Friday, October 7, 2011

Keterbalikan Wajah


Sukar dimengerti apakah sebenarnya yang dikatakan "kebahagiaan". Sesuatu yang didambakan dan diburu oleh manusia sejak zaman berzaman.

Usaha mencarinya tetap terus berjalan dan selagi belum menjumpainya, manusia itu akan terus mengembara dan berkelana. Itu lumrah yang jarang sekali diberi perhatian kerana setiap langkah akan dihujani pelbagai warna yang memukau fikiran. Bersimpang siur di tokok pula oleh kebisingan dan terjahan peristiwa yang mengharu birukan akalnya.

Tanpa bantuan ilmu, bertambah sukar perjalanan itu sehingga tersasul dan terlantar di ruang-ruang waktu yang tidak berguna. Jika sedikit ilmu ditemui tetapi ia tidak dimenfaat, hasilnya sama sahaja dan mungkin menambah celaru.

Panduan dan petua harus diperolehi dari mereka yang pernah merantau dan berjalan mencari "kebahagiaan" sebelumnya. Dalam lain perkataan dari mereka yang penuh pengalaman. Namun begitu masih belum pasti membuah kejayaan. Bergantung samaada pemberinya tidak ikhlas atau penerimanya yang tidak jujur.

Walaupun begitu, kekuatan dan semangat ingin tahu disokong pula oleh harapan dan keyakinan yang tinggi biasanya akan membantu sesaorang menemui para cendikia yang sudi membantu. Para cendikia yang mempunyai sifat "kasih" dan "sayang" yang unggul. Pada waktu ini amatlah sukar. 

Pendita yang terpedaya dalam penjalanannya pula pasti akan membimbing muridnya ke sisi yang tentunya salah. Tidak kurang pula ilmuan yang menyongsang bakal membawa kita ke satu ruang menuju ke ruang yang bertentangan iaitu awan hitam kegelapan.

Zaman ini, lebih banyak kejahatan dari kebaikan, lebih banyak muslihat dari kebenaran. Semuanya bergerak atas kapasiti "kebahagiaan" yang dicorak pastinya palsu. Kepalsuan membawa "kebahagian sementara" dan ia pasti akan lenyap maka, akan berakhirlah keceriaan hidup yang selama ini dianggap miliknya...

Kata-kata, "kebatilan pasti akan lenyap" adalah ungkapan "rahsia" yang cukup padu dan penuh makna. Kepastian mengenainya amat jelas dan tiada siapa dapat nafikan. Akal sejengkal (ilmu dunia - syariat) tidak mampu membawa kita ke mana-mana dan mungkin akan terus mengelongsorkan diri ke lembah "penyesalan". 

Kesesatan akan memahat hati menjadi gelap gulita. Bagaikan berada di dasar lautan yang paling dalam pada malam hari yang gelap pekat tiada sebutir cahaya pun  Walaupun dalam keadaan sedemikian, ada diantara mereka tertipu dengan silauan mata. Melalui keegoan dan kebebalan yang telah menguasai diri, mereka yang terpedaya ini masih menganggap mereka telah melihat cahaya. Cahaya jenis apakah yang ditemui? Hanya bayang-bayang.

Menyangka, sekadar sangka-sangkaan semata. Hati mereka amat puas kerana telah menemui "kebahagiaan" yang dicari. Kelamaan hati mereka kembali gusar bilamana mereka terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan "kebahagiaan" yang mereka perolehi.

Kesesatan itu mempunyai pola-pola yang jelas, jika kita benar-benar memerhatikannya. Kesesatan dalam sudud pemikiran ini bermaksud hilangnya fungsi akal dan jauh dari petunjuk. Sering bersangkaan dan merangkul sangkaan ini sebagai satu hakikat (kebenaran). Dalam maksud yang lain, ia membentuk corak dan warna yang samar. Ketaksuban dan kesombongan sering memaksa manusia mengiakan dan bermatian mempertahankan sangkaannya bahawa telah berada dalam perjalanan yang benar, inilah musuh utama pencari kebahagiaan. 

Lama kelamaan, kegusaran itu akan membawa mereka menuju kebuntuan dan kekecewaan. Agak terlambat untuk mereka berpatah balik, maka teruslah mereka hidup dalam kepayahan yang amat menyakitkan.

Jika cahaya sebenar ditemui walaupun sekelumit, pastinya hati akan tenang dan lapang. Tidak perlu berusaha untuk mengerti makna perkataan "kebahagian" itu kerana hati sudah disirami "kesejahteraan" yang terhasil dari "kebahagiaan" tersebut. 

Zaman yang penuh huruhara telah bermula dan menjengah setiap hati manusia, sementara cendikia bersifat ar-rahman dan ar-rahim telah menghilangkan diri dari arus perdana. Mereka bersembunyi dalam terang, ini akan mempersukarkan lagi usaha menjejak mereka. Bilangan mereka pula semakin hari semakin meyusut. Itu adalah ketentuan yang telah siap direncanakan oleh Pencipta, khas untuk umat terakhir ini. 

Sentuhan budaya firaun semakin membuak dan menjadi-jadi dan ia telah dipermoden sehingga manusia menjadi mabuk dan hilang timbangan. Budaya firaun ini kini disebut "keselesaan dunia" yang tanpa sedar diburu setiap warga bumi. Bagi mereka yang mengaku beriman, kata dan sebutan "Allah", "Tuhan" atau "Rabb", hanya bermain dihujung lidah tidak mengetuk pintu hati sanubari. Hakikatnya mereka menyangka merekalah "tuhan" kerana semuanya terhasil dari titik peluh dan usaha sendiri. Jauh sekali bersyukur dengan sebenar-benar syukur. Sementara hati terus alpa dengan dunia dan isinya.

Kebahagian tidak akan mudah ditemui, ia akan disulam dengan kepahitan dan kesakitan. Amat mahal harganya. Tidak dapat diwarisi atau dijual beli. Inilah sebabnya manusia sering terkandas dan kebanyakannya pula melarikan diri dari medan juang dan bergantung harap pada dunia dan isinya. 

"Dajjal akan membawa Syurga yang hakikatnya itulah Neraka begitulah sebaliknya" Itulah ungkapan penuh makna yang wajar direnungi oleh setiap insan yang ingin mencari "kesejahteraan" sebenar.

Kita kembali kepada kehidupan masa kini. Apa yang ada disetiap sudud kehidupan? Apa yang menjadi tarikan kepada hati? Apa yang sentiasa hidup dalam fikiran?

"Harta, wang, dan hidup mewah". Pastinya pula amat takut dengan kemiskinan, kehinaan, kesengsaraan dan kepahitan. 

Saya bawakan satu artikel yang saya fikir baik untuk kajian, walaupun agak lama ia pasti menyegarkan kita kembali. Saya tertarik kerana ia memberi gambaran kepada situasi semasa yang setiap manusia hadapinya. Sekurang-kurangnya memberi ingatan bahawa "kebenaran" itu wujud. Kita hanya perlu mendapatkannya dengan hati yang jujur.

illuminati
kredit: irwan idris

Ketika Al-Quran menyebut nama Firaun. Para sejarawan merujuk ia sebagai sebuah sejarah nabi musa dan ia telah berlalu hampir 5000 tahun yang lalu.

Ketika seorang mengatakan Al-Quran sentiasa relevan sehingga zaman ini, Firaun masih sekadar relevan cerita sejarah.

Perkataan Firaun dirujuk sebagai seorang yang gila kuasa dan mengakui diri sebagai tuhan. Zulkifli Nordin juga melabel beberapa orang sebagai Firaun Firaun kecil. Saya pun tidak tahu apa yang dia maksudkan dan siapa orang yang dimaksudkan. Namun, nama Firaun pada hari ini masih segar dan ia sekadar sebuah cerita mitos yang dijadikan tauladan tentang perjuangan nabi musa menghadapi pemimpin umat manusia di mesir 5000 tahun yang lalu. Firaun adalah satu satunya manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan Pyramid. Siapa pun yang menyebut Pyramid pasti akan ingat Firaun. Bila menyebut Firaun, kita akan teringat Pyramid.

Kedua duanya tidak boleh dipisahkan.

Sudah banyak pejuang kebenaran yang cinta kedamaian bongkar cerita misteri Pyramid dan Firaun. Sudah banyak dikalangan pejuang ini bongkar tentang siapa mereka.

Namun, sudah disebut didalam Surah Al-Waqiah bahawa diakhir zaman nanti golongan yang tahu akan menjadi golongan yang sedikit. Sekiranya anda adalah tergolong dikalangan orang yang sedikit, saya yakin anda sudah pun menghabiskan masa anda untuk meneliti apa yang disampaikan didalam Video The Arrivals.

The Arrivals ada menyebut Illuminati adalah dari keturunan FIRAUN. Bukan firaun kecil ya. Juga bukan firaun sekadar cerita teladan. Saya menulis FIRAUN. Didalam ejaan inggeris Pharaoh. Orang bernama Firaun itu wujud dan keturunannya juga beranak pinak seperti anda yang membaca artikel ini sebagai Melayu. Sejauh mana anda mengenal asal usul anda?

FIRAUN dan keturunannya menjaga keturuannya sehingga kini dan mereka telah pun berjaya dengan jayanya mencipta sistem pentadbiran yang dibawah telunjuk mereka.

Internet, telefon, bank, sistem demokrasi, pilihanraya, pendidikan berasaskan sijil, sistem pekerjaan masa kini, perniagaan, politik, kehakiman dan hampir kesemua perkara yang ada diatas muka bumi ini sudah pun dikendalikan mengikut acuan FIRAUN dan sekutunya.

Kalau kita imbas semua antara ciri yang disebutkan didalam video The Arrivals, illuminati bersifat terbalik. Mereka sering menzahirkan perkara yang sebaliknya. Dan kalau mereka mengatakan Tuhan, yang mereka maksudkan adalah Syaitan. Kalau mereka menyebut, sayang mereka maksudkan benci. Kalau putih dibibir, hitam di hati. Ini lah yang dipaparkan di filem filem Hollywood. Hollywood merupakan 2 perkataan yang dijadikan satu iaitu Tongkat Sakti yang menjadi simbol sakti para ahli sihir Firaun di zaman nabi Musa Alaihissalam. Kalau disebut saja sebarang jampi dan mantera, maka akan terhasil lah berdasarkan apa yang diinginkan.

Semua filem HollyWood mempunyai matlamat untuk menjadikan dunia terpukau dengan pemikiran mereka yang inginkan dunia dilihat berdasarkan perspektif mereka. Kalau anda punya kawan di RTM atau stesen TV malaysia. tanyakan pada mereka, adakah stesen TV mahu menyampaikan apa yang sepatutnya masyarakat tahu atau apa yang stesen TV mahu masyarakat tahu. Jawapannya adalah, stesen TV akan paparkan apa yang stesen TV mahu masyarakat tahu.

Sebagai eksprerimen ringkas, simbol dan maklumat illuminati banyak tersembunyi sudah tidak lagi menjadi rahsia.

Kenapa matawang U$Dollar mempunya gambar piramid? Sedangkan Amerika tiada piramid yang harus dibanggakan.

Dan pada hari ini, anda harus meneliti, dan lihat sendiri 2 perkara.

http://www.illuminati.com <———– laman web ini menzahirkan illuminati adalah sebuah game.

bagaimana kalau kita gunakan sistem pemikiran illuminati yang menzahirkan perkara sebaliknya. Maka kita terbalikkan perkataan illuminati kepada itanimulli.

anda lihat sendiri sekarang.

http://www.itanimulli.com

Kenapa organisasi ini mahu mengambil alamat ini untuk re-direct ke web mereka?



Terima kasih kepada saudara Habib Fairuz untuk info itanimulli.

3 comments:

Anonymous said...

Salam dari PESANAN BESAR ILLUMINATI ke negara bersatu dan di seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk bergabung dengan persaudaraan Illuminati di mana anda dapat memulihkan impian anda yang hilang, dan juga di mana anda dapat melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa pengorbanan darah. Dan kami juga membayar sejumlah 650,000 USD untuk mengalu-alukan semua ahli baru kerana mereka menyertai persaudaraan dan juga sebuah rumah pilihan dan lokasi mereka dengan pelaburan, bersama-sama dengan peluang ini dalam kehidupan mereka untuk menjadi terkenal.

MANFAAT YANG DIBERIKAN KEPADA AHLI BARU YANG BERLAKU ILLUMINATI.
1. Ganjaran tunai USD $ 650,000 USD.
2. Kereta Dream Dream yang baru bernilai USD $ 150,000 USD
3. Sebuah rumah impian yang dibeli di negara pilihan anda.
Bulan pelantikan dengan 5 terbaik di dunia.
Para pemimpin dan 5 selebriti paling penting di dunia. Jika anda berminat, sila hubungi alamat e-mel sebelumnya = greatilluminate99@gmail.com



CATATAN; persaudaraan Illuminati yang boleh anda sertai dari mana saja di dunia India, Turki, Afrika, Amerika Syarikat, Malaysia,
Dubai, Kuwait, United Kingdom, Austria, Jerman, Eropah. Asia, Australia, dan sebagainya,


Salam KEMUDAHAN ILLUMINATI UNITED TEMPLE

Anonymous said...

Salam dari ATURAN ILLUMINATI ke seluruh dunia, ini adalah peluang terbuka untuk menyertai BROTHERHOOD ILLUMINATI di mana MILLIONAIRES, BILLIONAIRES, saintis, bintang dunia dan pemimpin dunia yang menguasai dunia mendapat kemasyhuran dan cita-cita mereka, dan juga di mana anda dapat melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa pengorbanan darah. Jika anda berminat, sila hubungi alamat e-mel sebelumnya: greatilluminate99@gmail.com

Nota: sila tahu bahawa dengan menghormati agama anda dan di mana anda berada di dunia, anda dialu-alukan menjadi ahli.

Salam TEMPLE ILLUMINATI NEW WORLD ORDER.

Anonymous said...

Salam dari ULASAN ILLUMINATI BESAR ke Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, ini adalah kesempatan terbuka untuk bergabung dengan persaudaraan ILLUMINATI ORDER di mana anda dapat memulihkan impian anda yang hilang, dan juga di mana anda dapat melihat cahaya kekayaan dan kebahagiaan tanpa sebarang pengorbanan darah. Dan selama bertahun-tahun kami mempunyai pemimpin dunia, MILLIONAIRES, BILLIONAIRES, SCIENTIST, SUPERSTARS dan semua kerja-kerja kehidupan, anda dialu-alukan di seluruh dunia dalam masing-masing Perlumbaan, Agama dan Etnik SELAMAT Anda ke HALL of FAME and WEALTH.
Sila tulis kami di surat peribadi kami: greatilluminate99@gmail.com

Salam KEMUDAHAN ILLUMINATI UNITED TEMPLE.

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan