Sunday, October 21, 2012

Yahudi Bersembunyi Disebalik Liberalisme dan Seks Bebas




Oleh ZAINAL RASHID AHMAD
Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al Hijrah

PADA awal abad ke-20 (1905-1980), ahli falsafah Perancis yang terkenal Jean Paul-Sartre mencabar kewujudan Tuhan dengan menyatakan: "Sekalipun Tuhan itu ada, ia masih boleh ditolak, kerana Tuhan menghalang kebebasan kita".

Sartre, pemenang Hadiah Nobel 1964, antara ilmuwan besar Barat yang mempromosi aliran pemikiran existensialisme. Aliran ini kemudiannya meledakkan bahana fikir yang amat besar di seluruh dunia, malah sangat dibangga-banggakan oleh masyarakat sastera sejagat.


Existensialisme sangat berkembang-biak dalam budaya cerdik pandai masyarakat Barat, dan menjadi tunjang kepada kebangkitan sastera di Eropah dengan dikepalai oleh Albert Camus (1913-1960) melalui novel The Outsider (1942). Camus dengan sumbangan seninya yang mempertikaikan Tuhan, turut menerima Anugerah Nobel (1960).

Seratus tahun kemudian, Barat dipenuhi dengan kepelbagaian gerakan "ilmiah" yang saling bersekutu dalam menentang Tuhan dan nilai-nilai agama. Ancamannya di dunia Islam pada awal hingga pertengahan abad ke-20 amat terkekang. Namun kehadiran Salman Rushdie melalui novel The Satanic Verses pada 1988 mula menggoncang keadaan. Akhirnya, pada dekad pertama abad ke 21, gerakan anti agama menyerap masuk ke negara Islam dan mula bersikap anti Islam.

Kehadiran pelobi liberalisme, pluralisme dan penyokong kemerdekaan seks untuk pengamal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah kombinasi sekutu-sekutu gerakan anti Tuhan/Agama yang mula berdiri dengan berani mendepani masyarakat Malaysia yang selama ini ditunjangi oleh nilai agama sebagai amalan kehidupan. Sekali gus menentang Islam.

Selain negara ini, ancaman gerakan penentang Tuhan ini turut mengancam masyarakat Indonesia yang juga berpegang pada Islam sebagai nilai kehidupan.

Menurut Ketua Program Pendidikan Islam, Universiti Ibnu Khaldun, Bogor Indonesia, Dr. Adian Husaini, pelobi liberalisme mengambil kesempatan di atas meledaknya gerakan keterbukaan dunia terhadap ekonomi, politik dan hak asasi, dengan menyusup masuk ke akar umbi negara bangsa untuk menentang nilai-nilai agama terutama di kalangan masyarakat yang berpegang teguh pada hukum agama sebagai teras kepada nilai kehidupan.

"Pelobi liberalisme mahu setiap agama tunduk kepada perubahan. Idea terpenting dalam liberalisasi ialah the idea of progress yakni idea tentang kemajuan dan tidak ada yang tetap. Bagi pelobi sekularisme dalam mengembangkan pluralisme, tiada lagi syariat dan hukum. Agama hendaklah berubah mengikut peredaran masa," jelasnya.

Justeru katanya, kehadiran Irsyad Manji untuk mencabar amalan Islam dan budaya luhur di Malaysia dan Indonesia, adalah agenda yang jelas untuk mempromosi liberalisasi antara pelbagai agama.

"Mengapa dia mengembangkan liberalisme? Baginya Irshad Manji, sekarang tidak lagi sekatan, contohnya perkahwinan Muslim dan bukan Muslim. Itu boleh demi liberalisasi," kata Adian.

Dr. Adian berkata demikian ketika dijemput menjadi panel Bicara terbitan TV Alhijrah baru-baru ini. Turut hadir sebagai panel, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail. Program Bicara yang bersiaran langsung selama sejam ini, dihoskan Pakar Motivasi, Amin Idris.

Berhubung isu penyebaran dan penularan gerakan sekularisme yang sangat agresif dalam mempromosi budaya menentang Tuhan dan nilai-nilai beragama di kalangan umat Islam, Shahlan berkata, sekularisme ini ialah ibu segala macam pemikiran yang berkembang dengan kaedah perancangan jahat untuk memisahkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

"Mereka menolak nilai-nilai umat Islam yang selama ini berpegang pada iktikad keyakinan wujudnya Hari Kebangkitan. Jika sudah tidak ada lagi iktikad kebangkitan semula, apa ertinya dosa dan pahala, apa erti syurga dan neraka," tegasnya.

Bagi pelobi sekularisme yang berjuang mempromosi liberalisme dan pluralisme pula, beliau menyifatkannya sebagai golongan yang menolak Islam dan Rukun Negara. Bukankah Rukun Negara pertama itu sendiri meletakkan Kepercayaan Kepada Tuhan, jika tidak percaya wujudnya Tuhan, "nanti akan timbul pula isu atheist.

Mereka mahukan segala nilai Islam yang berkaitan dengan keimanan turut ditolak. Tiada lagi panduan nilai agama dan tidak ada lagi kepercayaan kepada ketuhanan apa lagi hal-hal keimanan kepada yang ghaib, juga tidak ada lagi hukum hakam dalam Fiqh," katanya.

Shahlan turut menyeru cendekiawan Islam supaya bersatu dalam soal mendepani dan menentang gerakan anti agama ini. Katanya, pemikir dan aktivis Islam harus duduk bersama, bersepakat dan menyusun strategi yang ampuh bagi menyingkir pengaruh serta penularan idea sekularisme yang berpaksikan pada pluralisme, liberalisme dan mendokong gerakan LGBT yang terang-terangan didokong oleh beberapa pemimpin dan nama-nama tempatan yang sengaja mencabar Islam dan institusi kenegaraan.

"Bahayanya tuntutan golongan Liberalisme ini dalam konteks Malaysia, mereka menolak apa yang telah termaktub dalam perlembagaan kita. Jika dibiarkan mereka akan menuntut supaya anak yang baru lahir dalam keluarga Islam pun tidak secara automatiknya beragama Islam," katanya.

Tegas Shahlan lagi, anasir sekularisme ini turut mendesak supaya mualaf yang memeluk Islam juga bebas kembali ke agama asal mereka. Malah, bagi isu tuntutan untuk bertukar agama, tidak perlu dirujuk di mana-mana mahkamah Syariah, malah sebaliknya, tiap pemohon bebas bertukar agama dengan memohon di mahkamah sivil.

Merujuk kepada suasana di Indonesia masa kini, Dr. Adian melahirkan kebimbangan kerana penyusupan gerakan anti agama ini kini bertapak kukuh dan mempunyai pengaruh di negara umat Islam terbesar dunia itu.

"Akar liberalisme agama sebenarnya berakar dari Yahudi. Munculnya liberal judaism membentuk sektor utama dalam agama Yahudi," tegasnya.

Malah Dr. Adian turut membentangkan fakta, betapa Indonesia sangat terbuka pada pengaruh sekularisme yang bersifat memusuhi agama kerana negara itu antara yang terawal di rantau ini disusupi aliran freemason yang dianggap ibu bagi segala pemberontakan terhadap agama.

"Gerakan liberal Barat yang digelar freemason bermula pada 1717, kemudian masuk ke Amerika pada 1735. Freemason Berjaya melaksanakan Revolusi Amerika pada 1176 dan 12 tahun sebelum kejayaan revolusi itu, mereka sudah bertapak di Indonesia pata 1764," jelasnya.

Disoal mengenai Irshad Manji, Dr. Adian menjelaskan, Irshad Manji berani berterus terang sebagai wanita Muslim yang mengamalkan gaya hidup lesbian, malah mencabar Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung pengharaman lesbian.

"Irshad Manji menolak dan mencabar MUI dan menyifatkan fatwa pengharaman itu sebagai tidak merujuk pada al-Quran. Malah dicelanya ulama sebagai golongan yang belum tentu diterima Tuhan," katanya.

Dengan nada memperingatkan pejuang Islam di Malaysia agar berhati-hati dan bersiap-siaga mendepani jihad menentang golongan anti Islam ini, Dr. Adian mendedahkan, liberalisme ini akhirnya akan menghancurkan agama. Golongan anti agama ini tidak mahu berpegang pada hukum Allah malah mahu mengaturkan hidup berdasarkan nilai-nilai kebebasan dalam tafsiran mereka sendiri.

Hedonisma

Mengakhiri debat dalam Bicara, Shahlan turut mengingatkan remaja Islam agar berwaspada dengan gejala hedonism (hiburan tanpa batas), yang turut dilihat sebagai anasir anti agama yang menyusup masuk ke dalam masyarakat melalui keindahan 'seni' yang mereka cipta.

"Hedonisme turut menjadi alat penyusupan ideologi pluralisme dan sekularisme, kerana hedonisme turut mempromosi budaya kebebasan berhibur yang semata-mata untuk memuaskan nafsu," tegasnya.

Shahlan meminta umat Islam menelaah diri, serta kekal konsisten dalam mempertahankan Islam. Umat Islam sudah terlalu terbeban dengan masalah perpecahan dan sengketa sesama umat. Anehnya di saat-saat kita menghulur tangan untuk bersatu padu sesama agama dan bangsa, ada saja suara-suara yang menolak atas berbagai alasan.

Hal ini harus difikirkan oleh kita bersama bahawa siapakah watak-watak yang mahukan kita berterusan berpecah seperti hari ini. Siapa pula watak belakang tabir yang mahukan pemikiran Liberalisma berkembang biak dalam negara?

"Agenda idealisme anti-Islam ini harus diperangi. Adalah malang bagi umat Islam sekiranya, gerakan jahat ini berjaya menjajah kita semata-mata kerana Islam itu menjadi lemah kerana perpecahan dan sengketa sesama umatnya," tegasnya.

Eksistensialisme

Aliran pemikiran eksistensialisme ini muncul pada abad ke-19 dan ke-20 dan di pelopori oleh seorang berketurunan Yahudi, Jean-Paul Satre (Kailani, 2002). Mazhab ini juga didukung oleh individu seperti: ahli falsafah dan teologi Denmark, Soren Kierkegaard (1813-55), tokoh atheis Jerman, Friedrich Nietzsche (1844-1900), ahli ontologi Jerman, Martin Heidegger (1889-1976), ahli falsafah Katolik Perancis, Gabriel Marcel (1889-1973), ahli falsafah dan pakar psikiatri Jerman, Karl Jaspers (1883-1969), novelis dan ahli falsafah Perancis, Simone de Beauvoir (1908-86) dan ahli fenomenologis Perancis, Maurice Merleau-Ponty (1908-61) (Priest, 2001).



Aliran mazhab eksistensialisme ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Dengan kata lain, manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan (Keow, 2008). Adakah anda bersetuju? Ahli-ahli eksistensialisme dan para pengikutnya hanya melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.

Aliran mazhab ini mula memasuki aliran pemikiran masyarakat lewat tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Satre mula menggunakan perkataan ‘existentialism’ atau eksistensialisme dalam satu kuliahnya yang terkenal iaitu pada Oktober 1945 yang bertajuk Existentialisme and Humanism (L’Existentialisme est un Humanisme).Berdasarkan kuliah yang diberikan oleh Satre, aliran pemikiran ini berpandangan bahawa seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk sebarang autoriti luar.

Begitulah keadaannya bagaimana Yahudi mengubah cara hidup manusia untuk meninggalkan agama secara perlahan-lahan dan menjadikan nafsu sebagai tuhan. 

6 comments:

NabiKuMuhammad said...

tipu daya iblis terhadap anak2 adam a.s.

ilmuminati said...

Alternative media utk menyampaikan mesej ini perlu diberi perhatian

Deepest Tycoon said...

Yahudi- mendakwa mereka adalah bangsa pilihan tuhan..bangsa lain dilihat mereka sebagai alas tapak kaki atau lebih hina lagi..sebagai haiwan sembelihan semata.

Iyeke?..

Adat anak jantan,jika beradu berdepan-depanan.
Jika baling batu sorok tangan..tuding jari..nak begasak pun main lantik wakil/proksi..ape crite brader? Tak cun laa declare 'bangsa pilihan' tapi main itu macam..Serupa khunsa laa lu.

Tapi yang nyata disaat ini,para pendita serta para kahin yahudi sedang resah lagi gelisah..
buang air tak puas..
tidur tak nyenyak..
mimpi tak comel..
bertwitt pun tak khusyuk..

Kerana apa?

Kerana ramalan dan perkhabaran akhir zaman tentang kepupusan bangsa mereka semakin hampir zahir lagi nyata.

Apa yang sedang bermain dalam benak mereka tika ini?

"Saudara tiri....oh saudara tiri....."

*kesiannye kawan kat kome.

Anonymous said...

samaada menyokong Yahudi atau mereka yang jadi proksi yahudi ... sama sahaja tanggung dosa

Anonymous said...

amat benarlah Yahudi ni bangsa terlaknat. mereka membawa virus terburuk kepada seluruh manusia. masih adakah antara kita yg tak peduli?????

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam semua,sampai bila kita akan membenci yahudi?sehingga hati yang wujud seolah membusuk dengan semua kebencian yang dicucukkan...kemana akhirnya semua ini?tidak semua mereka itu penjahat...tidak semua kita itu pelaku kebaikan...buanglah perasaan benci dan isilah dengan cinta sesama manusia...itu lebih menenangkan jiwa...kerana setiap dari kita dipenjara oleh perasaan sendiri...ruang matrix itu kitalah penghiasnya...hiaslah dengan indah supaya kita selesa berada didalamnya...hentikan kebencian jangan pula sampai ia mengakar sehingga keurat jantung hati...ia sungguh menyakitkan kita dan mangsa kebencian...

Post a Comment

Sila beri pandangan anda, elakkan dari kata nista atau kata-kata di luar peradaban. Pandangan Tulus dari anda amat dihargai, terima kasih.

Recent Posts

Entri di "King of the East"

 
Copyright 2009 abatasa ii. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan