Friday, November 11, 2011

amaran: Super PROXY (1)




Sebahagian dari pembongkaran rahsia penting permainan THH terhadap negara ini akan diterbitkan secara berperingkat untuk memudahkan para pembaca memahami secara mendalam bagaimana ia diputarkan ke dalam alam pemikiran rakyat negara ini terutamanya bangsa Melayu. Hasil dari beberapa sumber sahih dan yang paling penting ialah kerja kuat beberapa rakan, telah dapat menterjemahkan beberapa silangkata. Beberapa rahsia yang sengaja diselindungkan dari pengetahuan rakyat yang malang. 



Gabungan pengalaman mereka mencorakkan Iraq, Mesir, Libya dan Indonesia akan menjadikan mereka lebih pintar dalam permainan ini. Tambahan pula super PROXY ini ada dikalangan kita tanpa kita sedari, telah berjaya mengawal pemikiran dan menjadi mentor dalam kehidupan seharian. Ia seorang yang hebat dan amat disanjung sebagai wirawan, juga sebagai aktivis tersohor. Dunia kagum dengan kebolehannya mengawal keadaan.

Akibat dari usaha ini penulis telah menghadapi pelbagai kesukaran sejak dari awal pembabitan semasa membuat penyelidikan, analisa dan beberapa siri penyiasatan khusus. THH melalui proksinya amat berhati-hati malah segera mengambil langkah keselamatan  untuk menghalang sebaik sahaja mengetahui rahsia ini akan dibongkar. Namun sepertimana fitrahnya, kebenaran tidak mungkin dapat disembunyikan selamanya.

Penulis telah mengambil keputusan untuk terus berusaha menyiarkan perancangan THH ini walaupun apa yang akan berlaku. Walaupun berada jauh di perantauan. Itu janji penulis.. Keadaan sudah menjadi semakin sukar ketika ini dan kemungkinan besar tidak terkawal bila segala perancangan mereka berjaya direalisasikan kelak.

Sebagai super proxy, manusia ini bukan calang-calang manusia. Dia boleh dianggap proksi yang paling hebat dan terbaik pernah dihasilkan di kalangan negara dunia ketiga. Sebahagian dari negara-negara dunia ketiga telahpun memasuki fasa yang menyedihkan, namun Malaysia masih belum dapat dijadikan mangsa. Usaha ke arah itu sedang berlangsung dengan cepat sekali.

Dari satu tragedi beralih ke tragedi berikutnya dalam masa yang sangat singkat seolah diatur mengikut "plan" strategik yang terancang rapi. Buah catur sedang bergerak. Semuanya berlegar di sekeliling proksi ini. Anda dan saya juga antara buah catur berkenaan. Perhatikan dengan teliti setiap desir angin, setiap alunan ombak dan setiap suatu yang berlegar disekeliling anda. Anda akan dapat rasakannya. Semua sedang di catur, kata editor Mistisfiles.








Corak Papan Catur adalah salah satu simbol mereka. Oleh itu fahamilah bahawa sememangnya merekalah pemain catur itu. Tiada menjadi halangan bagi mereka untuk memangsakan mana-mana buah catur terutamanya sang BIDAK dalam menjayakan niat mereka

Malaysia harus dikawal dan ditawan melalui proksi mereka, terutamanya orang Melayu. Proksi ada dikalangan semua bangsa di Malaysia, dalam kerajaan ataupun di luar kerajaan. Super PROXY ini amat istimewa. Mampu melepaskan diri walaupun dalam keadaan yang amat kritikal. Jarang sekali proksi lain yang mampu bergaya sepertinya.

Harus diingat, misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.

Demokrasi, politik dan dunia yang serba bebas. Tidak lagi tertakluk kepada aturan tradisi terutamanya agama. Itulah maksud ungkapan magis "Dunia Tanpa Sempadan". Bebaskan diri dari kekangan peraturan dan hukum agama. Agama menjadi penghalang nombor satu. Penjuangan atas dasar Hak Asasi Manusia diberi keutamaan. Lihatlah perancangan Illuminati yang amat jelas menuju ke arah tersebut.

“Let them themselves pull the trigger.”

Mereka tidak peduli siapa yang mati atau dikorbankan. Mereka tidak kisah siapa yang akan menghadapi kesukaran hidup atau menderita. Kekacauan akan dicipta jika usaha secara diplomatik gagal diperoleh. Matlamat mendahuluhi cara.

Semua manusia tahu, kekacauan dalam sesebuah negara tidak akan menguntungkan sesiapa. Malangnya manusia dipacu sekencang mungkin untuk mengujudkan kekacauan demi memberi kesempatan untuk mencipta ruang kepada mereka mengambil kesempatan. Pelbagai janji manis dan slogan dialunkan. Berbagai isu diketengahkan. 

Kesan dari huru hara dan kekacauan ini amatlah menyedihkan malah kesan dalam tempoh yang panjang akibat kekacauan itu pula lebih merugikan. Apabila sesebuah negara menghadapi kekacauan atau huru hara, maka pertumpahan darah pastinya akan berlaku kerana setiap pihak mahu menjaga survival masing-masing. Itu adalah peraturan survival yang didasari kepentingan diri. Dalam konteks ini, proksi itu pula lebih mementingkan survival politiknya berbanding kecelaruan dan kesengsaraan rakyat jelata..

Untuk melihat proksi ini, kita harus melihat Soros, Cohen, Albright dan Wolfensohn kerana proksi itu berada di belakang mereka semua. Nama-nama itu sentiasa membayangi setiap tindak tanduk proksi Melayu itu. Apabila ada orang yang mahu menjahanamkan proksi itu, maka "musuh proksi" itu akan segera dihimpit para ejen Zionis dan sebilangannya pula terpaksa lari ke luar negara.

Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut yang amat memujanya mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, saya (penulis) tidak akan teragak-agak untuk kembali ke medan juang bersama orang-orang yang memahami keadaan dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan kesalahan mereka memperjuangkan sesuatu yang sia-sia untuk sang proksi itu. Semoga Allah memperkenan hajat ini dan mempermudahkannya, Amin.

-CRUDGEL

14 comments:

Sir said...

Soros...Cohen... Bergaya walaupun dihimpit... Anwar Ibrahim ... Lagenda...

Anonymous said...

ye..siapa lagi kalau bukan kamal atartuk melayu....pengkhianat bangsa dan agama...

Nurrohi said...

Malaysia dan Indonesia, dua negara istimewa dalam peta umat Islam sudah lama menjadi sasaran THH. Secara logiknya, kejayaan sudah sepatutnya menjadi milik mereka. Namun setiap kali strategi akhir dilancarkan, sasarannya tersasar atau meleset. Ada halangan yg tidak boleh dilihat dan dikesan oleh mereka. Kini mereka sedang berhabis-habisan. Anjing-anjing padang pasir yg menyalak disana- sini sudah dibunuh dan dijatuhkan. Keadaan sudah selesa untuk mereka fokus ke dunia sebelah sini. Malaysialah sebenarnya tempat sasaran mereka yg utama. Sebelum ini mereka telah tertipu . Menyangkakan dunia sebelah sini mudah saja untuk di renggut. Perancangan mereka sudah berjalan baik selama beratus-ratus tahun tapi kenapa disaat akhir strategi mereka seperti sudah tidak mengena. Berbagai cara sudah dibuat. Bukan sedikit wang yg dileburkan. Bukan sedikit yang menjadi korban, bukan sedikit yg sudah terzalim dan menjadi mangsa. Mereka sudah tidak sabar dengan masa. Kini di saat -saat akhir……di saat-saat akhir……. Saat ini adalah saat penentuan. Proksi –proksi yang gagal akan diketepikan, mereka mempertaruhkan super proxy. Kali ini tidak boleh gagal lagi. Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia?
Berbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Mistisfile, Umat Terakhir dan sekutunya untuk memberi ilmu,pendedahan dan pencerahan kepada umat Melayu Islam ini. Namun masih ada suara-suara sumbang yang mempertahankan pemikiran-pemikiran songsang. Kita hanya berusaha tanpa putus asa menzahirkan kebenaran tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yg disukaiNya. Moga usaha-usaha kalian dinilai sebagai amal jariah untuk bekalan dan keselamatan didunia sana yg kekal abadi.
Kita berharap rakyat Malaysia semakin matang untuk menilai dan membuat pilihan. Risikonya amat besar .Ia menjadi penentu nasib kita diakhirat. Pilihan kita akan meletakkan nyawa sebagai taruhan.Kepentingan apakah yg hendak dipertahankan? Berbaloikah mati untuk sesuatu yg tidak memberi pulangan lumayan diakhirat? Hanya berdasarkan sangkaan semata. Diperalatkan oleh musuh keparat yang hauskan darah.Itulah yg paling dibimbangkan. Kedegilan,kebodohan dan kesombongan yg memakan diri sendiri.Sungguh kasihan. Yang memegang tampuk kuasa takut periuk nasi tergadai maka menjadi pak turut kepada proksi THH menghukum sesuka hati, hasad dengki kepada mereka yang tidak bersalah dan ikhlas berjuang. Sanggupkah berhadapan dengan mahkamah akhirat dan hukumannya yang keras?
Sekiranya pembaca benar-benar menghayati dan memahami, apa yang dipaparkan diblog Mistisfile, Umat terakhir dan sekutunya selama ini, nescaya debu-debu yang mengaburi pandangan mata hati kita akan tersingkap .Kita menjadi amat kenal dengan musuh-musuh kita . Dalam pada itu, kita juga dapat melihat seorang tokoh yang amat berpengaruh dan sudah lama berjuang menegakkan kebenaran. Beliau berjuang dengan penuh muslihat dan strategi halus, menentang segala usaha-usaha THH untuk menguasai dunia. Seorang tokoh terkenal yang sangat dimusuhi oleh THH dan proksi-proksinya. Beliau sangat memberi kesan ke atas kehidupan beragama umat Islam di Malaysia. Semua jawapan kepada ‘puzzles’ ada pada beliau. Walau apapun usaha mereka untuk menghancurkan beliau dan jemaahnya, tidak akan berjaya. Beruntunglah mereka yang memahami rahsia ini. Saat itu sudah semakin hampir. Penantian ini amat menyiksakan tetapi inilah jawapan yang dinantikan dari Tuhan.

Anonymous said...

jgn kita terperangkap suda..nk perang dengan proksi anwar dengan bergabung ngn proksi najib?haha..israel nk serang iran..mana kita nk sokong?israel puak yahudi laknat ...iran puak syiah sesat...ingat sejarah lama kita...org melayu yg bwk masok jepun kononnya nk tulung melayu bebas dr british.tapi adakah hasilnya seperti yg dimahukan?ya, kita berjaya bebas dr british..tp amat menyedihkan yg bebas hanya pada zahir tp batiniahnya masih terperangkap.yg paling sedih skali lpas pristiwa 2 lahir pula pemikiran2 mlayu songsang yg tak sedaq2 negara kita masih djajah secara batin.ni lah masalah kita..lupa sejarah.lupa agama.tak mau nk beserah sepenuhnya pada ALLAH SWT..agen2 dajjal ada saja d smua phak kecuali pihak yg diredhai ALLAH SWT saja..jgn terperangkap..jgn terjerat..jgn menyesal kemudian hari..pelanduk mudah lupakan jerat, tp jerat?...haa..seniri mau ingat laa

lagi satu tuan admin..hati2 serangan pengganas CIA ke atas blog ini..mereka lihat apa yg kita tulis..dan mereka juga tahu d mana kita berada..tp yg lebih mengetahu hanya ALLAH SWT

Anonymous said...

SIAPA LAGI KALAU BUKAN LEGENDARY ANWAR IBRAHIM!!!!
ORANG YG PERNAH AKU TATANG2... HUH USIKLAH KUASA YDPA, BAGINDA MINTAK SPECIAL REQUEST SOH SAPU SAMPAI ISRAEL... KORANG TUNGGU LA!!!!

Anonymous said...

Sepa THH ni?

antisidemokra said...

Usah takut kepada THH tapi takutlah Allah swt. Siapa TheHiddenHand? Carilah dalam sumber internet yang bersepah dengan maklumat tersebut.

ardinge said...

apa beza dengan mahathir? jangan hanya tumpu kepada anwar sahaja. mahathir juga satu tokoh berpengaruh dalam malaysia. siapa lebih hampir anatara anwar dan mahathir sebagai watak super proksi?

Nurrohi said...

Ya Ardinge, Mahathir pernah mewarisi watak super proxy suatu ketika dulu. Namun kini beliau sudah ada peranan lain.Jk tidak, keupayaannya sukar utk diganggu gugat.Nampaknya teka-teki terus bermain.Senarai mereka memang ramai, muka baru pun ada. Nampak seperti bercakaran sesama mereka. Hakikatnya tetap dibawah telunjuk satu boss.Harap Crudgel segera membuat pencerahan.Mungkin org yg kita tidak sangka-sangka.

Anonymous said...

Kita tidak perlukan acuan yahudi iaitu demokrasi...tetapi kita perlukan KHILAFAH

gengantimurtad said...

Ya sdr anon. Kita amat memerlukan khilafah, tetapi bagaiamana menjayakannya? Mahukah pengikut PAS PKR dan UMNO menerima cadangan ini padahal mereka saling bermusuhan? khilafah hanya untuk kesatuan ummah. Tiada lagi parti politik melayu yang bercakaran dan cara perlantikan dan pemilihannya juga bukan seperti demokrasi zionis gila ini.

Anonymous said...

mungkin dengan huru hara maka terpaksalah darurat maka tiadalah terpakai parti politik. ketua tentera memegang tampuk pemerintahan, pentadbiran dan ketententeraan. bolehlah diatur semula Raja bertahta, tentera memerintah sehingga diserahkan pada yang ditunggu

TMG said...

dharurat? sesuatu yang menakutkan kita... mampukah melayu kali ini bertahan kerana berpecahbelah? mungkin juga ia merupakan waktu pemutihan dari Allah untuk manusia melayu ini yang kini telah berlaku zalim pada diri sendiri. saya setuju pabdangan anon diatas, tapi... takut pun ada juga kerana puak kristian dap telah pun menyediakan peralatan dengan bantuan singapura.

gengantimurtad said...

Tidak mustahil Malaysia khususnya Semenanjung akan porak poranda akibat dari sikap tamak segolongan manusia.

Kita harus faham kedudukan Islam secara menyeluruh, sejauh mana agama ini diterima dan dipertahankan. Siapakah golongan yang berkorban demi agama?

Sudah muncul manusia yang pergunakan agama. bbrapa potong ayat dilontarkan yang bersesuai dengan keinginan mereka.

Ingatlah diantara orang kafir dengan kaum munafik itu siapakah yang terlebih dahulu masuk neraka? Kaum munafik ini amat merbahaya. Barang siapa yang dapat mengenali dan menghindarkan diri dari terbabit dengan kaum ini dikira amat bernasib baik.

Islam dipecah belah untuk menyenangkan kristianisasi berpesta menyesatkan manusia Melayu. Masihkah engkau ingat? Masihkah engkau ingat akan terselamat dari bencana buatan sendiri?

Kenalilah munafik tak kira dalam kelompok mana pun. Kerajaan atau pembangkang mahupun NGO dan individu.

Jika tidak, anggaplah anda menyumbang kepada kejahatan yang tidak dapat dimaafkan.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan