Friday, February 12, 2010

PERALIHAN DIMENSI

 
 dari blog kumanddie
 
Pak Mustar said... 
 
Imam Mahadi hanya akan muncul bila DEMOKRASI telah hancur. Selagi demokrasi yang diasaskan berdasar sistem sekular wujud, tiada ruang untuk sistem kekhalifahan untuk menerajui umat Islam. Soal illuminati dan agennya adalah soal kerdil jika dibandingkan dengan misi Imam Mahadi. Maka bersiap sedialah mengharungi pertembungan hebat antara aliran tauhid dan aliran bathil. Imam Mahadi tidak akan sekali-kali berkompromi dengan demokrasi, satu sistem berbaur kebathilan dan kepalsuan, hasutan Iblis. Adakah orang Islam sekarang sudah faham permainan zionis, dajjal dan yakjud makjud? Demokrasi adalah tiket mereka merosakkan akidah tauhid. Masih belum serik lagi kaum muslimin hadapi pelbagai musibah akibat mengagung-agungkan mereka dan mengaggap mereka berkuasa dengan mengepikan kuasa Allah SWT. Kesyirikan jenis inilah yang sukar dikesan dan jadilah kita semua kaum yakjud dan makjud seperti mereka yang lainnya. Puja dan pujilah mereka dan ambillah mereka sebagai idola, kelak akan dipersoalkan bila tiba masa. Kesempitan hidup yang bakal menjelang sebelum dajjal muncul akan menyebabkan kita terpaksa memilih antara dua jalan. Samaada untuk maju kehadapan atau berundur. Terjadilah kaum Islam itu kepada dua kelompok iaitu yang benar-benar beriman dan yang berpura-pura beriman (munafikin). Yang tidak sanggup hadapi kesusahan akan terserap kedalam kaum yakjuj makjuj. Sanggupkah anda membuang DEMOKRASI yang telah sekian lama anda pertuhankan? Berhentilah dari menyembah demokrasi jika anda ingin selamat dari kemurkaan Allah. Binalah tapak untuk Imam Mahadi muncul dan memimpin kita.

0 comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan