Artikel saudara Aminuddin Yahaya
Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Rakyat Berdebar
Pertembungan yang berlaku dikalangan pimpinan PAS sejak akhir2 ini menarik minat banyak pihak. Ini kerana mereka semua dilihat sebagai pimpinan kanan PAS dan ahli veteren yang telah berjuang puluhan tahun didalam parti islam ini. Di sebelah pihak Hasan Ali, Nasharudin, Hasan Tantawi, Abduh dan Harun Taib manakala sebelah lagi ialah Mustafa Ali, Mahfuz, Khalid dan Shaari Sungip. Yang pertama dilihat lebih cenderung kepada alim ulama manakala yang kedua dilihat sebagai apa yang diistilahkan sebagai kumpulan Erdogan.
Sebagai pemerhati luar sudah tentu pertikaman lidah ini adalah sesuatu yang agak janggal dalam PAS tetapi biasa dalam UMNO dan parti2 lain. Kenyataan yang dibuat kepada media bukan satu saluran yang baik untuk menjaga imej parti. Jadi keputusan untuk memanggil media oleh kedua2 pihak menampakkan suasana yang amat runcing sehingga terpaksa nelaporkan kepada orang luar tentang isu rumahtangga PAS. Tidak ada sesiapa yang tahu apa agenda kedua-dua pihak dan dimana ianya akan berakhir. Namun peristiwa ini mengundang pelbagai persoalan :-
1. Adakah PAS akan berpecah sebagaimana yang berlaku dizaman Asri? Jika ini benar maka PAS akan mengalami satu lagi tsunami politik dalaman yang akan menggoncangkan parti itu sehingga ke akar umbi. Mampukah parti ini akan bertahan, kita tunggu dan lihat.
2. Adakah dakwaan Hasan Ali tentang keresahan ahli PAS bawahan terhadap halatuju PAS kini itu benar? Jika benar, sejauh mana meluasnya keresahan itu? Pimpinan PAS harus meneliti perkara ini tanpa perlu melenting tak tentu arah kerana yang menegur itu bukan orang biasa tetapi bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden, bukan calang2 orang.
3. Adakah orang Melayu lain, yang selama ini penyokong senyap PAS, akan terus mengundi PAS pada PRU13 atau PAS akan kehilangan banyak undi Melayu yang kini dikatakan semakin gusar dengan perkembangan halatuju parti itu? Jika ini benar maka yang untung adalah UMNO. Amatmalang, yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran. Adakah ini langkah yang bijak? Kedua2 pihak harus mengkaji dengan teliti implikasinya.
4. Apakah akan ada lagi pimpinan PAS lain yang akan mengekuarkan kenyataan akhbar? Terdengar juga dari jauh-jauh bahawa ada pimpinan PAS lain yang menyatakan sokongan kepada kedua2 pihak. Katanya Harun Din menyebelahi Hasan Ali. Adakah ini benar? Adakah Mat Sabu akan mengeluarkan kenyataan? Khabarnya Presiden sendiri amat cenderung kepada puak ulamak tetapi terpaksa akur dengan kumpulan Erdogan disebabkan desakan dalaman yang kuat. Pihak manakah beliau akan sokong?
5. Apaakah Hasan Ali dan Nasharudin tidak akan dicalonkan? Mungkinkah kedua2nya akan terus digugurkan keahlian atas alasan mereka ini adalah alat UMNO? Mana-manapun tindakan yang diambil sudah pasti PAS akan terbelah dua kerana kedua2 mereka ini ada pengikutnya tersendiri. Mereka bukan orang baru malah pernah dianggap sebagai nafas baru PAS semasa zaman AlMarhum Ustaz Fadhil Nor. Kenapa secara tiba2 mereka dinyahkan dari persada politik PAS? Tidakkah ada jasa mereka terhadap parti ?
Ini antara persoalan2 besar yang bermain dalam kepala masyarakat yang ingin melihat PAS kembali kepada kekuatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Banyak orang yang saya temui menaruh harapan ini didalam sanubari mereka. Mereka ini ada yang merupakan ahli UMNO tetapi kecewa dengan parti itu yang semakin korup, mereka juga ahli PAS yang ikhlas ingin melihat negara islam terus dikekalkan, mereka juga adalah ahli korporat yang sudah tidak percaya kepada UMNO, mereka juga adalah NGO islam yang selama ini peyokong tegar PAS tetapi secara senyap dan mereka ini adalah rakyat marahein yang inginkan kebenaran dan yakin hanya PAS saja yang mampu menegakkannya.
Apa langkah yang akan diambil oleh pimpinan PAS terhadap kenyataan2 Hasan dan Nasharudin ini adalah kritikal dan akan menentukan nasib PAS pada PRU13 nanti. Pimpinan PAS harus berhati2 tanpa dengan mudah tertipu dengan agenda musuh. Pimpinan PAS juga perlu mempunyai jiwa yang besar dengan sanggup menerima kritikan dari ahli terutama pimpinan sendiri kerana jika ini tidak berlaku maka PAS tidak jauh bezanya dengan UMNO yang menuntut ahli sentiasa memuji para pemimpinnya.
Rakyat menunggu dengan penuh debar.