Monday, March 22, 2010

kubranews@zamany: zamany wrote - AJARAN-AJARAN SESAT - siri 1

 ...... manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah? .....

Fenomena ajaran sesat sering timbul di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.  Kenapa ia terjadi adalah persoalan yang rumit untuk diulas terutama oleh mereka yang kurang mendalam pengetahuan agama dan tidak mengetahui asal usul kewujudannya.  Para pengikut ajaran dan kefahaman ini amat taksub dengan "guru" mereka dan amat tegar untuk kembali ke pangkal jalan.

Sudah sampai masanya usaha yang lebih konkrit dilakukan oleh pihak berwajib agar segera dapat menghalang pembiakan virus yang merosakkan ini dari menular,  Perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam sudah sampai ke tahap yang meruncing akibat perbezaan parti politik. Kini ditambah pula dengan puak serpihan yang menyeleweng dari akidah ASWJ yang sekian lama menjadi pegangan orang Melayu turun temurun.


Tuan Zamany menulis permasalahan ini di dalam blognya dan cuba menghurai punca fenomena ini terjadi.  Semoga penerangan tersebut dapat memberi maklumat yang mencukupi untuk kita mengelak diri dari melakukan kesilapan yang akan kita kesali.


Saya siarkan semula artikel permulaan dari beberapa siri kisah AJARAN SESAT untuk tatapan pembaca semua.

Semoga ia memberi menfaat, teruskan membaca.


 Sunday, March 21, 2010
AJARAN-AJARAN SESAT - bab 1


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.


MUKADIMAH:


Bersyukur kita ke hadrat Allah swt, dengan berkat dan keizinanNya juga dapat kawan menyambung akan rencana di dalam blog ini di dalam satu lagi tajuk yang amat dirasakan perlu untuk didedahkan kepada umum terutama kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam di Malaysia amnya berkenaan dengan AJARAN-AJARAN SESAT yang telah banyak membawa keruntuhan kepada keimanan, pegangan, akidah, amalan, akhlak dan hukum syarak yang menjadi pegangan umat Islam semua. Ia juga telah menjadi satu ancaman kepada jenarasi muda kita dikebanyakan tempat yang telah terpedaya dengan dakyah dan hasutan halus mereka yang menjadi penaja dan pengamal ajaran-ajaran tersebut. Maka adalah diharapkan agar dengan penulisan rencana ini akan dapat memberi panduan kepada anda semua supaya dapat membezakan dan menilai kedudukan sebenar ajaran-ajaran yang dibawa ketempat anda samaada ianya berlunaskan kebenaran atau pun kesesatan.

Sebagaimana yang telah umum ketahui bahawa di Malaysia, majoriti umat Islamnya menganut ajaran Islam yang mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi pegangan Akidahnya dan Mazhab Imam Shafie dari segi pegangan Fikahnya. Ini adalah pakaian yang telah bertapak sekian lamanya dari zaman ke zaman sejak dahulu lagi disini dan menjadi gaya hidup kita semua di Malaysia ini. Sebarang usaha untuk mengubah atau merungkai akan pegangan ini akan tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat dari semua kerana pegangan akidah dan fikah ini telah saheh dan terbukti kebenarnya. Sebagai manusia biasa adalah menjadi lumrah dan mudah untuk kita tidak berpaling kepada yang lainnya selain dari pegangan yang telah ada ini, tetapi ada juga segelintir umat Islam disini yang mempunyai fahaman mendalam tentang agama yang membolehkan ia merobah pendekatan mereka kepada jurusan Mazhab yang lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi, terutama mereka yang telah lama tinggal di Asia Tengah dan benua Afrika. Tetapi ini bukanlah diluar dari biasa kerana semua Mazhab yang 3 ini juga masih lagi sah didalam hukum Syarak dan dibolehkan kita berpegang dengannya di dalam keadaan tertentu.

Cuma ada yang terlebih pandai mengikut rakan-rakan mereka memasuki kumpulan-kumpulan serpihan yang berbaur politik contohnya Syiah, wahabi dan anti hadis yang telah cuba memasuki Negara ini sedikit masa lalu. Sekarang mereka memfokuskan pula siasatan mereka kepada ajaran Tabliq kerana memandangkan kejadian terbaru ajaran Sudin Ajaib ada kaitannya dengan ajaran Tabliq itu. Maka Malaysia kini bolehlah dianggap tidak sunyi dengan kemasukan ajaran-ajaran sesat dari luar dan juga yang mencipta sendiri ajaran-ajaran tarikat sesat mereka yang cuba disebarkan ke dalam masyarakat umum. Pihak JAKIM dilihat cuba bertindak menghapus kan kesemua ajaran sesat ini dengan bantuan orang ramai tetapi perlaksanaannya masih dilihat kurang berjaya kerana kelemahan dari sudut pemulihan akidah tidak dibuat. JAKIM hanya menangkap Imam atau ketua ajaran sesat dan didakwa dimakamah Syariah serta di jatuhkan hukuman, tetapi bagaimana dengan kesemua ahli-ahli dan pengikut ajaran sesat itu hendak di pulihkan fahaman dan pegangan akidah mereka? Mereka-mereka yang terlepas inilah pula yang kemudiannya akan membuka kelompok-kelompok ajaran sesat yang lain di merata tempat di Malaysia. Lihat saja ajaran al Arqam, bagaimana dengan anak buahnya yang terlepas dan telah cuba membangumkan pula ajaran sesat yang mirip al Arqam, malahan Imam atau ketua al Arqam sendiri walaupun telah dijatuhkan hukuman dan menjalani konseling pemulihan akidah sedikit masa dahulu, masih tetap berdegil ingin menghidupkan semula ajaran al Arqam. Jadi kita dapat melihat akan kelemahan JAKIM dalam melaksanakan tugas pembentrasaan ajaran sesat di Malaysia masih ditahap amat lemah. Hukuman yang dijatuhkan oleh pihak Makamah Syariah di semua Negeri-negeri di Malaysia ini juga masih kurang memberi bekas kepada mereka, itulah sebabnya mereka tidak "INSAF" dan masih berminat untuk menyebarkan ajaran mereka yang telah diwartakan sesat itu. Jadi sampai bila pekara ini akan berlanjutan ???


AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH.

Sebenarnya tiada dapat dipastikan bilakah Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ini mula bertapak dan diwartakan di dalam dunia Islam. Begitu juga dengan tokoh yang mempelopori akan Mazhab ini. Tiada rekod di dalam dunia Islam yang mencatat akan pekara ini, hanya bolehlah disusuri akan kejadian selepas perpecahan umat Islam sesudah pemerintahan Sahabat- sahabat Rasullah saw iaitu dipanggil juga dengan nama zaman pemerintahan Khalifah al Rasyidin. Selepas Khalifah Osman al Khatab dibunuh dan kemudian tugas Khalifah diambil pula oleh Saidina Ali kaw, maka telah berlaku fitnah demi fitnah hingga memaksa berlakunya peperangan saudara dikenali dengan Perang Jamal diantara pengikut Saidina Ali kaw dan Saidatinah Aisyah ra di Madinah. Ini telah juga meragut nyawa ramai rakan-rakan seperjuangan Saidina Ali dan Rasullah saw sendiri. Lanjutan dari peperangan saudara ini telah membawa kepada umat Islam berpecah kepada 3 golongan yang besar hingga kehari ini iaitu Golongan Syiah, Golongan Khawarij dan Golongan Sunni.

Golongan Syiah yang bermotifkan politik mengambil pendekatan extrimis sebagai puak yang menyokong Saidina Ali dan menentang 3 lagi khilafah al Rasyidin termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri , malahan mereka menganggap hanya Saidina Ali saja yang layak mengantikan Rasullah saw. Sedangkan mereka mengeji, menghina, menyumpah-nyumpah akan 3 orang Khalifah al Rasyidin yg lain termasuk Saidatinah Aisyah ra sendiri hingga kehari ini.

Golongan Khawarij pula adalah mazhab yang mengambil keputusan berkecuali dari menyokong Saidina Ali atau pun Muawiyah anak kepada Abu Sufian. Mereka telah menghistiarkan keluar dari semua kemelut pertelagahan berkenaan dengan isu Khalifah ini dan telah mengasingkan diri mereka hingga kehari ini.

Manakala bagi pihak yang masih berpegang kuat akan kesemua ajaran al Quran dan Sunnah Rasullah saw serta mengikut dan menyokong kesemua Khalifah al Rasyidin dan Keluarga Rasuallah saw, inilah dia yang mendapat jolokan dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah atau ahli Sunni, kerana mereka ini memegang teguh Sunnah dan ijmak semua jemaah para Ulama-ulama berkaitan dengan isu Khalifah dan semua hukum hakam yang ditetepkan oleh Rasuallah dan sahabat-sahabatnya yang masih utuh dipegang hingga kehari ini, malahan pengikut Mazhab ASWJ inilah yang paling teramai sekali di dunia sekarang ini. Mengikut kesepakatan seluruh para Ulama-ulama mentafsirkan bahawa ASWJ adalah mazhab yang dibawa oleh Rasullah saw dan juga para Sahabat-sahabat Baginda. Ia telah mengambil dari sumber yang asli iaitu Nabi Muhammad saw sendiri dan mengambil hujah-hujah dari para Sahabat-sahabat Baginda sebagai Hadis-hadis yang benar dari Baginda Rasullah saw. Jadi apa juga bab dalam isu agama ini telah diberi kata putus bahawa hanya ASWJ sajalah yang memegangnya dengan betul dan kuat. Di Malaysia pekara ini telah lazim malah telah juga menjadi pegangan gaya hidup umat Islam tempatan dari dahulu hingga ke hari ini. Jadi kita tidak perlulah risau dan ragu lagi akan kebenaran dan kesahehan pegangan akidah ASWJ yang kita anuti sekarang ini malahan seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan di dalam mazhab ini.

Oleh kerana itu dapatlah kita fahami bahawa ASWJ merupakan keyakinan dan iltizam pegangan kepada al Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama umat Islam golongan ini. Selain itu juga mereka memandang tinggi dan menghormati kepada seluruh jenarasi Sahabat, tabe'in dan semua tokoh-tokoh ulama hadis kerana daripada merekalah semua sumber-sumber agama dapat dipelajari dengan jelas dan diyakini. Semua ulama di seluruh dunia telah bersepakat bahawa golongan ASWJ lah satu-satunya golongan yang terselamat dari perpecahan dan kemasukan pendapat peribadi yang menurut Nafsu sendiri di dalam banyak bab dan hukum hakam ajaran Islam itu sendiri. Malahan Rasulullah saw pernah menggambarkan pekara ini di dalam sebuah hadis soheh Baginda yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malek ra, yang maksudnya:

"Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan saja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah ?" Baginda menjawab, " Al Jamaah... Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."

Keterangan hadis : daripada hadis soheh ini maka jelaslah kepada kita bahawa Rasullah saw telah pun dapat melihat perpecahan kepada umat Islam diakhir zaman akan berlaku. Baginda sendiri telah menetapkan hanya golongan ASWJ sahaja yang akan terselamat dari semua fitnah perpecahan umat ini dan menyarankan untuk kita sentiasa duduk tetap di dalam Jamaah ini dan jangan berpecah belah. Terdapat 72 golongan serpihan umat yang telah memisahkan diri mereka dari kelompok unggul ASWJ ini, antaranya Syiah, Khawarij, Mutazillah, Najariyah, Jahmiyah, Wahabi, Kadariah, Rawafiq, Rafidah dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang tergolong kepada kelompok 72 golongan yang disebut-sebut Rasullah saw sebagai mereka yang telah binasa akal, fikiran, akhlak dan akidah mereka dari jalan kebenaran. Manakala ASWJ akan mempertahankan kesucian agama Islam peninggalan Rasullah saw sehingga ketetapan Allah di hari kiamat nanti.

Allah telah berfirman didalam alQuran surah al Annam ayat 159 yang mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang berpecah belah di dalam agamanya dan mereka bergolongan- golongan, bukanlah engkau dari golongan mereka sedikit jua pun. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah, kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang mereka perbuat".

Keterangan ayat : Telah diberitahu kepada Nabi dan para Sahabat-sahabatnya bahawa perpecahan umat Islam selepas peninggalan Baginda dan para sahabat Baginda pasti akan berlaku. Tiada seorang pun dari mereka yang mampu menahannya kerana itu telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu ujian kepada umah selepas Baginda dan para sahabat-sahabat baginda itu. Perpecahan yang mengikut perasaan marah dan hawa nafsu juga sifat perkauman berpuak- puak kaum Arab yang masih belum bertamadun menjadi punca yang jelas akan perpecahan ini merebak-rebak hingga mereka semua menjadi sesat semula.

Dari berpuak-puak itu mengikut ketua masing-masing dan mereka kemudiannya mencipta pekara-pekara bidaah yang semakin jauh menyimpang dari ajaran Nabi Muhammad saw dan para sahabat-sahabat Baginda. Maka Allah akan menjelaskan kepada mereka semua di akhirat kelak akan segala perbuatan melampau mereka itu semua adalah sesat lagi menyesatkan umat Islam dan akan membalas semuanya itu dengan api Neraka Jahanam kerana mereka sebenarnya telah mengikut hasutan Iblis dan Syaitan. Jadi penyesalan yang teramat sangatlah mereka akan perbuatan mereka itu tetapi semuanya telah terlambat dan semua penyesalan dikala itu tidak akan mengubah akan hukuman yang telah disediakan kepada mereka itu. Jadi janganlah kita cuba mengubah atau menokok tambah kepada apa yang telah Rasullah saw buat atas agama Allah ini. Ia akan kekal begitu sama ada anda suka atau pun tidak, bukanlah hak kita untuk mengubahnya mengikut selera kita. Ia akan menjadi pekara bidaah dan sesat jika kita ingkar.


IJMAK PARA ULAMA TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Marilah kita lihat ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu :

1) Dari Imam Ahmad bin Hambal ra (wafat th. 241 h) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah " Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, azhab al Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasullah saw. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini".

2) Dari Syeikh Abu Ubai al Qasim bin Salam (wafat th 224 h) katanya didalam mukadimah kitabnya bahawa " Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati didalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Akidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ".

3) Dari Syeikh Ibnu Taymiyah (wafat th 728 h) katanya " Mazhab ahli Sunni adalah mazhab yang telah sedia ada sebelum lahirnya Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi), Imam Malik (Imam Mazhab Maliki), Imam Ahmad Hambal (Imam Mazhab Hambali) dan Imam Syafie (Imam Mazhab Syafie). Ia juga merupakan mazhab para sahabat yang menerima dari sumbernya iaitu Rasullah sendiri. Mereka bersepakat menerima ijmak para sahabat adalah hujah yang benar manakala berselisih pendapat berkenaan dengan ijmak genarasi selepas sahabat".

4) Dari Imam Bukhari (wafat th 256 h) berpendapat bahawa, "Al Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama"anda.

5) Dari Imam at Tarmizi (wafat th 279 h) beliau berpendapat bahawa " ahli al Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis ".

6) Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat th 548 h) berpendapat bahawa " Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabein, ahli hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini ".

7) Dari Imam al Jauzi (wafat th 597 h) mengtakrifkan Ahli Sunnah ialah ahli al Naq dan al Athar yang mengikut hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat nabi kerana mereka semua itu berada diatas jalan yang benar dan tidak berlaku pekara-pekara baru (perubahan dari yang asli). Pekara bidaah hanya berlaku selepas zaman Rasullah dan sahabat-sahabatnya.

8) Dari Syeikh al Safariani (wafat th 1188 h) berpendapat bahawa " ahli Sunni adalah al Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada sunnah dengan kuat di dalam bidang akidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli al Ahwak dan ahli al Kalam didalam bidang ilmu akidah".

9) Kata Syeikh Ibnu Taimiyah lagi " Ahli Sunnah ialah golongan yang berpegang kepada kitabullah dan sunnah Rasullah dan apa-apa juga yang telah disepakati oleh golongan terdahulu yang terdiri dari golongan Muhajirin dan al Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".

10) Syeikh al Safariani juga berpendapat bahawa " Ahli Sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad bin Hambal, golongan al Asyariayah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan al Asyari dan golongan al Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur al Muturidi ".

11) Syeikh Abdullah bin Mas'ud berkata " Al Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri".

12) Dari Imam Mustafa al Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan al Asyariayah pimpinan Imam Abu Hassan al Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Makiki, Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam al Auzai.

Pada awal kurun ke 3 hijrah ahli-ahli perawi hadis telah mengalami satu revolusi dengan memertabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentanggan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiayah, golongan Muktazilah dan golongan al Khawarij yang menyimpang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu Amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ saja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan al Quran sebagai sumber soheh mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah :

1) Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.

2) Golongan yang terselamat kerana mejoriti mereka yang terhimpun didalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mentaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan peganggan kepada Hadis dan al Quran sebagai panduannya juga gaya hidupnya.

3) Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunkan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.

4) Golongan yang dirangkumkan di dalamnya juga termasuk para Sahabat Rasullah saw sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat akidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam akidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.

5) Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.

6) Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai peneraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al Quran dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Baia'ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengakibatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.

7) Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlilah. Mereka menitik beratkan kesinambungan keilmuan yang diwarisi itu mestilah mempunyai wasilah daripada tangan Baginda Rasullah saw diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanat ilmunya dari tangan Rasulullah saw. Mereka memegang atikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.

8) Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat hadis nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil kan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.

9) Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampur adukkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada umah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memesongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.

10) Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanahair mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.

11) Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basirah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu di dalam bab ini dengan hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melepasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasullah adalah di dalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasullah saw dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai ke hadrat Allah swt. Selain dari ini, semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.

Oleh itu dari semua hujah-hujah di atas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 surah al An'nam dan Hadis , kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat didalam akidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang memangnya telah lama berhidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada khalayak.



TAFSIRAN AJARAN SESAT.


Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan kelimuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersimpang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai " sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, al Quran, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah ". Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.

Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpesong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat ciptaan mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Falsafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid. Jika anda tidak percaya, sila lihat sejarah penangkapan beberapa ajaran yang telah diwartakan sesat oleh pihak JAKIM.

Majoriti imam- imam nya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan falsafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri ? Malahan ada sesetenggah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau "ilham Laduni" sedangkan mereka bukan duduk di dalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk di dalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, Waliallah, Nabi Allah, Rasullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh THH untuk meruntuhkan akidah Islam disini ? Mereka telah di "mind control" kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk ke dalam masyarakat secara senyap menghancurkan akidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalik Wahabi, Syiah, al Arqam dan lain-lain lagi itu ?.

Daripada tafsiran dan definasi yang telah diberikan di atas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut akidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat al Quran dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasullah saw dan semua keluarga mereka juga isteri Rasullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi "Rasul", mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi... inilah yang dikatakan AJARAN SESAT. Dan jika anda terserempak atau mengatahui adanya aktiviti seumpama ini di tempat anda sila hantarkan laporan anda ke alamat ; http//www.islam.gov.my (laman web rasmi JAKIM).

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan bab 2 rancana bertajuk ajaran sesat ini di episod yang akan datang , tidak lain dan tidak bukan hanyalah disini.

Wabillahitaufiqwalhidayah, wasallamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh ...amin.



Sekian,

Zamany.

 
Sekiranya pembaca ingin memberi komen atau kemukakan pertanyaan, sila ke blog berikut, banyak maklumat mengenai isu berkaitan dapat diperolehi dari majlis perbincangan ilmu dengan Tuan Zamany. 
Terima kasih.


sila lihat komen artikel ini.  KLIK.

0 comments:

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan