KOMENTAR dan SOAL JAWAB zamany@news
Iblis Dan Alamnya siri 1 dan 2
SIRI 1
32 comments:
- Alhamdulillah Tuan kerana berkesempatan untuk memberi nasihat kepada kami berkenaan perkara-perkara getir sebegini yang melanda budaya Melayu dari dulu sampailah sekarang. Semestinya penulisan Tuan ini akan saya ikuti dengan tekun. Harap Tuan tidak akan berasa bosan dan penat untuk menulisnya walaupun sibuk dalam tanggung jawab harian. Semoga kita bersama-sama akan terasa lebih rendah diri dengan segala ilmu dan pengetahuan yang diberi-Nya. salam...
- menarik, dgn perinciannya sekali. Byk betul mambang2 jin dewa jembalang bagai ya. Apa pula kisahnya ada yg kawin dgn bunian ni. Ada zuriat kacukan manusia dgn jin pulak...
- Salam kpd anon 6.29 am dan batista Kpd anon 6,29 Insyaallah, Kwn sentiasa ingat dan tetap akan meletakkan semua ilmu adalah milik guru kwn dan kwn tidak punya apa-apa walau sebatang alif pun. Ia akan lebih mudah begitu dan jika kwn sedikit terlanjur tu mohon maaf. Mohon Allah swt memberi ingatan kwn seberapa lengkap yang boleh untuk ingatkan semula pelajaran dalam bab ini dahulu. Tk atas ingatan... Kpd batista.. bab bunian tu akan ditulis dalam ms 2 nanti. Kwn akan cuba membuat ia lebih detail semampu yang boleh kerana kebanyakan buku dan kitab ilmiah didalam bab ini tidak bersifat begitu. Itulah agaknya kenapa kwn dikenakan merantau keceruk rantau, menjejaki mereka yang pakar dlm bab ini sedikit masa dulu. Lagi satu pekara, oleh kerana orang Melayu selalu beranggapan 'tidak mengapa' berkawan dengan jin yang tidak dia sedari mereka telah di sesatkan oleh pihak Jin dalam senyap. Fahaman inilah yg kwn cuba kaitkan supaya mereka tahu yang mereka itu dalam bahaya. Mengaitkan bab ini didalam dunia Melayu lah cabaran yg kena kwn khususkan di dlm rencana ini.Tiada buku yang menulis sebegini rupa yang kwn selak selak. kebanyakan cerita secara genaral sja. mendatar tampa menjurus. Kwn nak bagi tahu org melayulah yang paling ramai menganut ajaran Iblis dengan secara tidak langsung.Insyaallah dengan izin Nya juga akan kwn siapkan rencana ini secepat mungkin... Tk kerana sudi kemari wassalam zamany
- Salam Atuk Zamany... Alhamdulillah, dengan artikel nie, menjawab persoalan dalam diri saya berkenaan Jin yg berwarna-warni (berpuak dari segi warna) yg dapat saya kutip dari sirah Saidina Hamzah... memang sgt sedih dengan golongan sekarang ini... dan Alah telah memberi akal dan nafsu... maka... nafsu lah mereka pilih... sedangkan Allah itu memberi syurga dunia pada mereka yg kafir... dan dugaan dan cabaran yg getir pada muslim sejati untuk mendapatkan syurga hakiki.... ps: Atuk Zamany, cucu nie belajar silat dari Arwah Abah... silat Lian Padukan nama sekarang.. tapi zaman cucu dipanggil Buah Pukul Mersing, Silat Lian. termasukkah saka siulat dalam silat ini? bagaimana cucu nak buang saka ini jika ada? dulu cucu ada terima ilmu pukulan pelimun dan pemberat... harap Atuk boleh tolong... (kalau cucu salah panggil atuk... harap tegur cucu... :) ) -AbuHakeem-
- Salam abuhakeem... Klu kita nak tahu ada saka atau tak senang je ... cuba tanya org tua atau guru yg masih ada, atau rakan seguru yg lebih tua. tanyakan dari mana asal usul silat tu ? kalau blh sebut nama2 tok guru silat yang menyampai salah seorang Iman Muktabar dlm bab ini, contoh nya disebelah Nusantara ini ialah Syekh Wan Daud wan ahmmad al fatoni yg mengtasdih semua bentuk silat didlm satu bentuk pertahanan diri peperangan yg diiktiraf disemua peringkat buah dan tari berwasilah hingga sampai sanatnya ke Rasullah saw, maka silat itu tiada saka. Jika ia terputus sanat dimana2 bahagian samada dlm tari atau buah, tidak menyampai ke imam muktabar persilatan alam Melayu yg kwn sebutkan di atas maka, syaitan lah imamnya... cucu faham skg?? Yg betul2 mewarisi persilatan syekh daud fathani yg kwn tahu satu je silat di seluruh alam Melayu ni... Silat ABJAD...yg lain hampas !!!! kwn sendiri dah uji silat ni, dan bukan calang. Nama tak glema, tapi.. tak dapat nak kata la, memang mantap luar dalam. Nak buang saka... pergi jumpa ustaz Yunus (wakil guru abjad sah) kalau di selangor, kalau di perak jumpa dengan tok guru depa sendiri Tok mat jangut yang dipertua yayasan abjad.. tapi jumpa terus tok guru abjad tu lagi baik. org panggil ust mat no tel 013 4500007. Bab buang saka, memang dialah orangnya. Yg lain tu ada, tapi tak kemana pun??? Kalau dia tanya siapa bagi no. katakan kawan dia di johor bagi. zamany ni nama anak kwn, nama kwn rahsia...anon ! Silat cucu ni pelek lah, tak pernah dengar pulak. dah rata kwn jalan. dah belajar silat hampir 40 gelangang. Tak pernah pulak jumpa silat lian ni ??? mungkin kwn tak main sebelah Mersing kot. wasalam zamany.
- macam mana pula silat nasrul haq. yg ni glamer jugak dulu.... Kenapa para jin ni tak heran dgn jampi doa, walaupun dgn ayat kursi, atau doa jin afrit yg diajarkan jibrail kpd Rasulullah?
- salam Pak Cik Zamany, Gelanggang Silat Abjad ade tak kt KL?teringin sgt nk belaja silat nih..
- terima kasih Tuk... atuk kat Muar ker Batu Pahat? saya di BP... saya belajar sialt tu sejak sekolah rendah lagi (darjah 1).... bersama kakak saya... antara amalan pertama ialah mandi limau. Guru kepada Arwah bapa saya bernama Pak Ali Forest (kerja renjer hutan tahun 1960-an)... bapa saya mendapat tauliah sebagai guru. Anak murid bapa saya banyak di batu Pahat... tapi takder yg tauliah guru rasanya. antara pengisian yg saya pernah buat, disuruh berpuasa seminggu. dan setiap malam berzikir kalimah tauhid 3000 kali selepas tahajud. kalau boleh kena selalu ada wuduk... masa saya di Universiti, dah tingal jauh, saya pun kurang amalkan yg diajar... biasalah jiwa muda masa tu.. yg saya ingat, kalau saya tak solat, akan terdengar (terngiang) suara pesanan untuk solat atau kadang2 bertalu2 bunyi azan kat telinga... lama2 ia hilang... dan saya rasa ilmu yg saya tuntut tu pun dah tak berkesan lagi kot... tak pernah cuba lagi... :) Silat Lian / Buah Pukul Mersing asalnya dibawa oleh sorang saudagar Arab di Singapura. dipercayai silat nie dari seni martial negara China. (pernah abah bg tau Seni Kuan Tau). kalau Atuk cek kat Internet banyak Info... ada guru kat semerah kalau tak silap... saya pun tak jumpa lagi nak refresh silat saya... (dah lupa langkah punnn) -AbuHakeem-
- Salam batista, anon 5,27 dan abuhakeem... Kpd. batista, Silat nasru haq samalah dengan budi suci dan wali suci. mula mula masuk ke sini dipanggil budi suci, bila ulama johor haramkan, mereka tukar nama kepada nasrul haq kemudian juga diharamkan terakhir mengguna nama wali suci dah tak masuk johor. diajar di ulu kelang kl. banyak mat rok masuk belajar, tak tahu kenapa. dia katanya ajar juga bab mengenal diri mengenal Allah ni... wallahuaklam. Tapi yang pasti silat bagi 'orang marah baru jadi' ni membawa kpd kesesatan. Ada cerita disebaleknya ? Kpd anon 5.27 Silat abjad rasanya tak ada di kl, yg paling dekat dikl tu ialah di sungai buluh. Boleh tel ust mat jangut dan tanya pada dia... no tel dia dikomen abuhakeem diatas. Kpd abuhakeem. kwn kejap di jb kejap di baling kelap dimarang dan kejap di rantau panjang... mcm mana tu ? 4 tempat ni kwn kena tengok. ni keja kwn. oooo baru kwn ingat kalau sebut pasal kuan tau tu. diadaptasi dari sini. kwn tak minat kuan tau sebab dia mcm tai ci cina, cuma cepat. lagi pun tak masuk bab silat yg kwn kena selongkah isi perut nya. yg dah kena selongkah baru ni silat lincah, omar mempertahankannya sampai masuk hospital. kwn dah bagi jelas, kalau masih lagi tak bertaubat, hang tunggu je lah nanti. kwn dah lepas tanggung jawab kwn didunia ni, tlg bagi ingat...tu je. nampak mcm anda dah terputus punca silat tu. tak blh main agak-agak je. kena betul-betul confirmed. kalau tak, cucu sendiri yg menanggung nya nanti, tanya betul2 dan cari asal usulnya dengan tepat.ok klu tak jumpa, lupakan saja silat tu walau pun ia peninggalan keluarga cucu, memang sakit, pedih dan sedih tapi tak boleh kompromi dalam bab akidah diri kita sendiri...kalau nampak bahaya jgn teruskan. cari yang lain. tk sebab sudi kemari, Wallahua'alam sekian zamany
- salam batista, tertinggal... "kenapa jin tak takut dengan ayat yang kita baca, ayatul kursi, doa jin afrit dan doa apa juga pun"... jawabnya, mereka tahu ayat yang hang bawa tu tak ada pertalian ilmu dari tangan Rasullah saw. Maksudnya belajar dari buku, dari ustaz dalam suatu ceramah, dari guru yang tidak punya sanat, ambil dari punca yang entah dari mana. Pelajaran dan pengajian yang diambil tidak dari punca dan pewaris nabi iaitu dari sahabat kepada sahabat-sahabat, kepada ulama muktabar, dari guru-guru yang berwisalah dan berebitah hinga sampai sanatnya ketangan Nabi sendiri menjadi punca jin tak hairan dengan kamu. Malah dia suruh kamu pergi belajar lagi. sebab semasa kejadian mereka dulu sebelum Nabi Adam ada. Mereka dah diajar dengan ayar dari semua kitab agama samawi tu iaitu taurat, injil, zabur dan alquran. Ia telah ada dulu sebelum manusia diciptakan lagi, tapi bentuknya saja tidak diketahui...bukan yang ada macam ada dirumah kita naskah AlQuran. waalahuaklam... mereka hafal semua itu dibibir. Kamu baca satu ayat, dia dah habis 10 ayat, habis kamu baca ayat kursi, dia dah habis 1/3 alquran. Macam nmana nak menjadi... dia dulu sampai. Kamu terkapai kapai dengan segala bacaan yg lintang pukang, mana nahunya, mana tajwid nya, mana hadnya... itu sebab dia senyum je tengok hang baca. Jadi kena cari guru yang betul-betul sah, didalam bab bab syariat, akidah , akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Tak boleh tidak... sekarang jugak !!!! kwn dah tunjuk tempatnya, kalau tak percaya boleh uji, boleh test... sampai ke tak sampai. sampai puas hati, sampai percaya, sampai terbukti pada diri, sampai rasa yakin, baru buat keputusan, ok. sekian zamany
- Trimakasih saudara Zamany.... Boleh tak dijelaskan apa itu rabitah. Rasanya tak pernah didengarkan dlm subjek agama Islam dari yg sekolah rendah sampai lah kpd institusi2 pengajian tinggi. Ade dgr pulak orng2 jurusan agama yg kata berabitah tu syirik pun.... wassalam
- Salam batista.. Ribitah dari segi maksudnya ialah pertalian hubungan, mengikat dan menambat diri rohani jasmani kepada kekaseh Allah swt iaitu junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. seumpama Allah kasehkan Muhammad begitulah harapan kita supaya kita juga dikasehi Allah dalam setiap bentuk amalan dan kerja buat kita dari semenjak kita lahir hinggalah kita mati didalam pemeliharan, readha dan kaseh sayang Allah selama-lamanya didunia dan akhirat. contoh gambaran yang paling mudah ialah berselawat keatas Nabi Muhammad saw. Sedangkan Allah sendiri berselawat keatas baginda, inikan kita sebagai umatnya mestilah dan seharusnya lebih banyak berselawat keatas baginda. sekarang anda nampak tak pertalian itu.... Sebenarnya banyak pihak yang tersalah anggap akan pekara ini. Mereka memisongkan maksud sebenar akan pekara ini untuk menjalankan dakyah songsang dan berkepentingan contohnya syiah. Ditukar kepada Imam mereka, taksub kepada selain dari rasullah itulah yang salah. Rasullah saw lah yang akan memberi syafaat kepada kita diakhirat kelak.Jadi salahkah jika kita banyak berselawat ?? Waalahua'alam zamany
- terima kasih atuk... cucu nak tanya satu soalan... soalan nie pun datang dari rakan sekerja ... soalan : sejauh mana hamba Allah boleh mengetahui dan mengenal Allah Azza Wa Jalla? saya memang tak mampu nak jawab dengan izin Allah saya bertanya semula pada yg saya fikir layak disoal. -AbuHakeem-
- Salam, tuan zamany. Emm.. apa beza antara jin dengan syaitan, jin dgn iblis,iblis dgn syaitan? Ada beza ke ? Adakah semua2 jin tugasnya hanya meyesatkan manusia? Maaf kiranya tanya soalan begini. .... Silat abjad ade cawangan kat johor tak?
- lagi satu... apa pandangan tuk dengan Kitab Al-Hikam? benarkah kitab itu wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w? maaf byk tanya lak tuk... -AbuHakeem-
- Salam saudara Zamany saudara AbuHakim. Mengenai jin dan hantu tu saya fikir eloklah saya komen kemudian bila sudah terhidang semua. Kena baca betul2, silap baca "kena cekik"... hahaha. AbuHakeem, Saya nampak keikhlasan saudara bertanyakan soalan2 itu. Alhamdulillah masih ada hamba Allah yang berminat mengetahui hal-hal berkaitan tauhid. Syukur. Bagi pendapat saya, tidak salah sdr bertanya perkara haq, jika ada rezekinya saudara akan dapat hasilnya, insyaallah. Saya tak berapa pandai dalam hal yang dalam-dalam, tapi sekadar berkongsi pandangan bolehlah. Maaflah kalau silap, harap ada yang betulkan. Soal mengenal Allah itu, adalah wajib bagi setiap orang Islam. Awal2 agama mengenal Allah (tiada beragama kalau tidak mengenal). Untuk kenal Allah, kena kenal diri. Bila kenal diri, binasa diri itu. Jawapan untuk soalan kawan saudara itu ialah kena merasai mati sebelum mati. Diri akan binasa bila kenal akan Allah kerana hanya Allah mengenal diriNya. Rasulullah bersabda dalam hadis qudsi, "Aku kenal tuhanku, dengan tuhanku". Tiada daya akal untuk menceritakan akan hal ini, untuk mengetahui manis gula, kenalah rasa gula itu, orang lain tak mampu untuk menceritakannya bagaimana rasa manis, hanya boleh dikias atau di bagaikan sahaja. Memang sukar memahaminya, tetapi jika hati ikhlas, akan terbuka pintu rahsia tersebut. Sdr Zamany akan huraikan, insyaallah. Tentang kitab alHikam, saya berpendapat sebaliknya. Wallahu a'lam. Saya sendiri suka baca kitab itu, ia berdasar banyak hadis qudsi yang penuh makna. Khusus untuk menyelami rahsia tauhid. Jika saya silap harap sdr Zamany betulkan. Saya tak masuk pondok. Belajar pun gitu-gitu je. Hmm memandai-mandai je saya ni.... maaflah tuan Zamany kalau berlebih2. hehe p/s Sdr Zamany, boleh tanya sikit? Di Baling tu kat mana? Ada tugasan disana? Saya ni asal dari Daerah Baling, lahir pun disana. Aruah emak saya orang Kupang. Kalau tak keberatan...... wassalam.
- terima kasih Sdr ABATASA... semoga Allah merahmati sdr. maaf kerana saya nie insan yg byk tanya sebenarnya... selagi hati tak puas kata org... byk persoalan... tapi apa yg saya cari adalah versi jawapan atau melihat variasi jawapan... soalan saya sama sahaja biasanya... cuma inginkan lebih dari jawapan yg menjadikan kalimah tauhid sesuatu yg paling utama dalam hidup... baru2 nie... saya merasakan untuk menyebut kalaimah itu sgt meremangkan bulu roma... kerana saya seperti terasa berat dan besarnya amanah pada kalimah itu.. bukan utk suka2 diucapkan... malah nak angkat muka pun saya takut... kalau yg mengikuti MF, mereka tahu misi saya yg ala kadar utk anak bangsa saya... saya risau sgt2 pada anak bangsa sekarang... hanya Allah tempat kita berlindung... -AbuHakeem-
- salam, sdr zamany, menurut cerita-puncak bukit kt kg dulu tempat meminjam pinggang mangkuk. tinggalan batu besar spt tembok memagari kawasan (masih ada) pembuka kaw.juga seorang alim hilang anak dlm kandungan isterinya. hari kematiannya, ada kelihatan bendera putih dikibarkan dipuncak bukit. kata org kg tu bunian...cerita diketahui ramai dan berlaku dlm thn2 kebelakangan. mohon pandangan.
- Salam saudara abuhakeem, saya nampak apa yang saudara cari, ada tanda saudara akan jumpa. jika betul.. itu haq saudara. jika sudah dapat jaga betul2... amanah. itu pesan saya. meremang itu ada dua, yang hak dan bathil. itu bab rasa. ia tak boleh ditransfer... siapa "jumpa", dialah yang tahu apa rasanya. ia memang bermula dengan "rasa". kerana itu adalah "tanda" atau bukti wujud ghaib. anda tak mampu halangi kewujudannya.... kalau bahagia anda berada disaluran yang benar. itu sahaja yang saya tahu. semoga dapat dikongsi. wassalam.
- Salam saudara Abuhakeem,anon 5.46, kopi, abatasa dan semua... Kpd abuhakeem, Berkenaan dengan kitab al hikam tu, ia ditulis dari beberapa orang waliallah. ia ditulis selepas zaman Rasullah saw dan mereka merujuk kepada beberapa imam muktabar yang arif dalam bab-bab tersebut. Mereka 'nampak' apa yang kita tak nampak. Tapi untuk menkajinya kena berguru. tak boleh bincang terbuka. Kerana banyak rahsia hakikat didalamnya. Guru itu pula mestilah yang 'menyampai'. kalau tak macam baca kitab biasa je. wallahuakalam.. Bab "sampai mana makhluk boleh kenal Allah". Sebenarnya ia terbalek..'Allah yang hendak dikenali' kerana jika makhluk maseh berkehandak, sampai bila pun tak boleh kenal. Ia putus Makrifah. Tampa kehendak makhluk. Jam tu cuma jadi "saksi" saja, tampa suara, tampa kata-kata sedang makhluk dah "hilang". Kosong tampa apa2. Nak menyampai kesitu mesti dgn pekenan Rasullah saw. Kerana dia saja manusia yg telah "bertemu" hidup-hidup dgn Allah swt. Tampa izinnya, siapalah kita... itulah sebab kena ada guru yang berwisilah dan berabitah dgn dia. Kalau tak bahaya ? Betulah juga kata batista tu... lebih kurang mcm tulah, kerana "kena rasa baru tahu". Kwn nasihatkan pergi cari guru, belajar dari bawah... jangan terus nak jumpa Allah. Dia ada adab nya, ada protokolnya. Kpd Batista, Kira boleh juga lah tu. Dah faham... cuma kena usha lebih sikit lagi je. Kena jadi "saksi". biasa dlm 2 kalimah shadatai tu. Kita ucap dengan lidah, mentasdih dengan hati, lepas tu buka pandangan dlm kalbi...? klu mampu. Kalau tak kena rujuk guru... Kwn asal johor, kesitu sebab ada kerja kena buat dgn satu org tua disana. Tolong dia je.. kerja tu maaf tak dapat bagitahu, sebab rahsia org. tu je. Kpd kopi, memang benar cerita pinjam pinggan mangkok, tu alam bunian la tu. Memang kena tepati janji. jika tidak mereka ada alasan nak porak perandakan manusia dlm berbagai bentuk. Mereka tu ganas sebenarnya ! Kpd anon 5.46 pm... Nanti dalam Mukasurat 2 akan diceritakan semuanya, termasuk perbezaan dlm istilah golongan ni. Ia banyak lagi bukan 3 tu je ok... Tk sebab ambil berat pasal musuh yg paling nyata ni. sebenarnya bab ni sangat penting bagi yang menempuh perjalanan ke Tuhan. wallahuakalam zamany
- pembetulan, saudara Zamany, Yg bab rasa merasa tu drpd saudara Abatasa.... bukan saya. Kawan ni merasa masakan pon lintang pukang lagi... kena berguru dgn yg arif pasal masakan lah tu. Saudara Zamany pandai masak ke..... kambing??
- Salam semua, Minta maaf... tersilap orang, komen tu sepatutnya buat abatasa. Tapi tak mengapalah dah tua-tua ni merapu jugak sikit-sikit. sebenarnya ia tak disengajakan. maaf abatasa. batista minat kambing... kwn masak baraini gam kambing tu reti la jugak, kan orang johor. kalau nak rasa baraini gam sila ke batu pahat. Jumpa Md Shah. baru betul-betul kaw. tanya abuhakeem di BP. memang tak sama dimana2, sampai arab yg kawan bawa ke situ pun tabik. Ada rakan datang dari Yaman dulu kawan bawa ke situ dalam perjalanan ke KL singga kejap di BP. Mereka semua puas hati...Tk Md Shah. tapi kwn masak tak sama dia ni. kwn belajar dari dia la pun... Dia ni kalau belajar masak, biar sampai jadi pakar macam Chef Wan tu. ya tak... tapi kita mana sempat nak belajar masak. Asek merantau je. walau bagaimanapun terima kaseh sebab tegur kesilapan kwn tu dan maaf pada abatasa sekali lagi, jangan kecil hati pulak, ya ! sekian zamany.
- hehehe... pergi jer kat benteng tepi sungai BP... gerai En Md Shah berkembar... kalau tengahari sesak sgt.. hehehe.... terima kasih Atuk... -AbuHakeem-
- Trimakasih info tu... mungkin saya akan berpeluang ke sana nanti
- Tapi kalau dah sampai tahap masak briani kambing tu, kira dah mazhab tinggi la tu...
- Salam semua, Maaf Tuan Zamany. Bukan nak mendahului takdir. Tapi sy rasa saudara kumaddie kita telah terbuka rahsia besar. Rasa2 dia perlu bantuan Tuan dgn izinNya ( rasanya kumaddie sendiri tak tahu ) Sekian wassalam.
- Salam anon 3.28, batista dan semua... Kumaddie tu buat fakta bahaya... dia suka buat mcm tu ? biarlah, itu cara dia. Kwn pelik juga, dari mana dia dpt surat TDM tu ? Bunyi mcm ciplak surat org lain je ? dia tarek undi lah tu ! Tapi tang 13 mei tu, TDM tak ada di kala itu. Maksud kwn dia bukan pencaturnya. Pencaturnya ialah kominis. Malayu bangkit sebab kominis dah naik tocang, melampau-lampau ! Klu ikutkan dah banyak kali percubaan nak buat mcm 13 mei tu berlaku...dari sejak th 70an lagi. Ini agenda kominis dan barat. Kita perati kan je, jgn cepat melatah. Belum masa nya....sabar Kpd batista.. Lain je bunyi soalan tu ? campak batu harap-harap kena kepala ikan kecik dan ikan besar. Takat masak braiani gam... abuhakeem blh buat, ya tak ? dengar cita ada lagi ustz yg kena tangkap pasal bawak ajaran sesat di prang besar, betul ke ? heboh kat KL katanya. Kwn dpt imfo drp org disini. Jika benar bagai dikata, satu lagi petanda akhir zaman. belajar tak ada puncalah tu, itulah sbb nya kena ada punca yg soheh. Haru ustz tu ? Wasalam zamany
- Salam semua, Alhamdulillah - jumpa lagi. Nampaknya semakin hebuh dalam restoran kumanddie.. pandai pulak dia buka cerita sensasi. Kena soal bertubi-tubi, kawan pun tumpang semangkok. he2 Sdr Zamany, saya rasa prang besar dah tak wujud lagi sekarang ni. Dah jadi putrajaya. Kg mentua kawan kat sana sebelah putrajaya. Tak dengar pula cerita tu. Ketinggalan lah. Nak tanya sikit soal artikel ni, bab jin. Kawan tak ngaji fasal ni, banyak tak tahu. Jan itu adalah "bapa" kepada makhluk bangsa jin kan? Macam Adam bagi manusia. Betul tak? Iblis tu bukanlah Jan, anak cucu dia ke? Soalah nak tanya ni, 1) Faham saya, Iblis tu bukan malaikat dia adalah dari jenis jin tapi dilantik sebagai ketua malaikat (gelarannya azazil). Betul? Sebab masa jasad adam dah siap dijadikan, Allah minta semua "Malaikat" sembah jasad Adam. Semua sembah kecuali Iblis. Disini ada konfius sikit kedudukan Iblis itu. Jika dia bukan malaikat kenapa dia wajib sembah Adam? Allah suruh malaikat sahaja. Harap dapat pencerahan. 2) Setiap manusia dilahirkan bersama2 2 kembarnya. Jin bernama Qarin dan satu lagi (tak tau namanya) dari jenis malaikat. Ada hadis ceritakan hal ni. Jin ini juga disebut sebagai syaitan. Setiap manusia ada kembar ni yang bersama dengan dia sampai mati. Satu tarik ke kanan satu lagi tarik ke kiri. Soalannya, Bila kita mati, kemana jin itu pergi kerana dia tidak ikut mati bersama kita. Adakah dia juga anak cucu Jan itu? Saudara ada sebut dalam artikel diatas, jin/syaitan ini akan masuk ke rahim wanita islam bersama sama benih. Adakah itu maksudnya atau ada penjelasan lain? Kerana dalam bab yang saudara tulis, ia berkaitan perempuan Islam sahaja, bukan semua. Dalam hadis Rasulullah saw menyebutkan semua manusia ada qarin. 3) Bukanlah semua jin itu syaitan tetapi semua syaitan itu asalnya dari jin. Betul tak? Atau manusia juga boleh jadi syaitan? Adakah syaitan itu adalah anak cucu Iblis sahaja? Atau syaitan itu adalah simbolik kepada "nafsu amarah"? 4) Disebut bahawa iblis dan syaitan itu adalah musuh manusia paling nyata. Apa huraiannya? Apa yang kita nampak syaitan itu tidak nyata pada mata kasar, iblis pula lebih lagi. Kenapa Allah sebut iblis dan syaitan ini musuh kita yang "nyata"? Harap saudara tak keberatan memberikan huraian permasaalahan saya ini. Atau mungkin saudara nak tulis dalam post akan datang? Saya tak kisah, asalkan ada penerangan mengenainya. Sekianlah soalan pada waktu ini, bila ada kemusykilan lain, nanti saya tanya lagi. Harap tak keberatan melayaninya. Maaf jika terlanjur. Wassalam
- Salam dan selamat datang kpd saudara aliff... tk sebab memberi komen dan soalan2 yg sangat baik. Ini bererti ramai yg nak tahu pasal Iblis dan kenapa dia menjadi musuh yg paling nyata bagi manusia. Sebenarnya semua soalan saudara tanya ada didalam ms2 atikal kawan nanti. Skg tengah dok buat ni. Tapi baik juga kwn jawab supaya tak ternanti-nanti, sebab atikal ms 2 tu lambat sikit lagi. Ia lagi panjang. 1)Jan memang bapa segala Jin, benar dia spt Adam as. makhluk pertama golongan Jin. Lepas Jan maka lahir pula keturunannya dipanggil Jin. Asal semua Jin sangat taat,alim dan soleh. Bila Adam diciptakan (bukan masih ditempa tetapi setelah ia dihidupkan dan diajar segala pengatahuan Oleh Allah sendiri) Kemudian Allah perentah semua makhluk sujud (bukan Malaikat saja) pada Adam. Maksud sujud tu bukan sembah (macam sembah berhala tu) tetapi'hormat' kerana Adam as dan seluruh keturunannya diberi pangkat Khalifah. Ini yang buat Jin marah, iri hati dan tak puas hati kemudian memberontak dan kufur dari perentah Allah itu, maka ia dilaknat Allah dan digelar Iblis. Iblis nilah yang hidup sampai sekarang dan tak mati2 (dgn izin Allah).Nampak tak! sebelum kena laknat namanya Jin, selepas kena laknat namanya Iblis. Jan (datuk Jin) dicipta dari lidah api yang sangat panas dan angin Samuun yg juga sangat panas. Malaikat pula dari Cahaya atau Nur. Ia tidak sama dari segi zat, rohani dan roh nya. 2)Qarin ialah jenis Syaitan (pekerja Iblis), Syaitan pula ialah pekerja yg sangat taat dan rajin. Ia sangat jahat. Qarin dah ada sebelum kita ada. sewaktu air mani jatuh saja dalam rahim wanita iaitu semua wanita tak kira agama - tapi didlm atikal kwn ni, kwn nak khususkan wanita musilimah saja kerana org melayu muslim selalu ingat Qarin tak duduk waktu mereka "jimak", konon jin takut dan malu. Walhal dia dah ada disitu. Tanggapan beginilah yg kwn nak org melayu hapuskan dlm minda mereka. Qarin tidak mati bila manusia jagaannya mati. Ia akan masuk semula kedalam rahim wanita lain dan jaga manusia yg lain pula. Kerja dia ikut kelemahan manusia itu dan bagi tahu pada syaitan utk kerjakan manusia itu. Ia perhati detik hati kita dan bagi kita was-was. Itulah Qarin. 3) spt yg kwn sebutkan semua makhluk jin berasal dari jan. Dari jan lahir bangsa2 Jin iaitu syaitan, Iblis dan Ifrait. Iblis jadi ketua atau raja agong, syaitan dan ifrait jadi rakyatnya. Syaitan bukan Simbul saja, ia ujud menjadi satu bangsa jin dan punya berjuta bangsa darinya pula. Ia ada rajanya yg lebih kecil dari raja Iblis contohnya mcm gabnor wilayah. Ia adalah jenis jin yg sangat jahat. 4) belum habis lagi mcm mana nak hurai, sabar ya. Huraiannya diakhir ms 2 nanti. Nyata bukan saja bermaksud ujud (boleh dipegang), nyata disini bermaksud dizahirkan dengan terang dan jelas pada minda dan akal manusia bahawa mereka bebar-benar musuh kita. Iblis memang memusui kita sampai kiamat tak kira dari segi apa pun. Kita kena hapuskan ingatan yang semua puak Jin dari semua bangsa jin ada yang baik dengan kita. Semua musuh kita. Cuma yg Islam abadi, soleh, alim dan menjadi Waliallah saja yang tak masuk camput permusuhan Iblis dengan manusia. Mereka pisahkan diri dari puak yang kafir dan puak jin islam yang munafiq yang mengambil manusia sebagai musuh mereka. Harap saudara dah faham.... jika tak puas hati juga tunggu ms 2 Iblis dan Alamnya sikit masa lagi. ok sekian zamany
- Salam saudara aliff... (ralat) tertinggal, manakala izazil pula adalah Ketua paling agung puak Iblis. Jika Iblis Raja semua golongan jin. Izazil pula Raja keagung puak Iblis2 raja tu. Dailah pemerintah kerajaan raja-raja Iblis tu seluruhnya (master mind atau god father). Dan diatas izazil ini ada pula seekor lagi Maharaja Agongnya bernama THOTHAMGHIYAM YAAL (Prisedent bagi seluruh kerajaan2, izazil, iblis, syaitan dan ifrait.) ................ Lawan bagi qarin, iaitu para malikat bernama malikat Maitahotorun (dari golongan ini). ia juga lahir bersama-sama manusia dan qarin yang juga sama jumlahnya iaitu 7 ekor untuk qarin dan 7 juga drp malaikat (tak tahu penjodoh bilangan utk malaikat). Qarin pandai mengintip dan tahu selok belok hati manusia. ................ Manusia Iblis pula ialah manusia yg dah jadi serupa Iblis dlm semua rohani dan jasadnya. Dia dah jadi jelmaan iblis secara total. Manusia Iblis punya ilmu sakti atau magik, sama kuatnya seperti yang ada pada Manusia Waliallah. Dia pun ada kerejaannya juga. contohnya Dajjal. sila ikuti ms 2 akan diperjelasannya dan siap dengan contoh2 nya sekali. Ok... rasanya dah jawab semua persoalan saudara aliff. Jika ada yg tertinggal . Di harap nantikan di ms 2, ia lebih terperinci lagi. sekian zamany
- Salam sdr Zamany, Terima kasih atas penjelasan panjang lebar itu. Tak terkira gembiranya saya bila membacanya kerana sebahagian besar daripada kekurang-kefahaman saya mengenai makhluk jin aka syaitan aka iblis ini telah terhurai. Alhamdulillah. Mungkin banyak lagi rahsia yang bakal saudara terangkan dalam ms2 nanti. Tak sabar pula rasanya. Walau apapun saya amat menghargainya semoga Allah menambah taufiq hidayah untuk saudara,... amin. Oh yea, sebelum terlupa, satu perkara saya minta saudara masukkan/huraikan dalam rencana saudara nanti ialah mengenai agama puak2 jin ini. Misalnya jan dan kaun jin sebelum Adam as amatlah alim dan warak sehingggalah terjadinya peristiwa penderhakaan itu. Tentu sekali Allah tidak menzalimi hambaNya dan mengutuskan pesuruh2Nya (rasul/nabi)dikalangan mereka kepada kaum yang juga akan di HISAB nanti ini. Sama seperti manusia. Memang banyak persoalan terpencil yang selama ini di abaikan oleh kaum muslimin kerana takut hendak bertanya ataupun memang tidak tahu bagaimana hendak bertanya atau tidak pernah memperhalusinya,kaji. Perkara ghaib seperti ini wajar sekali di fahami mendalam agar ia tidak mengganggu urusan atau sangsi semasa penyerahan diri hamba kepada Tuannya. Terima kasih kerana saudara sudi berkongsi ilmu dan pastinya akan dapat juga di menfaatkan oleh pembaca2 lain khususnya yang amat prihatin mengenai ilmu tauhid. sekian dahulu saudaraku, Wassalam. - aliff
- Salam sdr zamany, hmm ada sikit terlupa nak tulis, ni mengenai amalan... Jangan lupa saudara sebutkan dalam ms2 nanti kenapa adanya "istana Iblis" di dalam hati setiap manusia. Kenapa istana Iblis bukan istana jin atau syaitan. Tentu sekali hampirnya manusia ini dengan "iblis ini" sehingga wujud istananya dalam diri. Sekian, wassalam - aliff p/s kalau boleh cubalah saudara sentuh sekali mengenai makhluk yang bernama "lucifer" yang sibuk disebut ramai peminat konspirasi itu, apa kategori dia dalam hiraki azazil
2 comments:
Home Made Skin Tag Removal - 5 Tips For Home Skin Tags Removal Do you
have problems with skin tags and don't know what to do. Fortunately, there are a variety of skin tag removal treatments you can use. This method typically involves some pain or discomfort.
Review my site ... can compound w remove skin tags
When you have both skin tags as well as warts on your body,
you can use the skin tag removal products that will
also help you to remove the skin warts. The good news is that normally they are benign tumors that won't affect your health. The brown-slatted background in the image above really isn't part of the technique I was trying to demonstrate here.
Feel free to visit my website; skin tags photos - -
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.