Artikel saudara Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Rakyat Berdebar
Pertembungan yang berlaku dikalangan pimpinan PAS sejak akhir2 ini menarik minat banyak pihak. Ini kerana mereka semua dilihat sebagai pimpinan kanan PAS dan ahli veteren yang telah berjuang puluhan tahun didalam parti islam ini. Di sebelah pihak Hasan Ali, Nasharudin, Hasan Tantawi, Abduh dan Harun Taib manakala sebelah lagi ialah Mustafa Ali, Mahfuz, Khalid dan Shaari Sungip. Yang pertama dilihat lebih cenderung kepada alim ulama manakala yang kedua dilihat sebagai apa yang diistilahkan sebagai kumpulan Erdogan.
Sebagai pemerhati luar sudah tentu pertikaman lidah ini adalah sesuatu yang agak janggal dalam PAS tetapi biasa dalam UMNO dan parti2 lain. Kenyataan yang dibuat kepada media bukan satu saluran yang baik untuk menjaga imej parti. Jadi keputusan untuk memanggil media oleh kedua2 pihak menampakkan suasana yang amat runcing sehingga terpaksa nelaporkan kepada orang luar tentang isu rumahtangga PAS. Tidak ada sesiapa yang tahu apa agenda kedua-dua pihak dan dimana ianya akan berakhir. Namun peristiwa ini mengundang pelbagai persoalan :-
1. Adakah PAS akan berpecah sebagaimana yang berlaku dizaman Asri? Jika ini benar maka PAS akan mengalami satu lagi tsunami politik dalaman yang akan menggoncangkan parti itu sehingga ke akar umbi. Mampukah parti ini akan bertahan, kita tunggu dan lihat.
2. Adakah dakwaan Hasan Ali tentang keresahan ahli PAS bawahan terhadap halatuju PAS kini itu benar? Jika benar, sejauh mana meluasnya keresahan itu? Pimpinan PAS harus meneliti perkara ini tanpa perlu melenting tak tentu arah kerana yang menegur itu bukan orang biasa tetapi bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden, bukan calang2 orang.
3. Adakah orang Melayu lain, yang selama ini penyokong senyap PAS, akan terus mengundi PAS pada PRU13 atau PAS akan kehilangan banyak undi Melayu yang kini dikatakan semakin gusar dengan perkembangan halatuju parti itu? Jika ini benar maka yang untung adalah UMNO. Amatmalang, yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran. Adakah ini langkah yang bijak? Kedua2 pihak harus mengkaji dengan teliti implikasinya.
4. Apakah akan ada lagi pimpinan PAS lain yang akan mengekuarkan kenyataan akhbar? Terdengar juga dari jauh-jauh bahawa ada pimpinan PAS lain yang menyatakan sokongan kepada kedua2 pihak. Katanya Harun Din menyebelahi Hasan Ali. Adakah ini benar? Adakah Mat Sabu akan mengeluarkan kenyataan? Khabarnya Presiden sendiri amat cenderung kepada puak ulamak tetapi terpaksa akur dengan kumpulan Erdogan disebabkan desakan dalaman yang kuat. Pihak manakah beliau akan sokong?
5. Apaakah Hasan Ali dan Nasharudin tidak akan dicalonkan? Mungkinkah kedua2nya akan terus digugurkan keahlian atas alasan mereka ini adalah alat UMNO? Mana-manapun tindakan yang diambil sudah pasti PAS akan terbelah dua kerana kedua2 mereka ini ada pengikutnya tersendiri. Mereka bukan orang baru malah pernah dianggap sebagai nafas baru PAS semasa zaman AlMarhum Ustaz Fadhil Nor. Kenapa secara tiba2 mereka dinyahkan dari persada politik PAS? Tidakkah ada jasa mereka terhadap parti ?
Ini antara persoalan2 besar yang bermain dalam kepala masyarakat yang ingin melihat PAS kembali kepada kekuatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Banyak orang yang saya temui menaruh harapan ini didalam sanubari mereka. Mereka ini ada yang merupakan ahli UMNO tetapi kecewa dengan parti itu yang semakin korup, mereka juga ahli PAS yang ikhlas ingin melihat negara islam terus dikekalkan, mereka juga adalah ahli korporat yang sudah tidak percaya kepada UMNO, mereka juga adalah NGO islam yang selama ini peyokong tegar PAS tetapi secara senyap dan mereka ini adalah rakyat marahein yang inginkan kebenaran dan yakin hanya PAS saja yang mampu menegakkannya.
Apa langkah yang akan diambil oleh pimpinan PAS terhadap kenyataan2 Hasan dan Nasharudin ini adalah kritikal dan akan menentukan nasib PAS pada PRU13 nanti. Pimpinan PAS harus berhati2 tanpa dengan mudah tertipu dengan agenda musuh. Pimpinan PAS juga perlu mempunyai jiwa yang besar dengan sanggup menerima kritikan dari ahli terutama pimpinan sendiri kerana jika ini tidak berlaku maka PAS tidak jauh bezanya dengan UMNO yang menuntut ahli sentiasa memuji para pemimpinnya.
Rakyat menunggu dengan penuh debar.

20 comments:
malam td tengok SOALJAWAB di TV3, tetamunya adalah Datuk Dr. Hasan Ali... beliau menjawab persoalan DUMC... menjelaskan situasi sebenar... namun hos lebih berminat mengorek survival politik tetamunya....
dan Dr. Hasan ada beritahu, suasana pemerintahan PAS pada waktu dahulu dan perbezaan pada masa sekarang...
dahulu 65-70% pimpinan adalah dari kalangan Ulama'... sekarang 65-70% dipegang golongan profesional....
dan banyak isu2nya.... namun yg ditegaskan beliau, PERTAMA mempertahankan ISLAM dan AKIDAH....
-abuhakeem-
Sebenarnya, DAP lah yang berjaya mencapai Objektifnya,dgn tahaluf PAS, DAP. DAP tersenyum kenyang dan untung,dalam apa jua keadaan pun.PAS rugi dlm apa jua keadaanpun dgn Tahaluf ini,samada dapat bertahan negeri,atau terpaksa dibelah dua hati umat Islam penyokong Islam dan PAS.Bagi pimpinan PAS ala Erdogan,rugi kerana sudahlah menggadai prinsip,n terpaksa bertolak ansur secara dahsyat demi jaga hati n undi tionghua,undi Melayu juga akan merosot walaupun menang undi.Congak2lah untung rugi.Lepas dunia masih x apa,tetapi lepas Aqidah x akan dapat galang ganti..
Sy kesian kat org kampung sokong PAS dan kena kelentong kata DAP baguih... Depa taktau DAP ada hati nak perintah Malaya lepas komunis tak dapat. Depa tak tau DAP ada muslihat pecahkan org Melayu. Depa tak tau DAP ni jahat. Depa tak tau DAP la ni dikuasai pendakwah kristian murtadkan org Islam. Depa kelabu mata. Depa percaya bulat2 apa kata Mat Sabu... Depa percaya sungguh kata ustad ustad PAS. Nak tolong lagu nama?
Perhatikan hujah-hujah dangkal puak2 bebal dan tak berilmu dalam UMNO..
" Pas perlu kembalì dokong dan amal perjuangan tegakkan Islam sebagaimana tujuan asal penubuhan nya..pimpinan pas pusat sekarang sebagai boneka pentas kepada pihak laìn..yg akhirnya terpaksa tukar slogan negara Islam kepada negara berkebajìkan.."
Inilah permulaan kepada kejatuhan Pas..!
****************************************************
Komen Pihak Kami " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO "
Bagi wa gelak guling2 dulu ok...??
Terhibur rasanya bila membaca Artikel2 sampah dari puak2 Amenok ni...
Hahaha.....!!!!!
Negara Kebajikan PAS hanyalah satu Slogan sahaja ianya tidak mengubah Dasar Parti PAS yang mendaulatkan Hukum serta Perundangan Allah..
Sama seperti UMNO yg mengunakan Slogan 1 Malaysia ianya juga tidak mengubah Dasar Parti UMNO yg berjuang bagi mendewa2kan Bangsa Melayu...
Sebenarnya ini adalah wayang UMNO utk mengelirukan umat islam...
Nizar Bekas MB Perak berkata dalam dewan undangan negeri bahawa dalam manifesto PAS tak ada menyebut tentang negara islam... UMNO gunakan sebagai senjata hikmat utk membelasah PAS...
Hihihi...!!! Begitulah bodohnya puak2 UMNO yg tak berilmu tu...sehinggakan tidak tahu membezakan ada itu manifesto dan apa itu Perlembagaan Parti..
Menifesto adalah perancangan sepenggal ( 4-5 tahun ) sesebuah Parti politik itu memerintah.. dan ianya boleh berubah2 pada bila2 masa mengikut kesesuaian dan keperluan bagi sesebuah kerajaan utk melaksakannya..
Manifesto Boleh dilakukan, ditangguh atau ditiadakan langsung juga mengikut kesesuaian dan keperluan..
Berbeza dgn Perlembagaan Parti setiap perubahan yg akan dilakukan terhadap satu2 fasal dan artikel dalam Perlembagaan sesebuah Parti Politik harus mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahlinya...
Nak cerita pasal Parti politik ta[i tak tahu pasak " Akta Pertubuhan " wakaka...!!!!
Sebenarnya :
Kerana UMNO dah terdesak sangat bila org-org bukan islam sudah boleh menerima perjuangan islam yg di bawa oleh PAS serta menolak UMNO yang berjuang semata2 utk mendewa2kan bangsa melayu...
Hakikatnya..:
UMNO dan BN mulai gusar bila Rakyat bangkit beramai2 menolak sistem pemerintahan yg berdasarkan Bangsa...Seperti mana yang dilakukan oleh Pihak Penjajah British Zaman sebelum Merdeka dahulu..
Kalau zaman dahulu nenek moyang kami menolak batang tubuh British 100%
Kini kami selaku anak cucu mereka pulak bertanggung jawab pulak untuk menolak Sistem pemerintahan " Pecah Perintah " yang diwariskan oleh Pihak British kepada proxy mereka UMNO / BN..
Mari kita telusuri kembali sejarah bani Israel, umat Nabi Allah Musa a.s. Sejurus selepas baginda turun dari Bukit Tursina setelah menerima hukum Allah utk umatnya...
Maka Nabi Allah Musa pun menyampaikan kesemua hukum2 yg telah Allah perintahkan ke atas Umat Baginda...
Lantas Umat Nabi Allah Musa a.s menjawab beramai2 " Ya. Musa.. Kami terima kamu sabagai Nabi yang diutuskan Allah ke atas kami dan kami juga menerima Hukum yang kamu bawakan kepada kami sebagai hukum tuhan mu dan juga tuhan kami... Tetapi kami tidak akan melaksakan segala hukum2 tersebut..."
Lalu Nabi Musa menjadi Murka dan berkata " sesungguhnya kalian telah mengistihar perang terhadap Allah.. nantikan sahaja bala dari Allah ke atas kalian semua ".
Mari kita Imbas pulak apa yg berkalu dalam Negara kita….
Najib Razak di dalam perhimpunan agung Agung MCA telah berikrar dan memberi jaminan bahawa BN di bawah pimpinannya tidak akan melaksanakan Hukum Allah - Hudud.
Ini kata2 durhaka Najib “ Kami tidak tolak huhud kerana ianya adalah hukum Allah.. Siapa kata kami tolak hudud tetapi saya berjanji dgn tuan2 dan puan2 bahawa kami tidak akan melaksanakan hukum Hudud “.
Apa perbezaan ucapan Najib dgn ucapan bani Israel umat nabi Allah Musa a.s…?
Keduanya sama sahaja…
Menerima tetapi tidak akan melaksakannya..
Tidakkah Najib juga telah mengistiharkan perang terhadap Allah sama seperti apa yg telah dilakukan oleh bani Israel umat nabi Allah musa…?
Dan kini Si Penentang Allah ini pulak yg dijadikan pemimpin Negara.. tunggu sahaja bala dari Allah.. kerana itu janji2 Allah terhadap musuh2nya..
baguslah tu. teruskan kekal berjuang atas kekonongan, berbolak balik, ulama sudah dikencing ardogan... kalau belum sedar lagi tah lah. Kalau nak banding sekarang ini, UMNO lebih sayang Islam dari PAS walaupun tak pakai baju ulama... Ingat DAP kat belakang tu, jangan nanti dia jadi taukey awak jadi kuli... kemana hala pulak lepas tu... ooops jangan lawan taukey... hehe
Salam..
Sy mendoakan semoga org2 didalam Umno akan diberi hidayah dan Taufiq oleh Allah s.w.t,begitu juga dgn org2 PAS..Sbbnya adalah selagi kita ini manusia selagi itulah kita tetap melakukan dosa lbh2 lg dlm siasah politik acuan kebaratan ini..
Itulah yg sepatutnya kita doakan dan bukan mentertawakan,mendoakan kemusnahan antara satu sama lain..
Sy bukan golongan yg berkepentingan dlm mana2 siasah,ttp menyokong Islam..
Sememangnya susah utk mengikis sikap kepartian wlwpun dikalangan sesama kita pembaca,namun sy tetap mendoakan semua yg ada disini dirahmati Allah krn itulah yg dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w keatas umatnya..Para pemimpin Umno dan PAS masih boleh berkunjung sesama mereka di Aidilfitri,masih boleh melawat golongan yg sakit dan memberi penghormatan apabila berlaku kematian diantara sesama mereka..Maka apa masalahnya dgn kita semua yg tidak mahu redha meredhai Iktilaf sesama kita?
Memang sy akui byk tindakan Umno yg menerima kritikan umum ttp bukankah itu tandanya mereka memberi perhatian kpd Umno sebagai Parti Dominan org2 Melayu dan tidak mahu kerosakan berterusan dlm Parti ini?
Begitu juga dgn PAS,apabila ia dikritik adakah itu bermakna mereka telah menanggalkan Pakaian Islam yg dibawanya?
Apakah DAP,MCA,GERAKAN,MIC,PPP dan parti2 bukan Melayu ini ada makamnya yg tersendiri mengikut bacaan politik pembaca berdasarkan Gubungan mana yg mereka sertai?
Mengapa kita bersikap berpilih dlm perkara ini?
Jika benar,anda belum bebas dari sentimen Anti bukan Melayu,cuma krn mereka2 yg mentertai BN tidak mahu anda singgung wlwpun Chua Soei Leck lbh terang sikap anti Islamnya berdasarkan kenyataannya terhadap Hukum Hudud didalam akhbar2 berbahasa inggeris..
Soalnya bukan dgn siapa mereka bergabung ttp bagaimana mengendalikan mereka..
Jika kelak Allah s.w.t takdirkan DAP menyertai BN,apakah anda semua akan meredhai mereka dan menyucikan dosa2 yg kamu lihat terdapat pd mereka sblm ini?
Apakah kelak anda akan mengatakan bahawa dakwaan bahawa mereka ini Cauvinis itu hanyalah sangkaan anda semata-mata krn mereka kini telah menyertai BN?
Pd sy Kedua-dua Umno dan PAS perlu kita doakan kesejahteraan keatas mereka ini krn dikedua-dua belah pihak mempunyai gabungan yg Bukan Islam dibelakang mereka..
Sepatutnya sebagai mukmin,inilah sikap kita..
Mendoakan kesejahteraan sesama kita,bukan melayan rentak retorik pemimpin2 diatas sana krn mereka sudah dilatih sebegitu dan mereka sendiri faham dgn mainan politik diMalaysia..
Kita yg salah Faham lalu memberi reaksi berlebih-lebihan..Sedangkan beriaksi berlebih-lebihan itupun dicela oleh Islam krn menghilangkan Hikmah,ketelitian,kesabaran yg diajar dlm Islam..
Muawiyyah ketika pertembungannya dgn Saidina Ali,masih sempat memberi Amaran kpd Kerajaan Nasara yg ingin menceroboh Wilayah Islam dibawah pengawasannya dgn mengatakan bahawa dia akan melupakan perselisihannya dgn Saidina Ali(didalam suratnya dipanggil Sepupuku Ali)dan sanggup bergabung dgn Saidina Ali utk menghalau Kuasa Nasara dari menceroboh kewasan wilayah Islam dan akan membuatkan mereka merasa
sempit wlwpun berada dibumi yg luas..
Inilah sikap yg betul sebagai seorang Mukmin..
DAP,MCA,GERAKAN,MIC,PPP dan yg lain komponen tetap akan mewarnai politik Malaysia krn mereka mewakili kepentingan kelompok yg berada didalam Parti mereka krn tuntutan politik mengizinkannya..
Maka tidak perlulah kita merasakan diri kita tinggal sendirian dibumi Malaysia ini..
Ada Hikmah disebalik kejadian berbilang bangsa oleh Allah s.w.t keatas hamba2nya..
Maka usahlah kita merampas Ilmu Allah dan berhukum melebihi Allah keatas hamba2nya..
Krn perbendaharaan Rahmat itu bukan ditangan manusia sebaliknya dijaga oleh Allah..
Maka kita sendiri adalah hamba yg hina disisinya,lalu hanya Allah sahaja yg layak menghukum dan mengazab..
Maafkan sy jika terkasar bahasa,ttp sekadar ingin mengembalikan kesedaran bahawa adakalanya manusia melampaui batas krn lupa mengihsab diri sendiri lalu secara tidak sengaja mengingkari Nikmat dan Hikmah yg Allah beri..
semoga kita diberi keampunan oleh Allah s.w.t atas ketelanjuran kita..
Kalau nak tau hafszach tu Muslim Diaryz... hehehe.. jangan sembunyi la baca pun tau siapa dia.. tak reti serik. Pengarang bukan kecam PAS dia nak kita berhenti berpecah. Dah pecah teruk, takkan nak pecah lagi. Tu la maksud dia. Yang hang pi meroyan tu pasai apa?
PERSOALAN AKU :
Aku nak tanya ko yg UMNO hina bangsa Cina DAP sebagai Babi dan Fitnah mereka sebagai Kaffir Harbi.. tak salah yerr...!!!
Ingat Bro Fitnah Kaffir Harbi ini suatu Fitnah yang amat berat… kau tahu ke apa maksudnya Kaffir harbi..
Kalau benar Cina DAP ni Kaffir harbi kenapa sampai sekarang ni Majlis Fatwa kebangsaan tak mengeluarkan Fatwa Bahawa Cina DAP adalah Kaffir Harbi..
Golongan Kaffir Harbi ini adalah Golongan Kaffir yg mengangkat senjata bagi menghancurkan umat islam..
Ingat Bro.. Islam itu adil dan islam itu memberi rahmat ke seluruh alam..
Kalau kau Curi barang org2 kafir dosanya tetap sama dgn ko mencuri barang2 org islam
Kalau kau aniaya golongan kafir dosanya pun sama seperti kau menganiaya org2 islam
Kalau kau Fitnah golongan kafir dosanya pun sama seperti kau fitnah org2 islam..
Kalau kau tuduh mereka sebagai kaffir Harbi atau membuat fitnah ke atas mereka tanpa mengemukakan bukti di akhirat kelak mereka diberikan hak oleh Allah utk mendakwa segala bentuk Fitnah dan penganiayaan tersebut..
Ingat bro…!!! ada org islam yg pada mulanya terlepas dari api neraka tetapi setelah di dakwa oleh golongan kaffir ke atas mereka dihadapan Allah lantas Allah mencampakkan org islam tersebut masuk ke dalam api neraka bersama2 golongan kaffir tersebut..
Jika kamu fitnah org bukan islam sebagai kaffir harbi dan mengapi2kan semangat perkauman bangsa kamu sehingga meletusnya pertumpahan darah.. maka kamu juga akan di dakwa di padang mahsyar nanti…
Adalah haram bagi umat islam mengambil darah / nyawa org lain termasuklah darah / nyawa golongan bukan islam tanpa sebab yg menghalalkannya…
menarik.
urm,
saya ada satu permintaan.tadi,saya ada menghantarnya tapi tak pasti sampai atau tak.jadi saya tulis semula.
saya nak mintak sahabat hasilkan satu artikel berkenaan
"konsep dakwah islamiyah dalam realiti masa kini"
itupun kalau xkeberatan.mintak kongsikan linknya di blog saya
http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/
kalau boleh sebelum 28hb disember la sebab saya kena bentangkannya pada 30hb disember ini.lagi cepat lagi bagus.harap xkeberatan la.
kalau ada video n artikel berkaitan dengannya boleh juga dikongsikan.
syukran...=)
*artikel tu mengikut kaca mata penulis blog ini lah...
Perhatikan hujah-hujah dangkal puak2 bebal dan tak berilmu dalam UMNO..
" Pas perlu kembalì dokong dan amal perjuangan tegakkan Islam sebagaimana tujuan asal penubuhan nya..pimpinan pas pusat sekarang sebagai boneka pentas kepada pihak laìn..yg akhirnya terpaksa tukar slogan negara Islam kepada negara berkebajìkan.."
Inilah permulaan kepada kejatuhan Pas..!
****************************************************
Komen Pihak Kami " Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO "
Bagi wa gelak guling2 dulu ok...??
Terhibur rasanya bila membaca Artikel2 sampah dari puak2 Amenok ni...
Hahaha.....!!!!!
Negara Kebajikan PAS hanyalah satu Slogan sahaja ianya tidak mengubah Dasar Parti PAS yang mendaulatkan Hukum serta Perundangan Allah..
Sama seperti UMNO yg mengunakan Slogan 1 Malaysia ianya juga tidak mengubah Dasar Parti UMNO yg berjuang bagi mendewa2kan Bangsa Melayu...
Sebenarnya ini adalah wayang UMNO utk mengelirukan umat islam...
Nizar Bekas MB Perak berkata dalam dewan undangan negeri bahawa dalam manifesto PAS tak ada menyebut tentang negara islam... UMNO gunakan sebagai senjata hikmat utk membelasah PAS...
Hihihi...!!! Begitulah bodohnya puak2 UMNO yg tak berilmu tu...sehinggakan tidak tahu membezakan ada itu manifesto dan apa itu Perlembagaan Parti..
Menifesto adalah perancangan sepenggal ( 4-5 tahun ) sesebuah Parti politik itu memerintah.. dan ianya boleh berubah2 pada bila2 masa mengikut kesesuaian dan keperluan bagi sesebuah kerajaan utk melaksakannya..
Manifesto Boleh dilakukan, ditangguh atau ditiadakan langsung juga mengikut kesesuaian dan keperluan..
Berbeza dgn Perlembagaan Parti setiap perubahan yg akan dilakukan terhadap satu2 fasal dan artikel dalam Perlembagaan sesebuah Parti Politik harus mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahlinya...
Nak cerita pasal Parti politik tapi tak tahu pasal " Akta Pertubuhan " wakaka...!!!!
Sebenarnya :
Kerana UMNO dah terdesak sangat bila org-org bukan islam sudah boleh menerima perjuangan islam yg di bawa oleh PAS serta menolak UMNO yang berjuang semata2 utk mendewa2kan bangsa melayu...
Hakikatnya..:
UMNO dan BN mulai gusar bila Rakyat bangkit beramai2 menolak sistem pemerintahan yg berdasarkan Bangsa...Seperti mana yang dilakukan oleh Pihak Penjajah British Zaman sebelum Merdeka dahulu..
Kalau zaman dahulu nenek moyang kami menolak batang tubuh British 100%
Kini kami selaku anak cucu mereka pulak bertanggung jawab pulak untuk menolak Sistem pemerintahan " Pecah Perintah " yang diwariskan oleh Pihak British kepada proxy mereka UMNO / BN..
* Poster kat bawah ni adalah hasil propaganda puak2 UMNO yang telah kaciwaa...
UMNO memberi alasan Hukum HUDUD tidak boleh menyelesaikan masalah manusia di zaman moden ini..
Hukum Hudud ketinggalan Zaman dan Primitif
Hukum Hudud akan membuatkan pesalah terlepas begitu sahaja.
Hukum Hudud tidak adil dan tidak akan mempu memberi keadilan pada manusia..
************************************************************
Lantas UMNO mengambil hukum Ciptaan Yahudi Nasara untuk mereka berhukum atas dunia ini dgn menghina hukum Allah yg menjadikan mereka..
Dan inilah hukum yahudi dan Nasara yang diimani oleh puak2 UMNO sepanjang 54 tahun Malaysia Merdeka..
Seorang penganggur Nor Azmi Mohd Amin di penjara 2 tahun kerana hanya mencuri eENAM botol syampu di Johor!.
Manakala seorang bekas menteri besar, Khir Toyo hanya dihukum SATU TAHUN PENJARA kerana mencuri jutaan wang rakyat!
Seorang lagi menteri umno merompak 500 juta wang rakyat masih bebas dan di sanjung oleh pembodoh2 melayu! Adilkah bagi anak muda melihatnya?
Amat MALANG sekali jika Anak-anak muda dalam negara kita tida peka, memekakkan telinga dan memejamkan mata di atas segala kezaliman yang berlaku dihadapan mereka tanpa membuat apa2..
Inikah bentuknya keadilan yang dicari...!!
Inikah Transformasi yg dilaung2kan selema ini...!!
Apakah kalian masih inginkan Transformasi atau beralih kepada Reformasi..??
************************************************************
Banyangkan jika Huhuk Hudud dilaksanakan..
- Si Pencuri syampu akan didenda mengikut hukum takzir ( hukum yang ditetapkan oleh pemerintah ) dan tidak boleh disabitkan Hudud ke atasnya kerana tidak mencukupi kadar nilai barangan yg dicuri..
Kadar Nilai barang yang dicuri bagi mensabitkan hukum hudud akan ditetapkan oleh ijmak ulama` mengikut situasi dan taraf ekonomi sesebuah Masyarakat.
- Si Menteri yang mencuri wajib terlaksana hukum Hudud ke atasnya ( potong tangan ) kerana beliau adalah orang yang diamanahkan menjaga harta rakyat. Beliau bukan sahaja memegang anamah rakyat tetapi amanah Allah juga.
Kadar hasil Rompakan harta rakyat yang bernilai jutaan ringgit tersebut adalah beribu kali ganda melebihi had takzir yang telah ditetapkan mengikut hukum Takzir.
HAKIKATNYA :
- Mereka yang merompak harta rakyat.
- Mereka yang membantu rompakan,
- Mereka yang berdiam diri tanpa membuat apa2 tindakan.
- Mereka yang bersimpati dan mempertahankan pemimpin2 tersebut.
- Mereka yang menyokong pemimpin yang melakukan rompakan sama ada melalui
perbuatan atau melalui hati ( niat ).
Mereka-mereka ini akan berhadapan Allah di Padang Mahsyar nanti...
- Mereka yang mengunakan hukum yang zalim dgn menolak hukum Allah
- Mereka yang membantu menegakkan hukum yang Zalim.
- Mereka yang berdiam diri tanpa membuat apa2 tindakan.
- Mereka yang mempertahan dan redha dgn hukum tersebut.
- Mereka yang menyokong hukum yang Zalim melalui perbuatan mahupun melalui hati
Mereka-mereka ini juga akan berhadapan Allah di Padang Mahsyar nanti...
Tiada ada seorang manusia pun dalam dunia ini akan terlepas dari pendakwan Allah di Padang Mahsyar nanti... kerana itu adalah janji2 Allah...
Jika kalian beriman dgn Allah maka pasti kalian akan percaya dgn janji2 Alla tersebut..
Jika kalian berasa was-was sekali pun dgn janji2 Allah maka gugurlah akidah kalian dan menjadi murtad tanpa disedari...
UMNO PERSOAL KENAPA PAS MASIH MENERIMA PERLEMBAGAAN NEGARA..
Beginilah lembabnya puak2 UMNO yg cetek ilmu agama kerana mempersoalkan mengapa PAS masih mempertahankan Perlembagaan Negara...
Dalam hukum kanun jenayah syariah islam ada Hudud, takzir, Qisas dan Diat...
Hudud adalah tetap dan setiap satu hukumnya tidak berubah sejak zaman Rasulullah sampaikan ke hari Qiamat.
HUDUD :
Hudud adalah wajib dilaksanakan ke atas umat islam sahaja- melainkan ada permintaan dari bukan islam agar hukum tersebut dilaksanakan ke atas mereka
( seperti di zaman Rasulullah di mana pendita2 / rabbai yahudi memohon agar Hudud dilaksakan juga ke atas umat Yahudi bagi membendung kebuasan dan keganasan bani Israel ketika itu ).
TAKZIR :
Takzir pulak adalah hukum ke atas kesalahan2 yg tidak terkandung di dalam hudud.
Hukuman takzir ini ditetapkan oleh pemerintah.
Takzir terlaksana ke atas umat islam dan juga bukan islam
Contoh mudah dalam Negara kita kesalahan melanggar lampu merah kompaun RM 300
Hukuman takzir ini meliputi kemua kaum dan semua agama tanpa kecuali.. tak kira lah rakyat jelata mahu pun Raja2, Menteri ataupun Angota penguatkuasa seperti Polis dan JPJ…
Jika ada sebarang pengecualian contohnya anak Raja atau anak Ketua Polis Negara yg melanggar lampu merah tidak dikenakan denda RM 300 maka dosanya pengecualian tersebut terpaksa ditanggung oleh pemerintah di akhirat kelak..
* Pemimpin tidak boleh meletakkan sebarang bentuk pengecualian ke atas mana2 warga negara dalam soal hukum.. kerana ianya amat bertentangan dgn ajaran islam.
Begitu juga kalau Rakyat jelata yg beragama islam setelah melanggar lampu merah tetap tidak membayar denda tersebut..ianya tetap berdosa kerana ingkar dgn Takzir yg dibuat oleh pemerintah.. dosa ini juga akan di bawa hingga ke akhirat..
Persoalan Mengapa PAS mempertahankan Perlembagaan Negara adalah mengikut kesesuaian perundangan yg terdapat di dalam perlembagaan tersebut mengikut hukum Takzir yg tidak menyimpang dari agama islam..
Contoh menyimpang dari agama islam kalau terdapat hukum dalam klausa2 dalam perlembagaan Negara yg menyatakan kesalahan yg dilakukan hendaklah dihukum siperlakunya “ berlari dalam keadaan bogel keliling padang selama 1 jam… wakaka….!!!
QISAS DAN DIAT :
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman Qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga.
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45)t
Untuk kedua2 contoh kes di atas Rasulullah pernahbersabda bahawa adalah lebih baik umat islam saling barmaaf-maafan di antara satu sama lain kerana adalah besar ganjarannya ke atas org yg selalu memaafkan kelsahana org lain..
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.
Pembunuhan separuh sengaja (seperti guru memukul murid dengan rotan, tiba-tiba budak itu mati), dikenakan diat 100 ekor unta manakala pembunuhan tidak sengaja (seperti seorang pemburu tertembak mati rakannya, dihukum membayar pampasan 100 ekor unta..
Kalau Amenok tak tahu juga pi nilaikan berapa Ringgit harga 100 ekor Unta.. Lepas tu pi bayar kat waris si mangsa.
Hukuman bagi jenayah pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.
Sementara itu diat jenayah kerana mencederakan anggota ada pelbagai kategori seperti 100 ekor unta untuk anggota tunggal seperti terputusnya lidah, hilang akal, menyebabkan lumpuh seluruh anggota badan dan hilang keupayaan bersetubuh.
JUSTERU ITU MAKA TIDAK TIMBUL PERSOALAN MENGAPA PAS MENYOKONG PERLEMBAGAAN NEGARA.
Note :
Jika diperhatikan memang walaupun PAS menyokong Perlembagaan Negara tetapi hukum hudud tetap di atas Perlembagaan Negara..
Susunannya ;
1 ) Hudud ( Al-Quran dan Sunnah )
2 ) Takzir – ( Perlembagaan Negara – Hanya yang bersesuaian dgn Agama islam )
3 ) Qisas – Hukuman yg dilakukan sesama manusia.
4 ) Diat
PERSOALANNYA :
Bersediakah NAJIB melaksanakan hukum-hakam Islam adalah yang paling tepat untuk manusia kerana Allah yang menjadikan makhluk, oleh itu Dia paling tahu apa yang terbaik bagi Makhluk2nya !!
Salam semua,
Terima kasih kerana sudi memberi komen beretika.
Khas untuk MuslimDiaryz atau Hafszach:
Maafkan kami. Dendam dan kebencian kamu terhadap UMNO itu hal kamu sendiri jangan babitkan kami. Kami mempunyai wadah tersendiri memperjuang Islam melebihi dari politik. Kami selesa berada di neutral zone dan tidak memihak. Tak pandai menari mengikut rentak politikus yang hanya berminat merangkul kuasa.
Sejarah lalu menjadi pedoman manusia selepasnya. Kita lihat kenyataan berikut.
PAS pernah mencerca UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA serta MIC diibaratkan seperti memasak daging kawah dan di dalamnya ada dua ketul daging babi dan menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS mereka adalah kafir dan tidak mencium bau syurga. Ungkapan ini tidak mudah dilupakan.
Kini ludah tersebut jatuh keatas hidung PAS bila menerima DAP sebagai rakan. Malah sentiasa merelakan pengorbanan termasuk nama Allah dan pemurtadan untuk menjaga hati rakan yang dulunya amat dibenci. Sebelum itu DAP dianggap "syaitan" oleh pemimpin agung PAS.
Maaf jika kenyataan ini menyinggung perasaan anda.
mmg ramai yg sedia maklum ada pemimpin atasan umno yg x amanah. Golongan muda yg inginkn sebuah negara yg aman damai dan diberkati Allah sememangnya bdiri dibelakang Pas.tp tu sebelum Pas menyertai pakatan rakyat.tidak mustahil golongan muda dan tak mustahil jugak golongan veteran akan menyertai golongan neutral disebabkan halatuju Pas yg semakin menyimpang dari matlamat sebenar. Imam malik tidak menjadi ketua negara pun.tetapi masih boleh menasihati khalifah.Pas pada zaman dr Mahathir lebih saya kagumi. Jangan disebabkn tamak kuasa,pangkat dan kedudukan.kita gadaikan agama.
bukan salah sesiapa, jika kebencian pd UMNO meningkat..segala fakta hafszach td mungkin adakalnya benar.kenapa tidak disiasat., cuba klu org2 PAS yg melakukan kesalahan sebegitu, mungkin pihak admin akan mengungkit2 & menjulang tinggi perkara sedemikian, persoalannya kenapa pihak anda spt menutup mata perbuatan mereka. Yup! tidak dpt dinafikan racun liberisma semakin menular dlm negara tapi, salah siapa sebenarnya? klu kerajaan sebelum ni sangat adil & x suka makan duit rakyat, semua tu x mungkin akan berlaku,,segalanya berpunca dr pihak mereka sendiri.. mungkin ada dlm kalangan pembaca yg faham niat baik pihak admin yg mahukan kedamaian, supaya kembali pd fitrah, sokong kembali melayu, tp ini bukan caranya..adakah jika kami kembali memangkah UMNO pihak mereka akan kembali memperjuangkan agenda melayu? adakah mereka akn kembali memperjuangkan hak rakyat? dan berhenti dlm rasuah?
hanya ini yg dapat disimpulkan:
UMNO : apabila kami memangkah mereka, kami harus bersedia dgn lebih byk rasuah utk berleluasa, kenaikan harga barang, tp kami masih ada harapan utk x menjadi spt rakyat libya utk 5 tahun akan dtg..
PKR : apabila kami memangkah mereka, kami harus bersedia dgn ideologi2 baru dan mungkin proksi2 Israel akan turut serta dlm mempengaruhi pemimpin mereka. tp pembaharuan tetap akan berlaku jika pemimpin mereka masih ada ciri kemelayuan.
DAP/MCA/MIC : mereka akan melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat, tp kaum mereka sebenarnya bersatu, cuma ada sebilangan yg tidak dpt melihatnya..tp, sudah tentu kami tidak ada kepercayaan terhadap mereka, jd kami tdk berminat utk memangkah mereka.
PAS : kami harus bersedia dgn pemerintahan terbaru jika kami memangkahnya, suasana akan bertukar spt di kelantan, tp itu adalah lebih baik, kuala lumpur terlalu hiruk pikuk jika dibandingkan dgn kedamaian di kelantan, ramai org melayu yg berniaga di kelantan walaupun pembangunan di sana kurang, tp itu lebih baik.. dan jika seorang pas menjadi perdana menteri rakyat harus bersedia berjuang fi sabilillah kerana yahudi xkn membenarkan negara islam sebenar tertubuh..
sekarang segala-galanya terpulang pd diri..
dlm setiap kehidupan akan ada kematian, suatu saat kita akan ditanya tentang pemimpin yg dipilih. bersediakah kita jika pemimpin yg dipilih tidak bertepatan dgn syariat ISLAM? mengharap redha Allah atau redha Manusia?
apa yg sebenarnya kita perjuangkan Melayu atau Islam?
Assalamualaikum... Lama saya tak menjengah ke adalam blog ni.. sebab banyak urusan dgn gerakan islam lainnya di seluruh dunia..
Memang berkongsi kuasa dengan bukan islam itu salah dan bertentangan dgn islam..
Dalam PAS sendiri setahu aku mereka bukannya mengamalkan konsep berkongsi kuasa. Mereka mengamalkan seperti apa yg disarankan oleh Rasulullah s.a.w ketika banginda memerintah Negara Islam Madinah.. Iaitu konsep Hablum Minanallah wa hablum Minannas..
Yakini Hubungan sesama Allah dan hubungan sesama manusia..
Rasulullah mendidik umat islam dgn konsep Hablum Minannas dalam kehidupan seharian, bermasyarakat dan juga dalam mentadbir Negara..Tetapi ianya haruslah seimbang dgn Hablum Minallah..
Dalam Hubungan sesama manusia ( Habkum Minannas ) Kita dibenarkan berurusan dalam kehidupan bernegara dgn bukan islam serta melantik wakil2 mereka bagi menjaga kemaslahatan rakyat bukan islam atas dasar kebersamaan.
Di dalam negara islam madinah umat islam dan bukan islam diberi hak yang sama rata.. tiada seorang pun dari kalangan rakyat madinah yg dibeza2kan, dan tiada sebarang kelebihan atau hak istimewa yang diberikan kepada mereka sama ada mereka..arab, ansar, muhajirin, yahudi, nasara atau majusi.. hanya akidah dan ketakwaan sahaja yg menbezakan kepada Allah sahaja yg membezakan mereka..
Bahkan Ansar dan Muhajirin merupakan penduduk asal di Madinah juga tidak mendapat hak yg istimewa ( hak istimewa Bumiputera )..
UMNO gagal dalam kerja2 Hablum Minannas kerana UMNO memperjuangkan Assobiyah Melayu.
Kegagalan ini adalah berpunca dari gagalnya UMNO menjaga Hubungan mereka dgn Allah..
Jika UMNO menjaga hubungan mereka dgn Allah sudah pasti UMNO akan berasa gentar utk memperjuangankan Assobiyah Melayunya kerana ianya akan mendatangkan kemurkaan Allah..
Allah dan Rasulnya menglaknat kepada golongan Manusia yg berjuang atas dasar Assobiyah.. Malah Rasulullah sendiri tidak mengaku umat bagi manusia yg berjuang atas dasar Assobiyah.. mereka yg mati dalam Assobiyah adalah mati dalam jahiliyah.
Post a Comment
Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.