Saturday, January 21, 2012

Rumah Idaman Rakyat Miskin bayaran RM150 Sebulan Tanpa Riba


Dengan kadar bayaran serendah ini, kerajaan akan dapat membantu sebahagian besar rakyat negara menikmati kehidupan yang lebih selesa.



Secara tidak langsung ia memberi suntikan semangat kepada rakyat untuk lebih berusaha memperbaiki taraf hidup. Rumah yang cantik dan menarik bakal merubah imej masyarakat marhain di negara ini. Sesiapa sahaja yang layak boleh membuat permohonan kepada SPNB.

Tidak mustahil akan berbunyi juga nanti suara-suara sumbang yang menyakitkan telinga. Usaha yang baik pun akan dipusing-pusing untuk menggambarkan keburukan, ia menjadi tren masa kini. Orang Melayu semakin berubah. Sedihnya ada antara mereka yang membuat kerja ini ialah mereka yang mengaku sebagai orang agama. Dimanakah keikhlasan mereka?

Mungkin juga akan dianggap sebagai gula-gula politik sebagaimana Kedai 1 Malaysia dahulu. Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya sendiri. Apa yang penting kebajikan rakyat akan terbela. Sesiapa yang layak akan mempunyai peluang yang sama rata walau dari mana kaum dan ideologi politik. 

Rata-rata orang miskin tegar di negara ini adalah orang Melayu, berbagai usaha telah dibuat walaupun tidak dapat menyelesaikan semuanya. Pembinaan rumah mampu milik dengan kos sekecil RM150 sebulan tanpa riba ini adalah usaha murni yang wajib disokong.

Usaha menggagalkannya atas dasar kepentingan politik adalah sesuatu yang amat malang. Mengapa susah sangat orang Melayu mahu menerima kenyataan bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka? 

Dari dasar penubuhan Pusat Pengajian Tinggi, Badan Berkanun hinggalah GLC yang semuanya banyak membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Namun angkara beberapa kerat manusia yang suka sangat membuat tohmahan dan melakar rekayasa tanpa bukti kukuh, masyarakat Melayu akhirnya terbawa-bawa budaya membenci sesama bangsa seagama. Jika betul ada bukti rasuah dan salah guna kuasa, jom kita heret mereka ke mahkamah. Rasanya mudah kita perbaiki keadaan dari membuat tuduhan membabi buta.

Jika dikatakan mahkamah tidak boleh dipercayai dan menjadi alat kerajaan, ia sesuatu pembohongan yang nyata. Ada menteri yang terpaksa meringkok dalam penjara, ramai kakitangan kerajaan diseret kemahkamah kerana rasuah dan sebagainya membuktikan pembohongan kenyataan tersebut. Saya tidak suka mengungkit kes DSAI baru-baru ini.

Orang Melayu yang miskin ini lebih seronok mendengar dusta sana-sini mengenai tuduhan rasuah, kroni dan sebagainya yang sedikitpun tiada kena mengena dengan kehidupan mereka secara langsung. Kebanyakannya pula tidak berasas sama sekali, tiada bukti yang boleh disabitkan. Persepsi demi persepsi direkayasakan (tuduhan bermodalkan air liur) sama seperti umpatan jua, sesuatu yang dilarang dalam agama. 

Projek ini bukanlah omong kosong dan bermotif politik, namun sepertimana biasa bila sudah benci, sesuatu cantik elok macam mana sekali pun akan tetap dikatakan buruk juga. 

Rumah Mesra Rakyat (RMR) UNTUK SEMUA warga negara tidak kira latar belakang politik. Oleh itu sama-samalah kita bantu mereka yang miskin ini dari menzalimi mereka. Berhentilah sikap membenci sesama sendiri.





Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KELAYAKAN PEMOHON
Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.


REKABENTUK

Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadr ul - Hassan.

Keluasan 866kps 

Keluasan 700kps


Pandangan Perspektif Rekabentuk (Atas Tanah)

Keluasan 866kps 

Keluasan 700kps

Untuk maklumat lanjut mengenai skim ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 03-2681 0180. 

 

Syarat mudah disediakan untuk membantu mereka yang miskin dan dhaif mendapat rumah selesa untuk didiami.


maklumat lanjut sila ke SPNB

Wednesday, January 18, 2012

`Regim Change'- Perang Salib belum berakhir!



Perang Salib Masih Belum Tamat

Kehadiran Islam di Tanah Suci kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke 7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat-tempat suci ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci.

Orang-orang Eropah di barat juga tidak begitu peduli dengan kehilangan baitulmuqdis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada kristian ortordoks timur yang berpusat di Empayar Bizantine.

Perubahan sikap Barat terhadap timur berlaku pada tahun 1009 apabila khalifah Fatimiyyah dari Kaherah iaitu al Hakim menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Pengganti al-Hakim membenarkan Empayar Bizantine untuk membina gereja semula tetapi dengan syarat yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk melakukan kunjungan suci. Terdapat juga khabar angin disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian. Cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam menyeramak Perang Salib pada abad-abad seterusnya.

Terdapat pelbagai Perang Salib di mana yang besar sebanyak sembilan kali. Perang Salib yang penting dan terbesar berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang Islam tetapi juga di Iberia dan Eropah tengah.


Sehinggalah hari ini perang salib masih berterusan. Di Afganistan dan Iraq perang salib masih berlaku cuma dengan nama dan bentuk lain. Umat islam masih diperangi terutama di Palestin.

Apa Kaitan Dengan Kita? 

Perang Salib telah melebar hingga ke Malaysia? Baca kupasan dibawah tanpa prejudis. Sayangnya PAS ikut terjebak dengan kerja PKR yang mendapat sentuhan ... siapa?

Dalang menukar regim pemerintahan 

KITA telah peringatkan berkali-kali bahawa UMNO dan kerajaan jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana mereka bijak mencipta fitnah, handal menyusun kejahatan dan terlalu pakar menimbulkan persepsi bagi mengundang keresahan rakyat supaya kerajaan dan pemimpinnya dilihat korup,tidak bermoral dan sebagainya.

Strategi Blitzkrieg seperti yang ditulis sebelum ini disini  "blitzkrieg iaitu Lightning war “  mula mereka laksanakan secara ageresif setelah sekian lama mereka mengumpul isu, merekayasakan fitnah dan menyedari PRU13 makin dekat, seluruh jentera mereka diarahkan bergerak untuk membunuh karekter pemimpin dan kepimpinan UMNO serta kerajaan dan sekaligus mengelirukan pandangan ataupun penghormatan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin.

Fasa pertama mereka menyerang institusi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia dengan isu kehilangan enjin jet dan kapal selam, badan kehakiman, Polis Diraja Malaysia, Biro Tata Negara serta badan-badan strategic yang lain bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan. Tujuan utama mereka adalah untuk mengikis dan menghakis tahap kepercayaan rakyat yang telah terbina sejak sekian lama setelah PM Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Perbuatan sabotaj ini seolah-olah seperti satu penderhakaan kepada negara dan pembangkang meneruskan serangan fitnah mereka terhadap Rosmah Mansor dengan berbagai-bagai dakwaan liar supaya rakyat memandang sinis serta keji ke atas sebarang tindakan ataupun tingkah laku dan ketrampilan isteri PM Najib itu.Mereka berjaya memberikan persepsi buruk Rosmah di mata rakyat di luar.

Rosmah diserang dengan isu cincin,beg mewah dan isu wanita Monggolia tetap dikaitkan dengan beliau walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab namun pembangkang masih kekal mengambil kesempatan menyerang Rosmah dan Najib dalam isu ini.

Persoalannya, mengapa Rosmah diserang begitu rupa? Jawapannya cukup mudah kerana PM Najib tidak mempunyai sebarang isu moral untuk diketengahkan. Dan adakah ini bukan merupakan satu perbuatan kejai serta jijik pembangkang? Jelas di sini pembangkang gentar dengan transformasi yang dibawa oleh PM Najib dan barisan kabinetnya.

Isu basi FELDA didendangkan semula. GLC dan GOC turut tidak ketinggalan untuk difitnah oleh pembangkang. Mengapa pembangkang menjadi FELDA sebagai kambing hitam sedangkan disinilah berkampungnya anak-anak Melayu dan adakah hanya kerana mahu meraih undi,pembangkang begitu sekali terdesak hingga terpaksa menggadaikan hak serta kepentingan ekonomi Melayu dan menjadi peneroka FELDA mangsa mereka?

Pembangkang tidak sunyi mencipta isu. NFC yang mereka dedahkan pada Ogos 2010 tetapi tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan akhirnya menjadi senjata utama kepada mereka untuk menyerang kerajaan pada hujung tahun 2011 hingga ke hari ini dengan menjadi Laporan Audit Negara sebagai rujukan mereka.

Kita telah ingatkan kepada jentera kerajaan dan parti supaya jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pembangkang dan jangan menyerah bulat-bulat kepada rakyat untuk menilai benar atau tidak segala tomahan itu kerana pakar-pakar strategik pembangkang ini bukan `kecik anak’, mereka terlatih dan dilatih oleh pakar-pakar luar negara yang berselindung di sebalik Ngo-Ngo seperti Konrad Adenauer Foundtion (KAF) dan New Endownent For Demokract (NAD) yang bertanggungjawab menukar regim pemerintahan negara-negara lain sebelum ini.

Pakar-pakar strategic pembangkang ini akan sentiasa merencanakan agenda kepimpinan mereka malah kita percaya akan banyak lagi isu-isu serta kejutan-kejutan yang bakal mereka lakukan dan sekiranya kepimpinan kerajaan serta parti terus memandang rendah keupayaan mereka ini,kerajaan dan parti akan berdepan dengan masalah.

Pertubuhan Yahudi Jerman..

Sebab itulah dalam kita tidak sedar, kita diperdayakan dengan agenda Bersih yang didalangi oleh Bar Council yang mempunyai dana ratusan juta dari luar Negara (lihat Laporan Kewangan Bar Council) dan kita percaya agenda mereka tidak akan terhenti setakat itu dan akan ada lagi Bersih selepas ini dan salah satu agenda jelas mereka adalah LGBT atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.

Perancangan menumbang kerajaan serta menukar regim di dalam Negara kita ini adalah hanya satu perancangan mikro dari perancangan makro yang lebih besar di peringkat dunia. Tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu senarai Negara-negara yang tersenarai bersama dengan Negara-negara Libya, Turki, Kuwait, Mesir, Iraq dan Iran.

Satu peringatan penting untuk kerajaan, sesebuah negara itu hancur, tumbang ataupun musnah adalah lebih mudah sekiranya dihancurkan dari dalam serta segala yang berlaku sepanjang pemerintahan PM Najib ini seharusnya dijadikan iktibar dan melihat gerakan yang didalangi oleh apa yang dimaksudkan di atas bukan sekadar isu politik semata-mata tetapi satu gerakan menghacur serta memusnahkan akidah.

Jangan suatu masa, jika hari ini anak-anak kita keluar ke sekolah mengangkat beg dan juga buku tetapi akhirnya satu ketika, anak-anak kita keluar dari rumah mengangkat senjata untuk menuntut hak hidup di dalam negara sendiri seperti yang berlaku kepada umat Islam yang seagama di Palestine, Iraq dan beberapa negara lain.

 
saladin yang digeruni dan dirindui

Perang Salib belum berakhir!

Tuesday, January 17, 2012

Awal 2012 - Disebalik Peristiwa


Terdapat sesuatu yang kelihatan janggal

Artikel Aminuddin Yahya
Suara dari Gunung


Semenjak hampir seminggu yang lepas politik negara dikejutkan dengan dua peristiwa besar yang melibatkan dua pemimpin Melayu iaitu YB DS Anwar dan YB DD Hasan Ali. Bukalah mana-mana akhbar, TV dan laman sesawang maka kita akan berjumpa dengan pelbagai komentar secara verbal dan tulisan dibuat terhadap kedua2 peristiwa ini.

Peristiwa ini memberikan kita beberapa perspektif terhadap politik negara dan bangsa Melayu. Kita tidak harus melnilainya dari aspek luaran tetapi juga apa yang ada disebaliknya.




Ada Campurtangan Politik ?

Kalau ditanya kepada masyarakat samada yang intelek maupun rakyat biasa maka respon mereka terhadap keputusan kes DSAI adalah amat mengejutkan. Bukan kerana keputusan yang DSAI didapati tidak bersalah tetapi cara keputusan dan hujah yang diberikan oleh YM Tuan Hakim amat luarbiasa. Dilaporkan YM Tuan Hakim hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk berhujah dan alasan yang diberikan pula adalah kerana DNA ada keraguan sedangkan sebelum ini hakim yang sama menyatakan sample DNA itu boleh diterima. Bukan saja rakyat terkejut malah yang hadir dalam mahkamah juga terkejut termasuk para peguam dan DSAI sendiri.

Kita sama sekali tidak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi kita juga sukar untuk menolak persoalan yang timbul hasil dari keputusan itu; adakah disana ada campurtangan politik? Walaupun kerajaan menafikannya namun bagi rakyat yang berfikir ianya sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Apakah mungkin kes yang memakan masa hampir 3 tahun dengan ratusan bukti, melibatkan individu yang sangat berpengaruh, mendapat liputan media dunia, hanya diputuskan dalam masa 5 minit. Ini sesuatu yang pelik dan mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah perundangan negara.

Adakah disana ada campurtangan politik yang menyebakan YM Tuan Hakim terpaksa membuat keputusan yang “tergesa-gesa”?

Jika telahan ini benar maka bermakna badan kehakiman negara masih jauh dari kebebasan sebenar yang didambakan oleh rakyat.

Begitu juga dengan kes DD Hasan Ali. Pemecatan beliau dari PAS dilihat adalah hasil desakan dari Timbalan Presiden PKR bukan atas sebab2 dalaman parti. Komen beliau terhadap 901 tanpa disangka membawa padah kepada diri beliau sendiri. Yang menariknya ianya berlaku hanya selepas 2 hari desakan itu dibuat.

Adakah penyingkiran itu adalah atas dasar prinsip atau dasar menjaga kedudukan politik pihak2 tertentu? Keputusan yang drastik tanpa memberi peluang kepada empunya diri berhujah menjadi persoalan ramai pihak terhadap kewibawaan pimpinan parti islam itu. Tidak sempat badan disiplin melakukan penyiasatan, tiba-tiba hukuman telah dijatuhkan. Ini sesuatu yang sangat unik yang tidak berlaku kepada mana-mana parti lain termasuk UMNO dan PKR. Apa yang pimpinan PAS ingin buktikan kepada rakyat? Itu kita tidak pasti. Apa2pun sebagai orang luar kita tetap menghormati keputusan pimpinan terhadap ahlinya sendiri.

Dasar atau Kedudukan?

Jika dilihat dari kedua2 peristiwa ini ia melahirkan satu kebimbangan dalam politik orang Melayu dimana menjaga kedudukan lebih penting dari dasar sebenar dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan dibuat bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk menang dalam percaturan politik. Jika ini berterusan maka politik orang Melayu menjanjikan masa depan yang amat gelap. Tidak hairan setelah 54 tahun merdeka nasib bangsa Melayu masih ditahap lama dengan ekonomi, pelajaran, kekayaan dikuasai oleh bangsa lain. Malang pulak bila rakyat Melayu lain hanya sekadar mengikut pimpinan bermain politik. Orang Melayu malas mahu mencari ilmu dan berfikir tetapi lebih kepada mengikut sentiment yang ada.

Dalam keadaan ini maka tidak sukar untuk membayangkan bahawa bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah untuk dipermainkan dan diperkotak-katikan.

Kebencian yang meluap

Kelibat muslimat PAS dalam meraikan kemenangan DSAI juga telah menjadi buah mulut orang ramai. Gaya, suara dan kata-kata yang dilontarkan semasa perhimpunan 901 dilihat amat tidak cocok dengan keperibadian wanita islam. Ada yang mengatakan ia tidak syarei.

Namun bagi saya, saya masih melihat itu sesuatu yang dibuat tanpa dirancang dan tanpa disengajakan tetapi lebih kepada memperlihatkan akan kebencian yang amat sangat pengikut PAS terhadap kemungkaran yang dibuat oleh UMNO. Ertinya asalkan UMNO jatuh maka apa saja akan sanggup dilakukan. Saya berharap ia tidak sampai keperingkat dimana umat islam dinegara ini sanggup membakar diri sendiri seperti mana yang berlaku pada kebangkitan dinegara2 Arab.

Umat islam kena faham suasana negara tidak sama sesekali dengan tanah Arab. Umat islam harus melihat krisis orang Melayu jauh lebih besar dari krisis politik tetapi meliputi soal-soal yang lebih fundamental seperti soal aqidah. Kajian telah dibuat dimana 70% dari pelajar sekolah menengah tidak menunaikan solah 5 waktu secara penuh.

- Adakah berbaloi kita berbalah ketika anak2 kita masih mencari-cari jawapan terhadap persoalan hidup?

- Adakah sesuatu yang cerdik ketika kita berbalah orang lain terus meneruskan misi mendapatkan tuntutan mereka dengan lebih berani dan aggresif?

- Adakah sanggup diri kita dipermainkan bangsa lain yg bertopengkan Human Rights dan kesamarataan termasuk dalam soal2 agama?

Rakyat Melayu harus benar-benar merenungi perkara ini supaya kita bertindak dan membuat keputusan bersandarkan hujjah syarak dan kebenaran yang kuat bukan sekadar emosi dan kehendak orang lain.


                  penghargaan untuk sdr Amin                                        


kekacauan di Mesir

Sdr Amin,

Pertembungan politik dikalangan Islamis sekarang ialah ‘Clash of Ideas’ iaitu satu pihak menyokong idea seperti yang di perjuangkan oleh Dr Hasan Ali..iaitu kesatuan umat Melayu dahulu maka barulah orang bukan Melayu kita raikan dengan adil VS Kesatuan Rakyat yang di pelopori oleh DSAI dan ditumpangi oleh PAS yang menyamaratakan semua atas nama keadilan yang akhirnya kita lihat umat Melayu Islam yang masih ketinggalan dalam berbagai bidang akan lebih mencabar nasib mereka dimasa akan datang. 

Yang paling untung ialah DAP kerana sebelum ini DAP tidak pernah bermimpi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian kecuali di Pulau Pinang. Cara fikir DAP sebelum ini hanya untuk menjadi pembangkang yang kuat bagi membela nasib kaum Cina.

Sekarang DAP dah boleh berangan untuk paling tidak jadi TPM sekiranya PR dapat menguasai Putrajaya.

Adakah orang Melayu mendapat a better deal dibawah PR….yang pastinya obsesi memalitkan UMNO dengan rasuah yang melampau berjaya memalingkan orang Melayu Islam dari melihat nasib mereka jika kerajaan pusat bertukar tangan!!

Saya baru mendengar BBC sebentar tadi… rakyat yang berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia kini mengeluh keadaan mereka kini menjadi bertambah buruk dengan kadar pengangguran yang tinggi…

Nampaknya kehidupan mereka lebih teruk dari keadaan mereka di rejim sebelumnya… akhirnya isu bread and butter juga yang menjadi concern utama rakyat Begitu juga di Libya post Ghaddafi… adakah nasib rakyat menjadi lebih baik… yang ada mereka masih berbunuhan antara satu sama lain…dimana Nato dan sekutunya sekarang?

Mungkin retorik ‘Arab Spring’ menarik imaginasi rakyat marhein untuk melakukan perubahan kerajaan…tapi apakah perubahan yang mereka perjuangkan itu menjadikan nasib mereka lebih baik ataupun mereka hanya menjadi tunganggan pihak yang berkepentigan iaitu BARAT aka Musuh Islam.  
comment by Orang Lama


Kebencian yg meluap terhadp UMNO-BN menyebabkan rakyat akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan mereka.

Namun harus diingat akal yang bijak dan pemerhatian yang tajam perlu dikekalkn agar agama tidak tergadai dalam kebencian yang meluap.  
commrny by Zafry

Saturday, January 14, 2012

sekadar renungan bersama - tangan rahsia masonic

Bilakah Kaum Melayu Nusantara akan faham? Islam Liberal bakal merusak persekitaran Islam Asia Tenggara. Indonesia dan Malaysia menjadi target langsung oleh pemikir-pemikir yang bergerak atas paksi Islam Liberal. Kenapa ia penting untuk difahami?



Pastinya tidak mudah untuk manusia yang begitu sibuk dengan urusan keduniaan untuk melakukan penentangan terhadap aliran ini. Sukar sekali untuk beralih fikir atau berikhtiar mencari penyelesaian muktamad. Islam Liberal bergerak secara halus, tidak mungkin dapat dikesan dengan mudah. 

Kini dan mendatang anak-anak Islam hanya tahu Islam atas paksi ini. Inilah yang cuba dinobatkan oleh Zionis. Atas sebab apa? Sebabnya, jarum Pluralisma hanya dapat disalur melalui Liberalisma. Pluralisma ini akan mengangkat seluruh agama atas satu kesepakatan, sama rata dan tiada lagi permusuhan atas nama agama. Yang paling terjejas ialah Islam yang masih berpegang satu tuhan iaitu tauhid. Islam akan tercemar secara tidak langsung. Apabila Liberalisma Pluralisma menjadi paksi, Islam terpaksa memperakui agama syirik (lebih dari satu tuhan) sebagai sama taraf dengan Islam. Islam akan runtuh dengan sendirinya.

Protokol Zionis Ke-4

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab (matematik) serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Zionis Ke-10


Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma’ ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

petikan suara wak kang

Masih ada ruang masa untuk memberi kesedaran kepada anak muda tentunya, maklumat mengenai musuh dalam selimut ini. Kuncinya ialah jangan pentingkan dunia kerana itulah yang dihajati Yahudi Zionis bagi memudahkan laluan Islam Liberal. Selamatkanlah ummah walau terpaksa mengorbankan kekayaan dunia.


Wednesday, January 11, 2012

Dr Hasan Ali Mangsa Racun Terselindung Dalam Kepimpinan PAS



PENDEDAHAN EKSKLUSIF
KONSPIRASI TERANCANG DALAM PAS UNTUK SINGKIRKAN PENGUASAAN ULAMA DALAM KEPIMPINAN

apa kaitan dengan "parasit"?
Dari dua sumber berbeza
Pendedahan 1. Penyokong UMNO
Pendedahan 2. Penyokong PAS

PENDEDAHAN 1


Rancangan sulit JIM (IRC) meruntuhkan kepimpinan Ulama PAS
membantu memperkukuh cengkaman Anwar dalam PAS

Dr Hassan jadi penghalang

PENYINGKIRAN Hassan Ali dari jemaah PAS bukan sahaja dilihat menguntungkan DAP ataupun PKR tetapi sebenarnya satu kemenangan awal kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang selama ini bercita-cita untuk menguasai kepimpinan PAS.

Memang DAP boleh tersenyum lega kerana Hassan Ali yang mereka sifatkan sebagai duri dalam daging kepimpinan kerajaan Selangor telah dipecat daripada PAS kerana Hassan Ali selama ini banyak menghalang gerakan-gerakan DAP untuk berkuasa penuh dengan menjadikan Khalid Ibrahim sebagai kuda tunggangan mereka.

Itu dari kehendak DAP tetapi yang sebenarnya kepimpinan PAS ataupun Hadi Awang sedar atau tidak bahawa dalam PAS ketika ini kelompok anggota atau bekas anggota-anggota JIM sedang merancang untuk mengambil alih secara keseluruhan pimpinan PAS.

Desakan Azmin Ali hanya sekadar ungkapan politik dan dengan berselindung disebalik kebencian DAP terhadap Hassan Ali, kumpulan yang pro Anwar mengambil kesempatan mendesak Hadi Awang membuat keputusan memecat serta merta Hassan Ali dari parti itu tanpa sebarang amaran.Peluang ini tidak dilepaskan oleh bekas anggota IRC ini.

JIM ini dulunya adalah serpihan daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun dan di Mesir mereka lebih dikenali dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..

Saari Sungib pernah menjadi Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan ini dan dilihat seperti menjadi syarat kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.


Saari bekas Presiden JIM..

Tindakan rakus bekas Presiden JIM juga jelas apabila telah memilih calon-calon untuk PRU13 sehingga beliau diberikan kata dua supaya tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada Presiden PAS.Kenapa Saari begitu berani mengumumkan senarai calon-calon untuk PRU13 di Selangor?

Sebab itulah penyingkiran Hassan Ali ini dilihat terlalu zalim serta drastik kerana Hassan Ali langsung tidak diberikan surat tunjuk sebab seperti lazimnya pada sesebuah pertubuhan kerana itulah peluang terbaik kelompok bekas pimpinan JIM ini menekan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menyingkir dan memalukan Hassan Ali dan Exco PAS ini akhirnya tumbang menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang tidak senang dengan kelantangannya.

Sebagaimana satu ketika dulu ABIM yang bercita-cita untuk menguasai UMNO dengan kemasukan Anwar ke dalam parti itu dan ABIM gagal melaksanakan agenda mereka dalam UMNO apabila Anwar dipecat daripada semua jawatan lantaran kes liwatnya dengan Azizan.Serpihan anggota JIM bukan sahaja berada dalam kepimpinan tertinggi PAS tetapi turut sama berada dalam PKR kerana kerana mereka adalah penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.

JIM yang juga merupakan antara pertubuhan yang pro Anwar berpaling menyusup masuk dalam PAS bagi menguasai parti tersebut dan ternyata usaha bekas-bekas anggota JIM ini semkin nampak hasilnya dan pemecatan Hassan Ali adalah bukti jelas bahawa PAS sudah tidak mampu lagi bangga dengan konsep parti itu sebelum ini yang waras dalam melaksanakan tindakan.

PAS ketika ini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan tuntutan DAP,bukan sahaja dilihat menjadi perkakas kepada DAP dan PKR tetapi kepimpinan tertinggi PAS dilihat gagal melihat gerakan tersusun dari dalam untuk menggantikan kepimpinan ulama kepada kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh JIM dan mereka akhirnya mengorban Hassan Ali tanpa disedari bahawa mereka telah mengorbankan dasar perjuangan PAS itu.

Semua orang pelik dengan alasan yang Hadi Awang berikan kononnya tindakan dan kenyataan Hassan Ali memudaratkan kepentingan PAS.Salahkah Hassan Ali memperjuangkan Islam kerana itu dasar tubuh PAS?Adakah menyalahi kepentingan PAS apabila Hassan Ali bersungguh mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dan di mana salah sebenarnya Hassan Ali bila beliau vokal mempertahankan kepentingan Melayu serta Raja-Raja Melayu sedangkan beliau bertanggungjawab dalam portfolionya itu? Yang jelas Hadi Awang maupun Nik Aziz ataupun Dewan Ulama PAS sudah sesat dan tersasar jauh dari asas penubuhan parti ini.

Hadi Awang tidak boleh alpa dengan gerakan-gerakan bekas-bekas anggota JIM ataupun IRC yang sedang memegang jawatan dalam PAS ketika ini dan harus melihat bahawa sudah ada sesuatu yang tidak kena kepada parti itu apabila Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS dan ini dilihat virus IRC yang dibawa masuk ke dalam PAS sudah mula menular dan tidak mustahil Hadi Awang yang akan tinggal bersendirian serta diperalatkan untuk sesuatu keputusan.




PENDEDAHAN 2

AGEN ERDOGAN
oleh Tulang


Rahman Talib belum hilang dendam lama terhadap Ustaz Harun Taib, Ketua Dewab Ulamak PAS Pusat.

Dendam beliau berpunca atau berakar umbi dari sokongan totok beliau ke atas kumpulan edorgan. Rakan saya memberitahu Rahman Talib tidak kenal siapa Ustaz Harun Taib sebenarnya kecuali ketika Ustaz Harun Taib pergi ke Amerika kerana menghadiri kem musim panas atas jemputan mahasiswa Malaysia di sana. Ketika itu Rahman Talib sedang belajar di Amerika.

Ustaz Harun Taib dianggap sebagai ‘penghalang’ dalam PAS bagi kelompok IRC di kampus dulu. Islamic Representative Council (IRC)   ditubuhkan di UK selain daripada Suara Islam, dan IRC merupakan serpihan ABIM selepas Anwar masuk UMNO.

Pelajar Malaysia ketika itu yang cenderung kepada kebangkitan Islam tidak mahu bersama ABIM, dan IRC lebih rapat dengan Ikhwan Alami yang anggotanya merupakan orang buangan atau orang buruan pemerintah dunia Arab sekular di zaman 80an dan 90an. Manakala Suara Islam lebih cenderung dengan pendekatan kumpulan Hizbul Tahrir dan Hezbollah.

Ustaz Harun Taib, selain daripada Ustaz Abu Bakar Chik dan almarhum Ustaz Hassan Shukri, dianggap menjadi “musuh’ oleh ahli dan pimpinan IRC yang sentiasa ‘kalah’ dalam perbahasan, perbincangan dan perdebatan mengenai isu partisan atau non-partisan, samada masuk pilhanraya syari’e atau tidak syari’e. Agenda IRC untuk menguasai PAS gagal di akhir 80an.

Kemudian IRC menubuhkan JIM di Malaysia sebagai platform NGO agar ahli IRC yang balik dari UK dan Amerika ada tempat untuk bergerak menjalankan kerja-kerja dakwah dan aktiviti Islam. JIM kemudian membenarkan ahlinya masuk UMNO dan PAS dengan misi tersirat.

Apabila Anwar disepak keluar dari UMNO pada tahun 1997, dan ketika almarhum Ustaz Fadzil Noor mengajak ahli PAS ‘memaafkan Anwar’, ramai ahli IRC dan bekas ahli UMNO mulai rapat dengan PAS. Gabungan semula ahli-ahli ABIM, PAS, JIM, Arqam, Tabligh, dan Suara Islam (UK @ Khalid Samad) selepas 1998 rentetan kes Anwar ini bagaikan biduk lalu kiambang bertaut. Semua rakyat yang menjadi simpati, penyokong, pendokong dan pejuang kebenaran yang menjadikan Islam sebagai matlamat kehidupan bergabung semula di bawah payung PR.

Lantaran ada dalam kalangan ahli IRC@JIM yang masuk PAS dan PKR. Mereka masuk PAS dan PKR dengan misi tersirat. Bagi ahli IRC@JIM yang ada “kes lama” dengan pimpinan PAS semasa mereka berada di universti dulu, mereka akan pilih PKR dari PAS. Hanya dua orang kuat IRC@JIM sahaja yang bersedia berdepan dengan pimpinan PAS terus masuk ke saf pimpinan Negeri dan Pusat, manakala yang lain menyelinap masuk di cawangan dan kawasan. Kini JIM telah pecah menjadi ISMA dan IKRAM, dua NGO baru kerana pimpinan utama dalam JIM sudah masuk PAS dan PKR. Samada ISMA atau IKRAM, roh ukhwah dan jamaah IRC masih utuh.

Rahman Talib mula tertarik dan terpegun dengan orang kuat IRC@JIM dalamPAS dan sanggup menjadi pencacai utama dan petugas khas kepada kumpulan ini yang dikenali juga sebagai erdogan. Kalau anda baca tulisan di blog ini mengenai hubungan Rahman Talib dengan erdogan, anda akan tahu lebih lanjut perkara yang berlaku di belakang tabir.

Oeh kerana Rahman Talib rapat dengan erdogan, dan erdogan tidak suka dengan Dato’ Dr. Hassan Ali, setelah Dato’ Dr. Hassan gagal memenuhi kehendak dan agenda erdogan dalam PAS dan Pakatan Rakyat, maka Dato’ Dr Hassan Ali harus diletak ketepi sepertimana mereka lakukan ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila beliau gagal mengikut telunjuk endorgan.

Erdogan mencucuk Ustaz Nasaruddin Mat Isa supaya bertading melawan almarhum Ustaz Hassan Shukri. yang dilihat sebagai ‘penghalang’ kepada kemajuan IRC@JIM dalam PAS. Apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak mahu dipengaruhi oleh misi erdogan dalam PAS, maka erdogan menyuruh Dato’ Hussam Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden melawan Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Apabila gagal, maka mulalah serangan peribadi ke atas Ustaz Nasaruddin Mat Isa atas nama isu UG (Unity Goverment) atau kerajaan perpaduan.

Dalam kesemua kes di atas, Rahman Talib menjadi batu api
  • memfitnah dan menyerang almarhum Ustaz Hassan Shukri kerana beliau dianggap menjadi pengahalang orang IRC@JIM untuk naik jadi calon dalam Selangor
  • menyerang Ustaz Nasaruddin Mat Isa habis-habisan sehinggalah dalam kempen untuk pemilihan JK PAS Pusat dalam Muktamar PAS 2009.
  • menyerang Dato’ Dr. Hassan Ali kerana Rahman Talib tidak dapat jawatan di Selangor , dan kerana Dato’ Dr. Hassan Ali tidak lagi bersama agenda erdogan dan menjadi penghalang suara Khalid Samad
  • menyerang Dato’ Mustafa Ali kerana Dato’ Mustafa Ali menyatakan 16 Sept adalah gimik politk sedangkan erdogan sudah berdiri teguh di belakang Anwar; sebelum itu, erdogan pernah menggunakan Mustafa Ali untuk memujuk Presiden supaya menggantikan PJ Selangor dari almarhum Ustaz Hassan Shukri kepada Dato’ Dr. Hassan Ali
  • menyerang Presiden PAS kerana Presiden PAS melantik Dato’ Mustafa Ali sebagai SU Agung menggantikan Dato’ Kamaruddin Jaafar, yang disebut sebagai proksi Anwar dan proksi erdogan dalam JK PAS Pusat; beliau menyerang Presiden PAS kerana kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO.
  • menyerang Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana mengambil tindakan disiplin ke atas Khalid Samad.
  • menyerang Ketua Pemuda PAS Pusat kerana Abdullah Karim kawan baru Rahman Talib tidak dilantik dalam Muktamar DPP sebagai AJK DPPP
  • menyerang anak TGNA kerana anak TGNA tidak sehaluan dengan Dato’ Hussam Musa
  • dan menyerang anak TGHA kerana anak TGHA menang dalam pemilihan AJK DPPP dan proksi Rahman Talib kalah.

Semua serangan ini dbuat secara terbuka dalam laman web malaysiawave.com oleh  Rahman Talib.

Kini dalam laman malaysiawave.com, Rahman Talib mencari kesempatan di atas isu Dato’ Dr. Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menyerang Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Rahman Talib menyebut “Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat lidah bercabang” dalam lamannya 30 Disember lalu. Dalam ertikata lain, beliau menuduh Ustaz Harun Harun Taib sebagai munafik. Begitulah celuparnya mulut Rahman Talib terhadap pimpinan PAS.

Meskipun Rahman Talib mengutuk UMNO dan MCA, dalam masa yang sama beliau mengeji dan mencaci beberapa pimpinan PAS yang dianggap sebagai ‘musuh’ kepada erdogan atau penghalang kepada misi erdogan dalam PAS.

Bacalah artikel dalam blog ini untuk anda memahami perkara tersirat dalam perjuangan Islam yang penuh komplek


I have no comment

Monday, January 9, 2012

Salah Congak tetapi keliru. Dr Hasan jadi tumpuan.



Mahkamah Rakyat tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dirancang. Ia tidak perlu ditubuhkan lagi selepas ini.

Kes perbicaraan DSAI telah tamat, keputusan yang bercanggahan dengan sangkaan semua pihak. Betul-betul memeranjatkan, termasuk DSAI sekali. Termasuk juga beberapa pemerhati luar negara.

Kenapa agaknya ia terjadi begini? DS Najib seperti sudah tahu keputusan ini.

Walaupun keadaan sebelum ini nampak memihak Saiful selaku mangsa, namun penghujungnya mahkamah tidak memihak kepadanya. Adakah ada camput tangan luar? Tiada siapa yang mengetahuinya. Tetapi saya dapat mengesan ada sesuatu kelainan dari biasa. Apa dia? Nantilah masa yang sesuai saya akan cuba sampaikan.

"DS Anwar didapati tidak bersalah" Namun kita sukar menelah sama ada kejadian tersebut benar-benar tidak berlaku. Kerana sebelum ini Karpal sendiri ada memberitahu wujud keadaan "suka sama suka" dan dia sudah pun berputus asa. Keputusan ini juga di luar jangkaan Karpal. Adakah Karpal telah tewas dalam muslihat yang cuba dipasangnya? Cuba fikirkan.

Malaysia terselamat dari serangan berterusan Barat bahawa mahkamah Malaysia tidak bebas dari kawalan pemerintah. Akhirnya berlaku sesuatu yang tidak selari dengan dakwaan yang dibuat. Kini tiada peluang untuk memburuk-burukkan Malaysia.

Anwar kehilangan peluang meraih simpati dari rakyat. Tuduhannya bahawa DS Najib melakukan penganiayaan terhadapnya dan kerajaan ini zalim menjadi terleset. Mendapat kelebihan tetapi kehilangan sesuatu yang lain.

Apa yang kita harapkan, semoga THH atau Soros tidak terlibat dengan keputusan ini. Jika wujud, kita bimbang ada muslihat lain sedang mereka rancang. Namun kita harus bersyukur negara tidak terjebak dengan huru hara akibat dari kes ini.

Hanya Allah sahaja yang akan menghukumnya jika dia benar-benar melakukan kesalahan tersebut.

Kemelut terbaru yang bakal memberi kesan terkuat ialah kes pemecatan Dr Hasan Ali oleh pucuk pimpinan PAS. Perpecahan PAS ketara bila beberapa pemimpin yang memihak ulama menyampaikan simpati dan membuat kunjungan ke kediaman Dr Hasan malam tad. Memberi semangat kepadanya. AJK PAS agak terburu-buru membuat keputusan yang bakal merugikan mereka. Ketakutan pemimpin PAS kepada Anwar terserlah seolah Anwar telah menjadi penentu perjalanan parti itu. Pertelingkahan PAS dengan PKR akan memuncak bila pergerakan pemuda PAS bersuara kelak.

Permainan politik Malaysia semakin menarik. Malangnya perpecahan orang Islam khasnya Melayu semakin melebar. Mampukah DS Anwar membaik pulih keadaan bercelaru yang terhasil dari apa yang dia perjuangkan? Walau apa pun keadaannya, diharap Orang Islam cepat belajar dari kekalutan ini serta kembali bersatu mempertahankan agama tercinta melebihi kepentingan politik. Perpecahan ini memberi cabaran hebat kepada kita semua.

Pesan saya, bersangka baiklah dengan perancangan Allah swt.

Sunday, January 8, 2012

Jika Tiada Urusan, Jangan Masuk KL 9 Januari 2012





Kadaan tidak terkawal mungkin terjadi pada 9Hb Januari, 2012 ini. Terdapat maklumat tidak resmi bahawa pihak penganjur akan mengingkari syarat yang ditetapkan oleh polis. Mereka seolah telah bersedia melakukan aksi radikal. Mereka bersungguh-sungguh maksudkannya.

Dikhuatiri ada diantara orang awam yang tidak terlibat dengan demonstrasi Tuntutan Bebas DS Anwar akan menjadi mangsa keadaan. Dari apa yang disebutkan olah wakil mereka, akan membuat desakan  menuntut DS Anwar Ibrahim dibebaskan walaupun dia disabitkan kesalahan pada tarikh berkenaan.

Polis telah pun memberi kelonggaran untuk membenarkan keinginan mereka untuk berhimpun, namun mereka tetap tidak berpuas hati. Kenapa? Apa perancangan mereka?

Sukar bagi saya untuk mengulas perkara ini kerana bimbang dituduh menentang pembangkang. Saya tidak sedikit pun ghairah dengan politik jauh sekali memihak. Apa yang saya bimbangkan kekacauan di Syria akan menular ke negara ini akibat dari kekalutan yang timbul dari provokasi terhadap anggota keselamatan. Kes ini telah pernah berlaku di Libya dan Syria.

Kita harus ingat selain mereka, pihak lain juga merancang akan melakukan hal yang sama. Apa yang akan berkaku jika ada dua kumpulan penyokong ini bertembung?


Hasrat pihak asing untuk memancing cetuskan kekacauan memang wujud. Terdapat bukti bahawa NED, CIA dan FBI menjadi dalang utama mengucar kacirkan negara Arab. Malaysia juga tidak terkecuali menjadi sasaran. Malaysia menjadi tapak yang paling strategik untuk penguasaan penuh Asia Tenggara. Dalam masa yang sama meneruskan perancangan memaksa semua negara Islam tunduk dan menjadi rakan sekutu atau bekerja untuk mereka.

Saya meminta maaf jika ada pembaca yang tidak bersetuju dengan saya mengenai perkara ini. Saya hanya ingin memberi peringatan supaya terselamat dari terjebak dalam perancangan agenda sulit USA. Ini bukan satu persepsi semata malah kita mempunyai maklumat bahawa Singapura telah bersetuju menjadikan negara itu sebagai pengkalan agen-agen USA dan Zionis untuk projek Malaysia-Indonesia.

Jika tidak berlaku sekarang, hasrat mereka tidak pernah padam dan akan diteruskan sehingga peluang menjelma. Kita dihidangkan dengan keghairahan dan semangat berpolitik. Akibat tindakan melebihi batas akan mencetuskan ketidak puasan hati kumpulan bertentangan. Hina menghina dan caci mencaci bakal saling sakit menyakiti dan bermusuh sesama agama. Keadaan semasa berpotensi melahirkan individu yang hilang kawalan yang boleh membawa kepada kejadian saling berbunuhan sesama sendiri. semoga Allah selamatkan kita darinya.

Inilah yang berlaku di negara Arab yang disanjung oleh sesetengah orang sebagai satu kebangkitan. Padahal kita dihasut secara diam untuk membawa mereka masuk menguasai kita.

Cukuplah dengan luka sedia ada. Jangan ditingkatkan sehingga tidak dapat diselamatkan lagi. Bertawakkallah, perancangan Allah mendahului segala kehendak kita, jika Dia kehendaki, pemerintah semasa pasti akan turun juga nanti, tak perlu kita khianati bangsa dan agama dengan membabitkan sokongan luar.

Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan. Jauhi tindakan yang mendorong kepada pertelingkahan. Saya berdoa semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari bertelingkah sesama sendiri hasil hasutan mereka yang bersubahat dengan Zionis dan Amerika.

ABATASA
 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan