Saturday, November 19, 2011

Super PROXY (2)


– sambungan dari artikel Super PROXY (1)
  

MINDA sebilangan rakyat Malaysia dikawal rapi oleh proksi The Hidden Hand (THH), itu adalah kenyataan. Walau ia cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Proksi ini adalah tokoh politik yang paling berjaya dalam mengawal minda para pengikutnya walaupun tidak majoriti, dia juga berjaya menutup segala potensi yang boleh membawa pemikiran semua pengikutnya daripada titik wajar kepada titik yang tidak wajar.



Dalam lain perkataan ialah berjaya mengawal suasana untuk menghalang tersebarnya “kebenaran” sambil memperteguh maklumat memiripi “dusta” bermuslihat. Ia sengaja diatur rapi supaya dapat menjadi aset yang menguntungkan.  Mencatur keadaan supaya sentiasa memihak kepadanya.

Mind Game adalah kepakarannya (bakat semula jadi?) sehingga membuatkan seluruh proksi lain menjadi takjub melihat kebolehannya mengemudi minda para pengikutnya yang semakin hilang kewarasan terhadap sebarang pertimbangan yang tidak menyebelahinya.

Satu sisi yang perlu dilihat ialah, ejen-ejen Zionis cukup ramai bergerak di seluruh pelosok dunia termasuk di Malaysia. Ejen-ejen itu masuk sebagai pelancong, pelajar asing dan pekerja profesional yang bekerja di syarikat-syarikat multinasional dan konglomerat.

Ejen-ejen itu tugasnya merisik setiap sudut kelemahan dalam politik negara selain merisik rahsia-rahsia peribadi proksi-proksi mereka dalam kancah politik negara. Apabila rahsia-rahsia peribadi proksi mereka diperoleh, maka modus operandi seterusnya ialah melakukan ugutan (blackmail) terhadap proksi berkenaan supaya patuh. Mengelakkan rahsia tersebut disebarkan sehingga mampu menjahanamkan karier politiknya.

Wang atau Dana adalah sesuatu yang penting untuk menguasai para proksi terutama pemimpin parti politik. Ia sejajar dengan peranan kumpulan pelobi Yahudi dalam kancah politik di United State of America. Halacaranya tentu sekali berbeza antara sebuah negara dengan yang lain bergantung kepada situasi semasa.

Kita boleh lihat dari sudud sejarah moden negara ini. Perancangan menjahanamkan ekonomi dunia pada 1997 telah dilaksanakan oleh satu perancangan jahat zionis antarabangsa. Soros di ketengahkan sebagai dalangnya. Negara Asia Tenggara mengalami kegawatan ekonomi yang teruk. termasuk negara ini. Proksi dihimpit ugutan supaya menerima IMF sebagai pemiutang dalam usaha menangani kegawatan tersebut dan memulihkan ekonomi negara yang terjejas.



 Ugutan amat penting sebagai pendesak. Pra-keputusan untuk mencadangkan negara segera meminjam wang daripada IMF diusulkan oleh sang proksi itu tadi setelah dihimpit pelbagai ugutan yang berkisar rahsia-rahsia peribadi sang proksi itu.


Proksi pula tidak lebih daripada hanya proksi. Proksi itu boleh dilumatkan Zionis pada bila-bila masa apabila mereka mahu dan proksi itu tidak mempunyai sebarang harga di sisi Zionis. Namun, proksi itu amat memerlukan Zionis untuk survival politiknya. Dalam kes proksi Melayu ini, wujud pergantungan yang tinggi terhadap jaminan Zionis ke atas dirinya.

Tidak hairan apabila proksi itu tidak putus-putus meminta bantuan sokongan dari luar untuk menjamin survival politiknya di negara ini meskipun sudah pernah mengalami kejatuhan kredibiliti. Pergantungannya terhadap Zionis tidak akan berkesudahan. Pertolongan yang diberi tentulah diikat dengan pelbagai syarat yang akan memihak kepada kehendak Zionis.

Untuk kelangsungan survival politiknya dan juga dana dari pelobi Zionis, proksi terpaksa mengenepikan prinsip perjuangan peribadi baik memertabatkan agama atau pun bangsa. Demi mendapat sokongan berterusan dari Zionis, proksi perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan walau terpaksa mengorbankan agama dan bangsa.

Selain dari sokongan politik dan diplomatik, mereka juga mendapat bekalan kewangan yang lumayan dari "tuan mereka".

Kaedah yang sama juga  telah digunakan terhadap proksi mereka di beberapa negara Arab termasuk Mesir, Libya dan Syria.
Proksi di Libya

Namun, SUPER PROKSI di Malaysia ini amat bijak. Dia bijak dalam memahami pola pemikiran orang Melayu di negara ini. Dia tahu bahawa orang Melayu amat suka bergantung harap, dan sebilangan orang Melayu pula begitu manja dalam isu kebajikan, sebilangan lagi amat sayang kepada agama mereka. Maka, proksi ini bertindak bermain pelbagai persepsi yang boleh diserap masuk ke dalam minda orang Melayu.

Dia mampu menggunakan corak pakaian yang berlainan dalam suasana yang berlainan tanpa sebarang kejanggalan. Sehingga kini usaha belau telah memberikan banyak kelebihan kepadanya atas keupayaannya menambat kepercayaan penajanya (Zionis). Dalam masa yang sama mampu mengorkestrakan irama simfonis agar segala rahsia buruk yang boleh merosakkan imejnya tidak berjaya diketengahkan. Mampu pula memutar isu (twist) bahawa semua itu tohmahan atau fitnah musuh yang amat membenci, iri hati dan dendam terhadap dirinya.

Tidak dinafikan, proksi ini sangat berjaya dalam konteks menjunjung cita-cita Zionis kerana keakrabannya dengan nama-nama orang asing yang hebat serta mempunyai pertalian dengan Zionis. Sangat berjaya pula dalam menyemai sikap taksub sebilangan Melayu terhadap dirinya walaupun hanya minoriti dalam konteks demokrasi. 



Zionis pula cukup yakin proksi Melayu ini mampu menjalankan Majority Wipe Out di negara ini dengan hanya menggerakkan kumpulan minoriti. Zionis cukup yakin proksi ini akan mampu melaksanakan cita-cita NED seperti yang berlaku di Asia Barat untuk mewujudkan huru-hara politik akibat ‘kebangkitan’ puak minoriti.

Walaupun dihimpit pelbagai isu yang membelenggu kredibiliti kepimpinannya, proksi ini masih bergaya dijulang para pengikut yang percaya dan menyanjungnya. Tahap kewarasan para pengikut yang taksub ini telah diterbalikkan sehingga gagal menilai setiap maklumat pelbagai yang ditampilkan kepada mereka.

Para pengikutnya terpesona dalam perangkap samar sehingga menutup kewarasan fikiran. Menjadikan mereka sebagai manusia “biul”, gagal dalam membuat pertimbangan terhadap setiap kewarasan yang dijengahkan ke minda mereka.



Proksi itu telah berjaya menghalang para pengikutnya daripada berfikir mengenai setiap pertimbangan terhadap isu yang datang, dihalang melalui sekian banyak taktik mind game yang memesongkan tingkat kewarasan. Sememangnya dia adalah proksi terbaik di sisi Zionis, jauh lebih baik daripada proksi di Thailand, Mesir, Indonesia dan beberapa negara lain yang telah dilumatkan kredibiliti politik mereka. Proksi Melayu ini masih dapat bertahan ketika mana proksi-proksi lain telah dilupuskan tanpa belas kasihan.

Ingat! Misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Dunia yang aman, tenteram dan makmur merupakan halangan utama bagi Zionis untuk meneruskan agendanya. Dunia mesti tunduk patuh terhadap apa jua yang mereka ketengahkan tanpa bantahan. Mereka menganjurkan huru-hara, kemudian menawarkan solusi. Penjajahan bentuk baru. Sama seperti kes kegawatan ekonomi sekitar 70an.

Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.

Penyokongnya telah berjaya dibutakan, dipekakkan dan kini hanya mengiayakan apa sahaja yang dituturkannya. Sememangnya ia seorang proksi yang terbaik pernah dihasilkan.


- CRUDGEL

 Makluman kepada sekelian pembaca: Super Proksi (siri terakhir) disiarkan di blog associate RADIKALISMA. Harap Maklim  - admin.

7 comments:

Nurun Nur 9111 said...

salam,

semoga yang terlibat diberi petunjuk dariNya untuk keluar dari semua ni...aminnn...

RattleHead said...

maknanya pembangkang lah menjalankan agenda proksi ini...kesian penulisan dah hebat....tapi pendirian belum hebat

rangerover said...

Maaf saudara RittleHead,

Andaikata penulisan diakui hebat, semestinya ia berasal dari pendirian yang hebat. Dejauh mana pula pendirian saudara yang hanya melihat dari sebelah mata?

Penulis memang hebat, saya tahu tentu dia mempunyai maklumat yang hebat juga. Well done, tell the truth.

mans said...

Tak mengapa bro. Selagi dia cari kebenaran kira okey lah tu. Nanti dia akan tahu juga yang mana benar, doakanlah.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. bangsa dan agama itu lemah kerana pemimpinnya lemah.. kalau kepala dah sakit satu badan takleh nak buat keje... jgn dok salahkan orang.. pemimpin sendiri yg lemah.

Anonymous said...

jika kepala sakit kita telan panadol atau... potong saja kepala tu. kalau kepala dah potong badan dapat jadi sihat? hmmm ganti kepala lutrut kot?

CRUDGEL said...

RattleHead,

Terima kasih. Mungkin kamu terlalu taksub kepada parti kesayangan kamu sehingga menutup mata terhadap kebenaran.

Kebenaran itu tidak pernah menyebelahi sesiapa pun, tetapi kitalah yang wajib menyebelahi kebenaran.

Jangan hanya kerana bukti-bukti lebih condong kepada titik yang kamu tidak menyetujuinya, lalu kamu menolak segala bukti-bukti itu untuk dicampakkan ke dalam pemikiran politik kepartian yang taksub dengan meletakkan yang bathil kepada haq.

Tiada perkara yang lebih zalim daripada perbuatan meletakkan yang bathil kepada haq.

Allah sudah memakbulkan doa-doa kamu semua dalam solat hajat yang memohon supaya kebenaran ditunjukkan, maka bukti-bukti sudah pun DIA tunjukkan.

Apa lagi bukti yang kamu semua mahukan? Kamu mahu bumi Malaysia ini diterbalikkan dan pada masa itu baharu kamu akan mengakui kebenaran?

Think wise young man...

Kamu minat muzik dalam hidup kamu? ^_^ Metal band from germany? 'hebat'...

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan