Sunday, December 25, 2011

Budaya Politik "Singkir" Diambang 2020


Artikel saudara Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Politik Baru

Malaysia dijangka akan mencapai status negara maju dalam jangkamasa 18 tahun dari sekarang. Visi yang diletakkan oleh Tun Mahathir ini telah menggerakkan negara kearah satu matlamat tinggi yang dengan itu diharap bukan saja ekonomi negara akan menjadi lebih mampan tetapi massyarakat akan lebih matang. Pelbagai program transformasi telah dirancang bagi menaikkan ekonomi negara dan pendapatan rakyat.

Namun jika diteliti dari segi politik, saya melihat negara masih jauh dari target untuk mencapai kematangan. Kalau di negara2 maju kesilapan mana-mana ahli politik samada dalam skandal rasuah, seks, salah guna kuasa, maka dengan sendirinya beliau akan berhenti tanpa menunggu kepimpinan membuat keputusan. Tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara ini dimana yang membuat salah atau yang dilihat membuat salah masih terus berkuasa dan mendapat keampunan pihak tertentu. Ini menjadikan rakyat begitu mual seolah-olah negara ketandusan manusia lain yang mampu untuk memimpin.

Begitu juga jika terdapat perbezaan antara parti dan pengikutnya maka yang menjadi mangsa adalah pengikut walaupun pengikut berada dipihak yang benar. Amat sukar untuk pimpinan parti menerima kritikan ahlinya secara objektf dan berlapang dada. Tetapi sebaliknya sesiapa yang memberikan pandangan yang berbeza maka ia akan dinyahkan dari parti, keburukan peribadi akan dijadikan tatapan masyarakat. Ia akan dihina dalam media2 utama seolah-olah tidak ada langsung kebaikan kepada mereka. Yang anehnya ia bukan hanya berlaku kepada parti2 tertentu tetapi juga berlaku kepada parti islam. Lihat saja kepada apa yang berlaku kepada Dr Hasan Ali dan Ust Nasharudin. Pada satu ketika mereka berdua ditatang dan dijulang sebagai pemimpin masa depan PAS. Dimana saja mereka pergi puluhan ribu rakyat akan menghadirinya. Mereka berada dikedudukan yang tinggi dalam parti. Kehadiran mereka menyebabkan ramai golongan muda dan profesional menyertai parti, akhbar Harakah seperti goreng pisang panas yang menjadi rebutan rakyat.

Singkir

Tetapi kini, walaupun mereka memberikan pandangan yang ikhlas akan kedudukan parti yang sudah tersasar dari landasan asal namum mereka terus dihina dan ditentang oleh kawan dan lawan dalam parti. Mereka dianggap duri dalam daging, sebagai boneka lawan, kecewa kerana gagal memenangi apa2 jawatan dalam parti, kecewa kerana mungkin tidak dicalonkan dan lain-lain lagi yang menunggu masa untuk didedahkan. Saya tidak menolak kemungkinan mereka berdua akan terus disingkir dari parti kerana desakan dari pihak-pihak tertentu membuatkan parti tidak ada pilihan lain. Amat malang jika ini berlaku kerana kedua-dua individu ini bukan saja berpendidikan tinggi, bijak malah mampu membawa PAS ke tahap yang lebih tinggi.

Benarlah sebahagian orang berkata; politik itu kejam.

Visi 2020

Jadi apa sebenarnya yang ingin kita capai dalam Visi 2020? Apa maknanya ekonomi negara maju jika parti2 politik dan pimpinannya masih berada pada tahap lama. Takut pada kritikan, tidak mahu mengaku kelemahan sendiri, kuasa menjadi gilaan dan rebutan, aib mengaibkan. Adakah dengan suasana seperti ini akan melahirkan politik yang matang?


Dimanakan kedudukan islam ketika itu, adakah lebih terjaga atau dicairkan dengan pemikiran liberalism dan pluralism?

Kalau ahli2 politik asyik bergaduh maka bila masa mereka akan fikir pasal umat?

Malaysia benar-benar mendambakan budaya politik baru !

SUMBER

mana halatuju kita?

2 comments:

mr limdapiaang said...

Yang saya pelik, sahabat kita dari parti politik Islam sebok memperkatakan hukum hakam dan peraturan itu dan ini. Hudud diketengahkan untuk menjadi bahan jualan. Selama ini mereka hanya berkata perkara yang mereka boleh lari darinya bila tertekan. Matlamatnya menjadikan tekanan dan mempersalah kumpulan satu lagi. Nampak tak? Hairan kan?, tiada seorangpun ahli ekonomi, ahli perubatan, ahli sains dan berbagai lagi bidang keperluan semasa mereka berjaya usahakan. Sistem ekonomi yang macam mana hendak kita laksanakan? Sudahkah ada modelnya? Mana contoh yang bakal kita ikut? Senang nak salahkan orang lain. Belum menjadi pemerintah memang mudah nak komplain itu ini. Kerja paling senang ialah protes... Kita kira Trengganu pernah diperintah, tapi apa sumbangan mereka menguruskan ekonomi Islam? Cukupkah kita hidup dengan undang-undang atas kertas yang tidak dapat selesaikan masalah semasa. Nampak benar ia bersifat politik sahaja. Mana ulama yang mampu mentafsirkan undang2 alquran untuk menepati keseluruhan persekitaran semasa dan tidak dipertikai? Ketengahkan jika ada ...

Anonymous said...

Salam..
Islam itu agama,Manusia itu penganut..
Melihat kekurangan itu sebagai kekurangan manusia dan bukan melihatnya sebagai kelemahan agama..
Menyertai Sebuah Parti Islam bukanlah jaminan manusia itu akan bersifat sifar dari melakukan kesalahan,malah akan lbh mudah dijadikan sasaran kecaman apabila silap membuat pertimbangan..
Namun masyarakat juga bersalah krn kadangkala menggunakan kanta yg salah dlm menilai..
Kita bukan kekurangan ulama yg layak berijtihad,menggubal undang-undang syariah atau mensyariahkan undang-undang namun kuasa utk menggazet sesuatu undang-undang itu punya pemisahan antara negeri dan persekutuan..
Sy tidak mahu membawa kpd perkara politik ttp adakalanya umum juga kurang pengetahuan tentang siapa yg punya kuasa utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang dan siapa pula yg punya kuasa utk menahan sesuatu undang-undang itu dari dilaksanakan..
Disinilah kebanyakan kita melanggar prinsip dan displin dlm berijtihad krn pengetahuan yg terhad lalu digunakan sebagai kanta utk menghukum..Inilah yg tidak berapa kena dgn diri kita..Lalu kita berhutang dgn org yg kita hukum..
Tentang percanggahan pendapat dimana jua wadah,ianya adalah lumrah krn ianya belaku sejak dari dahulu lg..
Sejarah Islam sendiri menyaksikan percanggahan dikalangan para sahabat terhadap arahan Rasulullah s.a.w,sebagai contoh peristiwa melakukan solat Asar di perkampungan Bani Quraizah..Ada yg melakukan solat Asar di pertengahan jalan dan ada pula yg melakukan solat Asar setibanya diperkampungan Bani Quraizah..
Namun Rasulullah s.a.w membenarkan keputusan kedua-dua pihak..
Dlm Mazhab-Mazhab Ahulul Sunah Wal Jamaah,tidak pernah kita dgr Imam Syafie menyalahkan Imam Hanfi atau Maliki jika berlaku apa-apa percanggahan dlm perkara Fiqih yg mereka Fatwakan krn mereka semua ini mahir dlm ilmu-ilmu cabang agama dan punya kaedah tersendiri dlm menggubal hukum mengikut rujukan Al-Quran,Sunnnah serta Ijmak ulama..
Sbb itu mereka saling memberi penghormatan sesama sendiri..
Namun adab-adab spt ini tidak berlaku dizaman sekarang..Tidak ada yg tahu untuk berhenti bercakap sedangkan sudah tahu jika semakin byk yg dicakapkan maka semakin byk yg akan kelihatan bercanggah...
Kedua-duanya betul jika si A berkata begini dan si B mengatakan begini..Semuanya akan kelihatan benar spt yg kita perlu fahami bahawa Imam Syafie juga benar dan Imam Malik juga benar..
Begitu juga si A berkata begini berdasarkan pemerhatiannya dan si B juga akan berkata begini berdasarkan pemerhatiannya..Adakah kedua-duanya salah?
Dlm keadaan sekarang ini,sy akan mengatakan kedua-duanya benar..maka mereka berdua perlu berhenti memanjangkannya dan merujuk kpd kaedah musyawarah lalu dikembalikan permasalah itu kpd Al-Quran,Sunnah dan Ijmak..Itu sahaja..
Yg menjadikan keadaan itu menegang adalah apabila masing-masing masih lg mahu bercakap lalu melanggar prinsip-prinsip dan adab yg dipersetujui bersama yg sudah dijadikan ketetapan..
Menurut displin Ahli Ijtihad,Ijithad yg salah tidak berdosa malah beroleh satu pahala krn sblm Ijtihad itu dilakukan ahlinya merujuk terlebih dahulu Ijmak yg membenarkannya..Ijtihad yg betul beroleh dua pahala krn ijtihadnya diterima oleh ahli Ijtihad dan melakukan rujukan atas Ijmak yg membenarkannya..
Jika kita memahami displin ahli Ijtihad kita akan merasa hina dari menasbkan mereka mengikut kefahaman kita lalu kita akan merasakan kita tiada urusan dlm urusan mereka..
Masalahnya kita tidak kenal diri sendiri,tidak faham displin dan prinsip Iktilaf/Khilaf,lalu dgn mudah kita menghukum lalu org yg kita hukum tidak berdosa sebaliknya kita pula yg berdosa akibat kejahilan kita..
Jika disamakan hal ini dgn perkara berkait politik,maka kita tidak lebih dari mencampuri urusan Jemaah atau Wadah ahlinya krn mereka sudah menetapkan perlembagaan dan prinsip-prinsip yg sudah disepakati lalu dijadikan piawaian..
Kita yg melampaui batas krn ikut campur dlm perkara yg tidak kita fahami prinsip dan displinnya..

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan