Wednesday, January 11, 2012

Dr Hasan Ali Mangsa Racun Terselindung Dalam Kepimpinan PAS



PENDEDAHAN EKSKLUSIF
KONSPIRASI TERANCANG DALAM PAS UNTUK SINGKIRKAN PENGUASAAN ULAMA DALAM KEPIMPINAN

apa kaitan dengan "parasit"?
Dari dua sumber berbeza
Pendedahan 1. Penyokong UMNO
Pendedahan 2. Penyokong PAS

PENDEDAHAN 1


Rancangan sulit JIM (IRC) meruntuhkan kepimpinan Ulama PAS
membantu memperkukuh cengkaman Anwar dalam PAS

Dr Hassan jadi penghalang

PENYINGKIRAN Hassan Ali dari jemaah PAS bukan sahaja dilihat menguntungkan DAP ataupun PKR tetapi sebenarnya satu kemenangan awal kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang selama ini bercita-cita untuk menguasai kepimpinan PAS.

Memang DAP boleh tersenyum lega kerana Hassan Ali yang mereka sifatkan sebagai duri dalam daging kepimpinan kerajaan Selangor telah dipecat daripada PAS kerana Hassan Ali selama ini banyak menghalang gerakan-gerakan DAP untuk berkuasa penuh dengan menjadikan Khalid Ibrahim sebagai kuda tunggangan mereka.

Itu dari kehendak DAP tetapi yang sebenarnya kepimpinan PAS ataupun Hadi Awang sedar atau tidak bahawa dalam PAS ketika ini kelompok anggota atau bekas anggota-anggota JIM sedang merancang untuk mengambil alih secara keseluruhan pimpinan PAS.

Desakan Azmin Ali hanya sekadar ungkapan politik dan dengan berselindung disebalik kebencian DAP terhadap Hassan Ali, kumpulan yang pro Anwar mengambil kesempatan mendesak Hadi Awang membuat keputusan memecat serta merta Hassan Ali dari parti itu tanpa sebarang amaran.Peluang ini tidak dilepaskan oleh bekas anggota IRC ini.

JIM ini dulunya adalah serpihan daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun dan di Mesir mereka lebih dikenali dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..

Saari Sungib pernah menjadi Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan ini dan dilihat seperti menjadi syarat kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.


Saari bekas Presiden JIM..

Tindakan rakus bekas Presiden JIM juga jelas apabila telah memilih calon-calon untuk PRU13 sehingga beliau diberikan kata dua supaya tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada Presiden PAS.Kenapa Saari begitu berani mengumumkan senarai calon-calon untuk PRU13 di Selangor?

Sebab itulah penyingkiran Hassan Ali ini dilihat terlalu zalim serta drastik kerana Hassan Ali langsung tidak diberikan surat tunjuk sebab seperti lazimnya pada sesebuah pertubuhan kerana itulah peluang terbaik kelompok bekas pimpinan JIM ini menekan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menyingkir dan memalukan Hassan Ali dan Exco PAS ini akhirnya tumbang menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang tidak senang dengan kelantangannya.

Sebagaimana satu ketika dulu ABIM yang bercita-cita untuk menguasai UMNO dengan kemasukan Anwar ke dalam parti itu dan ABIM gagal melaksanakan agenda mereka dalam UMNO apabila Anwar dipecat daripada semua jawatan lantaran kes liwatnya dengan Azizan.Serpihan anggota JIM bukan sahaja berada dalam kepimpinan tertinggi PAS tetapi turut sama berada dalam PKR kerana kerana mereka adalah penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.

JIM yang juga merupakan antara pertubuhan yang pro Anwar berpaling menyusup masuk dalam PAS bagi menguasai parti tersebut dan ternyata usaha bekas-bekas anggota JIM ini semkin nampak hasilnya dan pemecatan Hassan Ali adalah bukti jelas bahawa PAS sudah tidak mampu lagi bangga dengan konsep parti itu sebelum ini yang waras dalam melaksanakan tindakan.

PAS ketika ini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan tuntutan DAP,bukan sahaja dilihat menjadi perkakas kepada DAP dan PKR tetapi kepimpinan tertinggi PAS dilihat gagal melihat gerakan tersusun dari dalam untuk menggantikan kepimpinan ulama kepada kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh JIM dan mereka akhirnya mengorban Hassan Ali tanpa disedari bahawa mereka telah mengorbankan dasar perjuangan PAS itu.

Semua orang pelik dengan alasan yang Hadi Awang berikan kononnya tindakan dan kenyataan Hassan Ali memudaratkan kepentingan PAS.Salahkah Hassan Ali memperjuangkan Islam kerana itu dasar tubuh PAS?Adakah menyalahi kepentingan PAS apabila Hassan Ali bersungguh mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dan di mana salah sebenarnya Hassan Ali bila beliau vokal mempertahankan kepentingan Melayu serta Raja-Raja Melayu sedangkan beliau bertanggungjawab dalam portfolionya itu? Yang jelas Hadi Awang maupun Nik Aziz ataupun Dewan Ulama PAS sudah sesat dan tersasar jauh dari asas penubuhan parti ini.

Hadi Awang tidak boleh alpa dengan gerakan-gerakan bekas-bekas anggota JIM ataupun IRC yang sedang memegang jawatan dalam PAS ketika ini dan harus melihat bahawa sudah ada sesuatu yang tidak kena kepada parti itu apabila Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS dan ini dilihat virus IRC yang dibawa masuk ke dalam PAS sudah mula menular dan tidak mustahil Hadi Awang yang akan tinggal bersendirian serta diperalatkan untuk sesuatu keputusan.




PENDEDAHAN 2

AGEN ERDOGAN
oleh Tulang


Rahman Talib belum hilang dendam lama terhadap Ustaz Harun Taib, Ketua Dewab Ulamak PAS Pusat.

Dendam beliau berpunca atau berakar umbi dari sokongan totok beliau ke atas kumpulan edorgan. Rakan saya memberitahu Rahman Talib tidak kenal siapa Ustaz Harun Taib sebenarnya kecuali ketika Ustaz Harun Taib pergi ke Amerika kerana menghadiri kem musim panas atas jemputan mahasiswa Malaysia di sana. Ketika itu Rahman Talib sedang belajar di Amerika.

Ustaz Harun Taib dianggap sebagai ‘penghalang’ dalam PAS bagi kelompok IRC di kampus dulu. Islamic Representative Council (IRC)   ditubuhkan di UK selain daripada Suara Islam, dan IRC merupakan serpihan ABIM selepas Anwar masuk UMNO.

Pelajar Malaysia ketika itu yang cenderung kepada kebangkitan Islam tidak mahu bersama ABIM, dan IRC lebih rapat dengan Ikhwan Alami yang anggotanya merupakan orang buangan atau orang buruan pemerintah dunia Arab sekular di zaman 80an dan 90an. Manakala Suara Islam lebih cenderung dengan pendekatan kumpulan Hizbul Tahrir dan Hezbollah.

Ustaz Harun Taib, selain daripada Ustaz Abu Bakar Chik dan almarhum Ustaz Hassan Shukri, dianggap menjadi “musuh’ oleh ahli dan pimpinan IRC yang sentiasa ‘kalah’ dalam perbahasan, perbincangan dan perdebatan mengenai isu partisan atau non-partisan, samada masuk pilhanraya syari’e atau tidak syari’e. Agenda IRC untuk menguasai PAS gagal di akhir 80an.

Kemudian IRC menubuhkan JIM di Malaysia sebagai platform NGO agar ahli IRC yang balik dari UK dan Amerika ada tempat untuk bergerak menjalankan kerja-kerja dakwah dan aktiviti Islam. JIM kemudian membenarkan ahlinya masuk UMNO dan PAS dengan misi tersirat.

Apabila Anwar disepak keluar dari UMNO pada tahun 1997, dan ketika almarhum Ustaz Fadzil Noor mengajak ahli PAS ‘memaafkan Anwar’, ramai ahli IRC dan bekas ahli UMNO mulai rapat dengan PAS. Gabungan semula ahli-ahli ABIM, PAS, JIM, Arqam, Tabligh, dan Suara Islam (UK @ Khalid Samad) selepas 1998 rentetan kes Anwar ini bagaikan biduk lalu kiambang bertaut. Semua rakyat yang menjadi simpati, penyokong, pendokong dan pejuang kebenaran yang menjadikan Islam sebagai matlamat kehidupan bergabung semula di bawah payung PR.

Lantaran ada dalam kalangan ahli IRC@JIM yang masuk PAS dan PKR. Mereka masuk PAS dan PKR dengan misi tersirat. Bagi ahli IRC@JIM yang ada “kes lama” dengan pimpinan PAS semasa mereka berada di universti dulu, mereka akan pilih PKR dari PAS. Hanya dua orang kuat IRC@JIM sahaja yang bersedia berdepan dengan pimpinan PAS terus masuk ke saf pimpinan Negeri dan Pusat, manakala yang lain menyelinap masuk di cawangan dan kawasan. Kini JIM telah pecah menjadi ISMA dan IKRAM, dua NGO baru kerana pimpinan utama dalam JIM sudah masuk PAS dan PKR. Samada ISMA atau IKRAM, roh ukhwah dan jamaah IRC masih utuh.

Rahman Talib mula tertarik dan terpegun dengan orang kuat IRC@JIM dalamPAS dan sanggup menjadi pencacai utama dan petugas khas kepada kumpulan ini yang dikenali juga sebagai erdogan. Kalau anda baca tulisan di blog ini mengenai hubungan Rahman Talib dengan erdogan, anda akan tahu lebih lanjut perkara yang berlaku di belakang tabir.

Oeh kerana Rahman Talib rapat dengan erdogan, dan erdogan tidak suka dengan Dato’ Dr. Hassan Ali, setelah Dato’ Dr. Hassan gagal memenuhi kehendak dan agenda erdogan dalam PAS dan Pakatan Rakyat, maka Dato’ Dr Hassan Ali harus diletak ketepi sepertimana mereka lakukan ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila beliau gagal mengikut telunjuk endorgan.

Erdogan mencucuk Ustaz Nasaruddin Mat Isa supaya bertading melawan almarhum Ustaz Hassan Shukri. yang dilihat sebagai ‘penghalang’ kepada kemajuan IRC@JIM dalam PAS. Apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak mahu dipengaruhi oleh misi erdogan dalam PAS, maka erdogan menyuruh Dato’ Hussam Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden melawan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Apabila gagal, maka mulalah serangan peribadi ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa atas nama isu UG (Unity Goverment) atau kerajaan perpaduan.

Dalam kesemua kes di atas, Rahman Talib menjadi batu api
  • memfitnah dan menyerang almarhum Ustaz Hassan Shukri kerana beliau dianggap menjadi pengahalang orang IRC@JIM untuk naik jadi calon dalam Selangor
  • menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa habis-habisan sehinggalah dalam kempen untuk pemilihan JK PAS Pusat dalam Muktamar PAS 2009.
  • menyerang Dato’ Dr. Hassan Ali kerana Rahman Talib tidak dapat jawatan di Selangor , dan kerana Dato’ Dr. Hassan Ali tidak lagi bersama agenda erdogan dan menjadi penghalang suara Khalid Samad
  • menyerang Dato’ Mustafa Ali kerana Dato’ Mustafa Ali menyatakan 16 Sept adalah gimik politk sedangkan erdogan sudah berdiri teguh di belakang Anwar; sebelum itu, erdogan pernah menggunakan Mustafa Ali untuk memujuk Presiden supaya menggantikan PJ Selangor dari almarhum Ustaz Hassan Shukri kepada Dato’ Dr. Hassan Ali
  • menyerang Presiden PAS kerana Presiden PAS melantik Dato’ Mustafa Ali sebagai SU Agung menggantikan Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang disebut sebagai proksi Anwar dan proksi erdogan dalam JK PAS Pusat; beliau menyerang Presiden PAS kerana kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO.
  • menyerang Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil tindakan disiplin ke atas Khalid Samad.
  • menyerang Ketua Pemuda PAS Pusat kerana Abdullah Karim kawan baru Rahman Talib tidak dilantik dalam Muktamar DPP sebagai AJK DPPP
  • menyerang anak TGNA kerana anak TGNA tidak sehaluan dengan Dato’ Hussam Musa
  • dan menyerang anak TGHA kerana anak TGHA menang dalam pemilihan AJK DPPP dan proksi Rahman Talib kalah.

Semua serangan ini dbuat secara terbuka dalam laman web malaysiawave.com oleh  Rahman Talib.

Kini dalam laman malaysiawave.com, Rahman Talib mencari kesempatan di atas isu Dato’ Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menyerang Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Rahman Talib menyebut “Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat lidah bercabang” dalam lamannya 30 Disember lalu. Dalam ertikata lain, beliau menuduh Ustaz Harun Harun Taib sebagai munafik. Begitulah celuparnya mulut Rahman Talib terhadap pimpinan PAS.

Meskipun Rahman Talib mengutuk UMNO dan MCA, dalam masa yang sama beliau mengeji dan mencaci beberapa pimpinan PAS yang dianggap sebagai ‘musuh’ kepada erdogan atau penghalang kepada misi erdogan dalam PAS.

Bacalah artikel dalam blog ini untuk anda memahami perkara tersirat dalam perjuangan Islam yang penuh komplek


I have no comment

Monday, January 9, 2012

Salah Congak tetapi keliru. Dr Hasan jadi tumpuan.



Mahkamah Rakyat tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dirancang. Ia tidak perlu ditubuhkan lagi selepas ini.

Kes perbicaraan DSAI telah tamat, keputusan yang bercanggahan dengan sangkaan semua pihak. Betul-betul memeranjatkan, termasuk DSAI sekali. Termasuk juga beberapa pemerhati luar negara.

Kenapa agaknya ia terjadi begini? DS Najib seperti sudah tahu keputusan ini.

Walaupun keadaan sebelum ini nampak memihak Saiful selaku mangsa, namun penghujungnya mahkamah tidak memihak kepadanya. Adakah ada camput tangan luar? Tiada siapa yang mengetahuinya. Tetapi saya dapat mengesan ada sesuatu kelainan dari biasa. Apa dia? Nantilah masa yang sesuai saya akan cuba sampaikan.

"DS Anwar didapati tidak bersalah" Namun kita sukar menelah sama ada kejadian tersebut benar-benar tidak berlaku. Kerana sebelum ini Karpal sendiri ada memberitahu wujud keadaan "suka sama suka" dan dia sudah pun berputus asa. Keputusan ini juga di luar jangkaan Karpal. Adakah Karpal telah tewas dalam muslihat yang cuba dipasangnya? Cuba fikirkan.

Malaysia terselamat dari serangan berterusan Barat bahawa mahkamah Malaysia tidak bebas dari kawalan pemerintah. Akhirnya berlaku sesuatu yang tidak selari dengan dakwaan yang dibuat. Kini tiada peluang untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Anwar kehilangan peluang meraih simpati dari rakyat. Tuduhannya bahawa DS Najib melakukan penganiayaan terhadapnya dan kerajaan ini zalim menjadi terleset. Mendapat kelebihan tetapi kehilangan sesuatu yang lain.

Apa yang kita harapkan, semoga THH atau Soros tidak terlibat dengan keputusan ini. Jika wujud, kita bimbang ada muslihat lain sedang mereka rancang. Namun kita harus bersyukur negara tidak terjebak dengan huru hara akibat dari kes ini.

Hanya Allah sahaja yang akan menghukumnya jika dia benar-benar melakukan kesalahan tersebut.

Kemelut terbaru yang bakal memberi kesan terkuat ialah kes pemecatan Dr Hasan Ali oleh pucuk pimpinan PAS. Perpecahan PAS ketara bila beberapa pemimpin yang memihak ulama menyampaikan simpati dan membuat kunjungan ke kediaman Dr Hasan malam tad. Memberi semangat kepadanya. AJK PAS agak terburu-buru membuat keputusan yang bakal merugikan mereka. Ketakutan pemimpin PAS kepada Anwar terserlah seolah Anwar telah menjadi penentu perjalanan parti itu. Pertelingkahan PAS dengan PKR akan memuncak bila pergerakan pemuda PAS bersuara kelak.

Permainan politik Malaysia semakin menarik. Malangnya perpecahan orang Islam khasnya Melayu semakin melebar. Mampukah DS Anwar membaik pulih keadaan bercelaru yang terhasil dari apa yang dia perjuangkan? Walau apa pun keadaannya, diharap Orang Islam cepat belajar dari kekalutan ini serta kembali bersatu mempertahankan agama tercinta melebihi kepentingan politik. Perpecahan ini memberi cabaran hebat kepada kita semua.

Pesan saya, bersangka baiklah dengan perancangan Allah swt.

Sunday, January 8, 2012

Jika Tiada Urusan, Jangan Masuk KL 9 Januari 2012





Kadaan tidak terkawal mungkin terjadi pada 9Hb Januari, 2012 ini. Terdapat maklumat tidak resmi bahawa pihak penganjur akan mengingkari syarat yang ditetapkan oleh polis. Mereka seolah telah bersedia melakukan aksi radikal. Mereka bersungguh-sungguh maksudkannya.

Dikhuatiri ada diantara orang awam yang tidak terlibat dengan demonstrasi Tuntutan Bebas DS Anwar akan menjadi mangsa keadaan. Dari apa yang disebutkan olah wakil mereka, akan membuat desakan  menuntut DS Anwar Ibrahim dibebaskan walaupun dia disabitkan kesalahan pada tarikh berkenaan.

Polis telah pun memberi kelonggaran untuk membenarkan keinginan mereka untuk berhimpun, namun mereka tetap tidak berpuas hati. Kenapa? Apa perancangan mereka?

Sukar bagi saya untuk mengulas perkara ini kerana bimbang dituduh menentang pembangkang. Saya tidak sedikit pun ghairah dengan politik jauh sekali memihak. Apa yang saya bimbangkan kekacauan di Syria akan menular ke negara ini akibat dari kekalutan yang timbul dari provokasi terhadap anggota keselamatan. Kes ini telah pernah berlaku di Libya dan Syria.

Kita harus ingat selain mereka, pihak lain juga merancang akan melakukan hal yang sama. Apa yang akan berkaku jika ada dua kumpulan penyokong ini bertembung?


Hasrat pihak asing untuk memancing cetuskan kekacauan memang wujud. Terdapat bukti bahawa NED, CIA dan FBI menjadi dalang utama mengucar kacirkan negara Arab. Malaysia juga tidak terkecuali menjadi sasaran. Malaysia menjadi tapak yang paling strategik untuk penguasaan penuh Asia Tenggara. Dalam masa yang sama meneruskan perancangan memaksa semua negara Islam tunduk dan menjadi rakan sekutu atau bekerja untuk mereka.

Saya meminta maaf jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara ini. Saya hanya ingin memberi peringatan supaya terselamat dari terjebak dalam perancangan agenda sulit USA. Ini bukan satu persepsi semata malah kita mempunyai maklumat bahawa Singapura telah bersetuju menjadikan negara itu sebagai pengkalan agen-agen USA dan Zionis untuk projek Malaysia-Indonesia.

Jika tidak berlaku sekarang, hasrat mereka tidak pernah padam dan akan diteruskan sehingga peluang menjelma. Kita dihidangkan dengan keghairahan dan semangat berpolitik. Akibat tindakan melebihi batas akan mencetuskan ketidak puasan hati kumpulan bertentangan. Hina menghina dan caci mencaci bakal saling sakit menyakiti dan bermusuh sesama agama. Keadaan semasa berpotensi melahirkan individu yang hilang kawalan yang boleh membawa kepada kejadian saling berbunuhan sesama sendiri. semoga Allah selamatkan kita darinya.

Inilah yang berlaku di negara Arab yang disanjung oleh sesetengah orang sebagai satu kebangkitan. Padahal kita dihasut secara diam untuk membawa mereka masuk menguasai kita.

Cukuplah dengan luka sedia ada. Jangan ditingkatkan sehingga tidak dapat diselamatkan lagi. Bertawakkallah, perancangan Allah mendahului segala kehendak kita, jika Dia kehendaki, pemerintah semasa pasti akan turun juga nanti, tak perlu kita khianati bangsa dan agama dengan membabitkan sokongan luar.

Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. Jauhi tindakan yang mendorong kepada pertelingkahan. Saya berdoa semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari bertelingkah sesama sendiri hasil hasutan mereka yang bersubahat dengan Zionis dan Amerika.

ABATASA

Thursday, January 5, 2012

Kes Amalina, satu peringatan




Amalina, semoga apa yang berlaku menjadi pelajaran berguna untuk menempuh masa depan yang lebih mencabar. Lupakanlah kepahitan yang terpaksa ditelan dan ingatlah bahawa yang pahit itu biasanya menjadi ubat yang mujarab.

Nur Amalina Che Bakri mencatat sejarah apabila pada 26 Mac 2005 diisytiharkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004. Mengalami kontroversi kehidupan sebagai pelajar luar negara. Bolehlah dikatakan dia telah mendapat pulisiti yang cukup meluas sejak beberapa hari lalu. Orang Melayu amat tersinggung. Itulah kata-kata yang paling sesuai disebutkan. Ramai yang melahirkan rasa kecewa. Genius Melayu dengan mudah menjadi ratahan kehidupan sosial barat. 

Semoga anak-anak Melayu dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku kepada Nur amalina. Selamatkan diri dari tsunami New World Order yang semakin rakus. NWO akan menghancurkan tatasusila manusia dan membawa ke satu distinasi sosial gila bebas dari campur tangan agama. 

Program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara harus dipertimbangkan semula terutama bagi anak-anak belasan tahun yang biasanya akan mengalami kejutan budaya.  Kerajaan harus mengubah halacara berkaitan jika masih mahu melanjutkan dasar tersebut.

Biarlah mereka meneruskan pelajaran permulaan di dalam negara sekurang-kurang peringkat diploma sebelum membenarkan mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Kematangan dan kekuatan minda harus dipupuk bagi membentuk jati diri terlebih dahulu. Sebaiknya mereka diberi pendedahan keagamaan secukupnya.

Pihak berwajib perlu menjadikan kes Amalina, Aarif dan Sufiah sebagai bahan kajian untuk memperbaiki dasar penghantaran genius kita ke luar negara. Apa guna bijak tetapi terpinggir dalam keimanan dan tentunya senang dimangsakan. Kita harus sedar pihak barat juga mengidamkan manusia genius seperti mereka ini berkhidmat di negara mereka. Kemungkinan besar mereka tidak akan kembali ke Malaysia walaupun berjaya. Jika tidak, akan ada usaha merosakkan pemikiran mereka.

Sufiah genius Mathematik menjadi pelacur, Aarif juga genius berkahwin GAY

Lihatlah apa yang mereka tawarkan kepada kita. Perjuangan BEBAS ini juga cuba dibawa masuk ke Malaysia oleh ejen-ejen Yahudi. Berpuluh NGO muncul secara mendadak dan saling kait mengait antara satu sama lain. Cuba teliti siapakah yang menjadi penaja mereka? Apa niat sebenar mereka dan untuk apa?

Matlamat yang cukup jelas. Untuk rosakkan lagi sisa kehidupan Islam yang sudah sedia rosak. Oleh itu , berhentilah memberi ruang kepada mereka memporak perandakan agama dan anak bangsa. Jangan sesekali bersetuju dan memberi sokongan baik secara langsung atau tidak lansung. 

Apa yang nyata orang Melayu semakin hari semakin lemah dan tidak lagi mampu mengawal diri. Ketahanan kita turut luntur dan pastinya akan memberi kesan bila kita berada dalam masyarakat barat. Sebelum kita pergi ke sana tanyakanlah diri sendiri mampukah kita bertahan jika di rantau orang? Orang Melayu kini dan esok bakal menjadi ratahan mereka jika tidak cepat sedar. Ingatlah mereka berhajat benar untuk melihat Islam hancur dan terhina. 

Apabila peluang terbuka, mereka mengambil kesempatan merosakkan Islam khususnya orang Melayu. Mahukah mereka membantu genius Melayu yang dihantar ke luar negara untuk menimba ilmu?

Kerajaan wajar meneliti kembali perancangan menghantar lepasan SPM ke luar negara. Banyak buruk dari kebaikan yang kita perolehi. Jangan sia-siakan wang rakyat dengan mengeluarkan biasiswa yang kononnya untuk membangun masyarakat hebat 2020. Lebih baik mereka di didik di dalam negara. Apa gunanya berbelanja jika yang bakal diperolehi ialah malu dan aib? Sedarlah ada sesuatu di luar sana yang sedia menanti. Perangkap sedia terpasang untuk mengambil peluang merosakkan orang Melayu. 

Di dalam negara sendiri usaha memurtadkan sedang berleluasa, di luar negara pula genius Melayu dirosakkan. Ada yang menjadi pelacur. Sungguh menakutkan.

Bagaimana seorang genius yang mendapat 17A dalam SPM boleh gagal dalam pelajarannya di luar negara?

Kita lihat kembali masalah dalam negara. Di Universiti tempatan anak bangsa dilatih menjadi pendemo. Mahasiswa digalakkan melibatkan diri dalam politik. Ada yang direkrut menjadi pejuang menentang kerajaan. Pemerintah yang selama ini membela mereka. Berbagai dasar telah dibangunkan sebagai laluan mudah untuk mereka berada ke Pusat Pengajian Tinggi. Mereka harus matang dan dapat berfikiran sebagai orang yang berilmu.  Adakah mereka tidak mahu berterima kasih?

Apa yang lebih menyedihkan ialah ada pihak yang tega melakukan pengkhianatan dengan meransang anak muda ini melakukan kerja sesia. Kini sebahagiannya mengalami kesusahan akibat tindakan separuh masak itu. 

Berbalik kepada Nur Amalina. Melalui video yang dipaparkan di bawah, Nur Amalina memohon agar dia diberi kesempatan memperbaiki kesilapan. Diharap dia benar-benar ikhlas dan mahu memperbaiki dirinya. Apa yang berlaku amat memberi kesan kepada diri dan keluarganya. Apa yang ada di barat tidaklah semuanya indah. 



Rasanya apa yang dipaparkan sudah cukup untuk melahirkan kesedaran Nur Amalina. Hasil dari tindakan segera rakyat Malaysia ini akan dijadikan pedoman bagi mereka yang lain supaya sentiasa menjaga nama baik Islam, Melayu dan Malaysia. Aib yang menimpa keluarga Amalina tentu sekali amat menyakitkan terutama ibunya sebagai seorang pendidik.

Saya hanya akan menyiarkan 2 artikel sebelun ini (mengenai Amalina) untuk beberapa hari lagi sebelum memadamnya demi memberi peluang kepada Amalina kembali ke pangkal jalan.

Apa yang saya cuba tampilkan bukan bertujuan untuk mendera atau mengazab Amalina atau keluarganya. Kita faham sesiapa sahaja boleh terperangkap dengan acuan yang disediakan oleh manusia laknat Yahudi wa Nasara ini. 

Saya bangunkan kisah ini demi memberi kefahaman terhadap agenda besar Yahudi Antarabangsa menjatuhkan kekuatan iman kaum Muslimin. Harus di ingat sebelum ini mereka telah dengan bergaya menundukkan penganut Kristian. Kini penganut Kristian berada dalam kawalan mereka sepenuhnya. Melalui kelebihan ini mereka gunakan jentera mubaligh kristian untuk merosakkan penganut Islam pula. Jesuits dan Black Pope menjadi perancang utama gerakan ini.

Bagi saya Amalina dan beberapa rakannya yang lain telah terpedaya dan menjadi mangsa. Jika kita cuba menyalahkan sesiapa selain Jesuits, ia tidaklah tepat. Semuanya telah menjadi mangsa mereka, termasuk seluruh rakyat Malaysia.  

Cuba perhatikan Matlamat Gerakan Illuminati yang saya sebutkan di bawah ini. Dari 25 matlamat itu, sebahagian besarnya telah pun ada di hadapan mata kita semua. Saya sebutkan sebahagian darinya iaitu perkata 1,2,3,4,8 dan 24. Saya fikir cukuplah kita perhatikan 6 langkah ini dan sejauhmana ia memerangkap kita semua.

1. Aturkan semua manusia supaya lebih cenderung dan senang ke arah kejahatan berbanding kebaikan.

2. Anjurkan gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)

3. Gunakan idea "kebebasan" untuk mewujudkan pertentangan atau krisis antara kelas dalam masyarakat

4. Gunakan segala cara untuk mencapai Tujuan Illuminati seperti yang telah ditetapkan.

7.Galakkan masyarakat supaya cenderung untuk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.

8. Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik untuk merosakkan golongan belia.

24. Menyusup ke semua kelas dan lapisan masyarakat dan kerajaan untuk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan rosakkan golongan muda dengan mengajar teori dan prinsip-prinsip yang kita tahu adalah palsu.

Adakah kita berjaya melepaskan diri dari genggaman mereka? Anda tentu tahu jawapannya.

Kepada anak-anak muda yang berpeluang melanjut pelajaran di luar negara terutamanya negara barat dinasihatkan supaya mempersiapkan diri dengan bekalan iman yang mencukupi untuk melawan ombak dan tsumani sosial yang hebat di sana. Scotland adalah pusat utama gerakan missionary fremason. Jikalau boleh jauhilah negara tersebut. 

Ibu bapa harus berhati-hati mengasuh anak terutama jika ingin menghantar anak ke luar negara. Jangan jadi sebagaimana nasib  ibu dan bapa kepada Nur Amalina, Sufiah dan Aarif. Harapan tinggal harapan kini terpaksa pula menanggung aib dan malu.


Perkembangan terkini budak genius matematik Sufiah Yusof yang pernah menjadi pelacur. 


   
Klik Sini


Pembetulan Fakta:

Teguran diterima dari seorang pembaca:

Pembetulan untuk kes Sufiah...dia bukan pelajar yang dihantar belajar ke luar negara. Dia lahir di UK, berayahkan Pakistan dan ibunya bekas rakyat malaysia dari Johor yg sudah bermastautin di UK...


Terima kasih atas maklumat ini.

Wednesday, January 4, 2012

Penafian Ibu Nur Amalina... new story.. sejauh mana ianya benar?

berita baru: Video Amalina
berita sebelum ini:

Nur Amalina Che Bakri mencatat sejarah apabila pada 26 Mac 2005 diisytiharkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004.
Gadis sopan ini bertukar jadi liar
salah siapa?


Aku peduli apa. susah senang aku yang tanggung! Agaknya itulah maksud yang cuba disampaikan kepada ibu bapa yang membesarkan dia. Anak durhaka sebegini tidak akan dapat mencium bau syurga. Semoga anak-anak Melayu yang lain dapat mengambil iktibar menyelamatkan diri dari tsunami New World Order yang semakin rakus. NWO akan menghancurkan tatasusila manusia dan membawa ke satu distinasi sosial gila bebas dari campur tangan agama. 

Sia-sia dan malu. Itulah ungkapan yang paling sesuai ditaburkan kepada program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara.  Kerajaan telah gagal dalam mengangkat martabat bangsa, sesuatu yang amat menyedihkan. Bagaimana kesemua mereka ini gagal galam pelajaran padahal amat cemerlang dalam peperiksaan tempatan? Mimpi ngeri. Ia bakal menghantui fikiran ibu bapa mereka. Sesal pun sudah tidak berguna, ia sudah terjadi.

Sufiah genius Mathematik bertukar jadi pelacur, Aarif genius berkahwin GAY, yang ini pula genius SPM 17A sudah hanyut dalam kehidupan bebas.

Lihatlah apa yang mereka tawarkan kepada kita. Perjuangan BEBAS ini juga cuba dibawa masuk ke Malaysia oleh ejen-ejen Yahudi. Untuk apa? Untuk rosakkan lagi yang sudah sedia rosak? Berhentilah memberi ruang kepada mereka memporak perandakan anak bangsa.

Apa yang nyata orang Melayu semakin lemah dan tidak lagi mampu mengawal diri apa lagi di rantau orang. Orang Melayu kini menjadi ratahan mereka yang mahu melihat Islam hancur dan terhina. 

Apabila peluang terbuka, secara mudah mereka mengambil kesempatan merosakkan genius Melayu yang dihantar ke luar negara untuk menimba ilmu. Menjual maruah bangsa dan agama dengan harga yang sangat murah.

Sudah-sudahlah berbelanja percuma mengeluarkan biasiswa kononnya membangun masyarakat hebat 2020. Apa gunanya jika yang bakal diperolehi ialah malu dan aib? Ada sesuatu di luar sana yang sedia menanti. Perangkap terpasang untuk mengambil peluang merosakkan orang Melayu. Fenomena yang merimaskan kita semua.

Di dalam negara sendiri usaha memurtadkan sedang berleluasa, di luar negara pula genius Melayu dirosakkan. Niat yang baik belum tentu mendatangkan hasil yang baik.

Bagaimana seorang genius yang mendapat 17A dalam SPM boleh gagal dalam pelajarannya di luar negeri?

Posting dari Selatan online

Kiriman bumiperak

  

Respons Nur Amalina di facebook terkini; Peduli orang lain kata, aku tanggung derita setiap hari

Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.

Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.

Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.

Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Biar orang bodoh sahaja dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
“Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, “Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan.” [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]





"


Kemusnahan mula menerjah di segenap peringkat. Jangan anggap ia perkara mudah. Ibu bapa harus berhati-hati mengasuh anak terutama jika ingin menghantar anak ke luar negara. Jangan jadi sebagaimana nasib  ibu dan bapa kepada Nur Amalina, Sufiah dan Aarif. Harapan tinggal harapan kini terpaksa pula menanggung aib dan malu.

Di Universiti tempatan anak bangsa dilatih menjadi pendemo, di luar negara pula lebih teruk ada yang menjadi pelacur... nauzubillahi min zalik.

Maklumat baru:

berita kontroversi muncul mendadak.
Nur Amalina Che Bakri Masih Pelajar Cemerlang di Universiti

Ibu sangkal tohmahan blog
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Badrul Kamal Zakaria
bhjb@bharian.com.my
2012/01/04


SABARIAH menunjukkan laman blog yang dipercayai menyiarkan laporan fitnah terhadap anaknya di SMK Taman Johor Jaya 2, semalam.Nur Amalina didakwa masih jadi pelajar cemerlang di universiti

JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.


Ibunya, Sabariah Hassan berkata, setiap hasil kerja anaknya dipuji pensyarah dan rakan sekelasnya malah Nur Amalina kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan.

“Oleh itu, isu kegagalan dalam pengajian tidak timbul seperti dakwaan pihak tertentu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memanggil sidang media bagi memberi penjelasan berhubung laporan beberapa blog mendakwa Nur Amalina kini menjalani gaya hidup bebas dan liar selain gagal dalam pengajian dan sudah kembali ke tanah air secara senyap.

Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.


Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.

“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.

“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya. 


Sejauh mana logiknya kenyataan Sabariah ini?
Kini Ibu Amalina terpaksa bekerja keras untuk memberhentikan penyebaran berita mengenai anaknya.

Dari Biutifulnara

Rakan kami, Hazrey ketika ini sedang melakukan temuramah bersama Nur Amalina Che Bakri yang sedang berada di UK menerusi Skype. Anda boleh bertanyakan soalan kepada Amalina menerusi Twitter dengan menggunakan hastag #AskAmalina atau dengan mention Twitter Hazrey.

1. Wartawan tempatan di kediaman keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi. Sebentar nanti, sesi video chat melalui skype akan diadakan bersama Nur Amalina atau lebih mesra dipanggil Ina yang ketika ini berada di Edinburgh, UK.


2. Ibu Nur Amalina sedang ber”Skype” bersama anaknya menerusi laptop.


Stay tune untuk update yang akan dilakukan secara live.

3. Video ucapan khas daripada Amalina untuk pembaca BeautifulNara dan Hazrey
4. Video ucapan daripada Amalina khas untuk semua rakyat Malaysia
Stay tune untuk update yang akan dilakukan secara live.

  

Amalina 17A kini hanyut dimangsakan - Hentikan program Pelajar Cemerlang


Nur Amalina Che Bakri mencatat sejarah apabila pada 26 Mac 2005 diisytiharkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004.
Gadis sopan ini bertukar jadi liar
salah siapa?


Aku peduli apa. susah senang aku yang tanggung! Agaknya itulah maksud yang cuba disampaikan kepada ibu bapa yang membesarkan dia. Anak durhaka sebegini tidak akan dapat mencium bau syurga. Semoga anak-anak Melayu yang lain dapat mengambil iktibar menyelamatkan diri dari tsunami New World Order yang semakin rakus. NWO akan menghancurkan tatasusila manusia dan membawa ke satu distinasi sosial gila bebas dari campur tangan agama. 

Sia-sia dan malu. Itulah ungkapan yang paling sesuai ditaburkan kepada program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara.  Kerajaan telah gagal dalam mengangkat martabat bangsa, sesuatu yang amat menyedihkan. Bagaimana kesemua mereka ini gagal galam pelajaran padahal amat cemerlang dalam peperiksaan tempatan? Mimpi ngeri. Ia bakal menghantui fikiran ibu bapa mereka. Sesal pun sudah tidak berguna, ia sudah terjadi.

Sufiah genius Mathematik bertukar jadi pelacur, Aarif genius berkahwin GAY, yang ini pula genius SPM 17A sudah hanyut dalam kehidupan bebas.

Lihatlah apa yang mereka tawarkan kepada kita. Perjuangan BEBAS ini juga cuba dibawa masuk ke Malaysia oleh ejen-ejen Yahudi. Untuk apa? Untuk rosakkan lagi yang sudah sedia rosak? Berhentilah memberi ruang kepada mereka memporak perandakan anak bangsa.

Apa yang nyata orang Melayu semakin lemah dan tidak lagi mampu mengawal diri apa lagi di rantau orang. Orang Melayu kini menjadi ratahan mereka yang mahu melihat Islam hancur dan terhina. 

Apabila peluang terbuka, secara mudah mereka mengambil kesempatan merosakkan genius Melayu yang dihantar ke luar negara untuk menimba ilmu. Menjual maruah bangsa dan agama dengan harga yang sangat murah.

Sudah-sudahlah berbelanja percuma mengeluarkan biasiswa kononnya membangun masyarakat hebat 2020. Apa gunanya jika yang bakal diperolehi ialah malu dan aib? Ada sesuatu di luar sana yang sedia menanti. Perangkap terpasang untuk mengambil peluang merosakkan orang Melayu. Fenomena yang merimaskan kita semua.

Di dalam negara sendiri usaha memurtadkan sedang berleluasa, di luar negara pula genius Melayu dirosakkan. Niat yang baik belum tentu mendatangkan hasil yang baik.

Bagaimana seorang genius yang mendapat 17A dalam SPM boleh gagal dalam pelajarannya di luar negeri?

Posting dari Selatan online

Kiriman bumiperak

 

Respons Nur Amalina di facebook terkini; Peduli orang lain kata, aku tanggung derita setiap hari

Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.

Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.

Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.

Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Gadis melayu Sufiah genius Mathematik jadi pelacur, Aarif genius pun jadi berkahwin GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa la silapnya... Hurm...Biar orang bodoh dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
“Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, “Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan.” [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]





"


Kemusnahan mula menerjah di segenap peringkat. Jangan anggap ia perkara mudah. Ibu bapa harus berhati-hati mengasuh anak terutama jika ingin menghantar anak ke luar negara. Jangan jadi sebagaimana nasib  ibu dan bapa kepada Nur Amalina, Sufiah dan Aarif. Harapan tinggal harapan kini terpaksa pula menanggung aib dan malu.

Di Universiti tempatan anak bangsa dilatih menjadi pendemo, di luar negara pula lebih teruk ada yang menjadi pelacur... nauzubillahi min zalik.

tambahan maklumat:

berita kontroversi muncul mendadak.
Nur Amalina Che Bakri Masih Pelajar Cemerlang di Universiti

Tuesday, January 3, 2012

Nepotisma dan Kisah Kahwin Lari




Sama sahaja, tidak kira siapa bila sudah melangkah ke lapangan politik demokrasi iblis ini pasti melakukan kesilapan. Tak usahlah menempelak dan menuding jari atas kesalahan orang lain seolah kita bebas dari lakukan kesalahan. Apa yang berlaku sekarang ini amat mendukacitakan terutama bagi orang Islam. Orang islam dituntut berakhlak mulia dan mempunyai pekerti yang tinggi. Mampukah kita lakukannya sekiranya kita menjadi ahli politik?

Sudah menjadi kebiasaan orang politik akan mencerca dan mengeji musuhnya, bercakap bohong dan dusta, menipu daya dan berbagai lagi unjuran kearah itu. Ulama dan pemimpin berwatak warak juga tidak terkecuali. 

Di sinilah terserlah keburukan politik demokrasi acuan barat ini. Ulama juga ikut terpedaya apatah lagi orang bebanyakan. Perkara yang sering kita dengar serangan ahli politik bukan kerajaan terhadap penguasa negara ialah rasuah dan nepotisma dan salah guna kuasa (sama juga dengan rasuah sebenarnya). Sang penyerang tersebut juga tidak semestinya bersih sepenuhnya dan belum pasti dapat mengelak diri dari melakukan amalan tersebut bila dia mempunyai kuasa nanti.

Rakyat biasa yang naif sering menjadi mangsa tipuan dan dipaksa mempercayai hujahannya sekaligus mengangkat nilai kebaikan dirinya. Dia memperaga sikap seorang yang jujur serta beramanah. Sejauh mana dia benar masih tidak pasti kerana ia belum teruji lagi. Namun terdapat satu cacatan sejarah politik tanah air yang membuktikan bahawa sesiapa sahaja berada dalam kuasa demokrasi kapitalis ini pasti melakukan hal yang sama. 

Satu contoh yang baik untuk kita lihat bagaimana politik mampu menukar watak sesaorang. 



Yahaya Ismail menulis: 

Anwar menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

 

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir.

Mereka sama-sama mengamalkan nepotisme, bukan hanya Mahathir.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.


petikan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk " 62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan