ramai berbanding PKR, cuma terpaksa akur dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan. Itulah realitinya di sebalik apa yang berlaku.
Saya senenarnya tidak berminat dengan politik malah muak melihat gelagat para penyokong fanatik mereka. Tindakan yang akan memberi kelebihan kepada bukan melayu mengambil alih pucuk pimpinan negara. Adalah mereka tahu apa yang akan berlaku bila DAP menjadi pemerintah? Ini sebenarnya yang merisaukan saya kerana kita telah dipaksa meniti diatas dahan yang rapuh.
Berselisih faham dan saling salah menyalahkan. Di adu domba pula oleh pihak luar.
Jika bukan lagi pemimpin PKR siapa yang lebih dominan untuk menjadi top one di Malaysia? Adakah PAS?
salam
saudara anon & adringe
PAS takkan mampu jadi lebih dominan drpd PKR & DAP kalau masih lagi ikut kehendak rakan2 parti dalam pakatan.
situasi semasa jelas tunjukkan PAS ada bilangan pengikut yg jauh lebih ramai klu nak dibanding dgn PKR ataupun DAP. tanpa sokongan PAS, parti sekutu seperti DAP dan PKR tidak akan ke mana.
tapi malangnya PAS tak manfaatkan kekuatan tu utk jd lebih dominan dalam pakatan. sebaliknya, hanya menunggu dan melaksanakan arahan DAP dan PKR. PAS sebaliknya hanya jd pelaksana dasar melebihi pembuatan dasar wpun hakikatnya jd penentu kejayaan PKR & DAP dlm PRU-12 tiga tahun lalu.
PAS tidak akan sesekali rebah kalau tak kejesama dgn DAP & PKR. sebaliknya pulak, DAP & PKR yg akan rebah klu PAS tinggalkan pakatan.
itu semua dari segi dominasi yg sepatutnya dimiliki PAS dlm pakatan. tapi PAS tak miliki apa yg sepatutnya dia dapat.
wpun miliki bilangan penyokong yg jauh lebih ramai dlm pakatan, tapi DAP & PKR lebih cerdik bermain politik (genre childs politics) berbanding PAS melalui peletakan kerusi wakil-wakil mereka yg jauh lebih banyak drpd PAS.
disebabkan bilangan kerusi wakil DAP di parlimen yg lebih banyak daripd PAS & PKR, maka DAP lebih dominan dari segi kuasa dlm membuat keputusan @ pembuatan dasar dlm pakatan.
PAS tidak boleh bermimpi utk buat & laksanakan dasar-dasarnya sendiri klu jumlah kerusinya lebih sedikit daripada PKR & DAP kerana demokrasi menetapkan yg majoriti akan berkuasa membuat keputusan, manakala yg minoriti dari segi pendudukan kerusi (iaitu PAS) hanya bertindak menurut segala keputusan DAP.
PAS tak mampu jadi dominan klu semua ni berpanjangan & prjuangan Islam di sisi PAS (kini tidak lagi) pula akan semakin lemah klu berterusan tunduk kpd kehendak DAP & PKR.
sikap PAS sangat mengecewakan semasa mula tunduk kpd DAP. sejak isu rampasan arak di selangor yg babitkan prselisihan kuasa antara ronnie liu & hasan ali, PAS semain tunduk dgn kehendak DAP yg keluarkan arahan supaya arak2 yg dirampas tu dipulangkan.
malah isu yg tak mungkin smua org lupa ialah kata2 karpal yg mncabar PAS langkah mayat dia trlebih dulu klu mahu bina negara islam & hudud. PAS semakin menurut kehendak DAP.
dlm artikel ni ada sentuh psl Islam tak perlu tunduk kpd prkara2 yg tak selari dgn perintah-Nya, aku setuju dgn blog ni dlm hal tu. PAS jelas semakin tunduk kpd tekanan DAP & PKR dgn membogelkan satu persatu pakaiannya (prinsip perjuangan asal) dan memakai pakaian baru yg dijahit oleh DAP utk PAS.
itu dari segi dasar PAS yg telah berubah. tak masuk lagi pasal daya ketokohan pemimpin2 PAS yg aku tak nampak pun kebolehan diorg utk bercakap dgn bijak dalam banyak perkara.
mat sabu, mahfuz omar, hasanudin ayob, malah haji hadi awang sekalipun, aku tak nampak kebolehan diorg utk berckp ttg satu isu. klu itulah saf kepimpinan baru PAS, aku jangka PAS akan jauh lebih terpesong drpd prinsip asal yg diperjuangkan tokoh2 PAS terdahulu spt arwah fadzil noor yg konsisten & tegas.
apa sudah jadi dgn PAS hari ni? selepas hampir 20 tahun, PAS masih belum buktikan kebijaksanaannya utk memandu rakyat malaysia ke arah yg lebih baik, malah keadaan PAS jd lebih kritikal di sisi pakatan.
UMNO pula tak perlu bergabung dgn PAS sebagai check & balance kpd kepentingan Melayu. tapi adakah PAS benar2 mempertahankan Melayu yg menganut Islam? dalam isu kalimah ALLAH pun PAS sudah senada dgn DAP & banyak lagi nada-nada DAP yg turut PAS menari sama dgn DAP & PKR.
apa sudah jadi?
Salam saudaraku Punt dan Adinge..
Apabila sy menyentuh UMNO ataupun PAS memerlukan antara satu dgn lain,ianya bukanlah membawa maksud penyatuan antara mereka sebagai sebuah parti politik..
Maksud yg sy ingin nyatakan adalah biar mereka kekal dgn keadaan spt sekarang,ttp bertindak sebagai dua entiti Melayu yg saling kuat menguatkan kelangsungan Islam dibumi Malaysia ini..
Sy tidak mahu melihat dari sudut populariti krn ianya bersifat luaran..
Sy lbh melihat dari segi manfaat kpd agama Islam itu sendiri..
Sy tidak mahu melihat kedua-dua entiti ini hilang krn ianya akan melemahkan cengkaman Islam di Malaysia ini dan keadaan ini akan merugikan kita..
Sy tiada masalah dgn kritikalnya saudara dlm perkara2 dasar krn itu adalah perkara yg baik utk check and balance..
Namun utk menyatakan DAP itu anti Islam,sy rasa itu agak tidak tepat krn Karpal Singh menyatakan pediriannya itu secara peribadi dan bukan mewakili sikap DAP,jika tidak PAS pun tidak ingin bekerjasama dgn DAP..
Spt juga UMNO dgn MCA dan MIC..
Ketika zaman Islam mula berkembang,Ibnu Abbas tidak ikut berhijrah ke Madinah krn beliau belum menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w dan masih bersama Abu Jahal,Abu Lahab dan Abu Sufyan..
Ttp beliau mengakui kenabian Nabi Muhammad s.a.w dihadapan Saidina Ali dan memberikan Unta kpd Sidina Ali utk meninggalkan Makkah dan beliau tinggal diMakkah utk menyampaikan perkembangan terkini Kota Makkah kpd Sidina Ali..
Jika Karpal seorang yg anti Islam,adakah kita mahu menasabkan bahawa DAP juga sebagai Anti Islam tanpa merujuk kpd kepimpinan DAP yg lain?
Maafkan sy,jauh sekali sy mahu mengangkat Karpal ttp sekali lg sy melihat dari segi akedemik dan bukan retorik..
Sy tidak terpengaruh dgn ucapan Karpal yg dibuat pd tahun 1990 itu krn waktu itu DAP bergerak sendiri..Lg pula Islam sebagai agama rasmi persekutuan,maka org yg menolaknya tidak layak berada dlm sistem perlembagaan ini..Ttp mengapa tiada tindakan diambil?
Krn ianya tidak memberi kesan kpd perlembagaan persekutuan yg sudah terbina ini.Sbb itu sy mengatakan ianya sekadar pandangan peribadi..
Jika kita mengambil sikap Karpal pd tahun 1990 sebagai pedoman,mengapa pula Rasulullah s.a.w boleh pula Memaafkan Hindun yg melapah tubuh Saidina Hamzah dan Wahsyi yg melontarkan tombak yg menyebabkan Saidina Hamzah Syahid di medan Uhud sedangkan ada yg meminta kpd Rasulullah agar mereka2 ini dihukum bunuh?
Bukakah Rasulullah s.a.w telah menunjukkan teladan bahawa memaafkan musuh yg tidak lg mahu bersengketa dgn kita?
Karpal bukan spt Abu Lukluah yg menikam tubuh Saidina Umar wlwpun beliau sudah menganut Islam dan sengaja mengadap Amirul Mukminin itu utk menambahkan kebenciannya Terhadap Saidina Umar r.a sblm bertindak membunuh Umar ketika solat Subuh beberapa hari selepasnya?
Dari segi latar masa,mengapa kita mengabaikan Isu langkah mayat Karpal pd tahun 1990 itu dan kini kita mahu mengungkit kembali perkara itu kini?
Pd pengamatan sy,isu ini tidak diberi perhatian krn ia tidak menjejaskan kekuatan UMNO pd waktu itu yg masih mendapat sokongan dari kaum bukan melayu..Pd PRU 10 dan PRU 11 BN dan Umno masih selesa..
Ketika beberapa buah negeri terlepas pd PR selepas PRU ke 12 barulah isu Karpal ini kembali diperkatakan..
Jd sy melihatnya sebagai retorik..
Pd sy ia akan makin menjauhkan sokongan bukan Melayu kpd BN pd PRU akan datang..
Namun jgn pula saudara2 menyangka bahawa sy ingin mengangkat DAP,ttp ianya sekadar penilaian sy dari sudut akedemik..
Sy tidak mahu mengangkat persepsi dlm hal ini krn jika diikutkan persepsi sy,sy langsung tidak meyokong Sistem Demokrasi krn ianya melalaikan kita dari menjalani cara hidup menikut Sunnah..
Bg mereka yg telibat dlm dunia politik,ianya berkait dgn kuasa..
Dgn Kuasa,dasar2 yg mereka perjuangkan akan dpt dilaksanakan..
Apa yg berlaku kini pun adalah berkait rapat dgn Dasar yg telah terbina sejak kita merdeka dahulu..
Sbb itu sy mengatakan bahawa semuanya adalah mangsa,sama ada mereka menyedarinya atau sebaliknya..
Salam, Gawat nih! Demonstari lagi !?!
Muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang. Mohamad Sabu berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara. "Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli.."
Apa matlamat mereka? DAP nak ikut serta tak? Ha Ha Melayu berjuang macam badut, Cina senyum sumbing, tak masuk campur biarkan luncai terjun.... hehehe
Wow Malaysia akan jadi Mesir pula kata Kit Siang... ? Ya mereka mencari ruang supaya NATO boleh selamatkan rakyat Malaysia. Kaaa.. BOOOOMMM!
Trend baru dunia demokrasi... anjakan paradigma huh? Janji dapat kuasa, apa cara tak kisahlah. Ye tak? Sapa yang untung? PAS PKR DAP? Jawab sendiri.....
komen Kit Siang " Other examples of peaceful demonstrations that eventually changed history include Gandhi’s Salt March in India in 1930, Martin Luther King’s Million Man March in the United States in 1963, and the Kwangju Uprising in Korea in 1980. Today, we too are bearing witness to the remarkable Arab Spring, a revolution that has opened up new ways of thinking for entire nations."
bagi api tu!
Assalam
Harap Tuan berkunjung ke blog saya dan saya mohon agar Tuan link Blog saya ke blog Tuan ini. Banyak yang perlu didedahkan pada orang ramai. Terima Kasih.
http://hmm-asal.blogspot.com
Salam kembali sdr HMMwangsa
Saya sudah kunjungi blog saudara, tahniah kerana berjaya menyediakan artikel menarik tentang sejarah Asia Tenggara yang agak asing dari pengetahuan umum.
Sayangnya saudara tidak wujudkan gadget followers dan juga senarai blog pautan di sana untuk memberi lebih impak kepada usahasama pembangunan populariti blog. Para pengunjung sering beralih dari satu blog ke blog yang lain dan adalah lebih cantik jika kita saling bertukar link sebagai kemudahan kepada pelayar blog. Semoga saranan saya ini dapat diterima sebagai satu nasihat kepada saudara. Sekian terima kasih. - Blog saudara akan saya sajikan dalan senarai blog di sini.
Sdr HMM, tak ada ruang komen ke?
Sdr Abatasa
Sebenarnya saya telah cuba untuk adakan blog pautan tetapi tentang sejarah Nusantara ni, nampaknya ada yang berselisih pendapat. Jadi saya bimbang jika paut ke satu pihak, tanpa disedari pihak 1 lagi sudah tidak mahu ke blog saya lagi. Saya sdg cuba mengambil jln tgh; paut kedua2nya tapi masih tiada balasan setakat ini.
Saya kurang arif tentang gadjet followers...nampak spt kurang faedah berbanding Follow by emel.
Anon,
InsyaAllah setelah habis semua bukti saya keluarkan...hingga kaitan dgn Nabi Sulaiman a.s.
Saudara HMM jangan ambil kisah pandangan pengunjung. Tiap orang mempunyai berbeza pandangan yang penting niat kita memberi info kepada seberapa ramai pembaca. Saya dulu pun tidak ramai pengunjung, selepas membuat link ini, pehak lain juga melakukan yang sama kepada kita, lama2 ramai juga yang ke sini. Biarlah mereka nak komen apa pun saya tak kisah. Tapi kalau teruk sangat dan mengganggu terpaksalah saya padam. Saudara sudah ada 7 atau 8 followers. Kalau ada gadget ini, pengunjung akan rasa di hargai. Kalau mereka ada blog, cuba masukkan blog mereka dalam blog list sdr. Nanti mereka akan wujudkan link blog saudara pula. Setakat nasihat, semoga saudara maju jaya dalam usaha ini.wassalam.
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.