Friday, March 19, 2010

Kuasa Allah Menentukan Setiap Suatu... keajaiban!

TRAJIS


Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pemandu kereta WIRA ini apabila melihat keadaannya.  Kereta ini terperosok dibawah lori kren yang mengheretnya ke tepi parit setelah merempuh sederetan kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat.



Kejadian berlaku ketika sederetan kereta berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, sebuak lori kren turun dari sebuah bukit bersebelahan dengan laju, dikatakan menghadapi masalah brek.  Meluru turun merempuh dan menyeret beberapa buah kereta yang sedang beratur itu.


Amat malang bagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang ibu yang sarat mengandung. 50% bahagian keretanya remuk terpenyek dibawah kren tersebut.

Suami wanita berkenaan tiba sejurus kemudian, segera menghampiri kereta itu dan memanggil-manggil nama isterinya tersayang.  Apa perasaan anda jika anda berada di posisi si suami tersebut apabila melihat keadaan kereta isteri hampir lumat itu?

dan...  satu KEAJAIBAN  bayi dalam kandungan dan ibunya.telah ditakdirkan selamat  Keajaiban itu milik Allah Subhana Wa Taala.  Subhanallah.


Bermulalah kisah......

Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila menyaksikan kejadian ini....

Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...

Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini.


Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...


Gen2 di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...


Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren...


Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak..... Apakah nasib ibu mengandung tersebut?


Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini ketika itu..... MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH...



Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada ALLAH yang MAHA KUASA....


Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......  Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!.......



Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera....... Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada...

Mereka terus berusaha menyelamatkan mangsa dengan penuh hati-hati agar tidak menyakiti mangsa..


Setinggi perhargaan dan pujian wajar diberi kepada pasukan Bomba-Penyalamat Malaysia yang mempunyai kepakaran tinggi dalam tugas-tugas menyelamat.


Setelah bertungkus lumus, akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......






Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...



Semua merasa terharu melihat keajaiban ini. Ibu terselamat dari maut walaupun kemalangan ini mengerikan. Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat. Pertolongan dari Allah jua yang dapat membantu.


Pihak Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!


Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....



... " YA ALLAH......"


Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren tersebut...


Ketenangan Si Ibu tersebut menghadapi musibat sangat mengharukan penyelamat dan pemerhati.


Akhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...



Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"



ALHAMDULILLAH... Menangis kesyukuran.... selamat lalui ujian getir.



Bantuan kecemasan segera dihulur Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan Si Ibu selamat


Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi " Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhanallah...



Keadaan kereta Proton Wira ini musnah sepenuhnya, amat mustahil untuk mangsa selamat dari maut... tetapi tidak mustahil bila Allah menghendaki.

Bertawakkallah kamu kepada Allah yang Maha Besar.. Hanya Dia tempat berlindung. Allahu Akbar.

keredit untuk  amrazd90.blogspot.com






SINAR HARIAN


Wanita mengandung nyaris maut dirempuh kren

I-TECH, Kulim - Seorang wanita yang sarat mengandung, berusia lingkungan 30an, cedera apabila kereta Proton Wira yang dipandunya dirempuh oleh sebuah kren yang datang dari arah bertentangan.

Menurut mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu berkata, sebelum kejadian berlaku, beberapa kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Balai Bomba Kulim.

Dia ternampak sebuah kren turun dari arah bukit dalam keadaan laju lalu merempuh lima kereta yang ada di lampu isyarat itu dan menyeret sebuah kereta Proton Wira ke dalam parit.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya nampak, sebuah kren turun dari arah bukit dengan laju dan menghasilkan bunyi yang kuat seperti mengalami kerosakan brek. Kren itu kemudiannya hilang kawalan dan terus merempuh lima buah kereta berkenaan.

“Saya nampak kren itu merempuh dan mengheret sebuah kereta Proton Wira ke dalam Parit. Pemandu kren yang cemas dengan kejadian itu melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang tersepit di bawah kren cuba dikeluarkan oleh anggota bomba tetapi gagal.

Bomba terpaksa menggunakan sebuah kren lain untuk mengangkat kren yang terlibat dalam kemalangan itu untuk membolehkan orang ramai menarik keluar kereta mangsa yang terperosok di bawah perut kren terbabit.

Hampir satu jam usaha mengeluarkan mangsa tersepit dijalankan dan akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaannya. Mangsa dibawa ke hospital Kulim untuk rawatan.

Satu jentera bomba dari Balai Bomba Kulim Hi-Tech dan dua ambulans dari hospital Kulim terlibat dalam operasi menyelamatkan mangsa itu.  Sinar Harian wilayah Utara



ALLAH  HU AKHBAR !!!!!



----- Forwarde d by Zaharain Mohamed Saibu/JPend/USM on 15/03/2010 10:57 -----

9 comments:

bradokapak said...

Masya Allah!

terkedu dan terperanjat saya melihat dan membaca artikel ini...

Maha Suci Allah Yang Maha Menghendaki!

kereta remuk habis, tapi seorang wanita sarat mengandung masih boleh selamat... perkara diluar akal manusia biasa!

untuk itu, selalulah amalkan Doa' Abu Darda' ra, yang diberikan oleh Rasulullah saw khas untuk mengelakkan dari ditimpa bala bencana.

semoga dengan artikel ini dapat mengambil iktibarnya.
Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Sebarang Kuasa!

'bradokapak

.. said...

Allah Maha Kuasa, Makhluk Tiada Sebarang Kuasa! benar kata saudara. subhanallah...

Anonymous said...

subhanallah...
tiada makhluk pun mampu melawan takdir dan kehendak illahi..apabila berkatalah allah kun fayakun.. maka jadilah ia.. tiada manusia berhak melawannya...
semoga dapat menjadi iktibar!

allahuakbar...

.. said...

Terima kasih saudara singgah disini. Bukti nyata: "ajal maut ditangan Allah". Manusia tiada daya upaya, semoga menjadi pedoman dan dapat perbaiki amalan.

Anonymous said...

insyaAllah,anak yg dikandung wanita tu akan menjadi seorang manusia yg istimewa satu hari nanti kerana Allah telah menyelamatkan nyawa mereka berdua. Mesti ada sebab Allah lindungi mereka.

Anonymous said...

Subhanallah!
Segala Keagungan dan Kekuasaan hanya ada pada
Allah Rabbil Alamin.

Nadia Juhari said...

Subhanallah...bergenang air mate sy saat mmbaca artikel ini...sgt mengerikan...alhamdulillah beliau selimat...tiada siapa yg blh menafikan kuasa Allah....

neez said...

Bradokapak,

post la kat sini doa abu darda' tersebut untuk sama-sama dapat amal, insya Allah

ajak said...

Allah maha kuasa mahkluk langsung tak ada kuasa..hanya cara baginda nabi s.a.w sahaja ada kejayaan...

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan