Monday, November 1, 2010

AJAL




"Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernahkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ?"
"... kematian merupakan suatu bencana yang sangat mengerikan, hal yang sangat dashyat, pekara yang merungsingkan malahan juga digelar malapetaka yang menghentikan segala nikmat dan kesenangan dunia. Kematian akan menghancurkan seluruh tubuh badanmu, tulang belulang mu, kekuatan mu, harta benda mu, keluarga mu, kehebatan mu, kepandaian mu, pangkat darjat mu yang pula akan menghuraharakan nasib mu kemudiannya." 






Surah Ali Imran ayat 185 yang mafhumnya ;"Setiap jiwa pasti akan merasakan maut".






dari blog Kubra@NewsZamany


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.



Sirah ini adalah hasil nukilan dari Imam al Qurthubi Andalusia atau nama penuh beliau ialah Imam Muhammad bin Ahmad bin Bakar bin Fara' al Anshari al Khazraji al Qurthubi al Andalusia, seorang Imam yang sangat alim dalam bab Tafsir yang dipetik dari kitab beliau yang betajuk "Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhiratditerjemah ke bahasa Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau dan seluruh keluarga beliau. Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhhamad saw, keluarganya, para sahabat-sahabatnya dan kepada seluruh para guru-guru yang berwasilah daripadanya hingga sekarang.

Ia diberinama SIRAH kerana Imam al Qurthubi seolah-olah bercerita kepada kita dan dibuat dalam tajuk-tajuk khas iaitu Fasal A adalah tentang Kematian , Fasal B pula tentang Alam Akhirat dab Fasal C berkenaan Kiamat bagi memudahkan kita untuk mengingatinya kerana ia sangat panjang (hampir 1000 ms dalam lebih dari 300 bab). Kemudian beliau mengolah semua cerita ini melalui kupasan dari ayat-ayat al Quran, Hadis-hadis Nabi, Ijmak para Ulama dan juga cerita-cerita orang abadi lagi alim dahulu yang disusun dengan baik sekali menjadikan sebuah naskah kitab rujukan diseluruh dunia Islam sekarang ini. Mungkin juga akan dipendekkan sedikit dimana yang perlu dalam keluaran disini. Semoga pembaca semua sudi dan sabar membacanya hingga akhir nanti.










FASAL A - KEMATIAN


BAB 1 - INGAT MATI DAN BERSIAP SEDIA MENYAMBUTNYA.

Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan at Tarmidzi. Kemudian dari riwayat al Hafizh Abu Naaim dengan sanat yang jelas Malik bin Anas, dari Yahya bin Sa'id, dari Sa'id ibnu Musayyaib dari Umar ibnu Khathaab, ia mendengar Rasulullah bersabda "Selalu selalulah kamu ingat akan sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat"... kami bertanya "Ya Rasulullah, apa itu sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat ?" Beliau manjawab "Kematian".

Diriwayatkan oleh at Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahawa ia berkata, " Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Ansar, setelah mengucapkan salam ia pun bertanya " Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik ? Rasulullah menjawab, "Yang paling baik akhlaknya". Kemudian ia bertanya lagi, "Siapakah orang mukmin yang paling bijak sekali ? Rasulullah menjawab, " Yang selalu mengingati kematian dan yang mempunyai persiapan terbaik untuk menyambut apa yang akan terjadi sesudahnya". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Malik. Diriwayatkan oleh at Tarmidzi ( Ibnu Majah, Ahmad dan at Thabrani) dari Syahdad bin Aus, mengatakan bahawa Rasulullah bersabda, "Orang bijak ialah orang yang selalu muhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk Alam Akhirat nanti. Manakala orang yang bodoh itu ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya tetapi mengharap-harap pertolongan (redha) Allah". Diriwayatkan oleh at Tarmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, "Selalulah kamu mengingati kematian. kerana sesungguhnya hal ini dapat membersihkan dosa-dosa dan dapat membentuk dirimu zuhud kepada dunia ". Hadis riwayat Hitsami dan at Thabrani (dhaif) disebut bahawa sesseorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah di akhirat nanti ada seseorang yang dikumpulkan bersama-sama para syuhada ?. Rasulullah menjawab, "Ada... iaitu orang yang selalu mengingati kematian sebanyak 20 kali sehari semalam".

Firman Allah swt didalam surah al Mulk ayat 2 yang mafhumnya "Yang menjadikan hidup dan mati, supaya dapat diuji siapa di antara kamu yang yang lebih baik amalannya". Kemudian berkata seorang abadi bernama Abdul Rahman al Suda " yang dimaksudkan dengan orang yang paling banyak mengingat kematian itu ialah orang yang mempunyai persiapan paling baik dan yang paling takut kepada penciptanya". Menurut Ijma' para Ulama ASWJ, maksud hadis Nabi berkenaan "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat" adalah sebuah ungkapan yang ringkas tetapi penuh dengan pesanan dan nasihat. Orang-orang yang selalu mengingat kematian akan sedar akan hakikat nikmat sebenar yang sedang dirasai dikala hidupnya sehinggakan dia tidak banyak berharap nikmat itu kekal bersamanya selama-lamanya kerana ia boleh ditarik semula oleh Maha Pencipta Nikmat itu pada bila-bila masa sahaja. Kemudian ia bersikap zuhud terhadap apa yang diharapkan daripadanya, iaitu ia mengenal benar mengapakah nikmat itu hadir, yang diberi oleh Allah swt kepada dirinya maka ia mempersiapkan diri dengan banyak amalan dan sunat untuk menyambut kedatangan kematiannya pula.

Manakala manusia yang berhati lalai itu pula amat perlukan nasihat yang terperinci dan pengajaran yang panjang. Jika sesorang mukmin itu mendengar Sabda Baginda Rasullah saw "Selalulah kamu mengingati sesuatu yang dapat melenyapkan nikmat-nikmat", kemudian ia pula menbaca al Quran didalam surah Ali Imran ayat 185, firman Allah yang mafhumnya "Tiap - tiap jiwa itu akan merasakan kematian", sudah tentu bergoncang jiwanya, keluh kesah hati dan perasaannya, tidak lelap matanya kerana takut teramat sangat akan azab Allah pada Sharakatulmaut dan siksaan seterusnya itu tanpa henti di Alam Barzah dan Akhirat nanti. Sehingga di suatu ketika Allah "matikan" ia beberapa ketika dan "memperlihatkan" kepadanya semua amal perbuatannya dari ia dilahirkan hingga ke hari itu (seperti wayang gambar) kemudian didatangkan Malaikat Maut Izraail dengan wajah mengerunkan dengan segala persoalannya yang sudah tentu tidak dapat dijawabnya. Begitulah Allah datangkan pengajaran kepada mereka yang dikehandakiNya supaya mereka sedar dan insaf akan perbuatan mereka kemudian berubah menjadi mukmin yang taat.

Amirul mukminin Umar ibnu al Khathab selalu membaca bait syair ini,

"Tidak ada suatu pun yang kamu lihat germerlapan itu kekal abadi, kerana yang abadi itu hanya Allah. Harta dan anak-anak mu juga akan lenyap. Hurmuz (Qarun) pada suatu hari juga tidak perlukan lagi harta kekayaannya. Kaum 'Aaad juga pernah ingin kekal abadi... tetapi gagal. Begitu juga Sulaiman as, pengendali angin, manusia, jin dan semua binatang, Raja terkaya dunia... mana dia raja yang dahulu pernah menjadi manusia paling berjaya di muka bumi ini ???... di akhirat kelak semua akan tunduk dan tidak mampu berbohong...."

Daripada keterangan di atas, maka ketahuilah oleh mu bahawa mengingati kematian itu adalah perbuatan Sunnah yang akan menimbulkan perasaan cemas dan takut untuk meninggalkan kehidupan dunia yang fana ke Alam Akhirat yang kekal abadi. Jika sesorang yang sedang berhadapan penderitaan hidup yang keras, dengan mengingat akan kematian maka dia akan tenang kerana kematian itu jauh lebih keras penderitaannya. Manakala mukmin yang sedang menikmati dunia akan menjadikan ia tidak lupa diri dengan mengingat kematian. Perhatikan bait syair ahli abadi ini,
"Ingatlah kematian yang akan melenyapkan seluruh kenikmatan, bersiap sedialah menghadapi kematian yang pasti akan hadir kepada mu".
"Ingatlah kematian... nascaya kamu akan mendapat nikmat mengingat kematian. Ingat akan kematian akan dapat mematahkan angan-angan kosong".


Semua telah bersetuju bahawa kematian itu tidak mengenal umur, masa atau penyakit tertentu. Ini bermaksud supaya manusia semua bersedia untuk menghadapi kematian. Dahulu ada seorang abadi yang alim dikota Madinah yang saban hari akan menaiki bangunan tinggi disana dan berseru (berteriak) "... Ayoh berangkat.... Ayoh berangkat" pada suatu ketika tiada lagi kedengaran suara seruannya itu maka ditanya oleh Wali Kota Madinah mana perginya seruan itu, setelah diberitahu akan kematiannya beliau pun berkata " Dia yang setiap malam berseru supaya mengingat kematian dimana semua unta-unta juga turut gementar di pintu rumahnya... sekarang telah meninggal dunia !... tiada lagi ketakutan kepada yang tiada ingat akan kematian ". Seorang Wali Allah bernama Yazid ar Raqasyi pernah dilihat selalu berkata-kata kepada dirinya serta memukul-mukul badannya "Yazid...Yazid.. celakalah kamu, setelah kamu mati nanti siapa yang mahu solat atas namamu (bagi pihak kamu) ?... siapa yang sudi berpuasa atas namamu ?... dan siapa pula yang bersedia meminta keredhaan Allah untuk mu ?".... " Wahai manusia, kenapa tidak kamu menangis meratapi sisa hidup kamu yang tinggal beberapa waktu cuma ??? Kamu akan dijemput Maut dan menantimu kuburan yang beralaskan tanah dan bertemankan cacing -cacing..." Gementar tubuhnya dek cengkaman rasa takut teramat sangat, pucat lesi wajahnya lalu Yazid pun meraung menangis hingga jatuh pengsan.

Khalifah Omar bin Abdul Aziz pernah mengumpulkan para Ulama-ulama dan mereka bercerita tentang mengingati kematian, kiamat dan akhirat. Di saat tertentu mereka akan meraung menangis seolah-olah kematian orang yang mereka cintai. Berkata at-Taimi (seorang cendiakawan Islam) "Ada dua hal yang pasti akan melenyapkan kenikmatan dunia dariku, iaitu ingat kematian dan ingat ketika berada di hadapan Allah swt ". Kata Abu Na'im "Jika Sufian ats-Tsauri mengingat kematian, berhari-hari ia akan kelihatan sangat sedih, wajahnya murung. Setiap kali ia ditanya tentang sesuatu pekara, ia hanya akan menjawab "tidak tahu... tidak tahu " (menjadikan dirinya kebas, alpa dan kosong ). Berkata Asbatah..." suatu hari Nabi mendengar beberapa orang sahabatnya sedang memuji-muji kehebatan seseorang. Nabi lalu bertanya kepada mereka "Adakah ia selalu mengingati kematian ? ", mereka menjawab " Tidak "... Maka Nabi bersabda " Maka ia tidak sehebat yang kalian katakan !".

Berkata pula Ad Daqqaq (ahli fikir dan flasafah Islam) " Barang siapa selalu ingat kematian, ia akan dimuliakan dalam 3 pekara. Iaitu cepat bertaubat, hatinya menjadi Qana'ah (redha akan pemderian Allah) dan bersemangat untuk beribadat... barang siapa yang lupa akan kematian, ia akan diberi seksa dalam 3 pekara, iaitu lambat bertaubat, tidak puas dengan pemberian Allah dan malas beribadah". Oleh itu hendaklah kamu semua memikirkan soal kematian dirimu sendiri, jangan kamu fikir kematian itu hanya akan datang kepada orang lain. Apabila ia telah amat hampir kepada mu baharulah kamu rasa tertipu dengan nikmat dan keindahan dunia yang fana ini. Segala-galanya akan diperlihatkan kepada mu dengan jelas sekali. Kematian pasti akan hadir jua pada mu walau sejauh mana kamu ingin lari darinya. Ia adalah hakim yang adil, ia adalah tangisan, ia juga perpisahan dan pelenyap kepada semua kenikmatan dunia. Kematian adalah pemutus segala harapan dan angan-angan. Pernahkah kamu memikirkan akan kematian dirimu sendiri ??? Ia adalah saat perpisahan dari tempat kamu didunia yang luas kepada liang lahad yang sangat sempit, saat tiada lagi kawan-kawan yg selalu berhibur bersamamu, mereka menghianati mu tampa dapat kamu berbuat apa-apa, saat perpisahaan dari saudara mara, sahabat taulan, malah keluarga kamu yang tercinta. Saat kamu mengantikan pakaian mewah mu dengan kafan, pakaian tanah yang kotor.

Wahai orang yang selalu mengumpulkan kekayaan dan berlawan untuk mendirikan bangunan pencakar langit. Disaat itu kamu sudah tidak punya daya upaya dan harta kekayaan mu itu tidak dapat menolong mu. Kamu hanya berteman kain kafan yang bakal akan rosak sedikit masa nanti. Tubuh mu yang kamu belai saban hari akan hancur dimakan bumi. Dimanakah harta yang kamu kumpulkan itu ??? Ia menjadi pertelagahan, pergaduhan semua waris mu yang tidak tahu berterima kasih kepada mu. Malahan memaki hamun kepada mu sepanjang hari. Lalu kamu ajukan semua dosa-dosa mu kehadrat Allah swt yang sudah tentu tidak akan menerima akan semua alasan-alasan kamu. Sesuai dengan firmanNya didalam surah al Qashash ayat 77 yang mafhumnya " Carilah pada apa yang telah dianugrahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat...". Amat bijak jika seseorang itu memahamkan ayat ini dengan berkata "Carilah olehmu syurga di negeri Akhirat pada apa yang telah Allah kurniakan kepadamu semasa di dunia". Ia bermaksud sesorang manusia harus mengurus pekara dunia untuk akhiratnya bukan sebaleknya. Janganlah kamu lupa bahawa kamu akan meninggalkan keseluruhan hartamu dan akan hanya dibaluti dua lapis kain kafan sahaja. Seorang penyair Islam bermadah...

"Bagaian dari seluruh harta yang telah kamu kumpulkan sepanjang hidupmu, hanyalah dua lapis kain kafan yang membungkus tubuhmu dan sebutir ubat pengawet (kapur barus)."

"Adalah sifat Qa'anah (redha) yang biasa kamu carikan gantinya, disitu ada banyak kenikmatan, disitu ada yang dapat menyenangkan badan... lihat, orang yang paling kaya didunia sekalipun, adakah ia akan diusung kekuburan tampa kain kafan ???".

Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi saw dengan sabdanya yang bermaksud "Orang yang bijak adalah orang yang selalu meneliti dirinya sendiri " Ia bermaksud orang yang bijak adalah orang yang suka musahabah dirinya, memandu hawa nafsunya dengan mudah untuk beribadah kepada Allah serta beramal untuk persediaan akhirat nanti. Kemudian ia akan pula meneliti dirinya dan mempergunakan masa dan waktu yang masih ada untuk ibadah dan amal-amal soleh. Itulah bekalan utama rohani bagi setiap manusia untuk menuju kealam akhirat yang kekal abadi. Manakala manusia yang tertipu ialah mereka yang lalai dan asyik dengan nikmat dunia serta berbuat dosa tampa meninggalkan satu amal kebijikan pun, tetapi berkata " aku telah berbaik sangka kepada Tuhanku". Sudah nyata sekali ia berbohong terhadap Allah kerana berbaik sangka itu bermaksud mengerjakan amal kebajikan kehadrat Allah semasa didunia. Maka dibawanya pula beberapa ayat sebagai nas akan perbuatannya itu yang terang-terang tidak memehak kepadanya, malahan ia dianggap penipu dan pembohong.

Berkata Sa'id bin Jubir "Yang dimaksudkan menipu Allah itu ialah jika seseorang yang melakukan maksiat dan dosa-dosa besar tetapi berkeras kepala mengharapkan keampunan Allah". Manakala didalam peristiwa yang lain pula, Baqiyah ibnu Walid mengatakan, "Abu Umairah ash Shuri berkiram surat dengan temannya yang isinya menyebutkan, "Amma ba'du, Selama ini kamu hanya memikirkan dunia, masih saja mengharapkan Allah dengan perbuatanmu yang buruk itu. Ia samalah dengan perbuatan mengetuk besi yang sejuk , sekian wassalam ". Maka diharap kalian semua dapat pengajaran dari riwayat dan sirah ini.
 

BAB 2 - PEKARA YANG DAPAT MENGINGATKAN KEMATIAN DAN AKHIRAT.

Diriwayatkan dari Imam Muslim bahawa Abu Hurairah berkata "Nabi berziarah kekubur ibunya, beliau menangis dan orang disekeliling juga turut menangis lalu Beliau bersabda 'Aku minta izin kepada Tuhanku untuk mengampunkannya, tetapi Dia tidak mengizinkan aku, lalu aku meminta izin kepadaNya untuk berziarah kekubur ibuku dan Dia memberi izin kepadaku. Oleh sebab itu berziarahlah kekuburan kerana ia dapat mengingatkan kematian". Manakala dari sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersebda " Aku pernah melarang kamu menziarahi kuburan, maka sekarang berziarahlah kekuburan akan kamu semua kerana hal itu akan dapat mengingatkan kematian ".

Berdasarkan ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama ASWJ, menziarahi kuburan bagi kaum lelaki itu hukumnya sunat, tetapi mereka berdebat tentang masaalah ini untuk kaum wanita yang dewasa, setengah menghukumkan ianya harus dan setengahnya menghukumkannya sunat asalkan ia tidak bercampur dengan kaum lelaki ajanabi. Sesetangah ulama ini mengharamkan menziarahi kuburan untuk kaum wanita yang masih muda kerana ditakuti lemah semangatnya. Jadi terserah kepada pendapat kaum muslimin sendiri iaitu hendak mengikut yang mana satu, dimana kedua-dua pendapat itu juga dianggap benar. Ini adalah berasaskan dari sabda Nabi itu tadi yang ditujukan secara terbuka, tidak ia bersifat pengkhususan kepada sesuatu peringkat atau jenis sahaja. Ia bersifat terbuka kepada lelaki atau wanita yang dibenarkan menziarahi kuburan bagi memperingati akan kematian. Manakala menziarahi kuburan yang bercampur gaul antara kaum lelaki dan wanita yang ajanabi (bukan mukhrim) adalah juga haram hukumnya kecuali kepada kanak-kanak lelaki atau tujuan mendapatkan pelajaran yang apabila pemuda itu menumpukan pandangannya kepada kaum winata itu hingga meninbulkan fitnah, maka ia perbuatan berdosa dan juga mendapat pahala. Menurut sebahagian Ulama, larangan Nabi kepada kaum wanita yang menziarahi kuburan itu berlaku sebelum Nabi memberi kemurahan kepada umatnya. Setelah kemurahan itu Nabi berikan maka hal ini merangkaumi seluruh jenis kaum. Oleh itu pendapat pertama itu tadi adalah yang lebih utama.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib kwh, bahawa ia pergi ke suatu kuburan lalu berkata " Wahai penghuni kuburan, khabarkan kepada kami tentang kalian atau kami yang akan memberi khabaran kepada kalian...kalau khabaran dari kami ialah: harta kalian telah dibahagi-bahagi, isteri-isteri kalian telah bernikah lagi dan orang-orang miskin sudah diberi tempat tinggal oleh kaum selain kalian ! .... Demi Allah, jika mereka semua boleh menjawab, mereka akan mengatakan bahawa bekal yang paling baik ialah TAKWA ! ". Sungguh indah kata-kata dari Abdul Atahiyah iaitu :-

"Hairan aku kepada manusia, seandainya mereka masahabah diri mereka dan memindahkan hal dunia kepada yang lainnya, mereka akan tahu bahawa dunia ini hanyalah sebuah jambatan. Tiada kebanggan sejati kecuali daripada mereka yang bertakwa. Kelak ketika Allah menghimpunkan semua makhluk di Padang Mahsyar mereka akan tahu bahawa bertakwa dan berbakti itu adalah simpanan yang terbaik. Aku hairan kepada orang yang sombong, walhal mereka akan dikuburkan tampa punya kuasa untuk menyegerakan yang diharapkan dan menanguhkan yang ditakuti. Semua yang telah diusahakan semasa didunia dahulu berpindah kepada orang lain atau menjadi rebutan".

Menurut sesetangah Ulama, hati tidak dapat mengambil manafaat dari ziarah kuburan, apa lagi hati yang keras. Sebaliknya bagi yang memiliki hati seperti ini dapat mengatasinya dengan 4 pekara iaitu :-

1) Melazimkan menghadiri majlis-majlis taklim dan usrah untuk mendengar nasihat, pelajaran, peringatan, cerita orang-orang soleh dan majlis-majlis ilmu yang lainnya supaya dapat melembutkan hatinya yang keras itu.

2) Melazimkan mengingati kematian sebagai satu kejadian yang akan melenyapkan semua nikmat-nikmat dunia, memisahkan kasih sayang keluarga dan sahabat taulan dan membuat anak-anaknya menjadi yatim. Pada satu kisah yang terjadi kepada seorang wanita yang mendatangi Siti Aisyah ra mengadu akan hatinya yang sangat keras, lalu Aisyah menyarankan kepadanya supaya selalu mengingati kematian. Setelah menurut saranan tersebut, wanita itu mendatangi Aisyah dan menyatakan hatinya telah menjadi lembut dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Saidatina Aisyah ra. Menurut Ulama, mengingati kematian juga dapat melembutkan hati yang keras, menghilangkan rasa megah pada dunia dan menganggap remeh semua musibah yang terjadi.

3) Menemani orang yang sedang menghadapi sakatulmaut atau sakit tenat kemudian mengambarkan akan nasib yang bakal ia tempuhi setelah mati. Hal sebegini akan membuat hati tidak tertarik kepada nikmat dunia, fikiran tidak tenteram, jiwa menjadi gundah gulana, resah gelisah memikirkannya, membuat mata tidak dapat lelap tidur, menimbulkan semangat untuk beribadah dengan lebih tekun dan kuat kerana perasaan takut kepada kematian itu. Di dalam kitab 'zawaid al zuhdi' karya Abdullah bin Ahmad bin Hanbal di mukasurat 330, menceritakan perihal Waliallah Hassan al Basri menziarahi seseorang yang sedang menghadapi sarakatulmaut. Setelah ia memerhatikan akan kesusahan yang tersangat pedih untuk dicabut nyawa orang itu, beliau bergegas hendak pulang dengan wajah yang pucat lesi hingga tidak menjamah jamuan yang sedia dihidangkan kerana telah hilang seleranya juga. Ketika ia ditanya, maka ia menjawab, "Demi Allah.. aku baru saja melihat satu peristiwa siksaan kematian yang amat dahsyat, aku berjanji akan selalu melakukan amal untuk menghadapinya bila tiba saat aku bertemu dengan Tuhanku nanti " ketiga-tiga pekara diatas ini haruslah dilazimkan kepada orang yang sangat keras hatinya supaya hatinya menjadi lembut serta dapat menghindari diri dari fitnah-fitnah Syaitan dan Iblis ke atas dirinya yang sudah tentu ingin menyesatkannya. Jika ketiga-tiga pekara diatas tadi tidak juga memberi kesan, maka cara terakhir ialah;

4) Melazimkan dirinya menghadiri pengkebumian mayat di kuburan atau turut mengali kuburan bersama-sama. Inilah cara yang paling berkesan sekali untuk melembutkan hati yang keras. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " menziarah kuburanlah kamu kerana ia dapat mengingat kematian dan akhirat serta dapat membuatkan zuhud kepada dunia". Dengan melazimkan diri menyaksikan permakaman jenazah, pertama ia akan mendengar seruan Azan, kedua ia akan dapat memberitahu diri akan tempat kembali yang kekal abadi. Pekara ini diharap dapat memberi keinsafan kepada mereka yang keras hatinya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad Thabrani dan Hakim, Nabi saw bersabda yang maksudnya "Berita itu tidak seperti melihat dengan mata kepala sendiri". Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas sahaja. Maka haruslah difahami bahawa bukan semua orang boleh berhadapan dengan orang yang sedang bertarung shakaratulmaut atau menziarahi kematian atau menziarahi kuburan. Jika hanya dengan mendengar berita saja tidak juga insaf, maka cara kedua atau ketiga atau keempat itu harus dipraktiskan supaya hati menjadi lembut dan insaf. Pada kebiasaannya, menziarahi kuburan itu lebih mudah dan sangat efektif kesannya. Oleh itu kepada yang menziarahi kuburan haruslah juga mematuhi adab sopan semasa di situ, kemudian berniat bersungguh-sungguh untuk mendapat keredhaan Allah. Disamping memberi keberkatan kepada mayat dan ahli-ahli kubur seklian dengan membaca ayat-ayat Quran, tahlil, selawat dan doa. Antara adab-adab yang utama semasa kekuburan ialah pertama sekali mengucapkan salam kepada seluruh ahli kubur musilimin dan msulimat dengan ucapan "Alaikas Salamtu was salam ala ahli kubur....". Kemudian membuka kasut atau sandal seperti yang telah diajarkan Nabi. Dilarang duduk di pusara atau melangkah di atasnya, kemudian baharulah membaca al Quran, tahlil, selawat dan doa khususnya kepada pusara yang dilawati dan amnya kepada seluruh penghuni tanah kuburan itu.

Diriwayatkan oleh at Tarmidzi di dalam kitabnya bertajuk "Jumi at Tarmidzi" bahawa sesungguhnya ada seseorang lelaki datang menemui Rasulullah dan berkata "alaikas salam" lalu Nabi menegurnya "Jangan ucapkan salam seperti itu kerana salam itu hanya untuk menghormati mayat sahaja". Termasuk juga adab menziarai kuburan iaitu semasa mengucapkan salam hendaklah berhadapan dengan kuburan seolah-olah berhadapan dengan manusia itu sewaktu hidupnya. Kemudian ambillah pengajaran dengan mengambarkan keadaan mayat yang sedang diziarahi itu dengan renungan yang dalam sekali dilubuk hati. Dengan gambaran seumpama itu diharap akan mengubah diri menjadi lebih tekun beribadah, menghindarkan diri dari rakus dan tamak kepada harta dunia, menzahirkan khusyu' semasa beribadah dan banyak pengajaran lagi akan diperolehi dari usha seumpama ini.

Manakala terdapat beberapa buah hadis maudhu menjelaskan beberapa peristiwa tentang dihidupkan semula ibu dan ayah Nabi saw untuk di Islamkan oleh Nabi. Maka ia tidak dapat dibentangkan kerana sanadnya yang sangat lemah dan di luar dari pemikiran manusia biasa kerana persoalan ghaib seumpama itu hanya Allah dan RasulNya saja yang maha mengatahui. Mudah-mudahan Allah mengampunkan seluruh keluarga Nabi saw seperti yang beliau harapkan semasa hidupnya lagi. Tambahan pula ia telah disanggah dengan turunnya firman Allah didalam surah anNisaa ayat 18 yang mafhumnya ;

"Dan tidak (diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran".

Kemudian di dalam surah al Baqarah ayat 119 pula Allah berfirman yang mafhumnya ;

"Kamu tidak akan diminta (dipertanggungjawabkan) tentang penghuni-penghuni neraka".

Maka di dalam hal ini kita serahkan saja kepada Allah untuk menjadi hakimnya, waallahua'lam.

Diharap pembaca dapat memahami akan keadah penulisan sirah al Marhum Syaikh al Qurthubi ra ini yang diterjemah kedalam bahasa Malaysia dari karya asal beliau. Tetapi untuk mengelak dari fitnah kepada umat Islam, maka perlu juga ia diolah dalam bentuk bahasa kita supaya ia mudah difahami. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan.







BAB 3 : LARANGAN MENGHARAPKAN KEMATIAN.


Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Anas ra telah berkata " Rasulullah saw bersabda, Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian kerana kesusahan yang sedang menimpa mu. Jika ia mengharuskan kamu berbuat demikian, hendaklah kamu berdoa - Ya Allah, peliharalah hidupku jika itu yang terbaik buat ku dan matikanlah aku jika itu yang terbaik bagi ku ". Allah lah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap yang hidup dan yang dimatikannya, maka sewajarnya dipohon pertolongan dariNya bukan memprotes apa yang telah ditentukanNya. Dialah yang berkuasa ke atas setiap jiwa dan memberi ujianNya pada kadar yang Dia sendiri ketahui dan sebagai makhluk ciptaanNya haruslah taat, tunduk dan patuh. Di dalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, Anas ra menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharap-harapkan kematian dan janganlah berdoa memintanya sebelum kematian datang kepadanya, sebab apabila salah seorang dari kamu mati, maka terputuslah amalannya. Sesorang yang beriman itu harus mampu membuat perisian amal dan kebajikan di dalam umurnya yang masih tinggal itu ".

Diriwayatkan lagi oleh Bukhari dari Saad bin Ubaid, anak Abdul Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah saw bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu mengharapkan kematian, jika ia orang yang baik pastinya dapat menambah amalnya dan jika ia orang yang tidak baik, mudah-mudahan ia boleh bertaubat terlebih dahulu sebelum mati ". Kemudian diriwayatkan oleh al Bazari dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah kamu mengharap-harap kematian kerana huruhara (sakaratulmaut) itu sangat dahsyat. Adalah termasuk dari satu kebahagiaan jika kamu dipanjangkan umur dan ditambah dengan keinsafan dari Allah ".

Menurut para Ulama, kematian itu bukan sahaja merupakan kehilangan mutlaq atau kemusnahan malahan ia juga adalah peristiwa terputusnya hubungan antara Roh dan Jasad, terpisahnya antara jiwa dan raga, mengganti keadaan dan permindahan dari satu alam ke alam yang lain. Ia merupakan malapetaka atau musibah yang sangat besar, malah Allah telah berfirman didalam surah al Maa'idah ayat 106 yang mafhumnya "...Lalu kamu ditimpa musibah kematian." Sememangnya kematian itu merupakan malapetaka dan musibah yang sangat besar tetapi jika menurut para Ulama ASWJ pula, musibah dan malapetaka yang sangat besar itu ialah "lupa akan kematian" atau tidak mahu mengingati akan kematian malahan sesetengah manusia beranggapan ia adalah pekara yang membawa "malang" jika bercerita berkenaannya. Mereka lupa untuk beramal soleh untuk menghadapinya. Sesungguhnya di dalam kematian itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berfikir dan mengambil iktibar daripadanya. Tersebut didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abdullah bin Salamah bin Aslam (perawi yang dianggap dhaif oleh Daruquthni) bahawa Nabi saw telah bersabda "Seandainya binatang itu mengatahui akan kematian seperti yang telah kamu ketahui, nescaya kamu tidak akan dapat memakan binatang yang gemuk daripadanya". Lihatlah betapa binatang juga akan amat bersusah hati jika ia mengatahui hakikat kematian hingga tiada lagi selera untuk ia makan. Begitulah kehebatan gongcangnya jiwa yang digambarkan di dalam hadis di atas itu.

Telah diceritakan bahawa ada seorang dusun yang sedang berjalan menunggang seekor unta. Tiba-tiba untanya jatuh dan tidak bernyawa lagi. Ia lalu turun dan berpusing mengelilingi mayat untanya itu sambil berfikir apa yang telah terjadi. Ia kemudian bertanya kepada untanya " Wahai unta, kenapakah kamu tidak mahu berdiri lagi ?... lihat, seluruh tubuhmu masih kuat dan tiada kesan luka, apa terjadi kepada kamu ?.. apa yang menyebabkan kamu jadi begini ?... Apa yang menyebabkan kamu tidak boleh lagi bergerak langsung ?.. Apa yang boleh membuatkan kamu bangun semula ?..." Setelah sekian lama termenung lalu ia pun berlalu meninggalkan saja unta itu sambil terus memikirkan apa yang telah terjadi. Sebenarnya pemuda dusun itu tidak mengerti apa itu "Kematian". Seperti juga kisah Nabi Adam dan Isterinya Hawa yang diceritakan di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah didalam kitabnya 'Nawadir al Ushul'...Aku mendengar dari Qutaibah bin Saad dan Khathib bin Salim, dari Abdul Aziz al Majisun dari Muhammad ibnu Munkadir ia berkata "Putra Adam as telah meninggal dunia kemudian diberitahunya hal itu kepada isterinya Hawa as 'Anak mu mati' Hawa as bertanya 'Apa itu mati ?' Adam as menjawab ' Orang mati itu tidak boleh makan, tidak boleh minum, tidak boleh berdiri dan tidak boleh duduk '. Mendengar penjelasan itu Hawa as pun meraung dan menangis, Adam as berkata ' Sebagai ibu, kamu dan anak perampuan mu wajar menangis seperti itu tetapi tidak bagi aku dan anak lelaki ku".

Bagi menjelaskan akan maksud kalimat "Ia masih boleh bertaubat terlebih dahulu" yang telah dinyatakan di dalam hadis di atas tadi iaitu dalam mencari redha Allah, satu-satunya cara ialah dengan bertaubat dan berazam tidak mengulangi dosa itu lagi. Demikianlah yang dijelaskan oleh para cerdikpandai dan Jauhari Islam silam. Di dalam al Quran Allah telah menegur sikap orang-orang kafir dengan firmannya di dalam surah Fuhshilat ayat 24 yang mafhumnya ;

"Jika mereka mengemukakan alasan-alasan, maka tidaklah mereka termasuk golongan yang diterima alasan-alasannya".

Berkata Sahal bin Abdullah at Tastari " Salah seorang diantara kamu tidak akan mengharap-harap kematian kecuali 3 jenis manusia sahaja, iaitu pertama orang yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi sesudah mati, kedua orang yang sengaja lari dari takdir Allah swt dan ketiga ialah orang yang sangat rindu untuk bertemu dengan Allah Azza wa Jalla ". Maka diceritakan pula oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya "al Hilyat (iv/278), Bahawa suatu ketika telah hadir Malaikat Izraail as kepada Nabi Ibrahim as kekasih Allah yang maha pemurah, untuk dicabut nyawanya. Nabi Ibrahim as pun berkata "Hai malaikat maut, pernahkah engkau melihat ada kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri ?" Malaikat Izraail as pun naik ke langit untuk bertemu dengan Tuhannya bertanyakan soalan itu, Maka Allah swt berfirman menyuruh Izraail bertanya kepada Nabi Ibrahim as "Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak suka bertemu dengan kekasihnya?". Izraail as pun turun semula bertemu dengan Nabi Ibrahim as untuk menyampaikan firman Allah itu, Nabi Ibrahim as lalu berkata "Cabutlah nyawa ku sekarang juga". Malaikat Izraail as pun menjalankan tugasnya dengan penuh rasa hormat sekali kerana menyedari ketinggian "Mertabat Kekasih Allah" itu.

Abu Darda' berkata " Setiap orang mukmin lebih baik memilih kematian. Sesiapa yang tidak percaya kepada ku... sesungguhnya Allah telah berfirman";

"Janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahawa pemberian tangguh (kematian) Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka". (surah Ali Imran ayat 187)

Seorang abadi bernama Hayyan al Aswad' berkata " Kematian itu adalah jembatan yang menghubungkan pertemuan dua kekasih "





  • HURAIAN PENULIS :

  • Daripada beberapa keterangan diatas tadi dapatlah kita fahamkan bahawa kematian itu merupakan keadaan yang sangat hurahara dan dasyat sekali kepada orang-orang yang tidak beramal soleh dan selalu berbuat dosa. Terutama mereka-mereka yang tidak beriman langsung kepada Allah dan RasulNya. Tetapi ia tidak menakutkan kepada mereka yang dekat dan menjadi Kekasih Allah kerana mereka itu taat dan redha atas ketentuan yang telah ditetapkan ke atas diri mereka. Kekuatan kepercayaan kepada qada dan qadar Allah amat kuat di dalam hati dan sanubari mereka yang perlu dicontohi oleh seluruh umat Islam. Keutamaan kepada menghargai waktu yang masih tinggal pada kita haruslah dititik beratkan dengan mengerjakan amalan soleh untuk menghadapi kematian dan Alam Akhirat yang kekal. Saban waktu kita dipesan untuk mengumpulkan bekalan amalan takwa untuk alam yang kekal abadi itu, tetapi adakah kita benar-benar faham akan pesanan mereka dan berusaha seperti yang telah mereka sarankan itu ? Maka kita seharusnya sentiasa mengambil iktibar dari keterangan ini dan berusaha seperti yang Allah mahukan iaitu "Untuk apa kamu diciptakan ? " ...

BAB 4 : "KEBENARAN" MENGHARAPKAN KEMATIAN.

Allah Azza wa Jalla telah berfirman di dalam surah Yusuf ayat 101 yang mafhumnya;

"Wafatkan aku dalam keadaan Islam dan kumpulkanlah aku bersama-sama orang-orang yang soleh"

Kemudian Allah juga berfirman didalam surah Maryam ayat 23 yang mafhumnya ;

".... aduhai, kiranya (alangkah baiknya) aku mati sebelum ini dan adalah aku lupa yang dilupakan (menjadi barang yang tidak bererti dan dilupakan)."

Kedua-dua ayat diatas itu tadi adalah doa Nabi Allah Yusuf as dan Maryam as Ibu nabi Isa as yang berdoa mengharap kepada kematian kerana rindu yang teramat sangat untuk kembali ke hadrat Allah, kerana maruah diri dan agamanya. Mereka diceritakan semula di dalam Quran supaya menjadi contoh kepada umat Muhammad saw.

Telah diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Malik dari Abu Zannab dari al A'raj dari Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya Rasulullah bersabda " Kiamat tidak akan terjadi sebelum ada seseorang yang lalu dikuburan orang lain dan berkata.. 'Andaikata aku berada ditempatnya".

Keterangan-keterangan di atas ini tidaklah bertentangan dengan kebenaran mengharap kepada kematian. Menurut Qatadah " Tidak ada seorang Nabi pun yang mengharapkan kematian selain dari Nabi Yusuf as, ketika beliau merasa sudah mendapat kenikmatan-kenikmatan yang sempurna dan telah berjaya maka Nabi Yusuf as merasa amat rindu untuk bertemu dengan Tuhannya. Sebab itulah dia berdoa yang telah difirmankan Allah di dalam surah Yusuf ayat 101 akan cerita perihal dirinya itu. Di awal ayat itu pula menyebut " Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kerajaan kepadaku dan Engkau telah mengajarkan kepadaku dari hal takwil mimpi..." sebab itulah ia telah terlampau ingin bertemu Tuhannya lalu memohon kematian.

Sesetengah Ulama berpendapat bahawa Nabi Yusuf as bukan sahaja mengharapkan kematian tetapi dimatikan di dalam beragama Islam. Di dalam kata yang lain boleh juga dianggap ia berkata "Jika telah tiba ajalku maka wafatkanlah aku dalam keadaan Islam". Ini adalah pendapat daripada beberapa Ulama-ulama Tafsir berkenaan ayat tersebut.

Berkenaan Maryam as, ibu kepada Nabi Isa as, ada dua alasan yang membuatkan ia mengharap kepada kematian.
Pertama, ia takut akan terus disangka buruk dan dihina kerana hal itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada agamanya.
Kedua , Ia tidak mahu disebabkan hal dirinya itu, kaumnya semua akan terjurumus ke lembah pembohongan dan pendustaan hingga menuduhnya telah berbuat zina yang mengundang kemurkaan Allah, serta membolehkan mereka mendapat laknat Allah pula.

Seperti juga kisah Isteri Nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Aisyah ra yang telah difitnah oleh sesetengah orang, Maka Allah berfirman didalam surah an Nuur ayat 11 yang mafhumnya ;

"Barangsiapa di antara mereka yang mengambil bahagian dalam penyiaran berita bohong itu, baginya azab yang besar".

Kemudian Firman Allah didalam surah an Nuur ayat 15 yang mafhumnya ;

"Kamu menganggapnya sesuatu yang ringan sahaja. Padahal disisi Allah adalah besar".

Amatlah jelas sekali
Allah swt melarang kita dari menyebarkan fitnah dan membesar-besarkan berita yang kita tidak mengatahui kebenarannya sedangkan kita amat jauh dari masa kejadian itu. Tambah-tambah lagi orang difitnah itu adalah wanita- wanita suci yang mendapat lindungan Allah swt. kepada mereka yang berdegil, maka tunggulah azab yang telah dijanjikan ke atas mereka itu oleh dalil dari ayat-ayat yang telah disebutkan di atas tadi.

Kemudian para Ulama tafsir telah berselisih pendapat tentang beberapa pekara berkenaan Maryam as. Iaitu sama ada ia adalah merupakan seorang yang benar dan jujur (lurus) iaitu berdasarkan firman Allah swt didalam surah al Maaidah ayat 75 yang mafhumnya ;

"...Dan ibunya seorang yang sangat benar".

Atau, ia adalah seorang nabi wanita berdasarkan firman Allah di dalam surah Maryam ayat 17 yang mafhumnya ;

"...Kami mengutus roh Kami kepadanya".

Dan firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 42 yang mafhumnya ;

"...Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril as) berkata, Wahai Maryam ! sesungguhnya Allah telah memilih kamu ".

  • ULASAN PENULIS (zamany) :

  • Daripada ayat-ayat diatas tadi, amatlah jelas sekali kesalahan kepada mereka yang memfitnahnya serta beberapa pembohongan dari beberapa kaum di dunia ini hingga mereka telah dibinasakan Allah dengan kesesatan akidah yang jauh. Mereka mengada-adakan pekara- pekara yang tidak ujud seperti mengatakan beliau merupakan tuhan wanita, isteri tuhan dan sebagainya yang terkeluar dari maksud sebenar dalil itu. Inilah yang berlaku kepada pengikut- pengikut fahaman Kristian. Lihatlah azab yang telah Allah zahirkan kepada mereka yang jauh dari mendapat taufiq dan hidayah Allah, mereka bertambah-tambah sesat lagi menyesatkan, buta akal dan fikiran mereka, tertutup hati mereka menjadi gelap. Inilah antara azab yang telah dijanjikan Allah di atas dunia ini dan menenti satu lagi azab yang kekal abadi selama-lamanya di akhirat nanti. Begitulah janji Allah yang benar didalam ayat-ayat yang telah disebutkan itu. Manakala ia juga berlaku kepada umat Islam yang terikut-ikut memfitnah Saidatina Aisyah ra, lihatlah kemana arah dan tujuan mereka dalam beragama. Mereka telah tersalah arah dan terpesong menjadikan diri mereka sesat, contoh yang paling hampir ialah fahaman Syiah, Wahabi dan Anti Hadis. Inilah dalil yang telah Allah sebutkan kerana Allah tidak redha akan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan kesesatan akidah malahan menanti mereka adalah azab yang amat pedih di akhirat kelak. Jadi... jauhkan diri kita dari masaalah ini, kerana telah kita nampak dengan jelas maksud dan amaran Allah swt atas pekara yang amat serius ini. Jangan memperolok-olok akan amaran itu dan jangan menganggap remeh pekara memfitnah mereka berdua ataupun sesiapa juga. Fitnah itu kesannya amat besar sekali kepada masyarakat dan dosanya tersangat besar di sisi Allah swt.

  • Kembali kita kepada permasaalahan kebenaran memohon kematian. Dari dalil-dalil yang telah diketengahkan itu maka bolehlah diberi kesimpulan bahawa memohon dan mengharap kepada kematian itu di "benarkan" jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh seperti yang telah dikemukan. Tanpa alasan-alasan seumpama itu kita dilarang dan hukumnya haram di dalam syarak untuk memohon dan mengharap kepada kematian. Kerana kita ditakuti termasuk kedalam golongan yang "membunuh diri sendiri" yang pastinya mati didalam kesesatan. Kerana didalam hadis diatas menerangkan lemahnya iman manusia hingga mengharap kepada kematian mereka dipercepatkan. Ini merupakan satu tanda kiamat yang telah digambarkan Rasulullah saw. Lemahnya iman dan akhlak itu hadir disebabkan kemiskinan, kepayahan hidup, masaalah hutang yang banyak, masaalah penyakit yang tiada harapan sembuh, masaalah kasih yang tiada balasan, masaalah jiwa, maka hilang pertimbangan diri hingga sanggup membunuh dirinya. Ketahuilah, bahawa membunuh diri sendiri itu hukumnya haram dan berdosa besar. Malahan ia juga dianggap mati di dalam keadaan sesat. Bersabarlah kamu dengan ujian Allah di dunia yang fana ini. Bertahanlah kamu dengan kesukaran hidup yang Allah tentukan kerana ganjaran yang amat besar sedang menanti anda kelak.

  • Lihatlah kepada mereka-mereka yang telah Allah kurniakan cinta dan kasih kerana ketekunan mereka beramal soleh. Mereka itu telah bebas dari semua masaalah dunia (sepertimana di atas itu). Mereka diredhai atas semua yang mereka mahukan hinggalah mereka "dijemput" untuk pulang kepangkuanNya. Kata-kata mereka menjadi doa yang mustajab, lihatlah doa yang telah dipanjatkan oleh Baginda Rasulullah saw kehadrat Allah ini ;

  • "Ya Allah... sesungguhnya aku memohon kepada Mu agar dapat melakukan kebajikan-kebajikan, meninggalkan kemungkaran-kemungkaran dan mencintai fakir miskin, dan jika Engkau telah menghendaki fitnah kepada manusia, tolong panggil daku mengadap Mu tanpa terkena fitnah". Hadis riwayat Ahmad, Tarmidzi dan Malik.

  • Kemudian ia diperlihatkan dengan lebih jelas lagi dengan doa yang pernah diucapkan oleh Saidina Omar ibnu al Khathab ra dalam riwayat Malik didalam kitabnya "al Muwatha" iaitu ;

  • "Ya Allah... kekuatanku sudah lemah, usiaku sudah tua dan rakyatku sudah bertebaran kemana-mana, kerana itu panggillah daku mengadapMu, bukan sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan lalai ".

  • Setelah sebulan daripada itu Baginda Omar al Khathab ra pun pulang kerahmatuallah. Semoga Allah merahamatinya.

  • Telah diriwayatkan oleh Abu Omar bin Abdul Barr didalam kitab-kitab "at Yamhid dan al Istidzkar" sebuah hadis dari Zadan bin Umar dari seorang zuhud lagi alim al Kindi, ia berkata "Ketika Abis al Ghifari sedang duduk bersama-samaku disebuah kawasan. Kami melihat beberapa orang yang sedang menderita penyakit taun, lalu ia berkata "Hai taun... bawalah aku kepadamu ". Mendengar ucapan yang ganjil itu lalu aku pun bertanya " Mengapa kamu berkata seumpama itu ??, bukankah Rasulullah pernah bersabda...Janganlah ada diantara kamu yang mengharap-harap kematian kerana pada waktu itu terputuslah amalannya dan ia tidak boleh kembali lagi untuk mencari-cari alasan ?" Ia menjawab " aku pun pernah mendengar Rasullah bersabda ; "Mintalah disegerakan kematian kerana 6 pekara, pertama - Maraknya isteri orang-orang yang bodoh, Kedua - Banyaknya syarat-syarat, Ketiga - Maraknya penjual hukum-hukum, Keempat - Meremehkan pertumpahan darah, Kelima - Maraknya memutuskan hubungan kekeluargaan dan keenam - Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda al Quran dan ada pula yang menyuruh orang melagukan al Quran kepadanya sedangkan ia tidak arif dan kurang berpengatahuan ".-Hadis riwayat Ahmad.

  • Sebenarnya maksud hadis di atas adalah menerangkan tanda-tanda berlakunya kiamat kecil yang diperkatakan oleh Nabi saw didalam hadis dari riwayat yang lain. Ada pun maksud bagi 6 pekara tersebut ialah:-

  • 1) Maraknya orang-orang yang tidak berilmu berkahwin dan berpoligami dengan tidak mengatahui hukum kekeluargaan hingga menyebabkan penceraian berlaku dengan mudah. Banyak ibu yang menjadi janda dan banyak anak-anak yang tidak berayah kerana masaalah ini.

  • 2) Banyaknya syarat-syarat yang dikenakan oleh pemerentah kepada rakyatnya yang menyebabkan semua rakyat mengalami tekanan hidup. Sudahlah hidup mereka susah dengan pendapatan yang sedikit, dikenakan pula denan syarat-syarat yang bukan-bukan seperti cukai yang tinggi, harga barang makanan naik, semuanya kena berbayar, nak parking bayar, nak jalan kena bayar, nak masuk tandas pun kena bayar, lesen itu, lesen ini, tol sana tol sini, saman sana saman sini sampai hampir semuanya kena bayar. Ini yang berlaku kini.

  • 3) Maraknya penjualan hukum-hukum. Berlakunya pemberian rasuah secara terang-terangan mahupun tersembunyi. Malah kerajaan membenarkan pemberian riba secara paksa oleh bank-bank dan syarikat-syarikat Insuran kepada rakyatnya. Hakim-hakim boleh dibeli, penguatkuasa undang-undang boleh disogok, pemimpin yang kurap hingga budak pejabat pun kena dirasuah untuk minta pertolongan isi borang.Melepaskan orang-orang ternama dari dikenakan tindakan undang-undang walaupun ia sememangnya salah.

  • 4) Meremehkan pertumpahan darah. Pembunuhan yang tidak mendapat keadilan oleh sebab lemahnya sistem kehakiman dan lemahnya penyiasiatan kes. Alasan yang biasa kedengaran ialah kurangnya bukti walau apa pun penganiayaan kepada keluarga mangsa dan waris telah berlaku. Sistem kehakiman Islam tidak mahu digunapakai walaupun di dalam Negara Islam Contoh. Kesannya saban hari kedengaran berlakunya pembunuhan di sana sini. Kawalan amat lemah hingga rakyat mudah untuk membunuh hanya dengan alasan yang mudah. Hanya kerana perselisihan dan pentengkaran kecil mereka sudah boleh membunuh. Begitulah tekanan kehidupan, jiwa dan akhlak yang rendah berlaku disini, waktu ini.

  • 5) Maraknya memutuskan tali persaudaraan. Sering kedengaran berlakunya kes memukul ayah sendiri, ibu sendiri, datok dan nenek sendiri, Malah hingga peringkat membunuh orang tua mereka sendiri. Menghalau mereka ke rumah orang tua-tua, tidak mempedulikan mereka yang telah uzur. Pada kes yang lain pula pertengkaran disebabkan harta pusaka menyebabkan saman menyaman ke Mahkamah hingga tidak bertegur sapa antara mereka. Penipuan kepada orang tua mereka juga selalu berlaku kerana orang tua mereka tidak tahu niat jahat anak-anaknya. Adik beradik tidak lagi mesra dan berjauhan hingga tidak kenal lagi anak-anak mereka. Begitu renggang hubungan hingga terputusnya tali kekeluargaan mereka tidak karuan. Kerajaan hanya memerhati sahaja kerana bukan masaalah mereka katanya !!!. Adakah harus dibiar sahaja pekara ini sedangkan Kerajaanlah puncanya pekara ini berlaku... ???. Kerajaan yang telah menujudkan tekanan kepada rakyat... ???, Kerajaanlah yang mengenakan segala syarat-syarat yang tinggi kepada rakyat... ???, Kerajaanlah yang membuat rakyatnya hurahara kehidupan mereka... ???. Inilah semua kesan dari tindakan Kerajaan yang yang zalim kepada rakyatnya hingga menyebabkan runtuhnya moral, akhlak dan sistem kekeluargaan Islam itu sendiri.

  • 6) Banyaknya anak-anak muda yang mempersenda alQuran dengan mentafsir alQuran mengikut akal dan fikiran mereka sendiri dengan alasan merekalah pengkaji sebenar al Quran. Sedangkan apa yang kita lihat ia jauh dari tafsir sebenar dari Imam-imam tafsir yang terdahulu yang ternyata benar. Ahli tafsir bukannya sembarangan, ia mempunyai naluri dan jiwa yang berseh tampa niat peribadi semasa memberi hujahan tafsirannya malah mereka merujuk kepada orang orang yang alim dan dari kitab-kitab tafsir terdahulu untuk rumusan. Mereka sedar jika mereka tersilap maka seluruh umat Islam akan juga turut tersilap selama-lamanya selagi ia tidak diperbetulkan. Jadi dari awal lagi Ulama-ulama tafsir telah dipilih dari kalangan ulama yang benar-benar bersih jiwanya, luhur budi pekertinya, benar kata-katanya disamping alim lagi arif dalam bidang tersebut. Ini telah berlaku semenjak zaman Saidina Othman bin Affan ra lagi, bukannya baru.

  • Manakala terdapat pula mereka yang ingin mengajar dan menjadi hakim kepada bacaan al Quran sedangkan mereka bukanlah ahlinya. Mereka menyuruh orang memperdengarkan bacaan mereka sedangkan dia sendiri tidak arif dan mengenal segala hukum tajuid, taranum dan fasahah untuk menjadi juri atau hakim malahan guru mengaji al Quran sekalipun. Telah dikatakan tadi, jika dari mula telah bersalahan maka kesannya berterusanlah kesalahan itu hingga ke hari kiamat. Sedangkan ia merupakan dosa yang besar di dalam syarak.

  • Tilawah al Quran itu sendiri tidak perlu diadakan. Pertandingan ini hanya mengundang dosa dari mendapat pahala sunat mendengar dan mambaca al Quran. Mana taknya, cuba kita lihat bagaimana ia diadakan... ??? Pertama, kaum wanita tidak boleh diperdengarkan suaranya kerana suaranya itu adalah aurad baginya. Walaupun sesetengah ulama membenarkannya, tetapi mejoriti mengatakan ia adalah aurad yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan dihalayak ramai. Tambahan lagi kepada yang bukan muhrim atau ajanabi. Kedua, ia diadakan di ruangan yang bercampur aduk antara lelaki dan wanita di waktu yang sama yang sudah tentu diharamkan syarak. Ketiga, ia menjadi rebutan pertandingan suara seperti pertandingan nyanyian atau pertandingan seni suara burung gamaknya malahan sesetengahnya belajar taranum semata-mata ingin menang tilawah kerana hadiah yang lumayan. Keempat ditambah lagi apabila juri dan hakim pertandingan itu dari kalangan Ustazah pula. Jadi tidakkah semua ini mengundang dosa yang bukan sedikit jumlahnya, berjuta yang melihat maka berjutalah dosa besar yang dikumpul.

  • Dunia mungkin sudah hampir sampai kepenghujungnya, namun adakah kita tidak juga mahu berubah... ??? Semua tanda-tanda kiamat kecil telah terzahir satu persatu namun adakah kita tidak juga berubah... ??? Semua yang telah digambarkan di dalam hadis Nabi berkenaan ancaman kiamat telah hampir semua terzahir, adakah kita masih juga tidak mahu berubah... ??? Ancaman yang sebagaimana lagi yang kamu tunggu untuk membuat kamu berubah... ??? Adakah hingga malaikat maut hadir dihadapan kamu baru mahu berubah... ??? Adakah hingga nyawa sampai kehalkum baru kamu mahu berubah ??? Fikirkanlah... masa tidak menunggui mu, ia lari dan terus berlari sedang usia kamu semakin hampir ke penghujung.

  • Kamu tetap tidak sedar, lalai dan alpa dibuai mimpi dunia. Tetap merasakan diri mu muda dan terus muda diulit anak-anak gadis yang mahukan wangmu semata-mata di kelab dangdut. Mereka tidak peduli kamu, hanya wang ringgit jadi buruan mereka. Pada mereka kamu itu kambing tua yang tidak sedarkan diri, "rumah kata pergi, kubur kata mari" masih lagi terkial-kial menagih kasih sayang yang palsu, terkinja kinja menari mengikut irama, tergelek gelek dalam gelap dengan lampu samar samar sambil dilayan gadis-gadis montok seperti raja. Di belakang, kamu di ejek dan dimaki hamun oleh mereka saban hari. Setiap hari kamu dikikis sampailah kamu kering. Setelah itu dia akan mencari kambing tua yang lain pula yang jauh lebih tebal poketnya. Begitulah pusingannya... sedang kamu menangis tak berlagu. Bila kamu hadir di hadapannya, dia seperti tidak mengenali kamu. Dia tinggalkan kamu dengan kata-kata kesat yang tidak sanggup kamu dengar. Ketika itu barulah kamu sedar siapa mereka itu semua.

  • Lihat di satu sudut yang lain, di kedai-kedai nombor ekor, berbaris panjang setiap hujung minggu bukannya bangsa asing, bukannya orang kafir tetapi orang Melayu beragama Islam yang sudah dimamah usia. Masih lagi tanpa rasa malu sanggup berbaris bersama dengan bangsa lain untuk menikam nombor ekor. Berjudi telah menjadi lekat di dahinya, saban hari asyik dengan nombor-nombor, baik di rumah, di kedai kopi bersama-sama regu mereka. Bersembang dengan suara lantang kerana "kena" nombornya dan dapat habuan beribu-ribu... rasa banga teramat dikalangan teman-teman hingga semua dibelanjanya minum dan makan sarapan pagi hari itu. Hebat...hebat... Melayu ini, puji kawanya "berjudi sambil menderma" dengan disambut hilai ketawa rakan-rakan. Apabila suatu hari tiada lagi modal untuk membeli nombor, maka diranggah semua yang ada dirumah untuk dijual bagi dijadikan modal minggu itu. Yakin sungguh akan takbir mimpi nombornya itu, habis semua dilonggokkannya. Kemudian tak semena-mena nombornya itu "lari satu mata" lalu dia jatuh pengsan kena 'strok' atau serangan jantung. Kawan-kawannya bergegas menghantarnya ke hospital. Selang beberapa minggu ia dibawa pulang oleh isterinya yang asyek mengomel memerahinya kerana habis barang kemasnya digadai. Ia sudah tidak mampu berjalan, tidak mampu mandi sendiri, makan sendiri, minum sendiri. Semuanya diharapkan isterinya yang terpaksa bekerja semula kerana hendak menampong keluarga. Mana perginya kawan-kawan mu? mana perginya mereka ketika kamu dipembaringan? siapa yang mahu "belanja" kamu ketika ini? Ada tak mereka menjengok kamu? bagaimana ibadah mu? mampukah kamu solat? mampukah kamu berpuasa? Inilah azab Allah di dunia untuk orang yang mempersenda ayat-ayat Allah, memperolok-olok hukum Allah, mentertawakan Allah... sebentar sahaja lagi akan hadir Malaikat Izrail mencabut nyawamu sedangkan kamu tidak dapat berbuat sesuatu. Ketakutan sentiasa menyelubungi dirimu disetiap detik dan waktu, air mata darah sekali pun tidak dapat mengembalikan kesihatan mu.

  • Pada ketika yang lain seorang yang sedang uzur bergelimpangan di kaki lima jalan dengan diri yang tidak terurus lagi. Pakaian yang kotor dan berbau busuk. Rambutnya yang kusut masai, jangut dan misai yang berserabut. Daki dan kotoran melekat keras pada kulit diseluruh badannya. Mulutnya yang berbau minuman keras tuak yang pekat dengan kesan muntah hijau pada bajunya amat menjijikkan sekali orang yang lalu lalang disitu. Ia didapati mati dikaki lima itu dengan keadaan yang sangat hina sekali. Menurut cerita, beliau ini asalnya adalah seorang usahawan yang sangat berjaya, boleh juga digelar jutawan. Tetapi atas sikap sombong dan bongkaknya beliau berakhir di tempat sebegini. Sikapnya yang bangga dengan minuman keras hampir setiap hari menyebabkan ia ketagih alkohol. Setiap majlis undangan yang dihadirinya dimestikan menyediakan minuman kegemarannya itu. Semua kawan-kawannya mengetahui akan hal ini. Ia tidak akan hadir atau akan cepat meninggalkan majlis yang tidak menyediakan ais syaitan itu. Malah dia akan menyumpah seranah tuan rumah atau penganjur majlis yang tidak mengikut kehendaknya. Maklumlah orang yang berpelajaran tinggi dari lulusan luar negara yang telah biasa dengan semua jenama alkohol katakan. Malahan dia tidak mahu lagi bertutur dalam Bahasa Melayu yang kolot sedangkan kehidupannya juga telah bertukar seperti orang Inggeris. Semua pakaiannya, perhiasan rumahnya, gayanya, percakapannya, pemikirannya malah yang terakhir sekali tentang peganggan hidupnya juga telah bertukar seperti orang Eropah. Ia tidak mahu dikaitkan dengan agama Islam lagi kerana agama itu dianggap menggongkong hidupnya. Jadi ia memilih dengan peganggan tidak beragama kerana inginkan kebabasan mutlaq. Allah itu maha pemurah, diberikannya rezki berlipat ganda kepadanya supaya dia bertambah sesat. Kemudian bencana menimpa, isteri "orang putihnya" telah memfailkan cerai dan menuntut semua hartanya kerana sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Dalam pembicaraan itu Isterinya telah menang dan berjaya memiliki sebahagian besar hartanya. Tinggalah dirinya berseorangan sedangkan anak dan Isterinya bergembira dengan hartanya. Atas sebab kecewa yang teramat sangat dia menyepi diri dengan minuman. Semua perniagaannya tergadai, harta benda yang tinggal juga tergadai maka tercampaklah ia di kaki lima membawa diri dengan khayalan. Dari minuman berjenama hingga tinggal minuman tuak saja pun masih dia gagahi juga. Lara hidupnya akibat derhaka terhadap Allah swt. Itulah siksaan yang Allah kurnia jika kamu lupa janjimu. Janji semasa kamu mahu dihidupkan dahulu, janji akan bertaat setia ke hadrat Allah selamanya telah kamu langar . Selepas ini menanti pula azab kubur dan azab alam Akhirat yang kekal abadi.

  • Saudara yang budiman, ambillah iktibar dari semua cerita diatas tadi. Ia bukan cerita hayalan, malah benar-benar terjadi kerana semua yang kawan ceritakan itu ada disebelah kawan sedikiat waktu dulu. Mereka adalah sahabat-sahabat kawan sendiri yang tidak dapat kawan tolong. Kawan jadikan ia sebagai contoh untuk renungan saudara semua dan menjadikan ia sebagai sempadan dalam hidup saudara agar mendapat taufiq dan hadayah keinsafan. malahan di bulan yang mulia ini agar mendapat maghfirah Allah dengan bacaan ini. Semoga saudara semua berjaya...waallahuaa'lam.

BAB 5 - BEZA KELUAR NYAWA ANTARA ISLAM DAN KAFIR.

Telah diriwayatkan oleh at Thabrani dan Abu Naaim dari al Amasy dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah bahawa Rasulullah saw telah bersabda " sesungguhnya nyawa orang Mukmin itu keluar dengan melompat sedangkan nyawa orang Kafir itu dicabut dengan keras seperti manarik kaldai (yang tak mahu bergerak) ". Seorang mukmin yang pernah membuat dosa akan merasa kesakitan dan keperitan semasa dia dicabut nyawanya (shakaratulmaut), maka dosanya akan terampun. Jika orang kafir yang pernah melakukan kebajikan (kebaikan) lalu ia akan beroleh sedikit kemudahan di saat ia dicabut nyawanya. Ini adalah sebagai balasan Allah kepada setiap manusia yang menghadapi shakaratulmaut. Waallahua'alam.




BAB 6 - TANDA KENING BASAH PADA ORANG MUKMIN.


Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Buraidah bahawa Nabi saw telah bersabda " Seorang mukmin itu meninggal dunia dengan kening basah". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi sebagai hadis hasan. Kemudian dari riwayat Abu Abdullah at Tarmidzi al Hakim didalam kitabnya 'Nawardir al Ushul' dari Salman al Farsi yang mengatakan, ia pernah mendengar Rasulullah bersabda iaitu "Perhatikan 3 pekara kepada orang yang akan meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang mata (kelopak mata) berpeluh dan hidungnya mengembang, ia adalah petanda rahmat dari Allah diturunkan kepadanya. Jika ia terpejam seperti gadis yang dicekik, kulitnya berwarna kehitaman dan di kedua sudut mulutnya berbuih, maka ia petanda azab dari Allah swt yang diturunkan kepadanya " Menurut dia lagi, pada saat hendak meninggal dunia, sisa-sisa dosa orang mukmin itu akan diseksa atau dicuci hingga mengakibatkan keningnya basah. Ulama lain berpendapat kening yang basah adalah akibat dari perasaan malu kepada Allah kerana pernah melangar laranganNya. Apabila didalam keadaan tubuhnya dibahagian bawah telah mati sedangkan yang mampu bergerak hanyalah di bahagian atas sahaja, maka "letak" rasa malu hanyalah pada sepasang matanya sahaja. Pekara seumpama ini tidak nampak pada orang-orang kafir atau orang Islam yang sedang sibuk diazab. Oleh itu peluh yang keluar membasahi kening orang mukmin adalah petunjuk ia sedang merasa malu kepada Allah swt diatas kesilapannya. Ketiga-tiga rahmat Allah yang dinyatakan didalam hadis diatas tadi, boleh dilihat kesemuanya secara serentak, atau satu persatu atau hanya dua tanda saja atau satu tanda sahaja. Semua tanda itu adalah menurut tangga keimanan dan ketakwaan masing-masing. Di dalam riwayat Baihaqi dan at Tarmidzi disebutkan dari Abdullah bin Mas'ud iaitu " Kematian seorang mukmin ditandakan dengan kening yang basah. Dosa- dosa yang tertinggal akan dicuci dan disiksa semasa meninggal dunia."




BAB 7 - ADAB MASUK KAWASAN KUBURAN DAN MASALAH MENANGIS.


Telah diriwayatkan oleh Abu Daud dari Buraidah bin Khashib bahawa Rasullah saw bersabda "Aku pernah melarang kamu semua dari menziarahi kuburan. Sekarang berziarah kuburlah kamu semua kerana di dalam ziarah itu terdapat peringatan". Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Buraidah bahawa Nabi telah bersabda " Barangsiapa yang ingin menziarah kubur, dipersilakan tetapi jangan berkata jahat (perkataan-perkataan yang tidak baik)." Telah diriwayatkan oleh Abu Umar dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw telah bersabda " Setiap orang yang melawat kubur sahabat sesama Islam dan dikenalinya kemudian mengucapkan salam maka akan dijawab oleh penghuni kubur akan ucapan salamnya itu". Tetapi di dalam sebuah hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dan ad Dailami bahawa ia berkata " Sekalipun kamu tidak mengenali mereka dan tetap mengucapkan salam kepadanya, nescaya akan dijawab juga salam itu ". Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidatina Aisyah ra dikatakan pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang ayat yang perlu dibaca ketika memasuki tanah kuburan. Rasulullah menjawab "Ucapkanlah, semoga keselamatan sentiasa dilimpahkan kepada para penghuni kuburan ini yang terdiri dari orang-orang yang beriman dan orang-orang muslim. Semoga Allah mengasihi orang-orang terdahulu dan orang-orang di belakang antara kami, Insyaallah kami akan bergabung dengan kamu semua". Kemudian disebut didalam Shahih Bukhari dan Muslim bahawa pada suatu hari Nabi saw mendapati seorang wanita sedang menangis di sebuah kuburan ahli keluarganya lalu Baginda bersabda kepadanya "Bertawakallah kepada Allah dan bersabarlah".




KETERANGAN:






  • Daripada hadis-hadis diatas tadi, dapatlah kita mengatahui beberapa pengertian yang agung berkenaan hukum sunat bagi menziarahi kubur untuk semua kaum baik lelaki mahupun wanita. Kemudian adalah sunat memberi salam kepada mayat-mayat dikuburan dan salam itu pastinya akan dijawab oleh mereka. Kemudian tiada larangan untuk kaum wanita menziarahi kubur dan menangis. Seandainya telah terdapat larangan seumpama itu, pastinya Nabi saw akan bersabda untuk melarang perbuatan itu, justru riwayat yang mengatakan kaum wanita dilarang menziarahi kuburan itu adalah tidak shahih. Yang shahih adalah Rasulullah saw tidak melarang kaum wanita dari menziarahi kubur dan mereka juga boleh menangis (tidak hingga meraung) cuma mereka mesti mematuhi hukum-hukum syarak seperti mesti menutup aurat, tidak boleh bercampur gaul dengan lelaki yang bukan muhrim, tidak dibenarkan bercakap pekara-pekara yang tidak baik, tidak dibenarkan berkelakuan tidak sopan, tidak boleh berpakaian menjolok mata dan lain-lain lagi. Kemudian tiada beza diantara kaum wanita dewasa atau remaja. Jika ada perbezaannya , sudah tentu Rasullah akan bersabda tentangnya. Kaum wanita boleh saja menangis di kuburan sama saja seperti menangis sewaktu ahli keluarga mereka baru meninggal dunia. Hanya perbezaan budaya sahaja yang berlainan. Jika masyarakat Arab, mereka akan menangis sambil meraung-raung, meratap dan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi dan dada mereka, mengoyak-goyak baju terutama dibahagian poketnya, mengambil pasir dan disiram dikepala mereka sambil menghentak-hentak kaki dan ada juga hingga baring ditanah berguling-guling , menghempas-hempas diri dan mencakar-cakar tanah sambil menangis. Begitulah dahsyatnya mereka meratapi kematian ahli keluarga mereka, tidak seperti masyarakat Melayu yang lebih sopan. Berdasarkan Ijma Ulama-ulama ASWJ perkara meraung seumpama masyarakat Arab itu adalah ditegah dan adalah haram hukumnya di dalam syarak. Terdapat satu larangan dan ancaman dari sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang menyatakan bahawa Nabi saw telah bersabda "Aku bebas tanggungjawab daripada wanita-wanita yang mencukur rambutnya, yang meratap dan mengoyak-goyak bajunya sendiri ". Ada pun menangis biasa akibat perasaan sedih, atau kasihan dan bersifat manusia biasa adalah tidak ditegah kerana Rasulullah juga turut menangis ketika kematian putranya yang bernama Ibrahim. Saidina Omar al Khathab juga tidak melarang kaum wanita menangis ketika kematian Abu Salman. Kesimpulannya, menangis kerana kematian adalah dibenarkan cuma jangan melampaui batas.


BAB 8 - KEMATIAN DIDAHULUI DENGAN SHAKARATULMAUT.

Didalam al Quran terdapat 4 buah ayat dimana Allah berfirman menjelaskan kesiksaan semasa berhadapan dengan maut.

Pertama, didalam surah Qaf ayat 19 yang mafhumnya ; "... dan datanglah shakaratulmaut dengan sebenar -benarnya ". Kedua, di dalam surah al Waqi'ah ayat 83 yang mafhumnyua ; "Mengapa tidak kamu kembalikan roh bila ia telah sampai dikerongkong (shakaratulmaut)". Ketiga, di dalam surah al An'aam ayat 93 yang mafhumnya ; "Alangkah dahsyat sekiranya kamu dapat melihat di waktu orang-orang zalim (kaya dan sombong) di dalam tekanan-tekanan shakaratulmaut ". Keempat, di dalam surah Kiamah ayat 26 yang mafhumnya ; "Tidak sekali-kali, apabila nafas (roh) telah sampai kekerongkong". Telah diceritakan tatakala Rasulullah menghadapi shakaratulmaut oleh sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw memandang sebuah bejana (bekas) air untuk minum yang dibuat dari kulit. Baginda memasukkan tangan ke dalam bejana itu dan mencedok sedikit air dan disapu pada mukanya lalu bersabda " Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya kematian itu didahului dengan tekanan-tekanan shakaratulmaut". Kemudian Baginda mengangkat kedua tangannya lalu bersabda "Bertemu Allah yang Maha Tinggi" sampai Baginda wafat dan kedua tangannya pun jatuh terkulai. Telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi bahawa Aisyah ra berkata "Aku tidak merasa irihati kepada seseorang yang mengalami kematian dengan mudah setelah aku melihat dahsyatnya kematian Rasulullah saw". Kemudian dari sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah ra berkata "Rasulullah wafat di dalam pelukanku". Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah dalam Musnadnya (kitab tulisannya), dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda "Bolehlah bercerita tentang Bani Israel dan tiada dosa kerananya, pada mereka terjadi cerita yang pelik dan menakjubkan ". Kemudian Baginda mula bercerita kepada kami "Beberapa orang dari Bani Israel sedang pergi kesebuah kuburan. Mereka berkata, 'seandainya kita melakukan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah, nescaya akan muncul kepada kita salah seorang penghuni kubur ini yang boleh menceritakan kepada kita tentang kematian". Setelah solat dua rakaat dan berdoa, tiba-tiba muncul dihadapan mereka seorang lelaki yang berkepala putih berkulit hitam legam dan pada sepasang matanya terdapat kesan sujud. Lelaki itu berkata "Apa yang kamu berdua mahukan daripada ku ?. Aku sudah meninggal sejak seratus tahun yang lalu, tetapi sampai sekarang tetap aku merasakan panasnya kematian. Oleh itu tolong doakan ke hadrat Allah supaya diperkenankan aku mendapat keadaan asal ku dulu ". Kemudian didalam sebuah hadis maudhu yang telah diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah bersabda " Sesungguhnya seseorang hamba pasti akan mengalami bencana maut dan tekanan-tekanan shakaratulmaut. Setiap sendi-sendi akan mengucapkan salam perpisahaan hingga bertemu lagi menuju hari kiamat ". Telah diceritakan di dalam kitab ar Ri'ayat pada mukasurat 140 hingga 141, karangan Imam al Muhasabi katanya, sesungguhnya Allah swt telah bertanya kepada Nabi Ibrahim as "wahai kekasihKu, bagaimana kamu rasakan kematian mu ?. Nabi Ibrahin as menjawab "Seperti sebatang besi yang panas yang dilekatkan pada kapas yang basah kemudian ditarik ". Allah swt berfirman "Kami akan membantu meringankan kamu, Ibrahim". Kemudian diceritakan pula ketika roh Nabi Musa as sampai ke hadrat Allah swt, maka ia ditanya "Wahai Musa, bagaimana kamu merasakan kematian mu ?. Nabi Musa as menjawab " Aku dapati diriku seperti seekor burung merpati yang dipanggang hidup-hidup di atas alat pemanggang tampa boleh mati dan tidak boleh terbang". Di dalam riwayat yang lain Nabi Musa as menjawab "Aku dapati diriku seperti seekor kambing yang dilapah hidup-hidup oleh seorang pelapah daging". Sedang riwayat menceritakan berkenaan Nabi Allah Isa bin Maryam as mengingatkan "Wahai para sahabat karibku, berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan memberikan kemudahan shakaratulmaut kepada kamu semua ". Manakala ada juga menceritakan bahawa kematian itu lebih dahsyat daripada dipancung dengan pedang, dipotong dengan gergaji atau di kacip dengan gunting, wallahua'lam. Telah diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dalam kitabnya "al Hilyat", dari Makhul dari Wa'ilah ibnu Asfa' bahawa Nabi saw bersabda "Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, pandangan mata malaikat maut itu lebih menyakitkan daripada seribu kali pancungan pedang". Sambungan hadis ini akan dituliskan di lain bab. Disebut pula di dalam hadis riwayat Humaid at Thawil dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya malaikat maut itu mengelilingi dan memagari seorang hamba yang akan meninggal dunia, jika tidak, ia akan melambung kerana kuatnya tekanan shakaratulmaut, ke padang pasir atau ke gurun sahara". Satu riwayat yang dikatakan oleh al Qadhi Abu Bakar ibnu Arabi "Setelah seluruh makhluk mati lalu malaikat maut diperintah oleh Allah swt untuk mencabut nyawanya sendiri". Malaikat maut berkata "Demi Keperkasaan Engkau, seandainya aku tahu betapa sakitnya tekanan shakaratulmaut itu, nescaya aku tidak mahu mencabut nyawa seorang mukmin". dalam sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dari Suhail Hausyab bahawa ia berkata "Rasulullah saw ditanya tentang dasyatnya kematian itu, Baginda menjawab 'Kematian yang paling ringan adalah seperti sebatang duri yang berada didalam kapas. Adakah mungkin untuk mencabut duri itu tanpa kapas yang melekat ?". Dalam riwayat Ibnu Saad di dalam kitab Thubaqat (26014), Syahr berkata "Ketika Amr ibnu Ash hendak meninggal dunia, putranya bertanya 'Wahai ayah, pernah kau berkata kepadaku ingin berjumpa dengan seorang yang alim sewaktu menjelang ajalnya bagi menceritakan apa yang ia rasakan. Ternyata orang itu ialah ayah sendiri. Maka sekarang tolong ceritakan kepadaku rasanya menjelang maut'. Amr ibnu Ash pun menjawab ' Wahai anakku, sesungguhnya waktu ini dadaku seperti berada di atas sebuah bangku, aku bernafas seolah-olah mengeluarkan jarum beracun. Ku rasakan seperti ada sebatang duri yang ditarik dari hujung tapak kakiku hingga kehujung kepalaku". Kemudian dia bersyair... "Kalau ku tahu akan pekara ini akan ku gembalakan kambing gurun di puncak gunung". Diriwayatkan oleh Abu Maisarah secara marfu bahawa ia berkata " Seandainya rasa sakit yang dialami oleh sehelai rambut dari seorang mayat diletakkan di atas penghuni langit dan bumi, nescaya mereka akan mati semua". Kemudian dia bersyair ; "Akan ku ingat terus kematian tanpa kenal takut, kerana hatiku keras seperti seketul batu. Akan ku buru dunia, kerana aku merasa akan hidup kekal. mesti pun di belakangku kematian terus mengekori jejak ku. Ketahuilah... kematian seharusnya cukup untuk menjadi pengajaran, dan ia telah ditentukan kepada sesiapa sahaja,menunggu di sekeliling mu, tanpa kau boleh lari darinya ".




KETERANGAN :

Wahai saudara sekalian... telah tiba masa dan ketikanya untuk sedar dari lamunan mimpi, kepada sesiapa pun yang masih khayal sebelum kematian mencakup dirinya, sebelum geraknya terdiam, sebelum nafasnya terhenti sebelum dia berangkat ke kuburnya, tempat tulang belulang akan hancur lebur. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa ia pernah berutus surat kepada sahabatnya yang berpesan seperti berikut ; "Am'ma Ba'du... Aku berpesan kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah Yang Maha Agung. Berhati-hatilah kepada Nya. Jadikanlah takwa dan wara' sebagai bekal, kerana sesungguhnya kamu berada di sebuah negeri yang bakal akan diterbalikkan bersama-sama penghuninya. Allah telah menyediakan Kiamat dengan segala huruhara. Allah akan minta pertanggungjawabkan semua yang kamu lakukan walau sekecil mana pun. Kamu semua adalah hamba Allah, oleh itu ingatlah akan kematian yang pasti tiba. Bacalah firman Allah ini :- "Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati" - surah Ali Imran ayat 185. "Semua yang ada dibumi akan binasa" - surah ar Rahman ayat 26. "Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat (maut) mencabut nyawa mereka dengan memukul muka dan punggung mereka ". - surah Muhammad ayat 27. Aku dengar bahawa mereka dipukul dengan cemeti yang dibuat dari api Neraka. Allah berfirman yang mafhumnya ; "Katakanlah, Malaikat maut yang diserahkan (tugas mencabut nyawa) untuk mu akan mematikan kamu, hanya kepada Tuhan tempat kamu kembali". -surah as Sajadah ayat 11. Aku mendengar bahawa kepala malaikat maut itu berada di langit, kedua kakinya berada di bumi. Seluruh dunia ini berada di genggaman malaikat maut, seperti sebuah pinggan yang berada di hadapanmu sewaktu hendak makan. Aku dengar pula bahawa malaikat maut itu memandang ke wajah setiap manusia sebanyak 366 pandangan. Aku dengar malaikat maut itu memandang setiap rumah yang berada di bawah langit sebanyak 600 kali. Aku dengar malaikat maut itu berdiri di tengah-tengah dunia dan memandang ke seluruh isi dunia ini baik di daratan, di lautan, di gunung- ganang di hadapannya seperti sebiji telur yang berada di depan kaki kamu semua. Aku dengar malaikat maut mempunyai pembantu yang sangat banyak dan setia. Jika diperintahkannya untuk menelan langit dan bumi sekali gus pun akan dilakukannya. Aku dengar malaikat maut adalah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh malaikat seperti ketakutanmu kepada serigala. Aku dengar para malaikat pemikul A'rasy jika didekati oleh malaikat maut akan jatuh A'rasy berkeping-keping dilepaskan lari kerana ketakutan. Aku dengar malaikat maut itu mencabut nyawa bermula dari bawah kuku kakinya, uratnya, rambutnya dan bahagian angota-angota yang lain, lalu apabila roh melepasi setiap sendi sakitnya melebihi dipancung 1000 pedang. Aku dengar jika kesakitan yang ditanggung oleh sehalai rambut mayat itu diletakkan pada langit dan bumi, hancur leburlah seluruhnya.Aku dengar ketika malaikat maut mencabut nyawa orang mukmin akan memakai sutra putih dan memakai wangian yang sangat harum. Manakala apabila ia mencabut nyawa orang kafir, ia akan memakai jubah berwarna hitam dari Neraka yang baunya lebih busuk dari bangkai ". Telah disebut di dalam suatu riwayat, ketika ajal seorang mukmin telah dekat maka ia dihampiri 4 malaikat, satu mencabut nyawa dari bahagian kaki kanan, satu dari kaki kiri, satu dibahagian tangan kanan dan satu lagi dibahagian tangan kiri. Kemudian nyawanya dilepaskan begitu saja ketika mereka mencabut dibahagian kepala dan hujung jari-jari. Berbeza dengan orang kafir, ketika dicabut nyawa mereka seperti mencabut besi penyucuk yang panas dari segumpal kapas yang basah. Di dalam kitab 'Kasyfu Ulum al Akhirat' karangan Abu Hamid menyatakan, "Kerana itu bayangkan dirimu wahai orang yang tertipu, ketika kamu akan menghadapi sharakatulmaut yang mencengkam. Saat itu kamu tiada berdaya lagi. Aku melihat kamu terbaring lemas. Aku tahu kau mendengar perbualan orang-orang yang sedang menunggu mu, tetapi tidak kau hiraukan lagi. Anak perampuan mu menangis seperti tertawan oleh musuh, merengek sambil berkata "Ayah... sepeninggalanmu nanti bagaimana nasib ku sebagai anak yatim ?, Siapa yang akan memberi keperluanku ?, Sekali lagi kamu dengar rintihannya namun tiada daya kamu lagi untuk menjawab." Waktu itu kamu hanya menahan keperitan yang tak terhingga, hinggakan tidak hirau keadaan sekeliling mu lagi. Seorang abadi bersyair ; "Putri bungsuku pengosok-gosok pipinya di dadaku pelahan-lahan sambil menangis dan menyeru, Ayah... aku tidak sanggup, bagaimana dengan nasib anak-anak yatim yang bakal kau tinggalkan ini. Kami seperti anak-anak burung yang kehilangan ibu".Bayangkanlah keadaan mu wahai manusia, setelah kamu diangkat dari pembaringanan mu untuk dimandikan, dikafankan kemudian dilepas keluar dari pintu rumahmu. Keluarga, sahabat, rakan dan taulan yang dekat menangisimu. Bagaimana dengan isteri dan anak-anakmu yang selepas itu tidak akan melihatmu selama-lamanya ???. Seorang penyair berlagu ; "Wahai orang yang tertipu, kenapa kamu masih bermain dengan sejuta harapan palsu. Ketika ajal kematianmu sudah sangat dekat ??? Seharusnya kamu tahu, rakus (tamak) adalah samudera luas yang menjauhkan bahtera dunia ketengah-tengahnya.Seharusnya kamu tahu, kematian pasti akan menengkapmu, rasanya amat menyakitkan, waktu itu kamu lihat dengan matamu sendiri, anak-anakmu akan menjadi yatim, isterimu akan menjanda, mereka meratap sedih sambil menampar-nampar diri sendiri. Setelah tubuhmu dibaluti kain kafan kemudian diusung dan ditimbusi tanah sedang mata mu terkacip rapat."

KETERANGAN:


Para Ulama nengatakan "Kalau tekanan shakaratulmaut yang sangat dahsyat menimpa para Nabi dan orang-orang bertakwa, bagaimana dengan orang-orang awam yang selama hidupnya tidak ingatkan kematian serta tidak mahu menyiapkan dirinya ???". Firman Allah didalam surah Saad ayat 67 dan 68 yang mafhumnya ;
"Katakanlah, berita itu berita yang benar, Yang kamu berpaling daripadanya".
Menurut para Ulama lagi, pekara dahsyat kematian dan shakaratulmaut mengandungi dua pengajaran kepada manusia awam.
Pertama; supaya mereka mengatahui betapa sakitnya kematian dan ia sebenarnya bersifat tersangat rahsia sekali. Pada kelazimannya, yang dapat dilihat ketika seseorang yang akan meninggal dunia tiada gerakan dan tanda-tanda gelisah, seolah-olah ia melihat nyawanya keluar dengan mudah sehingga orang-orang awam beranggapan kematian itu satu pekara biasa dan lumrah sahaja. Namun apabila ada keterangan mengatakan bahawa Nabi Muhammad saw yang menjadi kekasih Allah sekalipun merasakan kesukaran dan keperitan dalam menghadapi shakaratulmaut, baharulah mereka semua tergamam, tersentak dan termenung mengenangkan nasib diri sendiri ? bagaimana ?. Keculi yang dirasakan oleh para syuhada yang terbunuh di dalam peperangan dengan orang-orang kafir.
Kedua; Semantara ada yang bertanya, kenapakah para Nabi dan Rasul yang menjadi kekasih Allah sahaja yang dikenakan kesukaran menghadapi shakaratulmaut ??? Bukankah Allah sentiasa mendatangkan pertolongan kepada mereka seperti yang telah berlaku kepada Nabi Ibrahin as yang dinyatakan dalam firmanNya "Akan Kami permudahkan kematianmu " ??? Jawapan bagi soalan-soalan di atas ialah sebenarnya, Manusia yang paling berat menerima Ujian Allah didunia ini adalah Para Nabi-nabi dan Para Rasul-rasul. Sebagaimana sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Nabi saw ."Jika Allah mendatangkan cobaan kepada mereka, itu adalah untuk menyempurnakan keutamaan-keutamaan kepada mereka dimataNya dan untuk meninggikan darjat-darjat mereka disisiNya ".


Oleh iti bukanlah bermaksud mereka mesti diazab, atau semata-mata untuk menyiksa mereka. Sebaliknya jika Allah menghendaki mereka-mereka itu diakhirkan hidup mereka dengan cubaan-cubaan yang berat sudah tentu mereka semua redha, atau pun Allah boleh datangkan saja pertolongan kepada mereka untuk meringankan azab itu. Semua ini tidak terjadi, sebaliknya hanyalah dengan sebab Allah mahukan mereka mendapat Darjat dan Mertabat yang tinggi disisiNya dengan ganjaran pahla yang sangat besar disebabkan kematian yang sangat sukar itu. Allah lah Yang Maha Agung dan Maha Mengatahui akan tahap kekuatan dan kesabaran seseorang makhlukNya.
Contohnya seperti Nabi Ibrahin as yang diberi cobaan dengan Api, atau Nabi Musa as yang dicoba dengan ketakutan, atau Nabi Muhammad saw yang dicoba dengan kemiskinan serta permusuhan kaum kafir dan Yahudi yang kuat. Juga cobaan-cobaan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelumnya itu adalah untuk mengangkat darjat dan mertabat mereka di sisi Allah swt. Ia bukanlah dibangsakan sebagai kekejaman atau siksaan akibat dosa mereka seperti yang berlaku kepada orang-orang kafir, munafiq atau durhaka. Oleh kerana itu kedua-dua pekara ini mestilah dilihat berasingan bukannya sama antara kedua itu.

KETERANGAN:


Ada pula diantara manusia berfikir bahawa setiap jiwa itu pasti akan merasa siksaan shakaratulmaut, kenyataan itu memang ada kebenarannya tetapi Allah sebagai Zat yang tiada fana dan kekal selamanya juga mempunya Kuasa membezakan dan mempertimbangkan antara setiap makhluknya tahap kesukaran shakaratulmaut yang mereka alami bersesuaian dengan kedudukan dan darjat mereka disisiNya. Makhluknya bererti bukan manusia sahaja malahan setiap benda hidup di atas muka bumi, di lautan, di angkasa dan di langit semua termasuklah sipengcabut nyawa itu sendiri Malaikat Izraail atau Malaikat Maut, juga tidak akan lepas dari menghadapi maut. Sesuai dengan firman Allah swt di dalam surah Ali Imran ayat 185 yang mafhumnya ;
"Setiap jiwa pasti akan merasakan maut".
Didalam kitab nukilan Abu Hamid 'Kasyfu Ulum al Akhirat' mengatakan "Allah swt membahagikan kematian di tiga alam. Yang berada di Alam Dunia pasti akan mati. Yang berada di Alam Malakut pasti akan mati dan yang berada di Alam Jabarut juga akan mati. Manusia pertama yang mati ialah anak Adam kemudian dirinya juga isterinya Hawa as dan keturunannya yang lain dan kemudian binatang-binatang. Yang kedua ialah para Malaikat dan Jin dan yang ketiga ialah Malaikat-malaikat pilihan." Firman Allah didalam surah al Hajj ayat 75 yang mafhumnya ;
"Allah memilih utusan-utusanNya dari kalangan Malaikat dan Manusia".
Firman Allah lagi didalam surah al Ambiya ayat 19 dan 20 yang mafhumnya ;
"Dan malaikat-malaikat yang disisiNya, mereka tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada rasa letih. Mereka bertasbih siang dan malam tiada henti-henti". 
Mereka merupakan makhluk suci yang diciptakan Allah seperti firmannya didalam surah al Ambiya ayat 17 yang mafhumnya;
"Sekiranya Kami hendak mencipta permainan, nescaya akan kami cipta dari sisi Kami. Jika kami mahu membuatnya ".
Mereka ini akan mati dengan mendapat tempat yang terhormat di sisi Allah swt. Hampirnya mereka dengan Allah bukan bererti mereka terlepas dari manghadapi maut. Menurut pendapat Ibnu Qasi, selain perbezaan itu, terdapat juga perbezaan di dalam mengalami kematian. Ada manusia yang begitu mudah mengalami kematian iaitu ketika sedang tidur seperti yang dialami sesetengah orang soleh. Sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran kita akan tahap-tahap kematian itu sendiri kerana ia adalah di dalam rahsia Allah jua. Perbezaan rasa kematian itu juga terdapat di antara umat Islam dengan orang-orang kafir, golongan durhaka, golongan munafiq dan lain-lain lagi. Sedangkan di antara umat Islam itu sendiri juga mengalami perbezaan akan rasa kematian itu contohnya antara golongan Nabi dan muslim awam tentunya terdapat perbezaan. Kemudian di antra golongan Nabi itu sendiri mengalami perbezaan merasakan kematian bersesuaian dengan martabat mereka di sisi Allah swt. Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 253 yang mafhumnya ;

"Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagiannya dari yang lain. Di antara mereka ada yang berkata-kata terus dengan Allah dan meninggikan sebahagian mereka beberapa darjat...."

Telah Allah beri keringanan akan kematian Nabi Ibrahim as seperti yang telah dinyatakan tadi, maksudnya apa yang telah diringankan Allah bererti tiada lagi yang lebih ringan dari itu dan apa-apa juga yang telah diberatkan oleh Allah, bererti tiada lagi yang lebih berat dari itu. Begitu juga sesuatu yang dibesarkanNya bererti tiada yang lebih besar dari itu. Separti firman Allah "Apabila kami lihat di sana (syurga), nescaya kamu akan lihat berbagai macam nikmat dan kerajaan yang besar". Maka tiada kerajaan yang lebih besar dari kerajaan di syurga, juga tiada yang lebih ringan azabnya selain azab shakaratulmaut.

KETERANGAN :

Dari semua penjelasan berkenaan shakaratulmaut yang dibentangkan tadi, maka ketahuilah kita bahawa kematian merupakan suatu bencana yang sangat mengerikan, hal yang sangat dashyat, pekara yang merungsingkan malahan juga digelar malapetaka yang menghentikan segala nikmat dan kesenangan dunia. Kematian akan menghancurkan seluruh tubuh badanmu, tulang belulang mu, kekuatan mu, harta benda mu, keluarga mu, kehebatan mu, kepandaian mu, pangkat darjat mu yang pula akan menghuraharakan nasib mu kemudiannya.

Ketika Sultan Harun al Rasyid sakit tenat, seorang tabib kerajaan Parsi didatangkan untuk merawat baginda. Ia diperintah untuk menguji air kencing Sultan termasuk beberapa pesakit dan orang yang sehat, namun ia tidak diberitahu yang mana satu milik Sultan. Lalu dia pun melakukan ujian satu persatu botol contoh air kencing dan apibila sampai giliran air kencing Sultan, dia lantas menyuruh tuan punya air kencing tersebut agar cepat membuat wasiat untuk keluarganya kerana penyakitnya telah tenat. Sedangkan tiada komen diberi kepada sampel air kencing yang lain, Sultan pun amat berputus asa keatas dirinya sendiri kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakitnya lagi, lalu baginda pun berkata ;

"Si tabib itu... mistipun pandai mengubat, ternyata ia tidak mampu menolak ajalnya yang akan datang, ia pun akan mati disebabkan penyakit yang pernah diubatinya. Yang mengubat, yang diubat, yang membuat ubat, yang menjual ubat... semuanya pasti mati".

Heboh dikeliling bandar orang ramai bercakap berkenan Sultan yang sedang gering itu, malahan ada yang menyampai-nyampai berita bahawa Sultan Harun ar Rasyid sudah pun Mangkat. Menyedari penyakitnya yang semakin parah, lalu beliau memerintah dibuatkan pedati pada seekor keldai lalu dinaikan baginda diatasnya. Ia bertujuan untuk mengelilingi bandar bagi memberitahu rakyatnya bahawa baginda masih hidup dan sihat. Ternyata ushanya itu sia-sia saja, dia sudah tidak berdaya lagi. Setelah beberapa ketika ia pun minta diturunkan semula kerana tidak selesa. Selepas itu dimintanya kain kafan, lalu baginda diminta memilih sendiri kain yang digemaraninya oleh pengasuhnya. Kemudian baginda memerintahkan digali liang lahad dekat dengan bilik tidurnya. Apabila ia mahu memusingkan kepalanya untuk melihat, baginda pun berkata "Sudah tiada gunanya lagi hartaku dan aku lepaskanlah semua kekuasaanku". Pada malam itu juga baginda pun mangkat.

Wahai saudara seklian, bagaimana pendapat mu tentang malaikat maut yang akan datang kepadamu dan kemudian pergi membawa nyawamu. Malaikat yang mengubah penglihatanmu dan merosakkan susuk tubuhmu. Malaikat yang memaksa kamu berpisah dengan mereka yang kamu sayangi. Malaikat yang mengubah cara kehidupanmu yang dilimpahi nikmat dunia, kaya raya, gemilang, terbilang, berpengaruh, berpangkat, terhormat, bebas, berani, kuat, hebat, ditakuti, digeruni, tiba-tiba menjadi sekujur mayat yang akan ditanam kedalam lahad yang sempit dan gelap gulita oleh orang-orang yang sangat kamu sayangi dan yang menghormatimu. Kamu ditimbuni tanah, pasir dan batu, kemudian selepas itu kamu hanya tinggal nama saja. Kamu kemudian ditelan tanah, dipijak-pijak bahkan kadang kala dibina ungun api diatas mu atau dibina dinding bangunan, jalan raya dan sebagainya lagi.

Suatu hari Saidina Ali bin Abu Talib dihidangkan sebuah bekas air minuman. Setelah baginda memegang dan melihat bekas air itu, baginda pun berkata "Allah pasti tahu berapa banyak mata yang memakai celak dan pipi yang mengalir air mata yang kemudian bercantum dengan kamu ".

Dalam suatu cerita berkenaan dengan dua orang sedang bertengkar berkenaan dengan sebidang tanah. Atas kehendak Allah, seketul batu bata tiba-tiba boleh berkata-kata " Wahai kamu berdua, Apa yang sebenarnya yang sedang kamu rebutkan ?. Aku dahulu adalah seorang Raja besar yang memiliki segala kekuasan selama setahun. Tetapi kemudian aku mati dan menjadi tanah. Seribu tahun kemudian aku diambil oleh seorang pembuat tembikar lalu dijadikan sebuah bekas air. Setelah digunakan hingga pecah, aku pun kembali menjadi tanah selama seribu tahun lagi. Kemudian aku diambil dan dibuat batu bata yang sekarang ini aku bakal dijadikan dinding pula. Oleh itu buat apa kamu bertengkar seperti ini ???."

Diceritakan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam sebuah kitabnya yang bertajuk 'Al Aqibat wal Wujud" yang mengisakhan banyak cerita taladan yang intisarinya berpusat kepada pandangan sesuatu yang sudah hancur akan dibentuk semula menjadi baru semula. Sesuatu benda yang berubah juga boleh diubah lagi. Dia bercerita sewaktu dia masih muda, "suatu hari aku bersama seorang kawan sedang memindahkan tanah dari sebuah kuburan Yahudi yang terletak dikota Qurdhuba dengan menggunakan keldai. Tanah itu sudah bercampur dengan sisa tulang belulang , daging, rambut dan kulit mereka yang sudah meninggal dunia disana. Tanah itu kami bawa kepada pembuat tembikar.

Pendapat sebilangan Ulama ASWJ, perubahan itu hanya melibatkan jasadmu saja, tetapi tidak pada roh mu kerana ia punya urusan lain dengan Allah swt. Apa yang terpisah darimu tidak bererti ia tidak boleh kembali seperti semula. Barang yang terpisah itu bukanlah hilang sia-sia untuk selama-lamanya, malahan ia bukan menjadi dalil pertemuan semula tidak boleh terjadi. Firman Allah didalam surah Thohaa ayat 51 dan 52 yang mafhumnya ;

"Berkata Fir'aun, 'maka, bagaimana keadaan umat-umat terdahulu ??" Musa Menjawab " Pengatahuan tentang itu ada disisi Tuhanku, didalam sebuah kitab. Tuhan kami tidak akan salah dan tidak akan lupa ".



BAB 9 - KEMATIAN ITU KIFARAH BAGI UMAT ISLAM.

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw telah bersabda "Kematian adalah kifarah bagi setiap muslim". Hadis ini juga dikatakan oleh al Qadli Abu Bakar ibnu Arabi didalam kitabnya "Siraj al Muridin", beliau mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih sekaligus hasan.

KETERANGAN:


Sesungguhnya kematian itu adalah merupakan kifarah bagi segala penderitaan dan rasa sakit yang dialami oleh seseorang muslim semasa menderita terlantar kerana sakit dipembaringan dan kemudiannya membawa maut. Dalam hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah telah bersabda "Setiap orang muslim yang ditimpa penderitaan berupa sakit dan lain-lainnya, nescaya kerananya Allah akan menurunkan dosa kejahatan-kejahatan itu seperti pokok yang menguggurkan daun-daunnya ". Dari kitab 'Al Muwatha' iaitu sebuah riwayat dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang dikehendaki Allah baik, Allah akan mendugainya".


Kemudian dalam sebuah hadis ma'tsur, Allah swt telah berfirman "Sesungguhnya Aku tidak mengeluarkan seseorang dari dunia sedang aku ingin mengasihinya, sebelum Aku cukupkan padanya atas semua kesalahan yang pernah ia lakukan, dengan sakit ditubuhnya, musibah yang menimpa keluarga dan anaknya, kesusahan hidup, kesempitan rezekinya sehingga kepada hal-hal yang kecil. Apabila masih ada sisa dosanya, aku akan memberatkannya dengan kematian, sampai akhirnya ia datang kepada Ku seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya". Dikatakan oleh penulis kitab 'Syarah ash Shudur' dimukasurat 28. Didalam sanadnya terkandung nama 'ad Dairuni', nama seorang perawi yang dicurigai kerana selalu berdusta.


Berbeza keadaannya dengan mereka-mereka yang tidak dicintai dan tidak mendapat redha Allah, seperti yang telah disebukkan didalam sebuah riwayat yang menyatakan, Allah swt telah berfirman "Demi Keperkasaan dan Keagungan Ku, Aku tidak mengeluarkan dari dunia seorang hamba yang ingin Aku seksa, sampai Aku memenuhi setiap kebajikan yang pernah dilakukannya dengan kesehatan tubuhnya, kelapangan pada rezekinya, kesenangan dalam hidupnya dan rasa tenang didadanya, sampai hal-hal yang kecil sekali. Jika masih ada sisa kebaikkannya, aku akan permudahkan kematiannya, sampai akhirnya dia datang kepada Ku tampa mempunyai sebarang kebajikan sedikit pun yang dapat ditebus dari Neraka " Hadis sanad ini juga dibentangkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih seperti yang telah diperkatakan oleh Abul Hasan ibnul Hishar dari Ubid bin Khalid as Salmi, salah seorang sahabat Nabi, bahawa Rasulullah bersebda "Kematian mengejut adalah hukuman yang menyedihkan bagi orang kafir ". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud secara mursal.


Diriwayatkan oleh at Tarmidzi didalam hadis daaif dari Aisyah ra bahawa ia berkata "Sesunggunnya kematian mengejut itu adalah kesenangan bagi orang mukmin tetapi hikuman yang menyedihkan bagi orang kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa sesungguhnya Nabi Allah Daud as telah meninggal pada hari Sabtu secara mengejut. Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam budak Saidina Umar al Khatab bahawa ia berkata "Jika sesorang mukmin yang masih mempunyai sisa dosa yang belum mencukupi pada amalannya, Allah swt akan memberatkan Shakaratulmaut. Kesakitan yang dashyat itu akan mencapaikan darjatnya disyurga. Jika orang kafir melakukan kebajikan didunia, Allah akan permudahkan kematiannya untuk melunaskan balasan kebajikan yang telah dilakukan itu, kemudian ia kembali ke Neraka ". Hadis ini juga telah diperkatakan oleh Abu Muhamad @ Abdul Haq.


Telah diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dari hadis al A'masy dari Ibrahim dari al Qamah dari Abdullah bahawa Rasullah saw telah bersabda "Nyawa orang mukmin itu keluar dengan melompat dan nyawa orang kafir itu keluar seperti keluarnya seekor keldai.Sesungguhnya seorang mukmin yang melakukan kesalahan (dosa) lalu kerananya ia diperberatkan pada saat kematian, nescaya kesalahan (dosa) itu akan lebur olehnya. Seorang kafir yang melakukan kebajikan akan dipermudah kematiannya sebagai balasan atas kebajikian itu". Telah diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dan Ahmad, sesungguhnya Abu Darda pernah berkata "Aku menyukai kematian kerana aku rindu kepada Tuhanku. Aku menyukai sakit untuk menghapuskan kesalahanku. Aku sukakan kemiskinan untuk tawadu' kepada Tuhanku yang Mahaperkasa dan Mahaagung".




BAB 10 - MATI DALAM BERBAIK SANGKA DAN TAKUT PADA ALLAH SWT ;


Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bahawa tiga hari sebelum Rasulullah saw wafat, Baginda telah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali didalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah". Hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari. Hadis ini turut diriwayatkan oleh Abu Dunya dalam kitabnya 'Husnu azh Zhan Billah', beliau menambah "...susungguhnya ada satu kaum yang dibinasakan Allah kerana buruk sangka kepada Allah. Maka Allah yang Maha memberkati dan Mahaluhur berfirman kepada mereka didalam surah Fuhsilat ayat 23 yang mafhumnya :
"...dan yang demikian itu adalah perasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu. Maka jadilah kamu tergolong diantara orang-orang yang rugi ".
Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dari Anas bahawa Nabi swt pernah menziarihi seorang pemuda yang sedang dalam keadaan Nazak, Baginda bertanya 'Bagaimana perasaanmu ? '. Ia menjawab " Selain berharap kepada Allah, aku juga mengkhawatiri dosa-dosaku". Lalu Rasulullah bersabda " Jika dalam hati seorang hamba yang mukmin ada dua perasaan seperti itu, Allah tentu akan mengkhabulkan harapannya dan menyelamatkannya dari apa yang ditakutinya". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi yang mengatakan hadis ini hasan sekaliarong gharib. Juga diriwayatkan oleh Tasbit dari Nabi saw secara mursal.
At Tarmidzi dalam kitabnya 'An Nawadir al Ushul' dasar ke 86 mengatakan bahawa ia mendengar dari Yahya bin Habib dari Ady dari Basyar al Mufdhal dari Auf bahawa al Hasan berkata 'Aku pernah dengar Rasulullah bersabda', "Tuhanmu Yang Mahaperkasa dan Mahaagung berfirman", " Aku tidak menghimpunkan pada hamba Ku dua ketakutan sekaliarong dan tidak menghimpunkan dua rasa bebas sekaliarong. Barang siapa yang takut pada Ku didunia, Aku akan beri kebebasan diakhirat. Barang siapa yan merasa bebas dari Ku semasa didunia, Aku akan membuatnya rasa takut diakhirat ".
Bersumber dari Abu Bakar bin Sabiq al Umawi dari Abu Malik al Janbi dari Jaubir dari adh- Dhahhak dari Ibnu Abbas dan dari Rasulullah saw menyentuh berkenaan munajat Nabi Musa as, Allah swt berfirman " Wahai Musa...sesungguhnya setiap hamba Ku yang bertemu Aku pada hari kiamat nanti pasti akan Aku periksa apa yang ada padanya kecuali dua sifat wira'i (Ketakutan dan malu). Aku merasa malu kepada mereka, memberi tangguh kepada mereka, memuliakan mereka dan memasukkan mereka kedalam syurga tampa hisab ". Lalu Rasulullah bersabda lagi "Barangsiapa yang merasa malu kepada Allah didunia dari apa yang telah dilakukannya. Allah pun merasa malu untuk memeriksa dan menyoalnya. Tidak mungkin terkumpul dua rasa malu sekaliarong padanya, sebagaimana juga tidak mungkin terkumpul dua rasa takut sekaliarong padanya ".

KETERANGAN:


Perasaan berbaik sangka terhadap Allah seharusnya lebih kuat semasa seseorang hampir meninggal dunia daripada sewaktu ia sihat. Sebagai ganjarannya Allah telah berjanji akan mengasihinya dan mengampuni dosa-dosanya. Bagi orang-orang yang berada disekelilingnya sewaktu nazak, harus selalu mengingatkannya supaya dia masuk dalam firman Allah "Aku tergantung bagaimana sangkaan hamba Ku kepada Ku, bolehlah ia menyangka Aku sesuka hatinya". Demikian yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim.
Dari sebuah hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh al Khathib didalam 'Tarikh Baghdad' - (1/396) dan dari riwayat Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda "Janganlah salah seorang dari kamu meninggal dunia kecuali sedang berbaik sangka kepada Alllah kerana berbaik sangka kepada Allah itu adalah harga syurga ". Diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa ia berkata "Tiang dan tujuan utama agama ialah untuk berbaik sangka kepada Allah. Barangsiapa diantara kamu meninggal dunia sedang kamu berbaik sangka kepada Allah, ia akan masuk syurga dengan perasaan lega." Abdullah bin Mas'ud menyatakan "Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, seseorang yang mahu berbaik sangka kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan sangkaan yang sama kepadanya. Hal itu kerana segala kebijikan ada ditangan Nya ". Mengambil berita dari Sufyan, Ibnu Mubarak mengatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata " Apabila kamu melihat seseorang hendak meninggal dunia, buatlah ia gembira supaya ia bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan berbaik sangka kepada Nya ". Apabila mereka didalam keadaan sihat dan hidup, maka takut-takutkanlah mereka (memberi peringatan dan kesedaran). Kata al Fudhail "Dalam keadaan sihat seorang hamba lebih baik takut daripada berharap. Tetapi semasa hendak meninggal dunia, berharap itu lebih baik dari takut ".
Diriwayatkan oleh Ibnul Abu Dunya dari Yahya bin Abdullah al Bashri dari Sawar bin Abdullah dari al Mu'tamir bahawa ia berkata " Ketika ayahku hendak meninggal dunia ia berkata kepadaku, "Wahai Mu'tamir... ceritakan kepadaku pekara-pekara yang ringan dan menyenangkan supaya nanti aku bertemu Allah dalam keadaan bersangka baik kepadaNya ". Diriwayatkan oleh Amr bin Muhammad an Naqid dari Khalaf bin Khalifah dari Husain dari Ibrahim bahawa ia berkata "Orang-orang salaf gemar sekali memberitahukan amal-amal kebijikan seseorang yang hendak meninggal dunia supaya ia boleh berbaik sangka kepada Allah yang Mahaperkasa dan Mahaagung ". Tsabit al Banani bercerita "Ada seorang pemuda yang terkenal sangat nakal sehingga selalu membuat Ibunya merasa malu. Sewaktu hendak meninggal dunia, Ibunya dengan penuh kasih sayang menghampirinya dan berkata, 'Anakku, aku selalu mengingatkan mu bahawa kamu pasti akan menemui ajalmu seperti ini'. Ia menjawab ' Wahai ibu.. sesungguhnya aku punya Tuhan yang sangat dermawan dan baik. Hari ini aku masih boleh berharap, mudah-mudahan Dia tidak lokek atas kebaikkan Nya padaku." Akhirnya anak itu dikasihi oleh Allah berkat berperasangka baik kepada Allah ".
Pasa suatu hari, Amr bin Dzar sedang duduk bersama-sama dua sahabatnya Ibnu Abu Daud dan Abu Hanifah, ia berkata "Ya Allah.. takkanlah Engkau hendak menyeksa kami, sedangkan diperut kami ada tauhid ?. Aku tidak pernah melihat Engkau melakukan seperti itu. Ya Allah.. ampunkanlah orang yang selalu bersifat seperti para tukang sihir Firaun pada saat Engkau mengampuni mereka kerana mereka mengatakan (yang terdapat dalam Quran, firman Allah didalam surah asy Syu'ara ayat 47)..."Kami beriman kepada Tuhan semesta Alam".
Kemudian diceritakan pula oleh ath Thabari, katanya "Dikatakan Nabi Allah Yahya bin Zakaria apabila bertemu dengan Nabi Isa bin Maryam as ia bermuka masam, Nabi Isa berusaha membuat ia tersenyum tapi tak menjadi lalu Baginda pun bertanya "kenapa bermasam muka?" Nabi Yahya as menjawab "Kerana setiap kali bertemu denganmu, kamu sentiasa tersenyum seolah-olah kamu telah merasa bebas di dunia ini ". Kemudian Allah mewahyukan kepada mereka berdua "Sesungguhnya di antara kamu berdua, yang paling Aku cintai ialah yang paling berperasangka baik terhadap Ku". Demikianlah yang diberitakan oleh Israeliayat (sebuah manuskrip kaum Israel).
Telah diriwayatkan oleh Baihaqi dan Abdurazaq bahawa Zaid bin Aslam mengatakan "Pada hari kiamat kelak, seseorang yang dihadapkan kepada Allah, lalu Allah berfirman kepada Malaikat, "bawa orang ini pergi ke Neraka" Ia bertanya "Wahai Tuhan, bagaimana dengan solat dan puasaku". Allah berfirman "Hari ini Aku memutuskan rahmat Ku, sebagaimana kamu memutuskan hamba-hamba Ku dari rahmat Ku". Allah telah berfirman didalam surah al Hijr ayat 56 yang mafhumnya ;
"Ibrahin berkata ' Tiada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang-orang yang telah sesat ".
Permasaalah ini akan dihuraikan didalam bab yang lain nanti dalam Fasal B : Kiamat.

......... jika ingin memberi komen, sila ke blog  kubranews@zamany
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan