Monday, May 7, 2012

Titik Hitam Yang Seram di sisi Cahaya Yang Terang


Islam telah meletakkan asas terbaik sebagai pedoman sekelian manusia meneruskan kehidupan. Halangan bagi manusia hanyalah nafsu yang sentiasa memberontak dan sentiasa tidak pernah puas. Menghendaki lebih daripada yang sepatutnya (melebihi batas). Hati yang tidak tenang akan senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. Tidak ramai diantara manusia dianugerahkan dengan ketenangan mutlak namun kita boleh mencapainya mengikut tahap yang wajar sesuai dengan keinsafan sebagai makhluk ciptaan.

ISLAM dan DEMOKRASI


Dengan ketenangan kita akan dapat renungkan dengan berlapang dada apa yang sedang menekan kita sekarang ini. Perhatilah dengan teliti satu persatu peristiwa, semuanya menjurus kepada sebuah dunia baru yang dirancang oleh Yahudi. Apabila kita telah tertawan dan direkrut menjadi sebahagian dari tenteranya, masihkah kita menaruh harapan untuk menjadi sebahagian dari pejuang Islam? Perjuangan melawan raja mereka iaitu Dajjal laknatullah.

Sebelum terlanjur, adalah lebih baik kita memahami dengan jelas ke mana dan bagaimana Yahudi akan membawa kita. Seperti yang disebutkan di atas, bukanlah mudah untuk kita mengenal cara dan permainan Yahudi ini kecuali mempunyai Jiwa Yang Tenang. Percayalah bahawa jiwa yang tidak tenang akan mudah diperdaya. Akibat daripadanya akan kelihatan tindakan kita seumpama menyongsang arus walaupun pada sangkaan kita kita sedang mengikut arus. Kita tidak laksanakan apa yang sering kita perkatakan. Atas titik hitam inilah kita sering terkandas, terkedu dan hilang arah.

Yahudi dan Nasrani adalah musuh nyata kepada umat Islam, jelas disebut dalam nas sama ada alQuran atau Hadis Rasulullah saw. Tetapi mengapa kita ingkari? Inilah delema kaum Muslimin akhir zaman (sekarang).

Mampukah kita keluar dari fenomena ini?

ISLAM lebih tinggi daripada segala-galanya, tetapi malangnya orang Islam lebih rela mengangkat demokrasi menjadi lebih tinggi daripada agama mereka dan sanggup mati kerananya (demokrasi) tetapi bukan kerana-Nya (Allah).

Bukankah demokrasi itu ciptaan Yahudi dan menjadi tuhan kepada kaum Nasrani? Demokrasi adalah fitnah. Umat Islam berpecah belah hanya kerana mengangkat demokrasi sebagai keutamaan. Demokrasi ini jijik dan kotor. Penuh tipudaya dan dusta, tidak kira dari pihak mana.

Sheikh Maulana Imran Nazar Hossein berkata, memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi ialah satu langkah yang amat silap kerana kekotoran yang terdapat dalam demokrasi akan mengotorkan Islam itu sendiri. Katanya lagi, tidak wajar mengheret kesucian Islam untuk masuk ke dalam jalan politik demokrasi.

Perlembagaan tunggal dunia yang juga disebut-sebut sebagai New World Order (NWO) tidak akan mampu dijayakan tanpa demokrasi yang berpaksikan Amerika dan Israel. Meniti sejarah peperangan yang berlaku dengan penuh teliti akan membawa kita kepada satu petunjuk yang mana petunjuk itu akan memberhentikan kita di sebuah titik hitam.

Jiwa kaum Muslimin juga ikut terbelenggu dengan hasutan Yahudi dan Nasrani. Ditawan dan dipaksa menjadi tentera mereka kecuali yang diselamatkan oleh Allah swt.

Tidak perlu kita pergi terlalu jauh sehingga Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, cukup kalau kita meneliti peristiwa-peristiwa perang yang lebih hampir dengan waktu kita sekarang ini.

Iraq diserang Amerika atas alasan mahu menegakkan demokrasi, Afghanistan juga diserang atas dasar yang sama iaitu demi demokrasi, manakala slogan kempen menentang pengganas pula hanya sekadar ‘cap dagang’ yang digunakan untuk memperdagangkan demokrasi dalam pesta jualan murah, the fire sale (istilah yang digunakan para pengkaji konspirasi).

Teliti dengan fakta bukan melalui persepsi. Islam sedang dihunjam ke arah sengketa. Semua negara Islam pasti menjadi mangsa termasuk negara kita. Tinggal beberapa kerat sahaja lagi negara Islam yang belum "dijajah" Amerika. Pemimpin Islam harus segera mendapatkan maklumat yang jelas apa yang sebenarnya berlaku di negara-negara Arab dalam peristiwa kelabu Arab Spring, bukan dengan menelan berita sogokan dari media Yahudi. Pengikut juga berperanan membantu pemimpinnya memahami kebenaran di sebalik sentuhan tangan gelap Yahudi dan Nasrani ini.

Jangan sekali-kali ada dalam benak pemikiran kita untuk memperlakukan Perdana Menteri kita sepertimana nasib Hosni Mubarak atau Yang Dipertuan Agong kita dengan Muammar Ghadafi atau Saddan Hussein. Bisikan syaitan ini ada dalam kerangka muslihat Yahudi Antarabangsa untuk lemahkan perpaduan sesama kita. Jika ianya menjadi siulan, ini berarti kita bersetuju mengambil tindakan dahsyat membunuh pemimpin sendiri. Selepas itu akan ada pula pembalasan dendam dan ia tidak akan tamat sampai bila-bila menuju hari kiamat. Inilah titik hitam yang paling menggerunkan.

Agak aneh bila sesaorang yang mendakwa memahami Islam secara mendalam, gagal untuk memaafkan kesalahan pihak lawan. Secara tidak langsung dia telah meninggalkan sunnah Nabi saw.

Dendam diikuti dengan pembalasan dendam adalah satu kaedah menghuruharakan dunia. Ia telah ditanam dalam diri anak-anak muda melalui pelbagai bentuk media dari permainan komputer, kartoon hinggalah ke filem-filem Hollywood. Yahudi Zionis telah mendidik manusia "goyyim" melakukan onar mencipta bencana sesama bangsa.

Sekarang masanya semua "goyyim" ini melaksanakannya sebagaimana yang berlaku di Iraq, Libya, Mesir dan kini di Syria. Tak mustahil ia juga bakal berlaku dalam negara kita. Setelah berlaku, mereka (Zionis) berlepas tangan dan membiarkan sahaja negara-negara itu terus menderita sehingga raja mereka keluar dan tawarkan sesuatu yang tidak boleh tolak. Syurga Palsu.

Atas nama demokrasi, semua yang Barat lakukan itu dihalalkan oleh mereka sendiri dan dinilai sebagai langkah menegakkan keadilan. Kerana apa mereka halalkan semua itu? Kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan keadilan mengikut definisi mereka sendiri.

Libya huru-hara disebabkan rakyatnya mahukan demokrasi, keadaan Mesir yang sehingga kini belum stabil sepenuhnya juga berpunca daripada rakyatnya yang mahukan demokrasi. Mereka mahu demokrasi kerana demokrasi menjanjikan hak kebebasan dan hak sama rata.

Bebas dan Melampaui Batas

Kebebasan atau hak sama rata itu adalah pembohongan semata-mata. Kita boleh menoleh kembali kepada apa yang ada di Amerika, Eropah dan Israel. Adakah mereka menikmati keadilan dan kebebasan sebagaimana yang dilaungkan? Ia adalah sebuah dusta. Ia hanyalah slogan yang dicipta oleh Yahudi Zionis untuk mengucar kacirkan seluruh dunia terutama Dunia Islam.

Mereka menuntut hak mereka pada ketika mereka tidak merancang bagaimana untuk menguruskan hak-hak mereka. Sama juga kalau digambarkan seperti meminta wang daripada seseorang tetapi tidak merancang bagaimana untuk menguruskan wang itu. Akibatnya, kucar-kacir akan berpanjangan disebabkan tidak ada perancangan. Kesannya, siapa yang mempunyai kelebihan untuk membuat perancangan ke atas mereka dan mencaturkan mereka (?). Mereka kemudian dicaturkan kerana telalu ghairah menuntut hak sehingga gagal membuat perancangan.

Dalam permainan catur, buah ‘pawn’ yang marhaen biasanya akan ‘mati’ atau ‘digadai’ atau ‘dikorbankan’ terlebih dahulu dalam membuka gerakan. Namun, apabila buah pawn berjaya melangkah dan berhenti di petak elit, buah pawn itu pula akan ditendang keluar kerana ia akan digantikan dengan buah-buah elit (bishop, knight, castle, queen). Buah pawn hanya berguna untuk dikorbankan dan akan ditendang keluar supaya buah elit yang tewas sebelum itu dapat masuk semula ke dalam papan catur.

 
Mangsa Korban

Dari minda pemain catur pula, adalah tidak mencemaskan langsung dan langsung tidak kisah kalau buah pawn itu ‘dimakan’ oleh buah catur lawan. Dalam minda pencatur, terdetik kata-kata “mahu makan buah pawn, silakan”. Tetapi pemain catur akan cemas apabila mana-mana buah elit ditewaskan.

Buah pawn pula biasanya dijadikan umpan supaya dimakan oleh buah catur lawan melalui langkah memperdaya pihak lawan. Ia sengaja dikorbankan supaya bagi membolehkan pemain catur memerangkap buah elit pihak lawan. Begitulah nasib buah pawn, bergunanya ia hanya untuk dikorbankan supaya buah-buah elit dapat terus bermain. Apabila pawn berhenti di petak elit, ia akan ditendang keluar dan digantikan dengan buah elit. Ia ditendang keluar, bukan dinaikkan pangkat. Adanya buah pawn adalah sebagai bahan gadaian supaya buah elit dapat terus bermain.

Demokrasi adalah seperti catur. Rakyat marhaen adalah buah pawn. Buah-buah elit pula seboleh-bolehnya mereka tidak mahu mati dan kalau sudah mati sekalipun, mereka mahu hidup semula, mereka mahu kekal abadi di dunia selagi belum kiamat. Untuk hidup semula, buah pawn mesti dikorbankan atau ditendang keluar sahaja buah pawn itu apabila ia menjejak petak elit. Malangnya, sebilangan orang Islam (bukan semua) memilih untuk menjadi buah pawn.

Begitulah kiasan yang boleh kita ambil dalam permainan catur. Golongan marhaen akan dipergunakan dan dimangsakan. Ia berfungsi sekadar menjadi bahan korban. Korban untuk siapa? Islam tidak mengajar manusia memperlakukan kerja terkutuk ini.

Sebelum bermati-matian memperjuangkan demokrasi, terma demokrasi itu perlu difahami terlebih dahulu. Tidak perlu kita meneliti setiap lorong demokrasi secara kritikal, cukup kalau kita benar-benar memahami pengertian majoriti dalam demokrasi.

Demokrasi mengangkat suara majoriti supaya sesuatu keputusan itu mewakili kehendak majoriti, kepada apakah sebenarnya majoriti itu dirujuk? Rakyat marhaenkah majoriti itu? Atau ada orang lain yang lebih berkuasa majoriti? Harus difahami mengenai maksud majoriti itu sendiri.

Rakyat marhaen itu adalah majoriti yang menentukan pihak mana yang akan diberikan kuasa, pengertian majoriti rakyat terhenti di situ sahaja. Tidak lebih, tidak kurang.

Yang benar-benar berkuasa pula ialah parlimen yang diduduki oleh wakil-wakil mereka (ahli-ahli dewan yang dipilih rakyat marhaen tadi). Ia kerana kuasa membuat keputusan terletak kepada majoriti ahli-ahli dewan (parlimen). Terdapat dua pengertian di sini iaitu majoriti rakyat dan majoriti pembuat keputusan (ahli dewan).

Rakyat tidak berkuasa membuat keputusan, tetapi ahli dewanlah yang mempunyai kuasa itu. Rakyat hanya berkuasa untuk menukar keputusan pilihanraya sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

Majoriti pembuat keputusan itulah sebenar-benarnya majoriti. Ingat, buah pawn akan ditendang keluar semasa naik ke petak elit kerana yang berkuasa selepas itu ialah buah elit yang menggantikan buah pawn yang dikorbankan untuk kekuasaan elit, bukan buah pawn yang mempunyai kuasa membuat keputusan. Bukan.

Ada yang berkata: “kalau tidak melibatkan diri dalam politik demokrasi, bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat sepatutnya?” Baiklah, kita terima soalan itu. Dalam konteks demokrasi dan hak bersuara, maka kita terima kata-kata itu tanpa bantahan. Perlu diingat, apabila disebut sebagai demokrasi, kita harus mendengar keluhan orang lain. Oleh sebab itu, kita tidak membantah.

Tetapi fikirkan kenyataan ini pula. Dalam konteks sebuah negara berbilang bangsa dan agama, kita juga harus mendengar pihak-pihak yang berlainan agama dengan kita walaupun sesetengah tuntutan mereka amat merugikan umat dalam agama kita. Kerana apa pula kita terpaksa menelan kepahitan yang merugikan kita? Ya, kerana demokrasi itulah.

Dalam pecahan pembahagian kerusi pilihanraya oleh sebuah pakatan parti-parti politik misalnya, kita saksikan bahawa tempat duduk (kesrusi) untuk orang bukan Islam adalah lebih banyak daripada orang Islam.

Kita boleh melihat dengan lebih jelas dalam keadaan berikut. Kerusi DAP adalah lebih banyak daripada bilangan kerusi PAS dan PKR. Ia bermaksud dengan memberi gambaran bahawa majoriti pembuat keputusan adalah lebih ramai dari kalangan DAP, melebihi PAS dan PKR. Ia juga bermakna orang Islam dalam PAS tidak mempunyai kuasa yang besar untuk membuat keputusan, erti kata lain ialah tidak dominan dalam pembuatan keputusan. Kerana apa dikatakan begitu? Ia kerana demokrasi itu menyebelahi majoriti dan majoriti yang bakal berada dalam parlimen ialah DAP sekiranya pakatan menguasai pemerintahan negara. Itu belum dikira lagi dengan PKR yang terdiri daripada wakil orang Islam dan bukan Islam.

Atas dasar majoriti pembuat keputusan dari kalangan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tapak masjid dijadikan buah pawn supaya memberi laluan kepada pembinaan premis komersial. Di mana suara wakil-wakil DUN PAS di Pulau Pinang dalam mempertahankan tapak masjid? Atas dasar majoriti pembuat keputusan, suara wakil PAS sudah tentulah tidak laku dalam DUN. Kerana apa dikatakan begitu? Kerana demokrasi itu menyebelahi majoriti dan majoriti dalam DUN Pulau Pinang ialah DAP.

Iktibar dari Kesilapan Lampau

Majoriti itu ialah bilangan pembuat keputusan yang sependapat dan mereka yang lebih ramai daripada wakil tidak sependapat itu sudah tentu akan menjadikan suara mereka yang tidak sependapat itu tidak laku lagi. Suara wakil PAS tidak laku di DUN Pulau Pinang. Kerana apa? Kerana mereka bukan majoriti dalam DUN. Majoritinya di dewan ialah DAP dan merekalah yang berkuasa membuat keputusan.

Walaupun ahli PAS lebih ramai daripada ahli DAP, ia tidak memberi apa-apa makna kerana kuasa membuat keputusan terletak di tangan wakil DAP yang lebih ramai daripada wakil PAS dalam dewan. Sama juga kalau pakatan rakyat mengambil alih parlimen dengan bilangan wakil DAP lebih ramai daripada wakil PAS dan lebih banyak daripada wakil orang Islam dalam PKR. Setiap keputusan sudah tentu dalam tangan pihak yang lebih ramai dalam dewan. Kerana apa? Kerana kuasa sebenar terletak di tangan majoriti pembuat keputusan, bukan di tangan majoriti pengundi yang memilih mereka. Itulah maksud majoriti dalam demokrasi.

Sebenarnya kalau orang Islam bijak berpolitik, orang Islam tidak perlukan kerjasama dengan parti-parti politik bukan Islam. Bilangan orang Islam lebih ramai daripada orang bukan Islam di negara ini, itu kenyataan walaupun tidak disertakan statistik atau fakta bancian.

Kalau orang Islam bersatu dan memilih orang Islam sebagai wakil di parlimen dan DUN-DUN, maka akan tercipta satu keadaan di mana akan ramailah pemimpin-pemimpin beragama Islam yang dipilih majoriti rakyat dalam pilihanraya. Jika orang Islam bersatu dan membentuk majoriti di parlimen dan DUN-DUN, orang Islam akan mempunyai kekuatan yang melebihi 2 per 3 kerusi dewan. Maka, kita tidak perlukan orang bukan Islam dalam parlimen dan DUN-DUN untuk membentuk 2 per 3. Secara teknikalnya, orang Islam yang bersatu itu sudah mempunyai cukup kekuatan untuk memerintah negara.

Masalah di sini pula ialah PAS tidak suka untuk bersatu dengan UMNO, mereka kata UMNO hanya mahu bersatu dengan PAS pada ketika UMNO sedang lemah. Tetapi mereka lupa bahawa bukan UMNO sahaja yang sedang lemah, tetapi Islam juga sedang lemah disebabkan perpecahan itu. Mana lebih penting? Islam atau demokrasi?

PAS melihat kelemahan UMNO dari kaca mata demokrasi. PAS kata UMNO sedang lemah dan terhegeh-hegeh mahu bersatu dengan PAS kerana UMNO mahu terus berkuasa dalam demokrasi. Mengapa perlu dilihat dengan kaca mata demokrasi, tetapi lihatlah dengan kaca mata Islam. Keegoan PAS masih tebal apabila disuruh melihat dengan kacamata Islam, lalu mereka kata UMNO itu munafik dan kafir. Itulah kacamata Islam yang mereka pakai iaitu dengan memandang UMNO sebagai tidak Islam.

Tidak cukup dengan itu, PAS kata UMNO khianat kerana pernah menendang PAS pada 1970-an dahulu. Itu PAS yang kata, tetapi hakikat sebenar mengapa PAS ditendang keluar itu telah lama disorokkan oleh pemimpin PAS sendiri daripada pengetahuan umum. PAS kata UMNO khianat, tetapi mereka lupa untuk mengikut Sunatullah walaupun mereka sering melaung-laungkan slogan Islam.

Ingatlah kenyataan ini, Allah tidak memandang dosa silam para hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu telah insaf dan bertaubat, dan apabila taubat itu diterima oleh Allah. Allah tidak memandang dosa yang lepas-lepas kalau manusia bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosanya, jadi mengapa pula PAS masih memandang dosa silam UMNO? Mengapa PAS yang terlebih Islam daripada Islam itu tidak mengikut Sunatullah?

Mereka memperjuangkan demokrasi, dan ingatlah demokrasi itu menyebelahi majoriti. Kalau PAS dan UMNO bersatu dalam naungan Islam tercinta, dua saudara sesama Islam itu akan lebih mudah bekerjasama dalam mempertahankan Islam kerana mereka itu majoriti di negara ini.

Disinilah wujudnya kemelut kejatuhan Islam. Kita gagal mentadbir ummah secara waras. Kita menjadikan minda ummah semakin sempit dengan mengutamakan demokrasi daripada Islam.

Perjuangan demokrasi tidak akan ke mana-mana kerana demokrasi itu sangat dekat dengan liberalism dan sekularism (rujuk: Infectious Slogans). Kalau mahu memperjuangkan Islam, mengapa perlu diheret Islam masuk ke dalam lembah sekularism yang berjenama demokrasi? Adakah demokrasi bersulam liberalism dan sekularism itu adalah jalan Allah?

infectious slogans
KE ARAH NEW ORDER

Slogan Gila Yahudi ini sedang menghantui kita sehingga kita terlupa semuanya sudah ada dalam AlQuran. PAS wajar sebagai kumpulan para ulama menasihati UMNO yang hanya pandai dalam bidang pentadbiran Bersama berjuang melawan slogan-slogan Yahudi ini. Itu sepatutnya menjadi amalan kita seluruh kaum Muslimin. PAS harus belajar mengenali sejarah sekularisma dari UMNO yang telah lama tersangkut dengannya. Dari sini sama-sama meleraikan kekusutan yang telah merosakkan ummah.

Dipercayai UMNO juga mahu melakukannya demi menjaga bangsa dan ummah ini. Disebabkan UMNO dan PAS tidak bersedia berdamai, kekusutan ini terus berpanjangan. Perdamaian sesama ummah adalah sunnah yang wajib dilaksana. Andai sebaliknya yang berlaku, siapakah yang akan menerima akibatnya jika bukan ummah ini sendiri? Bagaimana pula di Alam Akhirat nanti bila kita semua dihisab di hadapan Allah?

Orang Islam tidak perlukan orang bukan Islam untuk berkuasa penuh di negara ini. Cukup kalau orang Islam bersatu dan memenuhi kerusi parlimen dan DUN-DUN. Tetapi apabila berkuasa penuh, orang Islam juga harus ingat dengan perintah Allah supaya tidak menganiaya dan berlaku adil kepada kaum-kaum lain, dengan berlaku adil dan menunjukkan contoh yang baik (bersatu padu sebagai contoh pekerti baik), maka akan lebih ramai orang bukan Islam yang akan terpikat memeluk Islam.

Inilah yang sepatutnya dilaksanakan bukan berselisih faham antara satu sama lain. Kita sewajarnya faham bahawa demokrasi walaupun kotor, kita terpaksa gunakanya. Kita tidak ada pilihan yang lain untuk dijadikan alat. Kita gunakanlah peralatan ini sebaik mungkin. Apa yang penting kita semua bersatu dibawah ketua yang satu. Perselisihan jika ada boleh diselesaikan melalui saluran dalaman sesama kita dan tidak terdedah kepada orang luar (baca bukan Islam). Sukarkah untuk kita laksanakannya?

Dalam keadaan sekarang, orang bukan Islam galak berkata: “tengok la tu, orang Islam berpecah belah, bergaduh sesama sendiri, macam mana la mereka kata Islam itu agama yang aman, sesama mereka pun tidak aman, suka gaduh-gaduh.” Kalau orang bukan Islam berkata begitu kepada orang Islam, maka orang Islam sendiri telah mengheret agama mereka masuk ke dalam kekotoran demokrasi hanya kerana berselisih faham dalam pelaksanaan demokrasi.

Kalau PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR, orang UMNO marah. Orang PAS pula mengeji orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Mengapa perlu saling keji mengeji, bukankah lebih baik bersatu saja sesama umat? Kalau PAS dan UMNO bersatu, semua parti bukan majoriti Islam macam DAP, MCA, MIC dan PKR (kita anggap PKR bukanlah parti Islam) itu semua sudah tidak diperlukan lagi. Kerana apa tidak diperlukan lagi? Ia kerana kebersatuan UMNO dan PAS akan mencipta kekuatan baru dalam majoriti pembuat keputusan.

Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS bersatu hati dalam satu jasad pemerintahan negara sebagai majoriti dan mereka yang lain hanyalah perlu memilih untuk bersahabat atau menjadi lawan (pembangkang). Lupakan segala perselisihan kerana Allah dan berjuanglah mentadbir negara juga kerana Allah. Inilah jalan selamat yang terbentang luas. Mengapa kita ingkari, bukankah sesama Islam itu bersaudara?

Namun suara DAP, MCA, MIC dan PKR akan tetap didengari di dewan kerana mereka juga pasti ada wakil dari kawasan-kawasan kubu kuat mereka. Mengapa dikata begitu wahai tuan-tuan? Ia kerana Allah memerintahkan kita (majoriti umat dalam UMNO dan PAS di negara ini) supaya tidak menganiaya kaum-kaum lain, oleh itu suara mereka juga wajib didengari dan dinilai.

Kalau mahu berjuang mengikut jalan demokrasi, janganlah diheret Islam masuk ke dalam kekotoran demokrasi. Sebaliknya, bersatulah umat Islam dengan menjadikan demokrasi sebagai alat bagi mendapatkan majoriti pembuat keputusan di dewan-dewan.

Demokrasi sedang memandu kita ke arah hak kebebasan yang melampau. Semakin hari kita diasak untuk menerima kemungkaran disebalik slogan "Bebas" dan "Sama Rata". Slogan ini berkecenderungan mengangkat aktiviti seksualiti songsang yang bersembunyi di sebalik hak sama rata dan hak asasi manusia. Kita harus sedar bahawa DAP dan PKR melaungkan slogan hak sama rata dan hak asasi manusia.

Hanya PAS dan UMNO sahaja masih bertahan menolak LGBT. Namun begitu persoalan tentang pemurtadan nampak semakin longgar kerana desakan dari DAP dan PKR. Semoga ia akan dapat diperbaiki dan berterusan dalam usaha memertabatkan Islam sebagai teras pemerintahan negara.

Adakah ia sesuatu yang mustahil?

Cahaya terang itu milik kita semua, kitalah yang bertanggung jawab menjaganya agar tidak dilitupi oleh titik-titik hitam yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani. Sesiapa yang memilih Yahudi dan Nasrani, mereka adalah sebahagian dari kaum itu  (maksud Quran, al-Maidah: 51). Selamatkan diri kamu dan anak cucu kamu dari kebinasaan.

 
Racun dalam Senyuman

Jika PAS dan UMNO dapat bersama dan bersetuju menjadi rakan dalam pemerintahan, kita percaya negara ini akan kembali aman sentosa. Dilimpahi rezeki yang tidak terhitung. Seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi dan mampu menolak pengaruh jahat Yahudi dan Nasrani. Bersama berjuang mengekang asakan Nasrani untuk memurtadkan orang Islam dan hindarkan budaya LGBT yang mereka bawa. Jika ini berlaku, nescaya kita semua akan menerima rahmat tak putus-putus dari Allah swt. Berdoalah.

Jika ini terjadi, ia merupakan satu keajaiban atas anugerah Allah di mana mimpi ngeri bertukar menjadi bahagia. Umpama persiapan sebuah hamparan menanti kedatangan pemimpin yang dinantikan semua, al Mahdi. Semua umat Melayu bakal berdiri teguh di belakangnya.
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti
UMNO dan PAS amat mempercayai akan berlaku kebangkitan akhir zaman. UMNO dan PAS juga sama-sama yakin kebangkitan alMahdi sebagai pemimpin akhir zaman. Sama-sama berhasrat untuk berjuang menentang Yahudi dalam pasukan Khalifah ini. Untuk mencapainya bukankah lebih baik kita membina jembatan arRaman dan arRahim sesama ummah sekarang? Sama-sama bergerak sebagai satu rumpun yang digerumi lawan dan dihormati kawan. Bergabung di bawah Pemuda Bani Tamim seperti yang diriwayatkan.

Demokrasi memisahkan kita dan menjadi cuka dalam kehidupan manusia. Mengapa kita mesti akur kepada sistem munafik yang penuh kecacatan ini? Campak demokrasi ke belakang dan angkat Islam ke tempat utama. Baharulah layak kita digelar kaum yang beriman (mukminin).

Seorang rakan telah memberi pandangan yang wajar kita ambil perhatian:
Jangan bangunkan Islam dengan tangan yang berisi kezaliman. Tetapi bangunkan Islam dengan tangan yang berisi dengan keadilan. Jangan sampaikan Islam dengan perkataan yang berisi kebencian, tetapi sampaikan Islam dengan perkataan yang berisi dengan kasih sayang.
UMNO harus belajar dari PAS apa yang mereka tidak tahu terutama dalam hal hukum hakam, kebajikan dan sunnah Rasulullah saw dan PAS juga bersedia menerima tunjuk ajar dari UMNO dalam bidang pentadbiran dan hal ehwal duniawi. Kita nantikan keajaiban ini dengan syarat menolak jauh-jauh apa yang telah Yahudi tawarkan dan pastikan Nasrani (Kristian) tidak menjadi sokong yang membawa rebah. Berkasih sayang sesama Mukmin dan bersikap tegas terhadap kaum Kafir

......

Semoga harapan ini menjadi kenyataan atas izin Allah swt.






5 comments:

Anonymous said...

Bak kata Dato Hassan Ali ada parasit dalam PAS, oleh itu janganlah kita undi PAS dan PKR yang menerima Islam liberal.

Anonymous said...

ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya JIKA ENGKAU MENURUT KEHENDAK HAWA NAFSU MEREKA sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka TIADALAH ENGKAU AKAN PEROLEH DARI ALLAH (SESUATUPUN) YANG DAPAT MENGAWAL DAN MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MU. (Al-Baqarah 2:120)

Anonymous said...

assalamu'alaikum, sirah telah membuktikan bila mana kezaliman memuncak maka akan zahirlah insan yg akan memandu ummah utk menghidupkan jiwa2 tauhid yg kian gersang di dada umat.Sebenarnya kita umat Melayu telah dihinakan oleh Allah apabila kita meniggalkan agama lalu kita mengambil yg lain sebagai asas perjuangan yg dinamai demokrasi.Umat Islam di Malaysia terus ketinggalan meskipun pemimpin2 atasannya terdiri dari bangsanya sendiri yg seagama. Mengapa ini harus terjadi?Sebenarnya saya tidak suka utk turut serta dlm polemik politik tanah air tetapi apabila melihat TANAH MELAYU bakal lucut kuasa pemerntahan di tgn org2 melayu yg beragama Islam kepada bansa yg dibawa oleh sekutu rapat yahudi laknatullah alaih (British)maka kita sebenarnya merelakan tanah air tercinta jatuh di tgn mereka tanpa perlu bersusah payah dgn menumpahkan darah hanya semata-mata atas jln pilihanraya.Siapakah penjunjung demokrasi di negara ini?Siapakah yg mampu utk mencabut pohon demokrasi lalu dihumban di tempat pembuangan sampah lalu dibakar menjadi abu....lantas digantikan dgn sistem yg telah ditunjukkan oleh Insan agung Muhammad Rasulullahsaw......ummah merindui & menantikan pemimpin yg unggul utk mengembalikan keagungan UMMAH

Anonymous said...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=109499029187377&set=a.108336185970328.11175.100003818404954&type=1

kirk said...

UMNO harus belajar dari PAS apa yang mereka tidak tahu terutama dalam hal hukum hakam, kebajikan dan sunnah Rasulullah saw
- suh Madey cakap/ngaku yg dia salah cakap hukum Allah itu primitif/ciptaan ahli fekah... kalau kepala da busuk...dan tak dibetulkan/dibuang...macam manalah nak ubah...

dan PAS juga bersedia menerima tunjuk ajar dari UMNO dalam bidang pentadbiran dan hal ehwal duniawi.
- PAS tak tau mentadbir? cuba bagi bukti bro? persepsi ko je ni... Kelantan royalti pon tak dapat... tapi laporan audit melaporkan kelantan bagus.... nampak sangat ko kaler ko ni

Kita nantikan keajaiban ini dengan syarat menolak jauh-jauh apa yang telah Yahudi tawarkan dan pastikan Nasrani (Kristian) tidak menjadi sokong yang membawa rebah. Berkasih sayang sesama Mukmin dan bersikap tegas terhadap kaum Kafir
- tegas dgn kafir itu bagus...tapi lebih bagus kalau ko paham yg non muslim itu masih tak paham dgn islam sbb org islam itu sendiri... si islam ni lah yg perlekeh hukum Allah... pemimpin islam ni laaa bini dia buka aurat... anak pemimpin islam ni laahhh yg berjuang untuk LGBT... pastu yg disalah...yg dituduh kurg ajar... non muslim... macam mana ek?

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan