Saturday, May 12, 2012

Dokument Sulit FELDA - muflis dan tipu


Betulkah wujudnya dokumen sulit yang menceritakan rancangan FELDA menipu peneroka? Ada. Memang benar ianya wujud dalam pemikiran musuh FELDA sendiri. Pemusingan fakta.

Sebelum kita membincangkan mengenai dokumen tersebut kita harus menjelajah sekitar persoalan ini. FELDA sedang menghadapi serangan serius dari mereka yang tidak sukakannya. Pahit getir Tun Abdul Razak ini akan cuba ditelungkupkan demi sesuatu yang belum pasti. Apa yang ada di belakang usaha mensabotaj FELDA?

Menara FELDA

Kita harus terima kenyataan bahawa "dia" bukan seorang anak durhaka. Dia tidak akan mengkhianati usaha ayahandanya yang telah mengorbankan kehidupannya demi membangunkan bangsa ini. Apa yang mungkin berlaku, dia (DSNR) pastinya akan membawa gagasan ayahnya itu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa tindakan yang diambil ayahnya itu adalah yang paling tepat. Mampu mengubah lanskap ekonomi negara walaupun tidak dapat mengubah segalanya. Rujuk sini.

anak durhaka?

Ayahnya seorang pemikir hebat. Tidak dapat dinafikan. Kini ada tangan hitam sedang cuba untuk mencalarnya. Memandangkan bangsa Melayu adalah satu bangsa termiskin ketika merdeka 60 tahun lalu, kini banyak perubahan telah berlaku melalui usaha Allayarham Tun Razak. FELDA yang dianggap satu tindakan mustahil pada mulanya kini berjaya diangkat sebagai satu sumber ekonomi Melayu yang amat berjaya. ITM juga satu usaha murni beliau menjadikan perkara mustahil bertukar gemilang menjadikan musuh Melayu tercengang. Ramai graduan jurutera, akauntan dan ahli ekonomi Melayu berasal dari pelajar tidak cemerlang (gred 3 SPM) yang terkatup minda di ceruk desa-desa kini bergaya menjadi orang yang berjaya. 

Wujudnya dasar mengutamakan bumiputra dalam DEB diserap dengan penuh tanggung jawab dalam membangunkan bangsa. Melalui Pusat Pengajian Tinggi ITK dan ITM (kini UTK dan UiTM) melahirkan beratus-ratus dan tidak mustahil bilangannya mencecah ribuan kini jurutera Melayu yang sebelumnya gagal untuk mendapat tempat di Universiti dalam atau luar negara. Ambil contoh berapa peratuskan pelajar Melayu yang berjaya menjadi jurutera keluaran Universiti Malaya (dikuasai bukan Melayu) ketika itu? Boleh dibilang dengan jari.

Beliau telah bertindak berani mengubah dasar yang mengekang kejayaan Melayu dalam bidang pelajaran penting terutama sains dan teknologi yang sebelumnya hanya dikuasai oleh bukan Melayu. Dari usahanya juga lahirnya UKM yang memberi ruang besar pelajar Melayu menjadi saintis dan doktor perubatan. Seorang rakan saya yang hanya mendapat 1 prinsipel  (fizik) dalam STPM telah diterima masuk ke UKM, kini dia adalah seorang professor dan saintis nuklier negara berkelulusan Phd.

Masih ingatkah lagi betapa benci dan dengkiya pengurus-pengurus Syarikat Swasta terhadap graduan UKM satu ketika dahulu? Mereka dianak tirikan. Kini segalanya berubah setelah anak Melayu berjaya membuktikan keupayaan menjadi juara.

bangunkan jenerasi FELDA yang berilmu

Bodohkah Melayu? Tidak sama sekali. Sistem pembelajaran yang dibawa British itulah menjadi puncanya. Tun Abdul Razak sudah dapat mengesannya sejak puluhan tahun lampau. 

Dasar memperkasakan bumiputra tidak mampu dicabar oleh sesiapa pada ketika itu. Lahirlah MARA, RIDA di ikuti oleh RISDA, FELCRA, KEJORA, DARA, KESEDAR dan sebagainya. Melalui DEB yang bertanggung jawab khusus terhadap kelansungan kehidupan bangsa Melayu di era selepas merdeka benar-benar memberi impak luar biasa. Kebijaksanaan pemerintah mengimbangi kekayaan negara kepada rakyatnya yang berbagai kaum menyebabkan ia dapat dilansungkan dengan jayanya. Andai tindakan ini tidak dilakukan, mustahil Malaysia akan terus dapat menjadi negara milik Melayu setelah ekomoninya dikuasai kaum pendatang sebagaimana negara Fiji.

susah payah akhirnya memberi hasil berbaloi

Tindakan Tun Abdul Razak ini telah mendapat kecaman dari sebahagian kaum Cina tertamanya yang bersikap melampau. Walaupun mereka juga mendapat menfaat yang bukan sedikit kerana mereka merupakan kumpulan peniaga dan pembekal. Sikap ini masih berterusan sehingga sekarang. Kini diambil alih oleh beberapa kerat Orang Melayu yang berkepentingan mengikut jejak langkah kaum pendatang ini dengan mengecam tindakan memperkasakan Melayu.

Tun Razak: Pengorbanan seorang PM

Sesuatu yang menghairankan bila orang Melayu sanggup ikut serta mengecam bangsa sendiri setelah dibantu berjaya dalam kehidupan. Jika bukan Melayu yang menentangnya, kita boleh faham kerana pegangan rasis mereka. Dasar DEB dikecam walaupun melaluinyalah wujudnya cerdik pandai Melayu (termasuk mereka yang mengecam). Inilah yang berlaku dan tidak mustahil ia akan meranapkan harapan untuk meletakkan orang Melayu setanding dengan bangsa asing.

Perjuangan dan pengorbanan pemimpin Melayu terdahulu tidak wajar dilupakan. Tanpa mereka, adakah Melayu akan jadi seperti sekarang? Tidak mustahil kaum Melayu masih lagi berada dalam keluarga miskin di pendalaman. Hanya bergantung kepada pekerjaan tradisi keluarga mereka menjadi petani, penoreh getah dan nelayan.

FELDA AKAN DIPERKASAKAN
Berbalik kepada FELDA. Runtuhan durian RM15,000.00 untuk satu keluarga FELDA telah menggegarkan Malaysia. Berbilion wang mengalir ke poket penduduk desa yang selama ini dipandang rendah. Untuk apa? Ini adalah tindakan berani DSNR membuktikan FELDA tidak berada dalam masalah terutamanya kewangan. FELDA amat berjaya mencipta peluang dan tidak akan muflis sebagaimana yang ditohmah oleh musuhnya (yang kurang cerdik?). 

Secara logiknya, apakah FELDA bersedia untuk menjadi muflis setelah mengambil langkah mengalirkan sebegitu banyak wang kepada peneroka? Sebagai sebuah badan yang tertubuh sejak era kemerdekaan, pastinya cukup berpengalaman dalam mentadbir sebuah badan besar seperti FELDA. Kejayaannya sudah terbukti sehingga dapat mengangkat negara sebagai pengekspot utama minyak sawit dunia.

Harus diingat dengan pengembangan FELDA ini ia bakal mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Dari sini akan terwujud kumpulan anak muda yang cemerlang di kalangan orang Melayu menjadi pentadbir korporat multinasional. Bukankah itu satu lagi kebanggaan yang sepatutnya disyukuri? Semakin ramai anak Melayu mendapat tempat dalam Syarikat-Syarikat baru yang bakal ditubuhkan oleh FELDA. Peluang ini seringkali dihalang oleh penguasa bangsa asing di negara sendiri.

Cuba fikirkan, kegagalan FELDA ini pastinya akan menyumbangkan kegagalan Melayu secara tidak langsung.  Siapakah yang untung?

1. tersebar khabar sepoi sepoi ganas
dari blog Demang - Waadat


Kelam kabut para blogger dan facebooker propembangkang menyebarkan satu dokumen yang difatwakan sebagai "sulit dan misteri".

Dek kerana tajuk yang sensasi maka saya pun baca lah satu posting beserta dokumen tersebut yang mendapat ratusan komen.

Buang masa!

Rupa-rupanya tak lebih daripada andaian semata-mata. Blogger buat andaian dan pembaca berdebat tentang andaian merapu tersebut.

Memang betul dokumen itu dokumen sebenar (bukan palsu) tetapi ia bukan dokumen rahsia, sulit, mahupun misteri. Ia adalah dokumen umum yang biasa dikeluarkan dan kandungannya pun merupakan perjanjian biasa sebagaimana perjanjian lain dengan pihak bank.

Samalah macam kita buat pinjaman peribadi atau pinjaman membeli kereta atau rumah.

Yang jelas, rata-rata orang ramai membuat kesimpulan bahawa peneroka felda "bodoh dan mudah ditipu".

Saya selaku anak Felda memang tersinggung dengan tuduhan tersebut. Anak peneroka lain tak tahu lah. Mungkin mereka tak kesah orang luar kutuk ibu bapa mereka.

Saya dah dengar sendiri penerangan daripada CEO Felda Global. Bukan melalui facebook tapi face to face beberapa bulan lalu di KL.

Sebenarnya yang perlu dipersoalkan ialah mampukah Felda membuat pelaburan ke peringkat global dan apakah risiko penglibatan pelabur (samada peneroka atau bukan peneroka)?

Dalam hal ini CEO Felda telah menjelaskan bahawa pihak pengurusan amat sedar perkara ini dan mempunyai Plan B bagi menghadapi kemungkinan lain.

Felda sudah mempunyai pengalaman amat luas dalam sektor perladangan. Sebagai syarikat perladangan kedua terbesar di dunia, adalah rugi membiarkan peluang ini dimonopoli syarikat asing sahaja.

Malaysia juga mempunyai pengalaman meneroka perniagaan global melalui Petronas. Jika Petronas mampu bersaing kenapa kita perlu risau sangat? Yang penting kita ada perancangan rapi.

Sebelum ini pun Tabung Haji yang tiada pengalaman perladangan pun dah buka ladang di luar negara.

Sepatutnya syarikat asing lah yang perlu risau dengan Felda. Ataukah terdapat suara ghaib agen asing dalam kekecohan ini?

Peneroka boleh dilibatkan (atau boleh juga tidak dilibatkan) dengan Felda Global kerana ia adalah entiti yang berasingan. Felda Global bukan sekali-kali milik peneroka Felda dan tidak melibatkan walau seincipun tanah peneroka.

Apabila disenaraikan, sesiapa sahaja boleh membeli saham. Mereka juga (semua pelabur) faham bahawa dalam pelaburan tentu ada risiko samada kecil atau besar. Keuntungan adalah imbuhan atas risiko.

Hal ini berbeza dengan riba iaitu pemberi pinjaman tidak perlu memikirkan sebarang risiko. Atau, inikah yang pembangkang mahukan? Pelaburan tanpa risiko.

Kerajaan menasihatkan Felda agar melibatkan peneroka kerana mereka yakin pelaburan tersebut berpotensi besar untuk meraih untung. Ini berdasarkan idea ekonomi.

Dari segi politiknya, risiko bukan sahaja pada peneroka tetapi pada kerajaan jika program ini gagal. Kerajaan akan tumbang dengan sendirinya.

Kenapa nak melatah?

Saya faham ramai yang baik hati dan tidak mahu peneroka ditipu.

Terima kasih lah kepada semua yang berniat baik itu. Saya percaya peneroka bukanlah bodoh sangat. Mereka sudah mengenal saham dan pelaburan jauh lebih lama sebelum kebanyakan daripada anda. Malah mungkin waktu itu anda pun belum lahir lagi.

Allahyarham Salleh Majid sudah memberi penerangan sekitar 1990an berkenaan saham dan risikonya.

Saya tidak nampak kerajaan ada sebab yang munasabah untuk menipu peneroka dengan 'penipuan' yang amat mudah dikesan di saat-saat hampir pilihanraya.

Kalaupun kerajaan nak menipu begini, adalah lebih cerdik dilakukan selepas menang pilihanraya.

Ataupun, ada banyak cara lagi untuk menipu yang sukar dikesan.

Inilah masalahnya apabila kita menyangka kerajaan itu bodoh. Kalau bodoh, mereka tak mungkin boleh menubuhkan kerajaan.

Atau kita menyangka orang dahulu bodoh sangat dan orang sekarang cerdik sangat?

Terima kasihlah kepada anda yang prihatin namun jangan membuat keputusan bagi pihak orang lain melainkan anda benar-benar yakin.

Rujuklah pada fakta dan sumber yang ada autoriti dan bukannya internet yang boleh ditulis oleh sesiapa sahaja!


2. Fakta Felda Global



Hari ini saya wajar berasa bangga kerana kampung saya dipilih sebagai tempat PM membuat satu pengumuman besar dan penting untul sekelian warga felda.

Ya. Hari ini Jengka 8 atau juga dikenali sebagai Felda Kesidang mendapat liputan secara langsung daripada media seluruh dunia. Saya bukan berlebih-lebih sebab sememangnya pengumuman tersebut bakal memberi impak yang besar pada ekonomi dunia!

Mungkin Felda Global agak sukar difahami sebahagian peneroka. Mungkin Mazlan Alimin terlalu naif untuk memahami hasrat sebenar pengurusan felda mengilhamkannya.

Sebenarnya langkah yang diambil felda ini hampir sama dengan Petronas. Bezanya hanyalah dari segi komoditi yang diceburi. Jika petronas mencari dan membuka telaga-telaga MINYAK PETROL di seluruh dunia maka felda pula akan mencari dan membuka 'telaga-telaga' MINYAK SAWIT, juga di seluruh dunia.

Itulah sebabnya felda tidak perlu mengambil walau sedikitpun tanah milik peneroka sebab asas penubuhan felda global ialah menambah ladang yang sedia ada bukannya bergantung pada keluasan yang ada sekarang.

Peneroka dilibatkan dengan felda global hanya kerana peneroka adalah pemilik undi yang berupaya mengangkat atau menolak kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah maka peneroka dijemput untuk bersama mengutip dan berkongsi keuntungan. Kerajaan berharap dengan cara itu peneroka dan kaum keluarga mereka akan kekal menyokong UMNO secara berterusan.

Kerajaan amat sedar bahawa sokongan tersebut hanya akan terus diperolehi selagi peneroka menikmati keuntungan. Jika peneroka rugi maka UMNO pasti akan gulung tikar!

Maka tuduhan pembangkang bahawa kerajaan cuba menipu peneroka menampakkan bahawa pemimpin pembangkang jahil dan tidak mampu hidup dalam iklim politik hari ini.

Jika pembangkang faham dan mahu bertanggung jawab, mereka tidak akan membawa cerita felda cuba menipu peneroka. Pembangkang sepatutnya mempersoalkan adakah felda mampu menjayakan felda global.

Maka dengan itu pihak pengurusan felda akan membentangkan strategi mereka termasuk Plan B jika Plan A menghadapi rintangan.

Jika pembangkang mahu lebih bertanggung jawab, mereka akan memberikan idea-idea tambahan bagi merealisasikan hasrat felda yang akan menguntungkan peneroka.

Jika ada ahli parlimen pembangkang yang begitu maka rakyat pasti akan memilih beliau lagi dalam pilihan raya walaupun beliau bukan daripada parti kerajaan.

Saya fikir jika Mazlan Alimin ilhlas mahu membantu, bantulah dengan membina bukannya bantu meruntuhkan.

Bagi saya, jika Petronas boleh, kenapa Felda tidak boleh? Kita sudah mengumpul banyak pengalaman melalui petronas dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menggunakannya.

 waadat

ULASAN ABATASA2

Tahukah mereka FELDA telah lama meneroka bidang perkilangan sebelum ini? Ramai yang tidak sedar. Hasil dari kejayaan dan pengalaman yang diperolehi, FELDA semakin berkeyakinan bahawa mereka mampu membawa sesuatu yang baru kepada rakyat Malaysia. Terutamanya kaum Melayu yang menghuni FELDA sejak zaman Tun Abdul Razak Hussein.  Kita sepatutnya berbangga dengan usaha ini kerananya kini wujud kilang pengeluaran minyak masak milik bumiputra yang bakal menjadi kuasa baru menggantikan syarikat kaum Cina seperti Lam Soon dsb.

Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap mustahil pada masa lalu (Melayu tidak akan mampu walaupun mengeluarkan sebatang jarum). Dari pengalaman lalu, kita dapati pengusaha Melayu tidak akan dapat bangun bersendirian untuk berjaya dan ia telah dibuktikan dengan kelumpuhan beberapa ramai pengusaha sebelum ini. Mereka sering ditindas dan disabotaj oleh pengusaha bukan Melayu yang menguasai pasaran selain sikap pentingkan diri dan beberapa kelemahan peribadi. Tindakan kerajaan menukar strategi ini memberi nafas baru kepada bangsa yang sering dianggap "bodoh dan malas" ini. Tindakan ini amat tidak disenangi, oleh Siapa?

Betulkah Melayu ini "bodoh dan malas"? Tanyalah diri anda sendiri.

FELDA melalui dana besar bakal mengambil alih beberapa perusahaan penting negara dari pengeluaran bahan asasi seperti beras, gula, tepung, susu, garam dan sebagainya hinggalah dalam bilang teknologi kimia atau kejuruteraan eletrik dan perladangan komersial. Kenapa usaha ini mesti dihalang? Tidak adakah sedetik di hati kita ingin melihat Melayu menjadi pendominasi perusahaan negara? 

Jika kita terhasut dengan hasutan beberapa Chauvinis terutamanya kaum Cina, ia mungkin sahaja berlaku. Melayu akan kembali mundur seperti zaman penjajahan. Tahukah anda Syarikat Gula milik raja gula (R. Kuok) telah menjadi milik FELDA? Bukalah mata anda sebelum menjadi musuh kepada bangsa sendiri.

Apabila kerajaan menolong pengusaha Cina, kita marah. Apabila kerajaan hendak mengakayakan orang Melayu pun kita marah? Apakah jenis akal yang dipakai? Apa sebenarnya yang kita hendak? Mungkin kita hanya senang hidup sebagai perosak melalui upah seringgit dua?

Pengusaha Cina tahu apa yang akan berlaku selepas ini. FELDA bakal bangun menjadi antara gergasi ekonomi baru negara dan mampu menelan banyak Syarikat milik mereka sebagaimana yang telah terjadi.

Para penganalisis ekonomi kaum Cina juga sedia maklum, Melayu tidak akan mampu bersaing apalagi membangun sebagai pengusaha persaorangan sebagaimana kaum mereka tetapi mereka takut apabila kerajaan membuat dasar baru ini. Kejayaan PETRONAS dan TABUNG HAJI telah membuka mata mereka, belum diambilkira kejayaan beberapa buah Syarikat milik PNB.

Apabila menjadi pengilang utama minyak masak, FELDA bakal memasuki beberapa bidang baru. Ia akan menjagkiti banyak perusahaan hiliran seperti pengeluaran baja, bahan kimia, bahan membasuh seperti sabun dan sebagainya. Mungkin juga akan keluarkan minyak diesel yang termurah dipasaran. Mereka nampak ini semua, jadi mereka akan cuba menghasut supaya ia digagalkan sebagaimana kejayaan mereka mengganggu perjalanan NFC. 

Apa logiknya FELDA ditentang? Siapa dalangnya?


Tiada sebarang logik kecuali menggagalkan usaha kerajaan, tidak kira sama ada menguntungkan rakyat atau tidak. Taktik komunis moden ini lebih halus dari taktik perang gerila. Ingatlah musuh Melayu tidak akan selesa jika Melayu membangun dan berupaya membuktikan diri sebagai tuan sebenar Tanah Melayu.




Monday, May 7, 2012

Titik Hitam Yang Seram di sisi Cahaya Yang Terang


Islam telah meletakkan asas terbaik sebagai pedoman sekelian manusia meneruskan kehidupan. Halangan bagi manusia hanyalah nafsu yang sentiasa memberontak dan sentiasa tidak pernah puas. Menghendaki lebih daripada yang sepatutnya (melebihi batas). Hati yang tidak tenang akan senang dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif. Tidak ramai diantara manusia dianugerahkan dengan ketenangan mutlak namun kita boleh mencapainya mengikut tahap yang wajar sesuai dengan keinsafan sebagai makhluk ciptaan.

ISLAM dan DEMOKRASI


Dengan ketenangan kita akan dapat renungkan dengan berlapang dada apa yang sedang menekan kita sekarang ini. Perhatilah dengan teliti satu persatu peristiwa, semuanya menjurus kepada sebuah dunia baru yang dirancang oleh Yahudi. Apabila kita telah tertawan dan direkrut menjadi sebahagian dari tenteranya, masihkah kita menaruh harapan untuk menjadi sebahagian dari pejuang Islam? Perjuangan melawan raja mereka iaitu Dajjal laknatullah.

Sebelum terlanjur, adalah lebih baik kita memahami dengan jelas ke mana dan bagaimana Yahudi akan membawa kita. Seperti yang disebutkan di atas, bukanlah mudah untuk kita mengenal cara dan permainan Yahudi ini kecuali mempunyai Jiwa Yang Tenang. Percayalah bahawa jiwa yang tidak tenang akan mudah diperdaya. Akibat daripadanya akan kelihatan tindakan kita seumpama menyongsang arus walaupun pada sangkaan kita kita sedang mengikut arus. Kita tidak laksanakan apa yang sering kita perkatakan. Atas titik hitam inilah kita sering terkandas, terkedu dan hilang arah.

Yahudi dan Nasrani adalah musuh nyata kepada umat Islam, jelas disebut dalam nas sama ada alQuran atau Hadis Rasulullah saw. Tetapi mengapa kita ingkari? Inilah delema kaum Muslimin akhir zaman (sekarang).

Mampukah kita keluar dari fenomena ini?

ISLAM lebih tinggi daripada segala-galanya, tetapi malangnya orang Islam lebih rela mengangkat demokrasi menjadi lebih tinggi daripada agama mereka dan sanggup mati kerananya (demokrasi) tetapi bukan kerana-Nya (Allah).

Bukankah demokrasi itu ciptaan Yahudi dan menjadi tuhan kepada kaum Nasrani? Demokrasi adalah fitnah. Umat Islam berpecah belah hanya kerana mengangkat demokrasi sebagai keutamaan. Demokrasi ini jijik dan kotor. Penuh tipudaya dan dusta, tidak kira dari pihak mana.

Sheikh Maulana Imran Nazar Hossein berkata, memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi ialah satu langkah yang amat silap kerana kekotoran yang terdapat dalam demokrasi akan mengotorkan Islam itu sendiri. Katanya lagi, tidak wajar mengheret kesucian Islam untuk masuk ke dalam jalan politik demokrasi.

Perlembagaan tunggal dunia yang juga disebut-sebut sebagai New World Order (NWO) tidak akan mampu dijayakan tanpa demokrasi yang berpaksikan Amerika dan Israel. Meniti sejarah peperangan yang berlaku dengan penuh teliti akan membawa kita kepada satu petunjuk yang mana petunjuk itu akan memberhentikan kita di sebuah titik hitam.

Jiwa kaum Muslimin juga ikut terbelenggu dengan hasutan Yahudi dan Nasrani. Ditawan dan dipaksa menjadi tentera mereka kecuali yang diselamatkan oleh Allah swt.

Tidak perlu kita pergi terlalu jauh sehingga Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, cukup kalau kita meneliti peristiwa-peristiwa perang yang lebih hampir dengan waktu kita sekarang ini.

Iraq diserang Amerika atas alasan mahu menegakkan demokrasi, Afghanistan juga diserang atas dasar yang sama iaitu demi demokrasi, manakala slogan kempen menentang pengganas pula hanya sekadar ‘cap dagang’ yang digunakan untuk memperdagangkan demokrasi dalam pesta jualan murah, the fire sale (istilah yang digunakan para pengkaji konspirasi).

Teliti dengan fakta bukan melalui persepsi. Islam sedang dihunjam ke arah sengketa. Semua negara Islam pasti menjadi mangsa termasuk negara kita. Tinggal beberapa kerat sahaja lagi negara Islam yang belum "dijajah" Amerika. Pemimpin Islam harus segera mendapatkan maklumat yang jelas apa yang sebenarnya berlaku di negara-negara Arab dalam peristiwa kelabu Arab Spring, bukan dengan menelan berita sogokan dari media Yahudi. Pengikut juga berperanan membantu pemimpinnya memahami kebenaran di sebalik sentuhan tangan gelap Yahudi dan Nasrani ini.

Jangan sekali-kali ada dalam benak pemikiran kita untuk memperlakukan Perdana Menteri kita sepertimana nasib Hosni Mubarak atau Yang Dipertuan Agong kita dengan Muammar Ghadafi atau Saddan Hussein. Bisikan syaitan ini ada dalam kerangka muslihat Yahudi Antarabangsa untuk lemahkan perpaduan sesama kita. Jika ianya menjadi siulan, ini berarti kita bersetuju mengambil tindakan dahsyat membunuh pemimpin sendiri. Selepas itu akan ada pula pembalasan dendam dan ia tidak akan tamat sampai bila-bila menuju hari kiamat. Inilah titik hitam yang paling menggerunkan.

Agak aneh bila sesaorang yang mendakwa memahami Islam secara mendalam, gagal untuk memaafkan kesalahan pihak lawan. Secara tidak langsung dia telah meninggalkan sunnah Nabi saw.

Dendam diikuti dengan pembalasan dendam adalah satu kaedah menghuruharakan dunia. Ia telah ditanam dalam diri anak-anak muda melalui pelbagai bentuk media dari permainan komputer, kartoon hinggalah ke filem-filem Hollywood. Yahudi Zionis telah mendidik manusia "goyyim" melakukan onar mencipta bencana sesama bangsa.

Sekarang masanya semua "goyyim" ini melaksanakannya sebagaimana yang berlaku di Iraq, Libya, Mesir dan kini di Syria. Tak mustahil ia juga bakal berlaku dalam negara kita. Setelah berlaku, mereka (Zionis) berlepas tangan dan membiarkan sahaja negara-negara itu terus menderita sehingga raja mereka keluar dan tawarkan sesuatu yang tidak boleh tolak. Syurga Palsu.

Atas nama demokrasi, semua yang Barat lakukan itu dihalalkan oleh mereka sendiri dan dinilai sebagai langkah menegakkan keadilan. Kerana apa mereka halalkan semua itu? Kerana mereka mempunyai kuasa untuk menentukan keadilan mengikut definisi mereka sendiri.

Libya huru-hara disebabkan rakyatnya mahukan demokrasi, keadaan Mesir yang sehingga kini belum stabil sepenuhnya juga berpunca daripada rakyatnya yang mahukan demokrasi. Mereka mahu demokrasi kerana demokrasi menjanjikan hak kebebasan dan hak sama rata.

Bebas dan Melampaui Batas

Kebebasan atau hak sama rata itu adalah pembohongan semata-mata. Kita boleh menoleh kembali kepada apa yang ada di Amerika, Eropah dan Israel. Adakah mereka menikmati keadilan dan kebebasan sebagaimana yang dilaungkan? Ia adalah sebuah dusta. Ia hanyalah slogan yang dicipta oleh Yahudi Zionis untuk mengucar kacirkan seluruh dunia terutama Dunia Islam.

Mereka menuntut hak mereka pada ketika mereka tidak merancang bagaimana untuk menguruskan hak-hak mereka. Sama juga kalau digambarkan seperti meminta wang daripada seseorang tetapi tidak merancang bagaimana untuk menguruskan wang itu. Akibatnya, kucar-kacir akan berpanjangan disebabkan tidak ada perancangan. Kesannya, siapa yang mempunyai kelebihan untuk membuat perancangan ke atas mereka dan mencaturkan mereka (?). Mereka kemudian dicaturkan kerana telalu ghairah menuntut hak sehingga gagal membuat perancangan.

Dalam permainan catur, buah ‘pawn’ yang marhaen biasanya akan ‘mati’ atau ‘digadai’ atau ‘dikorbankan’ terlebih dahulu dalam membuka gerakan. Namun, apabila buah pawn berjaya melangkah dan berhenti di petak elit, buah pawn itu pula akan ditendang keluar kerana ia akan digantikan dengan buah-buah elit (bishop, knight, castle, queen). Buah pawn hanya berguna untuk dikorbankan dan akan ditendang keluar supaya buah elit yang tewas sebelum itu dapat masuk semula ke dalam papan catur.

 
Mangsa Korban

Dari minda pemain catur pula, adalah tidak mencemaskan langsung dan langsung tidak kisah kalau buah pawn itu ‘dimakan’ oleh buah catur lawan. Dalam minda pencatur, terdetik kata-kata “mahu makan buah pawn, silakan”. Tetapi pemain catur akan cemas apabila mana-mana buah elit ditewaskan.

Buah pawn pula biasanya dijadikan umpan supaya dimakan oleh buah catur lawan melalui langkah memperdaya pihak lawan. Ia sengaja dikorbankan supaya bagi membolehkan pemain catur memerangkap buah elit pihak lawan. Begitulah nasib buah pawn, bergunanya ia hanya untuk dikorbankan supaya buah-buah elit dapat terus bermain. Apabila pawn berhenti di petak elit, ia akan ditendang keluar dan digantikan dengan buah elit. Ia ditendang keluar, bukan dinaikkan pangkat. Adanya buah pawn adalah sebagai bahan gadaian supaya buah elit dapat terus bermain.

Demokrasi adalah seperti catur. Rakyat marhaen adalah buah pawn. Buah-buah elit pula seboleh-bolehnya mereka tidak mahu mati dan kalau sudah mati sekalipun, mereka mahu hidup semula, mereka mahu kekal abadi di dunia selagi belum kiamat. Untuk hidup semula, buah pawn mesti dikorbankan atau ditendang keluar sahaja buah pawn itu apabila ia menjejak petak elit. Malangnya, sebilangan orang Islam (bukan semua) memilih untuk menjadi buah pawn.

Begitulah kiasan yang boleh kita ambil dalam permainan catur. Golongan marhaen akan dipergunakan dan dimangsakan. Ia berfungsi sekadar menjadi bahan korban. Korban untuk siapa? Islam tidak mengajar manusia memperlakukan kerja terkutuk ini.

Sebelum bermati-matian memperjuangkan demokrasi, terma demokrasi itu perlu difahami terlebih dahulu. Tidak perlu kita meneliti setiap lorong demokrasi secara kritikal, cukup kalau kita benar-benar memahami pengertian majoriti dalam demokrasi.

Demokrasi mengangkat suara majoriti supaya sesuatu keputusan itu mewakili kehendak majoriti, kepada apakah sebenarnya majoriti itu dirujuk? Rakyat marhaenkah majoriti itu? Atau ada orang lain yang lebih berkuasa majoriti? Harus difahami mengenai maksud majoriti itu sendiri.

Rakyat marhaen itu adalah majoriti yang menentukan pihak mana yang akan diberikan kuasa, pengertian majoriti rakyat terhenti di situ sahaja. Tidak lebih, tidak kurang.

Yang benar-benar berkuasa pula ialah parlimen yang diduduki oleh wakil-wakil mereka (ahli-ahli dewan yang dipilih rakyat marhaen tadi). Ia kerana kuasa membuat keputusan terletak kepada majoriti ahli-ahli dewan (parlimen). Terdapat dua pengertian di sini iaitu majoriti rakyat dan majoriti pembuat keputusan (ahli dewan).

Rakyat tidak berkuasa membuat keputusan, tetapi ahli dewanlah yang mempunyai kuasa itu. Rakyat hanya berkuasa untuk menukar keputusan pilihanraya sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

Majoriti pembuat keputusan itulah sebenar-benarnya majoriti. Ingat, buah pawn akan ditendang keluar semasa naik ke petak elit kerana yang berkuasa selepas itu ialah buah elit yang menggantikan buah pawn yang dikorbankan untuk kekuasaan elit, bukan buah pawn yang mempunyai kuasa membuat keputusan. Bukan.

Ada yang berkata: “kalau tidak melibatkan diri dalam politik demokrasi, bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat sepatutnya?” Baiklah, kita terima soalan itu. Dalam konteks demokrasi dan hak bersuara, maka kita terima kata-kata itu tanpa bantahan. Perlu diingat, apabila disebut sebagai demokrasi, kita harus mendengar keluhan orang lain. Oleh sebab itu, kita tidak membantah.

Tetapi fikirkan kenyataan ini pula. Dalam konteks sebuah negara berbilang bangsa dan agama, kita juga harus mendengar pihak-pihak yang berlainan agama dengan kita walaupun sesetengah tuntutan mereka amat merugikan umat dalam agama kita. Kerana apa pula kita terpaksa menelan kepahitan yang merugikan kita? Ya, kerana demokrasi itulah.

Dalam pecahan pembahagian kerusi pilihanraya oleh sebuah pakatan parti-parti politik misalnya, kita saksikan bahawa tempat duduk (kesrusi) untuk orang bukan Islam adalah lebih banyak daripada orang Islam.

Kita boleh melihat dengan lebih jelas dalam keadaan berikut. Kerusi DAP adalah lebih banyak daripada bilangan kerusi PAS dan PKR. Ia bermaksud dengan memberi gambaran bahawa majoriti pembuat keputusan adalah lebih ramai dari kalangan DAP, melebihi PAS dan PKR. Ia juga bermakna orang Islam dalam PAS tidak mempunyai kuasa yang besar untuk membuat keputusan, erti kata lain ialah tidak dominan dalam pembuatan keputusan. Kerana apa dikatakan begitu? Ia kerana demokrasi itu menyebelahi majoriti dan majoriti yang bakal berada dalam parlimen ialah DAP sekiranya pakatan menguasai pemerintahan negara. Itu belum dikira lagi dengan PKR yang terdiri daripada wakil orang Islam dan bukan Islam.

Atas dasar majoriti pembuat keputusan dari kalangan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, tapak masjid dijadikan buah pawn supaya memberi laluan kepada pembinaan premis komersial. Di mana suara wakil-wakil DUN PAS di Pulau Pinang dalam mempertahankan tapak masjid? Atas dasar majoriti pembuat keputusan, suara wakil PAS sudah tentulah tidak laku dalam DUN. Kerana apa dikatakan begitu? Kerana demokrasi itu menyebelahi majoriti dan majoriti dalam DUN Pulau Pinang ialah DAP.

Iktibar dari Kesilapan Lampau

Majoriti itu ialah bilangan pembuat keputusan yang sependapat dan mereka yang lebih ramai daripada wakil tidak sependapat itu sudah tentu akan menjadikan suara mereka yang tidak sependapat itu tidak laku lagi. Suara wakil PAS tidak laku di DUN Pulau Pinang. Kerana apa? Kerana mereka bukan majoriti dalam DUN. Majoritinya di dewan ialah DAP dan merekalah yang berkuasa membuat keputusan.

Walaupun ahli PAS lebih ramai daripada ahli DAP, ia tidak memberi apa-apa makna kerana kuasa membuat keputusan terletak di tangan wakil DAP yang lebih ramai daripada wakil PAS dalam dewan. Sama juga kalau pakatan rakyat mengambil alih parlimen dengan bilangan wakil DAP lebih ramai daripada wakil PAS dan lebih banyak daripada wakil orang Islam dalam PKR. Setiap keputusan sudah tentu dalam tangan pihak yang lebih ramai dalam dewan. Kerana apa? Kerana kuasa sebenar terletak di tangan majoriti pembuat keputusan, bukan di tangan majoriti pengundi yang memilih mereka. Itulah maksud majoriti dalam demokrasi.

Sebenarnya kalau orang Islam bijak berpolitik, orang Islam tidak perlukan kerjasama dengan parti-parti politik bukan Islam. Bilangan orang Islam lebih ramai daripada orang bukan Islam di negara ini, itu kenyataan walaupun tidak disertakan statistik atau fakta bancian.

Kalau orang Islam bersatu dan memilih orang Islam sebagai wakil di parlimen dan DUN-DUN, maka akan tercipta satu keadaan di mana akan ramailah pemimpin-pemimpin beragama Islam yang dipilih majoriti rakyat dalam pilihanraya. Jika orang Islam bersatu dan membentuk majoriti di parlimen dan DUN-DUN, orang Islam akan mempunyai kekuatan yang melebihi 2 per 3 kerusi dewan. Maka, kita tidak perlukan orang bukan Islam dalam parlimen dan DUN-DUN untuk membentuk 2 per 3. Secara teknikalnya, orang Islam yang bersatu itu sudah mempunyai cukup kekuatan untuk memerintah negara.

Masalah di sini pula ialah PAS tidak suka untuk bersatu dengan UMNO, mereka kata UMNO hanya mahu bersatu dengan PAS pada ketika UMNO sedang lemah. Tetapi mereka lupa bahawa bukan UMNO sahaja yang sedang lemah, tetapi Islam juga sedang lemah disebabkan perpecahan itu. Mana lebih penting? Islam atau demokrasi?

PAS melihat kelemahan UMNO dari kaca mata demokrasi. PAS kata UMNO sedang lemah dan terhegeh-hegeh mahu bersatu dengan PAS kerana UMNO mahu terus berkuasa dalam demokrasi. Mengapa perlu dilihat dengan kaca mata demokrasi, tetapi lihatlah dengan kaca mata Islam. Keegoan PAS masih tebal apabila disuruh melihat dengan kacamata Islam, lalu mereka kata UMNO itu munafik dan kafir. Itulah kacamata Islam yang mereka pakai iaitu dengan memandang UMNO sebagai tidak Islam.

Tidak cukup dengan itu, PAS kata UMNO khianat kerana pernah menendang PAS pada 1970-an dahulu. Itu PAS yang kata, tetapi hakikat sebenar mengapa PAS ditendang keluar itu telah lama disorokkan oleh pemimpin PAS sendiri daripada pengetahuan umum. PAS kata UMNO khianat, tetapi mereka lupa untuk mengikut Sunatullah walaupun mereka sering melaung-laungkan slogan Islam.

Ingatlah kenyataan ini, Allah tidak memandang dosa silam para hamba-Nya sekiranya hamba-Nya itu telah insaf dan bertaubat, dan apabila taubat itu diterima oleh Allah. Allah tidak memandang dosa yang lepas-lepas kalau manusia bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosanya, jadi mengapa pula PAS masih memandang dosa silam UMNO? Mengapa PAS yang terlebih Islam daripada Islam itu tidak mengikut Sunatullah?

Mereka memperjuangkan demokrasi, dan ingatlah demokrasi itu menyebelahi majoriti. Kalau PAS dan UMNO bersatu dalam naungan Islam tercinta, dua saudara sesama Islam itu akan lebih mudah bekerjasama dalam mempertahankan Islam kerana mereka itu majoriti di negara ini.

Disinilah wujudnya kemelut kejatuhan Islam. Kita gagal mentadbir ummah secara waras. Kita menjadikan minda ummah semakin sempit dengan mengutamakan demokrasi daripada Islam.

Perjuangan demokrasi tidak akan ke mana-mana kerana demokrasi itu sangat dekat dengan liberalism dan sekularism (rujuk: Infectious Slogans). Kalau mahu memperjuangkan Islam, mengapa perlu diheret Islam masuk ke dalam lembah sekularism yang berjenama demokrasi? Adakah demokrasi bersulam liberalism dan sekularism itu adalah jalan Allah?

infectious slogans
KE ARAH NEW ORDER

Slogan Gila Yahudi ini sedang menghantui kita sehingga kita terlupa semuanya sudah ada dalam AlQuran. PAS wajar sebagai kumpulan para ulama menasihati UMNO yang hanya pandai dalam bidang pentadbiran Bersama berjuang melawan slogan-slogan Yahudi ini. Itu sepatutnya menjadi amalan kita seluruh kaum Muslimin. PAS harus belajar mengenali sejarah sekularisma dari UMNO yang telah lama tersangkut dengannya. Dari sini sama-sama meleraikan kekusutan yang telah merosakkan ummah.

Dipercayai UMNO juga mahu melakukannya demi menjaga bangsa dan ummah ini. Disebabkan UMNO dan PAS tidak bersedia berdamai, kekusutan ini terus berpanjangan. Perdamaian sesama ummah adalah sunnah yang wajib dilaksana. Andai sebaliknya yang berlaku, siapakah yang akan menerima akibatnya jika bukan ummah ini sendiri? Bagaimana pula di Alam Akhirat nanti bila kita semua dihisab di hadapan Allah?

Orang Islam tidak perlukan orang bukan Islam untuk berkuasa penuh di negara ini. Cukup kalau orang Islam bersatu dan memenuhi kerusi parlimen dan DUN-DUN. Tetapi apabila berkuasa penuh, orang Islam juga harus ingat dengan perintah Allah supaya tidak menganiaya dan berlaku adil kepada kaum-kaum lain, dengan berlaku adil dan menunjukkan contoh yang baik (bersatu padu sebagai contoh pekerti baik), maka akan lebih ramai orang bukan Islam yang akan terpikat memeluk Islam.

Inilah yang sepatutnya dilaksanakan bukan berselisih faham antara satu sama lain. Kita sewajarnya faham bahawa demokrasi walaupun kotor, kita terpaksa gunakanya. Kita tidak ada pilihan yang lain untuk dijadikan alat. Kita gunakanlah peralatan ini sebaik mungkin. Apa yang penting kita semua bersatu dibawah ketua yang satu. Perselisihan jika ada boleh diselesaikan melalui saluran dalaman sesama kita dan tidak terdedah kepada orang luar (baca bukan Islam). Sukarkah untuk kita laksanakannya?

Dalam keadaan sekarang, orang bukan Islam galak berkata: “tengok la tu, orang Islam berpecah belah, bergaduh sesama sendiri, macam mana la mereka kata Islam itu agama yang aman, sesama mereka pun tidak aman, suka gaduh-gaduh.” Kalau orang bukan Islam berkata begitu kepada orang Islam, maka orang Islam sendiri telah mengheret agama mereka masuk ke dalam kekotoran demokrasi hanya kerana berselisih faham dalam pelaksanaan demokrasi.

Kalau PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR, orang UMNO marah. Orang PAS pula mengeji orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Mengapa perlu saling keji mengeji, bukankah lebih baik bersatu saja sesama umat? Kalau PAS dan UMNO bersatu, semua parti bukan majoriti Islam macam DAP, MCA, MIC dan PKR (kita anggap PKR bukanlah parti Islam) itu semua sudah tidak diperlukan lagi. Kerana apa tidak diperlukan lagi? Ia kerana kebersatuan UMNO dan PAS akan mencipta kekuatan baru dalam majoriti pembuat keputusan.

Alangkah baiknya jika UMNO dan PAS bersatu hati dalam satu jasad pemerintahan negara sebagai majoriti dan mereka yang lain hanyalah perlu memilih untuk bersahabat atau menjadi lawan (pembangkang). Lupakan segala perselisihan kerana Allah dan berjuanglah mentadbir negara juga kerana Allah. Inilah jalan selamat yang terbentang luas. Mengapa kita ingkari, bukankah sesama Islam itu bersaudara?

Namun suara DAP, MCA, MIC dan PKR akan tetap didengari di dewan kerana mereka juga pasti ada wakil dari kawasan-kawasan kubu kuat mereka. Mengapa dikata begitu wahai tuan-tuan? Ia kerana Allah memerintahkan kita (majoriti umat dalam UMNO dan PAS di negara ini) supaya tidak menganiaya kaum-kaum lain, oleh itu suara mereka juga wajib didengari dan dinilai.

Kalau mahu berjuang mengikut jalan demokrasi, janganlah diheret Islam masuk ke dalam kekotoran demokrasi. Sebaliknya, bersatulah umat Islam dengan menjadikan demokrasi sebagai alat bagi mendapatkan majoriti pembuat keputusan di dewan-dewan.

Demokrasi sedang memandu kita ke arah hak kebebasan yang melampau. Semakin hari kita diasak untuk menerima kemungkaran disebalik slogan "Bebas" dan "Sama Rata". Slogan ini berkecenderungan mengangkat aktiviti seksualiti songsang yang bersembunyi di sebalik hak sama rata dan hak asasi manusia. Kita harus sedar bahawa DAP dan PKR melaungkan slogan hak sama rata dan hak asasi manusia.

Hanya PAS dan UMNO sahaja masih bertahan menolak LGBT. Namun begitu persoalan tentang pemurtadan nampak semakin longgar kerana desakan dari DAP dan PKR. Semoga ia akan dapat diperbaiki dan berterusan dalam usaha memertabatkan Islam sebagai teras pemerintahan negara.

Adakah ia sesuatu yang mustahil?

Cahaya terang itu milik kita semua, kitalah yang bertanggung jawab menjaganya agar tidak dilitupi oleh titik-titik hitam yang dibawa oleh Yahudi dan Nasrani. Sesiapa yang memilih Yahudi dan Nasrani, mereka adalah sebahagian dari kaum itu  (maksud Quran, al-Maidah: 51). Selamatkan diri kamu dan anak cucu kamu dari kebinasaan.

 
Racun dalam Senyuman

Jika PAS dan UMNO dapat bersama dan bersetuju menjadi rakan dalam pemerintahan, kita percaya negara ini akan kembali aman sentosa. Dilimpahi rezeki yang tidak terhitung. Seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi dan mampu menolak pengaruh jahat Yahudi dan Nasrani. Bersama berjuang mengekang asakan Nasrani untuk memurtadkan orang Islam dan hindarkan budaya LGBT yang mereka bawa. Jika ini berlaku, nescaya kita semua akan menerima rahmat tak putus-putus dari Allah swt. Berdoalah.

Jika ini terjadi, ia merupakan satu keajaiban atas anugerah Allah di mana mimpi ngeri bertukar menjadi bahagia. Umpama persiapan sebuah hamparan menanti kedatangan pemimpin yang dinantikan semua, al Mahdi. Semua umat Melayu bakal berdiri teguh di belakangnya.
Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam Suyuti
UMNO dan PAS amat mempercayai akan berlaku kebangkitan akhir zaman. UMNO dan PAS juga sama-sama yakin kebangkitan alMahdi sebagai pemimpin akhir zaman. Sama-sama berhasrat untuk berjuang menentang Yahudi dalam pasukan Khalifah ini. Untuk mencapainya bukankah lebih baik kita membina jembatan arRaman dan arRahim sesama ummah sekarang? Sama-sama bergerak sebagai satu rumpun yang digerumi lawan dan dihormati kawan. Bergabung di bawah Pemuda Bani Tamim seperti yang diriwayatkan.

Demokrasi memisahkan kita dan menjadi cuka dalam kehidupan manusia. Mengapa kita mesti akur kepada sistem munafik yang penuh kecacatan ini? Campak demokrasi ke belakang dan angkat Islam ke tempat utama. Baharulah layak kita digelar kaum yang beriman (mukminin).

Seorang rakan telah memberi pandangan yang wajar kita ambil perhatian:
Jangan bangunkan Islam dengan tangan yang berisi kezaliman. Tetapi bangunkan Islam dengan tangan yang berisi dengan keadilan. Jangan sampaikan Islam dengan perkataan yang berisi kebencian, tetapi sampaikan Islam dengan perkataan yang berisi dengan kasih sayang.
UMNO harus belajar dari PAS apa yang mereka tidak tahu terutama dalam hal hukum hakam, kebajikan dan sunnah Rasulullah saw dan PAS juga bersedia menerima tunjuk ajar dari UMNO dalam bidang pentadbiran dan hal ehwal duniawi. Kita nantikan keajaiban ini dengan syarat menolak jauh-jauh apa yang telah Yahudi tawarkan dan pastikan Nasrani (Kristian) tidak menjadi sokong yang membawa rebah. Berkasih sayang sesama Mukmin dan bersikap tegas terhadap kaum Kafir

......

Semoga harapan ini menjadi kenyataan atas izin Allah swt.






Sunday, May 6, 2012

LGBT, Nafsu Yahudi dan Nasrani - Kejatuhan Negara Islam

The Greater World State tidak akan mampu didirikan selagi proksi-proksi Amerika dan Israel tidak diangkat sebagai pemimpin di negara-negara sasaran. Dalam perkembangan semasa, negara-negara sasaran lebih banyak melibatkan negara-negara Islam. Ia lebih kepada usaha mewujudkan The Destruction of Islamic States (kejatuhan negara-negara Islam) terlebih dahulu sebelum mewujudkan The Greater World State.


Bagi memastikan ia berlaku, pejuang-pejuang Islam harus diheret dalam periuk demokrasi liberal terlebih dahulu supaya Islam menjadi tidak ubah tarafnya dengan dasar-dasar liberal dengan menjunjung hak kebebasan sama rata melebihi perintah agama. Itulah yang sekularis Yahudi dan Nasrani mahu, itulah kehendak hawa nafsu mereka supaya kita menjadi buta dalam melihat perbezaan.

Mungkin ada yang tidak setuju kalau dikatakan manusia itu sememangnya dibezakan kerana sudah tertaksub dengan slogan hak sama rata. Tidak percaya manusia itu berbeza dan dibezakan?

Ketahuilah, Allah melalui banyak ayat-Nya menjelaskan perbezaan manusia melalui tingkat ketaqwaan seseorang hamba. Manusia itu sendiri tidak sama tarafnya dan dibezakan melalui tingkat ketaqwaan masing-masing. Jadi, mengapa pula mahu manusia disama-tarafkan melalui slogan demokrasi rakyat sedangkan manusia itu dibezakan melalui tingkat ketaqwaan mereka? Adakah mahu menunggu Hari Pembezaan baharulah boleh melihat perbezaan itu? Walaupun ia merujuk kepada Hari Pembalasan, ia tetap merujuk kepada pembezaan.

Adakah hak LGBT itu sama tarafnya dengan hak pendukung demokrasi sehingga mereka boleh berjuang bersama-sama dalam erti demokrasi dan membolehkan mereka ‘taram’ sesama sendiri? Kalau di akhirat pun golongan LGBT akan dibezakan dengan golongan yang beriman, adakah mereka perlu disama tarafkan di dunia? Kalau disama tarafkan di dunia, kita juga akan jatuh serataf dengan mereka di dunia dan akhirat.

Akibat terlalu menjunjung demokrasi, umat Islam sudah terlebih sudu dari kuah apabila menjunjung demokrasi melebihi agama sendiri. Agama melarang bertumpah darah semasa umat, mereka berbuat sebaliknya dengan menumpahkan darah sesama umat atas nama demokrasi. Agama melarang sesama umat bersengkata, mereka berbuat sebaliknya dengan gemar bersengketa atas nama memperjuangkan demokrasi. Kerana apa? Kerana mereka berbuat sesuatu itu mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang mahu melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Lihat Mesir, lihat juga Libya, lihat juga beberapa negara lain yang belum kembali stabil selepas rakyat mereka mencetuskan kekacauan. Apa yang Amerika dan Israel serta bangsa-bangsa lain lakukan, adakah ada bangsa lain yang menghulurkan bantuan apabila terjadi sedemikian, tiada sesiapa pun yang mahu menolong mereka di Libya, Mesir dan lain-lain negara yang pernah berperang saudara.

Sekularis Yahudi dan Nasrani mahu mereka merobohkan negara mereka sendiri kerana Amerika dan Israel tidak sekepala dengan pemimpin mereka. Mahu mengharapkan pertolongan Allah pula? Ingatlah: “..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Malaysia pun tidak terlepas daripada kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani. Adakah Amerika dan Israel tidak sekepala dengan Malaysia? Atau, mereka sekepala dengan siapa di Malaysia? Demokrasi rakyat Malaysia? Republik Rakyat Malaysia? Slogan-slogan demokrasi rakyat Malaysia? Kita tidak menyebut nama sesiapa, kita juga tidak menyebut kelompok yang mana. Slogan... slogan... slogan... Slogan itu bukan makanan minda, sebaliknya pengetahuanlah wajar jadi makanan kepada minda.

Andai minda sendiri yang sempit, jangan pula menuduh orang lain berfikiran sempit. Lihatlah realiti dunia, berfikirlah.

Sila baca artikel menarik ini sepenuhnya di Blog UMAT TERAKHIR

Thursday, May 3, 2012

Apabila Orang Cina Bercakap Mengenai Pemimpin Melayu


Sebelum kita membincangkan tentang "TITIK HITAM" adalah lebih baik kita lihat dahulu peristiwa ini.

Seorang penulis Cina telah melahirkan kecaman terhadap apa yang perlaku 28 April lalu. Dia dengan jelas menyampaikan apa yang terpendam dilubuk hatinya. Ternyata dia begitu kecewa dengan apa yang telah berlaku.

People who saw Anwar lose control and sending his storm troopers in to destroy everything in their way are beginning to believe that for democracy to face the Barisan Nasional, Anwar has got to go.
Bagaimana pula kita sebagai umat Muhammad yang sejak kecil diajar untuk cintakan keamanan? Mengawal hawa nafsu dan pertingkatkan rasa kasih dan sayang sesama insan?

Tiada kata dapat kita ucapkan atas apa yang berlaku. Sebahagian dari ulama mengambil pendekatan untuk mewajarkannya. Ia menambahkan luka di dada, dan kini perseteruan politik di desa-desa pendalaman menjadi semakin melebar. Siapakah yang bertanggung jawab? Salah satu titik hitam yang menyedihkan. 

MANGSA TIDAK BERDOSA
 Sayu dan Pilu Hati Wartawan Muda Ini

Peristiwa 28 April adalah salah satu peristiwa yang menyayat hati. Kecuali bagi mereka yang mempunyai motif melakukan onar dan gembira hidup sebagai pengganas.

Kita sering tertanya-tanya "Wajarkah kita mengangkat bukan mukmin sebagai pemimpin?" Ia di ikuti pula persoalan terkini "Wajarkah kita mengangkat si pendusta sebagai pemimpin?"

Kedua-duannya cukup mengelirukan kita umat Islam. Kenapa ianya terjadi diambang kaum Muslimin tercari-cari pemimpin Islam berwajah Mukmin Sejati? Manusia yang berakhlak mulia,  penuh kebijaksanaan dan mampu mentadbir dengan haruman kasih sayang. Nyata kita terus menerus "kehilangan dahan" untuk berpaut (??)

DSAI yang diharapkan untuk menjadi penaung baru orang Melayu telah melakukan kesilapan besar. Sanggup melupakan bangsa dan agamanya demi menuju puncak. Ia satu kerugian nyata bagi bangsa ini.

Banggakah dia setelah dapat lagakan antara sesama Melayu melalui seorang bukan Islam (Ambiga) yang terbukti jelas membawa wadah sebagai penentang tegar terhadap Islam? Apa yang amat  kita takuti ialah, jika ada secarik hasrat dalam dirinya mengharapkan ada nyawa yang melayang terhasil dari tindakannya itu. Kita dimaklumkan sudah ada darah terpercik dan singgah ke bumi hasil dari perbuatan penyokong Ambiga.

Apa peranan Unit Amal PAS? Nama Islam yang kelihatannya hanya pada kulit. Tindakan yang diambil mereka mencerminkan niat sebenar mereka. Cara perlakuan mereka langsung tidak melambangkan Amalan Islam. Ia juga satu fenomena yang menyakitkan kita semua. Berbekalkan persepsi dan tuduhan palsu, mereka mengikut nafsu buas dan sanggup bertindak ganas terhadap sesama bangsa. Penjawat awam yang menjalankan tugas dan seorang wartawan telah menjadi mangsa.

Pada malamnya telah terdengar laungan kata keji dan hina "anjing... anjing..." kepada anggota polis yang bertugas. Keesokan harinya mereka melakukan aksi lebih ganas sehingga menyebabkan seorang anggota polis yang berasal dari Trengganu dimasukkan ke ICU. Adakah ini cara kehidupan Islam? Kaum Muslimin amnya turut ikut merasa malu kepada bukan Islam dan warga asing atas apa yang terjadi.

Anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan dipanggil "anjing" inilah yang berkorban nyawa menjaga keamanan. Mereka inilah yang sepatutnya dihargai. Walaupun dikeji, mereka masih bersopan santun melayan pendemo yang nyata semakin buas. Bagaimana perasaan anggota  polis yang dibelasah itu? Bagimana rasanya jika polis berkenaan adalah saudara mara anda?

Lebih menyakitkan bilamana masing-masing ingin mencuci tangan dengan mendakwa penyerang itu adalah polis yang menyamar (??). Gambar dimanipulasi dan diubah untuk mengiyakan dakwaan dusta mereka. Pihak berkuasa wajar menahan mereka yang cuba melakukan kerja ini.

Inilah jenis orang Islam yang disukai oleh syaitan dan manusia syaitan.

Sebelum pergi jauh dan tersasar elok baca kenyataan ini
THE BEGINNING OF THE END FOR ANWAR.

Malu, amat malu bila orang Cina yang bercakap tentang kebodohan pemimpin Melayu. Adakah ia berdasarkan sifat rasis?


THE BEGINNING OF THE END FOR ANWAR.

I am not a fortune-teller but the writing is clearly on the wall. This is the beginning of the end of the political career of Anwar Ibrahim which has spanned more than 40 years.
Full democracy in Malaysia is dependent on the setting up of a sustainable and viable two-party system. People who saw Anwar lose control and sending his storm troopers in to destroy everything in their way are beginning to believe that for democracy to face the Barisan Nasional, Anwar has got to go.
The sheer desperation and willingness to cause the BN political damage at any costs, even causing damage and injury, shows that Anwar knows this general election is his last chance. It is the final salvo of one of the most divisive figures in Malaysia’s political history. Anwar will be 65 this year and waiting for the 14th election will see him just a shade under 70.
It is sad to see an otherwise intelligent man blind to the fact that he will never be prime minister. The destructiveness he unleashed on Kuala Lumpur this weekend is the final act of desperation of a man hoping in vain that he has still got one final act to play. What he does not realise is that his audience has left and moved on to something, or someone, that far more closely resembles an ideal leadership with which they want to spend time and watch.
Slippery slope
Bersih co-chairman S Ambiga herself conceded that the police acted after the political segments of the rally intimidated and attacked the police. In her own attempt to salvage what has become an irreparable situation of chaos and violence, she naively asks the government to think about why some people would act so extremely.
The men who smashed the cars were not motivated by a desire for electoral reform. Rather, they acted because Anwar allegedly incited them to do it. Anwar knew that if they rained chaos on the streets, the police would be forced to act. Only then would his friends in the foreign media be able to dedicate many minutes of coverage to chaos in yet another Muslim majority country.
Ambiga has to take some of the responsibility despite her attempts to ask the crowd to disperse before the trouble started. She herself repeatedly asked PAS and PKR to shore up her numbers in the event that ordinary non-partisan Malaysians did not show up. It is as clear as day that Bersih has been entirely taken over by the opposition. This could have been avoided if Ambiga never started on that slippery slope of sharing the Bersih stage with Anwar in particular.
I am a Chinese and the first trait of my people is pragmatism, which is why we felt that there needed to be a much stronger opposition in 2008 given the wanton corruption and abuses of the BN then. But Pakatan would do well not to take my pragmatism for granted. Chaos and desperation are not pragmatic. For the first time since 2008, Anwar does not seem like a pragmatic choice for Prime Minister.
chaos and violence
Democratic progress is not upturned cars on the streets and vigilante rowdies running riot in our cities. Democratic progress is the setting up of a true two-party system. Pakatan needs a real leader who believes in the ideals of democracy and has never practiced otherwise. With this, I hereby write the beginning of the end of Anwar Ibrahim’s political career on April 28, 2012.
FMT
April 28, 2012 permulan bagi penamat karier politik DSAI?

SEMAKIN JELAS
Mulanya tuntut Kebebasan Kemanusiaan untuk hapuskan ISA selepas itu aturkan riot. Apa pula yang difikirkannya selepas "riot"? Mereka tahu akan bebas dari dikenakan tindakan ISA kerana telah dimansuhkan. Terhasil darinya, riot ini telah merenggangkan lagi hubungan sesama Muslim. Di mana kedudukan Islam dalam hati mereka ini jika begini cara fikir mereka?

Bakal Dipecat?

Sukakan Keganasan? Mencari Bala

Ingat BERSIH ingatlah Yahudi (CIA, CFR dan NED). Ia cukup mudah difahami bagi yang berakal tetapi mudahkah diterima umum? Jika masih belum berpuas hati dengan bukti yang ada, silalah lakukannya lagi siri BERSIH selepas ini. Yahudi amat mengharapkannya. Melayu hanya perlu memusuhi sesama Melayu dan bermusuhan sehingga hari kiamat. Adakah dengan cara ini PR akan mendapat sokongan Melayu dalam PR13?  Belum Pasti. Mungkin semakin ramai yang celik dan mendapat petunjuk serta  meninggalkan PR. Terlalu banyak bukti menunjukkan PR sengaja mencari helah untuk menghuru harakan negara.

Siapa yang mempunyai motif melakukan provokasi?
Lihat, sebelum anjurkan BERSIH 3.0, DSAI telah menjemput pemerhati luar negara yang terdiri dari rakan-rakannya. Gerombolan pemerhati ini pula menghantar ramai wartawan sebagai langkah mengekang dan mengancam kerajaan supaya tidak bertindak keras. DSAI berjaya melemahkan kerajaan dengan cara ini. 

Dalam pada itu beberapa keadaan menunjukkan mereka sendiri yang mencetuskan riot dan para wartawan asing yang laparkan darah ini pastinya akan meluru mendapatkan maklumat, itu tak termasuk yang telah di spin. Memburukkan nama baik berajaan adalah motif utama, secara langsung dia akan diangkat sebagai wira. Adakah mereka (penganjur - PR) mengharapkan kerajaan menghantar tentera pula selepas ini bagi membolehkan pimpinan negara dicop sebagai zalim? Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah sahaja tempat kita berlindung dari hati yang penuh dendam.

p/s Singapura dan USA bersiap sedia menelan Malaysia jika kekacauan tercetus. Harap kaum Muslimin semua sentiasa berwaspada.



 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan