Pandangan Dr Asri mengenai Negara Islam
SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Perasaan mereka, saya tidak tahu.
Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.
Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.
Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.
Berubah
Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.
Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.
Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.
Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.
Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.
Retorik
Retorik
Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.
Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.
Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.
Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.
Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula
Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.
Nilai Semula
Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.
Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.
Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.
Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.
Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.
Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?
Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?
Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.
Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.
Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.
Mendapat Tempat
Mendapat Tempat
Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.
Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.
Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.
Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.
Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.
Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.
Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?
* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis
Persoalan lain: Dengan ugutan Karpal seperti ini mampukah PAS melangkah lebih gagah jika UMNO tersungkur kelak? Relevenkah PAS menjadi pemerintah mengganti UMNO? Dibimbangkan ia lebih merosakkan terutama apabila Perlembagaan Negara mengenai ISLAM berjaya dipinda.
Apa yang tersirat dalam tulisan Dr Asri ialah kejanggalan yang wujud dalam perjuangan PAS masa kini. Jauh dari matlamat asal penubuhan PAS dan harapan Umat Islam. Persarikatan dengan DAP dan gerakan Liberal PKR menjadikan PAS semakin tidak relevan dalam usaha menjaga Islam.
Ternyata ia lebih kepada retorik dan slogan. Perjuangan Ulama Terdahulu telah diselewengkan.
34 comments:
Setelah sekian lama mengikuti blog ini, SAH, ni memang kerja macai UMNO kan
Baiklah admin. Kami akan undi UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION kalau itu objektif blog ini sebagaimana objektif penaja blog ini yang telah.melabur agar tulisan blog ini dapat mempengaruhi pembaca MALAYU. Bawalah kami bersama dalam ikatan parti legasi inggeris agar Kami dapat bersama menjana 7 pembinasa . Dapat juga kami habuan kalau tak Kuasa mungkin KeMewahan dan dapat le kami layan nafsu Seks. Ya kami akan turuti matlamat blogger juga parti yang taja blogger..
benar, PAS sukar ditegur dan hanya suka dipuji
usah gusar rakyat dah makin pandai menilai tak perlukan sokongan blog2 mcm ini.
apsal melatah? bila pandangan tak memihak.. wahai anak kecil
Anon2 atas tu sukar nak terima kenyataan bahawa PAS telah rosak bila bersatu dengan Liberal PKR dan ultrakiasu DAP. kan? Ginilah. Kalau dah tahu nuar tu tak betul jalannya, kenapa masih nak angkat jadi boss?
Anwar product UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION yang membawa PKR parti serpihan UNI..utk rosakkan islam. Asal keluaran umno tiada lain dr terua memusuhi islam dan memeranginya. Diajaknya DAP sekutu singapore utk hancurkan PAS. Jadi lihat permainan licik umno melalui productnya anwar @pkr menyusup masuk ke dlm PAS. Asal nama ada united sahih wakizionist..
wakakaka....
melayu bodoo!
sebab politaik pon boley gadoo!
memang bodoo.
longkang busuk pon jadik rebutan..
sebab aroma taik pon boley balah..
#kenang2kanlah lelah penat nenek moyang masing2.
ada kepala guna baik2.tak boley guna.. kasi pecah saja lagi baik.
Setuju dgn anonymous 7.10, kini baru sedar strategy umno merosakkan pas melalui anwar. Teringat bilamana pak lah semasa pm ciba masukkan anwar kembali ke umno. Tp yakinlah masih ada dalam pas yg takkan terpedaya mainan umno melalui anwar
sampaikan salam kesejahteraan serta salam kebenaran kepada karpal singh dan semua parti2 berkiblatkan demokrasi
'langkah mayat kami dulu sebelum boleh menegakkan negara islam' - karpal
karpal telah mengungkapkan sumpahnya itu pada zaman yg salah dan pada tempat yang salah
ini ialah zaman kebangkitan islam yg sudah tidak boleh ditahan2 lagi
ini ialah tanah yang dijanjikan untuk terbangunnya kebangkitan itu melalui sistem khalifah - bukan melalui sistem demokrasi yg amat memenatkan & melesukan emosi dan minda manusia
karpal serta parti2 politik demokrasi hanya ada satu pilihan sahaja - iaitu menerima & mengikut arus kebangkitan itu
atau pengikut demokrasi akan ketinggalan zaman atau terpaksa mencari tanah lain, negara lain atau bumi lain utk menidakkan arus kebangkitan islam
setuju dengan anda ANON November 25, 2012 9:53 PM.
jangan tongong sangat. brenti la salahkan orang lain. bila sendiri trkantoi. heh..
bukan semua penulis gila duit macam kou.
Masalahnya bila umno terus segar memecahkn umat islam di tanah malaya. Kita harus mwnahan asakan umno wakil zionist ini utk kita kembali ke sistem khalifah. Tunjukkanlah langkah pertama dgn menurunkn bendera zionist di pwtc.
Apa2 komen pasal umno tak mengubah blogger dr terus menyalahkn pas dan mempertahankan umno. Dah dibayar kenalah tunaikan amanah. Kita yg dimanipulasi minda.
bersangka buruk bukan jalan penyelesaian, minda tertutup punca kehilangan hujah. go go go siarlan kebenaran walaupun menyakitkan.. halang zionis, dajjal, dusta...
org pas memang patut marah, anuar pun marah.
anon 25, 2012 3:08 PM ... melalut
kalau hang gila seks, jangan cari umno. hang pi la cari pkr. senang cakap pi la cari nuar (bang non) mat sabu pon bleh gak.
November 25, 2012 3:08 PM
.....Dapat juga kami habuan kalau tak Kuasa mungkin KeMewahan dan dapat le kami layan nafsu Seks.....
Lu dan member2 puak lu ramai2 bantai emak dan bini lu sndri ada boley?
Amcam..ada stuju?
Bahlulz...
kekekek... udahlah.... sama je... penulis pun satu... UMNO 55 tahun tak tertegak pun hukum hudud... CSL marah terus diam... apa ke halnya... nak tegakkan hukum hudud perlu dapat undi majoriti... Weiii ini hukum sape yg korang semua boleh main tolak dan undi... apa hak engkau nak tolak hukum Allah... nama pun Demokrasi... sape yg sokong sistem ini adalah syrik... sbb hukum Allah di bawah undian parlimen... sudahlah penulis.. Umno dan semua parti sama je.
Salam 4 all,
......setelah berlaku 13 May 1969, PAS, di bawah kepimpinan Datuk Asri telah bermesyuawarah dengan ulama pondok dan keputusannya demi perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu, PAS perlu BERSATU dengan UMNO. Tuan Guru Abdullah Samaah adalah salah seorang golongan ulama pondok yang dirujuk oleh PAS ketika itu.......
Kini PAS telah mufarakah dengan UMNO. Nik Aziz yang mengambil alih kepimpinan dari Datuk Asri telah bersumpah dendam tidak mahu bersatu. Atas sebab itu TG Abdullah Sammah menyeru semua umat Islam menolak PAS kerana keputusan-keputusan PAS lewat ini;
- PAS telah mengetepikan peranan yang dimainkan ulama pondok
-PAS telah mengganti peranan ulama pondok dengan menaikkan ulama PAS sendiri yang jelas adalah lantikan politik
-PAS telah membuat fatwa sendiri dalam isu yang berkait dengan akidah seperti Kalimah Allah yang akhirnya membuka jalan kepada terbukanya floodgate kepada penggunaan bible dalam Bahasa Melayu.
-Tindakan PAS yang jelas menentang polisi mendaulatkan Islam serta mempertahankan Pemerintah Islam dengan menyokong gerakan liberalisme dan pluralisme ugama seperti BERSIH dan bersekongkol dengan DAP dalam isu MURTAD telah memudaratkan umat Islam.
-Hari ini PAS telah dilemahkan oleh parasit dalam PAS yang berpegang kepada manhaj Wahhabi, Syiah dan Hizbut Tahrir.
M/P:
moga islam di tanah malaya bersatu,bertaut kasih,saling erat,berpesan haq,berteguh tauhid, kaya raya... politik.. kuak ketepi dulu.
Salam kasih.
Kebangeten.
fakta fakta terimakasih bro 11:39 AM
versatu?
@#$%%#@ umno xde hal,, yg banyak songel hanya pas,, pkr bengkak dan rabun. para parasit punya hal.
sudahlah... semua ini adalah mainan demokrasi... bila kuasa hampir hilang... macam2 lebelkan org.. Pas salahlah... DAP kurang ajarlah... kekeke... apa cite bila MCA tipu PM kita pasal PKFZ... sudahlah kawan... zina banyak bersepah... pun masih nak salahkan PAS... pelakon selamba je berpelukan semasa berlakon.. pun salah PAS... sudahlah... ini semua mainan demokrasi... jgn asyik salahkan PAS... kita dah lantik PM sekarang... apa dia buat pasal zina.. pasal pelakon berpelukan... pasal dadah anak bangsa.. cakap2.. pusing22... rupanya kejar duit dan projek..
Pertahankan kuasa untuk apa..tak lain untuk kemewahan..kemewahan untuk apa..arak, judi, berhala,bertenung nasib, zina dan berbunuhan..apakah ini yang menjadi agenda hingga sanggup merosak dan menghancurkan badan siasah yang akan hidupkan kekhalifan bila dpt kuasa nanti. Parti zionist nampak akan arah tuju ini, maka dia menyelusup masuk. PKR adalah serpihan Uni..anwar juga keluaran Uni..cubalah bertarung cara bersih...
AKU HENSEM
Org2 PAS komen macam bangsat. Kene batang hidung sendiri trus jatuhkn hukum org laen salah.
U wait until PRU-13 day, day to finish u off...
Bila komen yg betul dan ikhlas (naked truth) ditiduh ahli PAS yg bangsat . Kenalah terima kenyataan betul biarpun pahit utk di telan. Wahai si 'aku hensem', komen ini bukan dr penyokong pas, tp hamba allah yg impikan kepimpinan yg tulus kasih sayang. Pru 13 tu bila? Lps pru13 nak juga belajar english ala "aku hensem", boleh?
Pas tak salah, Pas memang baik mampu melakukan reformasi di Kelantan dan Kedah.. syabas.. Di Kedah tiada zina di Kelantan tiada pelacur. Puas hati? Sebut sahaja demo keras i sama sahaja pas ke umno ke.. cuma umno dah buktikan mampu jaga keamanan dan nasib kaum muslimin terbela walaupun tidak seindah harapan penganut pas. Betul kan? Sekurang2nya mereka masih mampu lakukan kebaikan bukan hanya retorik dan cakap2 politik .. berat, memang berat dicelah sanggahan dan tekanan sekularisma yang sedang kuasai dunia sekarang. Masihkah bermimpi yang muluk2 walaupun belum pasti mampu laksana?
Memang kita tahu demokeras i itu najis,, hukum darurah kita pakai untuk jaga Islam dan bangsa. Bila bangkit pemimpin sebenar kelak kita akan segera membaiah .. pastinya bukan baiah ala Pas yang gadai bini. So, just wait until then.. ok?
pengomen pas sudah tiada hujah untuk mengenepikan bukti wujudnya "kecelaruan" yg berlaku dalam parti kesayangan mereka. Bila sertai PKR dan DAP dalam PRU lalu, mereka menang besar. Sekarang mereka terpaksa akur apa sahaja kata penasihat PKR walaupun terpasa menelan ludah basi. Bila mana calun PM merela dari PKR tersandung dengan pelbagai skandal serta keletah benggali DAP yang semakin celupar, pas jadi kian terkial. Mahu tak mahu terpaksa gadai agama nak jaga hati kaum liberal dan kristian (PKR/DAP). Pengundi mereka yang ingin kembali kepada wadah Islam dalam PRU 12 amat terkilan dan sedih. Kecewa yang amat sangat. Ini maknanya ...
kecian melihat komen2 menuduh blogger upahan umno..
anda semua baca betul2 x? ini tulisan dari Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis? sekadar copypaste sahaja...
penulis blog ni hanya tulis pada perenggan "Persoalan lain"
Salam 2 all & 2 Nov 27,2012 10:04am
tepat bro,
itulah..kalau hati terlampau kelam kaudu..
akal pun 'intermittent'..
dirasanya diri terlalu gah dlm ilmu agama..
asyik mencari 'perbezaan' bukan 'persamaan' sesama saudara..
hasilnya,tak nampak apa yang dilihat,walau didepan mata...blurr..kabur..
kesiannnn......
saudara ku .
bergitulah minda segelintir mereka yang Allah tutup, mata mereka jelas, tapi matahati gagal menilai
lihat dunia dari mata burung @ lihat dunia dari bawah tempurung
pilihlah....
maaflah sy bkn penulis blog ini, tapi sepanjang pembacaan penilaian mereka ini kelompok yang sedar dan inginkan perubahan yang benar
menyampaikan sesuatu kebenaran adalah pahit berbanding keburukan seperti gula
saya November 27, 2012 10:04 AM
Salam saudara2 ku
Mari kita berdoa agar Allah swt tunjukkan jalan yg benar..sudah2 la bergaduh sesama islam.
Mari sama2 amalkn membaca surah alkahfi keseluruhannya.. Atau jika tk berkesempatan bacalah ayat 1- 10 surah alkahfi byk2 n selalu. Semoga kita dilindungi dr fitnah2 yg berleluasa skrg ni..
semoga ramai yg sedar
lawatlah blog ana yg baru.
Semoga Allah mengampunkan kalian..
Maaf la. Ambo nok royat sikit. Sapo kata di klate takdok kelab malam dan maksiat dan rasuah? Ado blogger dah siap g siasat. Ado lebih dari sebuah kelab male di kb, wakaf baru dsg. Kalu nok tahu acutra siasat sdiri. Mpkb xbuat gapo satu sebab make rasuah. Trek ni gak hok pakai pioh pun cabut piah kalu nampak pitis denge tino. Tok kiro la parti mano pun.
Negara islam?taik aku talk setuju.dahlah orang kapir pakai wang kertas yg riba,buat imegresen,tuk tangkap orang padahal ia adalah mukmin walau lain negara.kita yang kata dalam solat ihdinassiratalmustakim ari ari pun ikut sama macam orang yahudi dan nasrani caea tadbir negara.ikut macami
rakyat sulu atau palestin atau pattani atau aceh atau mana mana bangsa yang keras kepala tak mahu tunduk pada sekular.baru betul sembahyang.eh bro korang hayati lagilah solat korang tu.aku taku sebab kerana sanggup jadi lembu maka pelabur masuk senang buat ekonomi.kekayaan hasil riba itu membuatkan kamu tak sembahyang walau kamu sembahyang.sampai hati kamu pun mati.tak kenal mana saudara mana bukan.orang mukmin indo,bangla,sulu,afrika atau apa saja kamu pandang mereka rendah.rata rata bersikap itu dalam diri.kan mengaku jelah.ingat mereka tu ada hak kalau benae kamu itu istiharkan diri kamu negara islam.nanti dekat alam sana kita saling menuntut.suami isteri rakyat pemimpin jiran semuanya.
Great and I have a keen supply: How Much Home Renovation Can I Afford house renovation calculator
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.